Welcome

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Etiam pharetra, tellus sit amet congue vulputate, nisi erat iaculis nibh, vitae feugiat sapien ante eget mauris.

Follow us


Ask a question

Name

Email

Question

Submit

Link Blog

Senarai Blog Saya

Senarai Blog

Sample text


Emel : afraima@yahoo.com..febook : facebook.com/skbangi
.Facebook : facebook.com/skbangi



Blogger

Blogger
Noorhisham Hamzah Sarjana Sosial Islam, Kaunselor SK Bangi, Ijazah Sarjana Muda Indonesia, Ijazah Lanjutan, Drug Abuse, USIM, Emel afraima@yahoo.com

Makam-Makam Nabi

Blogger news

Diri Admin

Noorhisham Hamzah
Emel afraima@yahoo.com
FB facebook.com/skbangi

Blogger templates

Jika terdapat sebarang persoalan untuk dijawab, boleh lah di hantar ke afraima@yahoo.com afraima@yahoo.com

Anda yang Datang

Twitter

Link

Terima Kasih Atas Kunjungan Ilmu dikongsi,ganjaran diharap

ShoutMix chat widget

Pelawat

Halaman

Dikuasakan oleh Blogger.

Twitter

Ads 468x60px

About Me

Teman

Archives

Cari Blog Ini

fb komen

Featured Posts

Rabu, 31 Mac 2010

Efek Kewangan Berkurang

Mesin scan mulut (x-ray) di Hospital Serdang mengamali kerosakan, dan ianya tidak dapat di baikpulih dalam masa terdekat, apa sebab, mungkin masalah inomoney. Ekono money la kan..

Jadi, pasein yang nak follow up sakit mereka, terpaksalah ke Hospital Kuala Lumpur, untuk mendapatkan scan di sana. Nasib baik masih percuma. Tapi kalau di sana suatu hari nanti pun rosak? Nam buat macam mana?

Tubuh jawatankuasa khas kaji beban tugas guru - Muhyiddin

KUALA LUMPUR 31 Mac - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, satu jawatankuasa khas akan ditubuhkan bagi mengkaji beban tugas berlebihan yang ditanggung oleh guru sekolah di seluruh negara.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, keputusan itu dibuat selepas kementerian itu mendapati ada asas bahawa guru di beberapa buah negeri kini menghadapi beban tugas berlebihan sehingga menjejaskan tumpuan kepada tugas mengajar.

"Saya sudah arahkan jawatankuasa itu nanti mengenalpasti bagaimana masalah (bebanan tugas) itu boleh berlaku dan mencari penanda aras yang boleh kementerian guna pakai, sama ada dengan mengambil contoh piawaian antarabangsa atau dari negara jiran yang tahap pendidikannya lebih tinggi dari kita untuk dicontohi," katanya.

Muhyiddin berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat antara Kementerian Pelajaran dengan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) di bangunan Parlimen di sini, hari ini.

Hadir sama pada mesyuarat tersebut ialah Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom.

Menurut beliau, jawatankuasa itu yang akan dipengerusikan oleh Alimuddin dan keanggotaannya turut membabitkan beberapa pegawai pelajaran serta wakil NUTP diberi masa selama dua bulan bagi mencari jalan penyelesaian terhadap isu berkenaan.

Ditanya mengenai beban tugas berlebihan yang terpaksa ditanggung oleh guru, Muhyiddin berkata, antaranya adalah menguruskan aktiviti kokurikulum, bilik darjah, hal ehwal murid, pentadbiran dan perkeranian serta beberapa kerja tambahan lain yang perlu dibuat mengikut keperluan semasa.

"NUTP turut membuat aduan yang guru terpaksa bekerja pada setiap Sabtu, sedangkan pekeliling yang dikeluarkan, guru boleh bercuti pada hari Sabtu sebanyak dua kali setiap bulan disebabkan guru terbabit terlibat dengan banyak aktiviti.

"Jadi, kita akan teliti masalah itu kerana kita tidak mahu tugas hakiki guru iaitu mendidik pelajar dengan tumpuan sepenuhnya terhadap kelas terganggu disebabkan bebanan tugas lain yang terpaksa dipikul," katanya.

Dalam perkembangan lain, Muhyiddin berkata, dasar baru kementerian yang menekankan aspek kokurikulum di sekolah turut mendapat maklum balas positif dari pihak NUTP yang menyatakan sokongan penuh terhadap usaha berkenaan.

"Kementerian akan memastikan penekanan terhadap kokurikulum tidak akan sesekali membebankan guru. Sebab itu, kementerian menubuhkan jawatankuasa ini, tidak lain tidak bukan untuk mencari penyelesaian terbaik menyelesaikan bebanan guru,"katanya.

P/S : Tugas guru yang bersalin terpaksa di pikul oleh guru lain seperti j-Qaf. Mereka bukan mahir mengajar mata pelajaran lain. Al-Hasil...apa jadi pada anak murid?

