Welcome

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Etiam pharetra, tellus sit amet congue vulputate, nisi erat iaculis nibh, vitae feugiat sapien ante eget mauris.

Follow us


Ask a question

Name

Email

Question

Submit

Link Blog

Senarai Blog Saya

Senarai Blog

Sample text


Emel : afraima@yahoo.com..febook : facebook.com/skbangi
.Facebook : facebook.com/skbangi



Blogger

Blogger
Noorhisham Hamzah Sarjana Sosial Islam, Kaunselor SK Bangi, Ijazah Sarjana Muda Indonesia, Ijazah Lanjutan, Drug Abuse, USIM, Emel afraima@yahoo.com

Makam-Makam Nabi

Blogger news

Diri Admin

Noorhisham Hamzah
Emel afraima@yahoo.com
FB facebook.com/skbangi

Blogger templates

Jika terdapat sebarang persoalan untuk dijawab, boleh lah di hantar ke afraima@yahoo.com afraima@yahoo.com

Anda yang Datang

Twitter

Link

Terima Kasih Atas Kunjungan Ilmu dikongsi,ganjaran diharap

ShoutMix chat widget

Pelawat

Halaman

Dikuasakan oleh Blogger.

Twitter

Ads 468x60px

About Me

Teman

Archives

Cari Blog Ini

fb komen

Featured Posts

Ahad, 31 Mei 2009

PELAJAR

P : Pasti
E : Esok
L : Lebih
A : Anggun
J : Jika
A : Aku
R : Rajin

Wahai pelajar, kamu dilahirkan untuk zaman akan datang, dan bukan untuk zaman sekarang. Kesusahan zaman akan datang, tuntutan kehidupan zaman akan datang belum dapat kita membacanya secara pasti. Namun adakalanya orang membuat ramalan.

Salah satu ramalan, mengatakan pada 20-30 tahun akan datang, separuh dari pemuda-pemudi rakyat Malaysia akan dihinggapi penyakit "gila". Gila disebabkan kecanggihan memproses dadah sintetik, (sintetik drug).

Oleh sebab yang demikian, kamu perlu berusaha secara bersungguh-sungguh untuk menggapai hari esok nan gemilang.
Sabtu, 30 Mei 2009

Puan Noor Lela dan Haji Masrun

Penceramah dari Sabak Bernam, pakar ISO, Tuan Haji Masrun
Ada kala ianya memenatkan...Ada celoteh, ada juga senyum ketawa, Kalau guru biasa, macam ni lah. mudah tersenyum...masalah tak banyak

Puan Noor Lela dengan bermacam watak yang dibawa, Ops...rajin gak cikgu ni bawa bahan bacaan..bagussss
Ada yang termenung..apa yang dikenang tu...., Suasana di dalam

Kenangan di Avilion. PD

Pandy menghimpit norish ketika memilih baju
makan pisang goreng di Teluk Kemang
Sedang memilih baju oleh2 untuk anak
Amutha ada gak. penyeri majlis
Faizal datang memeriahkan kami di sini.
Kami semua ketika lepak di Teluk Kemang POrt Dickson, menghubungi Zaini, terkejut dia, kami bagau kita orang dah dekat KFC Kemunting. Jap Jap katanya, aku nak start kereta. Apa beza kawe dengan demo, sama-2 Spada.. hehe.

Sebenarnya kita di PD. Dapat jemputan dari pihak penyelidik UITM pasal PPDa sekolah rendah di Malaysia. 5 hari jugak kami di sini berbantal lembik.

Bengkel Analisis Data Kajian PPDa di PD

Haa.. Ini gambar-gambar yang sempat saya snap dan posing masa kat PD. Lama gak duk hotel kat PD ni. 5 hari. Puas gak makan tidur. Kerja tetap kerja. Tapi tetap nak bersantai. Maklum la, tepi pantai. Jom layan gambar-gambar ni.


Suasana dalam bilik. Besar dan luas.

Cantik kan view depan biik ni. Mengadap laut. Romantis sangat...


