Welcome

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Etiam pharetra, tellus sit amet congue vulputate, nisi erat iaculis nibh, vitae feugiat sapien ante eget mauris.

Follow us


Ask a question

Name

Email

Question

Submit

Link Blog

Senarai Blog Saya

Senarai Blog

Sample text


Emel : afraima@yahoo.com..febook : facebook.com/skbangi
.Facebook : facebook.com/skbangi



Blogger

Blogger
Noorhisham Hamzah Sarjana Sosial Islam, Kaunselor SK Bangi, Ijazah Sarjana Muda Indonesia, Ijazah Lanjutan, Drug Abuse, USIM, Emel afraima@yahoo.com

Makam-Makam Nabi

Blogger news

Diri Admin

Noorhisham Hamzah
Emel afraima@yahoo.com
FB facebook.com/skbangi

Blogger templates

Jika terdapat sebarang persoalan untuk dijawab, boleh lah di hantar ke afraima@yahoo.com afraima@yahoo.com

Anda yang Datang

Twitter

Link

Terima Kasih Atas Kunjungan Ilmu dikongsi,ganjaran diharap

ShoutMix chat widget

Pelawat

Halaman

Dikuasakan oleh Blogger.

Twitter

Ads 468x60px

About Me

Teman

Cari Blog Ini

fb komen

Featured Posts

Isnin, 27 Disember 2010

Perginya Seorang Sahabat


Dug..dug..dug.. jantung mengempam darah ke seluruh penjuru jasad manusia, kerana nya kita boleh bernafas, ramai yang tidak menyedari … ia terus mengepam… hingga jutaan gelen, namun akhrinya satu waktu, ia pasti akan terbuntu di penghujung jalan

Kalau boleh Malaikat pencabut nyawa berdialog dengan ruh yang bakal pulang, mungkin dia akan katakan, "Aduhai jasad… sudah ku cari langkah mu walau kemana-mana, namun tiada lagi, langkah mu sudah habis disini, sudah ku cari sesuap nasi untuk mu, aduh ternyata tidak ada lagi, sudah ku cari senafas nyawa untuk mu, namun sayangnya, sudah tiada lagi untukmu… aku terpaksa mengambil nyawa mu kini, kerana memang sudah saatnya kau pulang menemui penciptamu.."





Tulisan ini sengaja ku coret, buat catatan selangkahku dalam perjalanan hidup ini, sembari kembalinya seorang sahabat baik ke alam baqo menemui Rabnya buat selamanya..27 Disember 2010. Jam 7 malam di Hospital Kuala Lumpur.

Al-Fatihah buat Ruh Fakrul Ramzan, datangmu seketika, dan pergimu untuk selamanya.. di usia yang masih muda, kau pergi jua, ramai sahabat menangisi pemergianmu, kerana menyayangimu, apalagi anak-anakmu, yang terus memanggil mu abah…abah…. disisi jasadmu yang kaku, bagaikan tak setuju, dengan datangmu hanya sekejap waktu, dan pergi tanpa pamit.

Namun apakan daya, ketentuan Tuhan, tetap berlaku ke atas kita. Semoga isteri dan anak-anakmu boleh menerima kenyataan ini, dan menjadikan mereka insan soleh dan solehah, mendirikan solat dan sentiasa mendoakan buatmu di alam sana. Ya Allah ampunilah dosa-dosa sahabatmu ini, dan kasihanilah dia, maafkanlah segala kesalahannya dan berilah keampunan jika ada kesalahannya.

Firman Tuhan didalam hadis Qudsi…Sesungguhnya Aku malu untuk menyiksa hambaku yang berada didalam perut bumi, kerana anak-anaknya menyebut-menyebut namaKu (berzikir) di atas permukaannya.. Semoga anak-anak mu digolongkan Tuhan, dalam kelompok hambaNya yang suka berzikir, kerana sungguh besar manfaat dari perintah Zikrullah, sehingga jasad anak Adam yang berada dalam perut bumi pun, di tangguh siksaannya, kerana mempunyai anak yang sentiasa berzikir.

Ayuh sahabat semua, mari mengamalkan perintah tuhan didalam surah Al-Ahzab, sebutlah nama Allah, sebanyak-banyaknya. Sesungguhnya hidup ini amat singkat, sesingkat antara azan dan sholat. Baca lagi disini. Kerana akhirat nanti tempat pulang kita. Baca Lagi.

Sabda Nabi, sesungguhnya kematian orang mukmin itu, adalah kerehatan baginya".Justeru orang mukmin, sentiasa memastikan dirinya berada didalam garisan perintah Allah, melawan hawa nafsu, berjuang melebarkan dan mengembang ajaranNya dipermukaan bumi seantero buana, hingga tak kurang mendapat tentangan dari orang-orang yang menentang, hingga ada dipulau dan dilarang berada dikampung sendiri, sungguh capek, letih dan penatnya jiwa berperang didalam kehidupan, maka matinya adalah istirehat baginya.

Justeru sebaliknya, orang yang mengabaikan tanggungjawabnya terhadap Rabb-nya, kematian bukanlah satu kerehatan baginya, tetapi justeru lebih menambah sakitnya ruh.

Ya Allah, jadikan kubur sahabat hambamu ini, merupakan satu taman dari taman-tamannya syurga, dan jangan lah kiranya Engkau jadikan kuburnya, satu kawah dari kawahnya api neraka. Masya Allah.

