Welcome

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Etiam pharetra, tellus sit amet congue vulputate, nisi erat iaculis nibh, vitae feugiat sapien ante eget mauris.

Follow us


Ask a question

Name

Email

Question

Submit

Link Blog

Senarai Blog Saya

Senarai Blog

Sample text


Emel : afraima@yahoo.com..febook : facebook.com/skbangi
.Facebook : facebook.com/skbangi



Blogger

Blogger
Noorhisham Hamzah Sarjana Sosial Islam, Kaunselor SK Bangi, Ijazah Sarjana Muda Indonesia, Ijazah Lanjutan, Drug Abuse, USIM, Emel afraima@yahoo.com

Makam-Makam Nabi

Blogger news

Diri Admin

Noorhisham Hamzah
Emel afraima@yahoo.com
FB facebook.com/skbangi

Blogger templates

Jika terdapat sebarang persoalan untuk dijawab, boleh lah di hantar ke afraima@yahoo.com afraima@yahoo.com

Anda yang Datang

Twitter

Link

Terima Kasih Atas Kunjungan Ilmu dikongsi,ganjaran diharap

ShoutMix chat widget

Pelawat

Halaman

Dikuasakan oleh Blogger.

Twitter

Ads 468x60px

About Me

Teman

Archives

Cari Blog Ini

fb komen

Featured Posts

Isnin, 29 Disember 2008

Harga Sebutir Dunia

Kerete yang warna putih ni, (Lamborghini) tak ramai orang dapat beli. Dalam Malaysia pun hanya kerabat di Raja dan Tauke besar. Harganya 1.3 juta. Cukup mahal tapi, tempat duduknya cuma 2 orang.

Ayahnda dulu dalam sesi kuliah pernah bercerita pada kami, dulu ada seorang raja yang sangat besar lagi kaya raya, maklum raja.... suatu hari dia mengadu sakit. sakitnya ini tak boleh makan dan telan apa saja makanan. Berubat lah ke sana sini, akhirnya dipanggil dukung dan pawang semua yang handal. Boleh kata pawang tu. Cuma tuanku kena habiskan separuh harta tuanku, memikir raja tu, ok lah katanya, asalkan beta boleh telan makanan. Habislah retanya yang separuh itu.
Syukur...raja tu mula boleh makan, namun tak lama lepas tu, datang lagi penyakit lain, tak boleh buang pulak. Sakit perutnya memulas ya ampun. Tak boleh keluar jugak. Lalu dipanggil lagi pawang tadi, sudah dibaca mantera dan bomohnya, kata pawang tu, boleh tuanku, patik boleh tolong, tapi syaratnya tuanku kena habiskan harta tuanku yang separuh lagi. Apa mau Raja tu? Apa anda fikir jawapannya...

Memang sang raja itu sanggup menghabiskan separuh hartanya lagi demi tubuh badannya menjadi normal. Bermakna habislah kesemua harta raja tersebut. Dan itulah nilai dunia...
Sabtu, 27 Disember 2008

Kok Masih Ada Manusia Seperti Ini

26 Disember 2008. Kota Gelanggi Dua, Jerantut Pahang. Di sini tempat saya bermain dan belajar hidup di Felda buat pertama kali, ketika itu saya berusia 15 tahun. Seronok sebenarnya tinggal di Felda. Masyarakatnya rukun dan aman, saling tolong-menolong. Pergi ke Ladang KOKO naik Highlux pagi-pagi lepas subuh, pulang jam 1.30 tengah hari, bawa bekal nasi, air dan ubat nyamuk. Semua ini mak saudara saya yang bekalkan.
Masjid Kota Gelanggi 2 dan surau Blok C menjadi tempat pertemuan sentiasa. Malam-malam waktu maghrib di surau itu, ramai anak-anak datang mengaji, saya diberi kesempatan untuk memberikan syarahan kisah-kisah Nabi dan orang Soleh pada anak-anak itu, kemudian mengajarkan mereka Al-Quran.

