Welcome

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Etiam pharetra, tellus sit amet congue vulputate, nisi erat iaculis nibh, vitae feugiat sapien ante eget mauris.

Follow us


Ask a question

Name

Email

Question

Submit

Link Blog

Senarai Blog Saya

Senarai Blog

Sample text


Emel : afraima@yahoo.com..febook : facebook.com/skbangi
.Facebook : facebook.com/skbangi



Blogger

Blogger
Noorhisham Hamzah Sarjana Sosial Islam, Kaunselor SK Bangi, Ijazah Sarjana Muda Indonesia, Ijazah Lanjutan, Drug Abuse, USIM, Emel afraima@yahoo.com

Makam-Makam Nabi

Blogger news

Diri Admin

Noorhisham Hamzah
Emel afraima@yahoo.com
FB facebook.com/skbangi

Blogger templates

Jika terdapat sebarang persoalan untuk dijawab, boleh lah di hantar ke afraima@yahoo.com afraima@yahoo.com

Anda yang Datang

Twitter

Link

Terima Kasih Atas Kunjungan Ilmu dikongsi,ganjaran diharap

ShoutMix chat widget

Pelawat

Halaman

Dikuasakan oleh Blogger.

Twitter

Ads 468x60px

About Me

Teman

Cari Blog Ini

fb komen

Featured Posts

Selasa, 23 Februari 2010

Kenali Penagih Dadah


Jika Pelajar muslimah dari sekolah arab mempunyai style sendiri, cara berjalan, berpakaian dan berkomunikasi dengan orang lain, begitu juga dengan penagih, mereka ada gaya hidup sendiri.

Kadang dibuat dan kadang terjadi dengan sendiri setelah sekian lama menagih dadah.


Keadaan kaki penagih...sangat kotor

Awas...Anak-2 menggunakan gam UHU untuk menghidu bagi mendapat kesan khayal..

Hari Antidadah Kebangsaan





19 Februari, adalah hari Ulangtahun Hari Antidadah, (HADA) kali ini HADA di adakan di USIM, penulis sempat menghadirkan diri untuk melihat dari dekat perkembangan semasa berhubung dunia dadah.



Ketika bersembang dengan pegawai2 AADK, penulis dapat maklumat, terdapat salah satu Pusat Serenti di Malaysia, yang sepatutnya hanya memuatkan 250-300 penghuni, tetapi yang ada sekarang ialah 320 orang.



Dalam pada itu, penulis sempat bersembang dengan Haji Qudri, pegawai Pemadam Negeri Sembilan, katanya sekarang ini ada pula “pil babi”. Kalau dulu kita dengar pil kuda, kini pil itu pula yang timbul. Kegunaannya untuk diberikan kepada wanita, jika mereka menelannya, khabar sampai bila-bila pun taka akan hamil.



Rasanya Mahu Menangis...


Darjah 6 belum boleh membaca ? Ya itulah yang terdapat pada segelintir anak-anak zaman ini. Disaat zaman memasuki era kemodenan, di saat seluruh kampung di perbandarkan, rupanya masih ada anak bangsa ku yang terlalu jauh ketinggalan.

Kalau dulu zaman belajar di sekolah atap, mungkin masih boleh diterima alasan tidak boleh membaca, sebab mak ayah dia orang pun tidak tahu membaca, alat buku tulis bukan mencukupi, jauh dari lengkap.

Namun hal ini tidak sepatutnya terjadi, apabila anak-anak darjah satu membaca "F.O" fo, TO,, to, Fota..., Aduh....ejanya lain, bacanya lain. Kok begitu anak-anak, mana ibu bapa mu... Apakah mereka tidak membantu mu di rumah untuk mengenal abjad A, B dan C, kok teganya dia membiarkan kamu terus-terusan begini.



Apa nasibmu apakala dewasa nanti. Kalau darjah 5 dan 6, tahap penguasaan macam anak tadika? Salah Siapa ? Guru yang mengajar bukannya tidak bersekolah, bahkan lulusan universiti. Ijazah dan diploma. Namun, kamu masih juga begitu.

Rasanya cikgu-cikgu kami dulu bukannya keluar dari Universiti, tapi hari-hari mengajar kami dengan rotan dan pembaris, kami boleh membaca, padahal mak ayah di rumah bukannya tengok buku kami, langsung tak pernah tengok, kecuali markah ujian penggal, itu pun kerana kita yang beriya-iya nak tunjukkan dari jauh. Walaupun markah merah bercampur biru tetap ada.