Kami menyedari hidup ini cukup singkat. Dan eksistensi kami disini pun, bukan lama, hanya menunggu panggilanMu Ya Rabb, justeru Kau ampunkan dosa-dosa kami, bantu kami untuk hiasi diri kami dengan akhlak yang mulia, kerana hanya orang-orang berakhlak mulia, berhak berada di sisi kekasihMu.

4 Jenis Kematian Anak Adam

Sahabat semua, ada 4 jenis kematian yang dicatatkan dalam dunia Tasauf. Pertama matinya anak Adam, umpama haiwan. Manusia jenis ini adalah orang yang sentiasa mengabaikan tanggungjawabnya selaku hamba, hanya tahu cari makan dan minum, tidur dan bangun, tak lebih dari itu, maka hidupnya pun tak ubah seperti seekor lembu. Kerana itu, matinya laksana haiwan. Sesungguhnya kematian sebegini, langsung tiada harga di sisi Tuhan.

Jenis kedua adalah matinya dalam keadaan kurus kering. Ini lah matinya orang-orang biasa, yang beribadah sekadarnya sahaja, yang wajib ditunaikan, yang sunat diabaikan. Malas sekali tubuhnya beribadah, kalau bukan kerana wajib, mungkin tak akan dia kerjakan. Mati ini lebih baik sedikit dari yang pertama. Firman Tuhan... Wa am ma man... khoffat mawaziinuh faummuhu haawiah.... dan adapun orang-orang yang sedikit, ringan amalnya, maka tempat kembalinya adalah hawiah. (Nama sejenis neraka)

Ketiga, matinya seperti orang yang tidur. Ini kematian orang-orang yang soleh, yang mengambil dan mengikuti jalannya Nabi-nabi. Berjuang dalam hidup, matinya adalah syahid. Istirehat abadi baginya setelah penat didunia.

Dan keempat, adalah kematian "orang-orang yang tidak mati". Ayat 154 Surah Al-Baqorah menulis, "dan janganlah engkau mengatakan bahawa orang yang mati(fi sabilillah) dijalan Allah itu mati, bahkan ketahuilah bahwa dia terus hidup, hanya saja engkau yang tidak tahu, bagaimana mereka hidup" Inilah kematian peringkat Nabi-nabi, rasul-rasul, siddiqin, orang-orang soleh, dan wali-wali Allah.

Saudara, kita tak mungkin menjadi Nabi, apalagi Rasul...namun peluang untuk mendapat title kekasihNya masih ada.. peluang masih terbuka... Ayuh..kita kejar redhanya Allah, kita lari dari dunia yang menipu..

Semoga Tulisan ini bermanfaat kiranya buat yang membaca.

Video ini satu-satunya kenangan bersama arwah.... sebelah kiri Cikgu Tarmizi... Kanan...Cikgu Fakrul.... Al-Fatihah....

Ahad, 19 Disember 2010

Pak Arab Kaki Pukau


SETIU – Dua lelaki dipercayai dari Arab berjaya melarikan RM1,200 dari sebuah kedai telefon bimbit di Bandar Permaisuri di sini kelmarin selepas berpura-pura mahu mendapatkan wang dengan nombor siri bermula huruf M.

Pemilik premis tersebut, Mariam Long @ Ismail, 25, berkata, kejadian berlaku pada pukul 4.15 petang kelmarin ketika kedua-dua suspek datang ke kedainya dan bercakap dalam bahasa Inggeris untuk membeli sekeping kad prabayar bernilai RM10.

Menurutnya, salah seorang lelaki berkenaan mengeluarkan wang tunai not RM100 untuk membayar harga kad itu.

“Sebaik pekerja saya memulangkan baki wang itu sebanyak RM90 iaitu sekeping not RM50 dan empat keping not RM10, lelaki itu minta tukar not RM50 yang nombor sirinya bermula dengan huruf M.

“Perkara itu menyebabkan pekerja saya terpaksa mencari dan mengambil lebih 30 keping wang RM50 yang lain di dalam laci di kedai untuk ditunjukkan kepada suspek bagi memudahkan suspek sendiri mencari siri huruf M pada wang tersebut,” ceritanya ketika ditemui di kedainya di sini semalam. Sumber..KOSMO

Apa amalan puak-puak ni sampai boleh pukau orang lain. Nak kata dia bomoh tak nampak bacaan-bacaan mantera kat kedai tu.

Khamis, 16 Disember 2010

Air mata Tyson gugur di Kaabah

Dahulunya beliau digeruni tetapi di hadapan Kaabah ini Tyson adalah yang paling mengharapkan keampunan Allah.

DI saat Afrika Selatan menjadi kiblat ramai penduduk dunia yang ralit menyaksikan aksi-aksi hebat Piala Dunia 2010, lain pula kisahnya yang berlaku kepada seorang bekas atlet terkemuka dunia.

Peninju terkenal dunia yang juga bekas juara heavyweight, Mike Tyson, 44, tidak mempedulikan kemeriahan pesta bola sepak itu. Tumpuan kepada ibadat berkiblatkan Kaabah yang betul-betul berada di hadapan matanya.

Itulah pertama kali Tyson mengerjakan ibadah umrah di Mekah dan Madinah sehingga air matanya tertumpah di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram.

Umum mengetahui beliau memeluk Islam ketika dalam penjara pada tahun 1995 atas kesalahan merogol bekas Ratu Cantik Amerika, Desiree Washington.

Sejak itu beliau tidak lagi mahu dikenali dengan nama sebenarnya Michael Gerard Tyson, tetapi sebagai Malik Abdul Aziz sejurus memeluk Islam.

Ia sekali gus tidak mahu dirinya dikaitkan dengan pelbagai gelaran sebelum ini termasuklah Iron Mike, The Baddest Man on the Planet, The Baby Bull dan Kid Dynamite.

