Welcome

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Etiam pharetra, tellus sit amet congue vulputate, nisi erat iaculis nibh, vitae feugiat sapien ante eget mauris.

Follow us


Ask a question

Name

Email

Question

Submit

Link Blog

Senarai Blog Saya

Senarai Blog

Sample text


Emel : afraima@yahoo.com..febook : facebook.com/skbangi
.Facebook : facebook.com/skbangi



Blogger

Blogger
Noorhisham Hamzah Sarjana Sosial Islam, Kaunselor SK Bangi, Ijazah Sarjana Muda Indonesia, Ijazah Lanjutan, Drug Abuse, USIM, Emel afraima@yahoo.com

Makam-Makam Nabi

Blogger news

Diri Admin

Noorhisham Hamzah
Emel afraima@yahoo.com
FB facebook.com/skbangi

Blogger templates

Jika terdapat sebarang persoalan untuk dijawab, boleh lah di hantar ke afraima@yahoo.com afraima@yahoo.com

Anda yang Datang

Twitter

Link

Terima Kasih Atas Kunjungan Ilmu dikongsi,ganjaran diharap

ShoutMix chat widget

Pelawat

Halaman

Dikuasakan oleh Blogger.

Twitter

Ads 468x60px

About Me

Teman

Archives

Cari Blog Ini

fb komen

Featured Posts

Perginya Seorang Pegawai Pendidikan Pencegahan Dadah

27 Feb 2011. HULU LANGAT. Para guru daerah Hulu Langat hari ini dikejutkan dengan berita pemergian seorang pegawai PPD, beliau ialah Almarhum YM Raja Azman, mantan penjawat Pegawai Pendidikan Pencegahan Dadah sekolah-sekolah daerah Hulu Langat.

Penulis mendapat info seperti ini. Jam 10.00 pagi, semasa menunggang motosikal berkuasa tinggi bersama rakan-rakan di Bentong Pahang, motosikal yang dinaiki arwah telah berlanggar dengan sebuah lori besar sehingga jasadnya terperosok masuk dibawah lori berkenaan.


Jam 5.00 petang, jenazah dibawa ke tanah perkuburan Islam Sungai Lalang, Semenyih. Bersemadinya jasad yang telah banyak membantu pencegahan penyalahgunaan dadah di daerah kami ini. Al-Fatihah untuk beliau selagi kita masih mengingatinya. Semoga pihak keluarga nya dapat menerima pemergian yang secepat ini dengan redha. Amin.Sesungguhnya Allah Taala telah berfirman, "Adakah manusia meng"

Perginya Seorang Pegawai Pendidikan Pencegahan Dadah

27 Feb 2011. HULU LANGAT. Para guru daerah Hulu Langat hari ini dikejutkan dengan berita pemergian seorang pegawai PPD, beliau ialah Almarhum YM Raja Azman, mantan penjawat Pegawai Pendidikan Pencegahan Dadah sekolah-sekolah daerah Hulu Langat.

Penulis mendapat info seperti ini. Jam 10.00 pagi, semasa menunggang motosikal berkuasa tinggi bersama rakan-rakan di Bentong Pahang, motosikal yang dinaiki arwah telah berlanggar dengan sebuah lori besar sehingga jasadnya terperosok masuk dibawah lori berkenaan.


Jam 5.00 petang, jenazah dibawa ke tanah perkuburan Islam Sungai Lalang, Semenyih. Bersemadinya jasad yang telah banyak membantu pencegahan penyalahgunaan dadah di daerah kami ini. Al-Fatihah untuk beliau selagi kita masih mengingatinya. Semoga pihak keluarga nya dapat menerima pemergian yang secepat ini dengan redha. Amin.Sesungguhnya Allah Taala telah berfirman, "Adakah manusia mengira mereka ditinggalkan setelah mengatakan kami beriman, sedangkan mereka tidak di uji"
Sabtu, 26 Februari 2011

Tebus Dosa

SEPANG.Hari ini mengejar lokasi pembayaran saman, jam 7.30 dah menunggu di Pejabat Pos Nilai, rupa-rupanya tak buka hari ni.Terpaksa lah menelefon IPD Sepang, nasib baik disana buka.

Saya baru bayar untuk 3 buah kenderaan.. Ada 1 lagi yang tak dibayar.
Buat salah didunia ni lebih kurang buat dosa jugak, dalam komputer tak hilang-hilang kesalahan tu walau bertahun-tahun, walau kita sendiri dah lupa. Ia tetap ada. Begitu jugak lah dalam buku catatan raqib dab 'Atid. Dosa-dosa kecil dan besar kita sesama manusia, dengan orang bawahan dan sebagainya, tetap ada.

