Welcome

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Etiam pharetra, tellus sit amet congue vulputate, nisi erat iaculis nibh, vitae feugiat sapien ante eget mauris.

Follow us


Ask a question

Name

Email

Question

Submit

Link Blog

Senarai Blog Saya

Senarai Blog

Sample text


Emel : afraima@yahoo.com..febook : facebook.com/skbangi
.Facebook : facebook.com/skbangi



Blogger

Blogger
Noorhisham Hamzah Sarjana Sosial Islam, Kaunselor SK Bangi, Ijazah Sarjana Muda Indonesia, Ijazah Lanjutan, Drug Abuse, USIM, Emel afraima@yahoo.com

Makam-Makam Nabi

Blogger news

Diri Admin

Noorhisham Hamzah
Emel afraima@yahoo.com
FB facebook.com/skbangi

Blogger templates

Jika terdapat sebarang persoalan untuk dijawab, boleh lah di hantar ke afraima@yahoo.com afraima@yahoo.com

Anda yang Datang

Twitter

Link

Terima Kasih Atas Kunjungan Ilmu dikongsi,ganjaran diharap

ShoutMix chat widget

Pelawat

Halaman

Dikuasakan oleh Blogger.

Twitter

Ads 468x60px

About Me

Teman

Archives

Cari Blog Ini

fb komen

Featured Posts

Jumaat, 23 September 2011

Sehari 2 Kali Merdeka

BANGI. Sekali kita sambut dua perayaan, perayaan hari kemerdekaan dan perayaan Aidil Fitri. Biar pun masanya semakin berlalu, tetapi murid-murid dan guru juga guru-guru SK Bangi tetap bersemangat ingin menyambutnya.



Seorang guru berkata, "Ini semua bukan saya yang nak buat, tapi mereka sendiri..." Alah... Fikir-fikir, kita pun setujulah, sebab memandangkan duit raya dia orang masih ada lagi.


Murid lah yang membuat pungutan duit dan tempahan KFC. Ada yang makan nasi ayam berempah. Nasi himpit.

Pelbagai macam kuih dan hidangan disediakan. Sayangnya, saya dan Cikgu Firdaus tidak dapat makan kesemuanya.


Ya lah, macam mana mahu makan semua, perut dah penuh. Sampai kita orang terpaksa menolak ajakan murid kelas 5 Uranus yang minta makan itu dan ini.


Lawatan terakhir ialah ke tandas... Hiks... perut dah mula. Kumuh dulu sedikit.

Terima Kasih pada semua murid yang telah menjemput kami tadi. Lain kali buat lagi ya. Alamak... kesian murid tahun 6, tahun depan dah tak jumpa.
Khamis, 22 September 2011

Syarikat Insuran AIA, Jangan Asal Main Potong Duit Orang


Saya dihubungi oleh syarikat ini (AIA) bulan Ramadhan, katanya ingin menawarkan insuran, lalu dijelaskan segalanya, saya dengar je lah semuanya. Dia tanya setuju ke tidak, memandangkan benda ini ada baik jugak, mana tahu kita terkena itu ini, sedang duit tak ada. Saya jawab.. hantar lah dulu POLISI nya saya mahu tengok macam mana.

Pengorbanan Seorang Ibu


Ini adalah kisah benar pengorbanan seorang ibu semasa Gempa Bumi di China.
Selepas gempa bumi reda, apabila penyelamat tiba di runtuhan rumah seorang wanita muda, mereka melihat mayat beliau melalui celah runtuhan dan timbunan tanah. Tetapi entah bagaimana ia kelihatan agak aneh seperti melutut pada seseorang dan menyembah ke hadapan, dan dua tangannya menyokong sesuatu objek. Rumah runtuh itu telah menghempas belakang dan kepalanya.

Dengan usaha yang sukar, ketua pasukan penyelamat meletakkan tangannya melalui celahan yang kecil di dinding untuk mencapai badan wanita tersebut. Dia berharap bahawa wanita ini mungkin masih hidup. Walau bagaimanapun, badannya yang sejuk dan kaku membuktikan bahawa wanita itu telah meninggal dunia. 