Sel Darah Babi




KUALA LUMPUR - Seorang pakar akademik dari Australia semalam mendedahkan satu hasil kajian di Belanda baru-baru ini yang mendakwa menemui sel darah merah babi sebagai kandungan penyekat bahan kimia dalam puntung rokok.

Profesor Simon Chapman dari Universiti Sydney dilaporkan berkata, kajian itu mendapati babi digunakan dalam 185 jenis industri termasuk penemuan sel darah merah haiwan itu dalam penapis (filter) rokok.

Kenyataan beliau yang disiarkan oleh akhbar Daily Telegraph kelmarin menjelaskan, hasil kajian tersebut pastinya mengejutkan perokok yang beragama Islam serta Yahudi yang diharamkan memakan babi.

Menurutnya, setakat ini satu jenama rokok yang dijual di Greece telah didapati mengandungi darah babi.

Norish : pssss :Anda mungkin pernah mendengar pil kuda. Pil-pil ini banyak terdapat di Negeri Kelantan, Kedah dan seutara dengannya, ianya datang dari Negara Thailand, baru-baru ketika saya bersembang dengan seorang Pegawai Pemadam, beliau mendapat berita dari budak-budak bekas penagih, kini ada pil baru lagi, iaitu pil babi, ianya banyak berada di Johor. Khabarnya... Pil ini akan membuatkan wanita yang menggunakannya, tidak akan mengandung selamanya.
Selasa, 30 Mac 2010

Ulasan pengetua hantui 22 bekas pelajar

YAN: Ibu bapa kepada 22 pelajar sebuah sekolah menengah, di sini, kesal dengan tindakan pengetua sekolah itu yang dianggap keterlaluan dan menganiaya lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu apabila memberi ulasan kurang memuaskan serta tidak berdisiplin dalam sijil berhenti sekolah mereka. Ayah pelajar, Rasli Mohd Zain, 55, berkata dia kesal dengan pengetua berkenaan kerana membantutkan hasrat anaknya untuk memasuki institusi pengajian tinggi disebabkan ulasan tidak munasabah. “Pengetua wanita itu memberi ulasan kelakuan pelajar kurang memuaskan dan masalah disiplin.

Ia memberi kesan jangka panjang kepada pelajar selain berisiko tidak dapat tempat di institut pengajian tinggi awam atau swasta. “Anak saya, Ahmad Ikram, 18, memberitahu dia nakal di sekolah, namun tidak sampai ke tahap masalah disiplin yang teruk sehingga pengetua berkenaan tergamak berbuat demikian,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Rasli berkata, anaknya pernah mewakili Kedah dalam bola tampar selain mengharumkan nama sekolah sepanjang lima tahun belajar di sekolah berkenaan.

Sementara itu, Ahmad Ikram berkata, dia mahu meneruskan pelajarannya ke peringkat lebih tinggi di Politeknik, namun bimbang tidak diterima berikutan masalah itu.“Saya bukan budak jahat, tetapi saya akui saya tak sempurna. Jika saya ada masalah sebelum ini saya patut dikenakan tindakan bukannya cara seperti ini yang boleh menjejaskan masa depan saya,” katanya.


“Apabila saya dapat sijil ini, saya rasa bagaikan gelap masa depan, kerana tidak menyangka mendapat ulasan seperti itu,” katanya. Hamidah Abu Bakar, 40, ibu kepada Mohd Khairul Zarif Zulkhurnai, 18, turut melahirkan kekesalan dengan tindakan pengetua sekolah itu yang seolah-olah menjadikan pelajar sebagai mangsa atas sebab yang tidak diketahui.

“Jika anak nakal itu biasa, mereka dalam proses pembesaran. Nakal pun tidaklah sampai menimbulkan kekacauan kepada orang luar dan pelajar lain, hanya bising dan ponteng saja.


“Saya sendiri pernah dipanggil pengetua dan guru disiplin untuk menyelesaikan masalah ini. Saya tidak sangka pengetua menyimpan dendam terhadap anak saya sehingga tergamak memberikan ulasan pelajar bermasalah disiplin,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan, Ahmad Fisal Mat Tahir, tidak pernah terjadi dalam sejarah pengetua sanggup menganiaya pelajar sebegitu. Sepatutnya sijil berhenti sekolah ditulis dan diberi ulasan guru kelas bukannya pengetua,” katanya.

Pengarah Pelajaran Kedah, Shahidan Abdul Rahman, berkata beliau sudah dimaklumkan mengenai masalah itu minggu lalu dan sudah mengarahkan tindakan segera diambil.

P/S : Ini lebih bermasalah, bila mana budak sekolah nakal, tetapi menjadi kesalahan bilamana menulis laporan sikapnya dalam buku rekod. Habis...nak tulis semuanya baik? Guru besar dan pengetua, biasanya tidak sampai hati nak lakukan begitu, sungguh pun budak itu nakal. Ni memang kes nakal sungguh la ni kot.

