Welcome

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Etiam pharetra, tellus sit amet congue vulputate, nisi erat iaculis nibh, vitae feugiat sapien ante eget mauris.

Follow us


Ask a question

Name

Email

Question

Submit

Link Blog

Senarai Blog Saya

Senarai Blog

Sample text


Emel : afraima@yahoo.com..febook : facebook.com/skbangi
.Facebook : facebook.com/skbangi



Blogger

Blogger
Noorhisham Hamzah Sarjana Sosial Islam, Kaunselor SK Bangi, Ijazah Sarjana Muda Indonesia, Ijazah Lanjutan, Drug Abuse, USIM, Emel afraima@yahoo.com

Makam-Makam Nabi

Blogger news

Diri Admin

Noorhisham Hamzah
Emel afraima@yahoo.com
FB facebook.com/skbangi

Blogger templates

Jika terdapat sebarang persoalan untuk dijawab, boleh lah di hantar ke afraima@yahoo.com afraima@yahoo.com

Anda yang Datang

Twitter

Link

Terima Kasih Atas Kunjungan Ilmu dikongsi,ganjaran diharap

ShoutMix chat widget

Pelawat

Halaman

Dikuasakan oleh Blogger.

Twitter

Ads 468x60px

About Me

Teman

Archives

Cari Blog Ini

fb komen

Featured Posts

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Hari Raya bagi umat Islam tiba lagi.Kini kita akan merayakan Aidil Adha. Saya bagi pihak blog norish77 mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir dan batin kepada semua pengunjung blog ini. Terima kasih atas jalinan link anda. Kiranya ada idea untuk kebaikan, silakan. Berhati-hati semasa pulang ke kampung, semoga semuanya selamat. Bersamalah kita hayati konsep Hari Raya Korban ini.Ya... Hari Raya Aidil Adha juga di sebut hari raya korban. 

Pastinya dalam hidup ini, kita sangat perlu berkorban rupanya, jika ingin mencapai satu-satu perkara. Itu hal dunia. Pun sama kita dengan Tuhan, kiranya ingin berada dekat denganNya, pun kita mesti berkorban. Korban masa untuk ibadah, korban rakan-rakan yang kurang baik, tidak solat, kita hindari.

Template Baru Menyegarkan

Kalau lah ada orang merasakan saya pandai IT, saya ketawa sendirian. Padahal orang tak tahu, saya asalnya tak lah pandai sebenarnya.Hanya tiru-tiru orang. Pertama kali buat blog ialah setelah membaca buku Majalh PC, itupun masih tak pandai-pandai juga. Tiap bulan saya habiskan duit beli Majalah Komputer.

Satu hari, bertemu dengan pelajar Indonesia lewat internet, beliau belajar di Jepun. Jadi saya berhubung lewat internet lah belajar buat Blog.Hingga kini, ada 1600 posting yang saya usahakan. Bukan semua tulisan saya, hanya separuh barangkali cuplikan saya sendiri.
Sabtu, 29 Oktober 2011

Negeri Sembilan mengambil tempat sebagai JUARA

Kalah atau menang.itulah adat dalam permainan. Awalnya Terengganu yang sumbat dulu, tapi kemudian Negori yang buat serangan balas. Saat-saat getir pun berlaku. Masa sudah terhimpit. Tidak boleh membiarkan setiap peluang mesti direbut. Itu lah juga ragam kehidupan.

Tuhan berfirman "Dan tidaklah ada apa-apa di dunia ini, selain permainan..." Ya... Hidup Ibarat Permainan

Kayakah Kita Apabila Hanya Menumpang dibumi Nya?

Apabila kita mendiami sebuah rumah besar, oleh seorang saudagar yang kaya raya, diberinya kepada kita sebuah bilik besar, ada kolam mandi, kereta besar dan segalanya mewah, tetapi kita tak lebih sebagai kuli yang bekerja untuk mencuci kereta bos setiap hari. Layakkah kita mengaku kaya? Pastinya semua orang mengatakan tidak. Kerana semua barang itu bukan dia yang punya. Dia hanya diberi pinjam untuk mengguna dan menjaganya sebaik mungkin.
Pun begitu, layakkah kita mengaku kaya, bila semua pemberian Allah Taala ini adalah pinjam-pinjaman semata? Syukur, kerana sihat dan cerdas, kita diberinya kerja, sehingga dengan pekerjaan itu dapatlah kita mengumpul sedikit sebanyak wang untuk membayar deposit rumah, selain itu kita beli kenderaan dan segala peralatan yang berkaitan dengan kehidupan kita sehari-hari. Semuanya pemberian Dia. Layakkah kita merasa diri kaya? Sedang bila kita pulang mengadapNya, kita dalam keadaan miskin, bahkan faqir...
Khamis, 27 Oktober 2011

Baik Buruk Dunia Facebook


Baik Buruk Dunia Facebook. Assalamualaikum dan salam sejahtera anak-anak sekalian, apa khabar semua ? Cikgu-cikgu harap semuanya sihat dan tengah bersemangat nak naik tahun baru.Ya kan…
Bagi yang darjah 3 akan naik darjah 4, yang darjah 4 akan pergi ke tahun 5, manakala tahun 5 akan berdepan dengan tahun 6 dan murid tahun 6 akan ucapkan bai baiii….(bye bye).

