Welcome

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Etiam pharetra, tellus sit amet congue vulputate, nisi erat iaculis nibh, vitae feugiat sapien ante eget mauris.

Follow us


Ask a question

Name

Email

Question

Submit

Link Blog

Senarai Blog Saya

Senarai Blog

Sample text


Emel : afraima@yahoo.com..febook : facebook.com/skbangi
.Facebook : facebook.com/skbangi



Blogger

Blogger
Noorhisham Hamzah Sarjana Sosial Islam, Kaunselor SK Bangi, Ijazah Sarjana Muda Indonesia, Ijazah Lanjutan, Drug Abuse, USIM, Emel afraima@yahoo.com

Makam-Makam Nabi

Blogger news

Diri Admin

Noorhisham Hamzah
Emel afraima@yahoo.com
FB facebook.com/skbangi

Blogger templates

Jika terdapat sebarang persoalan untuk dijawab, boleh lah di hantar ke afraima@yahoo.com afraima@yahoo.com

Anda yang Datang

Twitter

Link

Terima Kasih Atas Kunjungan Ilmu dikongsi,ganjaran diharap

ShoutMix chat widget

Pelawat

Halaman

Dikuasakan oleh Blogger.

Twitter

Ads 468x60px

About Me

Teman

Archives

Cari Blog Ini

fb komen

Featured Posts

Tetamu tak di undang

Bukankah hidup ini akan terus didatangi pelbagai problema dan permasalahan? Ya, Masalah, kata guruku, tetamu yang tak di undang. siapa pun, asal manusia, akan menempuh pelbagai cobaan, dugaan dan ujian yang tak akan habis kunjung padam, tanpa batasan usia, bangsa, agama, status dan nilai harta seseorang.


Bahkan Nabi-nabi adalah orang yang paling hebat menerima ujian. Apalagi manusia biasa, tetap jua menerima cobaan. Datangnya tanpa diduga. sayangnya kehidupan sang artis, mereka tetap tidak terlepas dari cobaan ini.

Kesusahan yang mereka alami, didunia, akan berpanjangan di akhirat sebabkan oleh dosa-dosa sebagai artis, membuka aurat, berpelukan dengan suami dan isteri orang lain, ini bukan ramalan, tetapi Janji Tuhan. Dan Tuhan tidak pernah mengengkari janjiNya.

No PUK

Untuk member yang nak hubungi saya via HP, ada sedikit masalah, telefon saya tak keluar angka 4, saya cuba restart, dia nak nombor password, udah tu, tekan-tekan, kena blog pasal nombor 4 tak keluar. So, cam ne ya nak nak dapatkan semula, sedang nombor PUK ada kad asal pun ntah dimana.

Rasanya pernah call celcom hari tu dapatkan nombor PUK, entaha apa nombornya?
Isnin, 28 September 2009

Ambillah Kesempatan

Makin Jauh Anda Berjalan, Makin Dekat pada Titik Penghujungnya.

Roda perjalanan hidup kita semakin lama semakin menuju ke titik garis akhir. Usia kita bukan semakin panjang, sebaliknya semakin pendek. Ketika kita sakit, itu adalah antara tanda-tanda kita semakin dekat dengan garisan penamat.

Sepatutnya, kita semakin tekun beribadah. Namun apa yang terjadi, sebagai manusia, makin sakit, makin susah nak beribadah, bahkan ramai pula yang meninggal amalan ibadah, apalagi sembahyang 5 waktu.

Jadi, supaya kematian kita tidak mengundang penyesalan yang maha panjang, gunakanlah masa yang ada ini untuk beribadah. Ada masa, ada peluang, dirikanlah sholat sunat, jangan malas-malas. Kerana kesempatan yang ada hari tidak ada terulang lagi buat selamanya. Nak tutup aurat, sedekah, derma, tegur anak buat maksiat dan sebagainya, sekarang lah, nanti anda meninggal, ruh anda akan menderita kerana melihat anak tidak menutup aurat, tidak sembahyang, sedang kesempatan untuk menegur sudah habis. Anda akan meronta-ronta di alam ruh.Inilah yang dikatakan siksaan kubur.