Walaupun anak buah kita didunia, diam tidak melawan, sedang dia merasa dizalimi, itu tidak bererti kita tidak berdosa. Tunggulah surat saman nya di akhirat nanti.
..
Semalam, saya ke Plaza Low Yat, nak mudahkan urusan selama ini tak ada mesin pencetak dalam bilik ubk, sejak posting 2005, inilah kali pertama beli printer. Kalau tidak, asyik naik turun pejabat nak print sehelai dua.
hehe., Buletin Bimbingan bulan 2 dah siap diprint. Siap berwarna lagi, tapi tak boleh nak rezo. Terpaksa tempel disini sajalah.
...
Ni dia mesinnya, hanya untuk print, tidak boleh scan, lebih baik untuk print berwarna, cikgu-cikgu yang nak tumpang print, sila datang atau emelkan pada saya, percuma..

Ceramah Motivasi Awal UPSR 2011

BANGI : 25 Feb 2011. Sekali lagi dalam minggu yang sama, kami mengadakan ceramah motivasi untuk murid tahun 5 dan 6. Objektif kami ingin mengejar ketertinggalan kami tahun lepas hanya 9 orang mendapat 5A.

Isnin, Dr.Shahabuddin telah memberikan ceramah percuma selama 2 jam, manakala hari ini, ceramah atas jemputan pihak sekolah.

..En.Ebiet.. sedang menyampaikan ceramah motivasi..

..murid-murid gembira mendengar ceramah
... antara aktiviti yang di jalankan..
Rabu, 23 Februari 2011

Lawatan ke KLCC : 23 Feb 2011

KUALA LUMPUR : 23 Feb 2011. Seramai 80 orang pelajar dan 6 orang guru telah menyertai acara lawatan ke Petrosain dan Pusat Sains Negara.

Pelajar yang terdiri daripada murid tahun 5 dan 6 ini rata-rata melahirkan perasaan sangat teruja dan ingin datang lagi esok hari.
Dihalaman depan Pusat Sains Negara
Di luar pintu masuk Petrosains






Terakhir
Selasa, 15 Februari 2011

25KM di tinggal, dia tetap Kembali


Tulis Ustaz Azhar Idrus

jumpe makcik ni di kg Sabak, Kelantan dukung 2 eko anok kucing..kata mak cik ni..bapa anak2 kucing ni diambik olih cucunya bawak balik ke kubang keriang, seminggu lepas tu, kucing tu balik sendiri berjalan dari kubang kerian ke kg sabak yg jaraknya lbh kurang 25km sbb rindu ke anak2 dia..Allahu Akbar

Tunjuk atau Menunjuk?


Hidup ini adalah terpaksa, kita dijadikan oleh Allah SWT sebagai mahklukNya, yang dihidupkan dengan adanya "tujuan tertentu". Kita sedar, hidup ini sementara, dan selepas hidup akan adanya pertemuan denganNya, mau atau tidak, hal ini pasti akan berlaku.

Justeru, kita di suruh beribadah, apakah "suruhan" ini satu paksaan? Ya..pada awalnya ianya satu "Paksaan", itupun kalau anda mahu kan kedamaian hidup disana nanti. Anak-anak boleh dirotan oleh ibu bapa sendiri gara-gara tak solat. Bukankah ini satu paksaan supaya dia sembahyang?

Namun, Tuhan mengajar kita, agar.. belajarlah dan cubalah beribadah dengan penuh ikhlas, sebagaimana bacaan kita dalam doa iftitah, "inna solati wa nusuki, wa mah yaa yaa, wa mamati, lillahi rabbil 'alamin" Sesungguhnya solatku, kerja buatku, dan hidup mati ku, adalah untuk Allah Taala".

Justeru, manusia orang awam, solat kerana takutkan neraka atau kerana ingin masuk syurga, apakah itu sudah ikhlas ibadahnya?

Anda tahu, seorang manusia sufi, Rabiatul Adawiyah pernah berlari-lari di jalan sambil membawa sebaldi air dan sepotong kayu api. Orang yang melihatnya bertanya, "Rabiah..untuk apa kayu dan air itu"?

Jawabnya, aku ingin membakar syurga... kerana manusia beribadah bukan kerana "inginkan Allah". Lalu untuk apa air itu? Aku ingin menyiram api neraka. Kerana manusia beribadah lantaran takutkan api.Bukan kerana takutkan Allah.

