Welcome

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Etiam pharetra, tellus sit amet congue vulputate, nisi erat iaculis nibh, vitae feugiat sapien ante eget mauris.

Follow us


Ask a question

Name

Email

Question

Submit

Link Blog

Senarai Blog Saya

Senarai Blog

Sample text


Emel : afraima@yahoo.com..febook : facebook.com/skbangi
.Facebook : facebook.com/skbangi



Blogger

Blogger
Noorhisham Hamzah Sarjana Sosial Islam, Kaunselor SK Bangi, Ijazah Sarjana Muda Indonesia, Ijazah Lanjutan, Drug Abuse, USIM, Emel afraima@yahoo.com

Makam-Makam Nabi

Blogger news

Diri Admin

Noorhisham Hamzah
Emel afraima@yahoo.com
FB facebook.com/skbangi

Blogger templates

Jika terdapat sebarang persoalan untuk dijawab, boleh lah di hantar ke afraima@yahoo.com afraima@yahoo.com

Anda yang Datang

Twitter

Link

Terima Kasih Atas Kunjungan Ilmu dikongsi,ganjaran diharap

ShoutMix chat widget

Pelawat

Halaman

Dikuasakan oleh Blogger.

Twitter

Ads 468x60px

About Me

Teman

Archives

Cari Blog Ini

fb komen

Featured Posts

Khamis, 30 Oktober 2008

Foto Kenangan di Aceh

Kenangan bersama arwah Haji Amir (Kambing) dari Banten, Pak Buyung Medan, arwah Pak Khalid, Sopir kami dan Jenar. Foto ini adalah di Pulau Sabang (Pulau Weh) dalam rangka wisata dakwah kami ke sana.
Pemandangan di Janthoe, ibu kota pusat pentadbiran Nanggroe Aceh Darussalam. Kami ke sini kerana terpaksa berjumpa dengan Ketua Kantor Agama, Banda Aceh, mengurus surat-menyurat untuk pulang. Jarak ke sini dari Banda hampir sejam. Jauh jugak la masa tu. Melalui lereng-lereng bukit dan gunung botak. sejuk...
Tahun 2000. Kami beraya (Aidil Adha) bersama rakan. Foto ini di Mess Malaysia, Jalan Inong Balee. Inong maknanya perempuan, balee ertinya, janda.
Arwah Haji Amir dari Banten, ketika berada di Gampong Jawa, menyampaikan zikir kepada mahasiswa Aceh. Mahasiswa ini datang untuk mendengar penjelasan tentang amalan zikir yang mudah di amalkan.
Kenangan bersama Kadir Petani Thailand, dan rakan-rakan mahasiswa dari Aceh,kami bergambar di rumah ibu angkat, du Pualau Sabang, semasa 3 bulan praktikum, kami tinggal di rumah beliau.Kat sini tak ada ayam tau, hari-hari makan ikan dan telur je, Maklum pulau. Yang lucunya ada rakan perempuan (kakak letting) berkata, nanti aku balik Banda, aku nak makan ayam banyak-banyak.

4 Tahun Berhempas Pulas


Akhirnya pada 24 Ogos 2002, kami berjaya menikmati hari wisuda. Wisuda di sini maknanya konvokesyen. Dari kiri Abu Hanafiah, Fakultas Syariah, manakala di tengah, Nahar Alias, juga fakultas yang sama. Hanya saya (kanan) dari Fakultas Dakwah. Dalam wisuda tahun 2002, syukur pada Tuhan, atas bantuan orang ramai, saudara-mara dan rakyat Negeri Selangor yang banyak membantu, dalam list mahasiswa fakultas dakwah tahun genap 2002, saya adalah yang terbaik IPK, (indeks Prestasi komulatif). 3.75.
Berdiri dari kiri Noorhisham, Abu Hanafiah, mahasiswa Aceh, Dewi, Shukri Mamat (Suami Dewi) dan Nahar Alias.
23 Mei. SK Taman Jasmin, Motivasi UPSR

02 Jun 2009. Uniten. Persiapan Menghadapi Peperiksaan

16 Mei 09, SK Subang Jaya Sek 4. Motivasi Tahun 6

06 Mei 2009. SMK Dengkil. Katakan Tidak Pada Rokok dan Dadah

10 April 2009,
Trend Terkini Penyalahgunaan Dadah, CIAST, Shah Alam
28 Mac SK SRI ABIM. Sungai Ramal Dalam, Motivasi Tahun 6
27 Mac. Ceramah Bahaya Dadah, Sekolah Keb.Jln Sg.Besi (1)
26 Mac , Mengekal Kepulihan Seorang Penagih, Masjid Ampang


30 Mac SK Rinching Hilir

26-02.09. Ceramah "Trend Terkini Penyalahgunaan Dadah" Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras, Kuala Lumpur21-02-09. Motivasi UPSR Ibu Bapa Sek.Keb King George V.