Juara kategori heavyweight sebanyak 44 kali dari 58 perlawanan itu memeluk Islam dengan kerelaan sendiri.

Namun pengislaman Tyson sering dipersoalkan. Bukan sahaja perwatakannya dilihat tidak berbeza sebagaimana sebelum memeluk Islam, ada pula yang berusaha supaya peninju yang terkenal dengan aksi yang cukup menakutkan lawan itu kembali ke agama asal.

Malah perjalanan hidup Tyson sebagai seorang Islam juga jarang-jarang diketahui umum.

Kali terakhir kita mendengar kisahnya ialah apabila tragedi yang menyayat hati berlaku kepada anak perempuannya, Exodus, 4.

Anaknya meninggal dunia akibat leher terbelit tali pada sebuah alat senaman treadmill dalam kemalangan yang tidak diduga pada Mei 2009.

Tidak dapat dibayangkan betapa sedihnya Tyson apabila kehilangan anak perempuannya itu.

Bercakap soal anak, beliau dikatakan mempunyai tujuh orang anak. Namun daripada sumber yang boleh dipercayai, perkahwinan pertamanya dengan artis Robin Givens pada tahun 1988 tidak dikurniakan anak.

Selepas bercerai, Givens melempar pelbagai tuduhan terhadap Tyson sebagai seorang yang ganas, bagaikan hidup dalam neraka sepanjang perkahwinan mereka sehingga menyebabkan beliau pernah keguguran.

Mengenai dakwaan Givens itu, Tyson pernah berkata: “Sesiapa yang mempunyai akal yang waras pasti tahu kalau benar saya hendak menumbuk isteri saya sendiri pasti kepalanya akan tercabut dari badan (akibat kuatnya tumbukan). Semua ini hanya tipu belaka, dia menipu. Sedangkan hujung jari pun saya tidak pernah berkasar dengannya”.

Tyson kemudiannya mengahwini Monica Turner pada 1997 tetapi berakhir dengan perceraian pada tahun 2003.

Sebabnya, Turner tidak tahan dengan perangai Tyson yang dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan ramai wanita sepanjang lima tahun perkahwinan mereka. Mereka dikurniakan dua anak iaitu Rayna dan Amir.

Sehinggalah selepas 10 hari kematian Exodus, Tyson dilaporkan mengahwini isteri ketiganya, Lakiha Spicer, 32, teman wanita lamanya yang sebelum ini mereka telah mempunyai anak perempuan bernama Milan.

Tiga lagi anak Tyson ialah D’Amato dan Mikey yang masing-masing lahir pada tahun 1990. Miguel yang lahir 2002 bersama Exodus yang meninggal dunia pula tidak diketahui siapakah ibu kandung mereka.

Namun kini dikatakan anak-anak itu adalah dalam jagaan Tyson.

Pada awal Mei lalu, Tyson berkata: “Saya kini benar-benar hidup dalam keadaan papa kedana malah muflis. Tetapi saya mempunyai kehidupan yang sangat mengagumkan.

“Saya mempunyai isteri yang hebat, yang begitu mengambil berat mengenai saya. Walaupun hidup tidak semewah dahulu tetapi saya sangat bersyukur walaupun saya sebenarnya tidak berhak untuk mempunyai seorang isteri dan anak-anak. Mereka kini harta saya dan saya bersyukur dengan pemberian tuhan ini.”

Namun sejak memeluk Islam, Tyson pernah mengaku perkara yang paling ditakuti dalam hidupnya kini ialah Allah.

“Saya takut kepada Allah. Saya tahu saya banyak buat perkara yang jahat dan salah yang kesemua itu hanya melayakkan saya masuk dalam neraka sahaja. Namun saya tetap memohon keampunan daripada-Nya setiap hari,” kata Tyson yang menggemparkan peminat sukan tinju apabila menggigit telinga lawannya.

Namun tahukah anda terdapat petikan yang menarik daripada Tyson apabila bercakap soal agama?

“Masing-masing berkata mereka mempercayai tuhan tetapi mereka tidak melakukan apa yang tuhan suruh, tidakkah itu hipokrit namanya,” soalnya.

Atas kesedaran dan keinsafan, buat pertama kalinya Tyson menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah dan Madinah pada awal Julai lalu melalui Pertubuhan Dakwah Kanada (CDA) yang memberi peluang kepada bekas peninju itu berada di sana selama sebulan.

Beliau bukan sahaja berpeluang mengerjakan ibadat umrah malah akan dibawa bertemu para pemimpin dan tokoh agama Arab Saudi selain melawat pelbagai tempat menarik bagi memperkenalkan budaya dan tradisi setempat.

Tidak dinafikan setiba beliau di Madinah, Tyson dengan cepat menjadi perhatian para jemaah dan penduduk kota itu yang menyebabkan kawalan ketat terpaksa dilakukan.

Namun sebagaimana yang dilaporkan oleh kebanyakan media, Tyson mengakui mendapat pelbagai pengalaman rohaniah selama berada di bumi suci Islam itu.

“Saya sungguh gembira kerana masih mempunyai para peminat yang mengasihi saya di Arab Saudi ini. Tetapi saya berharap mereka dapat meninggalkan saya sendirian untuk menikmati saat-saat keimanan yang sungguh indah di tanah suci ini.

“Saya tidak mampu menahan air mata ketika mengetahui saya berada di salah satu taman-taman syurga (raudah) di sini,” ujarnya terharu ketika berada di Masjid Nabawi.

