Welcome

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Etiam pharetra, tellus sit amet congue vulputate, nisi erat iaculis nibh, vitae feugiat sapien ante eget mauris.

Follow us


Ask a question

Name

Email

Question

Submit

Link Blog

Senarai Blog Saya

Senarai Blog

Sample text


Emel : afraima@yahoo.com..febook : facebook.com/skbangi
.Facebook : facebook.com/skbangi



Blogger

Blogger
Noorhisham Hamzah Sarjana Sosial Islam, Kaunselor SK Bangi, Ijazah Sarjana Muda Indonesia, Ijazah Lanjutan, Drug Abuse, USIM, Emel afraima@yahoo.com

Makam-Makam Nabi

Blogger news

Diri Admin

Noorhisham Hamzah
Emel afraima@yahoo.com
FB facebook.com/skbangi

Blogger templates

Jika terdapat sebarang persoalan untuk dijawab, boleh lah di hantar ke afraima@yahoo.com afraima@yahoo.com

Anda yang Datang

Twitter

Link

Terima Kasih Atas Kunjungan Ilmu dikongsi,ganjaran diharap

ShoutMix chat widget

Pelawat

Halaman

Dikuasakan oleh Blogger.

Twitter

Ads 468x60px

About Me

Teman

Archives

Cari Blog Ini

fb komen

Featured Posts

Isnin, 31 Mei 2010

Menggapai rasa tenang dengan Dzikrullah


Pertama : Dzikrullah sebagai sarana komunikasi untuk mendekatkan diri kepada Allah. "Kerana itu ingatlah kamu kepadaKu, nescaya Aku ingat pula kepadamu. Dan bersyukurlah kepadaKu dan janganlah kamu mengingkari nikmatKu. (QS. Al-Baqarah : 152)

Kedua : Menjadi Golongan yang Unggul Berdasarkan hadits Rasulullah, ternyata golongan yang unggul (al-Mufarridun) adalah mereka
yang banyak melakukan Dzikrullah.

Rasulullah bersabda ; "terlebih dahulu maju al-mufarridun, sahabat bertanya, Siapakah itu ya Rasulullah? Sabda Nabi' Iaitu mereka yang banyak melakukan dzikrullah, lelaki dan wanita"

Ketiga
, Allah menyediakan ampunan dan pahala yang banyak bagi mereka yang banyak melakukan dzikrulah.

Keempat, Dzikrullah membentengi diri dari segala siksa dan bencana

Kelima : Menangguh datangnya kiamat. Sungguh dahsyat dan hebatnya kebesaran Dzikrullah.
Ahad, 30 Mei 2010

Anak Tak Sekolah, Ibu Datang Ambil Bantuan

Kadang-kadang guru merasa agak "sebel" dengan ibu bapa seperti ini.Time bagi bantuan KWAPM (Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin) mereka datang, tapi hari tu jugak, time mak datang ambil wang bantuan, anak darjah 6 tidur di rumah.

Saya memanggil ibu ini ke bilik, TAJUK perbualan ialah mengapa anak tidak mahu ke sekolah. Saya ( S), Ibu Pelajar (IP).

IP : Assalamualaikum cikgu
S : Wa alaikum salam masuklah
IP : Ada apa cikgu....
S : Tak de lah.... Saya nak tanya apahal anak ni ... selalu tak datang sekolah
IP : Entah lah cikgu, memang malas sangat
S : Tak de ke suruh-suruh dia bangun pergi sekolah
IP : ada cikgu....ayah dia pun suruh....tapi kalau dia tak nak sekolah, memang dia tak nak.. kalau kita marah sikit, mulalah dia hempas barang itu ini, tumbuk pintu
S : Bapa dia tak marah ke
IP : Entah lah bapak dia...
S : Ada datang tak bapak dia
IP : Ada..kat bawah tu....tunggu kat bawah
S : Saya kalau boleh naklah jumpa dua-dua, biar mudah tau cerita. Tak de bawak dia pergi jumpa sape2 minta tolong bagi air sikit supaya lembut hatinya.
IP : Ada hari jumpa sorang Ustaz kat Harun Din..
S : Kalau selalu bangun terlambat, kunci lah jam
IP : Dah kunci cikgu....tapi bila bunyi dia tidur balik...

Saya termenung sekejap....kenapa anak jadi tak nak dengar cakap mak ayah ni....

S : Maaflah saya nak tanya sikit...ayah dia sembahyang tak?
IP : ...hmmm.... tak lah cikgu...
S : Kenapa ?
IP : Entah lah...saya pun tak tahu
S : Emmmm...mak nya?
IP : Sssss...ss...saya... sebenarnya nak sembahyang jugak....t..tapi...tak boleh la cikgu
S : Kenapa ?
IP : Entah la.... kalau nak sembahyang, datanglah gangguan macam-macam, (maka) saya pun tak payah2 sembahyang
S : oooo...tak boleh....sembahyang kena jaga kak.....azab nanti kita kalau tak sembahyang..susah dunia dan akhirat, tengok anak akak sekarang....dah buat hal, saya rasa sebab akak dan suami tak sembahyang lah tuhan jadikan anak tak nak dengar kakak
IP : ye ke...
S : ye lah...sebab akak tak nak dengar cakap Tuhan...(suruh sembayang) anak akak pun tak nak dengar cakap akak..

Kesempatan untuk jumpa parent bukannya mudah... Saya langsung beri ayat power...geram jugak....sembahyang tak nak, anak malas sekolah, duit bantuan kerajaan nak pulak... Hmm biarlah dia dengan keluarganya.. Apa boleh buat. Kita tak boleh beri HIDAYAH, cuma bagi ayat-ayat tadi je..Mudah-mudahan mau dia berfikir.
Jumaat, 28 Mei 2010

Pelajar Sekolah : Tanam Bayi

SHAH ALAM: Seorang pelajar perempuan berumur 17 tahun dari sebuah sekolah menengah di sini bersama seorang kakaknya berusia 24 tahun ditahan reman selama empat hari bermula hari ini.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Norkamilah Aziz bagi membolehkan polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 328 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.


Laporan berita semalam berkata polis menahan pelajar itu pada Khamis lalu kerana dipercayai ibu kepada bayi lelaki yang ditemui mati ditanam berhampiran Stesen Komuter Padang Jawa di sini Isnin lalu.


Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Noor Azam Jamaluddin berkata remaja itu ditahan di sekolahnya di sini jam 9 pagi semalam, manakala pasangannya serta dua lagi individu yang dipercayai bersubahat dalam kejadian berkenaan, sedang dikesan.


