Welcome

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Etiam pharetra, tellus sit amet congue vulputate, nisi erat iaculis nibh, vitae feugiat sapien ante eget mauris.

Follow us


Ask a question

Name

Email

Question

Submit

Link Blog

Senarai Blog Saya

Senarai Blog

Sample text


Emel : afraima@yahoo.com..febook : facebook.com/skbangi
.Facebook : facebook.com/skbangi



Blogger

Blogger
Noorhisham Hamzah Sarjana Sosial Islam, Kaunselor SK Bangi, Ijazah Sarjana Muda Indonesia, Ijazah Lanjutan, Drug Abuse, USIM, Emel afraima@yahoo.com

Makam-Makam Nabi

Blogger news

Diri Admin

Noorhisham Hamzah
Emel afraima@yahoo.com
FB facebook.com/skbangi

Blogger templates

Jika terdapat sebarang persoalan untuk dijawab, boleh lah di hantar ke afraima@yahoo.com afraima@yahoo.com

Anda yang Datang

Twitter

Link

Terima Kasih Atas Kunjungan Ilmu dikongsi,ganjaran diharap

ShoutMix chat widget

Pelawat

Halaman

Dikuasakan oleh Blogger.

Twitter

Ads 468x60px

About Me

Teman

Archives

Cari Blog Ini

fb komen

Featured Posts

Sabtu, 30 Julai 2011

Bagaikan Lensa Kamera


Ramadhan kini menjelma lagi. Syukur padaNya kerana kita di izinkan lagi bernafas di bumiNya ini. Padahal ada antara kita yang sudah pergi, meninggal keluarga nan tercinta, anak isteri, suami, kenderaan dan rumah nan tersergam indah. Ya.... hidup ini sementara cuma, kita tak ubah seperti pengembara yang melintas satu gurun ke satu gurun yang lain. Bahkan tak kan kembali lagi.

Tuhan memproklamir didalam Al-Quran, barangsiapa yang berpuasa, dia akan diberikan pahala sekian-sekian, bahkan 70 kali lipat dari pahala sebelum bulan puasa. Ayuh.... Ayuh....speaker iklan kedengaran, mari mengejar pahala ini sebanyak-banyaknya. Buat mengumpul pahala, untuk mencari syurgaNya.

Dalam satu ayat yang lain, Dia berfirman "Radhiallahu Anhum..wa radhu...anhu" Redha Allah pada mereka dan mereka pun turut redha kepada Allah Taala. Orang yang beroleh keredhaan akan dimasukkan ke syurga Nya.


Persoalannya, pahala atau redha yang kita kejar dari puasa ini? Bagi orang awam mereka mencari dan mengumpul pahala. Namun bagi para "muqarrabin" orang-orang yang ingin mendekatkan diri kepadaNya, mereka mencari redhaNya.

Bagaikan kita melihat didalam lensa kamera, dengan menggunakan mode M, kita boleh ubah fokus, untuk gambar jarak dekat, (yang jauh akan kabur) atau untuk jarak jauh (yang dekat akan kabur). Terserah mau lihat apa, pahala atau redhaNya. Mode M telah ada di hati anda. 

Esok atau Lusa 1 Ramadhan ?

Salam, hari ini 30 Julai 2011, hujan turun di awal pagi. Saya keluar awal hari ini, sekejap lagi mahu siapkan peralatan di dewan. Hari ini, menurut jadual Bengkel Gilapan Permata 2 berjalan. Sahabat saya, Ustaz Jamhari Saari akan memberikan ceramah keibubapaan, manakala separuh masa kedua, Prof.Madya Dr.Hafidzi Mohd Noor akan menjadi narasumber bagi forum keibubapaan.



Setelah majlis berakhir, ramai yang tersenyum puas, walaupun masa begitu terbatas. Setengah hari rupanya sangat sekejap bagi yang tahu menilai ilmu dan maklumat. Pelbagai pengalaman, ilmu dan maklumat telah Prof. kongsikan. Diselang seli dengan pertanyaan bertalu-talu dari para hadirin. 