Sabda Nabi, rebutlah 5 sebelum datangnya yang 5.

"Sihat mu sebelum sakitmu
Lapang mu sebelum sibukmu
muda mu sebelum tuamu
kayamu sebelum miskin mu
hidupmu sebelum matimu
"


Ahad, 27 September 2009

Janji Allah

Sesungguhnya kamu datang dari tanah, dan akan kembali kepada tanah

Kaum muslimin dan kerabat terdekat diberi peluang menatap wajahnya terakhir kali

27 September 2009. Pak Lah, itulah nama gelaran yang cukup terkenal dikalangan masyarakat Bangi lama, khususnya di Masjid Bangi dan Surau Batu 6. Semalam adalah hari terakhir beliau bernafas dimuka bumi ini, jam 2.30 petang bertempat di HUKM tingkat satu, jasadnya menghembuskan nafas yang terakhir.
Pelawat sentiasa ada
Kaum muslimin dan kerabat terdekat diberi peluang menatap wajahnya terakhir kali

Penulis sempat menziarahinya ketika beliau terlantar di Hospital bulan Ramadhan baru-baru ini. Di akhir pertemuan, beliau meminta tolong doakan saya selepas sembahyang, supaya dapat ke surau menunai sholat berjamaah lagi.
Pelawat terdiri dari sanak-saudara dan warga Taman Bangi Indah menziarahinya Mayat dibawa ke Masjid Karyah Bangi selepas Asar, para jamaah sempat membacakan tahlil sebelum disholat mayat sementara menunggu ketibaan Tuan Guru dari Lenggeng bagi mengimamkan sholat jenazah ke atas beliau. Beliau yang juga Imam, Bilal dan Makmun di masjid dan surau, adalah mantan Tentera di Tanah Melayu. Jenazah beliau disemadikan dengan aman di Tanah Perkuburan Bangi Lama, selepas sholat Isya' pada hari yang sama.

Sesungguhnya janji Allah, tiada yang kekal di atas kehidupan ini, melainkan Dia jua. semuanya akan kembali mengadapNya dalam keadaan bagaimana sekalipun hidup didunia ini. Artis, ulama, profesional mahupun yang miskin melarat, tetap akan menemui kematian. Al-FATIHAH
Sabtu, 26 September 2009

Seruan Memakai Tudung



"Wahai Nabi, (Muhammad), katakanlah kepada isteri-isterimu, dan anak-anak perempuan kamu dan kepada seluruh kaum muslimin, supaya mereka melabuhkan tudung mereka hingga menutupi dadanya, demikian itu lebih mudah untuk mereka di kenali, dan tidak akan diganggu (oleh pemuda yang suka menggangu)" Surah AnNur Ayat 31.

Tuan-tuan sekalian, kita sekarang berada di penghujung tahun 2009. Guru Kaunseling dan Ustaz Ustazah sekolah rendah patut teliti tulisan saya ini. Ketika anak-anak kita menginjak ke sekolah menengah, mereka sudah kehilangan orang seperti anda, yang boleh menegur dan memberikan bimbingan. Guru sekolah menengah adalah orang lain. Belum tentu sama dengan kita. Kalau lebih bagus, syukurlah, tetapi kalau sebaliknya?

Ketika mereka sudah pun berada di alam sekolah menengah, waktu pulang dari sekolah, petang-petang kita terlihat dan melihat, ramainya antara mereka yang tidak memahami dan tidak mengerti hukum wajib memakai tudung kepala. Saat itu kita hanya memandang dan berkata di dalam hati, kenapalah budak ini tidak disuruh ibu nya memakai tudung, walhal dia ke pasar malam, ke kedai dan ke mana bersama ibunya, sedang ibunya memakai tudung. Kenapa ini terjadi?