"Ketika ditahan, pelajar terbabit berada dalam keadaan lemah kerana masih dalam tempoh berpantang," katanya.


Noor Azam berkata, laporan kesihatan mendapati remaja berkenaan tidak menghadapi sebarang komplikasi dan ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di sini untuk siasatan lanjut.-Bernama
Sambungan
Rabu, 26 Mei 2010

Serang ibu, bapa tiri1

KUANTAN: Hanya kerana terganggu dengan bunyi hon kereta bapa tirinya, seorang lelaki naik berang sebelum menyerang lelaki itu serta ibunya sendiri dengan tukul besi, kerusi dan topi keledar dalam satu kejadian amuk di Taman Cenderawasih, Bukit Setongkol, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari itu, lelaki berusia 31 tahun yang juga seorang penagih dadah turut mengugut membunuh kedua-dua orang tuanya itu sehingga memaksa mereka berlindung di rumah seorang jiran.


Pegawai Turus di Jabatan Urusetia, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, Asisten Superintendan Noor Asyikin Shamsuri berkata, bapa tiri suspek berusia 84 tahun, manakala ibunya berusia 57 tahun baru tiba di rumah selepas pulang dari Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).


Menurutnya, ketika tiba di hadapan rumah, kereta milik jiran menghalang laluan kenderaan mereka untuk masuk ke pekarangan rumah.


“Berikutan itu, bapa tiri suspek membunyikan hon berulang kali sebelum pemilik kereta berkenaan mengalihkan keretanya bagi membolehkan bapa tiri suspek masuk ke pekarangan rumah.



“Bagaimanapun ketika mereka keluar dari kereta, suspek keluar dari rumah dalam keadaan marah kerana mendakwa terganggu dengan hon bertalu-talu dibunyikan bapa tirinya itu,” katanya, semalam.


Katanya, suspek mula bertindak agresif dengan membaling topi keledar ke arah bapa tirinya, namun mangsa sempat mengelak.




Sambungan

Kenapa Nak Mati Awal

Tubuh badan adalah anugerah Tuhan yang sangat mahal, tidak dapat dinilai dengan harga wang ringgit, dollar dan rupiah. Hidup ini pun sekali sahaja, tiada lagi kehidupan selepas ini, kecuali hidup yang kekal abadi di sana nanti.

Hidup disini pun bukan lama, sorang-sorang rakan kita sudah meninggal. Hanya tinggal anda, saya dan beberapa orang lagi. Kata Nabi, kita hidup disini (dunia) ibarat orang yang sedang menaiki sebuah kapal besar, dan singgah sebentar di pulau dunia. Kemudian kapal akan membunyikan horn nya, sedang ketika itu ada yang sudah naik kapal dan ada yang masih asyik membeli-belah.

Tuan-puan, ada sebahagian antara kita, berusaha secara perlahan-lahan untuk membunuh diri. Secara tak sedar, rokok, merupakan pembunuh dalam senyap. Tak kesian ke anda meninggal dunia muda, sedang anak-anak masih kecil, menagih kasih sayang dari seorang manusia yang bernama bapa.

Anak Tak Sekolah

Dalam istilah arab, kalau lebih 3 maknanya ramailah. 3 dah boleh dipanggil jamak. Dalam ribuan murid sekolah, ada beberapa orang yang selalu tidak hadir sekolah.

Antara masalah yang dapat dikesan ialah :

1. Bapa seorang penagih, pengurusan anak tidak ada yang urus.
2. Bapa menyalahkan isteri, sebab tidak bangunkan anak, bahkan isteri tidur sama
3. Bangun lambat. Di tinggal bas/van

Sebagai guru kaunseling sekolah, menjadi tugas saya membuat lawatan ke rumah, mengorek rahsia apa masalah sebenar hingga anak sering tidak ke sekolah.

Jawapan bapa : Seperti nombor 2. Isteri saya ada penyakit, kalau tidur tak bangun, pagi-pagi saya keluar kerja, anak tidak dibangunnya. Dia pun sama turut tidur. Tak pe lah cikgu, terima kasih datang, nanti saya adjust lah macam mana.

Saya cukup kesal terhadap bapa sebegini sebagai umat Islam, malu pada Cina Pekan Bangi, jam 6 pagi sudah bangun. Ini orang Melayu, jam 7 belum bangun ka. Persoalan yang kadang-kadang terlepas di mulut saya, "tak bangun solat subuh ka?" Ops...dah terlepas....

'Ingatlah.... Assolatu Imaduddin..Solat itu tiang agama. Barangsiapa yang menunaikan solat, bererti dia mendirikan agamanya, barangsiapa meninggalkan solat, bererti dia meruntuhkan agamanya.

Agamanya di sini, bukan bermakna Agama Islam yang runtuh. Tetapi agama..




Tetapi agama..manusia itu sendiri. Sebab dipadang mahsyar kelak, tuhan hanya mahu bicara soal agama, bukankah dalam surah pertama ayat yang 4 berbunyi, Maa liki Yaumiddin....Dialah Yakni Allah, Raja pada hari Agama. Dien...maknanya agama. Barangsiapa ada agama, tunggu dulu, kita akan cek satu persatu, barangsiapa yang tiada agama, go street to the heal... Free Of Charge . Any one want to try it?

Kira-kira begitulah kalau cakap mudahnya. So, bapa sebagai boss dalam rumah tangga, ambillah tanggungjawab, ambillah risiko. Anak-anak wajib ke sekolah untuk belajar, kerana ini tuntutan AGAMA dan juga Negara.

Jangan ambil mudah, dah dia tak nak sekolah, biar lah dia...nanti tahu lah dia susah nya bila besar nanti.

Eh..eh bang...itu anak kita, kalau dia besar nanti, satu hari polis datang ke rumah minta datang balai sebab ada kes anak, bukan kah kita juga yang susah?

itu didunia.... akhirat pun begitu. Makanya dalam satu surah, Tuhan menyatakan, Hari akhirat itu adalah hari yang...<Yafirruu mar u min akhihi, wa ummihi wa abihi, wa soo hibatihi wa baniih...> Hari yang lari seseorang dari seseorang yang lain, dari ibunya, abahnya, dari sobat-sobatnya dan dari anak-anaknya..