Khamis, 28 Julai 2011

Atur cara Program Gilapan Permata



7.45 : Pendaftaran & Sarapan terus
8.00 : Ucapan Pengerusi Majlis
8.05 : Doa
8.10 : Ucapan YDP PIBG
8.20 : Ucapan Guru Besar
8.30 : Slot Pertama : Ceramah Pertama Motivasi Keibubapaan
           Ustaz Jamhari Saari : SK Bdr Rinching
10.00 : Rehat
10.30 : Slot Kedua : Forum dan Sesi Soal Jawab Bersama 
Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor : UPM
11.30 : Cabutan Bertuah
12.00 : Bersurai

Tanggungjawab Ibu Bapa

Anak merupakan aset yang paling bernilai kepada kedua-dua ibu dan bapa. Oleh itu, setiap pasangan yang telah berkahwin mempunyai keinginan untuk mendapatkan cahaya mata sebagai penyeri dan pelengkap kebahagiaan dalam sesebuah rumah tangga yang dibina. Firman Allah SWT yang bermaksud:
â€Å“Harta benda dan anak pinak itu ialah perhiasan hidup di dunia…”

(al-Kahfi :46)
Betapa beruntungnya kedua-dua ibu bapa yang mempunyai anak-anak soleh yang dapat membahagiakan hidup mereka . Bukan sahaja hidup di dunia bahkan di akhirat juga. Doa daripada anak-anak yang soleh tetap tidak terputus kepada ibu dan bapa mereka sekalipun kedua-duanya telah meninggal dunia sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: â€Å“Apabila meninggal dunia seseorang anak Adam, maka terputuslah semua amalannya kecuali tiga perkara iaitu: Sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang sentiasa mendoakan kedua-dua ibu bapanya”.

(HR al-Bukhari)

Anak-anak hendaklah diberi pendidikan yang sempurna seawal mungkin bermula dari dalam kandungan lagi. Tanggungjawab ibu dan bapa telah wujud sebelum terbentuknya janin. Oleh itu suami isteri hendaklah memberi perhatian dan tumpuan pendidikan sempurna sepenuhnya untuk memastikan anak tersebut menjadi anak yang soleh. Suami isteri mesti bertanggungjawab untuk menjaga kandungan dari segi kesihatan fizikal dan mental, mengamalkan pemakanan seimbang, makan minum dan rezeki dari sumber yang halal dan berkat, mengerjakan amalan-amalan kerohanian seperti membanyakkan membaca al-Quran, zikir, melakukan ibadah-ibadah sunat disamping tidak meninggalkan ibadah fardhu yang diwajibkan.

Ketika isteri mengandungkan bayi, si bapa pula mempunyai peranannya yang tersendiri. Bekerjalah dengan penuh amanah, bertanggungjawab dan ikhlas demi mendapatkan rezeki yang halal untuk keluarga mereka. Sesungguhnya keberkatan lahir dari makan minum yang berpunca dari rezeki yang halal. 

Oleh itu para ibu bapa hendaklah sentiasa berhati-hati dan berwaspada setiap masa dalam pekerjaan. Tunaikan kerja dengan penuh dedikasi dan amanah demi memperoleh rezeki yang berkat dari sumber yang halal. Rezeki yang diberi makan kepada anak itulah yang akan menjadi darah daging yang akan membesarkan anak-anak . Jika sumbernya halal dan berkat, mudah-mudahan anak-anak yang bakal dilahirkan akan menjadi anak-anak soleh yang dapat membahagiakan hidup kedua-dua ibu bapa. Di samping itu apabila anak-anak telah diberi pendidikan sempurna mengikut syariat Islam, apabila besar mudah-mudahan mereka akan menjadi anak yang soleh.

Demi mendapatkan anak-anak yang soleh, Islam telah menganjurkan kepada ibu bapa untuk melakukan beberapa amalan dari awal lagi. Islam telah menetapkan peraturan tertentu semasa menyambut kelahiran bayi iaitu dengan melakukan amalan-amalan sunat seperti berikut:

i- Azan dan iqamat

HENDAKLAH segera diazankan ditelinga kanan dan diiqamat ditelinga kiri sebagaimana hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: â€Å“Sesiapa yang baru melahirkan anaknya lalu diazankan di telinga kanan dan diiqamat di telinga kirinya nescaya anak tersebut akan terhindar daripada penyakit sawan dan angkara syaitan”.

