Welcome

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Etiam pharetra, tellus sit amet congue vulputate, nisi erat iaculis nibh, vitae feugiat sapien ante eget mauris.

Follow us


Ask a question

Name

Email

Question

Submit

Link Blog

Senarai Blog Saya

Senarai Blog

Sample text


Emel : afraima@yahoo.com..febook : facebook.com/skbangi
.Facebook : facebook.com/skbangi



Blogger

Blogger
Noorhisham Hamzah Sarjana Sosial Islam, Kaunselor SK Bangi, Ijazah Sarjana Muda Indonesia, Ijazah Lanjutan, Drug Abuse, USIM, Emel afraima@yahoo.com

Makam-Makam Nabi

Blogger news

Diri Admin

Noorhisham Hamzah
Emel afraima@yahoo.com
FB facebook.com/skbangi

Blogger templates

Jika terdapat sebarang persoalan untuk dijawab, boleh lah di hantar ke afraima@yahoo.com afraima@yahoo.com

Anda yang Datang

Twitter

Link

Terima Kasih Atas Kunjungan Ilmu dikongsi,ganjaran diharap

ShoutMix chat widget

Pelawat

Halaman

Dikuasakan oleh Blogger.

Twitter

Ads 468x60px

About Me

Teman

Archives

Cari Blog Ini

fb komen

Featured Posts

Satu Ringgit Sama 3 Ribu 300 Rupiah


Masa kegawatan ekonomi dulu, pernah duit Rupiah jatuh sehingga Rp3,500.00 seringgit. Masa ni ketika saya ingin berangkat ke sana. Nak beli rupiah lagi pun dah tak boleh, sebab kocek dan kurang. Sesudah saya ke sana (Nangroe Acheh Darusalam), nilai matawang Rupiah naik, sehingga Rp 2,500 seringgit, dah pernah juga Rp 2,400.00.

Bulan lepas Rp2,000,000 (2juta) hampir RM800.00. Namun ada berita baik buat anda yang kepingin ke Indonesia bulan-bulan hadapan atau tahun-tahun depan, Rupiah semalam mencecah lagi RP3,300.00 seringgit. 2 Juta Rupiah anda boleh beli dengan RM606.00 sahaja. Jimat hampir RM200.00.

Saya syorkan belilah. Kalau tak jadi pergi pun, untuk simpan, bila duit tu naik balik, kita jual pula. Bukan Senang Nak Jadi Kayo. Sekaranglah masanya kalau nak jadi JUTAWAN.

Razali professional, atasi politik kepartian - Mat Sabu

KUALA LUMPUR, 29 Nov (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu menyifatkan Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Razali Ismail yang meninggal dunia semalam menjalankan tugas secara professional dan mengatasi politik kepartian.


"Allahyarham Razali bagi saya adalah seorang Timbalan Menteri yang professional dan mengatasi politik kepartian walaupun beliau datang dari negeri yang sangat kuat mendiskriminasikan rakyat yang menentang Umno dan negeri Wang Ehsan (setelah royalti minyak disekat)," katanya.

Razali Ismail meninggal dunia secara mengejut di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands kira-kira pukul 6.30 petang semalam.

Ketua Penerangan PAS Mahfuz Omar pula menyifatkan kematian Razali sebagai kehilangan yang besar kepada dunia pendidikan.

"Kementerian Pelajaran kehilangan Timbalan Menterinya yang sangat berwibawa, komited dan dedikasi kepada tugasnya," katanya.

Allahyarham Razali, kata Mahfuz, sangat memahami dan menguasai bidang pendidikan dan sentiasa memberikan jawapan yang bersemangat mengenai pendidikan di Dewan Rakyat.

"Selain sifatnya yang diakui ramai Ahli Parlimen kerajaan dan juga pembangkang sebagai baik dan berbudi bahasa, cara Ismail menjawab soalan yang dikemukakan kepada kementeriannya juga menyebabkan beliau dihormati.

"Bila menjawab, beliau begitu bersemangat. Saya rasa hampir tidak pernah berlaku ahli-ahli Parlimen pembangkang bercakap dengan kasar kepada Ismail dalam Dewan.

