Welcome

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Etiam pharetra, tellus sit amet congue vulputate, nisi erat iaculis nibh, vitae feugiat sapien ante eget mauris.

Follow us


Ask a question

Name

Email

Question

Submit

Link Blog

Senarai Blog Saya

Senarai Blog

Sample text


Emel : afraima@yahoo.com..febook : facebook.com/skbangi
.Facebook : facebook.com/skbangi



Blogger

Blogger
Noorhisham Hamzah Sarjana Sosial Islam, Kaunselor SK Bangi, Ijazah Sarjana Muda Indonesia, Ijazah Lanjutan, Drug Abuse, USIM, Emel afraima@yahoo.com

Makam-Makam Nabi

Blogger news

Diri Admin

Noorhisham Hamzah
Emel afraima@yahoo.com
FB facebook.com/skbangi

Blogger templates

Jika terdapat sebarang persoalan untuk dijawab, boleh lah di hantar ke afraima@yahoo.com afraima@yahoo.com

Anda yang Datang

Twitter

Link

Terima Kasih Atas Kunjungan Ilmu dikongsi,ganjaran diharap

ShoutMix chat widget

Pelawat

Halaman

Dikuasakan oleh Blogger.

Twitter

Ads 468x60px

About Me

Teman

Archives

Cari Blog Ini

fb komen

Featured Posts

Selasa, 30 November 2010

Profesor Yang Mengenal Tuhan

"Man 'Arafa Nafsahu, 'Arafa Rabbah" Siapa yang mengenal dirinya, maka dia kenal siapa Tuhannya. Demikian sebaris ayat dalam pelajaran tasauf. Sukar untuk mencari ilmuan yang mengenal Tuhan.

Salah satu buku tasauf yang saya miliki judulnya Ana Al-Haq, mendapat reaksi dari pembaca blog untuk memilikinya, untuk pengetahuan pembaca, banyak buku tasauf yang saya temui berada di Kota Bharu dan di Kota Bharu juga boleh ditemui orang-orang tasauf. Mereka berniaga, ayam, surat khabar, sayur dan macam-macam, tetapi malam hari mereka berkumpul sesama mereka, belajar ilmu ketuhanan. Jelas diwajah mereka, ada nur..ada cahaya... sungguh berbeza. Saya yang mempunyai Degree...sungguh kecil didepan mereka yang tak punya ijazah. Kerana ilmu mereka membuat saya kaku membisu.

Pun di Negeri Sembilan, setahu saya selama ini, ramai orang ber-thoriqoh. Orang yang berjalan menuju Tuhan melalui satu high way khusus buat menuju Tuhan.

Anda pernah dengar nama Abu Yazid Al-Bustami? Ya...beliau berasal dari satu Daerah yang dipanggil Bustam, kalau tak salah di Negeri Iraq. Salah satu cerita beliau yang ada dalam Karya 65 Orang Wali Allah, atau Tazkiratul Aulia tentang beliau adalah, ketika mana beliau sedang duduk dalam majlis berzikir bersama anak muridnya, tiba-tiba terlontar dari mulutnya dalam keadaan zuq (satu keadaan dimana seseorang itu tidak sedar) ana al-haq. Yang mana kalau diterjemahkan memberi makna, Aku lah Al-Haq (salah satu nama Allah).

Anak muridnya pun bertanya, kenapa Tuan berkata seperti itu tadi? Jawabnya, mana ada, saya tak sebut demikian. Baiklah kalau ada lagi selepas ini saya berkata lagi, kamu pancunglah leher saya. Menyebut Akulah Tuhan (Al-Haq) adalah menyalahi dari segi syariat dan adat. Di Aceh, seorang ulama sufi, juga menyebut hal yang sama, akhirnya di hukum bunuh.

Maka diteruskan lagi majlis berzikir itu... tak lama kemudian, terlontar lagi perkataan ana al-haq, maka berlari-larilah anak murid nya mendapatkan pedang. Ketika anak muridnya sampai di tempat Abu Yazid, dilihatnya dalam kamar itu penuh dengan Abu Yazid. Dimana-mana semuanya Abu Yazid. Maka mereka memancung kesemua Abu Yazid itu, tetapi pancungan mereka seperti memancung angin sahaja. Tak satupun yang mati.Sehingga mereka keletihan dan berhenti.

Akhirnya lagi.... semua Abu Yazid yang ada disitu pun berkumpul dalam satu jasad Abu Yazid, sambil berkata, inilah Abu Yazid.....

Saudara Faham? Dia tidak hancur, kerana dia tidak salah secara hakikat, hanya menyalah syariat. Itulah orang tasauf. Orang yang kenal Tuhannya. Sayangnya, kalau anda melewati UKM, akan terpampang di skrin UKM beberapa orang kenamaan di dalam Universiti itu, adalah perempuan ber-title profesor, tetapi rambut menggerbang... Bagaikan orang bukan Muslim. Ya... Bukan Muslim yang patuh pada syariat Ilahi.

Apalagi kalau nak kata mengenal Tuhan. Mereka sebenarnya tiada ilmu. yang ada hanyalah pengetahuan semata. Kata Al-Ghazali, ILMU itu ialah sesuatu maklumat yang membuatkan seseorang menjadi takut kepada Tuhannya. Selagi tiada perasaan gerun dan takut, dan tiada bukti ketakutan itu pada tingkah-laku, dia sesungguhnya bukan berilmu...Hanya berpengetahuan.

Demikian saya belajar, antara ilmu dan pengetahuan itu berbeza, sedangkan di atas ilmu, ada lagi falsafah. Di atasnya lagi, Al-Quran.Masya Allah. Kalau tidak saya pernah Prof. Dr.Warul Walidin, tidak lah saya tahu akan hal ini.

Mereka Perlu Perhatian

-Saya bertanya kepada respoden, apakah budak-budak (yang hisap dadah) sekarang tidak tahu bahaya dadah? Oh…mana boleh, dia memang tahu….berapa banyak katanya signboard ditepi jalan yang menyatakan dadah itu bahaya. Apalagi di masjid-masjid pun turut di pacak dadah itu haram..hehe… manalah bebudak ni pergi masjid.

So, apa sebabnya dia ambil dadah, kalau dah tahu benda tu meng-jahanam-kan diri kita. Ini jawapannya. Mereka sebenarnya inginkan perhatian, kalau dalam kelas, dia jelous, kenapa si mamat tu..... guru asyik sebut nama dia je, kenapa tidak aku, lalu dia cari sesuatu supaya dia pun turut diperhatikan.

Samalah dalam keluarga, penagih biasanya manusia yang tidak mendapat perhatian dari ahli keluarga sebagaimana orang lain, atau sebagaimana sewajarnya dan sewaktu dengannya. Kesibukan ibu dan bapa, dua-dua bekerja, mereka tak sempat nak membelai anak-anak, maaf cakap, seorang rakan kaunselor berkata, ada kes pelajar hamil, sedangkan mak ayahnya bukan keluarga bercerai-berai....apa sebab nya, bila di sesi kaunselingkan.... nampaknya hubungan ibu bapa dan anak-anaknya antara punca anak jadi begitu.

Kita sibuk cari harta, untuk meneruskan hidup. Ya lah...tak cari...benda tu perlu. Tapi ini pula yang terjadi.
Ahad, 28 November 2010

Mencari Sezarah Iman


AMPANG. 29 Nov 2010. Majlis Agama Islam Selangor di bawah Pusat Pemulihan Ar-Riqab telah mengadakan satu seminar khas. Para peserta terdiri dari wanita dari rumah kebajikan yang telah terlanjur dan lelaki Pengidap HIV dari beberapa rumah kebajikan. Antaranya Istana Budi, Raudhatus Sakinah,Teduhan Kasih.