(Hadis Riwayat Abu Ya̢۪la )

ii- Membelah mulut (tahnik)

TAHNIK mulut bayi dengan kurma atau makanan yang manis merupakan sunnah Nabi SAW.



iii- Penyusuan

SUSU ibu merupakan makanan semula jadi bayi. Ia membina kesihatan dan tenaga. Ia juga makanan rohani dan akhlak yang memberi kesan kepada seluruh keperibadian anak, mengalirkan aliran pemikiran dan sikap yang baik ke dalam diri bayi melalui setiap titisan air susu ibu.

iv- Memberi nama

TANGGUNGJAWAB ibu bapa juga ialah memberi nama anak-anak dengan nama yang baik sebagaimana hadis Nabi SAW yang bermaksud: â€Å“ Tugas dan tanggungjawab bapa terhadap anaknya ialah memperelokkan nama anaknya dan juga adabnya”

(Hadis Riwayat al-Baihaqi)



v- Bercukur

MENGGUNTING rambut bayi merupakan sunnah Rasulullah SAW yang dilakukan ketika bayi berusia 7 hari. Rambut tersebut hendaklah ditimbangkan dengan wang perak yang kemudiannya disedekahkan kepada fakir miskin mengikut berat timbangan rambut yang digunting tersebut.

vi- Aqiqah

HUKUM Aqiqah ialah sunat yang sangat dituntut (muakkad). Sabda Nabi SAW mengenainya yang bermaksud : â€Å“Setiap anak tergadai dengan aqiqahnya yang disembelih untuknya pada hari ke 7, dicukur ranbutnya dan diberi nama.”

(Hadis Riwayat Ahmad)

vii- Berkhatan

BERKHATAN termasuk sunnah Rasulullah SAW. Sabda Nabi SAW mengenainya yang bermaksud: â€Å“Berkhatan itu sunat bagi kaum lelaki dan suatu penghormatan kepada kaum wanita.”

(Hadis Riwayat At- Tabrani)



Ketika anak-anak masih kecil berilah didikan menurut syariat Islam. Pada tahap ini ajarilah dengan sebutan kalimah-kalimah suci Allah (al-Quran). Peringkat usia kanak-kanak mereka akan mudah mengingat apa yang diajar. Oleh itu ibu bapa hendaklah :-

i- Menanamkan asas-asas keimanan

ii- Berlaku adil terhadap anak-anak dalam memberi kasih sayang, pendidikan, makanan, tempat tinggal dan sebagainya.

iii- Mengasuh anak-anak dengan lemah lembut dan bersopan santun.

iv- Mempamerkan akhlak yang mulia dan terpuji.

v- Mengampuni dan mengasihi anak-anak dan lain-lain ahli keluarga dengan penuh kasih dan sayang.

vi- Mendidik anak-anak ke jalan yang diredhai Allah SWT.

vii- Menunjukkan teladan yang baik pada anak-anak.

viii- Bertanggungjawab mencipta sebuah rumahtangga yang aman bahagia untuk didiami oleh anak-anak.

ix- Bertanggungjawab memastikan anak-anak dijaga dengan baik.

x- Bertanggungjawab memberi pendidikan dan pelajaran yang berguna dan menghantar mereka ke sekolah-sekolah.

xi- Mengajar anak-anak mengerjakan sembahyang, mengaji al-Quran dan melatih anak-anak berpuasa.

xii- Mengajar anak-anak dengan ilmu yang dapat menjadi perangsang bagi memperkayakan ilmu Islamnya.



Ibu bapa hendaklah sentiasa menyuruh anak-anak mereka bersifat dengan sifat yang mulia dan murni iaitu sifat-sifat mahmudah. Mereka juga mesti melarang anak-anak dari melakukan perkara-perkara keji dan tidak elok iaitu sifat-sifat mazmumah. Oleh yang yang demikian, ibu bapa mestilah terlebih dahulu memiliki sifat-sifat mahmudah dan kemudian hendaklah diterapkan kepada anak-anak mereka.