Tapi itu dulu, sebelum saya ke Banda Aceh selama 4 tahun dan menetap di Bangi sebagai pelajar KPLI di Maktab Perguruan Islam tahun 2004.

Hari ini saya kembali lagi. Kota Gelanggi tetap rinduan di hati. Namun ada kisah yang agak kurang baik berlaku di Felda ini. Sewaktu solat Jumaat, saya dan jamaah yang lain mendengar suara orang dewasa sedang bercakap-cakap di belakang, ketika ini rakaat pertama, solat saya menjadi kacau...fikiran bertanya, anak siapa yang datang ke masjid tetapi masih bercakap-cakap ketika imam sedang memimpin solat.

Masuk rakaat kedua, masih ada lagi suara itu, bukan 2 atau 3 orang, bahkan lebih. Habis salam, saya berpaling ke belakang, SAH, ada 7 lapan orang anak muda yang duduk di belakang masjid (masih dalam masjid), mereka ngobrol dan ketika salam tadi, Mereka bingkas bangun dan turut sama-sama balik dengan jemaah lainnya.
Soal dihati, untuk apa mereka datang ke Masjid? Untuk menipu siapa, keluarga, masyarakat atau TUHAN? Hmmm Kok masih ada yang ...(tuuuuut).... sebegini?
Petang Jumaat, saya ke kuburan, bagi menziarahi arwah nenek saya yang meninggal tahun lalu sekembalinya dari Mekah. Di sinilah...ditengah-tengah hutan, dalam bukit, jauh dari keramaian manusia, jasad nenek saya disemadikan.
Al-Fatihah untuk nenek, dan bacaan Tahlil. Hujan turun renyai-renyai. Semoga Roh nenek yang pergi di usia 80 tahun ini dirahmati ALLAH. Di ampuni segala dosanya.

Shisa Mula Merebak Pada Kebanyakkan Orang Senang

Hisap Shisha Ibarat Api Masa Kecil Jadi Kawan, Besar Jadi Lawan
(Oleh Melati Mohd Ariff)

KUALA LUMPUR, 14 Jun (Bernama) : Memerhatikan gelagat anak-anak muda menghabiskan waktu malam dengan bersantai di kafe atau restoran adalah seperti menyaksikan satu pementasan drama tetapi itulah realitinya.

Drama kehidupan muda-mudi di bandar besar. Lelaki, perempuan bergelak ketawa dan mempamerkan gaya hidup bebas di kota metropolitan.

Asap berkepul, mereka menyedut perlahan-lahan objek yang diletakkan di sebelah tempat duduk. Yang perempuannya sedikit pun tidak menampakkan rasa segan atau malu, asap yang disedut dihembus, berkepul-kepul keluar dari mulut.

Antara sedar atau tidak, ada satu trend atau kecenderungan yang semakin menular dalam kehidupan kita hari ini, yang mungkin jika tidak dibendung akan menjadi satu budaya perosak iaitu menghisap shisha.

Shisha atau juga dikenali dengan nama "hookah" merupakan sejenis peralatan paip air yang menegak, lazimnya digunakan untuk menghisap tembakau yang berperisa.

Bayaran yang biasa dikenakan ialah antara RM10 hingga RM15 untuk satu sesi shisha.

ASAL USUL SHISHA

Menghisap shisha yang kian menjadi kegilaan khususnya muda-mudi Melayu, telah diamalkan di Timur Tengah ratusan tahun lamanya.

Sebelum kemunculan tembakau, bahan yang sering digunakan di dalam shisha ialah candu dan hashish.

Shisha dipercayai mula membanjiri negara ini dengan kedatangan pelancong-pelancong dari Timur Tengah khususnya pada tahun-tahun 90-an.

Sesetengah pihak mungkin tertanya-tanya mengapa tiada batasan atau larangan untuk shisha sedangkan kerajaan membelanjakan ratusan juta ringgit untuk mengadakan pelbagai kempen anti-merokok dan kempen amalkan gaya hidup sihat.

