Welcome

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Etiam pharetra, tellus sit amet congue vulputate, nisi erat iaculis nibh, vitae feugiat sapien ante eget mauris.

Follow us


Ask a question

Name

Email

Question

Submit

Link Blog

Senarai Blog Saya

Senarai Blog

Sample text


Emel : afraima@yahoo.com..febook : facebook.com/skbangi
.Facebook : facebook.com/skbangi



Blogger

Blogger
Noorhisham Hamzah Sarjana Sosial Islam, Kaunselor SK Bangi, Ijazah Sarjana Muda Indonesia, Ijazah Lanjutan, Drug Abuse, USIM, Emel afraima@yahoo.com

Makam-Makam Nabi

Blogger news

Diri Admin

Noorhisham Hamzah
Emel afraima@yahoo.com
FB facebook.com/skbangi

Blogger templates

Jika terdapat sebarang persoalan untuk dijawab, boleh lah di hantar ke afraima@yahoo.com afraima@yahoo.com

Anda yang Datang

Twitter

Link

Terima Kasih Atas Kunjungan Ilmu dikongsi,ganjaran diharap

ShoutMix chat widget

Pelawat

Halaman

Dikuasakan oleh Blogger.

Twitter

Ads 468x60px

About Me

Teman

Archives

Cari Blog Ini

fb komen

Featured Posts

Isnin, 30 November 2009

Ibrahim Adham : Sufi Terkenal

Diceritakan ada seorang lelaki datang menemui Ibrahim bin Adham. Ia berkata kepada Ibrahim bin Idham: "Hai bapa Ishak (Ibrahim). Saya ini telah menzalami diri sendiri, maka terangkan padaku sesuatu yang dapat menginsafkan diriku dan menyelamatkan hatiku". Ibrahim bin Idham pun menjawab: "Jika engkau dapat menerima dan boleh melakukan 5 perkara (yang akan aku katakan)) nescaya apa sahaja kesedapan yang engkau kecapi tidak akan memudaratkan diri mu. Lelaki tersebut pun berkata: Apa dia ?. Cubalah engkau beritahu wahai bapa Ishaq. Ibrahim menerangkan: Pertama

Apabila engkau hendak menderhaka kepada Allah, maka jangan engkau makan rezeki Allah!. Lelaki itu meningkah dan berkata" Dari sumber manakah lagi aku hendak makan, sedangkan segala yang ada atas dunia ini ialah rezeki kurniaan Allah " Ibrahim idham mencelah " Wahai pulan, adakah patut dan wajar engkau makan rezeki kurniaan Allah, kemudian engkau menderhaka kepadanya!. Tentu tidak" jawabnya. Baiklah Yang kedua:

Ibrahim menerangkan lagi: "Bila engku hendak menderhaka kepda Allah, maka janganlah engkau menginap dimana-mana atas dunia ini. Lelaki itu pun berkata: "Ini lebih hebat lagi dari yang pertama". kalau timur, Barat dan antara kedua semuanya adalah kepunyaan Allah, maka dimana pula aku akan tinggal. Ibrahim mencelah: " Hai pulan, adakah engkau patut makan rezeki Allah, tinggal dibumi Allah dan kemudian engkau menderhaka kepadanya." Tidak, jawabnya. Yang ketiga:



Ibarahim menerangkan lagi: Kalau engkau mahu menderhaka, sedangkan engku makan rezki Allah dan tinggal dibuminya, maka carilah tempat yang berkira-kira dia tidak nampak engkau mencabar perintah Allah. Kalau engku sudah temui, nah engkau lakukan maksiat tersebut." Lelaki itu pun berkata " Hai Ibrahim!. Bagaimana aku dapat berbuat demikian, sedangkan Allah maha mengetahui, malah ia tahu apa yang tersembunyi sekalipun?. "Ibrahim menjawab Hai pulan: Adakah engkau patut makan rezekinya, tinggal dibuminya, menderhaka kepadanya, walhal ia mengetahui hakikatmu dan melihat apa yang engku lakukan secara terang-terang? " Tidak jawabnya, " Yang Ke Empat:

Apa dia tanya lelaki itu. Jawab Ibrahim " Apabila tiba malaikat maut hendak mencabut nyawa mu, maka katakan padanya: " Berikan aku tempoh untuk bertaubat Nasuha dan untuk beramal soleh kerana Allah" Takkan dia mahu menurut perintahku" Jawab lelaki itu. Hai pulan " Kata Ibrahim: " Apakah dalam kedaan engkau tidak terdaya menolak maut untuk mendapat tempoh bertaubat dan engkau faham betul bahawa kalau maut datang engkau tidak terdaya menolak maut, untuk mendapat tempoh bertaubat dan engkau faham betul, maka dalam keadaan begitu engkau masih mengharapkan engkau boleh selamat (dengan Maksiat mu)?" Lelaki itu bertanya lagi: Yang kelima:
Ibrahim menerangkan: Apabila datang malaikat Zabaniah pada hari Qiamat hendak membawa mu masuk neraka, maka janganlah engkau mahu pergi bersamanya!. "sudah tentu mereka tidak akan biarkan aku atau menerima permintaan ku: sampuk lelaki itu. Kata Ibrahim " Kalau begitu bagaimana engkau harap engkau boleh selamat?." Lelaki itu pun berkata, Wahai Ibrahim cukuplah, cukuyplah" Saya minta ampun kepada Allah dan saya bertaubat kepadanya. Lelaki tersebut pun akhirnya ikut beribadah bersama ibrahim hingga mereka dipisahkan oleh ajal masing-masing. (Dari kitab Tawwabin)
Ahad, 29 November 2009

Sesungguhnya haiwan korban

Rasulullah saw bersabda: "Tiada suatu amalan pun yang dilakukan oleh manusia pada Hari Raya Korban, lebih dicintai oleh Allah swt selain dari menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan korban itu nanti di hari kiamat akan datang berserta tanduk-tanduknya, bulu-bulunya, kuku-kukunya dan sesungguhnya sebelum darah korban itu menyentuh tanah, pahalanya telah diterima di sisi Allah, maka beruntunglah kamu semuanya dengan pahala korban itu". (HR. Tirmidzi dan Ibn Majah)

"Para sahabat bertanya kepada Rasulullah saw: "Ya Rasulullah, apakah Ud-hiyyah (korban) itu?". Rasulullah menjawab: "Itulah sunnah ayahmu Ibrahim". Para sahabat kembali bertanya: "Apakah yang kita akan peroleh dari Ud-hiyyah itu?". Rasulullah menjawab lagi: "Pada setiap helai bulu (dari binatang yang dikorbankan itu) kita akan mendapat satu kebajikan". (HR. Ahmad dan Ibn Majah)

"Barangsiapa yang diberi kemudahan, sehingga ia mampu berkorban akan tetapi tidak mahu berkorban, maka janganlah ia mendekati tempat solat kami ini". (HR Ahmad dan Ibn Majah)

Firman Allah yang bermaksud: "Dan binatang-binatang korban itu Kami jadikan buat kamu sebagai sebahagian dari upacara-upacara (agama) Allah. Padanya ada kebaikan bagi kamu. Oleh kerana itu sebutlah nama Allah ketika menyembelihnya dalam keadaan berbaris-baris. Maka apabila gugur (sembelihan- sembelihan itu), makanlah daripadanya dan berilah makan fakir yang menjaga kehormatan dan fakir yang meminta. Demikianlah Kami mudahkan (binatang-binatang) itu untuk kamu agar kamu bersyukur".

"Tidak akan sampai kepada Allah daging-dagingnya dan tidak pula darah-darahnya. Tetapi akan sampai kepada Allah ialah ketaqwaan dari kamu. Demikianlah dipermudahkannya korban-korban kepada kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan hendaklah kamu gembirakan orang-orang yang berbuat kebajikan ". (al-Hajj : 36-37)

CATATAN LAWATAN KE MUZIUM PERANG



Saya berada di negara sendiri, membawa anak-anak murid ke Pulau Pinang, juga masih dalam negara sendiri, tiba di Muzium Perang, ada sesuatu yang pelik bin aneh, bilamana sang tukang bercerita tentang sejarah dan latar belakang muzium perang di sini adalah, orang bukan dari negara saya sendiri.