Apasal lari-lari semua? ... Dikatakan sebab takut dengan kesalahan dan dosa semasa dimukan dunia dahulu.So, ada kaitan tak dengan kulit Malajah Solusi di atas? Kebarangkalian besar memang ada. Sabda Nabi lagi....menjadi tanggungjawab bapa :

1. Mencari isteri yang solehah / baik
2. Memberi nama yang baik pada anaknya
3. mengajarkannya isi kandungan Al-Quran (ilmu)
4. Mengahwinkannya bila sampai masanya..
Selasa, 25 Mei 2010

Tanda Dunia Modern

Drs.Achmad Mubarok dalam bukunya Jiwa,mengupas tentang penyakit-penyakit rohani yang melanda manusia zaman modern. Sebelumnya beliau menerangkan apa yang dikatakan dunia moden.

Menurutnya, petanda zaman modern itu ditandai oleh 2 keadaan. Yang pertama penggunanaan sistem teknologi dalam semua hal dan kedua berkembang biaknya ilmu teknologi.

Antara teknologi yang wujud ialah Telefon Bimbit. Kedatangannya ke dunia akhir zaman membawa banyak kebaikan. Pun ada yang menyalahguna untuk pemuasan nafsu diri sendiri. Anda bayangkan, bagaimana lelaki boleh masuk ke dalam kamar seorang perempuan, lalu tidur berkali-kali, sedang mak bapak perempuan ada dirumah, dan akhirnya perempuan itu hamil?

Bukankah kerana telefon bimbit yang mengantar isyarat line clear...boleh masuk. Ingatlah.. Fa Amma man thogho...wa atsral hayatad dunya....Dan adapun orang yang togho...melebih-lebih, jahil, dan mengikut kehidupan dunia, maka neraka jahim baginya di akhirat kelak.

"Wa amma man khoo fa maqaa ma rabbihi wa nahan nafsa 'anil hawa fain nal jannata hi yal makwa"
Dan adapun orang yang takut kepada maqam (kedudukan) tuhannya, dan menahan nafsu nya dari mengikutinya..(ke arah kejahatan) maka bagi syurga jannah sebagai tempat nya (yang kekal abadi).


justeru takutlah pada Tuhan, apabila kedatangan keinginan untuk berbuat dosa, ingatlah azabnya yang lama dan perit, sedang kesedapan di dunia menikmati dosa hanyalah sementara cuma...

Anak Akan Berkorban Pabila...

Dari beberapa titik-titik kesimpulan kejayaan anak-anak, dapatlah disimpulkan akan beberapa hal. Yang pertama, anak AKAN berkorban untuk ibu bapa, belajar bersungguh-sungguh untuk membalas jasa, setelah mereka menyedari pengorbanan dari orang tuanya untuk dirinya.


Orang tua yang tidak banyak berkorban, ibaratnya hanya membiarkan masa membawa anaknya ke pulau kejayaan, tanpa dayungan, tanpa enjin, hanya mengharap angin yang membawa sampan itu bergerak sendiri tanpa kemudi.

Masa untuk anak-anak tuan berdepan UPSR hanya tinggal 100 hari lebih lagi. Dari pengalaman ibu bapa yang dulu-dulu, yang anak mereka dapat 5 dan 4A, antara beberapa hal yang mereka lakukan adalah :

1. Memperbanyak solat hajat
2. Memperbanyak latihan utk anak2 menjawab soalan-2 lepas
3. Sentiasa berdoa dalam dan luar sembahyang
4. Menasihati anak dan terus memberi motivasi bahawa dia boleh
5. Mengawal TV, Games
6. Menemani anak belajar, mencari masalah bersama, apa yang anak saya tidak faham dan kenapa dia tidak faham. Bukan menghukum anak, kenapa tak faham
7. Bersedekah...

Bersedekah juga dapat membantu kita untuk mencapai cita-cita

Nasib Pelajar di bela Bapa

Satu kisah yang disampaikan oleh En.Bahrin kelmarin di dewan "Bukit Kepong". Satu ketika dulu, ada seorang pelajar sangat nakal. Di dalam kelas punya kurang ajar, waktu guru mengajar, dia masukkan kakinya dalam meja sekolah.

Satu hari dia ditangkap kes menagih ganja. Pihak sekolah dengan bantuan pihak terbabit membuat "urine test". Ternyata terdapat dadah jenis ganja. Pihak kimia hospital turut mengesahkan. Bapa kemudiannya dipanggil ke sekolah.

K : Kaunselor B : Bapa

K : Maaf encik, anak encik kami dapati menagih ganja, ini bukti nya. (jawapan kertas ujian air kencing).
B : Ah...ini semua cikgu boleh buat
En.Bahrin menghulurkan kertas dari pihak ahli kimia
K : Ini pihak kimia turut mengesahkan.
B : Ah....ini semua orang boleh tulis...

Bapanya tak mengaku dan tidak mahu menerima kenyataan. Takpelah... En.Bahrin meminta agar guru lain yang mengajar anak ini dengan sabar, walaupun jauh dalam jiwa ada perasaan tidak redha dengan perbuatannya.

Dimana sekarang budak itu? Dia berada di penjara Kajang... Lihatlah...apabila guru tidak redha. Inilah balasannya kemudian hari.


Sambungan
Isnin, 24 Mei 2010

Ayah saya dah Insaf Cikgu

Selama ini, dia susah nak bercakap, tapi satu hari, kebetulan seorang kawan saya (ustaz Ibrahim )datang dan singgah di bilik saya, saya tarik seorang klien yang amat bermasalah di dalam kelas ke bilik kaunseling.

Ustaz...tolong la sikit bacakan ayat-ayat dan hembus (kat dia), tidur je dalam kelas. Tak tahu apa ni. Kata saya.

Ustaz Ibrahim tengok wajahnya, pandang pakaiannya, baju lusuh, seluar terkoyak di bawah zip, kepala lutut, ....hmmmm fahamlah dia budak ni memang ada masalah. Kemudian dibacanya ayat-ayat dan ditiup pada kepalanya. Budak ni kosong kata beliau. Nampaknya masalah datang dari keluarga dia. Ustaz tolong jumpa ayah dia...shahadah balik..kata Ustaz Ibrahim pada saya.

Sesudah Ustaz keluar, saya duduk dengan secara tak rasmi, nak supaya sesi dapat berjalan tanpa kekok, saya buang gab rasmi, bahasa, awak saya ketepikan, Din...(bukan nama sebenar).. kenapa kau tidur hari-hari dalam kelas, kau kerja ya.. Kisah anak murid saya yang kematian ibunya beberapa tahun yang lalu ini, amat merisaukan pihak sekolah.