Aneh bukan? Atas alasan apa menghisap shisha dibiarkan sedangkan ia masih menggunakan tembakau!

BAHAYA UNTUK PEROKOK

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) baru-baru ini, terdapat kira-kira 1.3 bilion perokok di seluruh dunia dan sekitar lima juta mati setiap tahun akibat penyakit berkaitan menghisap rokok.

WHO memberi amaran jika trend tersebut tidak berubah, 10 juta orang setahun akan mati akibat penyakit berkaitan menghisap rokok menjelang 2020.

Kebimbangan WHO itu juga membuatkan badan dunia itu mengeluarkan slogan untuk sambutan Hari Tanpa Tembakau Dunia tahun ini yang memberi amaran kepada perokok bahawa tembakau adalah "berbahaya dan boleh membawa maut dalam apa jua bentuk".

Satu laporan dari London baru-baru ini menyebut tentang pengharaman menghisap rokok di khalayak ramai yang akan dikuatkuasakan di England Jun 2007.

Langkah tegas ini sudah tentunya turut memberi kesan kepada penghisap shisha.

MUDAH TERPENGARUH

Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr Maamor Osman tidak terperanjat dengan budaya menghisap shisha yang semakin menular di kalangan golongan muda negara ini khususnya anak Melayu.

"Orang Melayu terutamanya mudah dipengaruhi dengan satu benda kelainan yang pada pendapat mereka ia hanya sekadar berseronok tanpa mengetahui latar belakang sejarah sesuatu budaya tersebut dan juga risiko ke atas diri sendiri, dari segi kesihatan terutamanya, " jelas beliau.

Tradisi menghisap shisha ini, tambahnya, sesuatu yang barangkali boleh diterima di kalangan masyarakat tertentu seperti di Timur Tengah dan di Afrika.

"Ada di antara mereka berpendapat bahawa apabila mereka membakar tembakau atau buah-buahan atau bahan-bahan lain yang diadun maka air yang digunakan akan menjadi satu penapis yang boleh menyelamatkan mereka daripada risiko kesihatan akibat pengambilan tembakau."

"Perbuatan ini sebenarnya didorong oleh nafsu dan mereka sekadar ingin merasa selamat walhal mereka masih menanggung risiko," tambah Dr Maamor.

Menghisap shisha, katanya, mempunyai banyak persamaan dengan perbuatan menghisap rokok dan dalam masa yang sama, ada juga penggemar shisha perokok tegar.

Di Malaysia, tambahnya, menghisap shisha ini lebih mirip kepada pengambilan dadah marijuana dengan menggunakan alat yang dipanggil "dapur".

"Ini sebenarnya memberikan satu bentuk kebebasan kepada kumpulan penagih untuk ber
Selasa, 23 Disember 2008

BILIK MACAM KOTAK KASUT

Anda nak tau kesan DADAH golongan LSD? DADAH jenis ni akan membuat manusia berada dalam dunia halus. Namanya LSD, bukan LCD ye. Pengambilannya di letak bawah lidah.Ianya wujud dalam bentuk kertas 4 segi. Ianya di panggil Blotter. Ndak tau kenapa dipanggil Blotter.


Namun boleh disuntik secara iv.(intavena) yakni dengan menyuntik ke dalam badan melalui urat. Selepas 40 minit, pengguna akan marasakan kesannya. Ia diserap 100% peratus ke usus. Dadah jenis ni hanya 1 peratus sampai ke otak. Kes macam ni sukar nak urin sebab amaun dia sikit sangat.

Tindakannya. Ia bertindak pada bahagian otak yang bertindak sebagai penapis stimulus yang diterima otak. Nak tau kesannya? Hmmm. Muka dia orang ni akan kemerahan, mulutnya kering, berpeluh, tremor, bergetar-getar tubuhnya, loya, anak mata mengecil, hipertensi dan sebagainya.

