Welcome

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Etiam pharetra, tellus sit amet congue vulputate, nisi erat iaculis nibh, vitae feugiat sapien ante eget mauris.

Follow us


Ask a question

Name

Email

Question

Submit

Link Blog

Senarai Blog Saya

Senarai Blog

Sample text


Emel : afraima@yahoo.com..febook : facebook.com/skbangi
.Facebook : facebook.com/skbangi



Blogger

Blogger
Noorhisham Hamzah Sarjana Sosial Islam, Kaunselor SK Bangi, Ijazah Sarjana Muda Indonesia, Ijazah Lanjutan, Drug Abuse, USIM, Emel afraima@yahoo.com

Makam-Makam Nabi

Blogger news

Diri Admin

Noorhisham Hamzah
Emel afraima@yahoo.com
FB facebook.com/skbangi

Blogger templates

Jika terdapat sebarang persoalan untuk dijawab, boleh lah di hantar ke afraima@yahoo.com afraima@yahoo.com

Anda yang Datang

Twitter

Link

Terima Kasih Atas Kunjungan Ilmu dikongsi,ganjaran diharap

ShoutMix chat widget

Pelawat

Halaman

Dikuasakan oleh Blogger.

Twitter

Ads 468x60px

About Me

Teman

Archives

Cari Blog Ini

fb komen

Featured Posts

Berita Yang Sadis

Untuk makluman semua pembaca, blog saya dikunjungi oleh para guru, pegawai kerajaan dan juga keluarga kepada penagih. Memang saya sengaja invite mereka datang untuk melihat catatan saya sepanjang perjalanan ini. Ada mutiara yang bertaburan, ada juga batu kerikil, Pilihlah....you get what you want.

Pada anda semua, dari Brunei dan Indonesia, dari Malaysia dan serata alam, saya ucapkan, أهلا و سهلا بكم جميعا , Selamat Datang, Welcome, hana nyang lebih lon rasakan guembira pane nyoe, salain kedatangan dron mandum. Saya lihat sampai ratusan yang datang, namun tidak pula meninggal pesan, entah sengaja mahu berhenti atau singgah sebentar sekadar sejukkan enjin. Terutama dari Brunei. Sering saja ada. Silakan tinggal pesan. Salam ukhuwah fillah, semoga selamanya kita dalam redha ALLAH.

Hari ini, saya membantu 2 orang sahabat di pusat, membuat panggilan terhadap bekas penagih yang sudah keluar, panggilan ini sempena ulang tahun TC yang ke sepuluh. Saya bukan mahu bercerita hal ini sebenarnya, tetapi ada keluarga yang mengharapkan sesuatu apabila menjengah blog ini, untuk panduan mereka sekeluarga, buat melayari bahtera kehidupan sementara masih ada air lautan dan angin yang menolak.

Saya bertanyakan pada sahabat, macam mana mereka semua? Entahlah....jawab mereka, dalam 100 kita call, hanya 10 orang yang keluarganya kata OK. Yang lain, macam-macam jawapan, anak mak cik makin teruk, entah lah, saya pun tak peduli dia lagi, dah puas pegi berubat, anak mak cik dah mati nak......hari-hari habis RM30.00 nak beli benda tu, kerja tak? Tak, tak ada kerja, mak bapak yang tanggung...

Begitulah kebanyakkan jawapan yang kami terima. So, sebagai titik kesimpulan, saya ingin nyatakan, peluang untuk penagih pulih sebenarnya ada, tetapi kadang-kadang terlalu tipis. Masya Allah. Justeru itu, saya bergagah jua, untuk memberikan tips kepada anda yang mungkin hampir kelemasan dalam lautan kehidupan, semoga tips ini boleh menjadi tali kepada anda untuk berpaut, sementara kapal hampir tenggelam. Semoga Anda Selamat.

Begitulah laluan kehidupan penagih, Bukan mudah untuk stop selamanya. Laluannya cukup sukar, apalagi tanpa orang-orang terdekat yang bisa memberi pertolongan yang nyata bagi mereka. Namun bukan mahu meruntuh harapan, cuma bersedialah, untuk kehidupan yang kadang-kalanya kita tidak bersedia langsung untuk itu, tetapi ternyata ia hadir jua dalam hidup kita. Ibarat kata guru saya, tetamu tak di undang. Ya, tetamu.....yang kita tiada undangan...masalah oh masalah.

Untuk berherti, mereka perlukan turning point, kalau dalam agama, namanya HIDAYAH. Anda boleh mencari makna kalimat turning point, dengan menaip kalimat ini pada enjin carian di atas, ada catatan saya jauh hari sebelumnya.

Seorang penagih, Mr.X namanya, saya bertanya berapa lama tuan duduk dalam dunia penagihan? 20 tahun jawabnya. Sekarang memang mahu berhentilah ? Ya, encik..saya dah bosan, duduk dalam keadaan begini, Kenapa boleh ada niat nak berhenti....Oh...satu hari semasa sedang menagih bersama-sama kawan dalam kebun getah. Ada orang datang bagi tau pada member saya, eh...balik mak engkau dah mati lah. Member saya ini tidak peduli, katanya sekejap lagi, yalah tengah gian, mat gian memang tak akan peduli apa kalau tengah gian, lepas tu saya tolong pergi hantar dia balik. Sampai di rumah, semua orang dah tak ada. Mayat sudah siap di timbus dah. Semua acara dah selesai. Orang memang marah, anak tak guna, *!`&8*/|*, macam-macam perkataan orang marah.

Saya rasa sayu, nanti mak saya pun begitu jugak. Dah la, saya insya Allah, bukan kata janji, tapi nak berhenti. Mana yang baik.....pikir-pikir kanlah. Jangan nak mencuba-cuba dadah, sekali hisap, selamanya kau akan ambil. Kecuali orang yang diberikan Hidayah oleh ALLAH. tetapi siapa orang yang tuhan pilih untuk dibagi2 hidayah secara percuma tu....tunggu....
Ahad, 29 Mac 2009

Dadah Menambah Selera Makan

Mungkin anda pernah mendengar ketamin, LSD, mefatamin, heroin, Ganja, Morfin, Candu, Kodein, MDMA, Minyak Hashis, Syabu, ATS, sedatif Hipnotif , Nonspan, Domikom, Pain Killer, Psilosibin, Ekstasi, nIKOTIN, Shisya, Benzodiazepin, Metadon, Naltroxone, dan lain-lain, itu semua adalah nama-nama bagi pelbagai jenis dadah yang terdapat dalam dunia hari ini. Dan masih banyak lagi nama-nama yang lain.

Sementara itu, jika dikelaskan semua jenis dadah2 tersebut, ada 5 kelompok besar. 1. Opiat 2. Kanabis 3. Depresen 4. Stimulan 5. Halusinagen dan ada yang terbaru yang ke-6. Designer Drug.

Opiat sebenarnya digunakan oleh doktor sebagai ubat bius.Semua dadah memberi kesan tersendiri. Majoriti kita lihat penagih dadah kurus, macam hantu jelangkong. Tetapi ada penagih dadah yang gemuk, tidak nampak pun kurus atau macam penagih. Dadah jenis apa tu? Itulah penagih ganja, ya ganja tidak menggemukkan, bahkan menambah selera makan. Justeru tidak hairan ada penagih yang gemuk. Namun ganja menjadikan mereka malas bekerja, letih-lesu, menguap, mata berair, dan suka tidur.