Dia dan seluruh pasukan meninggalkan rumah itu dan mencari mangsa pada bangunan runtuh yang seterusnya. Tanpa sebarang alasan, ketua pasukan ini didorong oleh satu kuasa yang kuat menariknya untuk kembali ke rumah wanita yang runtuh itu. Sekali lagi, dia melutut dan melalui celahan runtuhan yang sempit untuk meninjau keadaan mayat itu. Tiba-tiba, dia menjerit kegirangan, "Seorang kanak-kanak! Ada kanak-kanak! "


Seluruh pasukan bekerja bersama-sama dengan berhati-hati mereka memindahkan objek runtuhan yang menghempas wanita itu hingga mati. Terdapat seorang kanak-kanak lelaki berusia 3 bulan yang dibalut dengan selimut berbunga di bawah mayat ibunya. Jelas sekali, wanita itu telah berkorban hingga ke akhir hayatnya untuk menyelamatkan anaknya. Apabila rumahnya runtuh, dia menggunakan tubuhnya untuk melindungi anaknya. Budak lelaki itu masih tidur dengan nyenyak semasa ketua pasukan penyelamat itu menemuinya.
Doktor bergegas datang untuk memeriksa anak kecil tersebut. Selepas beliau membuka selimut, terdapat telefon bimbit di dalam selimut itu. Tertera teks mesej pada skrin telefon bimbit itu, "Jika kamu boleh hidup, kamu harus ingat bahawa ibu sayang kamu." mesej ini telah dihantar dari satu tangan ke tangan yang lain. Setiap individu yang membaca mesej pasti menangis. "Jika kamu boleh hidup, kamu harus ingat bahawa ibu sayang kamu." Begitulah kasih sayang seorang ibu pada anaknya!!
Rabu, 21 September 2011

Menunggu Detik Kelahiran Anak Ketiga


16 September, tarikh Malaysia menjadi sebuah negara bersatu dengan Sabah dan Sarawak. 16 September, Hilmieah Ainul Mardhieah di lahirkan secara pembedahan di Hospital Serdang, Jam 1330 petang. Dengan berat 3.86 kg, doktor pakar sangat tidak bersetuju jika ia dilahirkan secara normal. Boleh mengakibatkan berlaku sesuatu yang tidak di ingini katanya.

Selasa, 20 September 2011

Kini Hanya Guna CIMB,Tak Usah Lagi Berhutang dengan Kad Kredit

Dulu kalau saya beli tiket menggunakan kad kresdit, lepas guna kekadang tak bayar terus, berhutang la... sampai bil dah kena cas.. Kini bila dah boleh guna CIMB lagi mudah.. Maybank? ..Emmm saya lama tak guna Maybank Online, asyik bermasalah je...  Bank ISLAM? Lagi Hampeh....

Jarang..bahkan tak pernah boleh online bila dekat nak gaji...  kalau tak musim gaji... lambat...if musim gaji...hampeh...itulah... cara kerja orang ISLAM yang terlibat dengan web tu. Cuba lah tengok web CIMB... orang kata Cina India Melayu Bangadesh... bila-bila masa boleh bukak.

Kalau boleh... tolong lah upgrade sikit orang yang jaga web bank ISlam. Web peribadi saya kalau tak upgrade tak ada kena mengena dengan orang lain. Tapi kalau web anda... saya kan salah seorang antara berpuluh ribu yang menyimpan wang di bank ISLAM.

Biarpun gaji saya tak kan sampai RM4000.. tapi nak lah tengok jugak. Sesekali nak tambah Top Up melalui BIMB.

Cuba lawati... https://www.bankislam.biz/ lihat lah... boleh tak anda Log In. Minta maaf lah sahabat yang kerja di Bank Islam. ini untuk improve sistem bank ISLAM. Bank yang saya pilih dari awal untuk terima gaji bulanan.

Cubalah kita angkat kita martabat kita...
Ahad, 18 September 2011

Pesan untuk anak-anak ayah

Seperti kakaknya yang kedua (Hafiezhah Syazwiena Al-Mar'ieyyah) dia juga dilahirkan ke dunia lewat pembedahan. Saiznya 3.8 kg lebih besar dari kakaknya. Tanggal 16 September 2011 ketika semua orang sedang bercuti menyambut hari Penubuhan Malaysia.

Belum buka mata lagi untuk melihat dunia...

...

Yang ni dah buka matanya...

Baru melihat beberapa orang dan beberapa sisi dinding dalam wad 8B kamar 21 Hospital Serdang. Belum melangkah jauh ke dunia luar.

Pesan Untuk Anak-anak Ayah

Anak-anakku..
kita dilahirkan sebagai hamba Allah,
ada tugas dan peranan kita di sini,
hidup disini tak lama,
hanya beberapa puluh tahun sahaja,
disini bukan tempat senang,
penuh ujian, cobaan dan pelbagai dugaan,
disana jualah tempat kembali kita,
penuh kesenangan dan kasih sayang.

ombak kesusahan akan datang dan datang tanpa hentinya
sehinggalah kita kembali kepada Allah..
macam-macam cabaran...yang terkadang tak pernah terlintas di fikiranmu..

