Welcome

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Etiam pharetra, tellus sit amet congue vulputate, nisi erat iaculis nibh, vitae feugiat sapien ante eget mauris.

Follow us

Ask a question

Name

Email

Question

Submit

Link Blog

Senarai Blog Saya

Senarai Blog

Sample text

Emel : afraima@yahoo.com..febook : facebook.com/skbangi
.Facebook : facebook.com/skbangi

Blogger

Blogger
Noorhisham Hamzah Sarjana Sosial Islam, Kaunselor SK Bangi, Ijazah Sarjana Muda Indonesia, Ijazah Lanjutan, Drug Abuse, USIM, Emel afraima@yahoo.com

Makam-Makam Nabi

Blogger news

Diri Admin

Noorhisham Hamzah
Emel afraima@yahoo.com
FB facebook.com/skbangi

Blogger templates

Jika terdapat sebarang persoalan untuk dijawab, boleh lah di hantar ke afraima@yahoo.com afraima@yahoo.com

Anda yang Datang

Twitter

Link

Terima Kasih Atas Kunjungan Ilmu dikongsi,ganjaran diharap

ShoutMix chat widget

Pelawat

Halaman

Dikuasakan oleh Blogger.

Twitter

Ads 468x60px

About Me

Teman

Archives

Cari Blog Ini

fb komen

Featured Posts

Sabtu, 31 Januari 2009

Encounter Kendali Perasaan Marah

Antara program yang sangat terkesan pada saya di PERSADA ialah Encounter. Saya terang dulu apa itu PERSADA, PERSADA ialah ringkasan kepada Pemulihan Rakan Sekelompok Amalan Daya Juang Abadi. Ianya sebuah pusat serenti pemulihan penagih dadah sukarela. Letaknya di Sungai Besi kawasan Kuala Lumpur.

Penagih yang ingin berhenti dari penagihan, tetapi tidak berdaya berhenti kerana faktor persekitaran, mereka akan serah diri untuk dipulih, AADK akan hantar mereka ke sini selama setahun. Penagih yang ada disini adalah ingin berhenti secara sukarela. Ada yang datang sendiri dan ada yang di saran oleh ahli keluarga. sambung

Hilangnya Nikmat Kentut

Seorang wartawan lelaki telah di tugaskan membuat liputan dan siasatan mengenai aktiviti kelab gay di Bukit Bintang. Dia di kehendaki menyamar sebagai gay. Wartawan itu dengan senang hati menggayakan pakaian dan cara seorang gay. Setelah seminggu mempelajari tingkahlaku dan gaya seorang gay, akhirnya pada malam minggu itu wartawan itu masuk ke kelab gay tersebut.

Wartawan itu dipasang dengan microphone n camera bersaiz kecil bagi merakam segala aksi dan aktiviti di kelab gay tersebut. Setelah masuk wartawan itu terus menuju ke bar utama dan memesan segelas bir. Dia hanya duduk sambil memerhatikan gelagat-gelagat gay di kelab tersebut. Ada yang menari dan ada yang duduk sambil berpeluk-pelukan sesama lelaki. Wartawan itu merasa geli geleman melihat tingkahlaku mereka.

"Hai...sorang ke bro", tiba-tiba wartawan itu di sapa.baca lagi

Encounter Kendali Perasaan Marah

Antara program yang sangat terkesan pada saya di PERSADA ialah Encounter. Saya terang dulu apa itu PERSADA, PERSADA ialah ringkasan kepada Pemulihan Rakan Sekelompok Amalan Daya Juang Abadi. Ianya sebuah pusat serenti pemulihan penagih dadah sukarela. Letaknya di Sungai Besi kawasan Kuala Lumpur.

Penagih yang ingin berhenti dari penagihan, tetapi tidak berdaya berhenti kerana faktor persekitaran, mereka akan serah diri untuk dipulih, AADK akan hantar mereka ke sini selama setahun. Penagih yang ada disini adalah ingin berhenti secara sukarela. Ada yang datang sendiri dan ada yang di saran oleh ahli keluarga.

Namanya pusat serenti sukarela, mungkin anda terbayang ianya bebas dan longgar, oh tak begitu kawan, sungguhpun sukarela, ianya padat dengan program. Mereka bangun jam 5 .30 pagi dan tidur jam 11.00 malam. Salah satu program ialah Encounter. Pada hari tertentu bekas penagih ini akan duduk dalam satu bulatan besar. di atas kerusi sekitar 20 orang. Seorang pemimpin kelompok ini akan menjadi ketua atau fasi.

