Welcome

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Etiam pharetra, tellus sit amet congue vulputate, nisi erat iaculis nibh, vitae feugiat sapien ante eget mauris.

Follow us


Ask a question

Name

Email

Question

Submit

Link Blog

Senarai Blog Saya

Senarai Blog

Sample text


Emel : afraima@yahoo.com..febook : facebook.com/skbangi
.Facebook : facebook.com/skbangi



Blogger

Blogger
Noorhisham Hamzah Sarjana Sosial Islam, Kaunselor SK Bangi, Ijazah Sarjana Muda Indonesia, Ijazah Lanjutan, Drug Abuse, USIM, Emel afraima@yahoo.com

Makam-Makam Nabi

Blogger news

Diri Admin

Noorhisham Hamzah
Emel afraima@yahoo.com
FB facebook.com/skbangi

Blogger templates

Jika terdapat sebarang persoalan untuk dijawab, boleh lah di hantar ke afraima@yahoo.com afraima@yahoo.com

Anda yang Datang

Twitter

Link

Terima Kasih Atas Kunjungan Ilmu dikongsi,ganjaran diharap

ShoutMix chat widget

Pelawat

Halaman

Dikuasakan oleh Blogger.

Twitter

Ads 468x60px

About Me

Teman

Cari Blog Ini

fb komen

Featured Posts

Sabtu, 30 Oktober 2010

Kat Mana Nak Paste Print Screen?

Artikel sebelum ini menerangkan macam mana nak guna fungsi PrtSc pada keyboard, so sekarang saya nak terangkan, macam mana untuk hantar hasil print screen tadi pada seseorang. Yang pertama, klik pada butang PrtSc kemudian paste halaman tadi pada program PAINT.


Sesudah itu, save, berikan nama pada fail tadi, halaman ini sudah pun menjadi image dalam fail komputer anda, simpan dalam folder my pictures.

Sekarang kita nak hantar atau tayangkan di blog, kalau saya, saya gunakan program dibawah ini.

Ya, Picfu.Net, anda layari http://picfu.net, klik butang Browse, dapatkan dimana gambar tadi anda simpan, klik open dan klik UPLOAD. Tunggu sehingga gambar tadi muncul. Awas bagi yang menggunakan internet sistem broadband, anda perlu mengecilkan paparan gambar tadi supaya lebih ringan, kecilkan menggunakan Microsoft Picture Manager atau apa saja sehingga ukuran lebar 500.

Jika anda sudah pun upload, (muat naik), gambar tadi akan timbul seperti ini.

Klik kanan pada ganbar, pilih, Copy Image Location, baiklah, alamat ini (image location) anda boleh paste dalam facebook, atau emelkan pada seseorang atau paste dalam blog anda.

Taip <> antara <> taiplah img src="" dan antara " " letakkan alamat tadi.
Jumaat, 29 Oktober 2010

Memahami Fungsi Print Screen

Kalau tak pernah guna, memang kita tak tahu apa fungsinya, nak-nak program adobe photoshop, terlalu banyak fungsi yang masih menjadi “rahsia”.

Bila Kementerian Pelajaran Malaysia dibawah Unit Sekolah Harian (Kaunseling) meminta semua guru bimbingan dan kaunseling seluruh Malaysia menghantar data sesi tahunan dalam bentuk laporan L4, maka ramailah kawan-kawan yang tidak arif komputer teraba-raba. Dimana nak mula dan dimana nak masukkan data.

Saya nak sebut kisah beberapa orang sahabat yang menjadi mangsa keadaan, dengan tujuan supaya anda semua boleh faham fungsi yang satu ini, kisahnya terjadi apabila beliau memuat turun borang tersebut, didapatinya borang yang dikehendaki tidak ada, yang ada hanya sehelai manual dan sekeping nota dalam bentuk Microsoft word, apalagi menjadi geram lah dia. Disebabkan berkali-kali memuat turun tetapi benda yang sama berlaku. Sedangkan banyak perkara lagi yang nak dibuatnya.

Untung beliau tahu dimana bertanya, bukan hanya mendiamkan diri macam ais dalam peti sejuk. Pihak pengurusan minta beliau print screen, kemudian tunjukkan pada pengurus, supaya dapat tahu, dimana kedudukan sebenarnya L4 itu dalam komputer.