Pastikan tugasmu akan kau laksanakan nanti
sebagai Hamba Allah
Apa yang di ajar Tuhan lewat Qur'an dan Sunnah
kau ikutilah dengan sebaiknya,
walaupun pelbagai rintangan dan bertentangan dengan  manusia biasa,

kerana mereka orang biasa,
kita ingin jadi bukan orang biasa,
tapi orang yang ada dalam kuota luar biasa
ya... yang luar biasa....
yang hanya ada satu orang dalam seribu..
ya...1 orang...itulah yang pernah disebutkan oleh Nabi kita
Nabi Muhammad SAW.
sebagai ahli syurga.....

jadi........
kerja kita melebihi dari orang biasa,
amalan ibadah kita melebihi sedikit dari orang biasa
ilmu kita mesti lebih dari orang biasa...
iman kita mesti tak sama dengan orang biasa...
apalagi tingkah laku dan segala tutur kata kita.

Anakku...
Kita jangan sama dengan manusia yang tak bertuhan,
jangan sama dengan manusia yang tiada tujuan,
kelak mereka akan ditimpa batu dalam siksaan
ketika tiada siapa pun yang sanggup menghadapinya..
di dalam neraka yang dijanji tuhan,
biarlah mereka nak....

Kiranya semua ini dapat kau laksanakan,
kelak Allah akan berikan ganjaran yang terindah buatmu
syurga sebagai balasan, hadiah menifestasi redhaNya
yang tak pernah dilihat manusia,
tak pernah terlintas difikiran makhlukNya,

Di dalam nya kita hidup selamanya..
tanpa mauqif lagi....
insya Allah kita akan bersama lagi disana...
tiada merasa puas... tiada merasa jemu...
bersama Nabi-nabi, siddiqin, syuhada, orang-orang soleh dan solehah didunia,
juga bersama guru-guru kita yang kita sayangi
yang telah membawa kita semua ke jalan kebenaran
jalan berdamping dengan Allah.

yang telah menunjuk kita jalan ibadah
yang mudah lagi gampang
doa kita sentiasa di dengar...
rintihan kita sentiasa di penuhi.

Sebelum kita berdamping dengan mereka di akhirat..
berdampinglah dahulu dengan mereka di dunia
dekatkan diri dengan Allah dan Rasul
lewat Bacaan Al-Qur'an, Solat, Doa, Dzikir dan Selawat.

Nanti....
Kelak ayah dan ummi mu tiada lagi didunia ini
kamu jadilah pembantu kami didalam tanah
bantu kami supaya jangan tersiksa disana.... 
yang tiada siapa lagi dapat menolong kecuali kamu semua..
dengan ibadah solat dan dzikir
kerana pesan nabi...
lewat firman Tuhanmu...

anak-anak yang sentiasa berzikir,
orang tuanya tak akan terkena siksaan kubur..
ayah dan ummi sangat yakin
janji-janji Nabi ini.

Yang Pertama
Syaza Zayyan..

Kedua

Hafiezhah Syazwiena Al-Mar'ieyyah
23 Mac 2010

Ketiga

...
Khamis, 15 September 2011

Hebatnya Rindu..

Andai aku bisa terbang..
Pasti aku terbang...
mencari dirimu....


Demikian  lirik sebuah lagu dari negara seberang. Itulah kuasa rindu. Kalau lah manusia mempunyai sayap, atau apa-apa yang membuat dia boleh terbang, pasti..... dia akan terbang mendapatkan apa yang dihajatkan. 

Seseorang yang rindu pada seseorang, terkadang boleh menyebab dirinya diselimuti masalah, boleh jadi mengganggu aktiviti hidupnya, bahkan boleh jadi mendapat penyakit. Ingat....kisah seorang Nabi...yang anaknya dibawa lari oleh abang-abangnya, sakin rindu sang bapak pada anaknya, menyebab matanya menjadi buta.


Anda tahu kisah Rabiatul Adawiyah? Beliau pernah berjalan di khalayak dengan tidak memakai kerudung sehingga mendapat teguran dari orang ? Hai...Rabiah...engkau gila ke.... kenapa sampai tidak memakai kerudung? Teguran itu dijawabnya, aku atau engkau yang gila, engkau ingat segala-galanya, sehingga lupa pada Allah, dan aku ingat Allah, sehingga lupa pada yang lain. Sebab itu dia terlupa memakai kerudung? Dalam agama kita, ada satu hal yang jarang dibincang oleh..iaitu mengenai zuk. Zuk ialah hal keadaan orang-orang yang separa sedar. 