Kesannya yang sangat di inginkan ialah Euforia. Ini istilah orang dadah. Rasa gembira semacam, tak ada masalah langsung. Namun pada jam kedua, mereka akan mengalami kesan ILUSI VISUAL. Ada yang namanya Good Trip dan ada yang mengalami Bad Trip. Ini tergantung orangnya. Good Trip tu adalah suasana yang selesa luar biasa. Bad trip tu persekitaran tak selesa lah bagi mereka.
Kesan pada psikologi pula, persepsi mereka berubah, bentuk objek pun berubah pada pandangan mereka, perubahan bentuk badan dan muka, mrk tengok berubah jadi panjang ke, bujur ke, namun dapat melihat warna dengan TERANG walaupun mata ditutup.


Kesan Psikologi lagi, perubahan persepsi terhadap masa. Pulak, ni buat tak sembahyang la ni. Bab, ni nak cerita, dia tak tahu pun sekarang pagi ke petang. Yang kedua, perubahan persepsi terhadap JARAK, ha yang ni la boleh buat eksiden, yang mati memang sebab dadah, tapi kesan dari pengambilan dadah ni. BUNYI-BUNYI. Bunyi-bunyi pun boleh berubah bagi mereka. Dinding-dinding menyanyi. Haha. Dan mereka mengalami delusi BOLEH TERBANG.

Telinga pula, boleh mendegar jarak jauh, sehingga penyanyi bernafas kat mic pun dia buleh dengar. Cikgu-2 kena ambil perhatian ye. Bunyi orkestra pula boleh pindah dari sound ke dalam badan mereka.

PEMANDANGAN
Barang-barang dalam bilik mereka seakan dihiasi gemerlapan. Fuyooo. Dinding bilik spt HIDUP dan bergetar. Terasa seperti kehilangan bahagian badan, mula-mula badan, kemudian kaki, kemudian kepala, kemudian bahu last nya mereka akan rasa spt tiada badan langsung.Macam mana nak fikir ni.

BILIK MACAM KOTAK KASUT ; BAD TRIP
Pada stuasi Bad Trip ini, Syaitan mula menguasai diri mereka. Pengguna akan terasa nak menjadi GILA. Ketiak ini, eh ketiak pulak, ketika ini, bunyi lagu seakan bunyi tembakan, bilik jadi kecil seperti kotak kasut. Biasanya mereka akan dikawal oleh orang lain waktu ini. Jika dirujuk pada doktor, mereka akan diberi ubat antianzaiti.

BAHAYANYA
terdedah kepada kecederaan akibat perbuatan sendiri. Bahaya akibat pertimbangan buruk. Kesan Mudarat. Panik, Kesan Psikotik berlarutan, dan dadah jenis ini menjadi pencetus kepada pengambilan dadah jenis antienzaiti sebab nak turunkan gangguan jiwa. Banyak berlaku insiden pengguguran akibat pengambilan LSD. Manakala banyak pula berlaku kecacatan pada bayi yang ibunya penagih LSD.

RAWATAN
Dari segi kedoktoran, mereka akan diberi ubat dadah juga jenis anti enzieti. dadah ini akan bertindak menurunkan gemurah, resah dan gelisah pengambilnya. NAMUN yang paling besar ialah..KEMBALI PADA AGAMA.

Pernah Ternampak Aksi Ini?

Anda mungkin pernah melihat atau terlihat situasi seperti dalam gambar ini. Budak-budak ini sedang menghidu gam. Gam boleh membuat mereka khayal.

Tapi AWAS ada yang mati gara-gara GAM. Bukan kerana gam, tapi disebabkan nafas tak sempat masuk, oksigen tak sempat naik ke otak, akibat hidu gam yang terlalu banyak, akibat mati. Pernah 3 orang budak 10 tahun dulu masuk surat khabar mati gara-gara GAM.

Awasilah komuniti anda jika melihat aksi ini. Sila beri teguran dan nasihat, perlakuan seperti ini mengundang padah walau nampaknya tak ada apa nya.