Setelah remaja, ajaran-ajaran agama Islam yang berkaitan dalam bidang syariah, aqidah dan akhlak perlu diajar secara terperinci kepada anak-anak di peringkat umur begini supaya mereka mengetahui, memahami dan dapat menghayatinya. Seterusnya perkara-perkara baik dan betul tersebut dapat diimplementasikan dalam kehidupan mereka sehari-hari. Dengan demikian mereka tidak akan mudah terpengaruh dengan ajaran-ajaran yang menyelewen, amal ibadat dan akhlak mereka akan terpandu dengan betul.

Oleh itu ibu bapa amat perlu memberi didikan syariat yang sempurna kepada anak-anak mereka seawal mungkin bermula dari dalam kandungan ibu lagi seperti kata pepatah â€Å“Melentur Buluh Biar Dari Rebungnya’ agar anak-anak dapat hidup bahagia, berjaya dan membesar dalam keadaan sempurna tanpa terpengaruh dengan gejala-gejala negatif yang boleh merosakkan hidup mereka. 
Note: Sumber JAKIM.
Selasa, 26 Julai 2011

Mahiran Mohd Noor dalam Kenangan

Kak Mahiran Mohd Noor, berakhirnya sebuah perjalanan yang singkat dimuka bumi, dan kini sedang mengembara di sebuah alam,yg tak pernah kita tiba,semoga Ruhmu selamat berkelana di alam sana..kami pasti menyusulmu jua.


Untuk rekod, saya belum pernah bersua dengan Kak Mahiran, beliau kakak leetting kami di Aceh. Pernah bercakap dengan beliau di telefon, hari raya sebelum ini, mengajak saya dan kawan-kawan ke rumahnya, ada majlis reunion mahasiswa Aceh.

Sayangnya tak berkesempatan. Mengidap kanser rahim, ada kata kanser tulang.Malam ini, 26 Julai 2011. Jam 7.40 beliau menghembus nafas yang terakhirnya di Hospital HUSM Kubang Kerian, setelah bertarung selama sebulan di wad tersebut.

Andai Ini Yang Terakhir

SELAMAT MENYAMBUT  BULAN RAMADHAN AL MUBARAK...
MARHABAN YA RAMADHAN


 ANDAI INI YANG TERAKHIR


andai  kau tahu ini Ramadhan terakhir.. 

 Tentu siangnya engkau sibuk  berzikir 

 tentu engkau tak akan jemu melagukan syair  rindu 

 

mendayu..merayu...kepada-NYA Tuhan yang satu 


 andai kau tahu ini Ramadhan terakhir 

tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktu 

sholat yang  dikerjakan...sungguh khusyuk lagi tawadhu' 

tubuh dan qalbu...bersatu  memperhamba diri 

menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan  janji 

"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil  'alamin" 

[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan  matiku... 

kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian  alam..


andai  kau tahu ini Ramadhan terakhir.. 

Tidak  akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu 

setiap masa tak akan dibiarkan  begitu saja 

di setiap kesempatan juga masa yang terluang 

alunan Al-Quran  bakal kau dendang...bakal kau syairkan


andai  kau tahu ini Ramadhan terakhir.. 

Tentu  malammu engkau sibukkan  dengan 

bertarawih...berqiamullail...bertahajjud... 

mengadu...merintih...meminta  belas kasih 

"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU 

tapi...aku  juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"
  

 andai  kau tahu ini Ramadhan terakhir.. 

Tentu  dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang 

mari kita meriahkan  Ramadhan 

kita buru...kita cari...suatu malam idaman 

yang lebih baik dari  seribu bulan


andai  kau tahu ini Ramadhan terakhir.. 

Tentu  engkau bakal menyediakan batin dan zahir 

mempersiapkan diri...rohani dan  jasmani 

menanti-nanti jemputan Izrail 

di kiri dan kanan ...lorong-lorong  ridha Ar-Rahman


DuhaiI lahi.... 

Andai ini  Ramadhanterakhir buat  kami 

jadikanlah ia Ramadhan paling berarti...paling berseri... 

menerangi  kegelapan hati kami 

menyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu Ya  Ilahi 

semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti


Namun teman... 