09.03.09. Ceramah Maulid Nabi, "Tugas Baginda, sudahkah Kita Terima?" Pulau Carey, Klang.

16-19/02/09
Membina Modul Pencegahan Dadah, Alson Kelana, Seremban.

14 /2/09, Motivasi Kepimpinan Pengawas, SK Bangi.

12/02/09, Bacaan Yasin dan Kuliah Maghrib , Pusat Khidmat AADK Seremban, Negeri Sembilan.

5 /02/09 Ceramah Pencegahan Relapse tempat PUlau Carey, Klang.

6/02/09 Kuliah Motivasi Ibadah, tempat Masjid KUIS, Bandar Sri Putra, Bangi

7/02/09 Ceramah Tajuk "Peranan Ibu Bapa Dalam Kejayaan Anak" tempat SK Tun Abdul Aziz Majid, Hulu Langat

5 /02/09 Ceramah Bahaya Dadah tempat SK.Dusun Nanding, Hulu Langat

6 Stages (Tangga) Kehidupan

Dalam hidup ini, ada 6 stages yang perlu dilalui oleh setiap manusia. Kiranya panjang umur kalau ada. Mereka akan melalui 6 tangga ini. Berikut adalah 6 tangga yang akan kita lalui. Mari kita perhatikan, kita berada dimana sekarang?


Catatan Foto : Sebahagian besar dalam foto ini hilang dibawa ombak besar 2004. Sayal sempat merakam detik ini sewaktu membawa mereka satu bas PMTOH dari Banda Aceh ke Tangjung Pura Langkat, pada awal 2002.


Pertama : Keluar dari rumah, berpisah dengan keluarga, pergi menuntut ILMu dan mencari pekerjaan.

Kedua : Pra perkahwinan, membiasakan diri dengan keluarga baru.

Ketiga : Mendapat Zuriat,

Keempat : Anak Membesar....cobaan membesar anak-anak.


Kelima : Anak Berkahwin, bercantum dengan keluarga baru. Berlaku tidak serasi antara mertua dan menantu.


Keenam : Meniti usia pada sisa hidup.Berdepan dengan risiko kesakitan dan ketiadaan anak-anak di sisi.


Dalam hidup yang amat sederhana ini, pelbagai macam cobaan Tuhan sodorkan kepada manusia. Dari kecil hingga dewasa dan sampai ke penghujung usia.


Alangkah hebatnya makhluk yang bernama MANUSIA, tidak pernah pula di embankan segala kesusahan, ujian dan cobaan hidup ini kepada makhlukNya yang bernama batu, gunung-ganang, bukit bukau, burung beriak dan selama macam jenis makhlukNya yang lain. Dalam surah Al-MuLk, Tuhan berfirman, Maha Suci Tuhan Yang DitanganNya segala Kerajaan, (yaitu tuhan yang) menjadikan kematian dan kehidupan, untuk menguji di antara kamu siapa yang paling terbaik amalannya. (1-2).


Masya Allah. Dalam ayat yang lain, tuhan berfirman lagi, Wa Maa Umiruu, ILLA li ya’buduLLaha Mukhlisin Lahud Dien. Dan Tidaklah Aku menyuruhmu (wahai manusia) melainkan hanya satu, iaitu berabdi kepadaKu dengan penuh IKHLAS.


Sayang sekali, ramai yang lupa asal kejadian kita di muka bumi ini. Mereka lupa bahawa hidup ini hanya sebagai medan ujian dan cobaan. Lantas ada yang alpa, lalu memandu dirinya ke jalan salah, gara-gara tidak dapat bersabar menahan dengan cobaan.


Bukankah Tuhan juga pernah melarang. Dan janganlah kamu mencampakkan dirimu ke lembah kebinasaan?


Dalam Berita Harian ini (30 Oktober 2008), melaporkan, sekurang-kurangnya 14% remaja pernah meminum arak alias alkohol. Tidak dapat dipastikan remaja di negeri mana, namun yang jelas, dimana peranan ibu bapa sehingga anak mereka terjerumus ke lembah nista tersebut.


Dalam foto ini. kelihatan Bu Sum, dan anaknya berbaju merah Dayat, manakala di sebelah kanan saya ialah Pak Buyung. Bu Sum dan anak bongsunya Dayat, dibawa arus tsunami, dan tidak ditemui, kuburnya entah dimana. Gambar ini di ambil pada tahuin 2002 di IAIN Ar-Raniry Banda Aceh.