GANJA MAMPAT
Penagih yang kurus pula, mereka mengkonsumsi heroin. Penagih heroin akan merubah segala-galanya, dari gemuk menjadi kurus, panas baran, kurang selera makan, cara bercakap menjadi lambat dan cara bertindak juga lambat.Pernah jumpa kat Chow Kit atau Puduraya tak?

Adapun yang paling merbahaya di antara yang berbahaya ialah dadah terkini Disigner Drug. Dadah buatan manusia dengan campuran bahan kimia tertentu. Tujuannya untuk mendapat keuntungan yang lebih. (Bayangkan 1kg heroin adalah RM50.000). Antaranya ialah SYABU, pernah dengarkan? Syabu membawa kesan langsung ke otak. Ramai yang dah gila kerana syabu, memory dalam hard disk dalam kepala, semua terdelete. Lupa segala-galanya.


Justeru, kepada semua masyarakat, baik pemimpin masyarakat, jauhilah dadah, jauhi lah rasuah, kenapa kes penagihan tidak berkurang di Malaysia, salah satu sebab terbesar ialah rasuah. Saya duduk di pusat serenti, tau sangat hubungan kes dadah dan rasuah. Pada pihak keselamatan dalam negara, yang tidak takutkan ALLAH, ingatlah, wang RM800.00 yang anda dapat itu (setiap kali melepas kes suspek yang positif dadah dalam urin) memang sangat banyak, saya tahu anda gembira dengan wang itu, banyak benda boleh beli, tetapi ingatlah.....betapa hancurnya masyarakat kita kerana anda. Jauhi lah rasuah. Wang itu akan membakar anda di dalam neraka kelak.

Saya juga tahu, ada antara polis yang terpaksa melarikan diri dari terlibat dengan kes rasuah, sehingga terpaksa berpindah departmen. Syabas....anda memang hebat! Rupanya dalam unit anggota polis, ada lagi yang masih bertakwa. Sedang kan dunia sedang menuju ke saat-saat akhir kiamat.

Pada keluarga yang ditimpa masalah anak menjadi penagih, bersabarlah, inilah ujian ALLAH, Allah berfirman Sesungguhnya anak-anak kamu adalah FITNAH bagi mu.FITNAH dalam bahasa agama membawa maksud cobaan.

Sementara kepada anak-anak, ingatlah anda telah menconteng arang ke muka keluarga dengan perbuatan anda itu. Betapa malu dan tidka tentu arahnya, ibu anda lantaran sikap anda.

Tadi pagi saya menghubungi seorang ibu 60 tahun, yang anaknya terlibat kes dadah, mak cik pergi horpital jumpa doktor, doktor kata mak cik tak sakit apa-apa. Mak cik memang sakit .... Ya mak cik sakit lantaran mengingatkan anaknya yang tidak menjadi manusia seperti anak yang lain. Sabarlah makcik, saya sangat memahami, dikala suami sudah tiada disisi, anak pula menjadi begini, aduh.....hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaan mak cik.

Semangat Anak Sri ABIM

28 Mac 2009. Terima Kasih SK Sri ABIM atas usaha menjemput saya pagi ini. Usaha yang sangat baik ini semoga mendapat hasilnya. Setelah tamat sesi ceramah 2 jam, beberapa orang anak murid datang, dengan sayu bertanya. bagaimana nak dapatkan kejayaan yang cemerlang, saya sakit.


Ada usaha yang baik dari anak-anak di sekolah ini. Jarang-jarang murid datang bertanya selepas sesi ceramah. Pertanyaan mereka hasil semangat dan kesedaran. Syukur lah. Sekali lagi Terima Kasih pada Cikgu Salmiah, (guru kaunseling sekolah), guru besar, Pn.Noor Ketina bt Tg.Abdullah dan semua guru-guru.


Pada anak-anak, hargai jasa ibu dan bapa, menyekolahkan anda di sini, bayarannya bukan sedikit kalau dihitung. tetapi bukan balasan wang yang ibu dan ayah harapkan, cukuplah kamu menjadi manusia yang berjaya dan berguna pada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara.
Khamis, 26 Mac 2009

Masukan Untuk Semua

Setiap hari, saya berusaha untuk memasukkan bahan yang boleh dikongsi bersama, kalau tidak dalam spadausim.blogspot.com, saya juga banyak mengepos bahan di dalam http://norish77.blogspot.com berkaitan dadah. Ada keluarga penagih, saya minta mereka rujuk pada blog saya (norish) bagaimana cara membantu ahli keluarga mereka yang menagih.

Hasilnya semalam, ada yang sms, mengatakan dia dah baca kat blog saya tu, dan memang mendapat bahan yang berguna.

Terima Kasih AADK Ampang

Petang ini, saya mendapat peluang dari AADK Ampang memberikan ceramah Bagaimana Mengekalkan Kepulihan kepada 30 orang dari Pandan Indah di Masjid Azim, Ampang. Ceramah 45 minit menyelit unsur kematian, hidup antara azan dan sholat, hidup ini sangat singkat, hidup ini pasti berakhir, hidup bak umpama mimpi, hidup bagaikan wayang kulit, manusia dan masalah ibarat pantai dan ombak, dalam diri kita ada jin sedang tidur, dapat memberikan sesuatu yang baru kepada mereka yang lama tenggelam dalam sungai penagihan.
Ketika ingin pulang, seseorang terserempak dengan kami, macam mana sekarang? Itu yang kami lontarkan.... hmmm banyak masa habis.....katanya mengeluh, hasil ceramah tadi berjaya membuat mereka merasa ruginya peluang selama ini diberikan. Dah ada isteri? Tanya kami lagi, dah lama bercerai... itulah angkara dadah dan bahan terlarang. Bukan kata ceramah hebat, tapi itulah maksud saya, memanggil jiwa nurani mereka untuk merasakan betapa sia-sianya hidup puluhan tahun, kini tanpa harta, tanpa keluarga bahkan anak dan isteri, siapa yang ingin mendoakan kita setelah kembali nanti?

Akhirnya ingat, setiap suruhan itu pasti ada kebaikan, dan tiap larangan pastinya membawa mudarat. Hati-hatilah mengendari hidup...
Tempat Masjid Al-Azim, Pandan Indah Ampang

جيري 2فناكيه



Ciri-ciri Penagih



Adanya perubahan/merosot kehadiran atau prestasi mutu kerja, hasil kerja dan disiplin di sekolah/tempat kerja.



Marah – marah atau meradang tak tentu sebab.

Turun berat badan, selalu menguap dan tidak bermaya.



Hilang selera makan atau selera bertambah.



Permukaan mata berkaca, cengkung, mata berair dan kuyu.





Apabila bercakap tidak bertentang mata.



Kemerosotan paras rupa dan kebersihan diri, tidak ceria, muka menjadi pucat.



Parut atau bekas suntikan di lengan.



Diri menjadi tidak terurus seperti malas mandi, gosok gigi.



Hujung jari dan kuku berwarna kekuningan atau kemerahan.



Selalu menggaru terutamanya dibahagian hidung dan kelakuan aneh.



Suka memencilkan diri di dalam bilik air, setor, rumah kosong, masuk di dalam

semak dan tempat dimana tiada orang.



Tidak mahu makan bersama –sama keluarga dan suka makan di tengah malam berseorangan.



Hilang minat terhadap sukan, muzik dan sebagainya.



Suka menyembunyikan barang-barang persendirian, tidak suka akan pertanyaan dari orang lain, bertanyakan apa yang dilakukan, menjadi seorang pendiam dan kuat berahsia.