Didikan Dari Orang Tua

Ya, yang pertama didikan dari orang tua sendiri, Syabas yang memakaikan tudung pada anak perempuan seusia 2 tahun. Orang tua seperti ini, adalah orang yang tahu hukum-hakam. Namun bagaimana pula keadaannya jika orang tua mereka jahil?



Peranan guru di sekolah


Nah, sekarang peluang guru-guru yang berada di sekolah memindahkan ilmu hukum ini kepada anak-anak didik mereka. Katakan kepada mereka bahwa melepaskan rambut (tidak bertudung bagi yang dah cukup umur) adalah berdosa. Di akhirat tuhan akan menggantungkan buah dada mereka didalam neraka dengan besi seperti mata kail yang dibuat dari api neraka. Apakah kamu sanggup menghadapi siksaan sebegini dahsyat ? Biarlah mak kamu tidak bertudung, tetapi kamu belajarlah perlahan-lahan untuk mempraktikkan ajaran Islam ini. Ajaran ini menyelamatkan kamu di dunia (gangguan) dan akhirat (siksa).

Ambilah peluang ini semasa perhimpunan pagi dan waktu relief di dalam kelas. Kelak setiap patah ucapan anda, akan menjadi pahala buat anda di dalam kubur. Bukankah tuhan menyatakan melalui lidah NabiNya, 3 perkara yang berguna bagi manusia setelah dia meninggal dunia, "Ilmu yang dimanfaatkan oleh orang lain". Mengajar sepatah ayat tentang kewajipan bertudung adalah salah satu saham abadi buat kita. Takkan dalam ratusan pelajar itu, tidak ada seorang pun yang mahu turut pengajaran kita ini?


Bercakap hal tudung ini, terjumpa pula komen pasal orang pakai tudung? Aik....dari fahaman mana pulak nih? Semaklah Al-Quran, buka lah surah An-Nur, zoom pada ayat 31. Ish, Ish, manusia, kalau jauh dari hidayah....beginilah jadinya.

www.noorhisham.com


Masalah Dalam Bertudung

Ada yang mengatakan bahawa tidak bertudung itu adalah prinsip hidup I. Tak kan I nak korbankan prinsip hidup I. Alamak....Dia jadikan maksiat itu prinsip hidup? Nanya kawan kita ni, dia tak sedar yangbertudung itu adalah Suruhan Tuhan, bukannya arahan kerajaan atau idea cikgu di sekolah. So, kawan seperti ini, kita kena sedarkan dia bahawa bertudung adalah ajaran agama ke atas orang yang dah akil baligh, akil maknanya sudah pandai berfikir, baligh maknanya cukup umur.

Haha, kalau tak cukup umur lagi...tak payah lah pakai tudung ye, sebab tak berdosa kang...betul tak? Balasan orang yang melawan perintah Allah adalah siksaan api, kalau tak percaya, sila kan mencuba....kata orang, belum cuba, belum tau.
Jumaat, 25 September 2009

Koleksi Buku Terbaru

Jaafar Rawas, Toko Buku Agama Terbesar di Kelantan

Sudah menjadi lokasi wajib persinggahan saya sewaktu pulang ke kampung, satu-satunya kedai buku yang paling luas di Malaysia, kedai Jaafar Rawas. Lokasinya di tengah-tengah bandar Kota Bharu tepatnya di Jalan Dato Pati. Semua peminat buku dan ulat-ulat buku seharusnya tidak tertinggal untuk singgah di sini. Banyak buku dari Pustaka Nasional, Singapura ada di sini, dan buku-buku karya Tasauf yang jarang kita temui di tempat lain, malah Kuala Lumpur sekalipun.

Ada lagi yang menambah istimewa kedai ini ialah kerana buku-buku ini banyak dari terbitan Pustaka Aman Press. Kota Bharu. Cuba perhatikan buku-buku yang baru saya beli ini, ada tak di toko buku Jalan TAR, (Tun Abdul Razak) dan Masjid India. Buku di Kelantan terdapat dalam dwitulisan, yakni jawi dan rumi. Untungnya lagi, buku tulisan jawi lebih murah ketimbang tulisan rumi, yang mana isinya adalah sama.