Ibu ini asalnya Palembang, ia sangat baik pada saya dan isteri yang tengah hamil waktu itu, tiap pagi kalau ke rumahnya, tidak lupa beliau hidangkan kopi panas.


Seringkali beliau hadir dalam mimpi. Adiknya jugak, tante Baina dan anak-anak serta suami di bawa arus bersama. Kepada mereka, hadiahkan Al-Fatihah, semoga bertemu lagi di sana nanti. Semoga Tuhan memberikan kita kekuatan dan kesihatan untuk terus beramal hingga akhir hayat.

Ahad, 26 Oktober 2008

Servei Pemahaman Masyarakat terhadap DADAH

Salam, buat semua pembaca budiman. Tak kira guru, ibu bapa,. murid dan siapa sahaja. Semoga anda berada dalam rahmat, inayah dan redha Ilahi tika dan sat ini. Di sini saya mohon pertolongan sikit dari anda. Saya perlukan 100 orang yang menjawab satu soalan sahaja. Apakah yang anda faham tentang dadah? Jawapan anda boleh di jawab dalam shoutbox atau kalau nak panjang di dalam ruang komen dibawah ni.

Jawapan anda walau sedikit tetap membantu. Terima kasih banyak atas jawapannya. sikit pun memadai.
Jumaat, 24 Oktober 2008

MAKAN DAGING IBU

MAKAN DAGING IBU

OLEH : Noorhisham Hamzah, S.Sos.I

GUA MUSANG. Dua remaja penagih dadah jenis terkini bertindak nekad menghiris daging leher ibunya sendiri. Kejadian berlaku apabila dua orang anak ini pulang untuk makan nasi. Sementara ibunya seorang penoreh getah memasak nasi berlauk telur. Gara-gara merasa bosan dengan hidangan yang hampir sama setiap hari, salah seorang berkata, sekali-kali nak jugak makan daging. Apabila terdengar perkataan daging, salah seorang dari mereka mencapai pisau di dapur dan menghapiri ibunya yang sedang duduk menyandar di dinding rumah lalu menghiris daging pada leher maknya.

Akibat terluka, jirannya dipanggil, sementara jiran datang tidak pula mereka melarikan diri dan sehingga pihak polis tiba mereka pun masih tidak kemana-mana. Ketika ditanya kenapa kamu hiris ibu kamu... tak adalah jawab mereka... kami nak makan daging???

Apa dah jadi dengan penagih dadah zaman sekarang? Bukanlah mental mereka sudah rosak teruk dan alias gila. Masya Allah.

Sumber : Presiden PENDAMAI Malaysia.

Pencegah Kemungkaran

Sesungguhnya Solat Boleh (berupaya) mencegah seseorang Anil Fahsyaai wal Mungkar, dari kejahatan kecil dan besar.

Sesungguhnya sholat itu boleh mencegah seseorang manusia dari fahsya dan mungkar. Ketika Nabi ditanya oleh para sahabat, Ya rasulullah, ada orang yang sembahyang, tetapi masih (tetap) melakukan kejahatan. Jawab Nabi itu adalah orang yang belum sempurna sholatnya.


Syarat sempurna sholat ada banyak. Salah satunya adalah memahami apa yang dibaca ketika sholat. Seseorang yang sholat, ketika ia membaca Maa liki Yaumid dien.. terasa olehnya, bahawa Allah itu Tuhan yang Maha Gagah Perkasa, Maha Bengis di Akhirat, yang menjadi Raja..dimana semua raja dan semua orang yang berkuasa di dunia ini pada waktu itu akan tunduk dan tidak mempunyai sesen kuasa pun lagi. Bahkan tidka berhak berkata-kata pun walau sepatah. Yang menjadi raja dan akan bertindak sebagai hakim adalah DIA, Azza Wajalla. Lalu terkacat, terkedu, bagi orang yang sholat apabila ada peluang untuk berbuat kejahatan. Hatinya teringat pada akhirat, lalu membatalkan niatnya tadi.


Dengan itu, benarlah sholat sebenarnya berupaya mencegah manusia dari kejahatan. Apa yang berlaku hari ini, 330.000 manusia lelaki di Malaysia yang terperangkap oleh najis dadah. Hatta ada yang sudah gila dan tak boleh di ubati lagi. Kesemua mereka ini berlatar belakangkan orang-orang yang jauh dari mengingati TUHAN mereka ketika berhadapan dengan peluang untuk berbuat kejahatan.