Penceramah jemputan diawal pagi ialah En.Noorhisham Hamzah, Kaunselor SK Bangi, beliau mengisi 2 slot khas. Ceramah berkisar tentang kehidupan dan dihujungnya ada kematian. Kematian mesti disentuh untuk menghidupkan kembali jiwa yang telah lama alpa.

Seorang IDU, Inject Drug User didekati, saya bertanya, apa yang tuan mahu saya sampaikan dalam ceramah ini (slot 2). Ha...kalau boleh, tolong sampaikan tentang penyakit, saya memang ada HIV, tapi orang tak mahu kawan, dia ingat akan berjangkit. Tolong la bagi tau kalau boleh, ianya tak berjangkit.

2 malam sudah pun, saya intebiu dengan bekas IDU Heroin, sekarang terpaksa menanggung derita HIV, ubat terpaksa diberli Rm1400,00 sebulan. Apa jadi kalau lah katakan terlupa makan ubat ini tanya saya pada yang hadir hari ini di sini, menggigil lah, macam orang kelaparan sangat-sangat katanya. Tapi ubat saya tak ada lah macam Rm1400,00 tu, itu kira dah heavy sangat dah.

Terima Kasih kepada Pengelola, Ustazah Hafizah yang bertungkus-lumus mahu Seminar ini menjadi kenyataan. Saya yang datang awal pagi, terkejut melihat bilik yang kecil, kerana saya berfikir yang akan hadir ialah ratusan pelajar. Oh tidak, ianya cuma 17 orang tidak termasuk pihak pengurusan.

Apa pun, saya cuba menyampaikan titik-titik penting yang padu, untuk mengisi makna kehidupan seorang manusia yang pernah jatuh dalam lubang dosa, nista, kebencian masyarakat, tohmahan manusia. Apapun, kita harus redha, kerana masa yang ada ini, peluang yang masih tersisa ini, jauh lebih baik dari kekayaan yang pernah kita miliki satu masa dulu.

Allah sangat Maha Pengampun. Takut pada Ular, jauhi....takut pada Allah dekati...Sekian Wassalam

Antara Pulangnya 2 Guru

SEMENYIH. 28 Nov 2010. Hari ini, saya ziarah 2 orang guru. Seorang guru besar, meninggal dunia petang semalam, dan disemadikan dengan aman pada pagi ini di tanah Perkuburan Islam Bandar Tasik Kesuma. Pulangnya seorang guru besar....

Beliau meninggal disebabkan sakit jantung yang menyerang secara tiba-tiba. Kelihatan anak-anaknya masih muda dan kecil. Kepada keluarga yang ditinggalkan, semoga dapat bersabar menempuh perjalanan hidup ini yang sudah ditakdir begini.

Hadapilah dengan penuh keinsafan, setiap bernyawa pasti ada menemui ajalnya. Kepada anak lelaki, jagalah solat dan adab-adab kita, kepada yang perempuan, jagalah aurat dan solat juga, biarlah ruh itu merasa aman di alam sana.

Pada malam Jumaat adalah dikatakan bahawa ruh itu akan kembali ke rumahnya, janganlah kita ketika itu, sedang sibuk dengan TV dan hiburan, ada baiknya kita duduk dalam keadaana mengaji, menunggu masuknya waktu sembahyang dan bacakan ayat-ayat Al-Quran. Sungguh! Dia melihat kita semua, walau kita tidak melihat dia, SUNGGUH! Dia mendengar kita berbicara, walau kita tidak mengetahuinya.

4 Jenis kematian
1.
Matinya laksana haiwan, dengan erti kata lain, tiada guna hidupnya
2. Matinya dalam keadaan kurus kering, kurang pahala amalnya
3.
Matinya bagaikan orang yang tidur, penat bekerja sewaktu hidup, maka matinya bagi dia adalah satu kerehatan
4.
Manusia yang mati, tetapi sebenarnya tidak mati. Hal ini disebut sendiri oleh Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 154

Diriwayatkan, bahawa apabila ruh itu telah meninggal badan, maka ada suara 3 kali dari langit.
1. Hai anak Adam, engkau kah yang meninggal dunia, atau dunia yang meninggal kamu?
2.
Engkau mengumpul dunia, atau dunia mengumpul kamu?
3.
Engkau membunuh dunia, atau dunia membunuh kamu?

Apabila diletakkan di atas pemandian, maka ada 3 seruan pula
1.
Hai anak Adam, dimana badanmu yang kuat, apa yang menjadikan engkau lemah?
2.
Dimana lisanmu yang fasih, apa yang menyebabkan engkau diam?

3. Dimana telinga mu yang tajam, apa yang menjadikan engkau pekak?

4. Dimanakah kekasihnya yang cantik, apa yang menjadikan engkau sunyi?

Apabila diletakkan di kapannya, maka ada seruan 3 kali dari langit.

1. Hai anak Adam,keuntungan bagimu,apabila engkau ditemani oleh keredaaan Allah dan celaka engkau apabila engkau di iringi oleh Murka Allah.

2. Hai anak Adam, untung bagimu kalau tempat tinggalmu syurga dan celaka engkau apabila tempat mu neraka.

3. Hai anak Adam,engkau menempuh perjalanan jauh tanpa bekal, engkau keluar dari rumahmu,serta tidak akan kembali lagi selama-lamanya, dan engkau akan menempati rumah yang penuh dengan risiko dan manakutkan.

Apabila dia diangkat di atas usungan mayat, maka begitu juga ada seruan lagi dari langit.

1. Hai anak Adam, untung bagimu kalau perjalananmu baik.

2. Hai anak Adam, untung bagimu kalau sudah bertaubat.

3. Hai anak Adam, untung bagimu kalau sudah bertaat kepada Allah.

Apabila diletakkan untuk solat,maka ada 3 seruan.

1. Hai anak Adam,semua amalan yang engkau kerjakan sekarang ini engkau lihat.

2. Apabila amalmu baik, maka engkau lihat baiknya pula.

3. Apabila amalmu jelek, maka jelek pula engkau kan lihat.

Apabila usungan mayat diletakkan ditepi kubur

1. Hai anak Adam, alat keramaian apakah yang engkau bawa sebagai bekal untuk tempat yang kosong sunyi begini?

2. Kekayaan apakah yang engkau bawa untuk tempat yang faqir ini?

3. Penerangan apakah yang engkau bawa, untuk tempat yang gelap ini?

Apabila diletakkan didalam liang lahad,

1. Hai anak Adam, engkau dipermukaanku tertawa dan sekarang engkau menangis didalam ku.

2. Engkau dipermukaanku bergembira, dan engkau menjadi susah didalamku.

3. Engkau dipermukaanku berbicara dan engkau menjadi diam didalamku.

Dan apabila orang sudah kembali meninggalkannya maka Allah Taala berfirman.

“Wahai hambaKu, sekarang tinggallah engkau seorang diri, ditinggalkan engkau didalam kegelapan kubur, dan engkau selama ini telah melawan Aku dengan dirimu, sedangkan Aku sayang pada mu, dengan rahmatKu sehingga menakjubkan semua manusia jika lau mereka mengetahuinya, dan Aku lebih kasih sayang kepada hambaKu lebih dari kasihnya seorang ibu kepada anaknya”.