"Mungkin ada, tetapi amat sukar diingati perkara sedemikian pernah berlaku," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Razali juga, kata Mahfuz, begitu komited untuk membina generasi muda yang berilmu.

Sebelum menceburi bidang politik, Ahli Parlimen Kuala Terengganu itu adalah pegawai Kementerian Pelajaran.
Khamis, 27 November 2008

Lagi Kenangan Sabah

di UMS, kenangan terindah.Mungkinkah masih ada waktu untuk ini
Noor seronok melihat ikan besar dalam akuarium
di kaki gunung Kinabalu
lagi di kaki gunung Kinabalu
Lawatan rasmi ke PUSPA
Pinggir Bandar Kota Kinabalu
Kaboi. Pasar Kinabalu
Ruang kantin UMS
Suziani terpegun memerhati ikan sedang menyambut tetamu

Jalinan Muhibah, Prof.Dr.Shuib (UMS) dan En.Halim (USIM)
Santapan kenangan di Gayang
Presiden SPADA UMS dan sahabat menghiburkan hadirin
Cantiknya ciptaan Tuhan, Maha Hebat DIA
Wau....cantiknya ciptaan Mu
Sungguh indah di dasar laut, cuma kita takberdaya hidup disitu
Udang besar di Akuarium UMS
Mungkin Sekali seumur hidup kita ke sini. Sayonara
Dalam Gerimis. Kenangan terindah di kaki gunung Kinabalu
Berhadapan pintu masuk Pusat Serenti Papar (PAPAR)
Kenangan terbaru di USIM, sempena perasmian kampus induk oleh PM

Persiapan pembentangan di UMS.Dari kiri Puan Haslinda, Noorhisham dan Zurkurnan Hj Yusoff
Selasa, 25 November 2008

Memikir Waktu Jam Sabah

Jam 12.00. Antara Sabah dan Semenanjung..... Benarlah Sabah

Selama ini tanggapan kita kenapa Sabah awal berbuka puasa adalah salah, justeru Sabah adalah tepat waktu jam nya seiring dengan matahari terbit dan terbenam. Hal ini tidak juga saya temui ketika berada di Sumatera selama 4 tahun klik sambungan

Benarlah Sabah

Waktu di Sabah

Selama ini saya terfikir, kenapa jam 12.00 disebut tengah hari dan jam 1 disebut petang. Walhal (jam 1.00) baru saja masuk waktu Zuhur (di Semenanjung). Dalam Islam, waktu Zuhur adalah selepas matahari betul-betul bergeser dari berada di tengah-tengah tegaknya. Dalam hal ini, jam 12.00 adalah betul-betul mengikut sistem matahari terbit, menegak dan kembali suram.

Ketika berada di Sabah, tepatnya ketika saya sedang mendengar taklimat dari En.Azlan di Pusat Serenti Papat atau glamournya PUSPA, Papar, ketika itu azan berkumandang, sedangkan jam menunjukkan pukul 12.10 minit. Wah benar sekali waktu di Sabah ini, bisik hati kecil saya. Selama ini ku tertanya-tanya kenapa jam 1.00 disebut petang. Rupanya memang jam 1 sudahpun menghampiri petang.

Di Semenanjung Zuhur adalah jam 1.00 lewat. Perhatikan pula waktu semenanjung di bawah. Kalau ikutkan jam ianya tidak selari dengan matahari terbit., kerana sepatutnya permulaan hari adalah jam 6.00 pagi. Tengah hari adalah jam 12.00 (betul-betul di tengah) dan akhir petang adalah 6.00 petang. (keadaan ini berlaku di Negeri Sabah) ketika anda terbangun waktu pagi, matahari sudahpun terbit, sementara jam waktu itu adalah baru pukul 6.00 pagi. Manakala waktu petang jam 6.00 sudah pun maghrib.


Selama ini tanggapan kita kenapa Sabah awal berbuka puasa adalah salah, justeru Sabah adalah tepat waktu jam nya seiring dengan matahari terbit dan terbenam. Hal ini tidak juga saya temui ketika berada di Sumatera selama 4 tahun.

benarlah ungkapan

JAUH PERJALANAN, LUAS PENGALAMAN

Isnin, 24 November 2008

Berita Terkini Sekolah Baru

Setakat hari ini, PPD Hulu Langat tidak dapat memberi jaminan bahawa sekolah baru (SK Seri Putra) akan siap. Berita yang baru saya terima tadi, paling awal bulan 4 sekolah baru akan beroperasi. Dapat bayangkan bagaimana SK Bangi yang dah sendat akan disumbat lagi dengan anak-anak baru. Kelas memang tak cukup. Mungkin belajar dalam kabin kot.