Khamis, 23 Oktober 2008

Usaha Mengekalkan Kebersihan Tandas di SK Bangi

Sungguh seronok masuk tandas yang harum dan bersih, paling tidak bau busuk, hancing dan sewaktu dengannya tidak ada. Namun malang kalau anda pernah memasuki tandas usang di sini. Dengan mangkuk yang pecah, berwarna kuning dan bau pula tak seronok, itu lah yang di alami oleh anak-anak anda selama menjadi murid. sambung
Isnin, 20 Oktober 2008

Psikologi Abnormal

Hari ini Pn.Aishvarya Sinniah bagi lecture pasal mental disorder.

Saya lihat dalam buku Psikologi Abnormal karangan Azizi Yahya, dalamnya ada DSM-4. Buku ini saya dapat percuma semasa pergi ke PICC hari tu.

Rupanya...eh eh tak baca lagi buku ni, dalamnya ada Skizofrenia yang sedang dituturkan oleh Puan Doktor tadi. Kalau kawan-kawan nak tengok buku ni....boleh...
Selasa, 14 Oktober 2008

Diari Hari Ini

Hari raya masih dirasakan lagi. Dan Jumaat ini USIM akan mengadakan hari raya buat pelajar SPADA angkatan 2008. Hari ini Prof.Madya Dr.Zaidi Hajazi masuk ke kelas kami. Beliau berikan syarahan sulung selama 3 jam. 12 minggu dari sekarang semester dua akan berakhir. 10 minggu dari sekarang, setiap orang dari kami perlu menghantar satu hasilan kreatif berkaitan isu-isu penyalahgunaan dadah sebanyak 20 halaman.

Habis masa Prof. Zaidi, En.Halim. selaku bos masuk. 2 orang diminta ke Sabah secepatnya untuk merundingkan program 20 November ini. ASP Nadzir dan En.Razif (Pen.Pengarah AADK Bahagian Antarabangsa di tugaskan ke sana).


Petangnya, rakan-rakan hero SPADa datang menjadi tamu ke teratak kami.
Meraikan rakan SPADA datang beraya, hehe.kuih raya ada lagi...minum teh Gopek je lah
15 Okt. Dalam perjalanan ke USIM, terlihat asap berkepul, jalan menjadi sesak, dan jentera BOMBA minta laluan untuk mencelah. Kesian Akak ni...kereta nya terbakar waktu pegi kerja ke Dewan Bahasa dan Pustaka
Jem Sekejap lantaran kemalangan pagi ini.
13 Oktober 2008, Hari Pertama Semester Kedua. Bersama Kak Lin...beliau ni guru Penolong Kanan... untuk ke blog beliau...klik la sini
Isnin, 13 Oktober 2008

Wa Li Kulli Ummatin Ajal


13 Oktober 2008. SERDANG. Satu kemalangan maut melibatkan penunggang motosikal terjadi pagi ini dalam perjalanan dari Shah Alam/Sg.Besi ke Kuala Lumpur, tepatnya bersebelahan Stesen Komuter Bandar Tasik Selatan. Seorang lelaki bujang berusia 28 tahun yang dalam perjalanan menuju tempat kerjanya di KWSP tidak sempat memotong sebuah lori 1 tan, menyebabkan ianya terjatuh dan terpihak oleh tayar treler minyak Shell.

Ketika saya tiba, mayat dalam kondisi putih kepucatan, seluruh tubuh kaku tidak bergerak, dan belum di tutupi apa-apa. Polis belum tiba, saya dan seorang pak cik bertindak mengawal lalulintas sebelum tiba pihak Paramedik dari Hospital HUKM. Namun mereka pun tidak dapat melakukan apa-apa selain menutup mayat dengan kertas.

Apa yang anda lihat adalah sisa otak yang berhamburan

Sementara menunggu pihak polis tiba, saya masih mengarahkan kenderaan agar ke kanan dan kiri jalan, padahal waktu itu, ramai juga rakan-rakan yang ingin ke kelas ternampak saya sedang melakukan aksi seperti pegawai polis trafik. Sejurus kereta peronda tiba, keadaan jalan bertambah sesak, justeru kereta peronda tersebut menutup sebelah lagi laluan, ini menjadikan kesesakan lalu lintas sepanjang puluhan kilometer.

Pegawai polis yang menaiki kereta peronda meminjam motor NBV 4646 saya untuk menuju ke hadapan untuk mengetahui cerita dari pemandu lori shell, apakah lori itu yang terlibat dengan kemalangan ini. Memang ya. Katanya, dia tidak sedar dan sedang menggigil ketakutan. Pemandu lori alias treler Shell itu hanya tampak disebelah kanan lewat cermin sisi. Dia kemudiannya memberhentikan kenderaannya dibahu jalan.

Jam sudah pun menunjukkan 8.45 pagi. Saya bergerak menuju ke tempat kuliah. Sayang..kamera betulan tak bawa, hanya pakai hp cina saja.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...