Din : Haa..jawabnya.. (baru 12 tahun dah jadi kuli. )
Saya : Kau kerja apa Din.
Din : Basuh kereta, lap kereta.
Saya : Berapa hinggit dia bagi?
Din : RM20.00 sari..
Saya : Kau dan adik kau RM 20.00 ke atau kau sorang dapat $20.00?
Din : Saya sorang lah
Saya : Habis....Duit tu kau letak mana?
Din : Ayah ambil semua.
Saya : Ayah ambik semua? hmmmmm, Ayah kau masih tak sembahyang lagi ke ?
Din : Ayah saya dah insaf cikgu, dulu dia lama tak sembahyang
Saya : Wah...cikgu suka dengar cerita ni Din, macam mana kau tau ayah kau dah insaf
Din : Ye lah...waktu balik sekolah, ayah ajak saya dan adik, jom Mail, jom Din kita pergi surau.
Saya : Kalau gitu....kau ikutlah ayah kau ya Din
Din : Saya tengah ikut la ni....
Saya : Macam mana cerita ayah kau boleh insaf Din
Din : Entah...ada satu Ustaz tu datang.
Saya : Kau masih ingat lagi tak pada mak kau yang dah meninggal tu..pernah tak dia cakap apa-apa yang kau ingat sampai sekarang?
Din : Entah....dah lupa,...abang saya yang besar-besar ingatlah..
Saya : Kau tau tak, mak kau sedih sangat dalam kubur...kalau dia tahu anaknya tak sembahyang. Kau pergi masjid doa apa lepas sembahyang.
Din : Entah....ayah je yang doa
Saya : Kau tak doa, tak minta apa-apa dengan Tuhan?
Din : Saya tak tahu nak minta
Saya : Alah.....kau cakap je dengan bahasa kau Din...sekarang kau nak apa, cuba angkat tangan, ikut Cikgu... Ya Allah Ya Tuhanku...berikan lah kepada ku pandai.... rezki untuk ayahku.....Ha...gitu lah doa, tak nanti tahu bahasa arab baru nak doa.


Murid ini dulu senyap sangat, langsung tak buka mulut, saya geram tadi masa Agama dalam kelas dia tidur. Masa tu Ustazah yang mengajar. Saya masuk dan ke meja nya. Din bangun apa lah kau ni...Orang lain baca Qur'an, kau tidur je.,.. baca! sergah saya, biar lari syaitan-syaitan. kalau tak tahu baca, ikut je apa yang Ustazah sebut tu.

Inilah sekelumit dari anak bangsa kita, oh ya....Ustaz Ibrahim tadi waktu keluar, terdapat genangan air mata yang seakan mau menitis...dia sedar keadaan yang amat parah murid ini. Cuba baca Fatihah Din. Geleng.....

Respon Program Keibubapaan

Seorang murid darjah 6, Fatihah menulis respon berkenaan Program Bengkel yang berlangsung selama seperti berikut :

"Bagi pendapat saya, saya suka andai program ini agar dapat dilaksanakan lagi pada masa-masa akan datang, supaya kita tidak lupa kebesaranNya, harap siapa yang ada masalah dengan ibu bapa, dapat datang...supaya dengar ceramah itu...anda boleh mengubah sikap anda..siapa yang datang mesti best, rugi siapa yang tak datang, Thank You for all teachers, kerana dapat hadirkan diri pada hari tersebut , "
Ahad, 23 Mei 2010

Bengkel Parenting di SK Bangi

Sayang, seribu kali sayang, bengkel parenting yang diadakan semalam tidak dihadiri oleh 50 orang murid (sasaran yang sebenar) dengan pelbagai macam alasan.

Antara alasan yang diberikan ialah :

1. Balik Kampung
2. Jengah saudara sakit
3. Ada kenduri
4. Mak kata tak payah pergi
5. Tiada transport
6. Ayah kerja, mak jaga adik

Walau bagaimanapun, kami tetap berterima kasih kepada 58 orang murid yang hadir dan 51 orang ibu bapa yang sanggup duduk dikerusi plastik selama 5 jam. Antara yang hadir menjawab apabila ditanya, apakah tuan-tuan dan puan-puan merasa rugi hadir ke sini hari ini? Tidaaakkkkk.

Antara 2 Negara; Malaysia dan Vietnam


Curaham Kasih di SK Bangi 23 Mei 2010

Hari ini En.Bahrin bin Sabar, (Setiausaha PEMADAM Negeri Sembilan) datang ke sekolah saya sebagai penceramah parenting. Tahun lepas saya bersama beliau dan rombongan mengikuti lawatan kajian ilmiah di Ho Chi Minh City.

Saya tercari-cari, mana lah gambar yang ada saya dan En.Bahrin, jumpa lah yang atas ni. Tempat ini, merupakan lokasi ditempatkan penagih-penagih dari Vietnam. Rata-rata masih muda, sebab penagih di sana tidak sempat tua, jikalau kena tangkap sampai 3 kali, kami dimaklumkan mereka akan dibunuh dengan sejenis suntikan racun.

Tuan-tuan tahu tak? Berapa ramai jumlah penagih yang mereka rekodkan? Sampai sekarang, ada seramai 30,000 orang, sedang rakyatnya 80 juta. Sebaliknya di negaraku, rakyatnya hanya 27 juta, tetapi penagih yang sudah didaftar ialah 350,000 orang. Hebat bukan?


Kami dibawa menaiki kapal persiaran 3 tingkat pada waktu malam, melalui dataran sungai Mekong.

Tungku Hasyriq berbaju hitam seperti Raja Petra Kamaruddin

Kami juga sempat ke rumah ibadah semua agama (bagi mereka), ingatkan ada tempat orang Islam boleh solat, dalam hati, macam manalah agaknya rupa rumah ibadah bagi semua agama. Rupanya, macam dalam gambar di atas, penuh naga, ular, gambar, patung...Huh....tak jadi solat.

Apa yang menarik di sini saya perhatikan :
1. Udaranya sejuk....
2. Ramai orang berpakaian baju warna putih
3. Tidak ada pegawai kerajaan yang beragama, mesti tiada agama
4. Tidak ada port penagihan
5. Banyaknya motosikal...
6. Kedai makan tak banyak


Suasana di dalam...