Berita Ghaib dan Alam Akhirat
Ahli Neraka dan Kesengsaraannya
Intisari Karya Tasauf, Pustaka Aman Press (PAP)
Ingat Akan Maut, Pustaka Aman Press Sdn Bhd.
Majalah Pengasuh, Keluaran Majlis Agama Islam Kelantan,
pengisian seputar masalah kontemporari, tasauf, ulama tanah Melayu dan Pathani. Anda boleh langgan Majalah ini hanya Rm3.00 satu. Saya mula membelinya ketika harganya masih Rm1.80

Tafsir Juz Amma. Hanya Rm4.00

Buku ini tidak menjadi kontrovesi, tetapi isinya menjadi bualan dikalangan peminat tasauf serata dunia. Ana Al-Haq. Akulah Tuhan.

Serba ringkas berkenaan kajian Tasauf, Alih bahasa oleh Abdul Majid bin Haji Khotib

Jumlah kesemua buku-buku ini hanya RM33.00 sahaja tanpa diskaun. Kalau dengan penjual biasa, mereka dah kenal muka saya, memang selalu dapat diskaun, tapi kini sudah lama tidak ke sini lantaran bertapa di Bangi. Tak dapatlah diskaun, lagi pun masa dulu tu status masih pelajar sekolah.

Catatan Syawal 2009

Bersama mak saudara dan sepupu-sepapatUmi Syaza, dan Mak saudara bergambar dengan Afiq
Ramai-ramai ke rumah Pok Cik Saiba Yaakob di Pasir Tumbuh

Jarang-jarang benar kita dapat berkumpul ramai-ramai. Jika tidak kerana hari raya, rasanya payah nak dapatkan situasi sebegini. Walaupun belum ada kamera SLR, saya menyenap gambar yang nampak lucu dan agak menarik, cukuplah dulu dengan Sony Ericson.

Terima Kasih tuhan atas kurniaan Hari Raya kepada kami hamba-Mu. Bertuah menjadi Umat Islam, bersyukur atas kurniaan nikmat Iman dan Islam. Tanpa Islam dan Iman, masakan kami dapat rasa Kebesaran-Mu Tuhan.

Berhati-hati jika anda melalui Maran

"Kemalangan di Maran"

Dalam perjalanan ke sini tadi, (dari Kuantan ke Kuala Lumpur) kebetulan kejadian mencemaskan berlaku di depan mata, sebuah kereta hilang kawalan, lalu membaham pembahagi jalan, kemudian terbalik beberapa kali, 2 orang berbangsa Cina keluar melalui tingkap.Saya cuma bantu hubungi polis dan hospital, kemudian meneruskan perjalanan. Saya turut terkejut dan memutar-mutar stering ke kanan-kiri entah tidak tahu harus ke mana kerana ingin mengelak kereta yang sedang terguling-guling itu melibas vannete saya.

Secara tiba-tiba semua kenderaan memperlahan kan kenderaan masing-masing. Seorang lelaki menaiki motosikal (singgah sekejap) mengatakan, jalan ini memang selalu terjadi macam ni, dari Simeboard tu, setiap minggu saya pulang, ada sahaja yang berlaku di kawasan ini.

Pemandu sempat keluar
Entah apa yang ada, mungkin angin kuat yang secara tiba-tiba atau pemandunya mengantuk, kerana member yang disebelahnya memang tertidur. Jadi, pada yang sering melalui kawasan ini, antara hentian rehat Maran, tingkatkan keberhati-hatian anda. Malang itu kadang-kadang berbau juga.

1 Syawal di Pulau Melaka

Dari kiri, Masjid Pulau Melaka, rumah MB, rumah Ust. Nik Adli dan bekas tapak pondok
Dari kiri, rumah Ust. Nik Adli, bekas tapak pondok (bangunan tak siap), bangunan sekolah Arab

Pada tahun 2004, saya dan rakan-rakan pernah posing antara 2 buah pondok besar yang terletak di atas bekas tapak pondok itu, disinilah saya dari 1999 hingga 2006. depan pondok ada sebuah bilik air besar, pokok kelapa dan tempat jemuran. Turun pondok terus ke masjid. Tiap hari kami menadah kuliah subuh dari Tuan Guru.