Abang-abang ini datang dari Jawa, cukup jelas pertuturannya, kejawaanya masih tebal. Yang menjadi tanda tanya semua pelawat dalam diam.. kok yang bercerita tentang sejarah negeri ku adalah bukan orang negeriku...
Jumaat, 20 November 2009

WAJAH-WAJAH PADA HARI ITU BERGEMBIRA

Sudah pasti,air mata akan berkucuran dari genangan kelopak mata, lantaran kegembiraan dan kegirangan sang anak mendapat hasil dari jerih payah usahanya selama ini.

Habis sudah kepenatan, tekanan, serabut dan pening yang sering berdatangan saban waktu.

Kini anak-anak mampu tersenyum kegembiraan. Berhari-hari kegembiraan menggebu dihati, dibawa ke mana sahaja, sampai ke katil dan bilik air.



Tangisan Gembira

MAN JADDA WAJADA

"Barangsiap Berusaha, Dia Pasti Dapat."

Yes....Siapa yang Berusaha, dia pasti dapat, itu janji Tuhan....dan yang tidak dapat seperti orang lain (yang cemerlang), dia juga pernah berusaha untuk mendapat yang ia dapat hari ini. Makanya, anak murid yang mendapat markah kurang bagus, dia tidak bersedih, malah tidak setitis air mata pun mengalir dari kelopak matanya...dia terima hasil usahanya selama ini dengan redha.

Semoga Allah memasukan mereka ke dalam golongan Radhiallahu Anhum..Wa Radhu Anhu...Dzaa lika liman khasyi ya Rabbah

Terima Kasih Warga Kaunselor

"Foto ;En.Khairuddin, Pegawai Hal Ehwal Murid JPN Selangor melihat hasil rumusan terakhir L8 sebelum dihantar ke Kementerian"

L8 Negeri Selangor hari ini berjaya di satukan, walaupun memakan sedikit masa untuk mencari masalah.

Sistem rumusan adakalanya tidak dapat memberikan jawapan terhadap nilai-nilai yang diberikan. Kami mencari apa sebabnya.

Rupanya ada sahabat kita yang telah mengusik sistem L4 menyebabkan ianya berganjak sedikit. Perlu dimaklumi, walaupun hanya setapak, ia tetap merosakkan semua sistem.

Dalam Negeri terdapat 11 buah sekolah yang gagal menghantar Laporan L4 ini. Namun Daerah Hulu Langat berjaya di selesaikan walaupun hingga ke saat akhir. Untuk tempoh akan datang, kemungkinan pihak Jabatan akan meminta laporan ini dalam masa enam bulan sekali.
Rabu, 18 November 2009

MANFAATKAN EKSISTENSI BLOG ANDA

mediaDEWASA ini para pelajar kelihatan lebih hebat dari guru, mereka sudah mengenali apa itu myspace, facebook, YM, Blog dan sebagainya. Dalam masa yang sama, ramai para guru masih terkial-kial hendak menekan butang itu dan ini, apalagi menghantar sebuah fail kepada rakan mereka dalam bentuk attach file.

Kaunselor Daerah Hulu Langat terkenal antara yang paling ramai memiliki prasarana blog peribadi. Terlepas dari perbicaraan, apakah blog tersebut benar-benar dimanfaatkan.

Artikel ini mengajak kaunselor untuk berjinak-jinak dengan Blog, seterusnya menjadikanya sebagai media utama untuk menyampaikan maklumat, motivasi, dakwah, tips-tips berguna kepada para pelajar dan sebagainya.

Dalam pada itu, perlahan-lahanlah mendekati facebook, semalam Perdana Menteri didalam Kosmo, mengatakan "saya sudah mempunyai facebook". Ini merupakan satu cabaran buat kita semua.

Rata-rata memberi jawapan tidak ada masa, jika ditanya kenapa blog anda masih dalam kedaaan seperti setahun yang lalu. Haha. Jika kaunselor yang tidak mengajar pun masih "tidak ada masa", itulah gambaran kesibukan yang teramat sangat guru akhir zaman ini.