Beginilah ragam hidup didunia. Tak selamanya kita akan menghuni sekolah ini. Kita tak boleh duduk selamanya, walaupun kita sayangkan sekolah ini. Masa tetap akan membawa kita pergi.

Mak ayah pun begitu, ada masa mereka akan berganjak, dari satu tempat ke tempat yang lain, kerana pekerjaan. Dan akhirnya dari satu alam ke alam yang lain. Inilah pengembaraan hidup namanya.
Orang yang hidup, tak selamanya dia akan hidup, cukup masanya, dia akan pergi. Tiada yang terkecuali.Baik Nabi atau rakyat miskin biasa.

Trend Perubahan Zaman

Zaman dulu orang masak dengan dapur kayu, belum ada yang namanya dapur gas. Rebus air masak nasi, semuanya pakai kayu. Kadang-kadang sampai hangit nasi. Gara-gara terlambat kacau.

Sekarang sudah hadir rice cooker, tak payah lagi kacau-kacau, selepas basuh beras, tunggu saja ia masak. Semuanya automatik. Pintu automatik, dapur automatik, bahkan orang bersalin pun ada yang automatik. Hehe.. Macam mana tu. Automatik lawannya manual lah kan.

Maka, apabila ada orang yang tidak mahu menggunakan teknologi moden ini, dia di anggap ketinggalan.
Bukannya salah, tetapi ketinggalan. Eh, ada ke orang tak mahu gunakan teknologi hari ini? Di Indonesia, para ibu-ibu diberikan tong gas secara percuma oleh kerajaan mereka, setiap rumah dapat satu tong gas. Nak dijadikan cerita, ada rumah yang meletup, gara-gara tak tahu menggunakan tong gas memasak. Bukan satu, bahkan berpuluh, sehingga kaum ibu-ibu melakukan demontrasi di depan pejabat Presiden mereka.

Kononnya protes, kenapa kami diberikan gas, tetapi tidak di ajar cara-cara menggunakannya. Khabarnya ramai yang dapat tong gas itu menjualnya semula. Lebih rela guna dapur kayu dari alat yang moden. Menyusahkan katanya.

Untuk Apa Facebook

Murid sekarang boleh dikatakan hampir semua ada akaun facebook. Menurut kajian, 9/10 pelajar telah pun mempunyai facebook. Rakyat Malaysia pulak tu yang paling ramai menggunakan facebook di Asia ini.Canggih kan.
Seorang menteri pula melaporkan, kira-kira 60,000 orang murid telah menerima impak negatif, (sesuatu yang tidak baik) hasil dari facebook ini.



Laporan juga menyebut, mereka menghabiskan 11 jam seminggu untuk bermain facebook.

Dari segi baiknya, kita boleh berhubung semula dengan rakan-rakan lama yang kita pernah kenal tapi terpisah sekian lama. Berjumpa di alam maya kata orang. Kemudiannya bertemu di alam yang sebenar. Perjumpaan ini kalau ikutkan nabi, ada kebaikannya, dimana pernah Nabi bersabda “Barangsiapa menghubungi silaturrahim, dia akan dipanjangkan umur”.Wah… tak sia-sia kamu ada facebook. Boleh panjang umur.

Tetapi pertemuan yang Nabi maksudkan bukan lah dengan facebook, namun dengan menziarahi teman kita itu. Facebook hanya sebagai batu loncatan untuk kita mengetahui dimana dia berada.


Selain itu, ada orang menjadikan facebook sebagai medan untuk melepaskan segala kekusutan masalahnya. Dengan cara menulis masalah yang dia hadapi, dia rasa seperti dapat melepaskan tekanan tersebut.

Apalagi jika ada orang yang menanda “like” dan memberikan komen mereka terhadap masalah yang kita hadapi.


Keburukannya Facebook

Akibat terlalu suka menayangkan segala-galanya di facebook, ada orang menayangkan apa yang tidak patut dia tayang.

Gambar dia tak pakai baju pun dia sumbat, gambar kaki dia kena gigit semut pun dia nak cerita. Akhir-akhirnya boleh membawa kepada dosa jika tidak kena dengan syariat. Tau apa tu syariat? Syariat ialah hukum-hakam agama kita (Muslim).

Apabila sering bermain facebook, banyak masa dihabiskan. Kadang-kadang kerja wajib kita abaikan. Ini yang tak baiknya. Kerja sekolah tak siap, bantu mak ayah pun tidak. Ada pula yang mengamuk, marah-marah sebab tak sempat buka facebook.

Ada pula yang pergi ke CyberCafe (CC) untuk melayari internet. Selain menghabiskan wang ringgit, kamu juga terdedah dengan benda-benda lain yang tak baik di internet itu.

Kamu sebenarnya boleh melayari internet atau facebook, dengan syarat mak ayah tahu apa yang kamu sedang buat. Jangan tutup pintu. Kemudian had kan masa. 2 hari sekali. Kalau boleh jadikan facebook sebagai hadiah jika kamu dapat menyiapkan kerja sekolah. Selagi tak siap, jangan buka komputer. Faham kan?