Di hari terakhir, bergambar ramai-ramai dengan semua yang terlibat dengan bengkel ni. (lagi gambar dlm blog kakyong).
Rabu, 27 Mei 2009

ADA APA PADA NAMA

BUKAN lama di dunia ini, sebentar cuma. Sungguh indah bait-bait yang di nyanyikan oleh AA Gym....

hidup di dunia
sebentar saja
sekadar mampir
sekejam mata...

Apakala sampai saatnya, kita pasti aka pergi, pangkat dan segala yang kita miliki akan di tarik semula. jangankan harta, nama kita pun akan di tarik. ketika kita berada di atas tempat usungan mayat untuk dimandikan, orang akan memanggil kita "mayat". Bukan lagi, encik, tuan, puan, dato, datin dan sebagainya. Ya....bawakan mayat itu ke sini. Mana nama kita.

Kadang-kadang rasa lucu, bila ada orang melenting apabila namanya tersalah eja. Bukan dia sedar dirinya tak glamour, susah pulak namanya tu. Sering kali nama saya orang tersalah tulis dan panggil. Pernah di Hospital USM Kubang Kerian, pihak hospital memanggil saya dengan nama Norhasyimah. dengan speaker pulak tu..

Ya..kita mau bilang apa... memang nama kita kan payah dan tak glamour, bukan macam Fasha Sandha. Ops...

MESY MGBSR DAERAH HULU LANGAT



En.Ismail bin Musa, Pegawai PPDHL menyampaikan ucapan.Hadirin dari pelbagai zon
Guru Bimbingan dari SJK ( C ) turut memeriahkan majlis

27 Mei 2009. Majlis Guru Bimbingan dan Kaunseling Daerah Hulu Langat hari ini mengadakan mesyuarat Agung. Kali ini bertempat di Hotel Del Palma Ampang. Mesyuarat kali ini dihadiri Tuan Pegawai PPD HL En.Ismail bin Musa. Turut hadir En.Sharuddin bin Yusof, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Langat dan Tuan Haji Muhsin bin Marzuki, Kaunselor Pentadbir PPDHL.

Mantan Pengerusi MGBSR, En.Noorhisham Hamzah yang memegang jawatan itu selama 2 tahun mengalu-alukan kedatangan semua guru-guru bimbingan. Seusai pembubaran AJK lama, AJK baru dilantik. Kali ini Puan Nor Hazimah Md.Noh di lantik sebagai Pengerusi bagi sesi 2009-2010.
Selasa, 26 Mei 2009

KEJAYAAN YANG BESAR


Di Mana Kita ? Ini lah salah satu tajuk yang jarang-jarang saya tinggalkan jika memberi ceramah di mana-mana? Murid-murid pasti akan memberikan jawapan yang serupa. Semua akan menjawab di dalam dewan. Apa yang kamu nampak dalam dewan ini?? Kawan-kawan, kerusi, lantai, kipas, air cond, guru dan sebagainya.

Ya, jasad kita kini berada di dalam dewan, saya mengajak murid keluar sejenak, jom kita keluar, ops...tapi tubuh kita tinggalkan dalam dewan ini. Sekarang bayangkan anda berada di atas bumbung dewan ini. Apa yang anda nampak? Atap, cikgu. Ya betul kita nampak atap atau bumbung dewan ini. Jom kita naik tinggi lagi, nampak apa? Rumah cikgu.... jom naik lagi....nampak apa? Padang bola, jalan raya? Jom naik lagi 2000 meter....nampak apa? Nampaknya Negeri Selangor cikgu, lagi? Negeri Sembilan cikgu. Melaka pun nampak,. Terus naik lagi....nampak apa, selat Melaka, Sumatera, Indonesia, Singapura, Thailand dan Sabah Sarawak....

Jam naik lagi....nampak apa? Planet bumi cikgu, Ya...kita dah semakin tinggi sekarang, menghampiri ISS. Lagi tinggi lagi... semakin kecil bumi ini, kecil dan kecil, ada bulan di sebelahnya, ada bintang-bintang bertaburan di atas galaksi masing-masing, dengan keindahan yang asli dan tak sama antara satu sama lain. Alangkah indahnya.... dunia ciptaan Tuhan ini..

