Welcome
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Etiam pharetra, tellus sit amet congue vulputate, nisi erat iaculis nibh, vitae feugiat sapien ante eget mauris.
Follow us
Latest projects
Ask a question
Link Blog
Senarai Blog Saya
Senarai Blog
Sample text
Labels
- Desaria
- Famili
- Iklan
- Ilahut
- Internship
- Koleksi Terbaik
- Lagu
- Pendidikan
- Penulisan Saya
- Pesan-pesanan
- Ramadan
- Remaja
- Renungan
- Tazkirah
- Tazkirah Ramadhan
- agama
- berita pilihan
- bimbingan dan kaunseling
- buletin
- ceramah
- ceramahku
- dadah
- fakta
- kaunseling
- kematian
- lawatan
- motivasi
- musibah
- perjalananku
- perjalananku di Aceh
- sahabat
- skb
- spada
- sufi
- taman desaria nilai
- tips
- umum
Alamak
Sami Yusuf
Makam-Makam Nabi






Blogger news






Diri Admin
Blogger templates
Anda yang Datang
Link
- 2011 (267)
- 2010 (349)
- 2009 (633)
-
2008
(231)
- Disember (31)
- November (38)
- Oktober (30)
- September (33)
- Ogos (37)
-
Julai
(15)
- Foto Sekitar Prevent 08
- Sudah Habis Air Mata Menangis
- Tiada tajuk
- Penghargaan Dari YM Raja Mazlan
- Tiada Yang Paling Manis
- latihan Empati
- 60 Blog Bakal Lahir Hari Ini
- Lawatan Mahasiswa SPADA ke Cristian Care Centre
- Dunia Sudah Berubah
- PESERTA KURSUS
- Nota Definisi dan Matlamat Kaunseling
- Farmakologi
- SAYA DATANG DENGAN HARAPAN, SAYA PULANG DENGAN KEJ...
- Bye Bye Cikgu Sham
- Download Cara Belajar Bina Blog
- Jun (17)
- Mei (23)
- April (7)
Halaman
Ads 468x60px
About Me
Teman
Archives
-
▼
2008
(231)
-
▼
Julai
(15)
- Foto Sekitar Prevent 08
- Sudah Habis Air Mata Menangis
- Tiada tajuk
- Penghargaan Dari YM Raja Mazlan
- Tiada Yang Paling Manis
- latihan Empati
- 60 Blog Bakal Lahir Hari Ini
- Lawatan Mahasiswa SPADA ke Cristian Care Centre
- Dunia Sudah Berubah
- PESERTA KURSUS
- Nota Definisi dan Matlamat Kaunseling
- Farmakologi
- SAYA DATANG DENGAN HARAPAN, SAYA PULANG DENGAN KEJ...
- Bye Bye Cikgu Sham
- Download Cara Belajar Bina Blog
-
▼
Julai
(15)
Cari Blog Ini
fb komen
Featured Posts
Foto Sekitar Prevent 08
7 hingga 9 Ogos.Lawatan ke Pusat Inabah,Kedah
Sudah Habis Air Mata Menangis
NILAI. Seorang nara sumber yang menjadi tetamu jemputan dalam sidang ceramah dari bekas pengguna dadah berkata, masyarakat sudah kekeringan air mata untuk menangis kerana kami. Kami sendiri yang terjebak dengan najis dadah, kami sendirilah yang perlu kembali ke pangkal jalan. Kami sedar, orang ramai tidak begitu senang dengan kami, walaupun hati kami memang betul-betul ingin berubah, tetapi apa nak buat, itu nasib kami.
Penghargaan Dari YM Raja Mazlan

Nampaknya Norish dan rakan-rakan Hulu Langat dah melangkah jauh. Betul tu blog tak sehebat laman web, tapi sudah cukup untuk mempromosikan kerja dan diri kita. teruskan dan biarkan orang ramai mengetahui blog yang kita ada. Sham akan buat link nanti supaya semua blog dan semua laman web yang kita ada supaya dapat disatukan dalam satu laman web besar... saya puji kerja Norish dan rakan-rakan..
So.. rakan-rakan di negeri lain... janganlah malu bertanya dengan sedara kita di HUlu Langat... Setakat ini, belum ada orang yang rugi kerana menambah ilmu... Taniah Norish dan selamat maju jaya rakan-rakan Hulu langat....
YM Raja Mazlan
Penolong Pengarah Sub Unit Kaunseling Pengurusan Sekolah Harian
Kementerian Pelajaran Malaysia
Tiada Yang Paling Manis

Sesungguhnya tidaklah payah membina laman blog. tetapi melestarikannya memerlukan kekuatan. terutama anda yang tiada perkhidmatan internet di rumah sendiri. Saya ingin mengeposkan ucapan TAHNIAH kepada anda semua.