Masjid Pulau Melaka dari depan pondok setelah belaku pengubah suaian. Asalnya setingkat.

Namun kini semua tinggal kenangan, apabila pondok kebanggaan kami runtuh oleh angin masa. Kami anak-anak pondok memanggil Tuan guru dengan gelaran "Ayah Zid". Manakala adik beliau, Ustaz Nik Razi, kami panggil Ayah Zi.

Orang ramai berpusu-pusu ingin menyalami dengan Tuan Guru. Namun tak semua dapat bersalam.Body Guard, hehe, orang-orang kampung ni jugaklah, tolong bagi tau hadirin, dah-dah, tok guru penat, nak naik ke rumah. Ramailah yang tak sempat bersalam. Lepas solat Aidil Fitri, nikmati pula juadah laksa kuah lemak. Syawal 2008

Orang Islam mana boleh masuk Syurga

Tergaman dan terkejut juga jamaah surau, apabila kuliah subuh pagi itu mengatakan orang Islam tidak boleh masuk syurga. Yang sedang hampir terlena pun ikut terkezut, malah merekalah yang lantas mengangkat kepala. Cuba mendengar betul-betul apa yang terdengar tadi.

Ya, manusia ni, kalau setakat jadi orang Islam belum tentu dapat masuk syurga. Kerana tidak ada ayat dalam Al-Quran yang menyebut orang Islam berada di syurga dengan kenikmatan sekian-sekian. Yang ada dalam Al-Quran ialah orang muttaqin. Sebagaimana tercatat dalam surah An-Naba'.

"
Sesungguhnya untuk orang2 muttaqin berada di tempat yang bahagia, beberapa kebun dan batang anggur, dan beberapa anak perawan yang sama umurnya, dan beberapa mangkuk yang penuh berisi, tidak pernah mereka mendengar dalam syurga itu perkataan percuma (sia-sia) dan tidak juga perkataan dusta
" Demikian tercatat dalam tafsir Juzuk Amma.

Upgrade dan Update Diri

Oleh sebab itulah, penceramah mengajak hadirin untuk sama-sama meningkat naik ke taraf Mukmin dan Muttaqin. Kalau setakat orang Islam, belum ada jaminan. Sebab nak jadi Islam tu mudah sangat, hanya mengucap 2 kalimat syahadah, walau jarang-jarang sembahyang. Apakah pegawai kerajaan macam nurse, guru dan kerani macam tu akan masuk syurga? Jangan harap. Sebab keluasan syurga antara langit dan bumi itu hanya untuk orang2 yang bertakwa. Takwa maknanya takut.Orang yang takut menunjukkan reaksi sebagai menifestasi takutnya melalui menunai perintah dan menjauhi laranganNya.

Parking KBTC Curam dan Merbahaya

Pemandangan Pasar Siti Khadijah dari Tingkat 5 KBTC

Berkali-kali tawaf mencari parking lot di Kota Bharu, akhirnya saya mengambil keputusan mahu naik ke atas bangunan baru yang menjadi kebanggaan terkini warga kota (Bandaraya Islam) BRI iaitu KBTC. Sungguh terkejut apabila naik ke atas sini, lebih tinggi dari tempat parking Hotel Goldcourse di Klang.

Waduh tinggi sekali, nak undur mana boleh.Dengan van plak tuh, pesan penjaga tu, tutup aircond, guna gear 1, tekan kuat-kuat, naik laju. Saya taubat tak nak naik lagi. Waduh ngeri..banget..Sebahagian pemandangan dari aras 5 KBTC, sekali naik ke sini, ramai yang mengeluh ketakutan ketinggiannya yang mengundang bahaya. Kalau anda bawa kereta, sewaktu kereta mendongak ke atas, anda tidak nampak jalan lagi.