Tujuan

Program ini adalah program melepaskan geram, marah dan dendam antara sesama mereka. Sebelum hari tersebut, jika ada penghuni pusat serenti ini, (merekadipanggil ahli keluarga ) akan menulis nama orang yang dia nak marah pada satu buku tertentu. Orang lain tak boleh baca. Kemarahan ini tidak boleh dilepaskan ketika ia sedang marah, hanya hari ini sahaja mereka boleh marah dan meluahkan segala-galanya. Hebat tak penagih?

Caranya

Fasi akan mengatur ahli keluarga yang tersangatnya nak marah agar duduk setentang dengan ahli keluarga yang ingin dimarah dan sumpah seranah itu. Setelah semua bersedia, fasi akan menerangkan peraturan, tidak boleh kata-kata terlalu kesat, hanya mulut sahaja, tiada tindakan fizikal. Maka program pun dimulakan, ahli keluarga yang selama ini sarat dendam akan meluahkan perasaan mereka dengan suara yang kuat sambil menunjuk dengan jari orang yang dimaksudkan, engkau tu dah la bodoh, sombong, datang sini kau nak apa hah? Tak payah egolah, aku pun macam kau, penagih jugak, kau ingat kau baik sangat ke, bla bla, dengan urat semerih keluar di leher dan berpeluh-peluh. Kemarahan akan diluahkan sehabis-habisnya. Ketika ini, orang yang dimarah terpaksa berdiam tanpa sepatah kata pun. Ia hanya mendengar sahaja. Sedang rakan yang lain memerhatikan mereka berdua ini. Yang satu dikutuk dan satu mengutuk. Saya terfikir, kalau guru-guru dimarah macam ni depan orang ramai, hai....sanggup ke tidaknya?

Manfaatnya

Program ini bertujuan menukar sikap penagih dadah yang sebelum ini mereka ;

1. Tak pernah terima teguran dan nasihat orang lain, tak peduli pun cakap mak bapak, adik-beradik dan siapa pun yang berlawan dengan idealisme mereka. Hari ini mereka mendengar dengan teliti setiap teguran dan marah tersebut, serta memerhatikan dirinya, oh aku dah tersilap tak hormat dia, memang betul aku bersalah.

2. Bersabar menahan marah. Penagih biasanya akan melampiaskan kemarahan mereka tanpa berfikir panjang. Di sini, mereka terpaksa menahan marahnya, hingga hari yang dibolehkan. Akhirnya penagih berjaya mengawal emosi mereka.

3. Meluahkan perasaan, biasanya penagih tidak meluahkan perasaannya, mereka pendam dan pendam, yang mana akhirnya meletup. Di sini mereka di ajar bercakap kuat, katakan TIDAAAK!!, belajar bercakap yang SALAH itu tetap SALAH. yang mana selama ini mereka hanya terima saja ajakan kawan mereka walaupun itu tak baik.

4. Orang yang kena marah terpaksa menahan amarahnya, ia belajar sabar dan sabar, mendengar kemarahan orang yang sedang meluap-luap. Akhirnya ia akan mengaku salah dirinya dan jika ia memang tak bersalah ia akan bela diri dan menerima kata-kata orang lain walau tak betul hakikatnya, kerana itu adalah pandangan orang lain.Nak buat macam mana kan?

Begitulah seterusnya, habis sorang, sorang lagi, habis sorang, sorang lagi. Ops sebelum masuk kepada orang yang kedua, fasi akan bertanya kepada yang kena marah betul ke apa yang dikatakan tadi? Ya...kalau ya, dia kena mengaku salahnya walau dengan berat hati, ... akhir sekali fasi meminta orang yang kena marah agar berubah sikap.

Program Jelajah AADK Ampang

Puan Anis sedang memberikan ceramah.
LEMBAH JAYA.31 Jan 2009. AADK Ampang mengadakan program Jelajah ke seluruh jajahan takluknya dalam memberikan kesedaran kepada orang ramai peri pentingnya maklumant tentang dadah.
Antara pengisian program ialah berupa "games" kepada anak-anak, kuiz dan bermacam permainan lain. Seorang wakil SPADA Khairunnisa, 31, turut memberikan ceramah yang bertajuk peranan Ibu Bapa dalam Pencegahan Penyalahgunaan Dadah.