Persoalan yang kedua, cikgu nak tanya. Untuk Apa Kita Berada di Sini? Di sini, tidak ramai yang menjawab. Namun ada seorang dua yang berani menjawab. Untuk beribadah cikgu. Ya betul, kita ada tugas yang besar di sini, bukan percuma kehidupan di sini, semuanya akan di persoalkan bila kita meninggal nanti. Hidup di sini sementara cuma, bukan lama, dan hidup ini penuh dengan kesusahan, tak habis-habis kita di datangi kesusahan, dari kecil hingga lah dewasa. Bahkan nenek pun masih hidup dalam kesusahan. Persoalannya, Untuk Apa ? Untuk apa kita terpaksa menanggung kesusahan demi kesusahan, tetapi yang tak di undang ini? Aduh malang sekali, bagi orang yang susah di dunia, kemudian susah lagi di akhirat nanti.

Jadi murid-murid, cukuplah kita melalui kesusahan di sini, biarlah di sana nanti kita bahagia. Kan begitu???

MIMPI YANG PANJANG

Soalan cikgu seterusnya. Tengok gambar bumi ini, apa yang ada di sini? Bola... Katil...orang tidur dan sedang bermimpi. Yang pertama adalah mimpi. Ya, semua manusia hakikatnya sedang bermimpi di dunia ini. Sekarang pun kita masih sedang bermimpi. Beberapa orang murid kelihatan mencubit lengan tangannya. Cikgu....tak mimpi pun.

Kamu tahu apa itu mimpi? Ya mimpi adalah suatu yang tidak ada. Tapi macam betul2 ada. Kita mimpi naik kapal terbang, kita mimpi makan buah epal, mimpi jadi orang kaya. Mimpi jumpa manusia paling hensem dan cantik. Bila kita terbangun, ada tak yang dalam mimpi tadi? Tak ada..... itulah mimpi..begitulah kehidupan ini. Ada orang ingat dia kaya, ada orang ingat dia hebat, dia berilmu, dia ramai pengikut dan ada segala-galanya. Bila dia mati, ada tak semua itu? Tak ada...ya dia akan pulang mengadap Tuhan dalam keadaan miskin, tanpa pengikut dan tanpa segala-galanya.

PERMAINAN YANG BELUM SUDAH

Yang kedua. Atas muka bumi ini juga adalah ibarat lapangan padang bola yang besar. Kita semua sedang bermain dan masih belum tamat. Dalam Quran Tuhan mengatakan, Dan tidak ada dalam kehidupan dunia ini, selain permainan... Murid-murid... ada tak satu permainan yang pernah kamu lihat, berhari-hari dan tak habis-habis? Tak ada... Ya...tidak ada satu permainan yang terus menerus. Semuanya akan dihentikan dengan tiupan wisel oleh sang pengadil, menandai tamatnya sebuah permainan.

Begitulah kehidupan di dunia ini, akan ada satu tiupan wisel oleh juru tiup wisel, namanya Israfil, bila wiselnya di tiupkan, akan tamatlah kehidupan di dunia ini. Bumi ini akan di gulung. Satu kehidupan baru akan berlaku lagi untuk kali kedua dan terakhir.

DEWAN PEPERIKSAAN YANG BESAR

Dunia ini juga merupakan sebuah dewan ujian yang besar. Markah peperiksaan yang besar ini kita akan perolehi di padang Mahsyar esok. Esok cikgu? Ya esok, hidup ini 2 hari Cuma, hari dunia dan hari akhirat.

KEJAYAAN YANG BESAR di akhirat adalah himpunan kejayaan-kejayaan yang kecil yang telah kita lakukan di dunia.

Begitu juga dalam hal akademik, kejayaan yang besar dalam peperiksaan besar adalah merupakan himpunan kejayaan-kejayaan kecil yang telah dicapai setiap kali ujian kecil.