KBTC Sewaktu dalam pembinaan

Salam Aidil Fitri

Alhamdulillah saya dan keluarga selamat tiba di lokasi destinasi di Kota Bharu setelah melalui hampir 15 jam perjalanan melalui Raub, Bentong, Gua Musang, Kuala Krai hingga akhir. Jalan di Bandar Raub, Bentong dan Kuala Krai adalah lokasi yang menjadikan ribuan kereta tersendat-sendat, tak boleh jalan, hanya merangkak. Laluan sempit satu lorong menyebabkan hampir 20 kilometer kereta membuat deretan panjang di tengah panas dan rimas.

Pulangnya saya melewati Felda Jerangau Kuantan, perjalanan dari lokasi berangkat hingga ke tujuan adalah 734 kilometer. Penat drive panjang, syukur sempat singgah di Cherating dan Bukit Stongkol dalam rangka menziarahi kaum keluarga.
Khamis, 17 September 2009

Pelbagai Pendekatan Dalam Berdakwah

18 sept. 2009. Merujuk surat pembaca Berita Harian hari ini. Orang macam Ustazah Bahyah ni susah nak kita jumpa dalam negara malaysia. Apalagi suami beliau, seorang Ustaz yang cukup popular. Bagi saya pendekatan atau metode Ustaz lebih slow, tenang dan mengajak batin manusia untuk merenungi setiap patah kalimah-kalimah yang beliau keluarkan.

Namun lain pula pendekatan isterinya, namun kedua-duanya, sama-sama berceramah dan mengajak manusia kepada Allah.

Bab over ini, Nabi sendiri pernah menyentuh, janganlah kamu berkasar dengan manusia, nanti mereka akan lari darimu" Berkasar tu overlah. Over jugak boleh ternampak dalam bentuk pergerakan tubuh yang melampau, seperti berjoget, cuit-mencuit didepan khalayak "walaupun itu halal pada hukumnya", lainlah kalau kita memang asal artis. Dikira tak mengapalah kalau nak berjoget sikit-sikit. itupun belum pernah dibuat orang.

Saya cukup terpegun dengan gaya AA Gym,(Abdullah Gymnastiar), pemilik Syarikat Manajeman Qalbu, menyampaikan ceramah dan khutbah. Pernah saya mendengarnya secara langsung di Masjid Agung Baiturahman, Banda Aceh. Gaya tasauf, zuhud, dan kalimat yang keluar di mulutnya adalah datang dari qalbunya. Amat terasa. Lain pula orang yang berceramah bukan dari qalbu, tapi dari fikiran yang nampak balasan dari ceramahnya. Saya juga pernah mendengar syarahan Ustaz Ibrahim Libya. Memang intonasi suara beliau yang baik pernah saya dengar.

Apapun, jika anda seorang penceramah, banyak2lah membaca buku penceramah hebat dulu-dulu, kalau di Malaysia, pada saya tak banyak, namun lain pula di Indonesia, Ya lah rakyatnya pun 250 juta. Kita perlu belajar Intonasi, Frekuensi dan gaya persembahan yang baik dan boleh diterima orang, jangan sampai di anggap melebih-lebih, apalagi kalau kita berbicara bab agama. Rasa malu (haya') dan takut (khauf) perlu ada malah terpampang pada gaya. itulah manusia yang mengajak manusia kepada Tuhan. Anda pernah membaca gaya Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani berceramah...?? Hemmm. Hebat..Sesekali suara kita perlu perlahan, dan sesekali perlu bersemangat. Jangan datar macam khatib di Masjid-masjid berkhutbah, sambil menundukkan pandangan. Maka tidak hairanlah, jika hampir semua makmun pun ikut menunduk pandangannya.

Apapun sekali lagi, terserah anda menilainya, kerana anda memang berhak untuk menilai seseorang dan seorang sahabat adalah cermin kepada sahabat yang lain.

Maha Suci Allah ; Bayi Tanpa Kepala

KUNDUZ (Afghanistan): Seorang wanita Afghanistan melahirkan bayi kembar siam yang bercantum di bahagian dada dengan seorang daripadanya tanpa kepala.