Menjadi rajin, agresif, tersengih-sengih atau terlalu gembira secara tiba-tiba.

Suka berkawan dengan orang lain tanpa kebenaran, kerap meminta atau meminjam wang tanpa membayar balik.



Melakukan kegiatan mencuri di sekolah, rumah, tempat kerja, rumah jiran, kawan dan saudara mara.



Suka berbohong, menipu dan berpura-pura berlagak baik atau main wayang.

Menjadi orang yang tidak bertanggungjawab dan selalu menyalahkan orang lain. Hilang tumpuan terhadap kerja atau tugasan dan tidak dapat menyudahkan kerja yang diberi (kerja separuh jalan atau kerja tidak pernah siap).



Keluar rumah pada masa tertentu, mungkin untuk berjumpa pengedar.



Meminta wang berlebihan daripada Ibu Bapa.



Mengasingkan diri daripada rakan-rakan dan kegiatan masa lapang.



Berdampingan dengan mereka yang diketahui penagih.



Rabu, 25 Mac 2009

Bagaimana Menjadi Mukmin

Semalam, saya bicara tentang Al-Quran yang bisa menjadi ubat penyembuh (penyakit-2 batin) kepada orang-orang mukmin, pertanyaan menyusul, bagaimana kalau kita bukan orang mukmin, atau belum mencapai taraf atau derajat atau maqam orang2 mukmin? Tentu sekali AL-Quran itu tidak menjadi ubat bagi kita. Ye kan....?

Makanya setiap Jumaat , khatib di mimbar tidak puas2 mengingatkan sekalian jamaah, janganlah kamu mati, selain mati di dalam Islam. Itu yang paling kurang. Dibawah darjat Muslim / Islam ialah munafiq. Kita perlu naik menjadikan diri kita orang mukmin, barulah Quran itu boleh menjadi ubat yang mujarab. Selagi duduk dalam lingkungan Islam sahaja, dan tak naik2 untuk menjadi mukmin, susah lah nak jadikan Quran sbg ubat. Selain mukmin ada lagi, muttaqin ...

Dalam Surah Al-Anfal jika anda membaca ayat yang paling awal, menerangkan sifat orang mukmin, mari kita perhatikan adakah ada pada kita.

إنما المؤمنون إذا ذكر الله وجلت قلوبهم وإذا تليت عليهم أيته ذادتهم إيمانا وعلى ربهم يتوكلون
Sesungguhnya orang-orang mukmin itu, apabila disebutkan nama Allah, dan apabila diterangkan pada mereka tentang tanda-tanda kebesaran ALLAH, nescaya gementarlah hati mereka.dan bertambah-2 lah iman mereka dan kepada Allah mereka bertawakal.

Dalam surah Al-Mukminun lagi menerangkan perangai orang mukmin, Sesungguhnya telah berjayalah orag Mukmin, iaitu orang yang khusyu' dalam sembahyang mereka, dan mereka berpaling dari perkara yang lagha, dan mereka (yang berniaga atau berjualan atau apa sahaja yang berorientasi mencari keuntungan) sehingga boleh membayar zakat, dan mereka yang menjaga kemaluan mereka, kecuali terhadap isteri-isteri mereka.

Nah, dari 2 ayat tadi, mari kita berusaha menjadikan diri kita hamba Allah yang mukmin, sebelum matahari terbenam buat selamanya.
Selasa, 24 Mac 2009

Penghargaan Buat Cikgu Fadzli

Saya memulakan rasa syukur padaNya, kemudian terima kasih yang tak terhingga, pada Cikgu Fadzli yang telah mempromosi kepada masyarakat supaya membaca artikel berkaitan dadah Tulisan ini dituangkan dalam web beliau di alamat www.cikgumalaysia.com.

Inilah yang pertama saya jumpa promosi secara nyata dan tulus. Beliau mengajak pembaca mendalami ilmu tentang gejala penagihan yang tertera pada blog saya. Terima Kasih sekali lagi, semoga hal ini menjadi amal buat kita, justeru sepeninggalan kita dari alam fana menuju negeri yang baqa. Amin

Saya ingin terus menulis dan menulis, mengingat Sabda Nabi, 3 perkara yang berguna setelah engkau tiada lagi di dunia ini, pertama doa anak yang soleh, ilmu yang kau berikan pada orang lain, lalu dimanfatkan ilmu itu dan amalan sedekah jariah. Jariah, maknanya sungai yang mengalir. Sedekah Jariah adalah amalan yang pahala nya terus mengalir....

3 Sebab Dapat Hepatitis C

Kenangan di Pulau Dragon, Vietnam

Hari ini saya berpaspasan di jalan dengan seorang ahli keluarga berbangsa Cina. Dia sudah tidak tahu ke mana hendak mengadu, saya ada masalah encik, kaunselor saya tidak ada hari ini, saya kena penyakit Hepatitis C dah lama, sekarang saya sakit. Dengan gigi kemerahan, tangan memegang dada. Saya mendengar .....

Marilah, masuk bilik dulu, duduk berehat, sementara saya menghubungi Dr.Chong, Dr.Chong adalah seorang Doktor yang mudah untuk kamu nak berbincang apa-apa dengan dia, kata kawan saya Dr.Shaharuddin yang bertugas di Muar. Dulu Din dan saya sama-sama belajar di Indonesia, cuma dia ambil bidang kedoktoran dan saya fakulti Dakwah, jurusan Bimbingan dan Penyuluhan Islam.

Menurut Dr.Chong ada 3 sebab seseorang terkena penyakit Hepatitis C;

1. Bertukar jarum suntikan dengan penagih lain yang mengidap HIV atau kuman Hepatitis C.
2. Melanggan pelacur yang sudah pun terkena penyakit ini sama ada dia sendiri sedar atau tidak. Atau bersama isteri (pasangan) yang terjangkit virus yang sama.
3. Dan yang ketiga boleh terjadi melalui tranfusi darah di hospital, tetapi kes sebegini terlalu jarang berlaku, kes ini doktor tersalah memberi darah yang ada kuman Hepatitis atau HIV kepada kita.

Dr.Chong bagi tau, klien macam ini kena bawa ke hospital, saya tidak ada kuasa, cuma memanjangkan kes ini kepada kaunselor lain. Oleh itu, janganlah suntik-menyuntik tak tentu pasal kalau tidak ada kelayakan khusus.

Pemulihan Berteraskan Religius


"Dan Kami menurunkan Al-Quran, yang padanya terdapat ubat dan rahmat bagi orang-orang mukmin"

Rata-rata orang, masih ragu-ragu untuk meyakini bahawa Agama atau religius bisa membantu manusia dari terjebak dosa dan maksiat. Seorang manusia pernah berkata, nasib baik tuhan menjadikan syurga dan neraka, lantaran itu manusia takut berbuat dosa dan dunia ini menjadi aman. Itupun masih ada yang berani membuat kacau dan kerusakan. Cuba fikirkan, bagaimana jadinya andai dunia ini tiada penghujung, tiada akhirnya, tiada kematian dan tiada syurga dan neraka.

Pastilah lebih ramai yang berani membuat kerusakan, bunuh-membunuh, dengki khianat, rebut jawatan, pangkat dan harta. Agama datang ke dunia buat penolong manusia menelusuri kehidupan yang penuh mehnah, onak dan duri.