Maka dijawab oleh sahabat ini, saya sekarang ada di kedai mamak, mana lah ada print nak print benda ni semua. Haha, nak tergelak pun ada, lucu jawapan tadi, nak menangis pun macam ada. Rupanya ada lagi kawan-kawan seperjuangan yang tak tahu kat mana nak tekan print screen di keyboard.

Saudara, penting untuk diterjemahkan, Print ialah cetak, manakala Printer ialah alat pencetak. Screen pula ialah papar layar. Adapun print screen pula ialah cetak papan layar. Tetapi dalam hal ini, tak perlu print, cuma tunjukkan saja. Artikel selepas ini akan menjawab cara tunjuk tersebut.

Maksud, apabila minta di printscreen ialah, tunjukkan apa yang ada dilayar komputer anda sekarang, mungkin memang benar program ini (L4) ada atau tidak, nak cari dimana silapnya, hingga berkali-kali beliau men-download, tetapi al-hasilnya tetap sama. Tetap tidak jumpa dimana duduknya L4.

Sebenarnya printscreen ini duduknya di papan kekunci atau keyboard, sila lihat pada sebelah kanan, biasanya di atas nombor-nombor, Cuma tulisannya diringkaskan menjadi PrtSc.

Perhatikan gambar dibawah ini dalam bulatan berwarna merah.

Cuba anda tekan, dan sila paste pada mana-mana tempat, samada dalam program PAINT atau Microsoft Word atau Power Point. Tengok hasilnya.

Banyak kegunaan fungsi ini, misalnya anda nak copy satu image, tetapi berkali-kali arahan keluar "tidak boleh klik kanan" atau anda dilarang menyalin, haha, apa nak buat, anda boleh guna fungsi ini, tekan punat PrtSc kemudian paste kan pada mana-mana tempat yang sesuai.Lihatlah hasilnya, berjaya kan anda menyalin image tadi, walaupun imej nya kecil, anda kini boleh memotong mana-mana bahagian yang dirasa tidak perlu, anda boleh minta bantuan program Adobe, atau Paint atau sekurang-kurangnya Microsoft Picture Manager untuk memotong bahagian yang tidak perlu.

Lihat contoh bagaimana saya membuat potongan gambar di atas. Anda boleh guna Microsoft Picture Manager.

Inilah hasil keseluruhan, apabila kita tekan butang PrtSc sebelum di CROP.

Baiklah, kalau di desktop saya, disinilah duduknya L4. (Dalam bulatan merah)
Saya besarkan sedikit


UNtuk paste dimana gambar ini, klik sini .

UPDATE

Selamat mencuba, saya sendiri sebenarnya masih belum arif banyak perkara, terutamanya Adobe Photoshop CS2, apalagi CS3, apa yang saya tahu hanya menggunakan konsep cuba-cuba. Selain membaca Majalah PC. Okey...selamat mencuba.
Khamis, 28 Oktober 2010

Apa yang tersurat di sebalik kehilangan Balqis

Tiada siapa yang mahu mengalami kes misteri seperti apa yang sedang di alami Siti Balqis.

Kes Siti Balqis hilang dari alam dunia ke alam ghaib (alam tak nampak) seakan memberitahu kepada manusia yang belum tahu, bahawa hidup ini berlapis-lapis. Ya, kita tinggal di atas satu dunia, yakni satu kehidupan, namun disebalik kehidupan kita ini, masih ada kehidupan lain.

Wujudnya UFO yang tidak dapat dipastikan dari negeri mana datangnya dia juga sebagai satu petanda darinya.

4 Alam Berlapis

Saudara, mungkin ramai belum atau sudah sedar, bahawa alam yang kita diami ini ada 4 lapisan. Lapisan pertama namanya alam Syahadah, alam yang boleh disaksikan, oleh mata kepala kita sendiri, itulah alam manusia. Manusia, secara umumnya hanya boleh melihat alam ini sahaja. Di sekolah, benda ni tak di ajar secara khusus, kalau pun ada, dalam mata pelajaran Agama. Dalam PJK, Sivik Kenegaraan....susah nak jumpa.