Sebagaimana gambar yang dikirimkannya sendiri melalui Twitter, Tyson kelihatan begitu gembira berada di hadapan Kaabah. Air mukanya jelas membayangkan kegembiraan yang sukar untuk diungkapkan melalui kata-kata.

Antara komen yang menarik ditulis pada gambar tersebut, termasuklah: “Saudara Mike, apabila berada di hadapan Kaabah ini, anda kelihatan begitu gagah perkasa dan sangat hebat yang pernah saya lihat sepanjang usia anda. Anda adalah lelaki yang paling kuat di dunia apabila anda adalah yang paling sujud ke bumi menyembah Allah!”

Tumbukan ‘TKO’ Mike Tyson kini tinggal sejarah namun Malik Abdul Aziz yang berjubah dan berkopiah kelihatan lebih gagah. Semoga imannya juga sehebat si kulit hitam, Bilal bin Rabah!

Susunan SITI AINIZA KAMSARI Dari Link
Selasa, 14 Disember 2010

Dunia Tak Selalunya Begitu


Bookmark and ShareIPOH – Senario di Mahkamah Sesyen di sini semalam berbeza apabila seorang bekas Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Perak yang sebelum ini bertanggungjawab menghukum pesalah, dijatuhi hukuman penjara 19 tahun dan denda RM210,000 selepas didapati bersalah atas tujuh tuduhan rasuah.

Hassan Basri Shapie, 56, dikenakan hukuman tersebut selepas Hakim Tan Hooi Leng mendapati pembelaan gagal menimbulkan keraguan terhadap bukti pihak pendakwaan atas semua pertuduhan yang dilakukan tertuduh sekitar 7 Ogos 2006 hingga 6 September 2007.

Bagaimanapun tertuduh hanya dipenjara 10 tahun setelah Hooi Leng memerintah hukuman empat daripada tujuh pertuduhan tersebut dijalankan serentak. Namun Hassan Basri bakal berhadapan hukuman penjara tambahan sebanyak 42 bulan lagi jika gagal membayar denda.

Dia adalah hakim Mahkamah Syariah pertama yang didapati bersalah dalam pertuduhan rasuah.

... Tak selamanya orang di atas akan terus berada di atas...

Ahad, 12 Disember 2010

Yatim Semenjak Dalam Kandungan

Ramai sahabat terkejut apabila saya katakan bahasa Aceh itu tak sama dengan bahasa Indonesia, ye ke? Tanya mereka sambil kerut dahi. Ya. Dalam Acheh saja, ada 9 lahjah, 9 loghat. Dlam video klip ini saya cuba terjemahkan sikit apa yang saya tahu. Sedap bahasanya.. Jika anda dengar baik-baik dan perhatikan videonya, rasanya anda pun boleh faham apa maksud nya. Hari pertama saya tiba di Aceh, tahun 1998, jam 10 pagi kami masih dalam bas (berangkat dari Medan jam 10 malam tadi). Perjalanan ini menuju ke Banda Aceh lebih kurang 11 orang masa tu, itulah pertama kali saya dengar lagu Aceh dalam bas.. sedap di telinga bunyi nya, tapi tak faham apa maksudnya.

Yatim Semenjak Dalam Kandungan


9 Bulan Umur (saya) dalam kandungan
ayah saya meninggal dunia
tinggal dengan mak
dalam sebuah pondok
dikeliling ladang hutan rimba

umur 7 tahun saya masa tu
dalam hutan oh Tuhan ku dengan ibu
tiap hari selalu cangkul tanah keras
hujan dengan taufan dah ku biasa

Sedangkan anak muda lain bersenang2
Dalam pendidikan rumah sekolah
buku baca baju seragam
sayang saya sekolah pun tidak

Tiada saudara tiada yang sudi sayang
Tiada padang walau sebelah mata
Air mata ku pun meleleh
waktu terbayang rupa ayahnda..

Sekirannya ayah ku masih ada
Tiada lah susah hidup dengan mak begini
Tiada sampai tertinggal dalam persekolahan
Berkawan dengan kawan, sekolah pun ada

Beri YA Allah hati yang terang
ayah ku jangan lah di siksa
ayah dgn mak yang saya sayang
berilah keampunan dosa

Oleh : Sabirin Lamno
Jumaat, 10 Disember 2010

Dulu Mohon Cerai...Sekarang Apa Jadi

Terlajak sampan boleh diundur, terlajak bercerai, tidak berguna lagi. Seorang wanita, sekarang dalam umur 35 tahun, berstatus ibu tunggal. Dalam 5 tahun lepas, dia mohon cerai dari suaminya kerana katanya suaminya selalu sibuk dengan kerja sehingga tidak ada masa sangat bersama isteri. Dikuatkan cerita, kononnya suaminya ada perempuan lain di luar walaupun tidak dapat dibuktikan.

Isteri waktu itu rasa dirinya masih muda, rupa pun ada. Waktu itu juga, isteri rasa kalau dia bercerai dengan suami, pasti ada lelaki lain yang hendak berkahwin dengannya. Suami akhirnya menceraikan isteri cara baik setelah didesak. Anak lelaki usia dalam 2 tahun waktu itu, dijaga oleh bekas suaminya. Waktu itu, isteri rasa biarlah dia sendirian dan biarlah bekas suami yang jaga anak. Katanya, kalau dia yang jaga, belum tentu nanti suami kasi nafkah.