Sabtu, 27 November 2010

Jejak Turning Point

KUALA LUMPUR. Semalam saya sempat menemuramah 4 orang bekas penagih dadah didalam sebuah hotel di Kuala Lumpur. Dari jam 5 petang hinggalah 1.00 pagi, mata dah beberapa nak tutup kelopaknya, nampaknya saya kena balik dulu, walaupun ramai lagi yang belum tiba,

Beberapa orang silih berganti, sambil bercerita. Supaya sesi temuramah tidak menjadi rasmi dan kaku, kami saling bercerita. Dan mereka dengan kisah dunia masing-masing sewaktu zaman puluhan tahun dahulu.

Tujuan temuramah ini untuk mendapatkan Apakah sebab-sebab mereka berjaya berhenti dari menagih dadah heroin. Kerana dulu memang heroin antara yang paling kuat, masa tu, mana ada syabu, ice, domikon, eramin 5 dan sebagainya macam hari ini katanya.

Otai-otai ini adalah orang lama dalam dunia penagihan dan telah berhenti sekian lama. Mereka masih menjalani pemulihan kekal, sesungguhnya tiada ISTILAH pulih bagi penagih sebenarnya.

Kata mereka, aku lihat penagih hari ini, mana ada khayal macam kita dulu, ah...macam tak ada apa lah. Aku dulu 3 hari tidur sambil duduk, katanya sambil menunjukkan, cara duduk, duduk bersila kemudian kepada terduduk di lantai. Bila kami sampai KL katanya, tauke dah jamu dah...hingga 3 hari.lepas tu baru kami beli dan bawa balik. Pernah merompak dan buat kes jenayah tak, saya tanya, jenayah tak ada lah, tapi mencuri pistol dan kereta ada lah jugak.

Nampaknya, apa yang saya temukan dalam beberapa sesi kali ini adalah, kesemua bermuara kepada satu titik nokhtah yang sama. Kenapa mereka ingin berhenti dan berjaya ? Sedangkan, ada puluhan ribu penagih dadah yang jatuh bangun dalam lubang penagihan. Bahkan ada yang lebih dahsyat menagih yang lebih dari dulu (syabu) setelah membuat pusingan untuk pulih.

Titik-titik ini insya Allah akan dibukukan.

Kalau ditanya, semua penagih sebenarnya mempunyai keinginan untuk berhenti.Tapi kenyataan menjadi data, tidak semua yang berjaya, lebih sadis hanya 1 dalam seribu yang pulih.

Ketika hendak merapati hotel tersebut, tepat di Kampung Baru, seorang makcik menelefon saya, katanya, dia ingin sekali membawa anaknya ke Mekah mengerjakan umrah supaya anaknya dapat berhenti dari menagih. Saya memang kenal anaknya, sudah 2 kali masuk pusat serenti yang sama, dan sebelumnya, keluar dari sebuah tempat rawatan dan pemulihan berkonsepkan agama. Pun masih menagih, dan sekarang di pusat rawatan swasta. Untuk masuk pusat yang terakhir ini, kos register adalah Rm4,000.

Saya menyokong lah mak cik, mudah-mudahan dia akan sedar, walaupun saya tahu, ada jugak, ramai penagih yang ditambang ke Mekah untuk mengerjakan umrah supaya berdoa disana, pun masih menagih bila menjejak kaki ke Malaysia. Tetapi..inilah usaha, inilah ikhtiar kita, biar dia tahu, betapa sungguh-sungguh nya kita, nak kan dia bebas merdeka dari belenggu penagihan.

Saya juga dapat info baru, salah seorang yang saya temuramah adalah pengidap HIV. Dia terpaksa menghabiskan wang RM1,400 sekarang ini untuk belanja ubat setiap bulan, bagi membantu mengimbangi HIV nya. Sungguh.....satu perjuangan yang berterusan hingga akhir hayat, ingatkan bila dah berhenti, hilanglah segala kesusahan, namun.... dengan kudrat yang semakin longlai, tiada pekerjaan tetap, terpaksa mencari wang sebanyak itu hanya untuk ubat sahaja.

Oh ya, terima kasih juga kepada seorang pegawai kerajaan dari Negeri Sembilan yang menghubungi saya untuk membantu ahli keluarga nya yang terjebak. Mudah-mudahan ada jalan keluar untuk masalah yang keluarga anda hadapi. Mungkin artikel ini sedikit sebanyak boleh membantu. Link, SO, sertefican others

Memang sungguh rumit, jika hendak membantu ahli keluarga yang telah jatuh, bukan sahaja kena jaga perasaan dia, bahkan berkorban perasaan kita, lebih memeningkan lagi wang kita pula yang habis. Melihatkan fenomena penagih masuk pusat seakan tidak memberi apa-apa makna padanya.

Seorang bekas penagih malam tadi pun berkata, saya tak pulih dengan cara masuk pusat. Ah...katanya, tak ada apa masuk pusat, saya pulih dengan cara sendiri, inilah yang sedang saya kumpul untuk dikoleksi, supaya menjadi rujukan umat yang ingin kembali ke jalan benar.
Jumaat, 26 November 2010

4 Jenis kematian

1. Matinya laksana haiwan, dengan erti kata lain, tiada guna hidupnya,
2. Matinya dalam keadaan kurus kering, kurang pahala amalnya
3. Matinya bagaikan orang yang tidur, penat bekerja sewaktu hidup, maka matinya bagi dia adalah satu kerehatan
4. Manusia yang mati, tetapi sebenarnya tidak mati. Hal ini disebut sendiri oleh Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 154

Diriwayatkan, bahawa apabila ruh itu telah meninggal badan, maka ada suara 3 kali dari langit.

1. Hai anak Adam, engkau kah yang meninggal dunia, atau dunia yang meninggal kamu?
2. Engkau mengumpul dunia, atau dunia mengumpul kamu?
3. Engkau membunuh dunia, atau dunia membunuh kamu?
Rabu, 24 November 2010

Tiadalah Dalam Dunia ini.....


Masih menghuraikan tentang dunia, seorang sufi berkata, jika engkau asyik menyebut tentang satu perkara, itu juga bererti kamu meminatinya...oh...minta jauh dari pengertian itu, saya ingin bicara tentang dunia, hanya sebagai perkongsian sahaja, yang digali dari sepotong ayat Al-Quran, rupanya mendalam pengertiannya, walaupun ayatnya ringkas.

Dalam sebuah permaian, kita ambil contoh bola sepak, ada beberapa inti yang boleh kita dapati.

1. Had Kawasan
Anda hanya boleh bermain dalam garisan ini sahaja, maknanya kita hanya disuruh beribadat didunia sahaja. Dalam kubur tiada lagi peluang untuk ibadat. Bumi inilah had nya. Bulan pun masih masuk dalam garisan planet bumi.

2. Had Tindakan
Angkat kaki tinggi tak boleh, pegang atau sentuh dengan tangan tak boleh, maknanya ada benda yang boleh kita buat, ada yang dilarang. Inilah ragam hidup. Mencuri, mendera orang tak boleh,

3.Penipuan
Penipuan adalah satu taktik dalam permainan. Ada orang menipu sebab nak menang, begitulah dalam hidup ini, kadang-kadang kita ditipu, boleh oleh orang yang jauh, tetapi saudara sendiri yang dekat. Inilah ragam dunia,

4. Perebutan
Untuk menjaringkan satu gol, pemain terpaksa berebut bola dengan pihak lawan. Orang berebut harta, pangkat dan manusia, ada yang tak ambil kira perasaan orang orang, yang penting dia dapat. Adik-beradik bergaduh pasal peninggalan harta arwah ibu dan bapa.