Rindu Penagih Dadah

Hebatnya rindu..seorang mantan penagih dadah, sudah pun bertahun-tahun meninggal alam penagihan, satu malam ketika tidur dia bermimpi, seolah sedang duduk-duduk dengan rakan sepangihan, bahkan sempat merasakan lazatnya dadah, sehingga meresapi segenap otaknya. Apabila dia terjaga.... terus dia bangun dan mencari rakan sepenagihan untuk mendapatkan dadah semula. Hebatkan? Ini kisah benar.


Dalam dunia penagihan, terdapat 3 perkara. Yang pertama apabila seseorang penagih terlihat (places) tempat-tempat lama yang dia pernah duduk disitu untuk menjalankan kegiatan penagihan, dia terus akan merindui dadah.


Yang kedua, apabila dia terlihat (people) seseorang yang pernah terlibat bersamanya dalam dunia penagihan, dia akan terus merindui dunia lamanya, anak dan isteri serta keluarganya boleh jadi kabur dalam mindanya.


Dan yang ketiga, (things) apabila dia melihat benda-benda yang pernah dia gunakan untuk menagih dadah seperti sudu, timah, mancis api, lilin dan sebagainya, maka keasyikkan nya semakin bertambah.


Itu yang kami temui didalam buku, namun apabila menjalankan sesi kaunseling dengan penagih ada 2 perkara lagi yang membuat mereka menjadi irindu. Pertama ialah nombor-nombor telefon orang pernah dia hubungi bagi memesan dadah. dan kedua ialah bau-bauan. 
Mimpi Itu Canggih


Mimpi pun satu hal, hal yang sangat canggih, sehingga hari ini, sehebat apa pun sains dan teknologi, belum mampu mengungkapkan dari mana datangnya mimpi. Kenapa malam tadi kita bermimpi kisah itu, dan kenapa tidak kisah ini? 

Seseorang pernah bangun tengah malam, hidupkan kereta dan terus balik kampung pada malam raya dengan meninggalkan suaminya kerana rindu kampung halaman. 

Orang-orang yang beriman, rindunya kasih sayang yang tulus, mendambakan cintaNya, rindu ingin bertemu dengan orang-orang saleh apabila meninggal nanti. Baginya, rindu membuat dia selalu senang beribadah.
Rabu, 14 September 2011

Master Dadah : 300 Memohon, hanya 30 yang diterima

BANGI.Setelah ke sana sini mencari jawapan yang pasti, akhirnya ku temui jawapan yang kurang pasti. Setahu saya, ramai yang menanti keputusan ini dengan penuh debaran. Dan tak sabar-sabar menanti detik 12 September 2011. Kerana tanggal inilah akan di umumkan siapa yang berjaya diterima menyambung pelajaran di USIM dan UMS sebagai pelajar Master Dadah.(Gitulah lebih kurang)

Ahad, 11 September 2011

Al-Fatihah Untuk Arwah Zuperi Ahmat Sitor

Hidup ini hanya sementara, hujung nya pasti ada, ianya pastikan berakhir.

Sahabat kami, Guru Bimbingan dan Kaunseling, Zuperi Amat Sitor, setelah berperang dengan penyakit kronik, pagi tadi, 12 September 2011, Jam 3.00 pagi, telah menghembus nafasnya yang terakhir di rumah beliau, Bandar Tasik Kesuma, Kajang.

Kepada sahabat-sahabat, bekas anak murid, kawan beliau dan seluruh ummat ISLAM, saya mengajak anda semua, mari sekali lagi... kita bacakan Al-Fatihah untuk arwah, dan kita doakan semoga Allah Taala mengampuni segala dosa-dosa beliau jika masih ada lagi.