Dan saya agak sedikit ketawa, pada yang masih bingung, untuk apa blog ini? YA untuk apa ya? tengoklah apa yang rakan-rakan kita buat dan komersialkan. Asalkan ada sesuatu di sekolah, kita lukiskan di medan ini. Naikkan nama sekolah, tutup tohmahan orang bahwa kaunselor tiada kerja, goyang kaki, nah sekrang banyak kerja...
Tapi apakah orang tahu? Nah sekali lagi, dengan blog inilah orang tahu apa kerja kita seharian dan semalaman...??? war-warkan keberadaan atau kata orang Indonesia eksistensi blog anda ini kepada umum melalui surat khabar, perhimpunan sekolah, majalah sekolah, buletin, dalam mesyuarat PIBG dan guru-guru.
Sekian, Salam Hormat dari saya.
latihan Empati
1. Kedua ibu bapa terutama ayah saya merasa kecewa dengan saya. Dia sering membandingkan saya dengan kakak saya, kenapa dia tidak menerima hakikat bahawa saya tidak dapat menandingi kakak saya?
A. Mungkin ayah anda berpendapat bahawa anda tidak benar-benar berusaha seperti kakak anda.
B. Telah menjadi kebiasaan bagi ibu bapa membandingkan anak-anak mereka. Mungkin anda bersikap terlalu sensitif.
C. Anda merasa marah dan kecil hati kerana ayah anda tidak menghargai diri anda.
D. Apakah sebab-sebab kenapa ibu bapa anda tidak berpuas hati dengan anda?
E. Anda mungkin betul. Ibu bapa sepatutnya mengelakkan diri dari membanding-bandingkan anak-anak mereka.
2. Saya tidak dapat langsung menumpukan perhatian pada pelajaran. Fikiran saya melayang tiap kali saya mula belajar, satu apa pun tak dapat saya kerjakan. Kalau beginilah seterusnya, saya pasti akan gagal. Oh, Tuhan apa yang harus saya lakukan? Saya tidak pernah gagal sebelum ini. Kedua ibu bapa saya menaruh penuh harapan pada saya.
A. Jangan bimbang, kadang-kadang seseorang itu akan gagal. Saya Pasti ibu bapa anda akan faham.
B. Saya rasa anda ini terlalu memberatkan harapan keluarga anda.
C. Oleh kerana penumpuan perhatian atau konsentrasi merupakan masalah anda, bolehkah anda sebutkan perkara-perkara yang mengganggu fikiran anda sehingga menghalang kerja-kerja anda?
D. Rasa takut gagal buat pertama kalinya dalam hidup dan tidak dapat memenuhi harapan ibu bapa amat merunsingkan.
E. Nampaknya punca masalah konsentrasi anda adalah kerana anda kurang daya kemahuan dan motivasi.
3. Kadang-kadang saya rasa mahu berhenti sekolah. Saya tidak nampak faedah mempelajari semua ini yang kebanyakannya tidak berguna langsung apabila saya bekerja nanti.
A. Jangan lakukan sesuatu yang akan anda kesali kemudian kelak. Anda tidak akan sedar pentingnya pelajaran sehingga anda mengharungi alam pekerjaan.
B. Kenapa anda mengatakan yang pelajaran tiada kaitan dengan pekerjaan anda di masa depan?
C. Mempelajari sesuatu yang kurang berkaitan dengan dunia pekerjaan benar-benar membosankan anda dan ini membuat anda ingin berhenti sekolah.
D. Saya faham sekolah menjemukan kerana saya pernah merasa begitu.
E. Mungkin bersekolah tidak mempunyai erti pada anda kerana kursus yang anda ikuti tidak setimpal dengan minat anda.
LATIHAN 1
INTERAKSI BERPASANGAN
Latihan ini bertujuan untuk membantu proses memahami satu sama lain dengan lebih berkesan. Item perbincangan adalah kenyataan-kenyataan terbuka dan boleh dibuat dimana-mana peringkat pendedahan yang anda rasa selesa/ selamat.
Kemahiran asas untuk memahami orang lain adalah MENDENGAR.
Arahan:
1. Tentukan siapa di antara anda berdua yang akan bercakap dahulu dan menjadi pencerita pertama di dalam unit ini. Sudahkan item yang berikut di dalam dua tiga ayat:
Bila saya memikirkan tentang masa depan saya, saya rasa……………………….