Nah... betapa dalamnya nilai ikhlas kalau mahu dikupas, bahkan kalau kita bicara ruangan tasauf, solat kerana inginkan syurga, belum masih dikira ikhlas. Lalu apa namanya itu? Itulah syirik kecil namanya. Mahunya... solat semata-mata kerana Allah. Kerana mahu Allah semata-mata. Apakah dapat pahala atau syurga? Itu urusan tuhan. Lalu siapa yang mahukan Allah, kalau dia tidak kenal siapa itu ALLAH? hmmm.....

Persoalan ikhlas itu duduknya dalam hati.

Tak mahu solat di masjid takut orang kata tak ikhlas, takut orang kata nak menunjuk-nunjuk, lalu dia solat sendirian atau dia langsung tak solat kerana takut di kata tak ikhlas, betul kah itu namanya ikhlas?

Dalam hidup ini, ada hal yang boleh di tonjol, ada yang yang perlu disembunyikan sahaja dalam perasaan. "Menonjol" tidak mestinya kerana menunjuk dan tidak ikhlas. Menderma RM10 dihadapan orang ramai, dengan niat supaya di ikut oleh orang yang melihat, merupakan satu kebaikan dan kebaikan. Berbuatnya pasti dapat pahala. Itu janji Tuhan. Ikhlas ke dia? Itu dia dengan ALLAH. Bukan kerja kita untuk menyoal keikhlasannya.

Ikhlas Dalam Dunia Kaunselor

Apa kaitan dengan dunia kaunselor? Menurut pekeliling yang dikeluarkan pihak kementerian, guru kaunseling "tidak boleh" mempunyai waktu mengajar tetap. Dia hanya masuk kelas sebagai guru ganti sahaja. Apa modul dia nak guna? Sudah siap.. terserah mana-mana modul, asalkan baik dengan objektif yang baik.

Jadi, hampir semua kerja kaunselor, tiada siapa yang tahu, semuanya diam-diam, apatah lagi sesi kaunseling yang sifatnya adalah rahsia. So, kerja-kerja ini disebalik tabir, tak nampak dan berselindung. Hal ini boleh jadi, orang nampak kaunselor tak buat kerja. Hanya makan gaji. Sedangkan dia bekerja, hanya bidang dan cara kerjanya berbezanya sikit atau banyak.

Untuk mengelakkan dari dikata tak buat kerja, kaunselor perlu menampakkan kerjanya, supaya dapat dilihat orang. Supaya orang tahu dia buat kerja dan boleh untuk dinilai. Ada perkara tertentu dia boleh hebah dan paparkan di laman web, facebook, blog dan seumpamanya. Selagi tidak melanggar etikanya sebagai kaunselor. Apatah lagi wujudnya laman sosial seperti facebook, tempat untuk berkongsi perasaan dan fikiran.

Seorang pegawai PPD berkata, kalau dulu kerja kaunselor, ikhlas-ikhlas saja, orang tak tahu, tapi sekarang bukan zaman berlindung, orang mesti tahu, kena bagi tahu. Ini kerja kita. Saya terpilih mendapat Anugerah Cemerlang Guru Kaunseling, sedangkan kerja saya, saya tahu, bukan hebat pun, malu kalau ada orang nak datang lihat sendiri apa yang berlaku, tapi kenapa saya terpilih? Entah... saya pun tak tahu. Tapi orang tahu saya buat kerja, berdasarkan "www.noorhisham.com" yang selalu memaparkan kejadian disekeliling saya. Termasuk dunia kaunseling.

Ini bukan soal menunjuk, tapi hanya tunjuk. Adakah dia ikhlas? Terserah... Itu dia dengan tuhannya.
Isnin, 14 Februari 2011

Jom Hidup kan dan Lestarikan FB Desaria

15 Feb 2011. NILAI.Melihat Taman Desaria Nilai belum memiliki FB sendiri, saya minta bantuan seorang rakan untuk menubuhkan FB ini. Diharap semua warga Desaria dapat berpartisipasi bersama, kewujudan fb ini diwujud memandangkan lebih ramai antara kita yang menjadikan aktiviti membuka Fb antara aktiviti wajib seharian.

Selain cepat, ianya amat berguna kepada ibu-ibu ditaman ini yang tidak bekerja untuk membaca berita terkini setiap hari. Apa yang berlaku dan akan terjadi di taman ini. Kes-kes kecurian dan rompakan juga dapat disampaikan secara cepat dan berkesan, ianya tantu sekali berguna kepada warga Taman Desaria. Selama ini, hanya warga Desaria yang menjadi ahli ronda sahaja mendapat berita terkini. Dengan adanya FB ini, mungkin berita tersebut dapat dipanjang disini lagi.