5. Kawan Jadi Lawan
Kadang-kaDang kawan rapat jadi lawan kita bila dia masuk team sebelah. Dia sudah jadi musuh permainan kita. Itu dunia, kadang kawan jadi lawan, kawan lawan jadi kawan.So..berhati-hatilah, pesan Saidina Umar, kasihilah seseorang ala kadarnya, dan bencinya seseorang ala kadarnya. Dulunya dia baik, sering menumpang tidur dirumah kita, kemudian ada masanya dia berubah, menjadi musuh yang cukup menyakitkan.
Selasa, 23 November 2010

Di Dalam DUNIA Ini Tiada Apa-Apa

Wamal hayatad dunya Illa La'ibun...."Dan tiada apa-apa dalam kehidupan dunia ini melainkan hanyalah tak lebih seumpama sebuah permainan" Demikian salah satu ayat Al-Quran berbicara.

Apa Sih yang ada pada permainan? Pada permainan ada tempoh masa. Ya...setiap permainan ada tempoh masa yang telah ditetapkan. Begitulah hidup ini,kita telah ditetapkan untuk hidup dalam tempo yang tertentu, justeru, kalau anda tahu dan sedar apa yang sedang dan akan terjadi, yakni kematian, anda tak akan berbuat dosa.

Tiada permainan yang berhari-harinya lamanya berjalan tanpa henti, melainkan akan ada satu bunyi wisel, oleh sang pengadil, menandakan tamatnya sebuah permainan. Pun begitu dengan hidup ini, akan ada satu wisel, oleh Malaikat menandakan tamatnya sebuah kehidupan dan lakonan di dunia fana ini.

Adanya Penipuan

Dalam permainan kita melihat adanya penipuan. Macam mana liciknya pemain bola sepak ketika berada dalam kotak penalti lawan, dia berusaha supaya dapat menjaringkan gol, setidaknya pun, dapat menjatuhkan diri didalam kotak penalti, ketika kebetulan pihak lawan menghulurkan kaki,padahal bulu roma pun tidak tercuil, tetapi dia sengaja, supaya mendapat sepakan percuma,begitulah dalam hidup, penuh penipuan.

Menang dan Kalah Menjadi Adat
Sudah menjadi adat, kalau menang akan bergembira, yang kalah akan muram durja,kalau seri pun, salah satu kelompok pasti menang mata keseluruhan. Sebenarnya dalam hidup ini juga begitu, setelah terompet kiamat dibunyikan, ada sekelompok manusia menang, dan ada pula yang kalah. Kalah untuk mencapai impiannya menggapai bahagia, yang ada hanya bahagia menipu, tidak hakiki, didunia sementara sahaja.

Adapun yang menang, ialah manusia yang sentiasa berpegang pada tali Allah. Apa tali Allah itu? Tali Allah adalah mengikuti ajaran yang terkandung dalam Al-Quran dan disabdakan oleh junjungan tercinta Nabi SAW.
Khamis, 18 November 2010

Bahan Renungan : 2 Hari Raya

Planet Bumi yang kita diami ini mempunyai 1 bulan dan 1 matahari yang dikongsi dengan beberapa planet lain. Ketika kita ingin meraikan hari raya, kenapa timbul perbezaan hari sambutan, sedangkan semuanya melihat kepada BULAN yang satu.

Tidakkah, jika sebenarnya hari ini jatuhnya Hari Raya, PUASA pada hari RAyA adalah dikira HARAM?

Seorang Ahli Parlimen bercakap tentang hal ini, dan saya menulis untuk renungan kita bersama.

Adalah saya Haji Salahuddin Haji Ayub (Kubang Kerian) dengan ini memohon supaya mesyuarat ini ditangguhkan untuk merundingkan perkara yang pada hemat dan pandangan saya adalah tertentu, perlu disegerakan dan berkepentingan ramai iaitu isu yang berkaitan dengan tarikh sambutan Hari Raya Aidil Adha yang berbeza dua hari daripada tarikh dan masa wukuf yang diisytiharkan oleh kerajaan Arab Saudi.

Tarikh sambutan Hari Raya Aidil Adha tahun ini yang diisytiharkan jatuh pada hari Rabu, 17 November 2010 adalah sangat pelik dan menimbulkan banyak keraguan, kekeliruan dan masalah kepada umat Islam khususnya di negara ini. Perbezaan dua hari sambutan Aidil Adha di negara ini yang diambil kira daripada tarikh dan masa wukuf di Arafah yang jatuh pada hari Isnin, 15 November 2010 adalah jelas tidak munasabah walaupun dapat kita fahami perbezaan waktu peredaran matahari yang hanya berbeza lebih kurang lima jam di antara Malaysia dan Arab Saudi. Juga adalah dimaklumkan kesan kekeliruan tarikh ini juga mengakibatkan juga bilakah pula berakhirnya hari Tasyrik yang melibatkan masa yang diizinkan menyembelih ibadah qurban.

Isunya di sini ialah bagaimanakah pihak pengurusan agama Islam di bawah Jabatan Perdana Menteri menggarap dan mengurus tadbir isu ini? Apakah hujah dan alasan yang diberikan kepada pihak yang bertanggungjawab sebelum pengisytiharan tentang tarikh hari Raya Aidil Adha dibuat? Adakah tidak ada pengurusan, penyelarasan dan perbincangan dibuat untuk menyelesaikan perkara yang sekecil dan semudah ini?

Saya berpandangan dalam era kecanggihan peralatan komunikasi dewasa ini tidak ada alasan untuk kita menyelesaikan isu yang sangat mengelirukan, meresahkan dan membingungkan seperti ini. Memandangkan perkara ini adalah satu isu yang serius, saya mengambil tanggungjawab untuk Dewan Yang Mulia ini membincangkan isu dan meminta pihak Jabatan Perdana Menteri memberikan jawapan dan penjelasan agar perkara seperti ini tidak akan berulang lagi pada masa akan datang.
Rabu, 17 November 2010

Kisah Jubah Ini

Semasa saya menuntut di Aceh, ada sebuah kisah berkaitan jubah yang saya pakai ini.

Saya bertemu dengan seorang hamba Allah, namanya Pak Khalid, berasal dari Padang, tubuhnya tinggi besar, ketika beliau menetap di Dili, atau lebih dikenali Timor Leste (Lorosai), Timor Leste (maknanya Tanah Mutiara), beliau di panggil Jesus oleh orang-orang di sana.

Entah apa yang ada pada penampilan tubuhnya, beliau di datangi dan di peluk oleh orang yang melihatnya seperti Jesus (pada pandangan mereka).

2001, saya ke Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, dalam rangka mewakili Mesyuarat dari setiap propinsi di Indonesia, saya dan Abu Hanafiah mewakili mahasiswa Banda Aceh.

Mesyuarat sempena 31 Ogos. 11 September, tahun yang sama, WTC di New York di tabrak 2 pesawat, 3 hari kemudian saya berkahwin di Jakarta tepatnya 14 September 2001.

Beberapa hari sebelumnya, saya ke rumah Pak Khalid di Jakarta Selatan, beliau memberikan pada saya jubah ini, supaya di sampaikan kepada Pak Amir Banten yang sedang berada di Kampung Jawa Banda Aceh.Sebelumnya beliau berhutang dengan arwah Pak Amir, dan katanya jubah inilah sebagai ganti wang yang dipinjam tempoh hari ketika berjuang di Timor Leste.