Jangan pula ugut mak bapa, kalau tak bagi main facebook, saya tak nak buat kerja sekolah. Ini dah makin gawat.

Selain facebook, ada pula android dan macam-macam. Selepas ini kita pun tidak tahu apa lagi bentuk kecanggihan yang akan muncul.

Manusia pertama yang mencipta telefon wayar ditanya, pada pendapat kamu, untuk masa akan datang, mungkin kah akan wujud telefon tanpa wayar? Apa dia jawab? ”Mana ada” katanya.Hal iu tak akan mungkin berlaku.

Namun masa telah menjawab persoalan tadi. Telefon tanpa wayar telah pun ada, bahkan hadir dengan internet sekali.

Nasihat cikgu, gunakan internet untuk kebaikan. Untuk mencapai kekayaan secara halal. Untuk menambah ilmu pengetahuan. Untuk melonjakkan prestasi diri kamu.

Jangan pula menggunakan internet untuk menonton filem-filem yang merosakkan akhlak dan kedamaian jiwa kita.

Jiwa atau hati kita perlu dijaga, supaya sentiasa bersih. Kerana, hati itu tempat jatuhnya pandangan Allah. Sementara jasad lahir tumpuan manusia. Bila hati sudah gelap, manusia tidak nampak kebesaran Allah, kerana itu dia berani meninggal solat. 

Jangan lupa untuk klik like facebook sekolah di alamat ini http://www.facebook.com/skbangijer.

Apa Tanggapan Anda Bila Melihat Foto ini?

-
Bagaikan terpukul melihat foto ini, antara haiwan dan manusia, siapa lebih baik? Betullah...kadang-kadang manusia perlu belajar dari haiwan. Tuhan pun suruh kita belajar dari haiwan, kita baca Surah Labah-labah, surah Lembu, surah Gajah, surah semut dan lain-lain.

Kenapa manusia lebih teruk dari haiwan? 
Rabu, 26 Oktober 2011

Program Awal Remaja, Baik-baik Sayang


Disini bermula awal keremajaan kamu,Ustaz Jamhari membuka sedikit-sedikit rahsia dalaman seorang manusia bergelar remaja lelaki.Terkekeh-kekeh ketawa manahan malu. Namun itulah yang mesti diketahui. Walaupun penerangannya tidak mendalam, sudah cukup untuk difahami. Tidak boleh dalam-dalam, kerana ada kaum sejenis di sebelah.

Ain dilihat cuba menyalin nota pemberian penceramah satu persatu.


Corak kehidupan zaman remaja sangat unik. Keunikkannya menjadi kenangan sepanjang hidup. Namun banyak perkara yang jarang dibincang oleh guru atau orang tua murid kepada anak-anaknya. Hal ini secara adat disebut ‘tabu’ atau agak malu untuk diperkatakan. Akan tetapi segala maklumat berkaitan dengan alam remaja adalah sangat diperlukan untuk meniti alam itu dengan bahagia. Terdapat juga hal-hal yang berkait erat dengan agama seperti soal pakaian dan pergaulan. Untuk itu, pihak Bimbingan dan Kaunseling mengadakan program ceramah khas berkaitan isu “awal remaja”.

Remaja perempuan juga disentuh perbicaraan bab bentuk rupa tubuh badan, bagaimana pakaian yang seharusnya dipakai oleh perempuan muslimah. Bagaimana pula cara bergaul sesama remaja berlainan jantina.
Isnin, 24 Oktober 2011

Derita Buah Zakar Besar

Las Vegas: Seorang lelaki Nevada, Wesley Warren Jr, memerlukan RM3 juta bagi membolehkannya menjalani pembedahan membetulkan buah zakarnya yang besar melampau.

Selama ini, lelaki berusia 47 tahun itu hanya mendiamkan penderitaannya, namun semalam dia membuat rayuan terbuka bagi membolehkan pembedahan dijalankan dan mampu menjalani hidup seperti biasa.

Warren memiliki buah zakar seberat 44.5 kilogram.

Disebabkan pembesaran melampau pada buah zakarnya, Warren tidak boleh memakai seluar, selain terpaksa bergantung kepada pemakanan antibiotik dan ubat setiap hari.

Apabila keluar rumah, Warren perlu mengenakan seluar besar yang diubah suai.

Katanya, bukan mudah bergerak dari satu tempat ke tempat lain dengan keadaannya begitu.

“Masalah ini memaksa saya menghabiskan lebih banyak masa di rumah,” katanya.

Bagaimanapun, keadaan itu tidak menjadikan Warren terlalu kecewa.

Menurutnya, selain mempunyai sahabat, dia mahu menjalin hubungan cinta dengan wanita idamannya.

“Di sebalik kekurangan ini, saya tidak kecewa, berputus asa atau terfikir untuk membunuh diri,” katanya.

Kata Warren, dia percaya masalah itu berpunca daripada insiden pada 2008.

“Saya terkepit kemaluan ketika tidur dan keesokan harinya, ia membesar seperti bola,” katanya.