Turut serta didalam rombongan ini ialah Ustaz Khairi (USIM)

Antara pengalaman paling seronok, menelusuri sungai Mekong di Pulau Dragon, paling hadapan ialah En.Rafidi, mantan Komandan PS Raub

Membeli-belah di pasar Ben Thanh

Penagih di sini di beri latihan kemahiran

Sambungan
Jumaat, 21 Mei 2010

Ceramah Pendidikan Pencegahan Dadah ; Hafney

Penderitaan Ketika Menagih dan Sesudah Berhenti

Dari bulan Mei, saya menghubungi Tuan Hafney untuk menyampaikan ceramah kepada anak didik saya di Bangi Lama.

Namun hanya hari ini (21 Mei 2010), ianya menjadi kenyataan. Kerana beliau sedang sibuk bergerak dengan satu kaki ke seluruh Malaysia untuk menyampaikan ceramah di pusat2 serenti.

Walaupun kali ini, ceramah beliau terpaksa disampaikan sambil duduk, tidak lagi berdiri dek kerna kakinya kananya dipotong, namun keindahan jalan cerita, ketebalan pengajaran yang sarat dengan hikmah, tidak boleh menipiskan semangat pendengar untuk terus menjadi audien hingga tamatnya program.

Mengawali ceramah, "malam tadi saya bangun jam 4, memikirkan... apakah bahasa yang akan saya gunakan hari ini, kerana audien saya hari ini ialah murid sekolah rendah tahun 5 dan 6. Saya biasa berceramah didepan mahasiswa, pelajar universiti, pensyarah dan Menteri, tetapi dengan budak sekolah, ini baru kali pertama.

Kisah Hidup Hafney sebagai Penagih, Fasa PraPenagihan

Keluarga saya tak lah kaya, miskin pun tidak. Lantaran miskin mak saya terpaksa bekerja di Kuala Lumpur untuk tambah pendapatan. Bermula dari usia 12 tahun, ketika di sekolah rendah, awalnya dirinya tidak belajar macam orang lain, dah mula ponteng, dah pandai berjinak-jinak dengan rokok.

Pengakuannya saya sebenarnya salah pilih kawan. Suka berlagak dan tunjuk aksi yang pelik-pelik, kononnya untuk tarik perhatian. Tanpa saya sedar, diam-diam perangai saya berubah. Hujung darjah enam, saya salah pilih keadaan. Dah pandai beli rokok. Rokoklah telah merubah perangai saya. Bapak ingat saya pergi sekolah. Umur 13 tahun dah pandai pergi berkelah. Tak pergi sekolah.

Tingkatan 1 hujung, saya ikut cakap kawan, hisap rokok. Dengan tak perasan, diam-diam perangai dah berubah. Dulu hormat mak, tak ada duit seringgit (dulu) tak nak pergi. Tak cukup macam tu, saya ugut mak lagi. Inilah disebabkan dadah pada peringkat awal. Mak memang tak tahu untuk apa duit tu, hanya tahu saya nak duit lebih. Kadang-kadang ambil (rampas) duit sekolah adik lagi.

Saya mula sorok duit, curi duit dalam rumah, duit adik. semuanya disebabkan dadah. Dadah memang mula mengubah sikap saya. Ini semua berlaku tanpa saya sedari. Tuntutan dadah menyebab penagih menjadi penjenayah. Bukan dia saja-saja nak jadi jahat, tetapi dadah telah memaksa supaya pada sekian waktu, sekian jam, dadah harus ada dalam tubuh.

Ibu baru menyedari tingkah-laku saya ketika Tingkatan 2 hujung. Itu pun sebab mak dipanggil guru. Itu pun juga mak saya tak percaya. Anak saya baik. Jaga adik kat rumah. Sampai satu masa, saya kena tangkap, sampai mak kena panggil ke balai. Baru mak saya sedar. Tapi dah terlambat.

Sebab itu, saya pesan.... ikutlah pesan ayah, pesan mak.

Masa sekolah dulu, saya pemain sukan... bukan tak reti semua benda, maknanya pandai jugak, tapi saya sendiri pun, boleh hisap dadah. Diam2 saya mula biadap, kurang hajar dengan mak. Balik rumah sepak periuk. Bila perangai saya semakin menjadi-jadi. Mak sanggup sembah saya, minta tolong jangan buat malu mak....saya anak yang biadap berkata...Heiiiii diam lah mak, memekak saja !! terkejut mak saya... Engkau tengking aku...saya ingat lagi. Balik je memekak, saya tak nak balik lagi.

Lepas tu saya tak balik rumah, duduk luar, sampai 3 kali raya. Dengar2 mak ayah saya dah bercerai. Apasal bercerai? Pasal saya, dengar cerita saya pecah rumah, pencuri situ, pencuri sini, setiap kali saya kena tangkap, mak lah yang datang jamin. Setiap kali mak datang jamin, dia harap saya berubah, tetapi setiap kali bebas, setiap kali itulah saya buat lagi.



Pesan Beliau :
1. Tidak ada pemulihan KEKAL dalam penagihan
2. Dadah jenis baru ni, kita dah terlambat kalau baru tahu dia menagih
3. Dadah jenis sekarang, menguasai ilusi manusia sehingga boleh menyepak mak yang tengah sembahyang
4. Satu kes remaja lelaki menangis2, bapak nya pergi pujuk2, tiba2 dia ambil pisau dan tikam bapanya, kemudian menangis lagi.
5.

Sedang edit lagi
Rabu, 19 Mei 2010

DVD Hilang?

Pada 09 Mei 2010, Antara Jam 9.16 hingga 9.19 pagi, saya telah memasukkan DVD Bahan Salinan Integriti ke 5 buah Pigeon Hold sekolah seperti berikut :

1. SK Taam
2. SK Dusun Nanding
3. SK Rinching Hilir
4. SMK Jalan Reko
5. SK B.Tasek Kesuma

Hingga kini, SK TAAM belum jawab sudah sampai atau belum
SK Dusun Nanding tersalah masuk.....sebenarnya alamat ke SK Dusun Tua
SMK Jalan Reko masih belum terima, tidak dapat dipastikan, siapakah yang mengambilnya.