Kemudian, pencerita kedua menyatakan semula dengan perkataannya sendiri apa yang telah diceritakan oleh pencerita pertama tadi. Pencerita pertama mestilah berpuas hati dan merasakan bahawa dia telah difahami.
Seterusnya pencerita kedua pula menyudahkan item tadi di dalam dua tiga ayat. Selepas itu pencerita pertama menyatakan kefahaman nya tentang apa yang telah diceritakan oleh pasangannya tadi.
Kongsi pengalaman anda sebagai pendengar dengan pasangan anda. Untuk menyemak ketepatan pendengaran anda, anda berdua mungkin akan bertanya satu sama lain: “adakah anda maksudkan…..?” atau “Anda kata bahawa”……
2. Sekarang teruskan berkongsi.
Bila saya berada di dalam kelompok baru, saya……
Billa saya rasa bimbang di dalam situasi baru, saya selalunya………
3. Semak apa yang anda dengar:
“Anda kata bahawa……………………”
4. Bincangkan selama dua tiga minit tentang pengalaman anda berdua
setakat ini. Pastikan anda berdua mempunyai tentangan mata (eye contact) sepanjang perbincangan dan tumpukan perbincangan kepada perkara-perkara berikut:
Bagaimanakah ketepatan pendengaran anda?
Sejauh manakah anda bersikap terbuka dan ikhlas dengan pasangan anda?
Adakah anda berminat untuk meneruskan interaksi ini?
Adakah anda rasa anda sudah bertambah memahami satu sama lain.
4. Teruskan:
Saya suka……………………………………………………
Saya tidak puas hati dengan……………………..
Sekarang ini saya rasa………………………………..
Saya bimbang……………………………………………..
Apa yang menarik hati saya tentang diri anda adalah………………..
Anda adalah………………………………………………..
Sekarang ini saya lebih banyak respon kepada……………………………
LATIHAN 3
LATIHANBERTIGA (TRIAD)
Di dalam kelompok bertiga, tiap-tiap orang tentukan peranan masing-masing seperti berikut:
A. PEMBERITAHU (klien)
B. PENDENGAR (kaunselor)
C. PEMERHATI
1. PEMBERITAHU: Berkongsi satu masalah yang sedang mengganggu perasaan dan fikiran anda
2. PENDENGAR: Gunakan kesemua kemahiran yang telah dipelajari untuk membantu klien (pemberitahu)
Kemahiran asas kaunseling:
- memberi perhatian
- menenangkan diri
- mendengar
- galakan untuk bercakap(bertanya soalan)
- memberi dorongan minima
- refleksi perasaan
- menyatakan semula
- peluahan diri
- mencari celik akal dan alternative
3. PEMERHATI: Beri ulasan/ komen tentang penggunaan kesemua kemahiran asas yang telah digunakan oleh kaunselor (pendengar).
Tukar peranan sehingga kesemua orang telah melakukan ketiga-tiga peranan diatas (kaunselor, klien dan pemerhati)
60 Blog Bakal Lahir Hari Ini
Hulu Langat Maju Lagi
Ini menjadikan satu-satu Hulu Langat adalah Daerah paling terkedepan dari aspek Blog. Hampir Semua Kaunselor di Sekolah Menengah dan Rendah akan memiliki Blog hari ini. Kesemua blog boleh di layari dalam http://kaunselorlangat.blogspot.com. Kini sini
Apapun, membina blog sebenarnya tak susah macam yang tergambar sebelum ini. Yang susah nak jaga,siram dan suburkan. Apatah lagi kalau kaunselor baru nak kenal abjad keyboard. Tapi tak pelah..perlahan-perlahan la. Selepas itu, mari kita teruskan membina kejayaan diri. Bertemu di PUncak Kejayaan.
Salam Blogger
Lawatan Mahasiswa SPADA ke Cristian Care Centre
Pusat ini yang rata-rata ditadbir oleh bekas alumni menerima klien secara sukarela. Pihak Church membantu dari segi kewangan. Manakala klien yang mampu dikenakan bayaran RM250.00 sebulan. Adapun yang tak mampu di berikan biaya siswa.
Tempat yang redup dan tinggi, menyejukkan pemandangan, apatah lagi dibelakangnya terbentang lapangan terbang Sultan Abdul Aziz Subang. Walaupun dikota terkena terikan mentari, namun di sini kenyamanan anda akan rasakan.