Sementara itu, doktor berkata, Warren menghadapi masalah limfatik pada zakarnya menyebabkan berlaku takungan cairan pada organ berkenaan dan ia membengkak secara melampau

Laporan L4 dan Ladap

Salam untuk sekian umat 1 Malaysia. Bagi guru-guru yang ingin menghantar laporan tahunan [L4], sila ke www.ekaunseling.net, muat turun manual [cara-cara penghantaran] kemudian muat turun borang L4 terkini, sesudah di isi hantar semula menerusi laman web www.ekaunseling.net.

Untuk semakan, anda pun tidak perlu ke mana-mana, hanya mencari perkataan semakan data dalam web [pun] ada di web ekaunseling.net. Segalanya ada disana.Insya Allah.Cuma persoalan anda tidak dapat diajukan ke laman web itu, sila ke facebook kami di http://facebook.com/teknikall4. Anda juga boleh bertanya secara langsung dengan saya menerusi http://facebook.com/skbangi.

LADAP.

Saya difahamkan web untuk guru-guru hantar laporan LADAP [bagi negeri Selangor] sedang di tutup buat masa ini. Tuan-tuan dan puan-puan tidak perlu mengisinya [buat masa ini].Nantikan penjelasan lanjut di sini.
Rabu, 19 Oktober 2011

Kak Ngah meniti alam kanak-kanak

Ketika dia baru berusia 1 tahun 7 bulan, lahir pula adiknya Hielmiyah Ainoul Mardhieah, tepat 16 September 2011. Hari di umumkan hari Malaysia. Kasih sayang ibunya sudah berkurang ditumpahkan padanya, gara-gara terpaksa melayan adiknya yang baru lahir. Apalagi ibunya melahirkan secara operate. Jika Kak Ngah dulu beratnya ketika lahir 3.6, kini adiknya 3.86.

Masa yang panjang lagi diperlukan untuk memulih seluruh kesakitan dalam tubuh. Ketika ayahnya balik dari sekolah, dia sedang menunggu di depan pintu, untuk melaporkan dan mendapat kasih simpati. Selamat membesar Kak Ngah.

Kakaknya pula sudah pun berusia 9 tahun, sibuk dengan buku-buku sekolah. Kadang-kadang tak puas main dengan adik, perlu mencari kawan untuk kepuasan bermain.Al-maklum bermain dengan adik yang jauh usianya dari dia. Manalah si kak ngah tahu untuk bermain seperti kanak-kanak yang sudah membesar.
Selasa, 18 Oktober 2011

KISAH BENAR...suami yang menyesal..




Assalamualaikum….
Kehadapan ustaz yg saya hormati…saya tidak tahu..di mana ingin saya mulakan bicara ini… tetapi saya mesti menceritakn kisah ini pada ustaz supaya hati saya tenang dan mungkin dapat meredakan rasa berdosa…saya selama ini…ustaz mungkin tidak kenal saya namun saya mengenali ustaz..tak mengapalah kalau ustaz tak kenal saya pun….

Ustaz saya merupakan seorang lelaki yang mempunyai memori kehidupan lampau yg cukup menyedihkan…harap ustaz tidak bosan mendengarnya….Saya merupakan seorang suami..kepada seorang isteri yg amat baik dan setia….namun ustaz ..saya tidak pernah menghargai kasih dan sayangnya yang dicurahkan kepada saya….kerana pada waktu itu …mata hati saya terlalu buta untuk membezakan yang mana kaca dan permata.

Ustaz saya telah berkahwin dengan seorang wanita yang pada asalnya tidak saya cintai….dia seorang yang sederhana pada segi paras rupanya….seorang yang tidak pandai bergaya …tetapi kuat pegangan agamanya…. bertudung labuh…bersopan santun.. baik budi bahasanya…. Untuk pengetahuan ustaz perkahwinan kami ini.. segala-galanya….diaturkan oleh keluarga dalam keadaan saya masih belum bersedia…

Ustaz terus terang saya katakan yang saya sudahpun mempunyai teman wanita yg jauh lebih cantik daripada isteri saya dan kami amat menyintai antara satu sama lain….cumanya saya akui teman wanita saya ini agak sosial sedikit dan tidak menutup aurat……Ustaz selepas berkahwin dengan isteri saya itu…jiwa saya menjadi kacau dan keliru…..saya amat marah kepada isteri saya…kerana pada anggapan saya kerana dialah saya tidak dapat bersama kekasih saya yg amat saya cintai itu.

Ustaz sepanjang kehidupan kami…saya selalu sahaja mencari jalan untuk menyakitkan hatinya…dengan harapan kami akan bercerai setelah dia tak tahan dengan kerenah saya….namun rupanya ustaz…isteri saya ini adalah wanita yang penyabar….pernah saya tidak balik ke rumah..dengan tujuan isteri saya akan membenci saya…tetapi selama mana lambat sekalipun saya balik ..dia akan tunggu saya dan bila saya masuk ke dalam rumah…dia menyambutnya dengan mesra dan bertanya: “Abang dah makan…?Nak saya panaskan lauk dan hidangkan makanan?”