Selasa, 18 Mei 2010

Ceramah Dadah di SK Bangi

Hari : Jumaat
Jam : 8.30-10.30

Penceramah : En.Hafney abd Rahim
Pengerusi Persatuan Bekas Penagih dadah (PENDAMAI) Malaysia

Objektif :
Memberi kesedaran kepada murid bahaya dadah kepada sistem tubuh manusia, fizikal dan juga ruhani

Mendedahkan punca-punca remaja mencuba-cuba, kemudian menagih dan akhirnya menjadi PENAGIH


Hari : Jumaat
Penceramah : En.Hafney abd Rahim
Pengerusi Persatuan Bekas Penagih dadah (PENDAMAI)

Nenek pun Jual Dadah

Seorang member bercerita, seorang sahabatnya mantan penagih tegar, setelah keluar dari pusat, puas cari kerja sana-sini, untuk menyara anak dan isteri, namun semua tempat yang dituju tidak memberikan padanya peluang.

Sijil tak ada, kelulusan apa pun tarak, mau tak mau, ada perut yang harus di isi, ada jiwa yang harus dilindungi dibawah tempat berteduh, walaupun di teratak setinggan cuma.

Akhirnya, dia terpaksa buat kerja yang orang tak buat, tiap bulan pergi ambil dadah di Port Klang dan hantar ke KL, di bawa bersama nya anak dan isteri....

Upahnya.... tak mahal, hanya RM5000 untuk sekali hantar. Penghantarannya pun cuma sekali sebulan.

Apa nak buat, sebab tak ada syarikat yang nak percayakan dia lagi.

Syarikat mesin rumput pun takut dia bawa lari mesin rumput. Syarikat JAGA pun tak berani, takut tak terJAGA, walaupun kerja itu bahaya, terpaksa dilakukan...

Stigma
Masyarakat

Apa sebab? Antaranya sebab penerimaan masyarakat. Sudah ada satu stigma yang berdiri kukuh dalam minda masyarakat, bahawa semua penagih, bekas penagih dan mantan-mantan penagih sememangnya tidak boleh dipercayai 100%.
Isnin, 17 Mei 2010

Pencegahan Dalam Komuniti

Sebelum saya bercerita pasal Pencegahan Dalam Komuniti, saya nak sentuh dasar negara kita yang telah meletakkan target tahun 2012 adalah tahun sekolah (di Malaysia) bebas dadah dan 2015 Tahun Negara Malaysia bebas dadah. Istilah bebas dadah bukanlah bermakna kita tidak mempunyai penagih dadah langsung, cuma ada berapa persennya.

Baiklah saya cuma nak fokus yang kedua tu, Negara Bebas Dadah

Kalau dikira-kira ya pak, tahun 2015 itu tak berapa lama lagi, gelap cerah gelap cerah, menjelmalah 2015. Bercakap pasal dadah dan penagih ni, Sebenarnya, bukan masyarakat saja yang risau pasai dadah, orang AADK sendiri pun naik runsing, berjaya ke idaknya Dasar Dadah Negara.

Mereka duk pulun siang dan malam, duk kejar target tersebut... tapi al-malangnya, banyak sangat sekatan, road block, cobaan, mehnah dan ranjau yang perlu dilalui. Apapun, mereka tak kisah. Mereka yang tak kisah ni tergolong pembenci tegar kepada dadah, kerana telah membunuh ribuan anak bangsa Malaysia. Membunuh jiwa, perasaan, membunuh masa depan. Memutus hubungan dengan keluarga, sahabat, anak, istri, jiran dan memutus hubungan dengan KHALIQ.

Melihat kepada senario perkembangan penagih yang ditangkap saban tahun, nampaknya jumlah mereka bukan semakin susut, bahkan semakin banyak. Tahun lepas sahaja AADK dapat menangkap 15,000 yang terdiri penagih baru dan lama. Itu belum dicampur dengan tangkapan yang dibuat oleh pihak polis Narkotik. Beberapa tahun dulu cuma 12,000 orang yang berjaya ditangkap, kini? lebih 15,000 orang.

Ini belum dicampur dengan fakta dan statement dari WHO, yang mengatakan, jika ada "satu orang penagih" di tempat anda yang di tangkap, sebenarnya ada 3 lagi yang belum di tangkap atau dikesan.

Pencegahan Dalam Komuniti

Di sini, ada peranan masyarakat peringkat bawahan, peringkat komuniti seperti di kampung, taman, desa dan Villa. Mereka sebenarnya ada peranan yang mereka tak sedar, apa yang boleh mereka bantu untuk menangani masalah penagihan ini.

Yang kita boleh buat adalah pencegahan, pencegahan ini maknanya program yang bertujuan mencegah sebelum ia terjadi. kalau dah terjadi, bukan pencegahan lagi namanya, tetapi pemulihan. Itu kerja pihak lain pulak. Itu kerja pihak AADK, badan swasta, pusat pemulihan akhlak, pusat rawatan dadah dan sebagainya.


Sasaran pencegahan
:
1. Keluarga
2. Remaja, sekolah
3. Ibu Bapa sahaja
4. Pekerja-pekerja

Kalau saya berceramah soal pencegahan kepada 4 kelompok di atas, lainlah mauduknya, lainnya isi kandungan untuk ibu bapa dan anak-anak.

1. Kepada anak-anak, kita nak mereka dapat rasa takut, gerun dan taubat tak nak jadi penagih. Tak timbul langsung dalam hati mereka untuk berkawan dengan rakan penagih. Bahkan mereka pula yang membantu rakan-rakan mereka yang telah jatuh.
2. Punca-punca remaja menjadi penagih dan
3. Cara mengelak dari terjerumus ke lembah hina.

Untuk kaum ibu bapa, kita nak sampaikan
1. Simpton-simpton, atau macam mana anak-anak boleh terjerumus.
2. Dari celah mana anak kita boleh tersungkur.
3. Ciri-ciri penagih, macam mana yang dikatakan keluarga berpotensi untuk melahirkan anak bakal penagih.
4. Tips mengelak dari awal.


UNtuk Bos di tempat kerja : KIta nakpekerja mereka dapat bekerja dengan baik. Tidak mengambil dadah seperti sebahagian driver lori, pemandu bas dan sebagainya. Macam mana bos boleh men-deteksi dari awal bahawa pekerjanya sedang menuju ke arah penagihan. Ada tanda-tandanya. Dengan itu, pekerja bawahan boleh diselamatkan dan syarikat atau kilang akan lebih produktif.

Kalau dah tahu semua itu, harap-harapnya ditaman kita, tempat kita kerja dan rumah kita tidak ada lah penagih.

Kerana penagih, jika ada sorang, dia akan bertambah jadi 2, 3 dan seterusnya. Jadi bukanlah, maknanya ceramah dimasjid bertujuan menghukum pendengar, seolah-olah mereka ada potensi untuk jadi penagih, bukan itu, tetapi, tips-tips untuk mengelak.

