Welcome

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Etiam pharetra, tellus sit amet congue vulputate, nisi erat iaculis nibh, vitae feugiat sapien ante eget mauris.

Follow us


Ask a question

Name

Email

Question

Submit

Link Blog

Senarai Blog Saya

Senarai Blog

Sample text


Emel : afraima@yahoo.com..febook : facebook.com/skbangi
.Facebook : facebook.com/skbangi



Blogger

Blogger
Noorhisham Hamzah Sarjana Sosial Islam, Kaunselor SK Bangi, Ijazah Sarjana Muda Indonesia, Ijazah Lanjutan, Drug Abuse, USIM, Emel afraima@yahoo.com

Makam-Makam Nabi

Blogger news

Diri Admin

Noorhisham Hamzah
Emel afraima@yahoo.com
FB facebook.com/skbangi

Blogger templates

Jika terdapat sebarang persoalan untuk dijawab, boleh lah di hantar ke afraima@yahoo.com afraima@yahoo.com

Anda yang Datang

Twitter

Link

Terima Kasih Atas Kunjungan Ilmu dikongsi,ganjaran diharap

ShoutMix chat widget

Pelawat

Halaman

Dikuasakan oleh Blogger.

Twitter

Ads 468x60px

About Me

Teman

Cari Blog Ini

fb komen

Featured Posts

Selasa, 29 April 2008

Tanda-tanda Stress

TANDA-TANDA ANDA MENGHADAPI MASALAH MENTALPertama: Anda sentiasa menghadapi masalah untuk bangun tidur....... ......... ......... .........


Kedua: Tengkuk anda sentiasa merasa sakit dan susah untuk memusingkan kepala...... ................

Ketiga: Rambut anda sentiasa kusut masai setelah mandi dan menggunakan syampu terbaik
Keempat: Kepala anda sentiasa merasa pening dan seperti berada di awang-awangan.
Kelima: Berat badan anda terus meningkat dengan mendadak walau pun telah berusaha keras untuk mengurangkan berat....
Keenam: Anda sentiasa merasa letih yang amat sangat dan sentiasa mengeliat... ......... ......... ........

Ketujuh: Anda sentiasa merasa fikiran terlalu sempit...... ......... ......... .....
Kelapan: Anda sentiasa merasa diri anda terlalu kecil dan selalu dipermainkan. ......... ......... ......... ......... .....
Kesembilan: Boss sentiasa marah dengan anda........ ......... ......... ......... ......... ........

Kesepuluh: Anda sentiasa basah kuyup ketika keluar makan tengahari walaupun berpayung... ......... ......... .........
Kesebelas: Anda sentiasa dan selalu merasa penat yang amat sangat...... ......... ......... ......... ......
Keduabelas: Anda sentiasa merasa diri tersepit.... ......... ......... ......... ......... ......... ...


Ketigabelas: Anda sentiasa merasa kehadiran tetamu asing....... ......... ......... ......... ......... ......... ..

Keempatbelas: Anda sentiasa merasa seperti hendak demam dan selsema serta kepala merasa panas....... ......... ....


ANDA SENTIASA MERASA...... .. KESEORANGAN DAN MERASA AMAT TAKUT....... ..... SEPERTI ADA SESEORANG BERADA DI DALAM RUMAH....... ......... ......... .HE...HE. ....HE... ...
Isnin, 28 April 2008

Sumbangan Pakaian Terpakai

BANGI 29 April 2008,Cikgu-cikgu ada kan sorang budak tu dia berak dalam seluar dalam. Lelaki ke perempuan? Perempuan. Manakala selepas waktu rehat, ada pula seorang lelaki terkencing dalam seluar.

Seorang guru bertanya, Cikgu tak ada ke seluar lebih-lebih. Tak Ade. Begitulah kadang-kadang situasi yang berlaku di sekolah, mana-mana sekolah pun.

Saya dengan ini memohon kepada ibu dan bapa pembaca emel dan blog ini, sekiranya pakaian anak tuan puan ada yang dah ketat, buruk sikit atau apalah istilahnya, mohon dijadikan sumbangan untuk sekolah sebagai wakaf. Bila ada kes-kes macam tadi yang tidak kita duga, kita boleh menolong murid itu. Silap haribulan kata orang, kena pula anak kita.

Sumbangan boleh dibawa dalam apa jua bekas, sila berikan pada mana-mana guru, kalau anak kita tak pandai nak cakap, tulis je sekeping nota untuk wakaf sekolah, atau berikan pada saya, nanti saya sampaikan.

Kami mengharapkan seluar lah yang banyak, asal boleh pakai sementara nak balik. Kesian murid ada yang duduk je bawah tangga, tak ada seluar ganti. Bila kita telefon mak ayah pula, kedua-dua hand set dia orang tutup. La...dah pukul 11.00 masih tutup Hand Set lagi? Ada jugak rupanya.
Ahad, 27 April 2008

Ada 6 Kebiasaan Orang-orang yang Paling Tidak Efektif

Kehilangan sikap. Orang-orang biasanya mendapatkan apa yang mereka harapkan dari hidup mereka. Harapkan yang terburuk, dan itulah yang akan Anda peroleh.

Berhenti berkembang. Orang-orang adalah apa mereka adanya, dan ke mana mereka menuju disebabkan oleh apa yang ada di dalam pikiran mereka.

Tidak memiliki rencana dalam hidup. Sebagaimana yang dikatakan oleh William Feather, penulis dari The Business of Life,"Ada dua jenis kegagalan: orang yang mempunyai rencana tanpa bertindak apa-apa, dan orang yang bertindak tanpa rencana apa-apa."