Aduh, apalah nasib bangsaku, dizaman menginjak era global, anak-anak ku masih tertinggal.
Ahad, 21 Februari 2010

Curahan Kasih


Tuan Bahrin Sabar memberikan ceramah Curahan Kasih di SK Dato Shah Bandar kepada ibu bapa selama 5 jam.

Penulis sempat mengikuti program Curahan Kasih selama 5 jam yang dikendalikan oleh En.Bahrin Sabar, Pegawai Pencegahan Dadah Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan bersama En.Salim dari unit yang sama.

Ibu dan bapa disajikan dengan ceramah keibubapaan, sementara anak-anak bersama En.Salim, akhirnya, di peringkat penutup, mereka dipertemukan kembali.

Banyak kisah yang disajikan oleh En.Bahrain untuk memantapkan lagi peranan sebagai ibu dan bapa.

Sekitar Program di Desaria


Jalan 24, Biasa sibuk hari minggu, apatah lagi tiap petang, ramai betul peronda dari luar negara


En.Mus, pemain Badminton wakil Desaria , yang akan ke Peringkat Antarabangsa..jika berpeluang la...


En.Razak.....tekun menilik helaian risalah yang di edarkan

Kehadiran amat ramai...Sambutan memang menggalakkan

Hampir nak penuh jugak khemah ni, sebab yang lain duduk bawah bumbung penulis mengambil gambar

Fuh...kalau macam ni selalu...memang aktif warga Desaria
Isnin, 15 Februari 2010

Sarip Noor dalam kenangan


Mungkin ramai yang sempat mengenali Allahyarham Sarip bin Noor, beliau merupakan seorang pelakon, dalam filem Gila-gila Pengantin, beliau adalah pelakon utama. Saya mengenali beliau ketika menetap sementara di Selayang Pandang, rumahnya keluarga angkat sebelum ke Aceh 1998.

Ketika ke maqam ahli syurga, (anak keluarga angkat yang meninggal ketika masih kecil dalam keadaan cacat), saya sempat singgah di maqam arwah Sarip Noor.

Penulis berada di maqam Sarip Noor, Selayang

Hidup ini sementara cuma, atas dunia bagaikan pentas lakonan yang cukup besar. Setiap orang sedang berlakon. Dan entah kapan....lakonan ini akan berakhir. Al-Fatihah untuk arwah Sarip Noor.
Penulis bersama dengan anak Arwah Sarip Noor baru-baru ini.

Coretan ke Maqam Ahli Syurga pernah penulis titipkan di sini
Ahad, 14 Februari 2010

Dunia akhir zaman

Tempoh hidup kita di dunia semakin singkat, usia bumi ini juga semakin mendekati titik akhirnya. Ini semua ditandai dengan pelbagai kemaksiatan dan bala bencana yang muncul saban hari. Satu perbuatan dan kejadian yang dulunya kita tidak pernah terfikir, namun sekarang ia ada di depan kita.

Kalau dahulu zaman Nabi Isa, semua bayi lelaki di bunuh, kemudian pada zaman Nabi Muhammad, rata-rata bayi perempuan yang dibunuh, kini, zaman kita, adalah zaman titik terkulmulasi (terkumpul) akan segala segala kejahatan lampau.

Inilah tanda-tanda akhir zaman. Bapa tidur bersama anak perempuan dewasa sekatil. Gejala Zina semakin subur. Membiaknya kelahiran anak luar nikah.

Mau salahkan siapa? Anak itu sendiri? Sebenarnya kepala dan naib kepala rumahtangga yang perlu dipersalahkan. sebab anak-anak ini datang dari mereka. Anak-anak adalah fotostat dari ibu bapa mereka. Cerminan sikap ibu dan bapa.

Rata-rata keluarga yang bermasalah, adalah manusia yang hidup berani meminggirkan suruhan agama. Sembahyang tak tahu bila. Padahal dia sedar jiran-jirannya satu demi satu telah pergi. Oooo..itu sebab tua katanya. Jadi...kamu tunggu tua baru mau sembahyang? ooo.jika betul usia kita berjaya menginjak tua, masa itu ibadah mungkin tak sempat lagi... kita mungkin sering ulang-alik hospital, atau klinik.