Tidak akan ada manusia yang  bakal mengetahui 

apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya 

yang mampu bagi seorang hamba itu  hanyalah 

berusaha...bersedia...meminta belas-NYA 


andai  benar ini Ramadhan terakhir buat kita

Ahad, 24 Julai 2011

Iklan Master Dadah Ambilan Pertama 2011

So, setelah sekian lama kami alumni SPADA menunggu, kini ianya kembali. Berita yang begitu membuat kita boleh tersenyum sedikit. Apa tidaknya, belajar percuma, gaji masuk penuh dan ehem ehem..elaun RM900.00 sebulan.

Untuk makluman, pengajian Master memakan masa selama 18 bulan. Bagi orang seperti saya, yang sudah pun memiliki Diploma Siswazah Penyalahgunaan Dadah, kami akan belajar hanya 6 bulan sahaja untuk melengkapkan program MASTER tersebut.

Saya dengan ini, mengajak anda beramai-ramai untuk belajar. JOm...lebih ramai lebih seronok. Iklan boleh di dapati di web ini, atau www.moe.gov.my   .Print di sini Ini surat hebahan.

Tamatnya Pengajian SPADA...2009 Terima Skrol Ijazah..bersama kawan-kawan di bawah
Sabtu, 23 Julai 2011

Jawapan terhadap masalah remaja di UPM

Semalam, 23 Julai 2011. Saya di undang ke UPM untuk bersama dengan remaja. Berikut adalah antara beberapa persoalan dan masalah yang diajukan kepada saya dalam sesi uji kaji selidik masalah di UPM. Saya ambil soalan pertama dahulu..

''Assalamualaikum cikgu, Saya ....... tingkatan 3, akan menduduki PMR tidak lama lagi..keputusan ujian bulanan baru-baru ini hanya cukup makan sahaja, saya takut..bila nak ulangkaji, datanglah perasaan malas, saya tak ada semangat dan saya memang tak bersedia untuk menghadapi peperiksaan ini'

Wa alaikum walam, terima kasih kepada adik ..., peperiksaan adalah hanya sebuah testing kepada persekolahan kita selama ini, adakah ilmu yang telah kita pelajari itu, benar-benar sudah ada dalam diri kita.Maklumat yang kita perolehi semasa PnP dalam kelas, akan diterjemahkan didalam peperiksaan. Selama setahun kita belajar, tempoh menuangkannya hanya 1 jam  atah 1 1/2 jam sahaja.

So, ianya bukanlah sesuatu menyusahkan kita sebenarnya, namun ada kendalanya, apabila ilmu yang di ajar itu kita tak berjaya menyimpannya dalam memori.

Masalah 

Mungkin kerana terlalu banyak maklumat yang hendak disimpan, atau berselirat, atau memang kita sedang berdepan dengan satu masalah lain. Kerna tumpuan kita beralih kepada yang "itu". Akibatnya maklumat itu tidak dapat disavekan dalam memori. Inilah yang menimbulkan ketakutan kepada sebahagian orang. 

aDik...Inilah perjuangan kita sebagai pelajar, setelah belajar, KITA berdepan pula dengan proses menyimpan dan menjaganya supaya ilmu itu tidak lari.Jika adik sudah pun merasa cemas akan hal ini, seperti nya tidak bersedia dan kalau boleh tarikh peperiksaan itu dilanjutkan bukan? Namun apa boleh buat, tempohnya semakin dekat dan tidak mungkin ianya akan dibatalkan. 

Mau atau tidak, kita terpaksa menerima takdir ini, keputusan ini adalah untuk kita, bukan untuk keluarga kita 100%, pada mereka hanya dapat tempiasan sahaja, senang susah kita di masa depan, sangat-sangat bergantung erat dengan keputusan ini. Cikgu harap adik boleh kembali menumpukan perhatian untuk ulang kaji, cari kelemahan diri, kalau boleh dapatkan seorang kawan untuk menemani belajar.