Disebalik alam kita ini, ada alam kedua, yang tidak nampak dilihat oleh manusia, namanya alam jabarut, atau alam ghaib, dimana alam tempat tinggal jin, atau orang Melayu panggil hantu bungkus, pocong, kopek lanjut, raya dan sebagainya, dikatakan bahawa, di akhirat besok, manusia boleh melihat jin, manakala jin pula tidak dapat melihat manusia. Jumlah jin lebih ramai dari manusia, kira-kira satu orang manusia, menyamai 9 orang jin. Menurut cerita, Jin ada yang bertanduk, hodoh, cantik macam perempuan, jahat dan ada segelintir yang beriman. Jin yang pondan...entah ada ke tidak.

Alam ketiga pula lebih dalam, sehingga jin sendiri tidak boleh melihatnya, apatah lagi manusia, alam itu ialah tempat tinggal para Malaikat, namanya alam Malakut. Namun Malaikat dapat melihat alam jin dan manusia. Jumlah malaikat adalah lebih ramai dari manusia dan jin, satu jin menyamai 9 malaikat. Tugas manusia dan jin adalah beribadat kepada Tuhannya, manakala malaikat sebagai pengawas atau polis trafik, memerhati gerak geri manusia dan mencatatnya dalam buku saman khas, untuk dibawa ke mahkamah pengadilan nanti di padang mahsyar.

Dan alam keempat, tempat tinggalnya kerajaan Ilahi, namanya alam Ilahut. Malaikat sendiri pun tidak dapat memasuki dan melihat alam tersebut, namun TUHAN, boleh dan sedang menyaksikan semua alam ini, kerana Dialah pencipta kesemua alam.

Boleh tak kita berkomunikasi dengan alam jin?

Dalam biodata saya di atas, saya ada menulis, bahawa satu ketika saya pernah melihat jin di sebuah masjid. Maknanya, manusia memang boleh melihat jin, jika tirai alam ghaib yang menutupi alam manusia di angkat. Atau, samada jin itu sendiri yang menonjolkan dirinya.

Bahkan manusia boleh berkomunikasi dengan jin, samada ketika jin masuk dalam badan manusia atau bercakap secara langsung. Pernah seorang guru, didatangi jin, dan membawa ribuan pengikutnya, katanya sudah lama saya mencari anda, tetapi disini baru jumpa, saya kata jin itu, ingin menerima sebuah amalan dari tuan dan mohon disampaikan kepada anak buah saya ini.

Juga, seorang wali besar pada zamannya, Syeikh Abdul Kadir al-Jailani, ketika diminta tolong oleh seorang hamba Allah, mengadunya anak perempuannya hilang dibawa lari jin, beliau menyuruh orang itu pergi ke tengah padang pasir, buat lingkaran bulat di atas tanah. Tak lama kemudian datanglah jin, ada apa kamu disini tanya jin itu. Jawabnya anak saya dilarikan oleh kaum mu, jin itu kemudian melaporkan pada ketuanya, menyebabkan ketua nya sendiri turun memeriksa pernyataan tersebut, lalu dikumpul semua anak buahnya, lalu ditanya, siapa antara kamu yang telah menculik anak manusia, memang ada yang mengaku dan di arah menyerah kembali kepada bapanya.

Kisah ini, bukan satu hal yang pelik. Tuhan memang mencipta pelbagai makhlukNya. Dengan kehilangan Balqis, sedarlah saudara semua, bahawa alam yang kita diami ini adalah sementara sahaja, ada lagi alam lain yang akan kita semua ke sana, baik secara terpaksa atau pun rela. Sebelum kita dijemput, atau diheret, marilah, dipagi Jumaat ini, tazkirah ini mengajak kita menjadi manusia yang hari ini lebih baik dari semalam.

Jangan sampai kita menyesal, kerana pergi tanpa persiapan, ibarat orang yang sedang berseronok dimalam hari menonton televisyen, tiba-tiba datang tsunami menerpa, matinya dia tiada siapa yang sangka.
Selasa, 26 Oktober 2010

Kalau Ada yang Mudah, Kenapa Tidak


Jimatnya apabila menggunakan NGV, saya baru memasang nya minggu lepas, kos pemasangan adalah RM250.00 sahaja. Lokasi pemasangan di Kampung Baru, milik orang Melayu. Dari Nilai saya ke Ampang, jarak perjalanan pergi balik 112 kilometer, sampai di stesen minyak Semenyik saya isi penuh lagi NGV, anda tau berapa hinggit? Hehe...cuma RM5.20... maknanya hanya RM2.60 sahaja satu hala.