Marilah...kita contohi jam di dinding. Sejak ruh (bateri) dimasukkan ke dalam tubuhnya, tidak pernah berhenti berdetik, tidak pernah culas walau sesaat, padahal hidupnya tiada djanjikan kebahgiaan di negeri akhirat. Bahkan pada saat itu, dia pun entah ke mana.

Dia akan terus berdetik, tanpa mengira adakah ada orang yang melihatnya atau tidak...Demikianlah hidup jam, akan terus taat dengan tugasnya sampailah akhir hayat nya. Bahkan ketika nyawanya sakaratul maut, (low...) dia masih lagi menggerak-gerakkan kakinya (jarum) walaupun dalam keadaan mengesot....
Sabtu, 13 Februari 2010

Geng Kompang ke Putrajaya

aJika beberapa undangan sebelum ini ialah ke Daerah Bangi dan Pajam Negeri Sembilan, kini kumpulan kompang dengan bangganya berada di Putrajaya. Atas undangan orang ramai, Ustazah Lasminah sebagai pengarah tetap kumpulan ini tetap menerima selagi tidak mengganggu hari persekolahan.


2

Bagi anda yang ingin mengadakan acara kenduri perkahwinan, bolehlah diserikan lagi majlis tersebut dengan paluan kompang anak-anak Bangi ini.
Khamis, 11 Februari 2010

Menelon Mentol Lampu

Jika didalam blog Bro Mazidul memaparkan kisah seorang rakyat Malaysia menelan pisau cukur. Saya ingin paparkan kisah manusia menelan mentol lampu. Haha.

Cerita ini saya dapatkan dari bekas penagih dadah. Dia menagih zaman 70-an, masa tu dadah memang kaw giler katanya. Dadah yang paling menyengat adalah heroin, memang tak boleh lawan dadah lain. Dadah sekarang ni ntah apa-apa rasanya, buat sendiri dalam makmal, kemudian dicampur ubat nyamuk, bahan kimia, itu ini, akhirnya penagih menjadi gila.

Kenapa Makan Lampu

Ketika kena tangkap di masukkan dalam lokap, dadah dalam tubuhnya dah habis, jadi withdrawal symptom datang balik, masa tu sakitnya minta ampun. Tiada yang lain yang dia nak kan kecuali dadah untuk mengubati sakitnya. Tengok tu, dadah ni mula-mula nak seronok, lama kelamaan dia bukan bahan seronok, tetapi untuk menghilangkan kesakitan.

Gara-gara terlalu sakit, dia ambil selipar dan lempar ke lampu di siling, supaya lampu itu jatuh ke lantai. Kemudian bila dah jatuh, kaca itu digigit dan dimamahnya, untuk apa? Supaya dia dapat ke hospital untuk mendapatkan pil killer. Ya dia nak ubat tahan sakit sebenarnya. Sakit pasal dadah dah habis dalam tubuh. Orang panggil gian. Biasa tengok tak?

Itulah kisahnya...semoga anda boleh bercerita pada rakan anda esok.
Rabu, 10 Februari 2010

Pusat Rawatan Dadah Tradisional



Saya ditanya oleh kawan tentang pusat pemulihan yang bercirikan pondok. Ni dia saya masukkan gambar tempatnya, tok guru disini mendapat ilmu dari Cheherong, Thailand. Kata anaknya, penagih biasanya dibawa oleh keluarga sendiri atau pihak polis. Sampai di sini, memang lah mereka tidak mahu tinggal bersama dengan penagih dalam satu asrama. Namun anehnya, apabila ayah haji (pemilik tempat ini) memberi air minum yang dibacakan ayat-ayat tertentu, penagih tersebut terus serah diri sampai akhirnya dia mahu pulang.

Sewaktu saya ke sini, ada seorang dari Terengganu, pekerja Petronas, bergaji besar jugaklah, tetapi terjatuh dalam lubang penagihan, dia disini hampir 2 tahun, pada hari tu, dia dah nak balik, dah pulih kata anak Ayah Haji.

Saya sempat berkata, hati-hatilah balik nih, jalan salah pilih jalan lagi. Bagi tuan-tuan yang ingin mencuba hantar keluarga ke sini dengan teknik ala pondok, ada pengajian kitab dan sebagainya, boleh menghubungi Tuan Haji Zin bin Bakar, 09-7197507.

Pusat rawatan ini mendapat pengiktirafan oleh AADK.