Dalam proses memberi terapi kepulihan kepada penagih dadah, aspek religius yang datang nya dari agama samawi patut sekali berada di tempat nan tertinggi. Terlepas dari percaya atau tidaknya, bahawa agama bisa memberi terapi kepada sang penghidap penyakit kronik mental dan kejiwaan, namun Tuhan melalui firmanNya pernah berkata, Dan Kami menurunkan Al-Quran sebagai ubat dan rahmat bagi orang-orang mukmin.

Kekosongan jiwa, kekosongan akal menjadikan jiwa manusia galau, sibuk, serabut dan menggila. Justeru untuk lari dari permasalahan yang melanda, mereka menjadi ubat-ubatan dan dadah sebagai bahan penyelesai masalah. Padahal ianya tidak sekali-kali menyelesai problem yang dihadapi, bahkan menambah sengsara hidup, berpanjangan dan tak berkesudahan.

Hidup ini ada akhirnya, kematian itu adalah obat yang paling ampuh. Manusia yang lupa mati itulah sanggup menggadai sabarnya, untuk mendapat sesuatu yang cepat dan hina di dunia ini. Alangkah bagusnya pada saya, kita peringatkan mereka dengan kematian yang bila-bila akan mendatangi kita, kita bina sebuah kuburan untuk mereka berbaring dan berfikir, apa yang telah mereka lakukan dan dimana mereka sekarang jika mati nanti dan dimanakah semua keindahan yang pernah mereka rasakan selama ini?

Sepatutnya kita sebagai muslim boleh berlapang dada menerima Islam sebagai ajaran, amalan, ubat, rahmat, penolong dan petunjuk. Justeru, marilah...kembalilah pada agama, jangan diletakkan ia di belakang, namun dalam usaha membantu pada yang perlu, berikan agama pada mereka...
Isnin, 23 Mac 2009

Enggan Masuk Syurga

....... كلكم يدخل الجنة إلا من aba يأبا يا رسول الله

Sabda Nabi : "Semua kamu akan memasuki syurga, kecuali orang yang enggan, (sahbat bertanya) siapakah orang yang enggan itu wahai Rasulullah? Kata beliau, barangsiapa yang taat dan patuh padaku, maka dia akan masuk syurga dan barangsiapa yang memusuhiku, (melawan anjuranku) maka itulah orang yang enggan"

Ahad, 22 Mac 2009

Tinta Lalu





AKU INGIN PULANG. Hari ini dua orang penghuni dibebaskan. Dalam house meeting majlis perpisahan diadakan. Setelah mengucapkan kata-kata selamat tinggal, mereka saling berpelukan sambil menyanyi rangkap lagu ini. Tangis dan gembira menyelubungi hati yang hadir.



Baca Lagi





AKU INGIN PULANG II. Ramai tak sedar antara kita, bahawa kita akhirnya akan pulang. Di dunia ini manusia akan rindu untuk pulang ke kampung halaman, tapi ada satu lagi kerinduan bagi orang mukmin, iaitu rindu untuk pulang menemui Rab nya.



Kerinduan dan keasyikan ingin melihat wajah Nya membuat sang mukmin tidak pernah merasakan capet, lelah dan letih untuk menemui sang kekasihnya. Baca Lagi

Harapan Seorang Penagih

"Hingga ada yang dicabut nyawa ketika berada di tengah-tengah lorong Haji Taib di Chow Kit. Di situ sudah berapa lama bangunan di sana menjadi saksi, kubur tak bertanah pada jasad yang kehilangan roh nya."

Seorang penagih, jika 10 tahun mereka jatuh di dalam lubang penagihan, 10 tahun itulah 3 perkara terbantut dalam diri mereka. Apatah lagi jika 20 tahun masa berlalau dalam zaman penagihan. Walaupun masa terus beredar, zaman berubah, tubuh membesar dan otot-otot kelihtan gagah perkasa, namun 3 perkara mereka terkalahkan....

Tiga perkara itu ialah pemikiran, kepercayaan dan tingkahlaku.Pemikiran mereka kadang kala sungguh dangkal, mempercayai sesuatu yang salah. Menyukai sesuatu yang tidak sepatutnya;

Firman Allah SWT,

"Boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia tidak baik bagimu, dan boleh jadi, kamu membenci sesuatu perkara, padahal ianya baik bagimu"

Mereka tak dapat bezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Katakan ketika mula-mula terjebak dalam dunia penagihan, usia mereka 12 tahun, kemudian jatuh dalam lubang penagihan selama 10 tahun, lebih lama menagih, lebih dalamlah lubangnya, ketika itu mereka tidak sedar apa yang berlaku di sekeliling. Orang lain pergi pulang sekolah, dia tidak, orang lain lalui zaman hormat orang tua, ke masjid dan surau, dia tidak, orang lain lalui zaman kegemilangan mendapat sijil itu ini, dia tidak, orang lain bergaul bebas dengan masyarakat sedang dia tidak. Dia tenggelam dalam dunia euforianya dan aaasssyiiiiikkk. (Tn.Hj Yunus Fathi)

Keindahan dunia, bergaul dengan manusia, hidup saling hormat-menghormati, berkasih sayang tiada dalam hidupnya. Ketika inilah, mereka kehilangan skill-skill yang sepatutnya ada pada diri mereka.

Keluarga perlu tahu hal ini dan memberikan bimbingan semula. Bagaimana berdepan orang orang ramai, bagaimana membina keyakinan diri dan segala-galanya.

Kepercayaan, begitu juga dengan kepercaaan mereka, banyak yang salah. Aku ambil dadah sebagai ubat, supaya kuat, ada keyakinan diri. Kepercayan karut marut ini akhirnya menjebak dirinya dan menyesal tak sudah, ada sampai dibuang oleh keluarga, ingin pulang ke rumah pun tidak dibuka pintu. Alah,,,sikit je...bukan banyak pun, saya ambil dadah ni, bila-bila masa boleh berhenti, ada lagi yang berkata, pokok pangkal nak berhenti dadah ni sebenarnya letak di hati, bila-bila masa saya boleh berhenti. Namun sebenarnya, adakah mereka berhenti? Jawapannya tidak, dan adalah suatu yang lumrah, jika ditanya seorang penagih dadah, berapa kali anda masuk pusat dan penjara, anda tahu? 4 kali pernah masuk penjara dan 2 kali masuk pusat.

Alangkah pangjangnya tempoh hidup mereka terbuang. Hingga ada yang dicabut nyawa ketika berada di tengah-tengah lorong Haji Taib di Chow Kit. Di situ sudah berapa lama bangunan di sana menjadi saksi, kubur tak bertanah pada jasad yang kehilangan roh nya.

Yang terakhir ialah , tingkah laku, skill berdepan dengan masyarakat mereka tak punya. Pernah dulu, ketika hendak berdepan dengan masyarakat pun mereka terpaksa ject dulu sejarum, baru boleh jumpa.Tingkah-laku mereka tidak macam manusia normal, jasad besar, tetapi jiwa mereka kerdil dan halus, pantang diajak terus sahut, pantang di tegur, terus merajuk, pantang berdepan masalah, anytime mereka boleh lingkup.

Kepercayaan Salah Dalam Masyarakat

Ketika penagih pulang ke rumah, dengan harapan ia akan kekal dalam kepulihannya. Sebenarnya dia mengharapkan teguran yang terus menerus pada dirinya. Kadang-kala kita merasa, ah...dah dewasa, dah besar panjang, dah jadi mak bapak orang, buat apa ditegur lagi. Dah boleh fikir sendiri mana baik buruknya. Dan reti segala macam, mereka bukan budak-budak lagi. Dah nampak elok dah, macam OK, sembahyang tak tinggal, No......... you all salah. rupa-rupanya hal ini tidak berkepanjangan, ia tak kekal selamanya. Tegurlah, jangan berat mulut untuk membimbing mereka sebagai tanda kita kasih dan sayang padanya.