Anda berminat dengan inti tulisan ini? Boleh menghubungi saya di emel afraima@yahoo.com untuk menyegarkan kembali blog anda, ceriakan semula mana yang usang, sapu debu-debunya, tambah sedikit bahan pewangi, nescaya ramai yang suka bertandang.

2012 Tahun Sekolah Bebas Dadah

SAMSUL
MUNGKIN bagi sesetengah antara kita gemar mempelajari sesuatu yang baru. Namun ada pula yang bukan tidak suka, tetapi tanggungjawab sehari-hari menghambat keinginan hati kecilnya.

Salah satu cabang ilmu yang diperlukan oleh kaunselor dewasa ini ialah Ilmu Penyalahgunaan Dadah. Umum mengetahui gejala ini semakin subur berkembang dan bertambah rancak. Sedangkan kerajaan mewartakan tahun 2013 adalah Tahun Sekolah Bebas Dadah.

Perlu di maklumkan bahawa, Negeri Selangor adalah antara negeri yang berada pada rangking teratas dalam jumlah penagih yang ramai, sementara Daerah Hulu Langat adalah yang paling tertinggi jumlah penagih. Dan Bangi Lama merupakan kawasan paling hitam dalam komuniti Hulu Langat.

Justeru, berangkat dari fakta tersebut, kaunselor perlu giat menjalankan tanggungjawab secara bersungguh-sungguh untuk menyedarkan kepada para pelajar, bahawa penyalahgunaan dadah sangat besar impaknya di dalam kehidupan sebagai manusia.

Majoriti kaunselor setakat ini belum mempunyai ilmu "penyalahgunaan dadah" secara kolektif. Maka perlunya mereka mencari jalan seperti membawa pelajar (sekolah menengah) ke pusat-pusat serenti, selain ceramah dari pakar dalam bidang berkaitan.

USIM merupakan universiti yang menawarkan biasiswa percuma setiap tahun kepada 20 orang guru-guru seluruh Malaysia. Salah seorang lulusan USIM, Diploma Siswazah Dalam Penyalahgunaan Dadah ialah En.Samsul bin Dolah, Pegawai Hal Ehwal Murid, PPD Hulu Langat.

Ku Temui Rakan Lama di FaceBook

"Foto 1, Yuziani Yusuf, dulu wajahnya macam anaknya, sekarang sudah jadi ibu"

Foto Kenangan zaman sekolah rendah. Foto ini sangat berharga, apalagi saya tidak ada menyimpannya, kecuali hari ini terjumpa di dalam facebook rakan-rakan lama.

Semua wajah-wajah sudah berubah. Ingat masa sekolah dulu selalu kawan tu bawa minyak cap kapak. Kalau tak silap Nor Azlina namanya.

Walaupun 20 tahun sudah berlalu, kalau lah terbau minyak cap kapak, memori silam waktu dibangku sekolah rendah pasti terlintas. Begitu indahnya di sekolah rendah, walaupun banyak suka dan duka.





Gambar ini di rakam semasa perkhemahan di Kem Kijang Kota Bharu, jika tak salah tahun 1988.




Kawan saya Nik Hanifuddin ada mencatat nama saya ada disini, namun saya sendiri kurang pasti, mana satu diri saya yang sebenarnya.hehe.

Antara yang masih ingat di sekolah rendah ialah perkhemahan Qiamul Lail di sekolah bersama kawan-kawan dibawah pimpinan Ustaz Mad Dahan. Ustaz ni masih ada hingga sekarang. Tinggal di Kampung Berlian dekat Pantai Bachok.sekolah

Begitu Pantasnya Masa Berlalu

"Foto 1, Yuziani Yusuf, dulu wajahnya macam anaknya, sekarang sudah jadi ibu"

Foto Kenangan zaman sekolah rendah. Foto ini sangat berharga, apalagi saya tidak ada menyimpannya, kecuali hari ini terjumpa di dalam facebook rakan-rakan lama.

