Welcome

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Etiam pharetra, tellus sit amet congue vulputate, nisi erat iaculis nibh, vitae feugiat sapien ante eget mauris.

Follow us


Ask a question

Name

Email

Question

Submit

Link Blog

Senarai Blog Saya

Senarai Blog

Sample text


Emel : afraima@yahoo.com..febook : facebook.com/skbangi
.Facebook : facebook.com/skbangi



Blogger

Blogger
Noorhisham Hamzah Sarjana Sosial Islam, Kaunselor SK Bangi, Ijazah Sarjana Muda Indonesia, Ijazah Lanjutan, Drug Abuse, USIM, Emel afraima@yahoo.com

Makam-Makam Nabi

Blogger news

Diri Admin

Noorhisham Hamzah
Emel afraima@yahoo.com
FB facebook.com/skbangi

Blogger templates

Jika terdapat sebarang persoalan untuk dijawab, boleh lah di hantar ke afraima@yahoo.com afraima@yahoo.com

Anda yang Datang

Twitter

Link

Terima Kasih Atas Kunjungan Ilmu dikongsi,ganjaran diharap

ShoutMix chat widget

Pelawat

Halaman

Dikuasakan oleh Blogger.

Twitter

Ads 468x60px

About Me

Teman

Cari Blog Ini

fb komen

Featured Posts

Khamis, 26 Jun 2008

Terima Anugerah Tuhan dengan Syukur

SELANGOR :sELAMA 4 hari bermula 23 dan berkahir 26 Jun 2008, seramai 120 orang kaunselor dari seluruh Malaysia dikumpulkan dalam rangka kursus pelaporan e-kaunseling kebangsaan.

Seramai 9 orang JU (Juru Latih) pula dipilih untuk memimpin kaunselor ini. Saudara Norhisham Omar dari Negeri Sembilan menyampaikan penerangan tentang borang L4 dan L8. semua ini kaunselor akan (terpaksa) buat selewatnya 15 November ini.

Selepas ini, semua kaunselor dari setiap daerah akan dikumpul dan diberi penerangan yang sama. Manakala saya turut memberi penerangan berkenaan membina laman blog dan kelebihannya buat kaunselor.
Pegawai Kementerian Pelajaran, Bahagian Sekolah dan En.Abdul Rahim Othman turut membina blog peribadi.Mereka bersetuju untuk menjadikan blog satu agenda penting untuk masa akan datang. Dan saya diminta bersedia untuk dipanggil memenuhi undangan rasmi ini kemana saja dalam Malaysia. Syabas.....
Isnin, 23 Jun 2008

Masukan Malam Ini

Salam, tuan-tuan dan puan-puan, malam ini saya berada di Hotel Goldcourse, sedang menyalin bahan taklimat yang disampaikan oleh En. Abdul Rahim, selaku Pegawai Kaunseling Kementerian Pelajaran Malaysia.


Ada beberapa perkara yang perlu saya sampaikan kepada warga sekolah, yang pertama blog saya ini boleh di akses dengan alamat http://norish.kaunseling.net/, andai tuan taip alamat ini, yang akan keluar adalah blog saya juga.

Yang kedua, masalah barkod yang tertangguh sekian lama dan tersekat-sekat sehingga menimbulkan banyak pertanyaan dikalangan ibu bapa. Berikut adalah masalah dan kekangan yang kami hadapi.

Masalah Dengan Pembekal Pertama
Jarak sEKOLAH DENGAN pembekal jAUH YAKNI DI Ampang
Lambat
Bos sering keluar daerah
Kuli tak buat bila boss tak ada
Komputer rosak, data hilang

Masalah Dengan Pembekal Kedua
Kualiti tak ada
Tak sanggup

Masalah Dengan Pembekal Ketiga
Program tak ada
Dah Ada
Printer rusak
Repair
Beli baru
Gambar ttukar jantina
Kuli sering cuti


Tindakan
Bermesyuarat pentadbir
Tahun depan dibatalkan
Tahun ini akan siapkan semampu boleh. Hingga kini 450 orang lebih senarai murid dihantar dan baru 80 keping diterima. Yang lain sedang proses memasukkan gambar.