Bukankah Tuhan pernah berfirman :

"Dan hendaklah kamu sentiasa memberi peringatan, kerana sesungguhnya, peringatan sangat bermanfaat bagi orang-orang mukmin"

Tegurlah....

Step Kaunseling dengan Murid Penagih

Mungkin saya tak dapat menyiapkan tulisan ini pada malam ini, tapi saya berusaha untuk bercerita sambil membantu rakan setugas, kaunselor yang kebanyakkan berada di sekolah menengah.

Saya dihubungi oleh seorang kaunselor di sebuah sekolah menengah daerah Kajang, bertanya dan merujuk pasal murid @ klien yang terjebak dengan dadah. Jenis Ganja. Bagaimana nak berikan sesi kaunseling. Saya percaya selain dari kaunselor ini, ramai lagi dalam Malaysia ini kaunselor atau guru disiplin menghadapi masalah yang sama.

Sebelum tu, perlu saya jelaskan, sesi kaunseling dengan penagih dadah dan bukan penagih adalah berbeza. Berbeza sedikit dari segi hala tuju sesi tersebut.

Baca lagi

Makluman Kepada Semua Rakan

Permurnian Buku 7 Langkah Pemulihan
Hari ini, Ustaz Khairi ke rumah ana selepas menyampaikan kuliah Subuh di Masjid Bangi, kami berbincang pasal buku 7 Step, minggu depan akan dicetak, masih akan penambahan yang perlu ditokok tambah dan sedikit pengubah suaian. En.Halim nak diterbitkan dalam 2 versi, satu untuk Muslim dan NonMuslim

Dalam pada itu, Ustaz Khairi adalah seorang penyelia yang akan datang pada hari penyeliaan di SPADA nanti. Beliau mengatakan antara soalan yang akan ditanya pada anda semua ialah ; Dimanakah anda memasukkan unsur keagamaan atau kerohanian kepada klien anda dalam sesi Kajian kes. Demikian makluman untuk semua yang mahu mendengar ...hihi
Khamis, 19 Mac 2009

Antara Harapan dan Kepercayaan


Hari ini Saya mencari ahli keluarga yang sudah memasuki fasa re-entry, pencarian ini adalah bertujuan mencari jawapan, apakah peranan yang semestinya di jalankan oleh keluarga mereka terhadap dirinya setelah keluar pusat nanti.

Dalam pencarian ini, saya bertemu dengan seorang bekas penagih yang kini menjawat jawatan PRS, tanpa menyebut nama beliau, saya dapatkan beberapa tips darinya sebagai ilmu tambahan kepada diri saya dan juga buat di sedekah kepada mana yang mahu. Saya ingin menulis hal ini sebagai jornal mingguan dan juga dalam masa yang sama untuk di “publish” kan ke dalam sebuah blog khas saya (http://norish77.blogspot.com), dengan tujuan untuk perkongsian, mudah-mudahan suatu hari nanti, jurnal ini dibaca dan dimanfaatkan oleh orang ramai. Dan saya ketika itu, entah masih ada atau sudah pergi dari muka bumi ini.

Baiklah, kita kembali pada cerita penagihan, setelah seorang atau lebih, dari sesebuah keluarga menjadi penagih. Yang mana akhirnya melalui perbincangan sesama ahli keluarga, atau secara paksa rela, (kes tangkapan), penagih tadi dihantar ke pusat serenti. Tujuan masuk pusat ialah untuk menjalani pemulihan. Dalam pusat, hari berganti hari, tempoh masa terus berlalu, setelah menjalani pemulihan yang padat, akhirnya tibalah masa untuk mereka keluar dan kembali ke pangkuan keluarga dan masyarakat.

Di sini, letaknya peranan membantu penagih adalah di pundak keluarga itu sendiri. Samada ibu bapa, isteri dan suami. Peranan dari mereka sebenarnya sangat besar dalam membantu kepulihan yang kekal pada seseorang bekas penagih. Izinkan saya terus mengguna perkataan penagih, walaupun mereka sudah berhenti menagih pada dasarnya. Sebab dalam NA (Narcotic Ananymos) masih mengekalkan perkataan penagih, kerana mereka (penagih) belum tentu akan kekal selama sepanjang hayat dalam pemulihan, dengan perkataan PENAGIH (bukan bekas penagih), mereka akan tersentak, dan terus mengakui, ya..aku memang penagih. Dengan itu, mereka sedar siapa mereka sebelum ini.

Yang pertama katanya, ahli keluarga hendaklah memberikan semangat yang berterusan kepada keluarga mereka yang terlibat. Pihak kelurga janganlah berputus asa untuk membantu mereka. Kami cukup sedar, pihak keluarga selama ini terlalu banyak menderita dan bersabar lantaran sikap ahli keluarga mereka yang terpaksa menipu, mencuri dan menjual barang-barang dalam rumah untuk ditukar dengan dadah.

Pernah kejadian, seorang penagih meminta duit dari kakaknya, kejadian ini berlaku pada malam raya, semua orang sibuk waktu itu, kerana permintaannya tidak dilayan, lalu di ambil kunci kereta BMW kakaknya, dia terus membawa lari BMW tersebut dan menjualnya...Kueng Kueng Kueng...

Kejadian mencuri kereta milik keluarga dan menjualnya berlaku 2 kali dalam hidupnya. Ketika berbicara dengan penagih lain, cerita hampir sama, mencuri dan menjual motosikal dan sebagainya.

Ini kerana, pemikiran penagih memang tidak dapat berfikir secara waras, dia tidak peduli orang dan masalah orang lain, yang penting adalah dirinya dan kemahuannya. Disinilah, keluarga merasa cukup tersiksa dengan ahli keluarga mereka, harapan keluarga supaya mereka pulih cukup tinggi, sanggup hantar ke pusat pemulihan, berpisah dalam tempoh waktu yang lama, terpaksa menanggung kesusahan pelbagai perkara, namun sebaliknya, kepercayaan keluarga terhadap penagih terlalu sedikit.

Memang tidak boleh disalahkan keluarga sebab mereka sudah merasakan peritnya hidup beranakan dan bersuamikan penagih. Namun kata PRS tadi, keluarga perlu intropeksi diri masing-masing…. Hadis Nabi pernah menyebut.

Setiap anak-anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (putih bersih), maka keluarganyalah yang mencoraknya menjadi Yahudi, Nasrani dan Majusi

Terlepas dari benar atau tidaknya hadis ini, boleh diterima atau tidak pada sebahagian orang, namun saya sendiri melihat ada benarnya, ada sisi-sisi tertentu, dimana punca kesalahan itu berpokok pangkal dari keluarga itu sendiri. Katanya lagi, dari mana datangnya anak ini, kalau tidak dari didikan keluarganya.

Kurang didikan agama, tiada suasana agama dalam keluarga, solat bukan hal yang penting, berjamaah apa lagi, buku-buku agama pun tidak pernah ada, yang ada majalah Wanita, Perempuan, Gila-gila dan sebagainya. Qur’an tidak pernah dijamah, apalagi membaca dan mengkaji isi kandungannya. Suasana damai tidak pernah ada, bagaimana anak-anak boleh membesar dalam kasih-sayang. Bapanya pemabuk, asyik bergaduh bila pulang ke rumah. Senyum tak pernah, membebel saja yang ada, dorongan, pujian dan semangat memang telah luntur dan mati.