Ustaz…pernah suatu hari saya menampar mukanya….apabila dia bertanya pada saya…”Abang dah solat?...abang tak pernah solat ke?.....Paannggg..!!satu tamparan kuat saya berikan di pipinya….perasaan geram..marah dan rasa terhina….bercampur ego yg menggila…Bengkak pipinya…dia menangis terisak-isak……saya ingatkan mungkin dia akan membenci saya..tetapi rupa-rupanya…..dia bersabar dan melayan saya sebagai suaminya.

Ustaz pernah suatu hari…dia ingin bermanja dengan saya…..membawa sepinggan nasi goreng yang digoreng…untuk saya …pada masa itu saya sedang berbual mesra dengan kekasih saya di dalam handphone……ketika dia ingin menyuapkan nasi kemulut saya….saya tolak pinggan …sehingga jatuh berkecai bersama nasi goreng yang digoreng khas untuk saya…..dengan linangan air mata….dia mengutip setiap butiran nasi goreng yang berhamburan ke lantai…

Ustaz saya bertambah lupa daratan…saya habiskan masa berhibur dan berlibur dengan kawan-kawan di luar..dengan harapan isteri saya akan lebih sakit hati dan meninggalkan saya rupanya dia tetap tabah dan bersabar…..pernah juga saya menendang badannya kerana dia menasihati saya supaya tidak mencari hiburan dengan jalan yang dimurkai Allah.

Ustaz….pernah suatu ketika apabila keluarganya datang bertanyakan khabar dia kata dia amat bahagia bersama saya…tapi sebenarnya hanya saya yang tahu dia berbohong.

Ustaz suatu hari saya telah diberikan balasan oleh Allah…dan saya kira itu adalah balasan…apabila saya terlibat dengan kemalangan….tulang paha saya patah dan dan sememangnya saya tidak berdaya utk bangun….hampir lima bulan saya terbaring tidak berdaya….ketika itulah isteri saya menjaga saya dengan setia sekali…..berak kencing saya… dia tadahkan… dia basuhkan tanpa ada rungutan atau perasaan genyi mahupun geli ….dialah yang memandikan saya…menggosok badan saya dan memakaikan pakaian utk saya….bila saya mengerang sakit kerana kaki yang bengkak di tengah malam…berdenyut-denyut sakitnya…dialah yang bangun …..dalam keadaan mengantuk dan terhoyong hayang kerana tidak cukup tidur..dia datang kepada saya dan menyapukan ubat krim dan memberi saya ubat penahan sakit…sehingga saya rasa lega dan tertidur….tetapi isteri saya tidak tidur hingga ke pagi…….risau saya mengerang kesakitan lagi.

Ustaz isteri sayalah yang menyuapkan saya makan…dia sendiri tidak akan makan…melainkan setelah saya kenyang….dia akan membuatkan makanan dan minuman mengikut kehendak dan selera saya
Bila saya kenangkan kembali….sewaktu saya terlantar sakit tiada siapa pun dari teman-teman yang setia berjoli dengan saya dahulu… datang menghulurkan bantuan apatah lagi melawat…kekasih saya..lagi lah..apabila dapat tahu saya kemalangan dan tidak boleh bangun…dia tidak mahu lagi..menghubungi saya malah meminta hubungan kami diputuskan..kononnya saya suami orang..huh..sekarang baru dia kata saya suami orang..dulu….dialah yang menghasut dan memberikan harapan pada saya untuk membenci isteri saya... ketika itu barulah saya sedar betapa besarnya kesilapan dan dosa yang telah saya lakukan...Ustaz…..saya …kasar..kejam dan zalim kepada isteri yg menyayangi saya….besarnya dosa saya…..amat menyesal rasanya.

Ustaz….ketika saya boleh berjalan ..sedikit demi sedikit…dan saya beransur pulih….isteri saya jatuh sakit…..badannya menjadi kurus kering….tiada selera makan…terbaring..tak bermaya…..kata doktor yang merawatnya….isteri saya jadi begitu kerana terlalu letih dan susah hati….hati saya menjadi sebak..kerana saya tahu sayalah puncanya….

Ustaz kesihatan isteri saya makin teruk…..mukanya makin pucat….tetapi dia tetap senyum….saya menangis sepuas-puasnya memohon ampun dan maaf di atas kejahatan yg pernah saya lakukan terhadapnya….dia hanya tenang dan menjawab dia telah lama maafkan saya….”Abang saya dah lama maafkan abang…saya sayangkan abang”……berderai airmata saya hancur hati saya….pilu bercampur sebak yang amat sangat…diikuti dengan perasaan menyesal.

Ustaz selepas itu isteri saya di masukkan ke dalam wad kecemasan…..saya menjaganya setiap hari….saya belai rambutnya saya kucup dahinya…sambil airmata ini tidak berhenti—henti mengalir…”Jangan menangis bang….bukan salah abang…..mungkin saya ni yang tidak pandai mengambil hati abang…”Berdentum….seolah-olah hati saya disambar halilintar…saya menangis lagi….sehingga keluarga yang datang melawat terpaksa menenangkan saya…..malah ada yang memuji saya ….kerana beranggapan saya suami yang amat menyayangi isteri…..ternyata pujian itu bagaikan sumpahan utk saya.