KPJ



Latar Belakang KPJ

Kelab Pencegahan Jenayah ialah kelab yang ditubuhkan di semua sekolah rendah dan sekolah menengah kerajaan merujuk kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 5/2006, Kementerian Pelajaran Malaysia.



Matlamat Penubuhan KPJ

1. Membangkitkan kesedaran dan kepekaan murid-murid terhadap kemungkinan wujudnya gejala antisosial di sekeliling mereka.

2. Mewujudkan kerjasama yang erat di antara pihak sekolah dan pihak polis dalam usaha mencegah perbuatan jenayah sama ada di dalam atau di luar sekolah.

3. Membentuk komuniti murid yang mempunyai kesedaran tinggi terhadap aspek pencegahan jenayah dan mempunyai kefahaman tentang penguatkuasaan undang-undang dalam konteks mewujudkan masyarakat yang harmoni dan aman.



Moto KPJ

“Mencegah lebih baik daripada Memerangi”



Objektif KPJ


1. Melahirkan kesedaran dan rasa tanggungjawab dalam pencegahan jenayah.

2. Menanamkan nilai-nilai moral yang tinggi di kalangan murid.

3. Menimbulkan kesedaran bahawa pencegahan adalah lebih baik daripada memerangi jenayah.

4. Menyediakan garis panduan tentang cara-cara pencegahan dan menjalankan aktiviti yang bersesuaian.

5. Melahirkan murid-murid yang bertanggungjawab dalam hal menangani jenayah demi agama, bangsa dan negara.


Selasa, 9 Februari 2010

Prog.Pendidikan Pencegahan Penyalahgunaan Dadah

Sedari awal lagi, anak-anak kita perlu mendapat pendidikan tentang bahaya menyalahgunakan dadah. Ramai orang dewasa tidak mengerti betapa perlunya anak-anak mereka didedahkan dengan bahayanya.

Saya sendiri pernah beberapa kali melamar diri untuk memberi ceramah percuma berkaitan hal ini, namun tidak mendapat reaksi yang sepatutnya. Saya katakan saya ada Lap Top dan projektor, saya ada Diploma lagi pengkhususan bab Drug Abuse. Untuk kawasan ini memang free, sebab dekat dengan rumah sendiri, sebagai dakwah penyebaran ilmu kepada anak-anak bangsa. Tidak mengapalah kalau anak-anak muda tidak ramai, memang mereka tak berapa suka dengan surau. Tetapi kita sebagai parent, perlu tahu sebabnya ia berlaku dan jika telah terkena batang hidung sendiri, ada jalannya untuk membantu mereka ini.

Baru-baru ini, setelah Ustazah Lasminah dari Bukit Mahkota memberi laluan kepada saya untuk berultimatun di Surau (kini Masjid) Ar-Raudhah, baru kedengaran selepas itu suara-suara dari jamaah AJK surau yang melihat perlu juga program ini untuk remaja.

Baru tahu? Baru tahu ke yang ianya perlu. Setelah saya mengusung lap top dan projektor, menayang gambar anak-anak muda yang hanyut...oooo baru faham rupanya mereka ini. Selama ini dia orang fikir ceramah ini tak perlu mentang-mentang dia dan mak ayah nya dulu-dulu tidak ditakdir menjadi penagih.

Kalian tahu tak? Di pusat serenti sekarang ini penghuni makin penuh. Asrama yang dulu 3 blok kini menjadi 4 blok. Salah seorang yang menghuninya mungkin anak saudara tuan-tuan dan puan-puan.

Kalian tahu tak? Di Vietnam yang rakyatnya 80 juta orang, penagihnya hanya 30 ribu orang. Sedangkan di Malaysia yang rakyatnya 27 juta, tetapi penagihnya 350 ribu orang. Sedangkan yang sudah pulih dari sekian ribu itu berapa orang? Ketahuilah, dengan sekali menjadi penagih, maka selamanya manusia itu akan menjadi penagih.

Apa sebabnya? Antara sebab terbesar ialah sebab mak ayah sendiri. Mereka tak jalankan peranan mereka sebagai ibu bapa yang sepatutnya. Tahunya mereka hanya kahwin dan beranak, mendidik anak dengan agama? Nihil babuje...

Sedangkan, Saidina Umar berkata, kewajipan seorang ayah ialah mencari ibu yang baik kepada anaknya, memberi nama yang baik dan mengajarkan mereka akan isi kandungan Al-Quran. Anda? Ada buat itu semua?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...