Saya membawa jubah ini ke Aceh menaiki kapal Kelud 8 tingkat selama 2 hari 2 malam dari Jakarta ke Medan, kemudian Medan ke Aceh memakan masa 1 malam. Tiba di Aceh, saya berkompromi dengan Pak Amir kerana sukakan jubah hitam ini, saya bayarkan wang hutang Pak Kholid, Rp 500,000.

Ya, 500 Ribu Rupiah, lebih kurang RM178.00. Lama saya tak menyarung jubah ini, hanya semalam, kerana ingin berhari raya, saya mencarinya semula.

Untuk catatan, kedua namanya, Pak Kholid dan Pak Amir Banten, kedua-duanya sudah meninggal dunia di Jakarta. Al-Fatihah untuk mereka.

Saya duduk, Pak Kholid berdiri 2 dari kiri. Lokasi di Pulau Sabang, Banda Aceh, Indonesia, Tahun 2002

Berita Pak Kholid berada di Timor Leste masuk surat khabar Berita Harian di Malaysia pada tahun tersebut. Wartawan Malaysia kalau tak salah namanya Azelezah Malik telah menulis panjang lebar perihal warga Muslim di Timor Leste yang berjuang untuk mengekalkan nama bumi itu dari menjadi Negara Katolik Total. Akhirnya perjuangan mereka tidak berjaya, kerana warga muslim masih ada di Masjid An-Nur, Dili.

Pulau Sabang yg kecil di atas

Untuk catatan juga, Sabang adalah tempat kami warga IAIN berpraktikum selama 3 bulan untuk menyempurnakan pengajian Sarjana Muda. Praktikum atau disana dipanggil KaKaEn (KKN) Kuliah Kerja Nyata memang penuh suka duka. Saya menaiki feri menempuh 2 jam di lautan dari Pelabuhan Malahayati setiap minggu berulang alik ke Banda Aceh.

Saya dekatkan lagi gambaran Pulau tersebut


UPDATE

Jubah ni sebenarnya besar, tak padan dengan saiz saya, labuh sampai ke tanah. Seorang ibu, tukang jahit, kami panggil Bu Buyung, kerana suaminya nama Pak Buyung, dengan rendah diri mahu tolong ubahsuai jubah ini.

Saya berikan dengan suka hati. Akhirnya dia, meninggal dibawa arus tsunami bersama anak-anaknya, Dayat, Ratih, hanya Ir dan Rara yang tinggal bersama suami.Al-Fatihah untuk ke sekian kali buat mereka.

Salam 'Aidil Adha


Buat Semua Insan Yang Pernah ku Kenali
di..
SK Padang Garong 1984-1989
SMU Darul Anuar, Pulau Melaka-1990-1995
SMU Tarbiah Mardhiah Panchor,1996-1997
Ins.Agama Islam Negeri Ar-Raniry, Banda Aceh, 1998-2002
Smart Reader Jalan Che Su - 2003
Maktab Perguruan Islam Bangi (2004)
Universiti Sains Islam Malaysia (SPADA)-2008
Sahabat-sahabat di
SK Bangi
Rakan-rakan Fb dan Blogger
Rakan-rakan setaman..

Selamat Hari Raya...Maaf Zahir dan Batin..
Setiap Manusia Tidak Terlepas Berbuat Kesilapan
Maafkan daku...
Selasa, 16 November 2010

Macam majlis Konvokesyen Jadinya


Tahniah kepada anak murid kami di Sk Bangi....walaupun hanya 9 orang 5A dan 12 orang 4A, itulah hakikat sebenarnya keadaan di Bangi, Sekolah Luar Bandar.
Inilah bukti...siapa yang berusaha, dia pasti dapat... You Get What You Think...
So....untuk masa akan datang.... think lah banyak2... lagi..kerana kejayaan itu datang dari ting! yang pertama dalam fikiran, yang kita benar-benar ingin BERJAYA.
Halangan besar menjadi KECIL.

Murid Berjaya, Guru Turut Gembira

Luahan Mazidul Kelembapan Celcom

Bayar Bil Celcom Berlebih RM27 Dan Haram Jadah Broadband Saya Disekat!!!

10 Oktober lalu, rakan setugas dan blogger di Johor, Zulhazri Abu Bakar cuba membayar bil Celcom saya melalui sistem online menggunakan akaun CIMB nya.

"Saya tried 2 kali tetapi notified system failed," katanya.

Bil telefon bimbit berjumlah RM230.

Berasa ragu dengan transaksi terbabit, sehari kemudian (11 Oktober) saya menghubungi Celcom Careline.

Menurut petugas, bayaran bertindan telah berlaku. Maksudnya, Celcom menerima bayaran RM460. Lalu petugas sama diminta untuk memindahkan bayaran RM230 ke akaun broadband saya.

"Bil broadband encik, RM203. Pemindahan bayaran akan berlaku dalam masa 3 working days," katanya.

Jika diteliti, saya membuat pembayaran dengan lebihan RM27.

4 hari kemudian (14 Oktober), saya dapati broadband saya disekat. Lalu sekali lagi saya menghubungi Celcom Careline.

"Celcom memerlukan 5 working days untuk melakukan pemindahan bayaran terbabit. Bagaimanapun saya akan cuba to unbar the line," kata petugas.

Mana satu maklumat tepat? 3 working days atau 5 working days?

Apapun terima kasih kepada petugas terbabit, 30 minit kemudian saya boleh menggunakan talian broadband untuk melaksanakan tugasan.

Jam 1 pagi tadi, saya cuba menggunakan talian broadband sekali lagi tetapi gagal. Buat kali ke 3, Celcom Careline saya hubungi.

"Isnin hingga Jumaat, 5 working days. Hari ini Isnin, hari ke 6. Mengapa broadband saya terus disekat?," soal saya.

"System kita detects akaun broadband encik tercatat masih tertunggak," jawab petugas.

"Saya telah membuat 2 panggilan sebelum ini kepada Careline. Selepas 5 working days kenapa masih disekat? Kata maximum days to solve the problem 5 hari bekerja. Itu soalannya. Sedangkan Celcom berhutang dengan saya RM27," ujar saya.

"System error," ringkas responnya.

"Apa jaminan you, keadaan ini tidak akan berulang lagi?," tanya saya.

"Oh! Saya tak boleh berikan jaminan," jawabnya.

"Tolong buat laporan kepada superior you berhubung kes ini supaya tidak berulang kepada pelanggan lain. Jangan perbodohkan customer, nanti Celcom diperbodohkan," jelas saya.

"Baik. Saya akan buat laporan kepada pihak berkenaan," janjinya.

Saya akan membuat susulan berhubung janjinya itu.

Barangkali jika Celcom mewujudkan anugerah khas, 'Pelanggan Paling Banyak Komplen', saya pasti dipilih syarikat korporat itu sebagai penerima anugerah terbabit selepas Zulhazri Abu Bakar, kerana sebelum ini dia juga mendepani pelbagai masalah dengan perkhidmatan Celcom.

Baca (1), (2), (3), (4), (5), (6), (7), (8), (9) dan banyak lagi entry menampilkan ketidakpuasan hatinya terhadap servis Celcom.

Setelah menyemak semula bilangan komplen Zulhazri, saya akur dan terpaksa menarik diri daripada dicalonkan kerana sah dia akan diumumkan sebagai pemenang anugerah berprestij itu!

Cis!

Teringin benar, jika kakitangan Celcom menghubungi saya dan berkata ...