Penangan Potong Potong

Bajet kepada Kementerian Kesihatan turut dipotong. Tadi saya ke Hospital Serdang dalam rawatan susulan masalah sakit dalam mulut. X ray yang ada di Hospital Serdang rosak kata doktor, lantaran itu saya kena ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk x-ray.

Hebantnya bajet, mana ada pulih lagi. Barang peralatan di hospital rosak pun tak boleh baiki. NO Bajet...
Isnin, 29 Mac 2010

Tok Guru Ambo


Satu ketika dahulu, kereta mercedes Tuan Guru tak hidup, puas di start-2, tak juga mahu hidup, kami beberapa orang tolong tolak di depan masjid Pulau Melaka, ke sana ke sini, tak juga hidup, akhirnya bila dah penat menolak, Tuan Guru ajak ke kedai Abang Mi (anak arwah Pak Cik Hamzah), kami semua makan di situ.

Seronoknya bukan dapat makan, tetapi kerana siapa yang belanja makan. Hihi

KEPIMPINAN PENGAWAS DI SK SG SERAI


Sekali lagi, saya berada di SK Sungai serai dalam Majlis Ceramah Kepimpinan Pengawas. Murid-murid kelihatan ceria dan sedang bersedia menimba ilmu. Tahniah murid-murid Cemerlang SK Sg Serai.

Semoga sedikir sebanyak ilmu yang diperoleh, dapat dijadikan panduan hidup. Terima kasih kepada Puan Guru Besar, PK HEM, Guru Bimbingan (Puan Suriani) dan semua guru-guru SK Sungai Serai yang rajin-rajin.



....
Jumaat, 26 Mac 2010

Anjing Gonggong Mayat Kanak-kanak

Cebisan mayat digonggong anjing

PETALING JAYA - Menyayat hati apabila mayat bayi lelaki yang dibuang ibu bapanya digonggong seekor anjing sebelum disedari orang awam di Jalan Padang Tembak, Subang di sini semalam.

Lebih menyedihkan, ketika ditemui pukul 4.05 petang, salah satu tangan bayi telah terputus dan terjatuh atas jalan manakala badannya digonggong anjing berkenaan.

Ketika itu, tangan bayi itu dibungkus dengan plastik manakala badannya pula tidak berbalut.









Sebelum pergi jauh, saya nak bentangkan punca punca kejadina buang bayi ini berlaku.



1. Kelahiran yang tidak dikehendaki

i. Termengandung tak sengaja - Ingat nak suka suka tapi jadi betul.

ii. Terlanjur, nikah belum lagi, nak bela takut malu.

iii. Ibunya gila, tak tahu itu anak ke najis.



2. Kemiskinan yang teramat sangat (jarang sangat)



3. Ada lagi?



Kesemuanya kalau masih ada iman dan rasa kemaknusiaan, perkara diatas tidak akan terjadi kecuali 1.iii



Kenapa kebanyakan kes buang bayi adalah dikalangan Melayu Islam?. Kenapa tidak kepada kaum dan agama lain?. Adakah Agama lain itu lebih baik dari Islam? atau Penganut Islam dari kalangan Melayu itu sendiri yang kurang beragama? Na'uzubillah, Islam adalah agama yang terbaik, tidak ada agama selain dari Islam yang diterima oleh Allah Subhana wata'ala.

Khamis, 25 Mac 2010

Buang Anak @ Bayi

Buang Anak ? Jarang sekali berlaku, walaupun berlaku juga manusia buang anak. Tidak mudah untuk kita jumpa. Yang berselerak di dada akhbar, sebenarnya bukan sepasang suami isteri buang anak, tetapi perempuan @ wanita2 tak bersuami buang anak.

Kononnya ramai yang nak jadi macam Ibunda Nabi Isa, melahirkan anak tanpa suami. Ceh...Ibu Nabi Isa lain, dia memang satu dalam dunia. Untuk makluman anda, manusia ini ada 4 kategori.


1. Tiada unsur Bapa dan Tiada Ibu (Nabi Adam)
2. Ada Unsur lelaki sahaja, tiada unsur perempun (Siti Hawa)
3. Ada unsur perempuan, tiada unsur lelaki (Nabi Isa) dan
3. Ada unsur lelaki da perempuan (Kita semua)


Akhir Zaman

Setiap hari ada 83 kes pendaftaran anak luar nikah. Apa masalah yang sebenar? Masalah yang sebenar bukan buang bayi, tetapi hubungan haram antara kedua pasangan. Lalu untuk menutup malu, anak dibuang kerana itu bahan bukti.