Sekarang sudah 5 tahun berlalu, wanita ini masih sendirian. Lelaki-lelaki yang dulu banyak menggodanya waktu dia berstatus isteri orang sudah tidak kedengaran lagi. Rupa-rupanya mereka semua main-main, bukan serius nak berkahwin dengannya. Satu tu, wanita ini hampir nak kawin dengan lelaki bujang yang 5 tahun muda darinya tetapi dapat tentangan dari keluarga lelaki tu.

Setiap Sabtu dan Ahad, wanita ini ambil anaknya yang dah sekolah darjah satu tidur di rumahnya. Itulah untuk mengubat kerinduaannya. Bekas suaminya dah berkahwin lain, tapi wanita ini masih berstatus janda. Usia semakin meningkat, rupa paras semakin dimamah usia. Semakin dia menyesal kerana melihat bekas suaminya hidup bahagia dengan isteri barunya. Bekas suaminya juga duduk di Kluang dan kekadang terserempak tapi tak bertegur.

"Tuan Kadi, saya menyesal kerana dulu saya tak dapat mengawal perasaan saya sebagai isteri sehingga desak suami minta cerai. Sekarang, saya rasa hidup saya penuh kekosongan......." Kata wanita ini.

Di petik dari : Link

Dengarkan...


Tempat abadi mu adalah akhirat, kubur adalah destinasi hidupmu....
Rabu, 8 Disember 2010

Modul PMD 2011

Salam buat rakan kaunselor"adalah menjadi kebiasaan" saya akan menyusun modul baru setiap tahun untuk PMD. Ada bertanya, apa tu PMD, PMD adalah singkatan dari "Program Maju Diri". Dan baru juga saya tahu, tidak semua negeri melaksanakan modul PMD ini. Contohnya Johor..kata salah seorang kawan. Insya Allah, jika sempat siap lebih awal, saya mahu berkongsi dengan rakan-rakan yang mahu.

Modul ini akan digunakan selama 5 hari, bermakna satu hari ada 4 modul yang akan diajarkan kepada murid. Penyusunan modul ini mengikut keperluan semasa. Contohnya, antara yang masih menjadi masalah ialah, murid-murid sekolah ini masih gagal menyanyikan lagu Negaraku dan Lagu Negeri Selangor mengikut rentak dan senikata yang betul.

Masih ramai yang belum faham, apa itu bertakhta... mungkin mereka faham ber tata...masih ramai yang bernyanyi 2 lagu Negeri Selangor dengan 2 rentak yang berbeza. Terutama apabila menyebut... Duuuuu liiiii yang Maha Mulia.... ada yang sebut Duli Yaaaaanngggggg Maha Mulia... Rentak berbeza.


Kes Pecah Rumah

Minta semua ambil perhatian, maklumat dari Tuan Timb. KP RELA BBM...Kenderaan Pecah Rumah/Samun No. Pendaftaran WUD227, WML 3561 Suspek 2 lelaki berketurunan India. Kenderaan bertukar-tukar menggunakan pendaftaran palsu. CRV, Suzuki Swift Hitam dan MYVi. jika terjumpa kenderaan tersebut dalam keadaan mencurigakan sila hubungi balai polis seri putra.
Selasa, 7 Disember 2010

Setiap Manusia Sudah di Takdirkan ke Mana Dia akan PERGI

Sesetengah manusia mengatakan TUHAN itu seakan ZoLIm, kerana telah menetapkan SEJAk azali ketetapan terhadap setiap manusia, bila dia hidup didunia, bagaimana rezkinya, siapa pasangannya, bila ajalnya dan kemana dia akan pergi akhirat kelak. Syurga Atau Neraka.

Pun begitu para sahabat, tidak terkecuali, langsung mengajukan pertanyaan kepada Nabi, kalau begitu ya Rasulullah, untunglah si anu bin si anu, (budak-budak sekolah rendah jika sebut si anu ketawa dia) jika di takdir ia masuk syurga, sedang ia hidup berbuat dosa? Begitulah dari segi logik akal kan.

Dan alangkah kesiannya, pada si anu, telah beramal sekian banyak, namun akhirnya masyuk neraka, kerana ketetapan sudah begitu.

Bukan begitu sebenarnya... Nabi pun menjawab.."Setiap manusia itu, dipermudahkan ke mana dia akan pergi " Bisa mengerti ya?

Maknanya, orang yang ditakdir akan ke syurga, dia akan melalui jalannya ke syurga, jalannya orang-orang yang bertaubat dan taat. Sungguhpun dia pernah di lembah hina, membunuh katakan, atau berzina dan sekian ratusan dosa.

Adapun yang ditakdir akan ke neraka, maka mudahkan bagi dia untuk bertemu laluan ke sana. Bermula dari bertemu kawan seperjalanan ke neraka, terjerumus, menyalahkan takdir, tidak bertaubat, dan akhirnya mati dalam kekufuran.

Oleh itu, mari kita ikuti jalannya orang-orang soleh, biar pun kita dulunya jahil, tak tahu baca Quran, tapi sekarang bila kesedaran itu datang, kita sewajibnya mengikutinya. Korbankan perasaan2 kita yang macam-macam...yang penting kita mahu kembali...."fafirruuu ilaLLah"inilah jalan ke syurga. Inilah juga semangat Maal Hijrah yang sedang kita raikan ini.