Gunakan pelbagai skill, input dan output. bercakap di depan cermin, sebut semula apa yang sudah di hafaz. Tambah lagi dan lagi,Insya Allah, dengan doa dan usaha, hasilnya akan memberangsangkan.Selamat mencuba..

10 Makhluk Paling Menyeramkan

10 Makhluk Paling Seram dan Misterius


1. Manusia Kambing (Goatman)



Makhluk ini digambarkan sebagai binatang hibrida yang mengerikan dari dua karakter yang berbeda, yaitu manusia dan kambing, dengan ciri-ciri bertanduk, berkuku, serta penampakan menyeramkan lainnya. Saksi mata menyatakan bahwa iblis ini bukan isapan jempol dari luar mitologi, tetapi hidup, bernapas, memiliki daging dan darah. Makhluk ini tidak bisa diremehkan. Laporan resmi pertama kali berasal dari tahun 1957, ketika saksi mata melaporkan melihat monster berbulu, bertanduk di sekitar Forestville dan Upper Marlboro di Prince George's County.

2. Manusia Biri-Biri (Sheepman)


Ini adalah makhluk hibrida antara manusia dan biri-biri dengan ciri mayoritas manusia. Makhluk ini memiliki tubuh yang kuat, kaki berlapis bulu kambing, wajahnya berkulit keras dengan hidung bengkok serta mata yang lebar. memiliki tanduk tetapi tajam yang menyembul dari dahinya di antara rambutnya yang menyerupai bulu biri-biri.

3. Monster Pulau Canvey


Monster pulau Canvey adalah nama yang diberikan kepada bangkai makhluk aneh yang terdampar di kepulauan Canvey, Inggris pada tahun 1954. saat ditemukan, makhluk ini dilaporkan memiliki panjang 76 cm dengan kulit merah kecoklat-coklatan, mata yang melotot, dan memiliki beberapa insang. Makhluk ini juga memiliki lima kaki berbentuk tapal kuda sehingga menambah seramnya makhluk yang satu ini


4. Sigbin



Sigbin adalah makhluk yang berasal dari Filipina yang keluar pada malam hari untuk mengisap darah korbannya.

5. Bunyip



Makhluk mistis berukuran sangat besar yang berasal dari Mitologi Aborigin Australia. Makhluk misterius yang satu ini mengintai mangsanya di rawa-rawa, billabong, anak sungai, dasar sungai, dan tempat-tempat genangan air lainnya.

6. Manusia Cicak (lizardman)



Makhluk menyeramkan satu ini pertama kali muncul pada tahun 1988, dan penampakan terakhir ditemukan pada tahun 2008 silam. Makhluk ini digambarkan memiliki ekor sepanjang 7 kaki dan 2 inci, bipedal, postur tubuh yang kuat, kulit tubuh berwarna hijau, dan mata merah menyala.

7. Manusia Burung Hantu (Owlman)



Makhluk ini pertama-tama ditemukan pada tahun 1976 di Mawnan, Corwall. Makhluk ini sering muncul di sekitar gereja. hingga tahun 1995, makhluk yang mirip burung hantu ini masih sering terlihat sehingga membuat warga ketakutan.

8. Monster Flatwoods (Flatwoods Monster)



Disinyalir bahwa makhluk menakutkan ini berasal dari luar bumi yang muncul pertama kali pada tanggal 12 September 1952 di Flatwood. Dinamakan monster Flatwood karena makhluk ini hanya muncul di kota Flatwood, di Braxton County, Virginia Barat. Menurut laporan, makhluk ini sangat besar, tingginya mencapai 10 kaki, tubuhnya berwarna hijau, dan wajahnya memancarkan cahaya merah.

9. Setan Jersey (Jersey Devil)



Makhluk ini digambarkan sebagai makhluk berkaki dua yang bisa terbang, kaki dan sayapnya mirip kelelawar sementara kepalanya menyerupai kepala kuda. Legenda makhluk ini berasal dari kisah tentang "Ibu Leeds', seorang penyihir lokal yang dipanggil setan saat melahirkan anaknya yang ke-13. Ketika bayi lahir, tiba-tiba ia berubah menjadi makhluk jahat dan terbang mengelilingi pohon pinus. Setan Jersey dituduh sebagai pelaku dari pembunuhan terhadap ternak-ternak yang di daerah tersebut.