Seorang daripada bayi terbabit berada dalam keadaan sihat tetapi badan, kaki dan tangan kembarnya melekat padanya.

Doktor di Hospital Kunduz, Homayoun Khamoosh, berkata kembar tanpa kepala itu hidup selama beberapa hari selepas dilahirkan Khamis lalu.

“Dia bergerak seketika, tetapi kini meninggal dunia,” katanya semalam.
Menurut Dr Homayoun, ia adalah kes pertama dikendalikan di wilayah Kundus.

Untuk menyelamatkan bayi yang lengkap sifatnya itu, katanya, pembedahan memisahkan pasangan kembar terbabit mesti dijalankan segera.

“Ia perlu dilakukan sebelum tubuh kembar yang meninggal dunia itu mula mereput,” katanya.

Ibu bayi terbabit adalah seorang wanita berusia 35 tahun dan sebelum ini melahirkan empat anak. Bagaimanapun, wanita terbabit enggan membenarkan wajahnya dirakam jurugambar atau memberikan namanya untuk pengenalan identiti. - AFP

Sumbangan Berterusan Datang Lagi

Sekali lagi, sejambak penghargaan dikalungkan kepada Usrah Saleha Group atas inisiatif pensyarah dan kakitangan KUIS yang budiman, di atas penyempurnaan penyampaian sumbangan amal buat anak-anak (pelajar) miskin di SK Bangi. Semoga yang memberi derma ini dipanjangkan umurnya dalam keredhaan Allah Taala.

Terima kasih juga kepada Dato Adnan (Dato Rektor KUIS) dan Ustaz Khairi (Tim.Rektor Akademik) yang telah sudi hadir untuk menyampaikan hadiah tersebut. Tidaklah dapat dihitung pahala orang yang berbuat kebaikan dibulan Ramadhan ini oleh manusia seperti kita.

Semoga amal yang telah dilakukan ini mendapat keredhaan dari Nya. Link usrah Saleha. Group usrah ini dipimpin oleh Nagibah Ustazah Saleha.
Selasa, 15 September 2009

Bahan Masukan 14-16 Sep 2009

16 September 2009. Salam Ramadhan,ianya hampir pergi, hari ini saya baru pulang dari Dynasty Hotel, Kuala Lumpur. Malam tadi saya sempat ikuti taklimat yang disampaikan oleh En.Abdul Rahim, Pegawai Kaunseling di Kementerian Pelajaran Malaysia. Dalam taklimat kepada pegawai kaunseling negeri tersebut, beliau menyentuh beberapa perkara ;

Akan dilantik JU negeri dan daerah (tambahan) dalam masa terdekat, tindakan Pegawai HEM Negeri dan PPD.Keperluan adanya Ju (juru latih utama) adalah untuk menguruskan pelaksanaan e-pelaporan yang mana sebelum ini telah diputuskan akan pelaksanaannya.

1. Semua data sesi bimbingan dan kaunseling dari semua sekolah rendah dan menengah hendaklah terkumpul pada atau sebelum "31 Oktober 2009". Tindakan, semua guru bimbingan dan kaunseling. Sila hantar menggunakan borang L4 sebagaimana yang terdapat dalam website ini.

2. Pada 05 hingga 06 Oktober, satu perjumpaan dengan JU yang baru dilantik akan diadakan di MITC, Melaka.Objektif adalah untuk menerangkan kepada JU cara-cara penghantaran terkini . Cara terkini ialah menggunakan laman web http://L4kpm.net. JU kena faham betul2 cara ini supaya dapat menerangkan semula apabila pulang ke daerah nanti.

3. Guru kaunseling dari pelbagai opsyen, yang telah naik pangkat ke GPK, akan di buang dari senarai guru bimbingan dan kaunseling sepenuh masa. Harap dapat memaklum siapa yang telah berpindah ke Jabatan, Maktab lain, dinaik pangkat, dan sebagainya.