Program yang berlangsung di dewan JKKK Lembah Jaya ini dihadiri oleh masyarakat kawasan sekitar.
Jumaat, 30 Januari 2009

Terimalah taubatku

Ilahi Lastu Lil Firdausi, Ahlan wala Aqwa 'Alan Naaril Jahim..Fahabli taubatan waghfir Zunuubii, Fa innaka Ghafiru Zanbil 'Aziemi.

Tuhanku, dengan amalku yang sedikit dan umurku yang singkat ini, aku Tak layak, masuk syurgaMU, melainkan dengan rahmat dan kasih sayang-Mu, amun tidak pula aku sanggup menghadapi api neraka-Mu. Ampunkanlah dosa-dosaku yang tinggi melangit, dan terima lah taubatku, sesungguhnya, Engkau lah Tuhan yang Maha Pengampun Lagi Maha Pengasihani.

Kami disini, tiada lagi keluarga, ibu ayah dan adik abang, tiada siapa lagi yang sanggup menerimaku, sebiji nasi pun ibu kami tak sanggup berikan, Justeru Ya Allah, hanya padaMu tempat kami mengadu, andai daku mati di sini, dalam keadaan berlumuran dosa, nescaya termasuklah daku orang yang sangat rugi dunia dan akhirat.

Terimalah taubatku

Ilahi Lastu Lil Firdausi, Ahlan wala Aqwa 'Alan Naaril Jahim..Fahabli taubatan waghfir Zunuubii, Fa innaka Ghafiru Zanbil 'Aziemi.

Tuhanku, dengan amalku yang sedikit dan umurku yang singkat ini, aku Tak layak, masuk syurgaMU, namun tidak pula aku sanggup menghadapi api neraka-Mu. Ampunkanlah dosa-dosaku yang tinggi melangit, dan terima lah taubatku, sesungguhnya, Engkau lah Tuhan yang Maha Pengampun Lagi Maha Pengasihani.

4 Tanda-tanda Manusia Celaka

Menurut sebuah kitab, dan hal ini di pelajari kembali ketika saya menuntut ILMU di Aceh dahulu, Ada 4 tanda-tanda manusia yang berada didalam kecelakaan.

1. Lupa dosa-dosanya yang lalu, padahal ianya di sisi Allah terjaga
2. Mengingati dan menyebut-nyebut akan kebaikan dirinya, padahal ianya belum tentu diterima Allah atau ditolak.
3. Melihat orang yang berada di atasnya, dari aspek dunia.
4. Dan melihat orang yang berada di bawahnya, dari aspek agama

Berkata Tuhan, Aku inginkan dirinya, tetapi tiadapun akan dia berkehendak pada Ku.

Rabu, 28 Januari 2009

Tiga Tingkat Manusia

Dalam beramal, terdapat tiga tingkat manusia. Di mana anda sekarang?

1. Al-Ibad
2. Al-Muridin
3.Al-Arifin

Ibad, beribadat seperti solat, puasa dan lain-lain demi mendapatkan pahala, menjauhkan dari segala larangan supaya dapat Syurga, dan ia juga memohon agar diselamatkan Tuhan melalui ibadat tadi dari bermacam mala petaka dunia dan akhirat.

Muridin, Beramal dengan tujuan supaya dekat atau sampai kepada Allah. Orang seperti ini beramal dengan maksud terbuka hijab yang menutupi hati mereka.Dan tiadalah amal mereka itu dengan niat seperti golongan yang pertama tadi.

Manakala Arifin, tiada maksud seperti di atas, dirinya hanyut dengan cinta kepada Tuhannya, suka kepada banyaknya beramal, dan tiada pula kesusahan baginya.

Nabi sendiri pernah bersabda, (Al-mautu raahatul lilmukmin) kematian adalah rehat bagi orang-orang mukmin, orang yang capet beribadah kepada Tuhannya, menghambakan diri sepenuh jiwa raganya semasa hidup, kematian adalah satu bonus dan kerehatan abadi bagi dirinya.

Sebaliknya pula, manusia tingkat ahli dunia, setelah berpenat di dunia dengan pelbagai urusan, akhirnya kematian adalah penambahan dari kesusahan di dunia, Anda pilih, mana mahumu. Jalan masih panjang, ruang dan peluang untuk mengubah nasib masih terbuka luas. Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasih seseorang manusia, sehingga dia sendiri yang bangun untuk mengubah nasib dirinya. BERJUANGLAH.