"Kalau banyak sangat masalah dengan Celcom, guna sahajalah telco lain"

Macam komen lazim dilontarkan sebilangan kakitangan hospital kerajaan ...

"Kalau banyak sangat komplen fasal hospital kerajaan, pergi sahajalah ke hospital swasta"

Ha! Ha! Ha!

Nota Penghargaan

Terima kasih kepada semua wanita melanggan produk ini. Semoga anda berpuas hati dengan kesannya kepada tubuh badan.

Sumber
Sabtu, 13 November 2010

Lagi Kemalangan Maut

SEMENYIH.12 November 2010. Ketika pulang dari SK Kajang melalui jalan Kajang-Semenyih pagi semalam, keadaan jalan penuh sesak. Waktu pergi pun sesak, ini kan pula waktu balik. Oh rupanya ada orang ramai sedang berkumpul. Entah apa yang berlaku,saya mendekati.


...Seorang anak muda lelaki Melayu, terkulai...kepala di pijak salah sebuah lori yang melalui jalan ini.

Ketika saya tiba, mayat ditutup dengan suratkhabar.Nampak helmet pecah, rambut agak panjang. Tertanya juga lelaki ke perempuan, nampak seluar, kasut macam lelaki.


Akhirnya pihak polis sampai...suratkhabar di alihkan.

Pengajaran kepada mat motor, hati-hati bawa motor, kepada pemandu kenderaan besar, risiko besar sebenarnya membawa kenderaan besar.

Dan ini pula gambar yang saya rakam tahun 2008, ketika ber ulang alik ke Pandan Indah dari Bangi.

Muka remaja ini menjadi leper, hidung seakan bertambah panjang, dek di pihak tayar lori. Walaupun memakai helmet, helmet tetap pecah. Kelihatan darah keluar melalui telinga. Seorang saksi bercakap, minggu lepas seorang wanita menjadi mangsa, juga dijalan ini dan tak jauh dari lokasi ini.

Keadaan jalan yang belum siap di baiki ini menjadikan ia medan darah mengalir.

Otak bersepah di atas jalan, jem memang dahsyat, saya tolong memberi isyarat kepada kenderaan supaya mengelak mayat ini, kerana pihak polis belum sampai.
Khamis, 11 November 2010

Siapa Berusaha, dia Pasti Dapat


Cikgu sempat merakam video beberapa orang murid yang menangis kerana kejayaan mereka tadi. Malah sempat menemubual faktor kejayaan mereka.Tapi belum sempat untuk dimuatkan ke laman ini.

Cikgu juga ingin menulis ulasan berkaitan keputusan ini. Untuk adik-adik tahun 2011 yang akan berdepan UPSR.
Rabu, 10 November 2010

UPSR : Gambaran Kejayaan di akhirat


BANGI. 11 November 2011. Hari yang ditunggu-tunggu oleh semua orang, terutama murid darjah enam, guru-guru tahun dan ibu bapa murid tahun 6 sudah pun tiba.

Hari ini segala keputusan sudah siap tertulis. Selagi belum mendengar pengumumanna, debaran penantiannya semakin kencang. Dup dak dup dak… macam nak terkeluar bunyinya.

Tiada lagi peluang untuk mengubah keputusan itu. Hanya redha dan pasrah sahaja. Kerana itulah hasil kerja, usaha kita semua selama ini.

Buletin ini mengajak untuk merenung sedikit kisah manusia yang berjaya dan gagal di akhirat.
Didalam Al-Qur’an sendiri ada menggambarkan wajah-wajah kejayaan manusia pada hari kiamat, kisah ini berlaku setelah manusia menerima buku rekod amalannya semasa di dunia. Kalau di sekolah namanya Adab Belajar.

Firman Tuhan “Wajah-wajah manusia pada hari itu berseri-seri, kerana berpuas hati dengan usaha mereka selama ini. (Sebagai balasannya mereka akan berada) didalam syurga yang tinggi……”hingga akhir ayat. Ayat 8 hingga 10 surah Al-Ghasiyah.
Itulah sedikit gambaran manusia yang berjaya.

Kisahnya sama, dunia dan akhirat. Yang berjaya akan gembira, yang gagal akan berduka.
Sebagaimana wajah manusia yang berjaya di akhirat berseri-seri, maka begitulah murid yang berjaya mendapat 5A dan 4A. mereka tersenyum tak habsi-habis, sampai ke dalam hati…oh..berbunga-bunga hatiku. Rasa ingin menjerit sekuatnya. Yes…aku berjaya, aku berjaya, aku boleh. Aakuu BOOLEEHHHHH

Cikgu tak kisah kalau nak jerit, asal jangan runtuh bangunan sekolah ni. Tahniah dan syabas sama-sama kita ucapkan kepada mereka.

Memang orang yang telah bekerja keras, untuk mengejar kejayaan, mereka layak bergembira. Bahkan menitis air mata, bukan air mata kesedihan, tetapi kesayuan. Inilah balasan yang mereka terima di atas sikap gigih, patuh ajaran guru, memberi tumpuan yang penuh, rajin bertanya, di iringi dengan doa dan munajat


Tidak sia-sia usaha ku selama ini..


Bukan niat nak menangis...tapi air mata tetap berderai
Ahad, 7 November 2010

Ceramah Dadah 5 Minit (1)


Dalam membantu menangani gejala penagihan dadah, usaha di sekolah turut dilakukan oleh guru PJK dan guru Bimbingan. Guru Bimbingan telah dibekalkan modul relief dari tahun 1 hingga tahun 6.

Setiap tahun terdapat modul untuk pencegahan dadah. Guru Bimbingan boleh mengambil modul tersebut untuk dijadikan bahan ceramah 5 minit dadah.

Untuk pertama kali, cikgu boleh terangkan kepada murid apa itu dadah? Dadah, sebagaimana yang ditulis dalam laman-laman web AADK dan bahan edarannya, merupakan bahan kimia yang jika di masukkan ke dalam tubuh manusia melalui sistem oral, suntikan, hisap, cium, letak bawah lidah, atau di masukkan melalui lubang dubur, dan sebagainya boleh mengakibatkan pengguna merasa khayal, bingung dan mabuk.

Penggunaan yang berterusan boleh mengakibatkan pengguna hilang pertimbangan, halusi, delusi dan sebagainya. Sikap pengguna akan berubah menjadi panas baran, cepat meradang, suka menyembunyi barang-barang miliknya, (baca tanda-tanda penagihan).

Zaman ini terkenal dengan penggunaan dadah syabu. Jika dadah heroin di hisap merata tempat, namun syabu di gunakan didalam bilik tertutup seperti hotel, motel, rumah tumpangan dan sebagainya, kerana syabu tidak boleh di gunakan di tempat ada edaran angin.

Faktor Kejayaan Seorang Murid


3 Faktor utama yang sering dibincang kejayaan seseorang murid ialah, keinginan dari diri sendiri, kehendak atau kemahuan untuk berjaya ada dalam diri murid itu sendiri.

Yang kedua, bantuan dari ibu dan bapa. Faktor ini merupakan sokongan, dari pujian, follow up, semak dan bantu untuk keluar dari belenggu masalahnya sebagai seorang murid.

Faktor ketiga adalah guru, guru yang boleh mencapai impian untuk menyampai maksud ilmu yang disampaikan dengan baik.