Slide 3
Tiga sahabat dijumpai mati dipercayai hidu gam
Utusan Malaysia, Selasa - 11 April 2000
Kuala Lumpur - Tiga sahabat berumur 14, 18, dan 20-an yang merupakan bekas penagih dadah dijumpai mati dipercayai selepas menghidu gam beracun. Polis menemui 4 tin gam di tempat kejadian.
Slide 4

Tabiat hidu gam boleh membawa kematian

Kuala Lumpur (Malaysia) - Satu gejala yang semakin berleluasa kebelakangan ini ialah mengamalkan tabiat menghidu gam di kalangan remaja. Gam yang mengandungi bahan organik atau pelarut seperti toluene serta trichloroethylene itu adalah toksik yang boleh menggangu fungsi jantung. Jika diambil secara berlebihan, bahan larutan itu akan menyebabkan denyutan jantung tidak stabil, manakala peredaran darah tidak teratur yang akhirnya boleh menyebabkan kematian. Selain itu, ia juga boleh memberi kesan serta merta seperti kesan euforia iaitu kelihatan seronok tanpa sebab.. Kesan lain pada fungsi otak akibat menghidu gam ialah risiko menjadi nyanyuk, hilang ingatan, psikotik atau gila, hilang upaya deria dan kelumpuhan pada bahagian tertentu
Ahad, 21 Disember 2008

Catatan Perjalanan 21 Disember 2008


Afalam Yasiiru Fil Ardhi Fayan zuruu kaifa kaa na 'aqibatul mukazzibin. Demikian antara ayat Al-Quran yang menganjurkan kita berjalan di atas muka bumi, dengan kata lain mengembara. Saya, Cikgu Nan dan En.Zaini hari ni berjalan di sekitar Bukit Antarabangsa, nak tengok sendiri secara dekat insiden yang menimpa saudara kita di sana. Perjalanan bermula dengan memenuhi tangki dengan minyak tanpa plumbun di Hulu Klang.

Inilah jalan menuju ke Bukit Antarabangsa. Tinggi jugak bukit ni.
Nan dan Zaini dengan KAL 5052 yang dibawa dari Kedah.
Sampai sana, kami saksikan banyak lori yang sedang keluar masuk, memunggah tanah. Zaini nampaknya tak tahan. Nak balik je dia ni.
Deretan lori sedang antri menunggu giliran memasuki kawasan tanah runtuh.
Ah...tak lepas ke sana, banyak habuk. perut dah lapar ni, JOm cari makan, destinasi kami di Kedai AZ depan hotel Koperasi Polis, Chow Kit. Di sini makanan ala Kelantan la. Budu pun ada.
Fuuuuh.. dah makan, kenyang.. jom apa lagi pergi solat zuhur, sudah jam 2 ni.
Jalan lagi, kali ni ke Plaza Low Yat pula, En.Nan nak intai enset kalau ada yang lebih murah. Amboi ramai nya orang tingkat 4. Jom-jom balik....can't go like this.

Kami teruskan ke Plaza Imbi. Dapat apa yang dihajat, terus balik ke Pandan Indah. OPs. singgah jap Kedai Enpon bawah USIM Pandan Indah. Rezki toke di sini nampaknya.
Wah ternampak sesuatu. DUsh..... rupanya reward bagi sesapa yang terjumpa anjing. Sayang jugak cina ni pada anjing.
Kami masuk ke masjid Kampung Baru, wah karpet baru lagi, hari tu warna biru....aik warna kuning pulak. Sound System di Masjid ini bernilai RM150,000.00 didermakan oleh hartawan dikawasan ini.


Dalam metro hari ni, seorang budak perempuan yang baru melahirkan anaknya dalam bilik, gara-gara takut bapanya tahu dia beranak anak luar nikah, dihempap-hempap bayi tu sampai mati dan dibuang belakang rumahnya. Tengok....dunia akhir zaman, tak tau bapanya selama ini anak ke mana, berkepit dengan jantan mana. Tu lah hasilnya.

Saya ke PERSADA Sungai Besi. sempat jumpa seorang klien dan masukkan maklumat yang Puan Aisy minta. Tunggu maghrib nak bagi tazkirah.... Imam tak kasi, katanya dia bertugas malam ni. OPs silap haribulan rupanya saya datang kali ni.