Kebetulan lokasi saya tinggal banyak stesen NGV. Jadi, peluang baik ini pun saya cuba.

Jalan Dunia...

Macam tu juga dengan jalan di dunia ini, dulu jalan dari Pahang ke Kuala Lumpur, berliku-liku, jalannya lereng bukit lagi, cukup berbahaya, semua orang terpaksa lalu jalan itu, tapi bila kerajaan buat jalan baru yang lebih lurus, maka semua orang beralih ke jalan baru. Lebih-lebih lagi ada pula jalan tol, walau pun kena bayar sikit, tetapi memandang jalannya lebih lurus, laju dan cepat, malah lebih irit lagi kata orang seberang, maka tak ada lagi orang lalu jalan lama.

Rice Cooker


Pun begitu dengan cara mememasak, dulunya mak ayah (ek,ayah pun masak gak) kita masak air menggunakan dapur kayu, puas ditiup-tiup baru nyala, sampai masuk debu dalam lubang hidung, namun apabila hadirnya rice cooker, semua orang kembali ke rice cooker, termasuk mak cik mak cik.

Jalan Rohani

Pun begitu, ramai tidak menyedari, jalan rohani menuju Tuhan pun begitu, setiap 100 tahun ada highway baru. Kalau jalan didunia, kita boleh sampai ikut mana-mana pun, cuma lambat atau cepat sahaja, begitulah dengan jalannya menuju Tuhan, ada yang cepat dan ada yang lambat. Bahkan ada yang macam pesawat concorde lajunya.
Sabtu, 23 Oktober 2010

Berehat Sekejap...

Setelah penat taip laporan, rehat saya ialah buka internet, baca posting latest kat akhbar online, sambil tengok apa yang kawan-kawan buat lewat fb.

Sambil itu, menolong kawan-kawan GBSM yang masih terkontang-kanting mencari sumber dimana nak muat turun borang L4. Itu lah, kalau ada FB kan mudah, boleh kekawan tunjuk ajar, ini tak nak, katanya...bosan lah...

Padahal, tengok kekawan yang dulunya kataya bosan, boring. Cuba tengok kat dinding FB dia, mmmmm, banyak jugak.

Baiklah, alamat untuk donwload borang tersebut ialah di ekaunseling.net


Lihat sebelah kiri tu, ada nampak tak tulisan Download Borang e-L4. Ha klik kat sini. Bila kita klik sini, komputer akan tanya balik, nak simpan ke tak nak dalam bahasa omputih la. Jawab lah save file. Klik la atas tu sambil menjawab.


Nampaknya macam muat turun tadi dah selesai. Apa lagi, klik open file, dapatkan kat mana fail tadi disorokkan, klik lah mana-mana asal dia install kat komputer kita.


Install sampai habis ya.

Sahabat kita terlekat disini, sampai sini kira macam nak ke Kuala Lumpur, hilang arah, simeboard nya dah tak ada. Jika anda klik yang tengah benda lain yang keluar, iklan barangan, tak ada pun borang L4 tu, klik EXIT sahaja lah kalau begitu.


Sampai sini, cuba tengok-tengok kat desktop, ada penambahan apa-apa tak. Ya memang ada, logo el4 sudah pun muncul. Anda klik sahaja di situ. Cuba klik ikon eL4 tersebut, kemudian tarik ikon yang muncul itu ke bawah dan klik options. Baru lah isi kandungan L4 keluar.
Khamis, 21 Oktober 2010

Guru Tak Mampu Menjaga Kamu


Januari 2011. Murid-murid tahun enam di semua sekolah seluruh Malaysia akan beralih sekolah, dan secara automatik mereka bergelar pelajar sekolah menengah. Usia 13 tahun di sekolah menengah adalah tahun kedua kamu melangkah alam remaja.

Banyak keinginan baru yang datang. Macam-macam nak dicuba, dari yang baik, hingga yang tak baik. Termasuklah menghidu gam, merokok, mencuba dadah ganja, dan sebagainya.

Cikgu-cikgu pastinya tak mampu untuk memberi nasihat lagi, jika kamu sudah terjebak, yang hanya dapat cikgu katakan adalah...jagalah diri mu baik-baik. Meniti alam remaja memang indah, tetapi perlu di ingat, kita adalah manusia, hamba kepada Allah. Title ini tidak akan pudar dan hilang sampai bila dan dimana pun.