Ustaz…..isteri saya ada berkata…dia meminta maaf kerana tidak dapat melahirkan zuriat untuk saya..kerana masanya utk menghadap ilahi semakin hampir….saya meraung….merayu kepadanya agar tidak meninggalkan saya…tapi katanya…setiap yang hidup pasti akan mati…dan dia meminta saya menjaga diri baik-baik….kerana dia tidak boleh lagi menjaga saya….ustaz..saya menangis …sehingga saya menjadi lemah….apabila dia mengucapkan kata kata terakhir itu.

Ustaz…tepat jam 3.00 ptg…setelah dua minggu berada di hospital…isteri saya telah pergi meninggalkan saya selama-lamanya….dengan bebanan dosa dan jutaan kesalan yang menerjah hati ini…saya meraung semahu-mahunya….menyesal di atas kekasaran yg pernah saya lakukan.

Ustaz jiwa saya tak tenteram…apakah Allah akan mengampunkan dosa saya ini…..apakah kekasaran dan kejahatan serta layanan buruk saya kepada isteri ….akan diampunkan Allah….tolonglah ustaz saya amat menderita…..jiwa saya terseksa…..mungkin ini hukuman yang patut saya terima.

Masih terngiang di telinga saya pesanan akhir isteri saya..”abang…jagalah diri baik-baik….jangan lupa tunaikan solat….berbuat baik… takutlah kepada Allah….dan jika bertemu dengan insan bernama isteri….jangan berkasar dengannya sayangilah dirinya.”

Ustaz sebelum isteri saya menghembuskan nafas terakhir…dia ada meninggalkan satu nota dan sebuah lagu untuk saya dengar dan hayati….lagu itu adalah harapan yang dia impikan dari saya tetapi tidak sempat dia nikmati….kasih sayang yang terkandung dalam lagu itu…dia harapakan dari saya….Di dalam nota itu dia menulis “Abang..dengarlah lagu ini dan ingatlah saya selalu…Dahulu...saya senantiasa menanti abang pulang ke rumah…Saya teringin sangat nak makan bersama abang…..mendengar cerita abang….menyambut abang pulang dari kerja….bergurau dan bermanja dengan abang…..memeluk abang ketika tidur…..tetapi semuanya mungkin tidak sempat bagi saya…jaga diri…..sayang abang….selamanya.

Ustaz ….saya harap ustaz tak marah saya meluahkan perasaan begini panjang pada ustaz….kerana inilah pesan isteri saya sekiranya saya merasa terlalu sedih…ceritakanlah pada ustaz dia tahulah apa nak buat utk tenangkan abang……Ustaz….saya harap cerita saya ini dijadikan teladan bagi mereeka yg bergelar suami….sayangilah isteri anda….selama mana anda berpeluang utk berbuat begitu…janganlah terjerumus dengan kesilapan yg saya lakukan…pasti anda akan menyesal tak sudah…..
Terima kasih ustaz….doakan saya…….

Sedih dan sebak bila baca luahan perasaan hamba Allah ini….memang saya banyak beri ceramah motivasi dan mendengar banyak masalah masyarakat yg dihantar pada saya dan inilah yang paling sedih.yg pernah saya baca… tambahan pula lagu yg telah ditujukan isterinya itu bila dengar bertambah sebak…..dengarkanlah senikatanya…….tapi tak boleh upload lagu tu dibawah copyright....tajuknya now and forever...
by richard mar
Ahad, 16 Oktober 2011

5A bukan Susah, Tapi itu Bukan tertulis buat kamu


Mantan anak murid saya meluahkan perasaannya, bahawa dirinya sangat kecewa kerana tidak dapat memberikan 5A dalam peperiksaan yang lalu, kehampaan terbawa-bawa..mohon saya berikan sesi kaunseling.

Dan berikut adalah nasihat saya 

Perjalanan hidup ini memang begitu anakku, tidak semua orang hidup bermula dengan senyuman,setiap bayi yang baru lahir,semua akan menangis, itu lah petanda kehidupan ini bermula dengan tangisan,susah payah dan seribu macam penderitaan, belum lagi kesusahan di alam kubur nanti. 

Cuma.... kita perlu berusaha untuk menukar tangisan itu, agar jangan lagi kita terus menangis dengan kebodohan dan kejahilan kita,sehingga kita lupa siapa pencipta diri kita, lalu lupa tugas kita sebenar dimuka bumi ini, hidup ini sementara cuma, Allah cuma ingin menguji kita, Dia ingin mendengar keluhan dan suara rintihan kita menyebut dan memanggil-manggil namaNya.. kelak kejayaan itu bukan duduknya dalam 5A atau 4A di dunia, tetapi bagaimana kita mendidik diri agar menjadi insan yang patuh padanya.. cikgu harap anda faham...

Mendapat 5A bukan lah payah, buktinya ramai orang mendapatnya, setiap tahun ada saja peningkatan, tapi tuhan telah menulis, bahawa itu bukan rezeki kita. Jika cukup syarat-syaratnya, kita pun pasti mendapat 5A, tetapi 5A itu bukan tujuan terakhir dalam hidup kita kan? Ya... perjalanan kita masih panjang.