Semua wajah-wajah sudah berubah. Ingat masa sekolah dulu selalu kawan tu bawa minyak cap kapak. Kalau tak silap Nor Azlina namanya.

Walaupun 20 tahun sudah berlalu, kalau lah terbau minyak cap kapak, memori silam waktu dibangku sekolah rendah pasti terlintas. Begitu indahnya di sekolah rendah, walaupun banyak suka dan duka.





Gambar ini di rakam semasa perkhemahan di Kem Kijang Kota Bharu, jika tak salah tahun 1988.




Kawan saya Nik Hanifuddin ada mencatat nama saya ada disini, namun saya sendiri kurang pasti, mana satu diri saya yang sebenarnya.hehe.

Antara yang masih ingat di sekolah rendah ialah perkhemahan Qiamul Lail di sekolah bersama kawan-kawan dibawah pimpinan Ustaz Mad Dahan. Ustaz ni masih ada hingga sekarang. Tinggal di Kampung Berlian dekat Pantai Bachok.
Selasa, 17 November 2009

Bertuahnya saya

Saya merasakan amat bertuah justeru mempunyai rakan-rakan yang sangat arif lagi mahir dalam ilmu ICT. Hari ini 18 November 2009, sekali lagi blog saya menuju aras perubahan lebih cantik dengan bantuan rakan aspirasi.blogspot.com dan sahabat beliau yang sangat mahir dalam bidang IT. Beliau ialah Ustaz Muhammad Yazid pengurus web http://www.skulupenggeli.com. Silakan melawat web beliau

LAWATAN ILMIAH KE PUSAT PEMULIHAN AKHLAK, JABATAN PENJARA MALAYSIA, MUAR

Jumaat, 13 November 2009: Pelajar SPADA telah mengadakan lawatan ilmiah ke Pusat Pemulihan Akhlak, Jabatan Penjara Malaysia, Muar, Johor. Aktiviti lawatan sekadar taklimat berkaitan Pusat Pemulihan Akhlak, Muar. Kami tidak mendapat kebenaran untuk bertemu penghuni mahupun melawat tempat tinggal penghuni. Lawatan kami berakhir dengan Jamuan Makan Tengahari.











Puan Hajah Zaidah Dalam Kenangan

Saya baru pulang menziarahi rakan kaunselor yang telah berpulang ke rahmatullah jam 4.00 petang tadi. Beliau Puan Hajah Zaidah binti Ismail, Kaunselor SMK SAAS, meninggal di Hospital Kanser Nilai.Beliau mengidap sakit kanser leher akan di kebumikan esok pagi jam 9.00 di tanah perkuburan Sungai Kantan, Belakang Masjid Kajang.



Ramai rakan kaunselor hadir pada malam ini. Orang ramai masih datang ketika saya mudik pulang. Al-Fatihah...




Ceramah dadah di sekolah Rendah

Satu Penilaian Terhadap Diri Sendiri

Entah kenapa, saya jarang merasakan puas dengan power point yang sama ketika menyampaikan ceramah walaupun tajuknya sama.

Jika ada 10 ceramah, maka 10 bentuklah gaya ceramah saya ubah. Setakat ini belum ada yang saya ulang-ulang 100% persis sama dengan ceramah sebelum. Lebih-lebih lagi tajuk penyalahgunaan dadah.

Selama ini, saya banyak menggunakan slaid tersebut untuk sekolah menengah, maktab dan IPTA. Tidak pula rasa tinggi sangat isinya.

Namun hari ini, apabila berbicara tentang nikotin, stimulan, depresen, Opiat, Disigner Drug, LSD, Amfetamin, MDMA dan sebagainya, rasa macam di awan-awangan. Dari riak wajah mereka, nampaknya macam tak berapa faham apa itu istilah-istilah yang terlalu sains bagi mereka.

Rasanya lain kali, untuk lebih baik, cukup saya terang secara sepintas lalu seperti dadah terdiri dari 5 jenis utama, iaitu DOSKAH. Depresen, Opiat, Stimulan, Kanabis dan Halusinagen. Cukup...

Yang lain-lain macam gambar penagih, HIV, lagu Belia Benci Dadah, nampak OK saja dan menambah bulat mata mereka.