Sebab dadah sekarang tak mengenal siapa, anak imam, pelakon dan ntah apa. Kalau dah ada ahli keluarga terjebak, alamatnya kita akan menanggung seribu satu kesusahan, macam lah penagih jugak. Penyakit risau, runsing, kebimbangan, ketakutan dan semua penyakit-penyakit jiwa boleh hinggap.. Pangggg!!!! Kalau dah terkena, nak letak mana maruah anda?

Kerjasama USIM dan Badan Masyarakat

Tahun lepas (2008), pihak USIM di bawah program SPADA telah menganjurkan program bengkel pencegahan dalam komuniti terhadap para pemimpin masyarakat di kawasan Ampang Jaya. Dari feedback yang kita perolehi, mereka cukup merasa beruntung kerana mendapat tips yang berguna, dan mereka nampak jalan, apa nak buat di kawasan masing-masing untuk mencegah penagihan.

Saya sendiri menyimpan hasrat untuk mengadakan sekali lagi program seumpama itu di kawasan saya. Tujuannya, untuk membuka minda pemimpin masyakarat, Imam, JKKK, Penghulu, Penggawa dan apa saja status jawatan mereka, supaya lebih terbuka kepada dunia membantu masyarakat setempat dengan tenaga dan kepakaran masing-masing.

Antara program yang boleh dilaksana :
1. Ceramah
2. Bengkel
3. Pameran
4. Tayangan Video
5. Pengakuan Bekas Penagih
Ahad, 16 Mei 2010

Selamat Datang ke Teratak kami


Setelah beberapa kali hasrat ingin ke rumah saya tidak menjadi, kali ini menjadi. Member kuliah si-Indonesia, saya di Aceh dan beliau di Sulawesi Selatan dalam jurusan kedoktoran. Kini dah jadi Doktor di Malaysia, bekerjasama dengan Dr,Mahmud dalam rawatan kes penagihan dadah.

Sering pula bertukar pandangan di arena blog, terbaru bertukar pendapat di Facebook. Entah apalah yang akan ada lagi esok hari.
Sabtu, 15 Mei 2010

Penghargaan dari ADUN Bangi


BANGI, 16 Mei 2010. Adun Bangi YB Shafie Abu Bakar hari ini menghadiri Majlis ringkas penyampaian Anugerah berupa sijil dan sumbangan wang kepada 35 orang bekas murid SK Bangi dan 7 orang SK Yoke Min yang mendapat 5A dalam UPSR tahun 2009.

Majlis ini di adakan di Dewan Bangi Lama. Penulis turut dijemput di akhir sesi untuk memberikan ceramah motivasi 10 minit kepada hadirin, memandang makanan belum sampai.

Manakala YB terus meninggalkan majlis kerana terpaksa menghadiri satu majlis yang lain.

SELAMAT HARI GURU


Sambungan

Peratus Relapse di dalam PeNaGiHan

Dalam penagihan, istilah Relapse membawa makna kembali mengambil semula (dadah). Lapse ialah pusingan, macam kita buat U turn atau mutar balik (di Indonesia), Re pula maknanya sekali lagi.

Semasa saya berada di Pusat Serenti dalam rangka menyiapkan program Diploma Siswazah Penyalahgunaan Dadah, seorang rakan (gambar) di tugaskan untuk membuat panggilan kepada bekas penagih yang telah bebas dari pusat.

Tujuan panggilan dibuat ialah untuk bertanya khabar keadaan sekarang sambil menjemput untuk satu acara tertentu.

Dihadapan kami ada list nama-nama dan nombor telefon yang akan di hubungi. Saya turut membantu membuat panggilan apabila mereka kepenatan.

Anda tahu? Dalam 10 orang yang kita tanya, 7 darinya mengaku mengambil semula (Relapse). Pengakuan ini banyaknya dibuat oleh pihak keluarga. Ada yang mengatakan hari pertama lagi waktu keluar pusat, dia sudah pergi mencari port dan kawan lama.

Ada yang bapa menanggung makan minum sampai sekarang, namun dia tidak bekerja. Peliknya sampai RM30.00 sehari diminta untuk membeli dadah. (kata bapanya).

Triggers
Mengikut cerita mereka, jika seminggu lagi mereka akan bebas, perasaan seorang penagih sudah lain macam, selera makannya sudah berkurang, kerana apa? Kerana rindu pada dadah.

Rindu itu dalam penagihan disebut triggers. Ada 3 faktor triggers yang kami temui didalam buku penagihan.

People
Jika penagih bertemu sesama penagih, dia akan menjadi rindu semula untuk mengulangi sejarah lama. Rindu datang memuncak, tiba-tiba, hingga dia boleh secara tiba-tiba menginggalkan kawan-kawan dan rumah untuk mendapatkan apa yang di rindui.

Things
Yang kedua ialah benda-benda, benda yang menjadi faktor dia rindu ialah jarum, timah, dapur, dan apa sahaja yang berkaitan dengan penagihan.


Place

Yang ketiga ialah tempat, atau port-port lama yang pernah dia kunjungi. Jika ia ternampak tempat itu, maka rindunya terus memuncak.Dikatakan kerinduang seorang penagih kepada dadah melebihi 7 kali ganda kerinduan manusia sesama manusia. Tempat-tempat yang menjadi pemicu kepada kerinduan adalah seperti kawasan gelap, hutan, lorong-lorong, celah-celah tangga, rumah kosong dan kawasan yang kotor seperti bersebelahan tong sampah yang ada tikus sedang berlari-lari dan berkejar-kejar keriangan.

Itu yang kami temui dalam buku. Ada lagi faktor lain yang kami temui dikalangan penagih sendiri.

Nombor Telefon

Nombor telefon lama yang pernah dia gunakan untuk berhubung dengan rakannya sepenagihan. Contohnya dia sering mendail 0131234567 untuk mendapatkan "barang" pesanan. Apabila saja matanya terlihat nombor ini, jiwanya dan perasaannya terus kembali ke zaman lampau yang indah baginya.

Jika kaunselor penagih berdepan dengan mereka, inilah yang menjadi bahan sesi kaunseling, bagaimana mengatasi kerinduan apabila bertemu dengan benda-benda ini. Sebaiknya, kaunselor mengajar untuk mengelakkan faktor-faktor terjerumusnya dia ke lembah hina-dina. (Qiradatan Khasi iinna) Kera yang hina-dina.