Dalam Rela Ada Paksaan

HARI ini adalah hari pertama saya dan sahabat, melaporkan diri secara rasmi sebagai pelajar praktikum di PERSADA, Sungai Besi. Majlis waktu pagi dimulai dengan perhimpunan, kemudian morning meeting. Kami diminta memperkenalkan diri.

Esok, En.Hayazi, Ketua Kaunselor akan memberikan 3 kes seorang untuk kami kendalikan. Pagi setelah perhimpunan, menyanyikan Lagu Negaraku dan Lagu PERSADA, kami kembali ke pejabat, memasuki Morning Meeting buat kali pertama, Timbalan Komandan, Encik Azizi memberi laluan kepada saya dan Wan Mohd Anuar WMA memperkenalkan diri.

Majlis kemudian bersurai. Kami ke Meeting Family, melihat dan mempelajari teknik meeting bersama ahli keluarga. 1 Jam lebih kami di sini.

Bersama saya, ada mahasiswa S1 daru USIM, 3 dari UMT Terengganu.

Program Terapi Agama pula kepada penghuni baru yang baru datang bulan ke bawah. Pak guru sedang menyampaikan bersuci menggunakan air, jenis-jenis air. Kami perhatikan gelagat penghuni dari belakang. Besok sambung lagi sesi pembelajaran kami.
Selasa, 27 Januari 2009

Selamat Hari PerSahabatan Sedunia

Kebetulan sambutan Tahun Baru, semua kedai Top Up yang biasa saya kunjungi bercuti, kredit dalam Enpon pula dah habis, waktu di Ho Chi Minh kena telan RM13.00 dek gatal ops kerana nak menjawab panggilan. Habis melayan percuma RM13.00, orang salah nombor pulak tu.

Malam ni ramai kawan yang ngirim sms mengucapkan Selamat Hari Sahabat. Mana yang belum saya reply, terimalah, ucapan Hari Sahabat. Sesungguhnya kita diminta mencari seramai mungkin sahabat, walau sejuta, kerna sejuta belum banyak, dan jauhi lah musuh, walau hanya satu, kerna satu (orang musuh) sudah terlalu banyak (bagimu).

Ada manusia di Padang Mahsyar besok duduk keseorangan, lalu Malaikat datang dan menegurnya, kenapa engkau masih di sini, jawabnya, aku tak punya kawan yang bisa menolongku.

Terlupa

Salam, bermula bulan ini dari 28 hb ini hingga 9 April saya berulang-alik ke Pusat Serenti PERSADA, Sungai Besi. Masuk dan keluar macam hari kerja, bahkan kemungkinan hari Sabtu dan Ahad terpaksa berada di sana. Ini berikutan ada sesi yang tidak dapat dijalankan pada hari biasa, dan harus ditunda ke hari berikutnya.

Ada permintaan untuk saya naik mimbar, lama jugak tak berada disitu, tapi terlupa, apabila masuk sesi praktikum, hari Jumaat pun saya masih berada di Sungai Besi, lainlah kalau dapat cuti.

Namun saya berusaha untuk menyiapkan satu teks khutbah Jumaat menyangkut peranan masyarakat sivil dalam memerangi dadah di peringkat kampung. Juga peranan PEMIMPIN Masyarakat, saya sedar selama ini mereka (pemimpin) tak tahu nak buat apa dengan masalah ini.

Bila kami berikan garis panduan tempoh hari kepada sebilangan peserta pemimpin masyarakat dari Ampang Jaya, baru mereka terbuka dan nampak. Ada jalannya, ada peranan mereka dan solusinya.

Bermacamnya di negara orang

JUAL spek, di luar hotel kami ramai orang berniaga datang, jual topi. mancis, baju, kraftangan dan lain-lain lagi. Mulanya USD 8.00 untuk satu. Akhirnya dia tawar USD5.oo, masih ku tak endah, dan akhirnya USD5.00 untuk 2 buah.
MENUJU ke penempatan muslim di Vietnam. Saya dibelakang berbaju JPS hitam.
MEMBONCENG.Saya sempat merasakan bagaimana menaiki motosikal dalam kesemrautan di Vietnam ini, khususnya di Ho Chi MInh City.
DI atas bot pelancung Vietnam. Sebelah kanan pemilik blog alynxz
KENANGAN TERAKHIR bersama geng SPADA. Kami sekarang berpecah ke tempat masing-masing. Tiada lagi pertemuan kecuali majlis penutupan. ADUHAI...alangkah singkatnya HIDUP. Sebelah kanan saya, masih orang yang sama. Jadi orang kanan
INGIN PULANG. Ke manapun kita pergi, kita akhirnya pasti akan pulang. Adakah anda tidak mahu pulang? Wa tazaw waduu, fainna khairaz zaadit taqwa. Bersama Khairunnisa di Airport Ho Chi Minh.