Dunia Sudah Berubah
Begitu jua dalam dunia pembelajaran. Begitu jua dalam dunia pembikinan blog. Namun sayang, ada antara sahabat kita yang masih belum adanya kemudahan internet dirumah, lantaran pelbagai masalah yang tidak boleh di elakkan, urusan peng- update tan tergendala. Apatah lagi kalaui minat itu kurang. Sebetulnya bukan minat yang tak ada, cuma pada saya...tidak tahu akan kelebihan dan manfaatnya memiliki blog kepada kita sebagai kaunselor.
2 hari lepas saya terbaca artikel dalam kosmo, mengatakan setiap guru di Eropah sudah memiliki Blognya sendiri. Dan murid-murid datang ke sekolah tanpa bawa buku. Mereka menggunakan Lap Top. Nah....dunia sudah berubah...
PESERTA KURSUS
TAWARAN UNTUK MEMBINA ALAMAT PERIBADI BLOG ANDA KHUSUS KEPADA KAUNSELOR
CONTOH : Http://azieta.kaunseling.net
Syarat yang dikenakan ;
Linkkan 3 web dibawah ini dalam blog anda, anda akan mendapat alamat blog (domain) seperti di atas. Lebih kren, boleh dicetak dibaju atau browser,dan juga letter head anda.
http://www.ekaunseling.net ( ekaunseling)
http://kaunseling2u.com (kaunseling2u)
http://mgksel.ekaunseling.net (Mgk Selangor)
Nota Definisi dan Matlamat Kaunseling
Kaunseling adalah nasihat. Hubungan kaunseling hanya sehala. Kaunseling lebih mementingkan masalah daripada manusia(Klien). Kaunseling menyelesaikan masalah atau persoalan hidup.
APAKAH DIA PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING?
Perkhidmatan percuma dan ikhlas yang disediakan kepada ANDA untuk mengatasi segala persoalan tentang:
Peribadi dan emosi anda
Perkembangan pelajaran
Belajar dengan lebih berkesan Perlakuan tidak selaras,pendiam,susah hendak bergaul,selalu berpandangan negatif Keluarga
MATLAMAT PERKHIDMATAN BIMBINGAN & KAUNSELING
Supaya ANDA memahami tentang diri anda Supaya ANDA dapat menerima diri ANDA dan mempunyai pandangan yang objektif dan realistik Supaya ANDA dapat mengenalpasti apakah keperluan ANDA Agar ANDA dapat membuat perancangan yang berkesan di dalam kehidupan ANDA pada masa sekarang dan akan datang
BAGAIMANA PERKHIDMATAN INI DIJALANKAN?
Perkhidmatan ini dijalankan melalui:
KAUNSELING INDIVIDU (pertemuan ANDA dengan kaunselor)
KAUNSELING KELOMPOK (pertemuan ANDA dan rakan-rakan dengan kaunaselor)
DIMANA PERKHIDMATAN INI DIJALANKAN?
Pertemuan ANDA dengan kaunselor ANDA akan diadakan di dalam bilik Bimbingan & Kaunseling, tanpa gangguan dan tidak boleh didengar oleh orang lain. Hanya ANDA dan Kaunselor ANDA sahaja yang mengetahui tentang perkara yang dibincangkan.
SEGALA PERBINCANGAN ANDA DAN MAKLUMAT YANG ANDA BERIKAN ADALAH DIRAHSIAKAN.
BAGAIMANAKAH CARA ANDA MENDAPAT PERKHIDMATAN INI?
Datang seorang atau dengan rakan anda berjumpa kaunselor, atau Mengisi borang temujanji yang boleh didapati di dalam Bilik HEM SIAPA KAUNSELOR ANDA?
Merahsiakan apa yang ANDA katakan -Menghormati diri ANDA sebagai seorang individu - Sedia berjumpa dengan ANDA pada bila-bila masa.
SETIAP PERMULAAN BERMULA DARIPADA LANGKAH YANG PERTAMA. MENEMUI KAUNSELOR ADALAH LANGKAH YANG BIJAK
Apa itu kaunseling?
Kaunseling bukan bererti nasihat, walaupun terdapat nasihat yang diberikan. Malah kaunselor tidak memberi jawapan secara langsung kepada semua persoalan klien, kerana apa yang baik untuk kaunselor tidak semestinya baik juga untuk klien . Keistimewaan khidmat kaunseling ialah ia membimbing klien mencari sumber dirinya yang menyumbang kepada isu yang dihadapi. Penerimaan dan perakuan sumber diri adalah penting dalam menghasilkan perubahan diri. Oleh kerana kaunseling bukan nasihat, hubungan kaunseling adalah berbentuk dua hala. Kaunselor cuba memahami dengan mendengar dan memberikan layanan serta interaksi yang baik, manakala klien memberihalkan masalah mereka dan cuba memahami dan mengambil tindakan menguruskan masalah tadi. Proses aksi dan reaksi di antara klien dan kaunselor turut membantu klien mengenali diri dan persoalan yang dihadapinya. kaunseling menggerakkan klien memahami diri dari segi kelemahan yang menghasilkan masalah dalam hidup dan bagaimana klien terdedah kepada permasalahannya. Oleh itu fokus mencapai matlamat yang mereka tentukan sendiri melalui pemilihan-pemilihan yang bermakna, dan melalui penyelesaian masalah yang berbentuk emosional atau antara individu.