Ketika En.Faizal dari PENDAMAI yang menjadi penceramah kedua bertanya apa itu dadah? Masih ada yang ngaur. Tidak begitu jelas...

Bab jenis dadah itu kena modifight balik, namun bab lain dah OK, cuma kena banyakkan cerita-cerita macam geng yang lain.

En.Faizal ni katanya ada facebook, beliau nak masukkan kisah hidupnya yang sempat jatuh ke lubang penagihan ke dalam facebook.
Isnin, 16 November 2009

Data L4 Daerah

Saya sudah hubungi sekolah-sekolah yang belum hantar L4 rendah dan menengah. Harap dapat hantar secepatnya. Bagi yang belum hantar, sila ikuti arahan berikut :

1. Layari laman web www.kaunselor.com
2.Download borang L4 rendah atau menengah
3.Isikan maklumat yang perlu di isi
4. Hantarkan via emel ke JU di alamat afraima@yahoo.com

Sekian, selesai sudah tanggungjawab saya rasanya, Khamis kami akan ke Jabatan Pelajaran Selangor untuk bermesyuarat.

Aktiviti Di PUSPEN Remaja Tiang Dua, Melaka

Khamis, 12 November 2009: Pelajar SPADA, USIM sekali lagi terlibat dengan Program Lawatan Ilmiah. Kali ini kami ke PUSPEN Remaja Tiang Dua, Melaka. Aktiviti yang kami laksanakan di sana ialah Latihan Pengurusan Stress menggunakan kaedah Senaman Kalistenik, Chiken Dance dan beberapa aktiviti berkaitan pengurusan stress. Di samping itu, kami diberi taklimat berkaitan latar belakang dan pengurusan di PUSPEN Remaja Tiang Dua, Melaka.



Latihan sebelum lawatan

Maznita dan Zunita diberi tanggungjawab sebagai pembina modul bersama Tok Penghulu dan mereka sedang memberi taklimat dan latihan sebelum lawatan

Kehadiran kami di sambut dengan jamuan minum teh


Puan Norliya sedang memberi taklimat berkaitan PUSPEN Remaja Tiang Dua


Para peserta mendengar taklimat dengan penuh perhatian


Suasana semasa sesi taklimat...
Program Pengurusan Stress bersama penghuni tiada disertakan gambar kerana peraturan tidak membenarkan pelatih diambil gambarnya.






Anak Luar Nikah 84 orang Sehari

Murid-murid disyaki perempuan, amat marah pada cikgu sebab duk menyibuk nak uruskan pergaulan mereka antara lelaki dan pompuan. Lalu di tulis dengan pen merah atas sekeping kertas A4. Cikgu, kami tak suker cikgu menyibuk tentang hal kami, naper nak kacau kami duduk dekat-dekat dengan lelaki? Bla. bla bla, Surat itu dimasukan dengan hormatnya dalam peti aduan.

Berdesing bulu roma mata yang membaca. Kurang gula betul budak-budak zaman teknologi dan globasi ini. Dia tak sedar dan tak tahu, apa yang telah direkodkan seperti dibawah ;

Antara tahun 2000 hingga Julai 2008, seramai 257,000 kelahiran anak luar nikah direkodkan. Maksudnya, purata 2,500 setiap bulan atau 84 sehari. Menakotkan... Bayangkan berapa pulak bilangannya di masa hadapan, zaman anak cucu kita nanti. Mungkinkah purata 2,500 setiap hari pulak nanti??

Tulisan ini saya kutip dari Blog Bro.Mazidul ketika merayap-rayap ke sana selepas habis meeting online malam ini.

Facebook Menemukan Anda Dgn Teman yg Hilang

Anda tentu mempunyai ramai kawan, dan sudah tentu terlalu ramai yang hilang terlalu lama dalam memori anda. Kehilangannya kerana anda dan dia sama-sama menelusuri jalan berbeda. Persimpangan yang memisahkan anda dan rakan-rakan biasanya adalah sekolah menengah.