VIJAYA.Susah nak dapatkan gambar ViIjaya dan Amutha dalam fail ini. soalnya (sebabnya) fail dari kamera mereka belum saya dapatkan.
KAPAL PORTUGIS, dan bermacam lagi dijual antara USD28-USD 55.00, bergantung saiznya. Ada kedai disini yang menerima urusan jual beli dengan 3 mata wang, USD, RM dan Dong. Kalau anda ingin ke sana, tukarlah dulu RM ke USD, sampai sana tukar lagi dengan USD ke Dong.Jauh lebih banyak untungnya. Klik foto untuk besarkan
TINGGALAN SEJARAH. Kereta kebal milik tentera Amerika yang diitinggalkan semasa perang dengan Vietnam. Amerika pulang dengan kekalahan. Kalah jugak rupanya dia.

Syeikh Abdul KAdir Al-Jailani

Maka bersabarlah, tentanglah hawa nafsumu, dan berpegang teguhlah pada perintah-perintah-Nya. Redhalah atas takdir Yang Maha Kuasa, dan berharaplah akan redha dan kurnia-Nya. Sungguh Allah sendiri telah berfirman: "Hanya orang-orang yang bersabarlah yang akan menerima ganjaran mereka tanpa batas." (QS. Az Zumar : 10) Kutipan dari KItab Futuhul Ghaib
Sabtu, 24 Januari 2009

Putar-putar Hidup

Pagi tak ada apa sangat yang lebih penting selain menunai kewajipan, kemudian baca buku Malam Pertama di Syurga, dah boring keluar beli surat khabar dan ronda-ronda sekitar Sri Putra, saya bertanya pada tukang yang sedang memasang batu-batu di pintu masuk S.K Sri Putra, tengok pada keadaan, sempatkah siap bulan 6 ini? Sempat jawabnya.

Dadah dalam coli, wanita Malaysia ditahan

MELBOURNE - Seorang wanita Malaysia berumur 20 tahun ditahan kelmarin selepas dia cuba menyeludup 400 gram heroin dalam coli di sebuah lapangan terbang di sini.

Pegawai-pegawai Jabatan Kastam menyatakan mereka mengesyaki wanita itu membawa dadah ketika dia tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Melbourne.

Ketika ditahan, wanita itu baru tiba dari Bangkok, Thailand.

Seorang pegawai wanita yang melakukan pemeriksaan badan wanita itu mendapati ada sesuatu yang tidak kena di sekitar coli wanita itu.

Mengikut satu kenyataan jabatan itu, pegawai tersebut kemudian menemui satu pakej serbuk putih.

Wanita itu yang sedang ditahan reman akan dihadapkan ke sebuah mahkamah di sini pada 17 April depan.

Dia berdepan dengan hukuman 25 tahun penjara dan kemungkinan denda sebanyak AS$356,000 (RM1.28 juta).

Sementara itu, wakil Konsulat Malaysia di Bandar Adelaide, Australia, Hassan Salleh ketika dihubungi malam tadi memberitahu, pihaknya sudah dimaklumkan berhubung penahanan wanita itu oleh pihak keselamatan di Sydney, kelmarin.

Menurut beliau, setakat ini belum ada maklumat terperinci mengenai wanita itu.

Koleksi Yang Terpilih Antara Yang Terbaik

DALAM KESERABUTAN. Ada Senyuman
Puan Lenny and Husband
Pedati, Kereta Kuda, Kat Malaysia tak jumpa nak merasa benda ni
Jamuan Halwa di sebuah pulau, Sg.Mekong
Rumah Ibadah Semua Agama (Viet Nam)
Cantiknya

DITAKUTI.Polis Trafik Vietnam, Tak ada la gemuk
KAWAN. Hanya kawan yang boleh membantu kita
CANTIK. Sebuah lanskap di kota Vietnam yang berpenduduk 4 juta orang
TOLONG. Berikan mereka air bagi menghilang kehausan
KENANGAN INDAH.Bersama rakan SPADA
Ratu SPADA 2008

Kapal POrtugis dijual dalam USD 28-55

Katak dari Kelapa
BUATAN SENDIRI. SENJATA ini dibuat sendiri oleh tentera Vietnam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...