Cikgu pun dulu bukan dapat 5A, cuma hanya 3A 2B. Kerana kita tahu kita lemah sedikit dari orang lain, maka kita perlu bekerja keras, untuk mengejar ketertinggalan kita dalam perlumbaan itu. Tak mengapalah kalau kita tertinggal dalam hal yang sepele, hal yang tidak menguntungkan bagi agama kita, tetapi jangan sampai kita tertinggal dalam berbekal menuju yaumil akhir. Disitu mauqif (tempat berhenti) pengembaraan hidup kita.

Pertanyaan disitu bukan 5A atau 4A, bukan juga apa pekerjaan kamu, tidak pula keturunan siapa kamu, tetapi mana amal ibadatmu... Justeru, untuk beramal, kita perlu mencari ilmu terlebih dahulu, ilmu lah yang membuat kita kenal siapa kita dan siapa Dia, sesudah mengenalNya, lahir lah iman.... dengan imanlah kita boleh beribadah dengan penuh rasa syukur, takut dan penuh pengharapan.

Orang lain yang tak ada ilmu, dia hidup seenak dirinya, namanya saja Profesor, tapi kerudung tidak dipakainya, usahlah cemburu dengan manusia yang nampak gah, hebat di mata kepala kita, tetapi lihatlah dengan hati.... mengapa orang-orang yang saleh hebat beramal, kenapa kita yang berat badan mahu menjadi seperti mereka.

Sekali lagi, kita boleh menanngisi kekurangan diri kita di hadapanNya, tetapi jangan sampai kita menangis di alam kubur nan sempit dan gelap gelita, di masa tiada lagi orang yang boleh membantu kita, kecuali amal kita. Boleh faham kan? Sijil didunia hanya untuk cari makan sahaja, di akhirat yang penting adalah nilai kehambaan kita padaNya, Jom.... kita terus mencari redhaNya.
Sabtu, 15 Oktober 2011

Antara Ramuan Kejayaan Murid Dalam UPSR : Satu Kajian

Selama beberapa tahun, saya mencari identiti khusus, ciri-ciri kejayaan pelajar di dalam peperiksaan UPSR. Apakah sebab,ramuan dan rempah ratus yang membawa mereka ke mercu kejayaan.

Kajian ini perlu, untuk dipersembahkan kepada generasi selepasnya, agar ada yang ingin mengambil pelajaran atau sebagai satu bahan renungan.Mana tahu, selepas baca, buat kesimpulan dan renung-renung sahaja.

Jumaat, 14 Oktober 2011

Kecanggihan yang Bagaimana Lagi

Hari ini telah keluar peranti telefon dan laptop tanpa keyboard.Akan datang akan muncul pula sebuah peranti yangmana keyboard nya hanya muncul dalam bentuk cahaya, atau dalam bahasa khasnya di alam maya.Untuk seterusnya,kita masih belum pasti, apakah yang akan keluar lagi setelah munculnya pelbagai peranti yang terlalu canggih ini. Setiap tempoh tertentu adanya perubahan demi perubahan, dan ianya [perubahan itu] tidak mati.

Otak yang merekacipta tidak habis-habis berfikir untuk lebih baik. Dari telefon wayar,hinggalah telefon tanpa wayar, ada butang untuk tekan,hingga hilang butang.Apakah lagi agaknya kecanggihan dunia ini?

Mari kita fikir sejenak,dimanakah kemuncak semua kecaNGGIHAN ini? Jawabnya kemuncak kecanggihan semua ini adalah disyurga.Hidup tanpa buang air besar dan air kecil, tiada tandas dan lokasi pembuangan sampah.Sebuah kediaman yang sangat canggih.Termasuk para penghuninya.Pintu-pintu terbukadan tertutup dengan sendiri,pokok-pokok yang menggoyangkan daunnya mengeluarkan bunyi irama muzik, nak makan apa pun, hanya cukup dengan niat. Tanpa perlu bat pesanan.Dial nombor sekian sekian.

Selepas makan, sisanya tak perlu kita buang atau basuh.Ia kembali menjadi seperti awalnya.Kalau burung terbang tadi kita makan,selepas habis melapahnya, ia kembali hidup dan terbang semula.

Saudara, kalau didunia, syarikat itu dan ini saling bekerja keras untuk memajukan produk mere, tak hairan andainya setiap bulan ada sahaja peranti yang baru. Maka, apakah di syurga juga begitu, atau apakah kita hanya akan menerima segala sistem kecanggihan yang sudah cukup lengkap, tanpa perlu penambahbaikan seperti didunia atau sentiasa ada perubahan?

Menurut hadis Nabi, penghuni syurga itu tiada yang tua, semua muda belia,cantik-cantik belaka, tak akan  keriput dek dimakan zaman berzaman, bahkan yang lebih takjubnya, mereka semakin cantik, cantik dan cantik.Isteri sangat hairan melihat suami nya pulang dari pasar,hal keadaannya semakin smart. Pun begitu sang isteri, membuatkan suaminya terkejut oleh kecantikan mereka setelah berpisah.

Saya bertanya sebentar tadi kepada murid-murid penerima Zakat di UKM, manalah kamu nak masuk, syurga atau neraka, spontan tanpa berfikir panjang, semua menjawab...syurgaaaaa...