Makanya inilah salah satu nasihat sebelum kamu pergi ke sekolah menengah, jagalah dirimu, maruah keluargamu, pelihara hubungan dengan Tuhanmu. Semoga Dia akan menjaga kamu kembali.
Rabu, 20 Oktober 2010

Hanya Angin

Pelik dan Ajaib, begitu lah kerja Allah Taala, apabila beberapa hari ini ramai yang mengadu sakit tekak. Saya merasakan angin petang Jumaat lalu lain macam, sehingga lah badan mulai rasa makin sejuk pada malamnya dan terpaksa tidur berselimut tebal.

Masya Allah..sesungguhnya demam itu meng-ampunkan dosa kata seorang sahabat, tetapi ustaz katanya....dengan syarat kita redha, kalau sebaliknya, kita tidak redha, itu tanda murka Tuhan.

Hanya angin datang, dan kita semua (yang sakit) terus sahaja mendapat sakit, tidak boleh menelan air liur, apalagi makan yang keras.

Angin Kiamat

Ada satu hadis...kata Nabi...di akhir zaman, apabila tiba saat kiamat, Tuhan mematikan dahulu orang-orang soleh, dengan menghantar satu angin, apabila mereka menghidunya, semuanya mati...(mungkin secara perlahan-lahan). Kemudiannya apabila hanya orang-orang jahat yang tinggal, Tuhan lalu menghancurkan bumi ini melalui MalaikatNya.

Apabila ISLAM di PERSENDA

Sungguh memalukan, menjijikan dan menjatuhkan maruah kita sebagai umat ISLAM yang setia dengan AGAMA yang satu, yang datangnya dari TUHAN yang Maha Satu.

AGAMA ini Bersih, tidak boleh dicampur syariat yang luhur dengan pemikiran manusia yang bertentangan, atas nama apa sekalipun.

Namun ini terjadi, dinegeri kita jua. Marilah membenci dengan penuh jijik pesta pakaian ISLAMI ini, yang mana orang-orang dibelakangnya adalah JAHIL agama TULEN. Mana dia tahu apa itu syariat, apalagi kalau bertanya hakikat dan makrifat.
Isnin, 11 Oktober 2010

Kemalangan di Malaysia

Malaysia Oh Malaysia, beginilah citra Malaysia di mata dunia, pemandu antara yang paling berbahaya di dunia.Peristiwa trajis ini berlaku pada tarikh keramat, 10.10.10... 12 Nyawa Melayang dalam sekejap mata.

Banyak benda dalam dunia ini berlaku tanpa kita SANGKA. Rumah yang kita diami sekarang ini pun, kita sendiri tidak pernah MENYANGKA akan tinggal disini.
Pun begitu dengan kemalangan ngeri ini...
Justeru...sentiasa lah berdoa memohon keselamatan ketika kita akan berpergian..
Tiada siapa menyangka..
Usahalah hidup dalam redha Allah Taala
Bersegeralah menunaikan kewajipan solat...
Kerana....jika ini yang berlaku...
Anda pasti menyesal..

Anda pasti mahu jika boleh, nyawa anda ditukar dengan seluruh harta yang ada, asal boleh hidup lagi

Untuk berbakti..untuk beribadah...kepada Sang Khalik pencipta diri anda..Ingat...hidup ini sementara cuma...

Taukid : Dadah Itu Sial...


Kalau dulu, sehari 20 penagih berjaya ditangkap setiap hari, namun kini, 75 orang perhari, satu angka yang semakin melonjak. Pengerusi taman, guru bimbingan, boss kilang, boleh mengambil inisiatif untuk mengadakan ceramah kesedaran terhadap warga masing-masing, supaya terhindar dari gejala penagihan. Ini kerana sekali manusia jadi penagih, selamanya dia akan menagih.

Seorang penagih lahir dari sebuah keluarga, semua ahli keluarga akan jadi macam penagih. Sekali menagih, dia telah membawa mala petaka ke dalam keluarganya, menyusahkan ahli keluarganya, isterinya, anaknya, ibubapa dan adik-beradiknya, menyusahkan jiran-jiran dan masyarakat dan negara terpaksa menghabiskan jutaan wang ringgit setahun untuk membatu penagih supaya pulih. Namun dia.... tetap dengan pendiriannya, dadah itu ubat...raja segala ubat katanya..sehingga porak peranda rumah tangga, hilang pekerjaan, hilang tempat tinggal, hilang saudara dan kawan-kawan baik, hilang TUHAN dalam hidupnya...