Bau
Faktor bau juga memain peranan. Jadi keluarga perlu tahu faktor-faktor ini. Bau asap syabu yang dibakar, bau heroin didalam dapur, bau badan rakan penagih dan apa sahaja. emmmm bahaya betul.

Sebab itu, Islam mengajar HIJRAH, penagih sukar untuk pulih tanpa HIJRAH. Dia wajib tinggal kampung halamannya jika ia benar-benar ingin pulih.Ada pelbagai cara untuk pulih, kami (SPADA) pernah melawat tempat pemulihan menggunakan pelbagai teknik.

Antaranya teknik seperti dibawah. Ayah Aji menggunakan tongkatnya untuk menuntun "membuang badi dadah" didalam badan penagih disamping air tawar dan mandi wap dalam kerek telaga selama 15 hari.

Lokasi pemulihan ini ialah di Wakaf Bharu Kelantan. Ayah Aji (Gambar) mendapat kaedah ini dari Cheherong Naratiwat Thailand.

Ada satu keanehan yang saya perhatikan dari Ayah Aji ini....sambung

Triggers lebih kuat jika ertinya adalah : terliur...
Selasa, 11 Mei 2010

3 Aspek yang Rosak


Dimana-mana pun, kalau saya tanya, siapa mahu beli orang ini, (Gambar), tiada siapa pun yang mahu membelinya.Lelongan harga terpaksa diturunkan dari $2.00 kepada $1.50. Pun masih tidak mendapat sambutan.

Penagih dadah sendiri tidak menyedari, bahawa apabila mereka mulai menjadi penagih, maka dari situlah bermulanya perlahan-lahan kemusnahan dirinya.

1. Pemikiran
Corak pemikiran penagih tidak lagi sama dengan manusia normal. Apa yang benar pada kita, boleh jadi salah pada dia, begitulah sebaliknya.

2. Kepercayaan
Kepercayaannya pada kata hatinya sangat kuat. Percaya dadah boleh memberinya bantuan ketenangan. Dia percaya semua orang salah. Dia percaya apa yang dia nampak dan dengar. Ilusi dan Delusi. Sehingga sanggup membunuh ibu bapa dan orang lain semata-mata kerana duit.

3.Tingkah Laku
Tingkah laku sang penagih sudah berubah. Malam kita tidur, siang kita bekerja, dia? Malam dia bangun, siang dia tidur. Tidak mahu makan bersama keluarga. Berjalan masuk rumah ikut tepi dinding. Sering menipu. Suka pinjam duit tapi tidak bayar.

Solusi
Ramai orang ingat dengan tertangkapnya penagih, setahun atau 2 tahun di pusat dia boleh sembuh. Oh no. Hafney, seorang bekas penagih tegar selama 15 tahun mengatakan, jika selama 20 tahun seseorang itu jatuh ke lembah penagihan, selama 20 tahun masa di perlukan untuk memulihkan dirinya.

Sambungan

Cara Menadah Tangan Ketika Berdoa



Firman Tuhan, "Mohon lah kepadaKu, nescaya akan Ku berikan". Ramai di antara umat
Islam tidak mengamalkan cara berdoa yang betul. Ada yang letak tangan di atas kedua lututnya, ada yang letak atas paha.

Nampak tak gaya orang sedang meminta? Tak kan? Seorang Ulama pernah bercakap, kalau malas-malas nak berdoa, baik tak payah doa.

Sebagai tanda kehambaan kita kepadaNya, eloklah kedua tangan dirapatkan seperti dalam gambar. Saya sendiri pernah berkunjung kepada beberapa orang ulama kecil dan besar, Malaysia dan Indonesia, mereka semuanya berdoa seperti itu, bahkan ada yang langsung mengajar saya cara menadah tangan.

So, harap anda semua, jika masih menadah cara tidak seperti di atas, mari lakukan sedikit lagi perubahan kecil. Sebagai menyempurna adab didalam berdoa.
Isnin, 10 Mei 2010

2012 : Sekolah Bebas Dadah

Tik..Tik..Tik...jarum jam terus berdetik. Jam 1 pagi telah lewat, sekarang jam 2, dan sebentar lagi pukul 3. Esok pagi bukan lagi tarikh hari ini. Esok hari pun, nama bukan hari ini.

Dari Isnin bertukar Selasa, minggu berganti minggu, bulan bertukar bulan, tahun akan bersilih ganti. 2012 bukan lama, hanya tinggal setahun lebih saja lagi atau tepatnya 19 bulan.

Tahun itu (2012) kerajaan Malaysia mensasarkan sekolah di Malaysia Bebas dari Dadah. Dengan kata lain, tiada lagi pelajar yang menjadi penagih dadah.

Masalah

Negara Bebas Dadah adalah Tahun 2015. Pun tidak lama. Menurut data dari AADK, tahun lepas (2009) seramai 15,000 orang penagih ditangkap. 7,ooo darinya merupakan penagih baru, new, fresh... manakala 8,000 adalah yang mengambil semula (relapse). Ulang semester... Gagal ujian kali pertama..

Kalau dibagi-bagi Setiap bulan, puratanya 500 orang lebih ditangkap, setiap hari 20 orang dan setiap jam ada 1 orang kena tangkap.

SPADA... USIM
Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan tapak khas kepada guru untuk membantu kerajaan mencapai sasaran sekolah bebas dadah. Maka wujudlah SPADA di Universiti Sains Islam Malaysia dan UMS Sabah. Atau bahasa Melayunya Special Programme For Alcohol and Drug Abuse.


Kerajaan memberikan cuti penuh selama 9 bulan kepada siapa yang mahu dan cukup syarat, bergaji penuh, malah ditambah lagi biasiswa RM900,00 perorang. Yang datang dari luar daerah Selangor, diberi lagi cola RM300.00.

Ini semua menunjukkan kerajaan prihatin sangat-sangat tentang aspek penyalahgunaan dadah. Namun hari ini, tahun 2010, apabila duit poket kerajaan semakin kering, program SPADA ini ditanguhkan. Saya dengar khabar, ada 2 orang guru yang sanggup belajar dengan belanja wang sendiri, itupun tidak diluluskan.

Mampukah kita mengejar impian Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012. Sedang tak berapa lama lagi. Sekolah Bebas Dadah bukan hanya sekolah rendah dan menengah, malah universiti dan IPTA.



2015 Negara bebas dadah.










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...