Yang kedua, sentiasalah memberikan kepada mereka nasihat, perlu saya sebut, walaupun usia seorang penagih telah mencapai tahap dewasa dan telah akil baligh berkali-kali, namun pemikiran dan perasaan mereka sebenarnya, bukan berada di tahap usia mereka. Jika 10 tahun mereka jatuh dalam lubang penagihan, 10 tahunlah pemikiran mereka terbantut, jika 20 tahun, 20 tahun lah, jadi tidak hairan, jika fikiran mereka tidak matang atau kurang matang atau separa matang.

Jadi, di tahap ini, perlunya nasihat yang berterusan, nasihat dengan cara yang boleh diterima, tidak kasar, kerana jiwa mereka lembut. Mudah goyah dan berpaling semula.

Jangan menjanjikan ganjaran kepada mereka, sebab mereka akan melakukan sesuatu kerana mengharap ganjaran. Selepas mendapat reward, mereka akan kembali lagi ke alam high dan euforia. Jangan berikan mereka kemewahan, mereka cukup surrinder dengan dengan kemewahan dan wang yang banyak. Fikiran mereka tiada ke tempat lain bila duit banyak atau lebih, ubat, ubat dan ubat. Jarum, jarum dan jarum.

Di samping itu, pihak keluarga cubalah sharing masalah mereka dengan keluarga penagih yang lain, kadang-kadang kita merasakan masalah ini cukup berat dan bertanya, kenapa Tuhan uji saya sebegini dan hanya saya? Why Me? Bila kita berkongsi dengan orang lain yang senasib, tahulah kita, sebenarnya bukan kita sahaja yang bermasalah, orang lain pun bermasalah. Dengan itu, bebanan masalah berkurang.

Demikianlah, sedikit sebanyak peranan yang boleh keluarga mainkan. Semoga memberi manfaat pada anda, ada sesuatu untuk dikongsi bersama saya? Emelkan pendapat dan pengalaman anda ke afarima@yahoo.com

SPADA di SUNGAI BULOH

Geng SPADA bergambar setelah habis acara. Kaunselor Hospital Sungai Buloh En.Nadarajan a/l Gopalakrishnan berdiri disebelah Anuar, beliau mengucapkan terima kasih banyak atas pertisipasi SPADA dan mengalu-alukan kerjasama untuk masa akan datang.

Hari ini saya tak sempat nak poskan artikel, kerana berada di Hospital Sungai Buloh dalam program bersama pengambil metadone di sini.

Masih Ada Yang Sayang

Geng SPADA bergambar setelah habis acara. Kaunselor Hospital Sungai Buloh En.Nadarajan a/l Gopalakrishnan berdiri disebelah Anuar, beliau mengucapkan terima kasih banyak atas pertisipasi SPADA dan mengalu-alukan kerjasama untuk masa akan datang.

Hari ini saya tak sempat nak poskan artikel, kerana berada di Hospital Sungai Buloh dalam program bersama pengambil metadone di sini.
Selasa, 17 Mac 2009

Kesilapan Sorang Penagih

Terima kasih kerana masih bersama saya,
Semalam saya berbicara soal punca seseorang terjebak dalam penagihan, yang mana akhirnya seseorang yang mengambil pelbagai jenis dadah, tidak ada niat pun untuk menjadi penagih. Namun dalam tidak sedar, akhirnya terpaksa menagih.

Hari ini saya akan sambung, tentang kesilapan penagih yang membuat dia terjerumus semula setelah berhenti beberapa kali. Dalam bahasa penagihan disebut relapse, relapse maknanya dia membuat pusingan balik, U-turn, dari menuju kepulihan kepada lorong sebelah kanan, iaitu mengambil semula.

Baiklah saya bicara dulu tentang kesilapan dan kelemahan seorang penagih.

1. Jiwa seorang penagih sangat lemah, keinginannya mudah rapuh dan reput. Bila-bila masa boleh terjebak kembali semula ke alam penagihan, walau sudah berjanji tidak akan mengulangi dan sedar bahawa dadah telah menyebab dirinya celaru, haru biru dan tak tentu arah.

2. 4 hal yang sering dia kalah pabila bertemu , yang bertemu tempat lama yang sering dia menagih. Bila ternampak, terjumpa atau lalu saja tempat itu, dia boleh menjadi triggers. Triggers ialah terliur, keinginannya membuak-buak untuk merasakan semula nikmatnya high yang pernah di alaminya. Antara tempat yang sering dia menyuntik ubat ialah, dalam semak, tepi sungai, dan dalam rumah sendiri. Di sini peranan keluarga atau isteri cukup besar untuk mengubah kembali suasana rumah itu supaya menjadi tidak seperti dulu. Kalau boleh di pusing katilnya, supaya tidak macam dulu, dicat biliknya, supaya tidak macam dulu, di susun semula perabut2 dan perkakasan rumah, supaya hilang suasana lama.

3. Yang kedua ialah orang. Orang2 yang pernah menjadi kawan sepenagihan, sama-sama pergi ambil ubat, kawan seperjuangan ini sangat hebat aromanya. Dengan itu dia perlu menjauhi kawan-kawan tersebut. Senaraikan siapakah kawan2 yg telah membuat dirinya terpedaya selama ini. Buat senarai keutamaan, siapa yang paling bahaya, kemudian siapa dan siapa. Seterusnya bagaimana cara mengatasi masalah kawan ini. Inilah namanya plan rancangan kepulihan. Tanpa plan sebegini, dia pasti akan jatuh semula.

4. Yang ketiga ialah benda-benda. Benda2 yang terlibat dengan pengambilan bahan, seperti jarum, straw, mancis api, dapur, timah dan sebagainya. Benda2 ini jangan di simpan, dan wajib di jauhi, seseorang penagih bila melihat atau terlihat benda ini dia akan menjadi triggers semula walaupun kita sendiri tak rasa apa-apa pun.

5. Yang keempat ialah bau. Bau ini dijelaskan sendiri oleh bekas penagih. Mereka tak tahan dengan bau ais, syabu, dan dadah, bila saja terhidu, ingatan dan rindu lama pasti datang kembali. Dan rindu pada dadah mengikut kajian, adalah 7 kali ganda lebih daripada rindunya seorang manusia kepada sesama manusia.

Lain dari itu, penagih mudah relapse kerana imannya tak kuat. Iman yang iman sebenarnya tidak ada dijual dimana-mana kedai atau supermarket. Membina iman yang kuat perlukan ilmu, dan tempoh membinanya bukanlah seharian, tetapi berbulan-bulan bahkan bertahun-tahun. Iman tak dapat dalam satu hari sekaligus, kecuali kalau tuhan nak bagi memang boleh terjadi.

Hati perlu selalu ingat ALLAH. Sebab dalam tubuh kita ada 3 rongga yang perlu di isi, pertama perut, isilah perut dengan makanan yang halal lagi baik. Kedua ialah otak, isilah otak dengan ilmu, ilmu yang membawa kita kepada takutkan Tuhan, dan ketiga ialah hati, hati juga perlu di isi. Makanan hati ialah dzikir pada ALLAH. Lupa ALLAh, lupa mati, lupa mati, lupa dosa, lupa dosa, lupa pada pembalasan azab. Ingat ALLAh sangat di di anjurkan Al-Quran.