Sabtu, 6 November 2010

Tirai 2010 Kian Berlabuh

Hanya tinggal 2 minggu sahaja lagi, maka tamatlah episod pembelajaran 2010. Apalagi bagi anda darjah 6. Zaman gemilang sekolah rendah, zaman suka duka, cinta monyet, minta duit, gelak ketawa, pergi main koko, semuanya akan berakhir... tiada lagi zaman itu...

Kecuali zaman sekolah menengah yang akan menjelma.

Adik-adik, saban tahun, bapa kamu menghabiskan wang puluhan ribu ringgit untuk menyekolahkan kamu dan adik-adik kamu. Sedang ada antara ibu kamu yang tidak bekerja. Wang gaji bapa kamu habis untuk kamu semua... sedang hasil yang kamu perolehi dalam pelajaran? Lihatlah....gitu-gitu juga.

Bahkan ketika akan melangkah ke sekolah menengah tidak berapa hari lagi ini. Kamu masih dalam dilema, untuk menentukan siapa diri kamu pada masa akan datang.

Sebagai seorang pelajar, yang ingin menjadi pelajar cemerlang. Kamu perlu tentukan, apakah matlamat kamu datang ke sekolah. Apakah hanya sebagai rutin harian, atau sebab bosan duduk di rumah, atau sebab ingin berjumpa kawan-kawan dan bergurau senda?

Pelajar cemerlang...dia sudah menentukan, apakah matlamat dia datang ke sekolah. Ya....matlamat saya ingin berjaya, menguasai semua mata pelajaran, kalau boleh mendapat markah semuanya A. Kalau ada rezki, saya ingin ke menara gading, mendapat pekerjaan yang bagus, kemudian saya akan menolong kedua ibu dan bapa, keluarga, tidak ketinggalan anak bangsa saya.
Kerana adanya matlamat tadi, dia tidak datang ke sekolah lenggang kangkung, dalam begnya ada buku-buku yang lengkap, kerja sekolah dia bereskan, nota-nota yang guru berikan dia salin tak pernah puas.

Di bacanya nota itu berkali-kali, dihafazkan dan disimpan dalam memorinya, kemudian dia keluarkan semula ke atas kertas.

Semangatnya jitu... tumpuannya penuh ketika guru mengajar, hormat pada guru tidak pernah terabai, rajin bertanya dan ditanya, kawan-kawan turut menjadikan dirinya sebagai tempat rujukan.

Apa tidaknya, semua sejarah dia hafaz, ibarat buku bergerak. Kadang-kadang macam kamus bergerak.

Itulah kisah pelajar cemerlang. Ibadah pada Tuhannya tidak pernah miss. Doa melangit saban waktu.

Jika kamu ingin berjaya, buatlah perubahan.

Kaunselor, Guru Bimbingan Burn Out

Istilah Burn Out, lebih mudah di terjemahkan rasa dalam dilema, tidak boleh buat kerja, tidak dapat berpotensi sebagaimana sepatutnya.

Isu Kaunselor atau lebih tepat guru bimbingan (kalau di sekolah rendah) burn out sudah lama diperkatakan.

Dan...ketika kami berkursus di Port Dickson beberapa hari lepas, isu ini bangkit lagi dan sememangnya isu ini tidak akan terpadam buat selamanya, kerana guru bimbingan yang baru dikeluarkan dari maktab sentiasa ada.

Ada beberapa sebab yang menjadi punca kenapa guru bimbingan burn out. Satunya datang dari diri kaunselor atau guru bimbingan itu sendiri, dan faktor kedua dari persekitaran luaran. Nak sebut datang dari kaunselor rasa macam tak patut disebut, sebab dia dah jadi kaunselor, tak kan dia ada perasaan yang dia tak boleh memberi khidmat pada sekolah, sedang dia sudah pun menghabiskan masa 4 tahun di universiti tertentu mengambil Sarjana Muda Psikologi atau Kaunseling, dah sudah puluhan ribu wang mengalir atas maksud tersebut.

Jadi, pada saya, kaunselor yang sebenar-benar kaunselor jarang kita jumpai yang burn out. Apa yang sedang terjadi adalah terhadap guru bimbingan yang baru, yang fresh...atau yang mengikuti kursus selama 14 minggu dalam bindang bimbingan dan kaunseling di maktab.

Itu pun, dia pergi kursus kerana dicalonkan oleh pengetua atau guru besar, sedangkan dia sendiri tidak lah berapa berminat, dia sudah memiliki bidangnya sendiri (opsyen), namun dia tetap pergi kerana ingin mencuba nasib.

Setelah pulang ke sekolah, dia telah bertukar status dari guru biasa kepada guru non kuota. Guru luar biasa ....hehe.sebab guru ini tidak termasuk dalam hitungan guru biasa. Kuota dia khusus, bidang kerja dia khusus, bilik dia khusus dan segalanya pun khusus. Hingga cara bercakap dia pun khusus, cara berpakaian apa lagi, cara berjalan begitu jugak.

So, nak tukar imej lama kepada imej baru mungkin tak semudah disangka. Apalagi hanya kursus mengikuti 12 minggu termasuk menjalani praktikum 3 bulan. Dan....guru ini tak tahu apa yang perlu dia buat untuk cari dan tambah klien. Adapun guru kelas dan mata pelajaran semua sibuk, kawan-kawan se kaunseling pun dah posting ke sekolah-sekolah yang jauh, masa untuk berbincang pun tiada lagi.

Waktu inilah dia hilang arah. Hilang tumpuan pada kerjanya. Tak tahu nak mula dimana. Dengan cara apa dan gaya mana. Lama-lama dia nak kembali mengajar. Ya lah...dalam buku tetamu, tak ada pun klien yang datang. Sekolah rendah apalagi, mana la budak tu tahu sangat nak jumpa cikgu, kecuali murid darjah 6, itu pun harapkan perempuan.

Yang kedua, faktor luaran. Saya pernah diberitahu rakan se-kaunseling. Katanya Guru Besar saya tak suka la sesi-sesi ni, dia suka berjalan pusing satu sekolah, satu hari dia lewat bilik kaunseling, waktu itu ada klien sedang berbual dengan saya. Apa ada ni? Tanya guru besar tersebut, belum sempat saya jawab, terus dia arahkan murid tu masuk kelas, masuk kelas.

Tak masuk akal lah, bila seorang guru besar bukan bertindak menyokong guru bimbingan yang dihantar oleh Kementerian Pelajaran untuk bantu murid, bahkan dia suruh murid itu keluar.

Mungkin tak banyak faktor luaran yang menjadikan guru bimbingan burn out. Untuk mengatasi masalah ini, guru bimbingan perlu lah melakukan beberapa perkara.

Hubungi Rakan Lama

Carilah rakan lama, atau orang lama dalam kaunseling. Berhubung dengan mereka, ziarah ke tempat mereka, dapatkan satu masa khusus, pasti ada sesuatu yang patut kita tiru dari mereka.

Tambahlah Ilmu

Belilah buku-buku berkaitan psikologi, kaunseling. Mungkin tak banyak buku-buku ini di Malaysia, anda boleh mencari buku-buku dari luar negeri, paling dekat ialah Indonesia, namun mungkin ada sedikit masalah bahasa. Namun bahasa Indonesia sebenarnya masih dalam lingkungan bahasa Melayu lagi. Kita masih boleh ngerti...kecuali beberapa perkataan tertentu.Itu pun masih ada ruang untuk belajar.

Kaunseling adalah satu Ibadah

Sesi kaunseling boleh menjadi satu ibadah kerana, menolong manusia lain ke arah hidayah, kata Saidina Umar, kalau membuat kerja menolong manusia ke arah ibadah, lebih aku sukai dari ibadah 1000 tahun.