Kepada yang masih diberikan nikmat udara dan kehidupan, teruskan hidup ini dengan bertuhan, jangan tinggalkan tuhan dalam hidupmu... Entah kapan... jiwa mu pun pasti diragut kematian.  
Selasa, 6 September 2011

Intro Sebuah Penulisan Saya

Bilamana Allah Taala menjadikan siang, Dia adakan malam sebagai pasangannya, jika adanya lelaki, wujud pula perempuan, itulah kelengkapan sistem suria tuhan nan maha luas, sistem yang sangat teratur dan penuh dengan kebijaksanaan. Yang ada disebaliknya hikmah.
Begitu pula bila kita berbicara tentang hidup, seharusnya “mati” tidak kita tinggalkan. Kerana adanya kematian, disebabkan oleh adanya kehidupan. Dan kematian itu merupakan satu bab, satu siri sambungan dari kehidupan. Ia rentetan dari sebuah rencana yang sempurna. Tak sempurna sebuah dokumentasi kehidupan seseorang, bilamana, tidak ada kematian. Ibarat dua sisi mata wang syiling. Tak ada syiling yang wujudnya sebelah, pasti ada wujudnya yang kedua.
Ketika, tajuk “Agama itu Motivasi Hidupku” dipilih, terlintas dalam fikiran saya, bahawa saya sememangnya tidak dapat lari dari menulis soal kematian, biarpun adakalanya mati itu, menjadi satu tajuk yang tidak ingin manusia perkatakan.
Bilamana manusia sibuk mencari wang dibulan Ramadhan, dengan membuka kedai bermacam jenis jualan, bukankah itu sebenarnya, dia sedang berbicara tentang kehidupan. Segala gerak-kerjanya seolah berkata, aku ingin mencari wang untuk menyambung kehidupan ini.Tanpa wang, aku tak boleh hidup.
Nah, sepatutnya juga, dia tak lari dari berbicara soal kematian yang menjadi penyambung kehidupannya, ya kan. Sebagaimana dia kalut mengumpul duit, untuk hidup hanya sementara didunia, maka seharusnya begitulah, dia juga mesti kalut, untuk mengumpul dana ke akhirat.
Bilamana dia tinggalkan sebentar perniagaannya, tinggalkan jual beli dan kesibukan dengan manusia, lalu berwuduk kemudian bertakbir…Allahu Akbar di sisi gerainya, biarpun ratusan manusia sedang lalu-lalang, itulah…. Dia sedang berbicara tentang kematian. Seolah-olah jasadnya berkata, aku hidup bukan lama, kelak aku akan meninggal, nah….apa yang ku buat sekarang inilah menjadi persiapan untuk hidupku nanti.
Tetapi malangnya, jika anda ke pasar malam, pasar Ramadhan dan mana-mana pasar, jika adaanya berpeluang untuk memerhatikan orang-orang yang ada disekeliling anda, berapa ramai yang solat? Anda pasti terkejut.

Jika kita berpeluang bertanya, kenapa tak solat, nescaya jawapan ini yang anda akan dengar, alah… kotornya, berpeluhlah… tempat ni tak bersihlah… ala…. Mana khusyuk solat disini.
Padahal, dalam hal ini Nabi bersabda, [ ] Kullu arduha Masjidun, illal Maqbarah wal hamam”. Semua (tempat) bumi Tuhan itu, boleh dijadikan tempat sujud, kecuali kuburan dan tandas.
Yang lucunya, dia boleh kata nanti tak khusyuk, macamlah selama ini dia solat penuh khusyuk. Haha..nak tergelak pun ada. Kesian…kesian..
So, jangan bosan-bosan membaca ya, apalagi bila masuk bab serammmm, eh, tak adalah, mana ada seramnya, mati itu pasti, sebagai muslim yang baik, kita perlu suka membacanya, kerana nak buat persiapan. Seorang penulis dari Indonesia, Komaruddin Hidayat namanya, beliau menulis sebuah buku berjudul “Psikologi Kematian”.
Pada saya, nama tajuk tak terlalu penting, tetapi yang penting adalah isinya. Semoga penulisan ini boleh member sugesti untuk anda terus hidup dan bekerja untuk kehidupan selepas kematian. Mari kita cari keduanya, dunia dan akhirah.
Ingat…. hidup ini hanya sementara Cuma, akhirat itu yang kekal. Bandingan umur dunia dengan akhirat adalah sepejam mata Cuma.[
Jumaat, 2 September 2011

Saya hilang rentak tari

Assalamualaikum kekawan dan penjejak blog norish77, Ramadhan telah berlalu, kini kita berada di bulan Syawal, bulan rentetan ibadah dari Ramadhan.Kala Ramadhan, kita telah berpuasa sebulan, pahalanya sama 300 hari, kini kita di anjur berpuasa 6 di bulan ini. Pahalanya sama dengan 60 hari. So, sebulan tambah 6 hari, pahalanya is 360 hari (setahun). Inilah motivasi dalam agama.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...