Berita Minggu Ini

Jika ada satu orang penagih dalam keluarga, cukup membuat satu keluarga derita. Sang ibu akan menangis siang malam dek anaknya yang diharap menjadi seperti anak orangl ain, tetapi menjadi penagih, alangkah malunya sang ibu. Manakala sang isteri menderita naik turun mahkamah, tiada siapa yang boleh membantu memberi nafkah untuk mereka, lantaran suami tersayang kini berada di pusat. Manakala anaknya cukup menderita dan malu apabila pergi ke sekolah. Kawan-kawan akan bertanya dimana ayahmu. Pernah suatu ketika seorang murid apabila ditanya oleh gurunya, apa kerja ayah kamu? Lantas murid itu lari....sambil menangis.. Kisah ini disampaikan oleh Hafneey, Presiden Pandamai 04 Disember 2008 di USIM Pandan Indah dihadapan pemimpin masyarakat. Sekalian hadirin menangis dan cukup tersentuh bab ni.

Marasakan tersangat penting ilmu ini untuk disampaikan pada semua orang atas dasar tangungjawab sosial, maka pada 05 Disember 2008, selesai sudah siri ceramah pertama saya di Surau As-Syakirin, Bandar Sri Putra. Terima kasih pada suami Cikgu Nazatul yang melorongkan saya ke sana.

Kini saya menjelajah lagi, beberapa surau lagi sedang dalam usaha yang sama. Antara surau dan masjid dan surau yang akan saya pergi adalah ;
a. Masjid Semenyih (Besar)
b. Masjid Rinching Hilir
c. Surau Bukit Mahkota Seksyen 2 ( )
d. Masjid KUIS.
e. Surau Bukit Mahkota Seksyen 5 ( )

Dalam pada itu, saya meninjau sekolah baru Bandar Sri Putra, melihat sejauh mana perkembangan terkini. Sekolah ini yang akan beroperasi pada bulan 4 menurut jangkaan, akan memindah 600 orang murid yang beralamat di Bandar Sri Putra dan Bukit Mahkota dari SK Bangi.

Guru yang akan bertindak selaku guru Kaunseling di sekolah tersebut, ura-ura saya dengar dari Sarawak. Beliau baru berkahwin dengan cikgu Semenanjung dan akan berpindah ke sini. Namun, apa cerita terpulang kepada pihak PPD.

Sekolah Menengah Sri Putra juga dijangka akan beroperasi pada bulan 6. Kemungkinan besar akan membantu menyelesai masalah sekian murid yang bersekolah di Seksyen 4 Bandar Baru Bangi. Yang mana setakat ini menjadi masalah pengankutan yang sangat besar.
Khamis, 18 Disember 2008

Kenangan Pembikinan Modul 7 Langkah Kepulihan















NILAI. Selama 3 hari 2 Malam kami berada di Hotel Nilai, bermula 17 hingga 19 Disember 2008 dalam program pembikian modul kepulihan untuk penagih dadah. Kami berhempas pulas memerah fikiran bagi menghasilkan sesuatu yang dapat dimanfaatkan oleh ribuan manusia yang memerlukan.

Tidak cukup dengan idea 21 orang mahasiswa USIM POSt Grade ini, ditambah lagi dengan 3 orang tenaga pakar bidang agama dari USIM. Segalanya di aduk, di alun dan di sebati sehingga menjadi sebuah hidangan yang tersangat istimewa.


Segala yang baik, kami serahkan pada rakyat Malaysia, bagaimana membantu penagih yang ingin pulih melalui 7 langkah ini, yang mana kami himpunkan dari pelbagai Kitab Solafus Soleh seperti Imam Al-Ghazali dan Sabda Nabi sendiri.

Al-Quran menjadi panduan, kematian menjadi garis ukuran. Mana yang kurang sempurna kami mohon bangsa yang akan datang akan memperbaikinya demi kesejahteraan ummah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...