Berhenti Payoh
Baik Tok Soh
Isnin, 6 Disember 2010

Renungan Bersama : Antara Dosa dan Keampunan Allah

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan orang-orang yang berhijrah dan mereka yang berjihad pada jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang" Al-Baqorah : 218

Ketika mengikuti usrah mingguan, dalam menghuraikan Kitab "Apa Ertinya saya menganut Islam" seorang sahabat best student Maahad Muhammadi (L), Bakri, (sekitar 1995) berkata, dizaman Rasulullah ada seorang sahabat datang kepada Rasulullah dan berkata, "Wahai Rasulullah, sesungguhnya dosa-dosa ku terlalu besar"

Nabi : Bertanya Nabi sebesar apa dosa engkau ?
Sahabat : Besar sangat yang Rasulullah...
Nabi : Adakah sebesar gunung Uhud itu?
Sahabat : Besar lagi ya Rasulullah..
Nabi : Mana lebih besar dengan bumi ini?
Sahabat : Besar lagi ya Rasulullah..
Nabi : Mana lebih besar dengan langit?
Sahabat : Besar lagi ya Rasulullah..
Nabi : Mana lebih besar jika digabung antara langi dan bumi?
Sahabat : Besar lagi ya Rasulullah.... (jawabnya sambil menangisi dosa-dosanya)..

Akhirnya Nabi bertanya : Manakah lebih besar antara dosa-dosamu dengan KEAMPUNAN Allah?
Jawabnya...Ya...keampunan Nya lebih besar dari segalanya...


Foto Kenangan di Pulau Dragon, Vietnam
Ahad, 5 Disember 2010

Ruzilah Sidek..

Kalau bukan kerana bertemu melalui Facebook, mungkin saya tak kenal sekalipun bertemu, berselisih di jalanan. Inilah salah seorang sahabat lama di sekolah rendah, katanya masih ingat lagi ketika di tahun 1, waktu tu Cikgu Abdullah, guru kelas kami yang mengajar BM, masuk kelas dan bertanya nak tahu tak siapa dapat nombor satu???? Naaaakkkkk ..... semua menjawab. Ruzilah Sidek... Tahun itu ialah 1984.

Saya belum tahu apa-apa lagi masa tu. Masih diaaaam je.. Ye lah murid baru. Kami masa mula-mula masuk SK Padang Garong kelas 1 Biru, (kelas kedualah) kemudian, 2 biru, 3 biru. Ada masa kena streaming...kami berpecah, Ruzilah ke kelas lebih pandai (merah), saya ke kelas kuning,(ketiga) masa darjah 4.



Enam tahun kemudian, 1990, kami masing-masing membawa haluan sendiri. Berpisah dengan semua kawan-kawan. Zaki Jusoh (Kampung Tingkat, Banggol), Asrul Hafez (Jalan Atas Paloh), antara yang masih saya jejaki dan masih belum jumpa.
Sabtu, 4 Disember 2010

Hidup Antara Azan dan SOlat

Ungkapan ini sangat memberi kesan pada saya waktu itu, dan sehinggalah ke hari ini, saya sentiasa membawa kalimat ini ke surau, masjid, kelas bahkan ke hotel sekalipun.

Guru saya di Aceh, Abu Tarmizi Dahmi, (nama Abu adalah gelaran yang dipanggil oleh ibu-ibu yang belajar dengan beliau) beliau merupakan salah seorang ulama berasal dari Aceh Selatan, telah berhijrah ke Banda Aceh. Foto sebelah, penulis bersama Drs.Tarmizi Dahmi, Dosen Fakultas Ushuluddin, IAIN Ar-Raniry. Foto tahun 2007.

Sebagai Info, Banda maknanya tanah datar, bukan bandar. Adapun bandar sebutan disana ialah kota. Beliau, pada saya sangat hebat menyampaikan kuliah, setiap patah yang keluar dari mulut beliau, amat terpaku di qalbu.

Lantaran enaknya syarahan beliau, ketika suasana perang di Aceh meledak, dalam masa yang sama, beliau dijemput memberikan khutbah Aidil Fitri di Lhokseumawe, terletak di Aceh tengah, (kira2 5-6 jam perjalanan dengan kenderaan) lantaran perang meletus dan suasana tidak aman, beliau di jemput dengan helikopter. Sungguh! Menjadi kebanggaan masyarakat di Tungkop. Nama sebuah kampung di Aceh Besar. Juga menjadi tempat saya bersama rakan, Ridhzuwan dan Moh Asri berdomisili beberapa tahun. Saya sering mengikuti beliau memberikan syarahan agama di Masjid, surau bahkan ikut mendengar khutbah Jumaat dan Hari Raya.

Salah satu tempat yang beliau kunjungi ialah kawasan GAM (Gerakan Aceh Merdeka) berlatih perang. Saya ikut juga ke sana. Kalau tak salah, nama kampung itu ialah Cok Ke En. Kawasan perbukitan, tetapi nyaman dan sejuk dengan udara yang segar.

Namun beliau tak punya ijazah. Hanya sekolah sistem pesantren di Aceh Selatan, dek kerana Institut Agama Islam Negeri sangat membutuhkan seorang ilmuan seperti beliau, dan SYARAT nya mesti lulusan Sarjana Muda, maka kepada beliau dibagi secara percuma gelaran Drs, (dokterandus), hal ini di beliau akui sendiri oleh beliau ketika memberikan kuliah kepada kami di rumahnya 2 kali seminggu.

Kami belajar Kitab Tasauf... Hidayatus Salikin dan malam lain Tafsir surah-surah pilihan. Walaupun musim perang belum reda, pengajian tetap dijalankan secara senyap-senyap. Ada murid yang tinggal agak jauh, akhirnya menghentikan pengajian mereka gara-gara gelap dan tidak menjamin keamanan, takut peluru nyasar.