Yang ketiga, kami terima aduan dari orang tua murid, tentang masalah anak, terima kasih kepada yang hantar aduan emel melalui afraima.tripod.com, aduan tuan telah kami bawa ke atas dan sedang dalam siasatan.
Sabtu, 21 Jun 2008

Pesanan Khas Buat Calon UPSR 2008

Daripada : Puan Aminah Mohd Fiah
Guru Penolong Kanan Kokurikulum
Sekolah Kebangsaan Bangi


Badan sihat otak cergas

Kecerdasan otak berpunca daripada badan yang sihat. Untuk mendapatkan badan yang sihat, kita perlu aktif menjadi seorang yang aktif. Pesan cikgu untuk mencapai kecemerlangan dalam UPSr, kita hendaklah mempastikan keadaan kita sentiasa sihat supaya otak kita dapat menerima pelajaran dengan baik.

Selangor Tuan Rumah

Kesempatan bermesyuarat kali terakhir di hotel dan SK Seksyen 6 Sham Alam, saya rakam gambar dan publist dalam ruangan blog kaunselormalaysia. Klik seterusnya. Bulan depan, semua program melibatkan hotel dibatalkan.
Mesyuarat di tangguh jam 6.30 petang, mesyuarat akan datang 4 Julai 2008 di SK Puncak Alam. 10 Julai saya mendaftarkan diri sebagai pelajar di USIM. Selamat tinggal SK Bangi untuk sementara.
Selama 4 hari minggu depan kami berkumpul seramai 120 orang. Kaunselor dari seluruh Malaysia termasuk Labuan akan datang ke sini. Satu penghormatan bagi saya, satu slot ceramah penerangan akan disampaikan oleh saya sendiri.
Rabu, 18 Jun 2008

Berita hari ini

Sekolah Bangi ni kat mana? Begitu tanya seorang tukang hantar pos laju. Kat stesen komuter Bangi tuan. Ditunggu la sampai petang, tak sampai jugak suratnya, kata pos laju, entah dari siapa pun tidak dapat diteka. Laju pulak tu.

Hari ini jumpalah surat tu, rupanya dari Universiti Sains Islam Malaysia, didalamnya borang tawaran melanjutkan Diploma Penyalahgunan Dadah ambilan 2008. Saya kena mendaftarkan diri 10 Julai ini di Pandan Indah. Pengajian selama 9 bulan ini akan menjauhkan saya sedikit dari sekolah. Tapi bukan satu tempoh yang lama. Bulan 3 tahun depan, ada lah pulak. Masa borang tawaran sampai dulu, Puan Jannah lah yang syorkan, terpikir dekat, hanya kat Nilai, gaji penuh, cuti tanpa rekod, apa lagi, sementara semangat masih membara. Lagipun masih gagah nak ulang-alik insya Allah.
Apapun, kebaikannya buat sekolah jugak. Dan esok tiga hari, dan sambung minggu epan 4 hari ini, mesyuarat Juru Latih Utama melibatkan saya di Klang, pun bakal menaikkan nama Sk Bangi. Apa tidaknya, seramai 9 orang, 2 dari Selangor, seorang dari Gombak dan seorang dari Sekolah Rendah Bangi.
Sebenarnya usaha saya hanya sedikit lebih dari orang lain. Bukan hebat pun. Tapi gembira sebab terpilih membawa idea bina blog ke peringkat Kebangsaan. Harap menjadi kenyataan.


Isnin, 16 Jun 2008

LEBAH MENYENGAT DI SKB

Mengingat SK Sri Putra tidak mungkin siap mengikut jadual, mengingat pula dewan lama Sk Bangi kembali dihuni. Ianya akan terjadi secara keterpaksaan kerana SK Bangi tidak mempunyai bangunan dan bilik yang cukup lagi untuk menampung jumlah dan ledakan murid yang semakin ramai. Bilik guru pun berserabut, bahkan guru duduk secara berasak-asak dalam bilik nan sempit, jika guru pagi tidak pulang, dan datang pula guru petang, nescaya akan penuhlah bilik itu bak kapal karam.

Namun ada suatu yang tidak kena dengan dewan, iaitu lebah. Dua tiga hari lepas, majlis ringkas perpisahan dengan Puan Saudah terpaksa dijalankan diluar dewan walaupun agak dipanah terik menteri berikutan ada seorang murid yang digigit lebah itu.