4. Seramai 306 orang guru bimbingan dan kaunseling masih diperlukan di seluruh Malaysia. Jumlah ini belum di tolak dengan jumlah kaunselor yang akan bersara, dinaik pangkat.

Lain-lain hal.
  1. Belanjawan untuk Kementerian Pelajaran pada bajet tahun hadapan akan berkurang 30% dari jumlah yang diterima sekarang.
  2. Sila lawati "http://l4kpm.net" untuk melihat format terbaru sistem penghantaran borang L4. Sistem ini akan beroperasi sepenuhnya melibatkan sekolah rendah dan menengah. Tarikh akhir penghantaran bagi tahun 2009 adalah 31 Oktober 2009.
Sdr Hisham sedang menyampaikan taklimat awal berhubung cara-cara penghantaran laporan kepada Pegawai Kaunseling negeri.

Muttaqin : Menyemak Diri

Menurut Ustaz Maftuh Ahnan, ada 8 jenis manusia ini. Semua manusia akan tergolong dalam yang 8 ini. Mari kita semak, masih dimana kita dan mahu ke mana selepas ini? Adapun 8 ciri-ciri berikut ialah :

1. Mu'min
2. Muslim
3.Muttaqin
4.Fasiq
5. Musyriq
6.Munafiq
7.Kafir
8.Murtad

Sembari kedatangan Ramadhan, ia mengajak kita (mukmin, in sya Allah) menuju ke maqam Muttaqin, nah, sekarang tinggal beberapa puluh jam saja lagi Ramadhan akan berakhir. Dig-dag, dig dap... hati risau, apakah sudah kita dimasukkan ke dalam golongan muttaqin? Kalau iya, apa tanda-tandanya, dan kalau belum, apa yang harus kita lakukan? Berjalan ke sana? Oh ..tak boleh, kita harus bahkan wajib mengejarnya "Muttaqin".

1. Menurut Ustaz Maftuh, ciri-ciri "Muttaqin" itu ialah percaya akan wujudnya alam ghaib. Adanya tuhan, jin, malaikat, adanya syurga dan neraka, dosa dan pahala walaupun semua itu tidak nampak pada mata kasar.

2. Percaya pada isi kandungan Al-Quran, artinya bukan sekadar mempercayainya sahaja, bahkan mengambil suri tauladan, mahu mengikutinya. Masya Allah, ramai anak perempuan hari ini tidak mahu menutup auratnya.

3. Mendirikan sholat 5 waktu dengan baik.

4. Mahu mengeluarkan sebahagian rezki kurniaan Tuhan padanya dijalan yang diridhoi Allah Taala.

5. Beriman dengan seyakin-yakinnya akan kedatangan kiamat. Hidup ini akan berakhir dengan kematian dan bermula dengan kehidupan yang baru.

6. Suka memaafkan kesalahan orang lain.

7. Suka menahan marah.Kecuali hal-hal yang melihat kemungkaran yang dikerjakan oleh orang lain.

8. Sentiasa meminta ampun dengan tuhan akan kesalahannya yang lalu walau sekecil apapun.

9. Suka pada masjid, beriktikaf didalamnya.

Demikian senarai semak ciri-ciri muttaqin. Mari sahabat sekalian, kita menuju ke tingkat ""Muttaqin" sebeum
nyawa di ambil dari badan kita.

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA EN HALIM

TARIKH
15 September 2009 (Selasa)
TEMPAT
Restoran Bugis, Ampang
PESERTA
En Abd Halim Mohd Hussin
Mohd Hafiz
Mohd Basiran
Tuan Loh
Mohd Rodzi
Muhamad Khusairi
Ahmad Nasrudin
Maznita
Zunita
Hazlinda Nur
Wong
Ann Farhana
Norfadhilah


Resolusi gambar tak sesuai....En Halim.....Ahmad Nasrudin

Ann, Loh, Dila

Hafiz dan Basiran



Tak sudah-sudah makan...orang lain dah lama berhenti makan...hehe


Salah resolusi lagi...hehe...











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...