10. Dover Demon



Makhluk ini menampakkan dirinya tiga kali dalam kesempatan terpisah di kota Dover, Massachusetts, pada tanggal 21 - 22 April 1977. Berdasarkan kemunculannya, makhuk menyeramkan ini diduga sebagai alien atau setidaknya hasil dari eksperimen persilangan manusia dan alien yang menemui kegagalan. penampakan makhluk ini memiliki tubuh yang tidak proporsional, kepalanya berbentuk melon, mata merah menyala, tangan dan kakinya sangat panjang dan kurus. Tidak memiliki rambut sehelai pun, kulitnya tampak seperti permukaan pasir. selain itu, makhluk ini juga digambarkan tidak memiliki hidung, mulut, juga terlinga.
Jumaat, 22 Julai 2011

GPS ke Akhirat

Salam,saya kini berada di Pusat Islam, UPM, baru balik dari SK Lembah Jaya. Sebentar lagi akan berdepan dengan anak-anak di sini seramai 60 orang. Kalau tadi di SKLJ bersama ibu bapa dalam program ceramah keibubapaan "Menuju Puncak Jaya". Kini sebaliknya.

Belum pun ada satu sistem dalam dunia ini, yang mampu menegur manusia yang salah dalam tuturkata dan tingkahlakunya alias seperti GPS yang boleh membetulkan semula kedudukan jalan kita yang tersasar. Oleh itu, betapa sukarnya kita mendidik anak-anak, lantaran itulah, kita disuruh sentiasa meminta pertolongan dengan DZat yang Maha Mulia, lagi GAGAH perkasa. Supaya anak-anak kita dapat dididik sesuai dengan kemauan agama.
Rabu, 20 Julai 2011

Masalah Dalam Hidup Makhluk Bernama Manusia

Salam,terlepas dari percaya atau tidak... hidup ini adalah sebuah medan perjuangan. Banyak masalah yang datang menimpa, adakalanya tidak tertanggung oleh kita yang melihatnya. Namanya "tamu" tak di undang.Itu lah masalah.
Jangankan manusia yang ingin hidup aman merdeka, sang kambing pun turut mengalami rasa kesusahan yang sama.Walhal sang kambing tidaklah akan mengembara jauh, sejauh pengembaraan kita bernama manusia. Adapun kita, akan terus hidup selepas mati, hidup dalam alam barzakh, menunggu detik sekembalinya kita semua di perhimpunan Agung.
Lihatlah masalah, ianya tak ubah seperti pantai dan ombak. Kadang mengalun perlahan, kekadang menghempas laju, kuat dan hebat. Yah....seperti itulah masalah dalam hidup ini saudara.
Kita lihat dan saksikan, bagaimana ada antara kita yang kecundang sebelum perkahwinan, hingga akhirnya dia tetap belum menemui pasangan hidup.
Manakala yang sudah berumahtangga, menanggung pula satu perasaan, perasaan yang sukar digambarkan, melainkan oleh orang yang belum mendapat zuriat.Masya Allah... Yang mendapat zuriat pula....waduh...tak sanggup saya tulis disini...Macam-macam ujian Allah. Ada yang sehingga anaknya besar, baru masalah itu timbul. Sedangkan usia kita semakin hari semakin sedikit.
Seorang ibu, jauh dari Egypt menelefon saya malam hari, keluhnya ... ia sangat merasakan bagaimana susahnya mengatur sang anaknya yang sudah dewasa, tetapi sikapnya yang membuatkan orang tuanya sakit kepala. Tak dipeduli...itu anak saya..... dipeduli pun....macam tak betul gayanya.. sedangkan itu anak saya.
Mudah-mudahan kita tidak sombong. Bagi orang yang ada anak,janganlah sombong. Menyindir sahabat sendiri, seolah-olah tidak bijak, begitu dan begini. Padahal anak itu bukan bikinan manusia. Dia adalah ciptaan Allah.Maha Suci Allah, dan Maha Hebat Dia.
Anda belum rasa bagaimana hebatnya Ujian Allah. Anda belum terima yang dahsyat. Apa anda rasa anda insan terpilih? Sehingga Allah mengurniakan anda pasangan hidup, harta dan anak? padahal belum tentu, itu semua boleh membantu anda di akhirat kelak. Di saat anda sangat memerlukan pertolongan dari orang lain, terutama orang yang anda kasihi.
Tuhan pernah menyatakan, "Yauma laa yan fau maalun walaa banunn" hari akhirat itu adalah hari yang tiada guna lagi segala harta dan anak-anak. Nah.... mungkin anda perlu berfikir sejenak ayat ini.
Lihatlah lagi foto di atas, belum pun sempat ombak pertama menerpa pantai pulang ke laut, dia sudah datang. Begitulah masalah. Tuhan berfirman, "Apakah kalian merasakan dibiarkan sahaja, setelah mengatakan saya beriman kepada Allah, lalu tidak di uji?"
OH....Para Nabi-nabi dan orang-orang SOLEH lagi banyak menerima ujian. Ujian mereka lebih dahsyat dan hebat.