Malam ini, saya ketemu sama orang jualan madu lebah, besok katanya dia setuju untuk hadir ke sekolah melihat dewan itu dan kita minta dia punggah sehabis dayanya untuk mengurang dan memupuskan kehidupan lebah di SK BANGI.
Sabtu, 14 Jun 2008

Majoriti Tidak Setuju Lanjut Usia Perkhidmatan


Ura-ura dan telah menjadi suatu ketentuan, usia perkhidmatan dari 55 tahun dilanjut ke 58 tahun, tidak terkecuali para guru, mereka diminta membuat pilihan. Dalam sesi soal selidik yang dijalankan oleh ppdhl.net, saya melihat jawapan seperti di atas. Sebanayk 76.3% para pendidik tak setuju.
Sekarang ni pun kita dengar sebenarnya, guru ni kalau pencennya lagi 2 tahun, dia akan berkata, kalau boleh tahun depan terus aku nak pencen. Kerja guru mencabar....kena banyak bersabar...dengan ibu bapa, dengan murid,dengan pengusaha bas, perlukan suara kuat bila bercakap,perlu ketegasan dengan anak-anak, perlu tenaga dalam yang lebih. Nah, kalau dah usia 54 tahun, manalah larat lagi nak buat semua tu kecuali orang-orang yang maintain je Tuhan bagi kelebihan seperti itu.
Lagi pun, kita bagi pada orang baru untuk berkhidmat, tambahan lagi, peluang pekerjaan sekarang ni semakin mengecil.Tak gitu...
Khamis, 12 Jun 2008

Kembalinya Anak Murid Menjadi Guru


SELAMA tiga generasi beliau, anak-anaknya, ayah dan datuknya bersekolah di sini. Kini beliau kembali semula ke sekolah ini sebagai guru penolong kanan. Kalau 40 tahun dahulu, beliau adalah murid sekolah ini, tetapi hari ini, siapa sangka bekas murid menjadi guru dan kembali berkhidmat di sekolah tempat beliau menuntut ILMU. Beliau yang dimaksud ialah Puan Rabitah binti Jalaludin. Kini dilantik sebagai GPK Kurikulum Sekolah Kebangsaan Bangi. Dengan semangat waja dan tinggi, beliau hadir di tengah-tengah warga SKB sangat memerlukan pengganti yang tegas dan bersemangat. Harapan hadir beliau membawa perubahan.
Sebelum beliau, beberapa guru lain juga bekas anak murid sekolah ini menjadi guru di sini, antaranya ialah En.Firdaus bin Supian dan Cik Nor Azian Abd Ghani.(Kini menjadi pensyarah di Maktab tawau,Sabah,atas kapasiti Pensyarah Bahasa Melayu) Atas rasa kasih sayang kepada sekolah yang mendalam, semangat begitu tinggi untuk membela anak bangsa berkobar-kobar.
Pandangan pertama beliau sembari menjejak kaki di sini tahun ini, saya melihat muka-muka yang ada depan saya adalah wajah-wajah kejayaan. Sayanglah sekolah dan jagalah nama baik sekolah.
Pernah suatu dulu, ketika Ustazah Lasminah datang ke sekolah ini, pandangan pertama beliau, murid sekolah ini (SKB) pelik lah, diam saja bila beratur, tak macam sekolah lain. Tetapi kata-kata itu seakan-akan bertukar sikit demi sikit.

Pergi Jua

























Hari ini kami meraikan kedatangan guru baru serentak melambai pemergian Puan Saudah sempena perpindahan beliau ke sekolah di kampung au sendiri.


Murid-murid kelas 5 Mercury sempat menyanyikan lagu Pelangi Petang sebagai ole-ole kenangan buat beliau. Zahid sebagai ketua kelas, turut menyampaikan ucapan mewakil rakan-rakan seperjuangan.
Dalam ucapan terakhirnya ini, Puan Saudah meminta maaf kepada semua guru dan murid, andai terdapat salah cakap dan perbuatan terutama terhadap murid, kerana itu semua adalah kerana sayangnya cikgu pada murid.
Apa pun, pemergian beliau diiringi doa semoga maju jaya, tercapai segala cita, makbul segala hajat, dalam kesihatan sepanjang hayat dan dipimpin Ilahi sepanjang hidup. Sesungguhnya setiap permulaan akan berakhir dengan penghabisan. Tuhan berfirman dalam hadis Kudsi, Wahai manusia, carilah apa yang ingin engkau cari, tapi ingat engkau pasti berpisah dengannya, dan cintailah orang yang ingin engkau cintai, tetapi ingatlah, engkau pasti berpisah dengannya.
Buat Puan Saudah, hidup ini sungguh singkat, lebih singkat dari pertemuan kita semua di alam fana ini. Yang terakhir itulah akan di kira kita disisi manusia dan Tuhan, andai baik kita disaat-saat akhir pertemuan, maka kita dikenang sebagai orang yang baik, dan jika buruk kita diakhir persahabatan, itulah yang dikenang orang. Pun begitu dengan Tuhan, yang akhir hidup ini menjadi perhitungan. Baik amal penutup hidup itulah menjadi amalan, dan andai buruk amalan, itulah penutup hidup. Akhir kalam, semoga bahagia terus kekal abadi.....
Jumaat, 6 Jun 2008