Berbincangan dengan pentadbir

Guru bimbingan tak salah berterus terang, katakan saya menghadapi masalah untuk mendapatkan klien.

Adakan networking

Guru Disipin tentunya mempunyai list yang panjang murid yang bermasalah. Guru bimbingan boleh berbincang, minta klien.

Hebahkan di perhimpunan

Semasa perhimpunan, jadikan tapak perhimpunan sebagai medan guru bimbingan, hak milik guru bimbingan, bagi tau pada murid, akan kehadiran guru bimbingan adalah untuk menolong kamu berkaitan, akademik, sahsiah, psikososial, keluarga dan sebagainya.
Khamis, 4 November 2010

Cikgu, cikgu ada Facebook Tak?

Cikgu, cikgu ada Facebook tak? Tolong la add saya cikgu. Begitulah majunya zaman sekarang ini, kebanyakkan murid sudah mempunyai facebook peribadi. Bahkan sudah pandai explore sana-sini. Sedang ada cikgu, jangankan facebook, emel pun tak ada. Jauh sama sekali blog dan web peribadi. Hmmmm..cikgu sibuk lah....tak sempat nak main fesbuk fesbuk ni, jawab guru.

Ya lah tahap kepakaran, minat dan rezki seseorang berbeza. Guru perempuan lebih kurang masa berbanding guru lelaki. Pun ada juga guru lelaki lebih sibuk dari isterinya, mengurus keluarga, murid, tuisyen, dan lain-lain.

Seorang guru, ketika di tanya soalan diatas, cikgu ada facebook tak, soalan ini di ajukan kerana penanya hendak menunjuk beberapa perkara yang perlu cikgu itu tahu berkaitan penghantaran borang L4.

Katanya tak ada. Saya berkata, buatlah satu facebook cikgu, ini sudah zamannya, kita perlu ada facebook, saya melihat orang-orang sufi dan thoriqah pun mempunyai facebook. OK OK lah kata guru ini. Malamnya, dia sudah add saya. Wau..canggih nya..

Adapun yang mempunyai blog, pastinya mereka mempunyai agenda peribadi. Saya sendiri ber blog kerana di dorong perasaan ini menyampai sesuatu, kerana kata Nabi... ballighu 'anni walau aayah...sampaikan dariku walau se ayat cuma.

Dan dulu saya pernah menerima ganjaran 40,000 hasil sebuah tulisan saya yang terpilih masuk akhbar. Betapa gembiranya....tetapi duit itu habis dalam masa sehari.

Gambar hanya sekadar hiasan
Selasa, 2 November 2010

KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME GBK SEK.RENDAH DAERAH HULU LANGAT

PORT DICKSON. 2 November 2010. Seramai 80 orang guru-guru Bimbingan dan Kaunseling sekolah rendah Daerah Hulu Langat hari ini mengikuti program Kursus Peningkatan Profesionalisme di Hotel Sri Malaysia.

Mereka datang dengan sebuah bas yang disewa khas, dan akan berada di sini selama 3 hari. Antara hal yang dibincang ialah Prokafo, Fail Meja, Sistem Penghantaran Borang L4 dan bengkel, Plan Strategik.

Lokasi kami ialah di Dewang Kemang 2. Bajet kursus 3 hari ini memakan belanjan RM20,000.

Sesi Pembukaan. Puan Noriah dari SK Semenyih memulakan majlis dengan ucapan alu-aluan pengerusi majlis.

Ucapan alu-aluan Tuan Samsul bin Dollah, Pegawai Hal Ehwal Murid dan Kerjaya Daerah Hulu Langat. Antara dapatan beliau ketika melaksanakan sesi pemantauan, ramai guru bimbingan tidak mempunyai fail meja, diharap kursus ini dapat memberi input kepada semua guru dan dapat memiliki sebuah fail meja setiap orang.

Sesi pembahagian kumpulan mengikut zon

Apa tunjuk-tunjuk ni..haha..tengah belajar tepi-tepi tepi

Inilah sesi icebreaking..


Antara yang hadir..cikgu Abu Sk Sungai Ramal Dalam

Sesi mengenal diri..perkenalkan diri anda...

Dibelakang tabir
Isnin, 1 November 2010

Usaha Memperkasa PRS Sekolah


Semenjak PRS ditubuhkan di sekolah ini, kewujudannya tidak berapa dirasai. Kehadiran PRS seramai 32 orang setiap tahun bagaikan tiada. Sedangkan nama mereka tercatat sebagai ahli Kelab Pembimbing Remaja Sekolah.

Unit Kaunseling Sekolah berusaha untuk memberdayakan mereka, melalui beberapa aktiviti tambahan, tidak sekadar hanya menghadirkan diri pada hari Rabu dan mencatat nota-nota berkaitan.

Untuk tahun 2011, insya Allah, saya minta kesemua murid PRS Sk Bangi memakai baju PRS selengkapnya. Seperti gambar di atas sebagai pengawas yang lain. Apabila anda memakai baju tersebut, ada beberapa amanah yang akan di embankan ke bahu anda dan ada ganjaran pula disebaliknya.

Kelihatan segak bukan, dengan baju khusus, apalagi kalau menjalankan tanggungjawab sebagai pembimbing kecil-kecilan kepada rakan-rakan di sebagai baik bidang akademik, sahsiah dan sebagainya.

Separuh kos baju ini akan di tanggung oleh unit Bimbingan dan Kaunseling, sebahagian lagi akan dibayar oleh ibu bapa.

ISU DALAM PRS


Beberapa tahun lepas, ada ibu meminta anaknya dikeluarkan dari senarai PRS, alasannya anaknya masih kecil, jangan kan hendak membimbing orang lain, diri sendiri pun dia tidak mampu menguruskannya. Jawapan saya, PRS sekolah rendah tidak bertujuan supaya murid membimbing rakan-rakannya, melainkan hanyalah belajar bagaimana membimbing rakan-rakan, secara automatik, dia belajar membimbing diri sendiri. Kualiti PRS yang sebenarnya adalah di sekolah menengah nanti. Adapun di sini, hanyalah tunas-tunas sahaja.

Besarkan Paparan Skreen

Bila tengok kawan-kawan kat pejabat menaip, alahai kesiannya, kenapalah dia orang tak besarkan imej skreen tu, kooocikk bebenor, sakit mata melihat huruf-huruf kecil gitu. Lama-lama boleh jadi sakit mata tau.

Padahal skreen tu boleh kita besarkan, cara lama ialah besar dari 50% menjadi 100% atau 150%.

Cara lebih mudah bagi saya, kalau nak kecilkan atau besarkan ialah klik CTRL kat keyboard, lepas tarik roda pada tetikus. Jangan lepas butang Ctrl tadi. Cuba anda buat sekarang. Tekan CTRL sambil tarik atau tolak roda tetikus, lihat apa jadi.


Alamak...Jadi kecil pulak, cuba ubah arah roda tetikus tadi. Kalau tadi tarik, sekarang tolak ke depan, jangan tolak ke belakang.

Mungkin cara ini ada tertulis kat mana-mana dalam komputer, tetapi saya dapatkan semasa mencuba-cuba, saya cuba menekan-nekan setiap butang di keyboard bersama Ctrl dah Shift dan tengok apa hasilnya.

Anda boleh lah mencuba-cuba kalau nak tahu, tapi awas...kena bersedia dengan risiko nya. Tak tau lah apa risikonya, samada hilang data atau tak "reti" nak kembali semula.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...