Programkan rumahtangga kita ingatkan ALLAh. Tiada lagu-lagu kecuali mengingati ALLAH. Tiada program di TV seperti nyanyian lagha, joget2 dan sebagainya, kecuali semua untuk ingat ALLAH.

Hadirlah ke majlis ilmu, tambahlah pengetahuan kita tentang agama. Janganlah malu. Ingatlah kematian akan datang bila-bila masa, bila kematian datang, segala harta,anak isteri, suami dan segala-galanya tiada guna lagi buat kita. Ingat betul-2, ingat sentiasa.

Demikian sedikit yang dapat saya sampaikan pagi ini untuk renungan. In Sya Allah esok, saya akan tulis kesilapan keluarga pula dan cara2 mengatasinya. Ini baru sebagahagian. Mungkin ada banyak lagi yang tidak sempat terlintas di fikiran.
Isnin, 16 Mac 2009

Bagaimana Membantu Penagih

Salam Sejahtera,

Di Malaysia terdapat 28 buah pusat serenti yang dibina oleh kerajaan, ini termasuklah sebuah pusat serenti secara sukarela iaitu PERSADA di Sungai Besi. Pusat ini asalnya bernama Pusat Serenti Sungai Besi, namum di tukar nama kemudiannya kepada PERSADA sebagai ringkasan kepada Pemulihan Rakan Sekelompok Amalan Dayajuang Abadi.



Mengikut data terakhir yang diperolehi dari AADK, jumlah penagih di Malaysia sekarang ini ialah 350,000 orang, malah pernah mencapai 400,000 orang pada tahun 2005.



Penagih mengambil dadah disebabkan pelbagai perkara. Dari pada tidak sengaja, perasaan ingin mencuba, terjebak pengaruh kawan, ingin lari dari masalah keluarga, menghilang konflik diri, sehinggalah kerana tuntutan pekerjaan. Trend dulu kebanyakkan mereka mengambil dadah disebabkan kejahilan namun trend sekarang dan akan datang dijangka berubah.



Dadah, adalah sejenis bahan kimia, yang akan bertindak terhadap sistem saraf pusat manusia (otak) sehingga menjadikan pengambilnya berubah sikap. Antara nya menjadi agresif, bersemangat, rajin bekerja, selera makan bertambah, suka tidur dan sebagainya. Pelbagai watak ini dilahirkan dari pelbagai jenis dadah. Setiap dadah membawa kesan yang berbeza.



Dadah jenis ganja menjadikan pengambilnya suka makan, suka berkhayal, namun malas bekerja, dadah jenis heroin menjadikan pengambilnya suka bekerja, tidak mengantuk sepanjang hari, tetapi tidak mempunyai selera makan.



Pengambil dadah pertama kali akan memberikan kesan sampingan seperti loya, mual, ingin muntah, pahit dan lain-lain. Namun kebiasaan penagih akan mengambil secara berulang2 untuk merasa kesan high, dan euforia sehingga akhirnya, tanpa dia sedar, dia sudahpun menjadi dependen. Menjadi dependen maknanya, dia sudah mula jadi bergantung pada dadah, sehingga dia tidak mampu melakukan apa saja pekerjaan, melainkan terpaksa mengambil dadah dahulu, sehingga kalau ingin bertemu manusia pun, mereka perlu mengambil dadah dulu, atas alasan baru ada keyakinan diri.



Ada dadah jenis ais, pil dan ubat-ubatan. Kesemuanya mengandungi dadah yang membahayakan diri pada waktu jangka masa yang panjang, sekiranya diambil tanpa nasihat doktor. Ini kerana pengambilan tanpa ilmu, akan sentiasa tidak berpandukan dos yang dibenarkan, selain mencampur adukkan antara dadah, pil, ubat nyamuk dan sebagainya.



Kebergantungan inilah membuatkan diri penagih menjadikan dadah sebagai bahan nombor satu dalam hidupnya. Isteri, anak, pekerjaan, ibubapa, surau dan masjid, dan Tuhan semuanya nombor belakang. Apapun dadah mesti beres dahulu, baru urus yang lain. Begitulah sehari-hari sehingga kehidupan penagih menjadi bercelaru, yang ada anak isteri, yang ada kerja, rumah, wang banyak, semuanya boleh hilang disebabkan dadah.



Apabila penagih kehabisan dadah dalam tubuh, (macam ubat bius) penagih akan merasa sakit seluruh tubuh, sengal-sengal otot dan sendi, dan tidak boleh bekerja, rasa tertekan, sehingga melahirkan watak yang lain dalam dirinya, mudah marah-marah, cepat terasa hati, merajuk, mengamuk dan sikap-sikap negatif lain.



Insaf



Apabila sudah lama dalam alam penagihan, ada sesetengah penagih merasa fade-up, boring dan bosan, ini kerana mereka tidak lagi mendapat kesan high sebagaimana waktu mula-mula pengambilan. Ini kerana untuk mendapat kesan high, mereka perlu menambah dos, dari sikit kepada banyak, bahkan ada yang sengaja mengambil berlebihan supaya cepat-cepat dirinya mati.



Ingin berhenti, ya memang ada keinginan, semua penagih tidak mahu mati dalam penagihan. Di sini bermula episod kedua dalam hidup, iaitu masuk alam pemulihan, ada yang pergi ke pusat pemulihan swasta seperti Inabah di Kedah, disana ia mengguna konsep zikir, sembahyang, mandi taubat, memasukkan ilmu agama (tasauf) dan sebagainya, ada yang pergi ke PENGASIH, dan ada yang ke luar negeri.



Setelah pulang dari pemulihan, mereka masih terjebak lagi....Dimana silapnya? Sebenarnya kesilapan yang berlaku ini terletak ada diri penagih, sendiri dan keluarga penagih.



Saya akan menghuraikan kesilapan-kesilapan tersebut, dan bagaimana solusi untuk membantu mereka yang boleh dimainkan oleh ahli keluarga dalam tulisan akan datang. Terima Kasih kerana membaca.

Jumaat, 13 Mac 2009

Testing For Dinner

Salam.

Apa khabar adinda ya. Lama tak jumpa ngan kekawang.. Insyaallah nanti kita jumpa kat Tampin.

Macam mana dengan sesi? Moga segalanya beres dan dimudahkan-Nya.

Akak ngan kak Mus so far alhamdulillah. Kalu kat pejabat now tak yah panggil, ada-ada je yang nak jumpa. Kekadang
tu kami risau sebab tak ada masa nak tulih laporan. Asyik besesi tapi report banyak yang tak settle.
Harap dapat siapkan juga nanti.

Minggu ni dok sebok ngan maulidur rasul kat taman, akak buat kuiz berkaitan sirah pastu tambah ngan soalan pasai dadah.
Ok lah, nanti akak harap sebelum abih spada dapat belajar ngan kamu pasal nak buat blog and nak masuk gambar dalam blog yang
dok kosong-kosong tu. P kan Tampin nanti. Kalu sempat balik tu bolehlah akak cuba masukkan bahan program akak dalam laman sendiri....Kalu sempat la.

Ok jumpa nanti. Selamat meneruskan perjuangan.

Kak Ira
..........................
Kawan-kawan tolong sms Alamat, emel dan apa saja yang nak dimasukkan dalam Foto ini, untuk presentation malam dinner, tolong cepat ya. Mana comel ya...