Pencapaian calon pertama guna bahasa Inggeris jadi tanda aras keberkesanan dasar

KEPUTUSAN Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini penentu sama ada pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) disemak semula atau sebaliknya, kata Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom.

Katanya, ini kerana pencapaian murid kumpulan pertama menggunakan dasar itu dalam peperiksaan berkenaan akan menjadi penanda aras bagi mengukur keberkesanan pelaksanaan PPSMI di sekolah rendah sejak lebih lima tahun lal
u.

ADA TAK ADA

Tidak diketahui atas alasan apa telefon ini di pasang di sekolah-sekolah. Keberadaannya menambah lagi sakitnya mata memandang. Apa tidaknya, adanya bagaikan tak ada, sebab dari hari pertama dipasang hingga hari ini, langsung tidak memberi fungsi.

Saya bertanya pada kontraktor yang datang memasang tempoh hari, untuk apa ini ? Arahan kementerian katanya. Berapa banyak kos untuk seluruh sekolah terpilih, wayarnya dan peralatan serta upah pemasangannya. Telefon seperti di atas ada dua, satu sebelah pra sekolah dan kedua di luar bilik kaunseling. Dua lagi (macam kegunaan rumah) masing-masing dalam pejabat dan bilik guru. Dan kesemuanya tidak memberi apa-apa fungsi selain mengurang ruang letak barang-barang yang dah tersedia menyemak.

Sambung

Membiasakan Anak Hidup Dengan Al-Quran

Setiap orangtua pasti menginginkan buah hatinya menjadi anak yang shalih dan shalihah. Anak shalih shalihah merupakan harta yang paling berharga bagi orangtua. Untuk mendapatkan semua itu, tentu harus ada upaya keras dari orangtua dalam mendidik anak. Salah satu yang wajib diajarkan kepada anak adalah segala hal tentang al-Quran kerana ia adalah pedoman hidup manusia.Rasulullah saw. pernah bersabda (yang ertinya): “Didiklah anak-anakmu dengan tiga perkara: mencintai Nabimu; mencintai ahlul baitnya; dan membaca al-quran kerana orang-orang yang memelihara Al-Qur’an itu berada dalam lindungan singgahsana Allah pada hari ketika tidak ada perlindungan selain daripada perlindungan-Nya; mereka beserta para nabiNya dan orang-orang suci.” (HR ath Thabrani).

Allah SWT berfirman: “Sesungguhnya Al-Qur’an ini memberikan petunjuk kepada jalan yang lebih lurus dan memberikan khabar gembira kepada orang-orang mukmin yang mengerjakan amal shaleh bahawa bagi mereka ada pahala yang besar”. (QS Al-Isra’[17]:9)

Sejak bila al-Quran sebaiknya diajarkan pada anak? Baca Lagi
Rabu, 4 Jun 2008

Laporan Kem Kepimpinan Pengawas 2008


Seramai 112 orang murid terdiri dari Pengawas Sekolah, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas telah mengikuti Program Kem Kepimpinan Pengawas 2008. Peserta terdiri dari murid tahun 4 hingga tahun 6. Program ini berlangsung selama 2 hari 1 malam bertempat di Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIS), Bangi.

Kejayaan program ini terjadi atas bantuan mahasiswa dan mahasiswi KUIS selaku fasilitator. Seramai 15 orang fasilitator telah bertungkus-lumus menjayakan program ini. Mereka (fasilitator) sanggup tidur bersama pelajar dan bangun awal pagi untuk mengejutkan mereka sholat subuh berjamaah.

Peserta Tahun Satu

Awal pendaftaran, kami dikejutkan dengan kehadiran seorang murid tahun satu yang ingin mendaftarkan diri sebagai peserta. Setelah disiasat, rupanya ibunya silap memahami isi kandungan surat berita sekolah yang diterimanya beberapa hari sebelum program. Murid dibahagikan kepda 7 kumpulan, tidur dalam bilik asrama yang memuatkan 4 orang sebilik.