Anda ke Utara, dia ke Selatan, masing-masing meneruskan karya hidup, dan dia...hilang selamanya dalam memori anda. Nak cari entah di mana. Namun anda bernasib baik, zaman yang canggih-manggih ini, ada facebook yang boleh menemukan kembali anda dengan rakan karib yang lama terpisah.

Biarpun rakan anda berada jauh di negara Jepun. Melainkan dia tak punya kemudahan internet. Anda memang tidak dapat menghubunginya.

Baiklah, ada yang bertanya, bagaimana nak buat (daftar) facebook ni? Caranya mudah saja. Saya sendiri pada awalnya bukanlah berminat, tetapi kerana ramai rakan lama yang terpisah puluhan tahun boleh ketemu kembali, saya beransur-ansur mengintai kelebihannya.

Syarat untuk mendaftar facebook ini, yang pertama, anda hendaklah mempunyai akaun emel terlebih dahulu, jika belum ada atau tidak aktif atau terlupa kata laluan, sila lah membuat yang baru.

Langkah kedua...


Kunjungi laman web facebook.com, taipkan alamat http://www.facebook.com/ di ruang address yang paling atas. Ingat ya, yang paling atas, bukan di petak carian google atau yahoo.

Anda belum menjadi ahli, kini langkah mendaftar sebagai ahli.Lihat tulisan daftar didalam petak yang saya pastekan kat sini.

Isikan maklumat anda, termasuk emel yang baru anda bina tadi. Ops, jangan lupa pilih jantina.

Apabila sudah daftar, kini anda boleh mulai LOGIN, mungkin facebook mengarahkan anda membuka emel anda dahulu. Jangan segan untuk membuka emel anda sendiri.

Ada kiriman darinya. Kemudian anda datang sekali lagi ke facebook, dan kali ini anda mengisi nama emel anda dan juga kata laluan, klik Log Masuk.

Nah, sekarang anda telah pun berjaya menjadi ahli facebook. Mulalah mencari kenalan lama anda di ruang carian. Taipkan nama orang yang anda kehendaki, contoh Noorhisham Hamzah.




OK. Selamat Mencuba
Sabtu, 14 November 2009

Selamat Pengantin Baru

Selamat Pengantion Baru Buat Cikgu Alfah binti Ismail. Biarpun hanya sempat 3 tahun lebih berada di SK Bangi, namun jasanya banyak membantu perkembangan dan kejayaan kokurikulum di sini.

Suasana majlis perkahwinan sungguh meriah. Walaupun gah dan sehebat orang-orang kenamaan, namun riak wajah tetamu yang hadir sungguh merasa gembira. Ada "barakah" di dalamnya.

Ada satu lagu Aceh berjudul "Pengantin Baru".. tak jumpa di youtube. Namun lagu ini pun boleh jugak dijadikan hadiah untuk Cikgu Alfah.




Semoga berbahgia sehingga akhir hayat. Tempuhi gelombang samudera kehidupan ini dengan tabah. Jangan lupa pergantungan kepada yang Maha Kekal Abadi.

Untuk yang masih belum laku....hehe...dengarkan lagu ini...tengah ngetop di sana sini..


Jumaat, 13 November 2009

Imej Milenium

Dari Windows Xp, ramai beralih ke Windows Vista, malah sudah ada yang beralih angin ke Windows 7.Itulah perkembangan demi perkembangan dunia IT. Vista pun ramai yang belum install, bahkan ramai juga yang belum menemui punat untuk tekan itu dan ini. Masih teraba-raba, kini muncul pula Windows 7.

Di sekolah pun tidak kalah dalam bab kemajuan. Anak-anak sekarang pun ingin berlumba-lumba.


Rabu, 11 November 2009

Pengurusan Stress

Mengurus Stress? Saya terfikir sejenak apabila seorang rakan menawarkan ceramah kepada guru-guru bertajuk "Pengurusan Stress". Aduh...apa nak di uruskan..kan dah stress??

Sebenarnya pada saya, tajuknya jangan "Pengurusan Stress", sebab bila dah stress, kita dah sampai peringkat merbahaya dan boleh membahayakan orang lain. Duduk diam-diam je lah sebentar.