Saya sedang mencari beberapa orang untuk dilantik sebagai moderator FB ini.

Sambutan Maulidur Rasul Tmn Desaria

Firman Allah Taala : Sesungguhnya Allah Taala telah melimpahkan rahmat yang amat besar ke atas orang mukmin, ketika mana Ia membangkitkan seorang Rasul dikalangan mereka, yang bertindak untuk mengajar ayat2Nya, dan membersihkan hati mereka, dan mendalamkan ilmu kitab dan hikmah,dan sesungguh mereka, sebelum kedatangan rasul, berada dalam kesesatan yang nyata.

Antara insan yang dikenali di Taman Desaria
Perarakan bermula jam 8.15 pagi dihadapan surau Desaria


Perarakan menuju ke taman perumahan dengan iringan solawat

Kaum ibu dan anak-anak remaja perempuan tidak ketinggalan di belakang

Ramai.... kehadiran menambah ceria keadaan

Kaum muslimin berada di saf paling hadapan dengan panji-panji bunga

Kenderaan Pejabat Kesihatan turut membantu menghidupkan suasana

Perarakan kembali ke surau

Koleksi Buku-buku Penagihan

Berikut adalah sebahagian buku-buku berkaitan dadah yang ada dalam koleksi saya. Mungkin ada yang berminat untuk memilikinya.

...
Orang Barat sebenarnya telah banyak buat kajian bab dadah. Namun sampai sekarang saya secara peribadi melihat, mereka tidak jumpa satu solusi untuk membanteras dadah secara berkesan.


Kita pula berkiblatkan kepada mereka.. kenapa? Apakah kita tak punya panduan untuk menyelesai masalah manusia ini ?


Buku yang ditulis oleh beberapa orang Doktor di Malaysia yang mengajar Ilmu Farmakologi.



Pencegahan Relapse maknanya usaha mencegah seseorang yang menagih supaya tidak menagih semula. Re adalah ulang, Lapse ialah pusingan. Relapse maknanya kembali menagih semula setelah sekian lama berhenti menagih


..



Jatuh ke lembah penagihan? Amat menarik mendalami teknik kaunseling penagihan. Jatuh dalam lembah penagihan sama seperti jatuh dalam gaung yang dalam. Dia tidak boleh keluar, kecuali jika dibantu.


Buku ini adalah 12 buah. Ianya adalah hasil gubahan pelajar SPADA 2008, termasuk saya sendiri, sebuah buku panduan untuk mencari cahaya kebahagiaan hidup di hujung usia. Kembali kepada fitrah... Agama..

Kepimpinan Dalam Konteks Sekolah

Atas jemputan sahabat karib saya di Pekan, Pahang, semalam saya selesai memberikan satu slot ceramah 2 jam kepada pengawas-pengawas sekolah SK Ubai.

Akhirnya sampai jua ke SK Ubai


Salah satu aktiviti yang dijalankan untuk meng eratkan hubungan sesama pengawas


Anda... bukan pelakon yang saya cari...ini lah salah satu permainan untuk menunjukkan seseorang pemimpin akan mampu bertahan selagi dia tidak membuat kesalahan pada orang bawahannya
Ikrar seorang pengawas.. Program ini di akhiri dengan pembacaan ikrar yang diketuai oleh Ketua Pengawas sekolah. Terima Kasih Ustaz Abu Hanafiah Ariffin dan juga barisan guru SK Ubai, juga buat Puan Zalaha, Guru Besar SK Ubai.

Di sekolah rendah, murid sebenarnya belajar bagaimana menjadi seorang pemimpin. Tugasan mereka tidaklah sampai boleh menjejaskan pelajaran mereka. Ramai pelajar yang cemerlang terdiri dari pengawas, ketua pengawas dan pelajar-pelajar yang sering keluar mengikuti program kokurikulum peringkat daerah.


Untuk rekod, Cikgu Noorhisham dan Ustaz Abu pernah belajar bersama-sama di 3 buah sekolah, pertama di SMU Darul Anuar, (2) SMU Tarbiah Mardhiah Panchor dan (3) IAIN Ar-Raniry Banda Aceh, Indonesia. Pernah masuk surat khabar ketika Aceh dilanda saat getir, sehingga pihak kedutaan turun dan memberikan plan operasi menyelamat mahasiswa di Aceh dengan feri, atau kapal terbang TUDM.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...