Dari beliaulah...ungkapan ini saya perolehi.."Hidup Antara Azan dan Solat" Teman-teman cuba bayangkan, bahawa sebentar lagi akan kedengaran azan di surau... dan tidakkah..biasanya, antara azan dan solat itu hanya diselangi dengan solat sunat 2 rakaat. Ya..kan...itu lah masa antara azan dan solat.

Dan kita.....yang hidup ini pun....ketika lahir di azankan oleh bapa kita di telinga kanan, sementara ketika kita sudah tiada lagi, (meninggal), maka mayat kita di letakkan dihadapan, salah seorang berkata, penuh kan saaaaafffffff..... maka solat jenazah pun dilaksanakan.

Sungguh! Sungguh amat ringkas hidup ini. Hidup antara azan dan solat...

2010 : Antara yg ku keHilangAn dan Dapat

Jikalau Cikgu Zam atau nama penuhnya Noor Haizam Zahid Shaghia bercakap pasal barang rosak tahun ini, saya ber idea mencoret pasal barang yang hilang tahun ini.

Pertama, pendrive 2GB warna coklat....sibuk-sibuk layan cikgu lain masuk dalam bilik kaunseling, kebetulan ada jugak murid-murid yang sering lepak, bila nak tutup laptop, saya letak pendrive tu atas meja, tapi terjatuh ke bawah, nak cepat sangat, saya biarkan pendrive tu dibawah, nanti ajalah carinya, bisik hati, tau-tau sampai sekarang tak jumpa.

Yang kedua pendrive jugak, 8GB, siap bertali, warna merah, beli kat Plaza Imbi, semua dokumen berkaitan UBK sekolah yang latest ada kat situ. Sedar-sedar dah tak dapat di kesan, entah dimana, dirumah tiada, di sekolah pun tak jumpa. Ah..sudah lah.

Yang ketiga, kamera Kompak Samsung 8MP, hari kehilangannya adalah hari yang paling bergembira buat semua insan bernama guru, ya pada hari guru. Saya bawa pagi-pagi ke sekolah dengan memakai baju kot, kononnya nak sambut hari guru, sedar tak sedar rupanya pokek baju itu terkoyak, bila sampai di pejabat rasa macam ada lagi kamera tu, lepas keluar pejabat tak jumpa-jumpa, puas di raba kiri kanan, tak jumpa jugak. Akhirnya terpaksa mencari dijalan dari sekolah sampai ke rumah, sedang cikgu lain sedang menyambut hari guru di sekolah. Ah biar lah mereka...

Keempat...ada lagi rupanya... duit budak-budak beli kismis saya letak dalam almari besi. Dek percayakan beberapa anak murid yang suka nak tolong jual kismis, saya bagi padanya untuk jual. Bila dah habis jual dia mencari saya di sekolah tak jumpa katanya, akhirnya dia ke bilik kaunseling dan letakkanlah wang itu didalam laci besi. sedangkan dalam laci tu pun sudah ada ratusan wang ringgit.

Bila di semak, tau-tau bukan duit kismis tu yang tak ada, duit kat dalam tu pun dah surut.Alahai sapa lah punya kerja, bila di panggil tanya, katanya dia tak ada ambil. Nak hulur tangan dalam pokeknya, anak jiran...jiran baik pulak tu.. Ah biarlah...

Kini....tiap kali keluar, bilik itu mesti di kunci, biar lah kalau ada orang nak kata apa. Banyak sudah barang hilang dalam bilik ini, dek kerana cikgu mesra murid, tak kisah murid mana nak masuk waktu rehat. Ha...tu lah yang terjadi.

Kalau kebetulan hari perhimpunan, cikgu-cikgu lain mesti nak masuk untuk buka suis mikrofon, mesti mereka pening punya nak buka pintu... ah..biarlah..kunci bilik tu ada satu lagi kat pejabat, lagi pun hanya beberapa kali sahaja giliran cikgu bertugas.

Disebalik ada barang yang hilang, ada pula barang yang dapat kita dapatkan. Saya dapat beberapa perkara yang selama ini di idam-idamkan.

Satu, kamera DSRL, Nikon D90, ha...dah bertahun pergi kursus 5 hari guna DSLR, kali ini baru dapat kamera tu.Kursus masa tu di Hotel Naza, Melaka.

Kedua Tong Gas NGV, dah siap pasang kat van lagi. Tahun ini juga, penantian menunggu anak kedua tercapai, setelah menunggu 7 tahun, kakak sulong dah masuk darjah 2 baru dapat adiknya.

Tahun ini juga saya dapat duduk dalam rumah sendiri. Walaupun sebenarnya kediaman ini hanya sementara di dunia, tapi ini semua untuk isteri dan anak-anak.

Mana tau kita pergi dulu, mereka sudah ada tempat untuk berlindung kepanasan matahari dan kesejukan dimalam hari, sesungguhnya hidup ini teramat singkat. Biarpun ada masa tertentu, lidah sentiasa bermunajat,mohon usia jangan di singkat, pun andai usia kita singkat, matikanlah kami semua dalam rahmat, berkenalana menuju Mu penuh Syahdu....

Dan..malam ini juga, ketika membuka laman FB, ada lagi berita Puan Asnah Bee Guru kaunseling SMK Saujana Impian meninggal dunia akibat kanser, padahal baru saja minggu lepas Guru Besar SK Semenyih menutup mata buat selamanya.

Hmmm....saya pun baru ceramah Isnin lepas di Hotel De Palma Ampang kepada pesakit HIV, sesungguhnya hidup ini amat singat, kita hidup antara azan dan solat. Sungguh Singkat. Anda pernah baca pasal hidup ini hanya antara azan dan solat?
Jumaat, 3 Disember 2010

Ziarah ke rumah Ramdan Nanyan


17 Tahun yang lalu, tepatnya 1993 saya ke rumah Ramdan Nanyan di Jengka 13. Waktu itu ayahnya buka kedai membaiki motosikal. Hari ini, saya berangkat dari Kota Gelanggi 02, ke Jengka 13. Tujuannya mencari rumah Ramdan.