Rabu, 6 Oktober 2010

Dadah dan Dedah : Sama Naik

Jika tahun lepas (2009) dimana-mana ceramah dadah yang saya sampaikan, saya akan mengemukakan data 20 orang penagih ditangkap setiap hari di seluruh Malaysia, ini bermakna 1 orang setiap jam, namun hari ini, saya mula mengubah data tersebut, sebenarnya bukan saya yang mengubah, tetapi keadaan yang mengubahnya, saya hanya menyampaikan sahaja.

Anda tahu? awal tahun ini, setiap jam kes tangkapan meningkat kepada 2 orang setiap jam. Dan data terakhir bulan Jun, menunjukkan 3 tangkapan setiap 60 minit, atau 67 orang sehari, atau 2,013 orang sebulan.

Apa maknanya ini semua? Inilah menunjukkan bahawa :

1. Kesedaran masyarakat tentang bahaya penyalahgunaan dan penagihan dadah belum wujud sama sekali. Kalau ya pun ada, hanya segelintir kelompok yang telah pun mendalami apa itu bahaya dadah.

2. Usaha pencegahan selama ini yang telah dilakukan, seolah-olah tidak memberi kesan yang semaksima yang diharapkan.

3. Usaha pencegahan hendaklah dilakukan sendiri oleh masyarakat, melalui institusi kemasyarakatan, surau, masjid, platform sekolah dan universiti, kilang-kilang, dengan ditujukan kepada semua belia-belia, pekerja dan pelajar sekolah.

4. Usaha yang dilakukan oleh pihak-pihak berkaitan dengan dadah seperti PEMADAM, AADK, PENDAMAI, PENGASIH dan pusat rawatan persendirian, bukanlah kurang hebat, TETAPI tidak mencukupi keperluan zaman. Ini kerana badai taufan bala dadah datang dari segenap ceruk, sehingga banyak yang terlepas dari bubu yang ditahan. Ini membawa erti, usaha-usaha yang telah dilakukan perlu diperhalusi sekali lagi, dengan melihat keperluan lokaliti, keperluan semasa di dalam negara, bukan berkiblatkan pada negara tertentu.

Untuk maklumat Jumlah Tangkapan 2010 : Bulan Januari, 40 tangkapan sehari, Bulan Februari, 37 jumlah tangkapan Mac , 40 sehari, April...75 sehari, Mei..72 sehari.

Saya menyeru pihak-pihak yang mempunyai kuasa di surau, masjid, sekolah, kampung, taman, kilang dan seluruh lokasi dimana ada manusia dibawah anda, termasuk wakil rakyat, jika anda mahu masyarakat ditempat anda kurang dari penagihan, perhebatkanlah usaha pencegahan, berikanlah kesedaran dari awal, melalui orang-orang tertentu yang sudah memahami bahaya penyalahgunaan dadah, seperti bekas penagih yang telah insaf, pegawai AADK, dan orang-perorangan yang sudi bersama anda bagi membanteras penagihan. awas... sebahagian besar jenayah datangnya dari penagihan...
Selasa, 5 Oktober 2010

Lawatan ke Melaka

06 Oktober 2010. BANGI. Sebagai ganjaran kepada pelajar yang telah berjaya melonjakkan prestasi pencapaian akademiknya, pihak sekolah telah bersetuju untuk membawa 36 orang ke Melaka. Lawatan tersebut bertolak dari SK Bangi pagi ini, dijangka akan tiba jam 9.00 malam nanti.

Guru Besar, Puan Zakiah Haji Idris turut bersama dalam lawatan kali ini. Antara guru yang turut serta ialah Puan Lelawati, En.Firdaus, En.Zulhaimi, Puan Nirlawati, manakala 2 orang staf pejabat turut dijemput bersama iaitu En.Tumirin bin Yatim dan Puan Roza Al-Akmarizan. Sebanyak 2 bas yang membawa murid ke lawatan ini.
Isnin, 4 Oktober 2010

Dadah Musuh Bangsa dan Negara


Ceramah akan datang, saya bersama En.Hefney bekas penagih dadah di SK Labu Hilir....Nilai pada 7 Okt dan 14 Okt di SK Sri Jelok..bersama menanam kefahaman pada anak2..bahawa dadah itu bahaya dan merosakkan segala-galanya.