Kabin? Panas la. Hal ini kita menunggu keputusan pihak kementerian apa langkah yang mereka akan ambil. Tunggu dan lihat.

Kenangan di UMS dan Sabah

19 Nov 2008. Rombongan Spada USIM dan keluarga serta staf dan pensyarah USIM berjumlah 49 orang telah pun berjaya melaksanakan misi ke Sabah. Misi mencari mutiara ini, hehe, sampingan je, di ketuai En.Razif yang bertindak selaku Ketua Rombongan, Kepada En.Razif syabas di kalungkan ucapan TAHNIAH dan SYABAS atas kejayaan misi ini.

Singgah di Kundasang dalam perjalanan ke kaki Gunung Kinabalu. Udara di sini sungguh nyaman, macam Cameron Highland, namun sayang waktu kami sampai, kepala Kinabalu di litupi awan kabus. Kalau pagi jam 8, memang nampak kata orang di sini.

Best jugak naik benda ni ya. Sebenarnya member kita ni (Noor, sebelah kanan) dulu dah jadi cikgi kat Sarawak, jadi biasalah bagi Norzalifah naik belon ni. Tapi belon ni agak keras sikit. Ops, bukan sikit, banyak la. Apa pun Tahniah, kini kita ke Sabah, Negara di Bawah Bayu, kata Prof.Shuib.


Seronok jumpa Presiden SPADA UMS, Evelyn, suka pada panorama dan mengambil gambar. Beliau telah membeli kamera Canon D60 dengan harga RM2,600,00.

Staf SPADA USIM, Berdiri di tengah Kak Nab, CC SPADA di Nilai bersama Suziani, (Perkama) dan Kak Ida USIM Pandan Indah.

Lawatan kami berjaya menjejak kaki di lokasi SPADA UMS, bangunan baru, menyedia 300 bilik untuk pensyarah.(masih ada kekosongan) Sejuk jugak kat sini, maklum atas bukit di tepi pantai.



Di Muzium Air UMS, Besarnya akuarium kat sini. Ikan pun pandai bergaya bila nak ambil gambar.

Tiba di kaki Gunung Kinabalu, siapa nak nak mendaki kena bayar RM5.00. past tu waktu balik dapat sijil. Lokasi puncak adalah ketinggian 4095.2 meter dari aras laut. Perjalanan terpantas telah di lakukan oleh rakyat Spanyol selama 2 jam lebih. (betul ke ni, tolong semak balik kawan)

Lawatan hari terakhir ke Pusat Serenti Papar atau ringkasnya PUSPA. Jauh jugak naik bas di lambung ombak darat,akhirnya kami sampai, di sini cuaca panas sikit.

Apa yang membeza antara pusat serenti ini ialah kubur... kubur replika untuk bekas penagih. Padahal sudha lama hal ini saya ingin lihat. Namun di sini (Sabah) baru jumpa. Saya syorkan pada Timbalan Komandan Kem Pusat Serenti PAPAR, En.Azlan supaya menggali satu kubur yang betul, semen dibawah macam di Sungai Cincin Gombak, letakkan penagih dalam tu biar lama sikit, biar dia insaf, bahawa hidup ini tak ada gunanya lagi bila kita mati. Eh....jangankan penagih yang banyak dosa dengan ibu, isteri, anak-anak dan masyarakat, kita yang tak macam diapun dah kecut perut kalau duduk dalam lubang kubur tu.

Oh, ia, saya akan pertimbangkannya kata En.Azlan. Dan sebenarnya dah beberapa orang yang meninggal di PUSPA ni.

Pusat Kenangan Indah, Ole-ole dari UMS

SELAMAT TINGGAL SABAH, ada rezki kita DATANG lagi Bye bye
Terima Kasih juga buat En.Halim
Staf SPADA
dan yang
sewaktu
dengannya
.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...