KLinik Metadone Terbaik Malaysia

12 Mac 2009. Hari ini saya ke Tampin, dalam siri lawatan ke klinik Kesihatan Tampin, klinik yang dinobatkan sebagai klinik metadone terbaik di Malaysia. 2 jam lebih Dr.Dharma memberi penerangan pada kami dalam bentuk power point.
Kami belajar tentang kaedah jarum suntikan , kond** percuma, iklan mengajak penagih mendaftar sebagai pesakit yang akan menerima metadone, kemudian peranan mereka membantu. dan juga Keberkesanan metadone tanpa kaunseling.

Masih banyak tanggapan masyarakat yang perlu dijawab dengan baik. Program Harm Reduction, iaitu mengurangkan risiko kepada penagih sebenarnya ada di dalam ISLAM. Berganjak dari risiko yang besar kepada risiko yang kecil. Penagih memang tak mudah untuk berhenti terus dari dadah, sebab dadah menjadi makanan ruji mereka, tanpa dadah, badan mereka akan rasa kesakitan yang amat sangat, mengambil dadah tahap ini, bukan tujuan untuk seronok, tetapi menghilang rasa sakit.

Apabila mereka mengambil dadah melalui suntikan, mereka terdedah kepada bahaya HIV yang akan memudaratkan isteri dan anak-2 mereka. Justeru kerajaan memberi jarum suntikan percuma supaya "hanya dia seorang je" yang terlibat dengan penyakit HIV, kalau ada. Inilah namanya Harm Reduction.

Kalau nak berhentikan terus mereka bukan mudah. 2 tahun bukan jaminan mereka boleh berhenti, sebab sudah terjatuh dalam lubang penagihan sekian puluhan tahun lamanya, akibat terjatuh, beberapa fungsi mereka terencat, fungsi pemikiran-menjadi salah cara berfikir, fungsi tingkah-laku menjadi abnormal, dan fungsi kepercayaan. Meyakini perkara yang tidak betul. Nak membetulkan mereka juga terpaksa memakan masa yang lama.

Oleh itu, mana-mana ahli keluarag yang ada antara ahli mereka terlibat dengan dadah, mereka perlu berjumpa kaunselor yang pakar dalam bidang pemulihan, supaya mereka dapat tahu bagaimana untuk membantu ahli keluarga mereka yang sudah terjebak.

Bersama mahasiswa dari UMT, bidang kaunseling
Khamis, 12 Mac 2009

Antara Sedar dan Tidak

Sedar atau tidak, di Malaysia yang jumlah penduduknya 26 juta orang, penagih dadah yg telah terdaftar dengan Kementerian terbabit ialah seramai 350,000 orang. Mengikut WHO (World Health Organization) jumlah sebenarnya penagih dadah di sesebuah negara ialah, disebalik 1 tangkapan ada 3.5 lagi yang tidak ditangkap. Maknanya di Malaysia ada seramai 1 juta lebih penagih dadah. Maknanya, dalam setiap 26 juta, ada 1 juta orang penagih, dalam 260,000, ada 26,000 orang penagih, dalam 26000 ada 2600 orang, dalam 260 ada 26 orang dalam dan antara 26 orang ada seorang penagih dadah. Jumlah ini cukup besar, maknanya di sekolah, tiap-tiap kelas ada seorang yang akan menjadi penagih, (dengan izin, jika fenomena ini masih berterusan).



Sedar atau tidak? Dalam negeri Selangor, daerah yang paling ramai jumlah penagih ialah HULU LANGAT. Sedar atau tidak. Pernah keluar dalam suratkhabar, menyatakan hampir setiap rumah di daerah Hulu Langat ada seorang penagih dadah, walaupun kenyataan ini dinafikan oleh orang lain.



Dan tahun sekarang ini, di Universiti, terdapat 16 orang penagih dadah terdiri daripada mahasiswa (laporan akhbar merujuk kenyataan seorang doktor). Di sekolah menengah sudah ada penagih dadah jenis ganja.



KAJIAN



Kajian menunjukkan terdapat pelbagai punca yang menyumbang terhadap penyalahgunaan dadah. Selain dari ikutkan kawan, keinginan untuk mencuba, masalah keluarga, masalah peribadi, mak ayah bercerai, tinggal dengan keluarga penagih dan macam-macam lagi.



Dari segi umur, kebanyakkan bermula ketika 14 tahun. Dari kajian saya sendiri di beberapa pusat serenti di Malaysia, mereka yang mengambil dadah sebenarnya mempunyai masalah sejak kecil. Namun masalah mereka tidak dapat di scan dan detect oleh sesiapa semasa berada di sekolah rendah.



Pada siapa mereka nak mengadu? Kalau mak ayah selalu bergaduh, guru di sekolah sibuk tanda buku dan mesyuarat? Tidak sempat berfikir panjang, mereka keluar dan lari dari rumah, jumpa tauke Cina, dengan cinalah mereka bekerja dan tak balik-balik sehingga usia 18 tahun. Ketika itu, mereka dah biasa dengan rokok, arak, tembakau, ganja dan mula berjinak dengan heroin. Sembahyang? apalagi?

Dek masalah yang terlampau banyak, pihak Kerajaan, yang sangat prihatin, mewujudkan satu peluang kerja di sekolah, iaitu Guru Bimbingan dan Guru Kaunseling. Antara tujuannya untuk membantu membendung masalah tadi dari terus merebak sebelum nasi menjadi bubur.



Baru-baru ini, (bulan 12) pihak kementerian mengeluarkan lagi surat pekeliling,membebaskan guru Bimbingan dan Kaunseling dari terikat dengan pekerjaan mengajar secara wajib, menanda buku, membuat persiapan untuk mengajar dan hal-hal yang berkaitan. Guru kaunseling sebenarnya tiada masalah untuk mengajar, sebab mereka ada diploma perguruan, mereka masih boleh ganti guru yang tidak hadir, akan tetapi, pekerjaan guru kaunseling tiada siapa yang sanggup buat, sebab memerlukan kepakaran khusus. Kalau berani buat juga, boleh kacau jadinya.



Masalah timbul, apabila guru kaunseling bebas mengajar, ada antara mereka yang tidak berapa hebat buat kerja, atau buat kerja tetapi orang tak nampak mereka bekerja. Perlu di maklumi, ada antara mereka yang mendapat didikan khusus selama 4 tahun dalam bidang kaunseling di Universiti, ada 1 satu dalam jurusan KPLI di maktab, dan ada kadang-kala ada yang kursus 14 minggu cuma. Terjadilah dalam ramai-ramai guru kaunseling ini yang kurang mahir nak mulakan kerja, ada pula masalah mereka nak buat kerja tetapi dihalang dari buat kerja. Ini pun berlaku. Ada yang tak suka kerja kaunseling, katanya tak dapat membantu apa-apa pun. (Padahal, dalam kes penagihan, Dr.Dharma dari Klinik Tampin mengakui, penagih dadah tidak boleh sembuh dengan mudah, kecuali dengan ubat dan sesi kaunseling.12.03.09).Tanpa kaunseling, segalanya berantakan kembali.

Kekurangan yang terjadi ini adalah masalah kecil, dan pihak PPD sedang sentiasa mengadakan program meningkat tahap keprofesionalisme guru bimbingan ini. Kita mahu, kerja yang dibuat oleh guru bimbingan dilihat oleh orang, dan bukan sekadar dilihat, malah dihargai. Dengan itu, daerah Hulu Langat dengan berani buat pertama kali menganjur kursus membina laman blog pada semua kaunselor sekolah.



Dan dari sehari ke sehari, program sedang dirancang untuk dijelmakan menjadi kenyataan, cuma masa begitu iri.SALAM dari Norish, GBSM.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...