Apa yang lebih penting adalah, bagaimana supaya anda tidak stress dalam menjalani kehidupan sehari-hari. Saya cuba semak isi dalam buku dari "Telaga Biru" karangan orang-orang hebat, pun bukan mengurus stress arahnya, tetapi ....bagaimana supaya anda tidak stress.

Di sini ada sedikit tips untuk mengelak anda tidak stress.

1. Buat kerja jangan bertangguh (ikut lah jadual)
2. List kan apa yang perlu anda buat.
3. Utamakan mana yang lebih penting dahulu.

Untuk lebih umph.....bagi anda yang muslim
4. Sentiasalah berdamping dengan Tuhan dengan doa dan ibadah
5. Selesaikan urusan anda dengan tuhan dahulu, baru urus dunia anda.
Ahad, 8 November 2009

Dunia Hanya Sebuah Lakonan

Mungkin anda pernah membaca entry saya yang lalu, bahawa dunia ini ibarat sebuah padang bola yang besar. Sebuah, permainan, jika adanya permulaaan, pasti ada akhirnya, begitulah hidup ini.

Permainan, jika ada yang menang dan bersuka-ria, sebaliknya pasti ada yang kalah dan kecundang. Majoriti penyokong datang memenuhi stadium, belum pasti anda akan menang. Begitu lah di dunia, anda mungkin menang kerana sokongan majoriti dari manusia dan pengundi, tetapi belum tentu anda benar dihadapan tuhan.

Entry ini ingin sekali menyatakan, bahawa dunia ini juga tak lebih dari sebuah pentas lakonan. Semua manusia sedang berlakon sebenarnya di atas pentas dunia yang sangat lebar dan luas.

Jika anda menonton sebuah lakonan drama, sang lelaki memegang perempuan, kita lihat seolah-oleh macam isterinya (yang sebenar), di pegang dan tidur bersama, padahal itu semua hanya lakonan.

Begitulah di dunia, manusia sangka, semua ini miliknya abadi, (Ada orang bernama Abadi, dirinya pun tidak akan abadi) padahal itu semua lakonan, apakah anda mengira seorang perempuan yang bersuamikan penagih dadah, akan terus kekal bersama hingga akhir hayat dan hingga ke lubang kubur?

Jangan-jangan semasa hidup di dunia pun mereka sudah dipisahkan oleh sel penjara akibat ulah perbuatan suaminya. Inikan pula mahu kekal abadi di negeri akhirat...
Sabtu, 7 November 2009

INTERNSHIP 2: PROGRAM KOMUNITI

Nama Program:
PROGRAM GEMPADAH

Tarikh:
7 dan 8 November 2009

Tempat:
Kampung Baru Sungai Ara, Bayan Lepas, Pulau Pinang

Anjuran bersama:
Surau Al Mubarak, Sungai Ara
AADK Daerah Barat Daya, Pulau Pinang
Gerakan Belia 4B(M), Cawangan Arajaya

Turut membantu:
Pelajar SPADA (Hazlinda Nur Bahari, Norhayati Abd Samad, Wong Fui Fun, Mohd Basiran)

Aktiviti:
Mesej Anti Dadah Rumah ke Rumah
Ceramah Agama
Pertandingan Sepak Takraw/Futsal
Pameran (AADK, Kesihatan, Bomba)
Pertandingan Azam/Menghafal Surah Lazim


Kumpulan Mesej Anti Dadah Rumah ke Rumah

Mesej Anti Dadah Rumah ke Rumah

Taklimat program


Pengarah AADK Daerah Barat Daya, Pulau Pinang....Tuan Aman bin Mustapha


Turut membantu menjayakan Program GEMPADAH
Ahli komuniti menyediakan bahan untuk masakan



Setiap individu ada peranan....


Setiap rumah dilawatai tidak mengira rumah siapa.....apa yang penting ialah mesej anti dadah dapat disampaikan


Yang sudah berusia juga tetap bersemangat membantu perjuangan menggempur najis dadah



Biarpun jauh di Utara...kami tetap sanggup ke sana demi mempertahankan Negara dari ancaman dadah durjana


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...