Tengok berita malam tadi di TV3, 2 orang India, dijatuhkan hukuman mati mandatori dibawah seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya kerana dia hanya membawa 35 gram morfin. Tinggallah anak dan isteri serta keluarga.

Saya akan bercerita tentang fakta Dadah terkini, Isu dan Masalahnya di Kalangan Pelajar Sekolah, kerosakan pada tubuh badan dari sudut farmakologi, manakala Saudara Hafney akan bercerita kisah silam penderitaan beliau, kenapa boleh terjebak dengan penagihan dan kisah-kisah penderitaan sewaktu ingin kembali normal.
Ahad, 3 Oktober 2010

Maklumat Kes Samun

Kes Samun minggu ini berlaku di Mantin, Negeri Sembilan, Penyamun menggunakan kenderaan Waja, berwarna Silver, tumpuan pada rumah yang terbuka, dan tidak berkunci, siang hari, suspek 4 lelaki India, membawa senjata parang dan pisau..telah berjaya melarikan wang dan barang-barang kemas.

Peringatan ini adalah untuk penduduk sekitar Nilai, Mantin, Bukit Mahkota dan kawasan sekitarnya.
Sabtu, 2 Oktober 2010

Pertama Kali di Kluang


Penulis bergambar di rumah Nur Abadi, (Baju kuning)Blogger dan penceramah di Kluang. Beliau merupakan guru Bimbingan dan Kaunseling di SK Seri Taman Kluang Barat, Johor. Manakala di sebelah kiri, berbaju biru, Ustaz Mohd Yazid, SK Ulu Penggeli, Kluang Johor, seorang designer website, pakar mengambil gambar mengunakan kamera Digital SLR. Seronok ada kawan tak kedekut ilmu... biar jauh...puas hati mengembara dimuka bumi....

Kesempatan...Fb dan Blog mesti tak tinggal, perkembangan terkini.. Cikgu Amin mengeluarkan lap top nya, nah ambik nih...mesti nak guna...blogger mana boleh berpisah dengan internet...
Jumaat, 1 Oktober 2010

Kepimpinan Berkualiti : Organisasi Bertambah Maju


Manusia, walaupun diberi akal, melebihi dari segala pemberian kepada semua makhluk yang lain, namun hidupnya masih terumbang-ambing dalam mencari kebahagiaan yang sejati, sekiranya belum bertemu dengan kepimpinan yang menunjuk jalan ke destinasi tujuannya.

Dalam hidup ini, ada destinasi yang nampak dilihat, iaitu lokasi dalam dunia, dan destinasi yang tidak dapat dilihat, itulah bahagia. Orang kampung datang ke Selangor, mahu mencari tempat orang nak pergi haji berkumpul pun sesat, padahal sudah ada petunjuk... inikan pula yang tiada petunjuk.

Dalam agama, manusia tetap perlu pimpinan, namanya hidayah...inilah pimpinan dari tuhan buat menuju destinasi bahagia. Di sekolah, kepimpinan diletakkan sepenuhnya dibawah Guru Besar dan Pengetua. Dibawahnya ada Guru Penolong Kanan, guru-guru ketua panitia, dan dikalangan murid, dilantik pengawas. Semua ini untuk adalah bertujuan untuk menjadikan sebuah sekolah sebagai gedung menadah ilmu yang sempurna.

Peranan pengawas sangat penting di setiap sekolah. Kehadiran pengawas yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang berkaliber, sangat-sangat dinanti oleh sebuah sekolah.Sebagaimana pekerja disebuah organisasi perlu diterangkan betapa penting sikap saling bekerjasama untuk mencapai wawasan syarikatnya, begitulah pengawas disekolah, tidak kurang pentingnya untuk mereka mendengar hala tuju sebuah sekolah.

Dalam hal ini, saya dijemput untuk menyampaikan ceramah berkaitan kepimpinan di sekolah-sekolah rendah, dan hari ini saya berada di sekolah SK Taman Bukit Teratai, Ampang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...