Lahir Anak Luar Nikah<-(dari) Hubungan Haram<-(kerana) Tiada Kawalan dari keluarga @ Tiada Keluarga= Sebab ( Ahli Keluarga Jahil Agama) Hidup Susah, Rupa paras tak lawa. Kemiskinan dan lain-lain

Itulah antara punca, remaja yang hidup tanpa kongkongan ibu bapa dengan ajaran agama, akan menjadi begitu. Atau remaja tanpa ibu bapa. Dia lari lari rumah, kes-kes perceraian turut menambah angka bilangan kes di atas.

Dalam surah Thaha ayat 124 Tuhan memberi amaran :

Barangsiapa yang berpaling (ingkar) dari mengingatiKu (mengikuti peraturan hidup bertuhan), maka (sebagai balasannya) baginya kehidupan yang sempit di dunia, dan (jangan lupa) di akhirat kami akan bangkitkannya dalam keadaan buta matanya" bertanya lah ia, wahai tuhan, kenapa Engkau bangkitkan kami dalam keadaan orang yang buta matanya, (aduhai susahnya berjalan, didunia saja susah untuk bergerak, ini kan pula di akhirat yang luas, tempat yang tidak pernah kita sampai), padahal aku dulu didunia adalah termasuk orang yang celik? sambung...



Demikian azab Allah terhadap manusia yang mengingkari suruhannya. Antara lain banyak kes-kes seperti itu adalah kerana kita hidup di akhir zaman.

Dizaman Nabi Isa, Firaun (Bang Un) membunuh kanak-kanak lelaki, habis semua anak lelaki dibunuhnya kalau dia jumpa, kerana takut kanak-kanak tersebut membesar dan akan merampas kerajaannya.

Dizaman Jahiliah era kelahiran Nabi Muhammad, manusia membunuh anak perempuannya, bahkan Saidina Umar antara salah seorang yang menanam anak perempuannya hidup-hidup, lantaran (adat sesat orang arab masa tu) malu mendapat anak perempuan yang kononnya tidak boleh buat kerja berat, itu dan ini.

Adapun dizaman kita ini, manusia membunuh jiwa tanpa mengira lelaki dan perempuan. Dicampaknya dalam tong sampah, dihanyutkan ke sungai, dibakar.... masya Allah. Manusia sudah berubah statusnya, dari makhluk yang sopan, kepada makhluk yang ganas, separuh gila, lebih dahsyat dari binatang kan.

Ada tak kita dengar haiwan membakar anaknya? Atau kambing meninggalkan anaknya di tepi masjid? Atau lembu menghanyutkan anaknya ke sungai Klang? Inilah dunia kahir zaman, dari itu, tuhan berpesan lagi..

Quuuu... anfusakum, wa ahliikum naara

"Jagalah diri kamu dan ahli keluargamu (isteri dan anak-anakmu) dari bakaran api neraka". Mungkin kita tidak boleh menjaga adik sendiri,bapa sendiri dan ibu sendiri, walaupun darah daging, (kerana masing-masing tidak sama) tidak mengapalah kalau sudah berusaha, tetapi jangan sampai anak-anak sendiri tidak terjaga, baik auratnya, sembahyangnya dan pergaulannya, apa lagi kalau tidak mampu menjaga diri sendiri.

Terima kasih kerana membaca



Isnin, 22 Mac 2010

Kematian adalah suatu kemestian

Aku ingin hidup seribu tahun lagi

Kematian adalah suatu kemestiantidak satu jiwa pun mampu menghindarinya. Sedikit sekali yang mahu menerimanya-kalau boleh bahawa semua orang merasa sangat berat meninggalkan hidup ini. Semua berkata dalam hatinya seperti ucapan Khairil Anwar : ”Aku ingin hidup seribu tahun lagi”. Al-Quran pun menggunakan kalimat serupa, ”Setiap seorang diantara mereka menginginkan seandainya dia diberi umur seribu tahun... Al-Baqarah : 96. Bahkan hanya seribu tahun.

Yang manusia inginkan adalah keabadian selama-lamanya. Keinginan itulah yang digunakan iblis nntuk menipu Nabi Adam dan pasangannya sehingga mereka berdua memakan pohon yang dinamai sang penggoda Syajarat Al-Khuld. (Pohon kekal – Thaha 120)

Sebab ingin hidup lama

Keinginan hidup kekal itu, antara lain disebabkan kerana umur manusia tidak sepanjang harapan dan cita-citanya. ”Semua orang mati membawa keinginannya (sehingga ke alam kubur) kerana keinginan manusia tidak pernah berakhir. Kalau ini terpenuhi, muncul lagi yang lain mendesak.

Maut menjadi falsafah dan huraian dalam agama. Bahkan seorang filosof Amerika kontemporari yang bernama Will Durant, menegaskan bahawa maut adalah asal-usul semua agama. ”Boleh jadi, kalau tak ada maut, Tuhan tidak akan wujud dalam benak (fikiran) kita,” begitu tulisnya dalam The Story of Civilization.