Pada petang harinya, para pelajar dibawa ke kawasan lapang bagi menyertai acara padang. Acara yang dimaksud adalah riadah ringan yang diselitkan pengajaran dan makna yang luas.

Burung Hantu

Pada malamnya, pihak sekolah mengadakan acara tersembunyi yakni burung hantu yang di pimpin oleh En.Akmal Haziq bin Abdullah. Sungguhpun fasilitator dibenarkan berehat dan tidak melibat diri dalam acara ini, mereka tetap datang untuk memberi komitmen.

Acara Berakit

Hari kedua, satu program yang amat menarik, iaitu menaiki rakit buatan di tasik KUIS. Ramai juga ibu dan bapa yang hadir untuk menyaksikan sendiri acara tersebut. Program ini dipimpin oleh pihak Dare Outdoor Event Interprise, salah seorang bekas murid SK Bangi. Acara selama 4 jam ini berjaya menanam sifat keberanian dalam diri peserta.

Penutup Program

Program penutup dihadiri Puan Norizah binti Rahmat selaku Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan semua guru-guru yang terlibat, program penyerahan hadiah dan cenderamata semapat disempurnakan oleh beliau.

Refleksi Umum

Secara umumnya, program ini sangat penting dan berguna bagi semua pelajar. Ianya bertujuan menanam pemahaman yang lebih luas tentang aspek bidang tugas seorang pengawas dan dunia pemimpin yang lebih luas. Selain itu, para peserta diberi motivasi untuk terus komitmen sebagai seorang Pengawas Sekolah, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas yang cemerlang.

Sedikit perkara yang perlu diberi perhatian yang dibaiki untuk masa akan datang.

Pertama soal pembahagian bidang kerja antara fasilitator dan guru terbabit didapati kurang memuaskan. Ini kerana masa untuk guru bersama murid banyak diambil alih oleh para fasilitator.

Kedua, ketiadaan wujudnya tolak ansur dan memahami antara pihak masjid dengan pihak pelaksana program. Ini kerana sewaktu kuliah maghrib sedang dijalankan dikawasan masjid, dan belum sampai ke sesi penutupnya, bilal sudah melaungkan azan, kuliah terpaksa berhenti dan murid beredar untuk sembahyang. Sedangkan waktu itu adalah musim cuti persekolahan dan pihak masjid tidak mempunyai apa-apa program.

Dari segi prasarana amat baik, pihak KUIS membekalkan dewan berhawa dingin bersama kelengkapan Sistem Suara dan asrama secara percuma, termasuklah khidmat bantuan pekerja.

Dari aspek makanan juga sangat memuaskan. Namun dari segi jarak untuk murid bergerak dari asrama ke dewan dan masjid amat jauh, yakni 2 kilometer. Faktor ini telah menghadkan peserta untuk berulang-alik ke asrama.

Walau apa pun pihak sekolah mengucapkan berbanyak terima kasih dan tahniah kepada pihak pentadbiran KUIS khususnya kepada Ustaz Khairi selaku orang nombor dua di KUIS yang telah sudi menyediakan tempat ini secara percuma kepada pihak SK Bangi atas dasar khidmat masyarakat.

Dua Orang Guru Berpindah

SK BANGI; Dua orang guru yang pernah berkhidmat di sekolah ini akan berpindah ke sekolah lain. Seorang Puan Saudah Ahmad, akan berpindah ke Perak atas tiket mengikuti suami. Beliau yang pernah mengajar tahun 5 dan enam dijadualkan mula berkhidmat pada 1 Jun ini. Pun begitu sekolah akan mebuat satu majlis khusus atas pemergian mereka berdua.
Seorang lagi Puan Syafinah Shafie akan berpindah ke salah sebuah sekolah rendah di Puchong. Beliau juga seorang guru Bahasa Ingeris berpindah lantaran mengikut suami yang berkhidmat di daerah sana.
Rentetan pemindahan bulan ini berlaku sejurus Puan Noor Jannah bersara, namun semalam Puan Noor Jannah bersama suami menghantar sms yang beliau sedang berada di Paris, menikmati erti kemerdekaan sebagai kakitangan kerajaan yang bersara. Kemudian dari itu, Puan Zainun pula di lantik sebagai GPK HEM ke SK Jalan 6. Dengan ini, SK Bangi keilangan 4 orang guru dalam masa 2 bulan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...