Jika anda inginkan syurga, dan segala kenikmatannya, anda mesti melalui jalan yang membawa anda ke syurga. Anda mesti memaksakan diri anda berada dalam disiplin agama. Tidak melalaikan solat, tidak dipaksa untuk solat seperti mana anda tidak dipaksa untuk makan.Datangnya dari kehendak diri sendiri.
Mau tak mahu, anda juga terpaksa "mati" seperti orang lain.Anda tak boleh hidup lama disini, kerana kemenjadian anda adalah urusan Tuhan, pun kematian anda pun, termasuk dibawah urusanNya.
Isnin, 10 Oktober 2011

Maklumat Awal Sistem Perkhidmatan Kaunseling 2012

SEPANG.10September 2012. Sebuah program Khas bertajuk Bengkel Merekayasa Perkhidmatan PRS Unit Bimbingan dan Kaunseling. Bengkel ini dihadiri seluruh Juru latih peringkat Kebangsaan. Turut terlibat pihak Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan (MGKK).

Sebagai mukaddimah pada malam tadi, beberapa bayangan awal diberikan, tentang apakah program yang akan dilahirkan dari bengkel selama 2 hari ini.

En.Abdul Rahim dalam ucaptamanya malam tadi bertempat di Hotel Empress Sepang, menyentuh beberapa perkara yang berkaitan unit kaunseling.

Untuk akan datang, kemungkinan program Sekolah Selamat tidak lagi dijalankan oleh guru Bimbingan dan Kaunseling, program ini akan diserah dan dilaksanakan oleh bahagian Disiplin di sekolah masing-masing.

Fokus utama masa depan perkhidmatan unit kaunseling adalah membina budaya penyayang di sekolah. Ini lah yang menjadi agenda dan tugas utama guru bimbingan untuk masa akan datang.

Rekod Sesi atau Jumlah Sesi

Guru bimbingan mesti melaksanakan sekurang-kurangnya 3 sesi kaunseling dalam masa satu hari. Seharusnya, sepanjang tahun ada 406 sesi dibawah seliaan seorang guru bimbingan.

Facebook

En.Rahim juga mengingatkan supaya guru-guru memanfaatkan kewujudan blog, twitter, facebook dan sebagainya untuk memartabatkan lagi PRS di sekolah. Biarpun dalam masa yang sama, pihak Institut Sosial Malaysia (ISM)berkata, seramai 60,000 pelajar di Malaysia menerima inpak negative dari kewujudan laman social seperti facebook.

Laporan Jamaah Nazir

Buat masa ini kata beliau, laporan jamaah Nazir yang diterima, menyatakan perkhidmatan kaunseling di Malaysia masih berada dalam tahap sederhana bawah. Hal ini akan dibentang kan tidak lama lagi.

Modul

Sangat mendukacitakan, ada lagi sekolah-sekolah yang tidak mempunyai modul perkhidmatan bimbingan dan kaunseling, walhal modul ini sudah lama siap. Dalam tinjauan beliau ke sebuah sekolah di Bario Sarawak, yang terpaksa melalui pesawat untuk sampai ke daerah terpencil di sana, beliau bersyukur di sekolah itu ada modul bimbingan dan kaunseling. Namun yang mendukacitakannya, ada sekolah yang hanya boleh kita sampai dengan jalan darat, pun masih tidak memiliki modul ini. Harapan beliau agar semua sekolah pada tahun 2012 wajib mempunyai modul tersebut.
Jumaat, 23 September 2011

Sehari 2 Kali Merdeka

BANGI. Sekali kita sambut dua perayaan, perayaan hari kemerdekaan dan perayaan Aidil Fitri. Biar pun masanya semakin berlalu, tetapi murid-murid dan guru juga guru-guru SK Bangi tetap bersemangat ingin menyambutnya.



Seorang guru berkata, "Ini semua bukan saya yang nak buat, tapi mereka sendiri..." Alah... Fikir-fikir, kita pun setujulah, sebab memandangkan duit raya dia orang masih ada lagi.


Murid lah yang membuat pungutan duit dan tempahan KFC. Ada yang makan nasi ayam berempah. Nasi himpit.

Pelbagai macam kuih dan hidangan disediakan. Sayangnya, saya dan Cikgu Firdaus tidak dapat makan kesemuanya.


Ya lah, macam mana mahu makan semua, perut dah penuh. Sampai kita orang terpaksa menolak ajakan murid kelas 5 Uranus yang minta makan itu dan ini.


Lawatan terakhir ialah ke tandas... Hiks... perut dah mula. Kumuh dulu sedikit.

Terima Kasih pada semua murid yang telah menjemput kami tadi. Lain kali buat lagi ya. Alamak... kesian murid tahun 6, tahun depan dah tak jumpa.
Khamis, 22 September 2011

Syarikat Insuran AIA, Jangan Asal Main Potong Duit Orang


Saya dihubungi oleh syarikat ini (AIA) bulan Ramadhan, katanya ingin menawarkan insuran, lalu dijelaskan segalanya, saya dengar je lah semuanya. Dia tanya setuju ke tidak, memandangkan benda ini ada baik jugak, mana tahu kita terkena itu ini, sedang duit tak ada. Saya jawab.. hantar lah dulu POLISI nya saya mahu tengok macam mana.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...