Fenomena maut adalah satu fenomena yang paling jelas dan kuat bagi makhluk hidup. Semuanya kalau boleh ingin mempertahankan hidupnya, semut kecil yang diremehkan oleh manusia pun, melawan jika hidupnya terancam.

Pandangan pesimis

Para filosof memiliki dua pandangan yang bertolak belakang tentang hidup. Ada yang pesimis sehingga memandang hidup ini sebagai sesuatu yang berat, penuh kesedihan dan kesulitan disepanjang jalan, lalu berakhir dengan maut yakni kepunahan (kemusnahan)

Sebaliknya, ada yang optimis, menilai hidup sebagai penghormatan dan tanggungjawab yang dapat berakhir dengan kebahagiaan dan berkekalan yang baru diperoleh melalui maut.

Sebahagian yang pesimis, menganut fahaman tok haji mumpung. (Asal-asal sahaja pergi haji, kerana berduit, bukan lantaran mahu bertaubat) ”Selama anda masih hidup, maka lakukan apa saja yang menyenangkan hati anda sekaligus mewujudkan eksistensi (keberadaan) anda, jangan hiraukan apapun, kerana pada akhirnya suka atau tidak, hidup anda pasti berakhir. Jangan hiraukan kesedihan atau kepedihan, kerana menghiraukannya pun tidak bermanfaat. Begitu lebih kurang logiknya sebahagian mereka.

Adapun sebahagian lain menyatakan bahawa hidup ini penuh kepedihan, kesedihan penyakit dan bermacam-macam masalah. Golongan ini berusaha menghiburkan diri dengan berkata,

”Alam raya terus berubah...kelahiran disusuli oleh kematian, kehidupan diakhiri oleh ketiadaan, dan kemusnahan, demikian silih berganti...sambutlah ia kerana pada akhirnya anda suka atau tidak anda (pun) akan turut musnah”.

Hiburlah diri anda...

Sebahagian yang berpandangan demikian menghibur dirinya dengan berkata ”kehidupan ini memang sesuatu yang sangat berat, manusia memang diciptakan untuk menderita, kerana itu sambutlah kematian dengan suka cita, kerana ia mengakhiri penderitaan anda. Jangan takut kepada kematian, kerana kedatangannya adalah kemestian, dan jangan juga takut dengan kemusnahan, kerana anda masi hidup lagi, hidup serupa dengan kehidupan anda yang lalu” begitu lah lebih kurang pandangan Nietzsche (Jerman) (1844-1900). Dalam pandangan yang lain beliau mengatakan bahawa Tuhan telah mati.

Bagi yang pesimis, dan takut menghadapi pedihnya kematian dihibur oleh filosof chopenhauer dengan berkata, ”Mengantuk itu nyaman, tetapi mati lebih nyaman, dan yang lebih nyaman dari segala yang nyaman adalah ketiadaan hidup”.

Alih bahasa dari Prof.Quraish Shihab
Sabtu, 20 Mac 2010

Lokasi Lawatan di Aceh


Rumah Cut Nyak Dien, Pahlawan Muslimah Aceh. Lhoknga


Muzium Tsunami

Masjid Teuku Umar, Jalan Stui

Institut Agama Islam Negeri Ar-Raniry, Banda Aceh (Jamiah Ar-Raniry) Tempat mahasiswa Malaysia belajar Agama

Masjid Raya Baitur Rahman


Tapak Tsunami
Pasentren Lam Ato'
Pasentren Aceh Barat
Insya Allah, kalau tiada halangan, bulan Jun sempena cuti sekolah, bagi yang berhajat untuk menjejak kaki disana, boleh lah mula mengumpul duit sikit-sikit.

Sejauh 2km dari laut, kapal ini dibawa ke sebuah perkampungan berhampiran bandar Kota Banda Aceh. Saya cuba melawat peninggalan sejarah awal ini 2 tahun yang lalu. Kapal ini seberat 200,000 ton dan tak mungkin boleh dibawa ke laut kembali, melainkan dengan kuasa Allah Taala jua. Saya melihat rumah-rumah di sekeliling kapal ini, tinggi juga rupanya air ini, kira-kira separas bumbung rumah, kalau tidak masakan kapal ini boleh berada di sini.

Pandangan dari sisi depan kapal

Melihat Kebesaran Tuhan

MengingatiNya Semoga di Ingat


Ingatlah Daku (ALLAH) nescaya Aku (ALLAH) akan ingat padamu (wahai manusia)
Al-Baqarah : 153

ALLAH berpesan kepada manusia (hambaNya yang mengaku beriman kepadaNya), sentiasalah mengingati ALLAH, nescaya Dia yakni Allah akan mengingatimu.

Jika ALLAh mengingati kita, segala permintaan mudah dikabulkan, kesusahan akan bertukar menjadi kesenangan, sempit kelihatan, tetapi lapang didalam jiwanya. Ingat ALLAH di dunia, nescaya Dia akan mengingati kita di akhirat, semasa kita berdepan dengan kesusahan.