Tidak bersedia berubah. Beberapa orang memilih lebih baik berpegangan pada apa yang mereka benci daripada memeluk apa yang mungkin lebih baik karena mereka takut memperoleh sesuatu yang lebih buruk.

Gagal dalam berhubungan dengan orang lain. Orang-orang yang tidak dapat bergaul dengan orang lain mungkin tidak akan pernah bergerak maju dalam hidupnya.

Tidak mau membayar harga kesuksesan. Jalan menuju sukses selalu menanjak. Setiap orang yang ingin memperoleh harus mengorbankan banyak.

Yang Kita Masih Bersabar

KEBERSIHAN adalah separuh daripada tanda-tanda seseorang itu beriman. Dalam catatn lain menyebut, apa yang ada pada lahir, adalah bukti apa yang tersembunyi didalam jiwa. Andai kotorlah tempat anda belajar dan bekerja, maka disaat itu juga sebenarnya anda sedang bergelumang dengan jiwa yang kotor.Justeru, apakah layak jiwa yang kotor untuk diduduki oleh ILMu yang datang Allah Taala. Sebab itulah kita susah nak pandai. Kita belajar, tapi maklumat yang kita dpat tak boleh nak di save dalam memori kita. sebab banyak virus.
Pemandangan yang terlihat di atas adalah babak lakonan yang benar-benar terjadi di SK Bangi. Dulu kelas 6 Mercury pernah di nasihat agar berubah, sekarang giliran Uranus mengambil tempat. Lihatlah sampah di merata tempat, mereka bagaikan tak ada jiwa, boleh belajar dan duduk dengan tempat yang bersampah sebegitu.

Ingat-ingatkanlah pada anak-anak anda, bahawa Tuhan menyukai orang-orang bertaubat dan orang-orang yang suka membersihkan dirinya.

Pantai dan Lautan, Begitulah kita dan Masalah



Hidup Tak Lepas Dari Masalah

Bukit Mahkota 28 April 2008, Masalah dan manusia tak boleh terpisahkan. Bak pantai dan lautan. Begitulah yang boleh kita umpamakan. Namun adakalanya masalah itu boleh di elakkan dan di ikhtiar agar ia tidak menjadi masalah.

Seorang murid tahun 6 yang akan berdepan dengan peperiksaan UPSR pada tahun ini, tetapi telah mencatat rekod 10 hari tidak hadir ke sekolah membuat saya kepingin menziarahi ke rumah sebagai lawatan sosial dan mencari sebab musababnya.

Menurut laporan yang diterima dari guru kelas, ketika ditanya kenapa tak datang sekolah, dengan tersengeh-sengeh ia menjawab, lambat bangun cikgu. Sebagai guru yang prihatin, beliau menelefon ibunya bertanya kenapa, jawapan yang terima adalah bapanya yang tak kejutkan. Aik, menyalahkan bapak? Ibu buat apa?

Sudah tiga orang ibu dan bapa saya utuskan surat mohon datang ke sekolah untuk berbincang dan bertukar pandangan, bagaimana membantu anak mereka, termasuklah murid ini. Tapi setakat ini, kesemua ibu dan bapa yang dipanggil tak seorang pun yang datang.

Terserah andalah, begitu kira-kira pandangan saya. Kalau tak mahu datang, nak buat macam mana, tak kan nak paksa, sudahlah anak menghadapi masalah pelajaran, orang tua pula ada masalah nak hadir sebentar ke sekolah. Ya…memang sudah takdir begitu…semua bermasalah.

Apa masalah cikgu….bagi saya dan juga guru-guru lain, kalau banyak helai buku tak dijawab, banyaknya selesaikan, selesaikan dan tak selesai-selesai sampai sudah. Ini memang akan menemui banyak masalah lagi.

Surat yang sampai pun sudah dikira satu tamparan buat mereka. Saya hanya ingin bantu, kerana merasakan anak mereka macamlah saudara kita jugak.

Dalam siri lawatan ke rumah kali ketiga ini, destinasi ialah Bukit Mahkota, tepatnya di Flat Seksyen 4. Tempat ini memang menjadi destinasi saya sejak dulu, entah kenapa ramai jugak yang bermasalah tinggal di sini.

Anak saya tak ada masalah apa, saya ada anak tujuh, ini yang bongsu. Jadi apa masalahnya tanya saya, dia hari tu sakit, demam, jatuh, jawab ibunya….kata saya ia…kita nak buat macam mana kalau memang sakit. Tak pelah kalau begitu, tapi kalau bangun lambat tu rasanya boleh diubah ya kan. Saya pulang dengan harapan esoknya anak ini akan ke sekolah. Kunci jam tu, niat nak bangun awal, insya Allah akan terjaga. Jangan lupa sholat subuh. Salam pada suami.

Situasi selanjutnya kita tunggu akan datang.

Selamat Datang ke Laman PPDHL.net

PPD Hulu Langat mengalami perubahan drastik setelah kemasukan beberapa orang yang rajin dan mempunyai kemahiran ICT tinggi. Kini PPD Hulu Langat mempunyai Laman Web yang canggih, merangkupi ruang forum , berita, pendapat, aduan dan sebagainya.

Tidak saja guru-guru yang boleh mengaksesnya, bahkan ibu bapa dan juga murid-murid berhak melayarinya sama. Sila berkunjung ke laman tersebut melalui alamat http://ppdhl.net
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...