Masalah Dalam Hidup Makhluk Bernama Manusia

Salam,terlepas dari percaya atau tidak... hidup ini adalah sebuah medan perjuangan. Banyak masalah yang datang menimpa, adakalanya tidak tertanggung oleh kita yang melihatnya. Namanya "tamu" tak di undang.Itu lah masalah.
Jangankan manusia yang ingin hidup aman merdeka, sang kambing pun turut mengalami rasa kesusahan yang sama.Walhal sang kambing tidaklah akan mengembara jauh, sejauh pengembaraan kita bernama manusia.
Lihatlah masalah, ianya tak ubah seperti pandai dan ombak. Kadang mengbadai perlahan, kekadang menghempas laju, kuat dan hebat. Yah....seperti itulah masalah dalam hidup ini.
Selasa, 19 Julai 2011

Mereka Telah Pergi...

Assalamu alaika Ya Nabiallah..
Salamun Alaika Ya Rasulullah...
Assalamu alaika Ya Habibillah....
Saudaraku seiman, seAgama, seAqidah,berikut adalah maqam-maqam dimana bersemadinya jasad-jasad mulia kekasih Allah. Terlepas dari 100% benarnya, tetapi melihatnya sahaja, cukup menghibakan hati ku.
Betapa tidak, mereka telah hidup puluhan malah ratusan tahun, bekerja menyebar Agama Allah untuk manusia seluruhnya, ranjau duri mereka lalui, tohmahan dan hinaan mereka terima, cercaan tidak membuat mereka putus asa. Berkorban apa sahaja untuk Tuhan. Ya...mereka adalah orang-orang yang mencari Tuhan. Mencari Redha Tuhannya..
Namun Kini.... Oh...dimana mereka semua?? Wahai saudaraku, hidup ini hanya sementara, perjuangan membersihkan diri tidak akan menemui saat tamatnya, sehinggalah datang satu panggilan, yang akan menamatkan segala hidup ini.

Makam Nabi Ibrahim a.s. di Palestin

Tidakkah anda mahu, jika meninggal nanti dapat bersama mereka, di dalam syurga, orang-orang yang mulia dan dicintai Allah Taala. ... Oh...jalan yang mereka lalui telah pun kita ketahui... hanya tinggal kita ikut sahaja.

Makam Nabi Ayyub a.s. di Oman

Makam Nabi Daud a.s. di Palestin

Makam Nabi Hud a.s. di Hadramaut, Yaman. Juga didakwa makam Nabi Hud a.s., bersama makam Nabi Salih a.s. di Najaf.

Makam Nabi Yusuf a.s. di Nablus. Makam Nabi Nuh a.s. Makam Nabi Sulaiman a.s. di Palestin. Makam Nabi Uzair a.s. Makam Nabi Yahya a.s. Makam Nabi Ya'qub a.s. Makam Nabi Yusya' a.s. di Mesir. (Saya dah pergi dah, namun pakar sejarah Mesir tidak mengesahkannya sebagai tepat) Makam Nabi Zulkifli a.s.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...