Mengingat Tuhan adalah secara ingatan dalam fikiran, mengingati kehebatannya, mensyukuri nikmat-nikmatNya, nikmat Islam terutamanya, mengingatNya juga secara hukum, mematuhi segala hukum-hakamNya. Baik senang bagi kita mahupun sukar untuk melaksanakannya.



Tidak menjadi masalah bagi Tuhan jika hambaNya melupakan diriNYa. Sebab dia telah berjanji, bahawa setiap perbuatan pasti ada pembalasannya. Yang lupa padaNya di dunia, atau buat-buat lupa, melalaikan perintah sembahyang contohnya, dengan bermacam alasan, bacalah ayat 124 Surah Thaha ini.



Dan Barangsiapa yang berpaling dari mengingati Aku (tak mahu ikut perintahKU) maka baginya (balasan) kehidupan yang sempit didunia, dan Kami akan membangkitkannya di akhirat kelak, dalam keadaan buta matanya.
Jumaat, 19 Mac 2010

Bekukan pengambilan pekerja asing dari Lombok – Puteri

KUALA LUMPUR 19 Mac - Pergerakan Puteri UMNO menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) membekukan pengambilan pekerja asing dari Lombok, Indonesia berikutan trend kahwin lari melibatkan gadis-gadis Malaysia dengan lelaki dari wilayah terbabit yang semakin membimbangkan kini.

Ketuanya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, pihaknya memperoleh maklumat yang mendakwa kira-kira 500 wanita Malaysia berada di Lombok sekarang ini, akibat terjerat oleh ikatan perkahwinan dengan lelaki dari wilayah berkenaan semasa mereka bekerja di negara ini.

"Pembongkaran satu demi satu kes kahwin lari melibatkan lelaki dari Lombok menuntut satu mekanisme yang perlu dilaksanakan segera oleh kementerian berkenaan bagi membendung gejala yang tidak menyenangkan itu.

"Puteri UMNO percaya ada lagi kes gadis Malaysia nekad meninggalkan keluarga masing-masing gara-gara berkahwin dengan lelaki dari Lombok dan terpaksa mengharungi penderitaan sepanjang berada di negara orang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Rosnah berkata, pihaknya tidak mahu trend yang semakin berleluasa itu mengakibatkan ramai gadis terpaksa berkorban masa depan mereka dan anak-anak yang bakal lahir. – Bernama

Kenduri Anak Maan Diran


Aik siapa kahwin ni? Seorang sahabat lama, En.Maan Diran baru-baru ini melangsungkan perkahwinan anaknya. Majlis kenduri tersebut di adakan di dataran Bandar Bangi. Kelihatan En.Maan selaku tuan rumah tidak dapat duduk, kejap kejap bangun, dan tak sempat menjamah makanan disebabkan terpaksa melayan tetamu yang hadir.

Beliau berketurunan Jawa Johor, sempat mengajar di Sekolah Kebangsaan Sering satu ketika dulu (tahun 1993). Tak sangka setelah berpisah lama, bertemu kembali di bawah PPD Hulu Langat. Beliau sekarang mengajar di SK Bandar Baru Bangi Jalan 2 menjadi pengedar Majalah Solusi dan mengadakan ceramah kuliah bahasa Arab di sekitar surau dan masjid berdekatan.
Rabu, 17 Mac 2010

Motor Paling Hampeh


DEMAK.Inilah motor paling hampeh di Malaysia. Nasihat saya kepada semua, agar jangan membelinya, kalau tidak anda akan menyesal tak sudah.

Sudahlah keras, ganti spring baru pun masih keras, apabila anda naik motor ini melalui jalan yang berlopak dan kurang licin, gegarannya boleh dirasakan sampai ke taik telinga.

Harga cuma murah sedikit. Hantar semula kedai, mana kedai mau ambil lagi. Tauke kedai pun belum pernah naik sebenarnya motor ini. Bagaimana rasanya dia tidak tahu.

Baik beli EX5 atau Honda Kriss. Lagi baik, boleh ke ulang alik tempat kerja yang jauh dengan baik. Tuan-tuan tengok kat mudah.com, kebanyakan orang membelinya akan menjual semula, padahal tak sampai 2,000 km lagi.

Saya sendiri nak jual, tapi sampai sekarang tak laku-laku juga.
Selasa, 16 Mac 2010

Sejenak di Hospital

Mungkin tiada manusia tak pernah ke hospital . Petang tadi dari sebelum asar saya berada di Hospital Kajang hinggalah Maghrib. Alamak ramai nya orang. Dan sibuknya para doktor...