Aduhai Hotel..Apa Punya Bantal Daa


Hotel, sebut hotel, wah kali pertama masuk hotel ialah di Medan, Hotel Labuhan Raya di Jalan Gajah Mada. Bila balik Malaysia, tak pernah tinggal kat hotel, kecuali semuanya di bayar oleh kerajaan. Paling best naik kapal terbang dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu secara percuma. Bukan percuma.... tapi kerajaan yang bayarkan.

Yang paling tak best duduk kat hotel ialah bantal. Geram juga rasanya, kerana terpaksa tidur di atas span yang lembik. Apalagi kalau tinggal selama 4 hari 3 malam. 2 lapis bantal saya lapik, belum tentu dapat hilang sakit leher.
Hari ini saya berada di Port Dickson, jemputan UITM bahagian penyelidikan, untuk menyempurna kajian keberkesanan pelaksanaan program pencegahan pendidikan dadah di sekolah rendah seluruh Malaysia. PIhak penyelidik ini sebenarnya mendapar geran dari AADK, so kami-kamilah bekas pelajar SPADA di panggil untuk bersama-sama duduk berbincang. Mungkin ada lebih dan mungkin banyak kurangnya.

Kami di POrt Dikson

Hotel, sebut hotel, wah kali pertama masuk hotel ialah di Medan, Hotel Labuhan Raya di Jalan Gajah Mada. Bila balik Malaysia, tak pernah tinggal kat hotel, kecuali semuanya di bayar oleh kerajaan. Paling best naik kapal terbang dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu secara percuma. Bukan percuma.... tapi kerajaan yang bayarkan.

Yang paling tak best duduk kat hotel ialah bantal. Geram juga rasanya, kerana terpaksa tidur di atas span yang lembik. Apalagi kalau tinggal selama 4 hari 3 malam. 2 lapis bantal saya lapik, belum tentu dapat hilang sakit leher.
Hari ini saya berada di Port Dickson, jemputan UITM bahagian penyelidikan, untuk menyempurna kajian keberkesanan pelaksanaan program pencegahan pendidikan dadah di sekolah rendah seluruh Malaysia. PIhak penyelidik ini sebenarnya mendapar geran dari AADK, so kami-kamilah bekas pelajar SPADA di panggil untuk bersama-sama duduk berbincang. Mungkin ada lebih dan mungkin banyak kurangnya.

Sabtu, 23 Mei 2009

DVD Sepanjang SPADA

Setelah mengambil kira kos pembikinan dan penghantaran, maka satu set DVD mengandungi 3 keping, Satu Vietnam Kamera Tunku Hasriq, Kedua Vietnam dari pelajar SPADA dan ketiga Sabah satu keping. Semuanya RM20.00 termasuk kos penghantaran.

Kawan-kawan yang berminat sila bank in ke akaun bank Islam (BIMB, atas nama NOORHISHAM HAMZAH, akaun nombor, 1209 2020 129 415

Tambahan RM 5.00 bagi foto-foto sepanjang perjalanan SPADA.
Khamis, 21 Mei 2009

Sambutan Hari Guru SKB


Jawatankuasa PIBG sanggup datang. Terima Kasih



Mungkin inilah kali pertama atau kedua dalam sejarah sekolah, dimana program hari guru terpaksa di adakan secara berasingan. Sesi pagi dan petang terpaksa di asingkan, walaupun sebenarnya sambutan ini lebih meriah jika dilaksanakan serentak. Namun mengingat ramainya murid hampir mencecah 2000 orang belum termasuk guru-guru, boleh dibayangkan kesemrautan yang akan berlaku jika kedua sesi digabungkan.

Namun acara tetap dilaksanakan. Terima kasih pada semua murid-murid yang memeriahkan acara, juga ibu dan bapa yang sanggup keluar malam-malam ke kedai untuk mencari hadiah yang dipesan oleh anak.

Program lebih meriah sebenarnya kerana guru sendiri mengambil bahagian secara aktif untuk menghidupkan suasana hari guru.

Latihan Kebakaran

BACALAH YAASIN

RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:

1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin.
Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.
12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut.
Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".
13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya.
Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.

14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.

7 Sunnah Nabi

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama : tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua : membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga : jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempa t : jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima : jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam : jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh : amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...