Tetapi sayangnya, beliau sudah pindah, dari jiran nombor telefonnya di perolehi. Saya ke Temerloh melalui Kuala Krau. Dan sedih juga mendengar, pemergian bapanya setahun yang lalu. Pemergiannya bapanya gara-gara diserang stroke.

Gambar Ramdan, 36, di belakang saya 17 tahun yang lalu. Dulu pun beliau suka mengaji Quran di dalam masjid. Kini beliau menjadi guru mengajar Quran di rumahnya untuk orang dewasa dan kanak-kanak.

Berikut adalah gambar terbarunya bersama keluarga di Temerloh saya rakam,

Anak Ustaz Ramdan 4 orang, 2 lelaki dan 2 perempuan. Isterinya mengambil upah menjahit pakaian. Setelah habis SPM di SMUDA, beliau ke Kedah, seterusnya ke Mesir, balik dari sini menjadi guru agama selama 4 tahun di sekolah agama rakyat dengan gaji RM400.00 sebulan.

Gara-gara bantuan ke sekolah agama rakyat ditarik balik, murid semakin berkurangan, guru-guru pun semakin sedikit, akhirnya sekolah itu katanya, terpaksa di tutup. Untuk makluman, sekolah itu milik Ustaz Haji Baqi, Chenor.

UPDATE

Buat pembaca setia blog saya, hayati Hadis ini, Barangsiapa menghubungi (tali) silaturrahim...akan dipanjangkan umurnya.Anda mahu panjang umur? Biasanya semua orang tak nak mati awal..katanya amal belum cukup, saya kembali bertanya, kira-kira umur anda berapa tahun, yang masa tu dikira amal dah cukup? Yang mana kalau Malaikat nak cabut nyawa,,,dikira ah..dah boleh lah cabut,sebab amal dah cukup....
Khamis, 2 Disember 2010

Antara Jerantut dan Kuala Tahan

Seorang sufi berkata, sedekat-dekat pengembaraan ialah dari (satu tempat) di muka bumi ke muka bumi yang lain,sedangkan sejauh-jauh pengembaraan ialah dari dunia menuju Tuhan Rabbul Jalil.

02 Disember 2010. Taman Negara, Jerantut, 43000, Pahang Darul Makmur, awalnya bercadang nak pusing-pusing kat sungai, tapi kata member kat sini, tak ada pun, harga RM100.00 jelah boleh bagi. Aik tak sangka, jumpa kawan sepermainan masa kecil-kecil dulu di sini.

Rudin namanya, anak Pok Su Ja'far tukang kayuh beca, dan juga pemain silat pulut.
Sayang lupa nak ambil gambarnya. "Mu kenal dok sapa aku?" Tanyanya, entahlah, siapa ek, muka dah berubah...sukar nak ingat lagi...



Atas bot dari Jeti menyeberang Sungai Pahang ke Taman Negara, ronda ke Sungai Tahan...antara pertemuan 2 batang Sungai, warna air yang berbeza...

Singgah sekejap di Stesen Keretapi Jerantut... pernah ke sini tahun 1993

Dari sini ke Stesen Wakaf Bharu berapa belas jam kalau tak salah...lama sangat...pasal bukan keretapi ekspress...

Duduk di sebelah saya, 2 dari kanan, Pak Cik Ghani, bila dapat tahu saya dapat melanjutkan pelajaran pada tahun 1998, beliau mengambil syiling tempat menyimpan duit. Di kira-kira duit, lebih RM100.00 beliau berikan pada saya.Sungguh! Jasa yang tak semua orang boleh buat.

Walaupun hanya peneroka Felda, tapi mempunyai hati yang baik.Terima Kasih sekali lagi. Jasa semua yang pernah membantu saya, hanya Tuhan yang dapat membalasnya.
Rabu, 1 Disember 2010

KIS 365 Hari

Dalam stok simpanan saya masih ada 8 Key (Kaspersky Internet Security) (KIS) yang belum diguna. 1 Key Untuk 1 User atau 1 PC. Malam ni pun saya baru install lagi, padahal masih ada 28 hari lagi key yang lalu. Nak tengok betul ke tidak setahun atau 365 hari.

Jika anda yang mempunyai key KIS yang sudah hampir tamat tempoh, boleh membuat pesanan dari saya hanya RM30.00 pertahun, sama dengan KIS yang kita beli di kedai, cuma harga dia lebih murah.

Lihat, saya punya Key, tarikh tamat tempoh sah adalah 5 . Disember 2011.

Lawatan ke Gua Kota Gelanggi

Isi Musim Cuti Sekolah. Kali ini, tanpa persiapan awal dan perancangan, saya bersama keluarga dan sepupu ke Gua Kota Gelanggi, terletak 20 km dari Felda Kota Gelanggi 02. Sayangnya, setelah snap beberapa keping gambar menggunakan flash, bateri terus menunjukkan isyarat berkurangan. Menyebabkan saya menutup flash, khuatir tidak dapat mengambil gambar lagi.

Memang benar, hanya sempat beberapa keping sahaja, baki lagi saya gunakan Hand Phone sahaja. Berikut beberapa keping gambar disana.


Disini lah juga ditemui rangka tulang manusia yang hidup 2000 tahun sebelum Masihi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...