Lantaran terlalu ramai pesakit, doktor sendiri terlupa untuk solat. Ketika jam menunjukkan 7.15, seorang doktor perempuan bersuara:

Alamak...saya belum solat Asar lagi.. Lantas dia tinggal semua kerja dan bergegas ke tempat solat. Padahal sudah hampir maghrib. Entah berapa ramai lagi pesakit dan perawat yang terlupa dan buat-buat lupa sholat.

Ada pula seorang ibu bertanya kepada isteri saya semasa meninta izin untuk solat Asar, awak masih sembahyang lagi ke? Saya dah tak larat dah...sambungnya.

Sebenarnya tergantung pada diri kita jawab isteri saya, kalau ada kekuatan dalaman, kita pasti boleh lakukannya.

Hmmm...rupanya ada manusia yang apabila mengandung sarat, muatan penuh katakan, dia tinggalkan sembahyang. Padahal sembahyang itu wajib, meninggalnya adalah berdosa besar. Itu yang cuti kerana hamil. Yang cuti sepanjang hidup....ada lagi.

Wah...wah...sedap sungguh kau hidup dimuka bumi ini ya, makan rezki tuhan, hirup udara tuhan...ke sana sini dengan rezki tuhan, tetapi sembahyang belakang kira.

Mereka memandang enteng perihal sholat. Entah berapa ramai manusia yang dangkal ilmu, tidak mengerjakan solat. Ilmu yang di ajar mungkin sudah tumpah... Ilmu tentang adanya azab kubur dan siksaan neraka. Bukan ilmu saraf dan lapisan kulit.

Dalam sebuah hadis Nabi bersabda, "Setiap muka bumi ini adalah masjid, kecuali kubur dan tandas". Dan dalam Hadis yang lain, "Yang pertama-tama akan ditanya ketika manusia bangkit dari kubur kelak adalah perihal sembahyangnya"

So, ambil berat lah soal sembahyang, hidup ini sementara cuma. Tiada siapa yang dapat membantu kita, semasa jasad kita berada dilapisan tanah, ketika ulat-ulat sedang memamah isi dan dagingnya.

Solusi Hadir Mengisi Kekosongan

Salam pertemuan, kali ini saya ingin melontar sebuah pandangan peribadi, hanya sebuah pandangan berkaitan Majalah Ilmiah di Malaysia.

Jika anda membaca halaman pendapat pada Majalah Solusi, ramai yang memuji kehadirannya, bertepatan dengan jiwa yang dahagakan ilmu agama. Seorang kaunselor SMK Saujana Impian, En.Zaher bin Ahmad (gambar sebelah kiri) mengatakan "Majalah ini patut dibaca dan dimiliki oleh semua kaunselor, kerana di dalamnya amat banyak bahan yang menarik dan boleh digunakan oleh kaunselor sekolah".

Sayangnya belum ramai yang jatuh cinta dengan Majalah ini kerana belum mengenalnya. Rata-rata mereka yang pernah membacanya, akan mencari jilid-jilid yang sebelumnya. Apa yang menariknya ialah banyak perbahasan tentang agama dibincang seperti soal aurat, ibu bapa derhaka, hati dan lain-lain. Ini menjadikan majalah ini seakan baru muncul bagi rakyat di Malaysia.

Sesungguhnya saya lebih suka sebenarnya, jika adanya sebuah Majalah di Malaysia yang mengupas isu dan dunia kesufian.

Jika di Indonesia, saya tertarik membaca Majalah Sufi. Saya sempat belinya samapia 10 buah ketika berada di Jakarta tahun 2001. Namun sayang sekali, bumi Indonesia sangat luas, majalah ini tidak sampai di Aceh tempat saya menuntut ilmu. Ada satu tajuk yang menarik pernah saya baca iaitu "Sufi Berdasi ". Artinya sufi bertali leher.

Alangkah nyamannya hidup, jika setiap hari ruh kita disirami dengan ilmu tasauf, penyuci jiwa. Namun sayang lagi, Malaysia sebuah negara yang kecil, berbanding Indonesia, penulisnya ramai dan ilmunya bertebaran dimana-mana. Sampai di Jakarta sebuah kota yang besar, jika anda sampai di sana, anda pasti akan melihat iklan pengajian tasauf dimana-mana, padahal itu dibandar lho.

Bagi anda yang belum memiliki Majalah Solusi bulan ini (Mac) saya ada stok 7 buah lagi. Yang berdekatan dengan Kajang, Bangi dan Nilai boleh lah mendapatkannya samada untuk bacaan sendiri atau di edar pada rakan-rakan anda.

Oleh : Noorhisham Hamzah
Sabtu, 13 Mac 2010

DVD Integriti Warga Pendidik

Bagi yang berminat untuk memiliki DVD Integriti Warga Pendidik, boleh hubungi penulis.

DVD yang mempunyai 79 fail ini, 3 Power Point dan selebihnya adalah video dalam format wmv dan flv akan dijual RM8.00 sekeping. Sebahagian wang ini akan dimasukkan ke tabung Majlis Guru Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Rendah Daerah Hulu Langat

Nota : Sekeping DVD sama dengan 5 keping CD
Rabu, 10 Mac 2010

Kapankah derita kan berakhir



Ada masanya manusia akan berdepan dengan ujian, dia akan terduduk dan memikirkan, kenapakah aku menjadi bahan ujian Allah? Kenapa tidak orang lain? Dia terlupa, walhal semua manusia dicipta untuk berdepan dengan ujian. Cuma jenis ujian dan keperitannya berbeda.

Ibarat roda, ia tetap berpusing, sekali dibawah, sekali di atas. Masa di atas kita senang dan bahagia, masa dibawah, kita susah dan menderita adakalanya. Bukankah derita seorang muslim itu adalah penghapus dosa bagi dirinya?

Cuma jangan sampai, kita menanggung susah di dunia, dan terpaksa menanggungnya sekali lagi buat kali kedua di dalam kubur, dan akhirat. Cuba bayangkan, kalau sakit di hospital, masih ada keluarga, sekurang-kurangnya nurse yang membantu, tetapi kalau di alam kubur? Siapa yang bantu?

Dan kesusahan yang kita alami, tidak akan ada titik nokhtahnya, sehingga nyawa bercerai dari badan.Usah bertanya, sampai bila, kerana bukan hanya kita manusia, makhluk bernama haiwan pun, turut merasakan susahnya hidup.

Bukankah mereka terpaksa berpanas ditengah padang? Tidur dalam kandang tak berselimut. Kadang-kadang terkena virus dan penyakit. Mata mereka pun menangis, hati mereka pun hiba, mungkin mereka bertanya, kenapa aku dijadikan lembu....oh tuhan.

Bodoh macam lembu

Lebih menyakitkan aku, manusia sering menyindir aku apabila mereka bertelagah,"bodoh macam lembu",di sebutnya kuat-kuat. Lebih memeritkan, aku tak dapat menjawab semua tuduhan-tuduhan mereka.Bagaikan aku sahaja yang bodoh dalam dunia ini.


Saudara, Bukankah usia mereka singkat, lebih singkat dari usia kita. Hidup kita berjasad di bumi, dan jangan lupa. kita juga akan hidup tanpa jasad di alam kubur. Siapa kata kita kan mati? Kita tak akan mati, yang mati bukan kita, tetapi adalah jasad kita, mata kita,tangan, mulut dan seluruh anggota.

Pandanglah tangan anda, hmmm... sudah berapa banyak dia berjasa membantu anda menyelesaikan urusan anda didunia ini? Masih ok kan, satu masa, dia akan berkedut, lemah longlai, dan tak berdaya lagi, mungkin saat itu anda pun tidak sempat untuk mengucapkan selamat tinggal padanya.





Justeru, apa yang perlu anda lakukan sekarang, adalah banyakkan taubat, minta ampun kesemua dosa-dosa, mungkin kematian akan mendatangi anda dengan cara yang berlainan. Ketika anda sendiri tidak menyangka pun, bahawa hari itu, anda akan meninggal. Tanpa siapa yang anda sayangi di sisi.


norish...

Isnin, 8 Mac 2010

Kita Dalam Gawat


ANDA pernah dengar atau baca tentang SPADA? Ya SPADA. Speacial Programme
for Alcohol and Drug Abuse. Sebuah program bertaraf Diploma Siswazah, yang menawarkan cuti bergaji penuh dan elaun biasiswa tambahan bulanan sebanyak RM900.00.

Syarat kemasukan adalah mempunyai Ijazah dalam bidang kaunseling, psikologi, dan pengurusan kemanusiaan. Topik yang dipelajari ialah kaunseling penagihan, farmakologi, Isu-isu Dadah Dunia, Dadah dan Agama serta lawatan sambil belajar ke pusat-pusat serenti kerajaan dan swasta.

Beruntung yang mempunyai ijazah bidang tersebut, kerana bukan ramai yang berminat untuk mengkayakan dirinya dengan ilmu berkaitan penyalahgunaan dadah ini. Ilmu ini boleh dimanfaatkan di sekolah dan tempat kerja. Program ini telah berjalan selama 5 tahun di USIM, Nilai dan UMS, Sabah.

Namun sayangnya, bermula tahun ini, biasiswa tiada untuk yang berminat. Cuma cuti dan bergaji penuh sahaja. Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) atau UMS abah.
Ahad, 7 Mac 2010

Jasa mu di kenang



08 Mac 2010
. Warga sekolah mengucapkan selamat bertugas di tempat baru kepada Puan Aminah binti Muhammad Fiah selaku PK Kokurikulum yang akan berpindah ke SK Kajang.

Setiap, jasa, tunjuk ajar dan budi baik akan dikenang sehingga akhir hayat, Insya Allah. Begitulah putaran roda kehidupan, setiap yang datang akan pergi. Patah tumbuh hilang berganti.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...