Krumboltz (George & Kristianni, 1990), pula mengatakan kaunseling merangkumi aktiviti-aktiviti yang beretika yang dilakukan oleh kaunseling dalam usaha membantu klien melibatkan diri dengan jenis-jenis tingkahlaku yang akan menghasilkan penyelesian kepada masalah klien.
Sebagai rumusan, kaunseling adalah proses pertolongan yang profesional yang bertujuan membantu individu memahami dirinya dan alam sekelilingnya.
PERHUBUNGAN KAUNSELING DAN PERSONALITI KAUNSELOR
Perhubungan kaunseling tidak dapat dipisahkan daripada ciri-ciri personaliti kaunselor, iaitu mesra, jujur, menerima tanpa syarat dan berempati. Perbincangan adalah pada diri klien dan peranannya dalam permasalahannya, bukan masalahnya. kaunseling merupakan satu proses pembelajaran semula. Pembelajaran semula berlaku melalui perkongsian cerita atau penglahiran perasaan, mendapat pengetahuan atau maklumat batu hasil daripada interaksi bersama kaunselor, mendapat kemahiran batu melalui contoh atau model daripada kaunselor dan melalui main peranan.
Definisi kaunseling
Menurut Blocher (shertzer & Stone, 1974), kaunseling adalah proses interaksi yang menggerakkan pemahaman yang bermakna terhadap diri dan persekitaran dan menghasilkan pembentukan dan/atau penjelasan matlamat dan nilai untuk tingkah laku masa depan.
Burk dan Steffire (George & Cristiani,1990), mendefinisikannya: Kaunseling melambangkan satu perhubungan yang profesional di antara seorang kaunselor yang terlatih dengan seorang klien. Perhubungan ini kadangkala melibatkan lebih daripada dua individu. Ianya bertujuan membantu klien memahami dan menjelaskan pandangan mereka terhadap kehidupan, dan belajar manusia yang bermaruah dan unik walaupun klien datang dengan cerita yang berbagai-bagai. Kaunselor perlu berpandangan terbuka. Dia perlu mengelakkan diri daripada pandangan yang negatif atau serong terhadap klien.
Berempati
Ini merujuk kepada kebolehan kaunselor untuk memasuki ruang rujuk atau dunia klien dan membenarkan dirinya mengalami proses mental dan emosi yang dialami oleh klien sambil memahmi dan menghayati pengertian daripada proses ini.
Dipetik daripada buku kaunseling Individu: Apa dan Bagaimana oleh Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim & Halimatun Halaliah Mokhtar (Penerbit fajar Bakti Sdn.Bhd., Shah Alam)
Farmakologi
Asumsi Dasar Pemakaian Antibiotik
- Sifat toksisitas selektif : membunuh mikroorganisme yang menginvasi host tanpa merusak sel host.
- Toksisitas Antibiotik lebih bersifat relatif daripada absolut : perlu kontrol konsentrasi obat secara hati-hati sehingga dapat ditolerir tubuh.
Seleksi Obat Antimikroba
Dasar pertimbangan (ideal) :
- Identifikasi & sensitivitas organisme,
- Tempat infeksi,
- Status pasien (umur, BB, keadaan patologis, kehamilan & laktasi),
- Keamanan antibiotik,
- Biaya.
Dalam prakteknya :
- Terapi empirik sebelum identifikasi organisme.
- Berdasar bukti-bukti ilmiah & pengalaman, dengan mempertimbangkan : mengutamakan obat bakterisid, memilih obat dengan daya penetrasi baik (jaringan tubuh, sistem saraf pusat), memilih obat dengan frekuensi pemberian rendah (drug compliance), mengutamakan obat dengan pengikatan protein rendah, tidak merutinkan penggunaan antibiotik mutakhir (misalnya sefalosporin gen-3) agar terjamin ketersediaan antibiotik yang lebih efektif bila dijumpai resistensi)
- Dosis : kadar obat di tempat infeksi harus melampaui MIC kuman. Untuk mencapai kadar puncak obat dlm darah, kalau perlu dengan loading dose (ganda) dan dimulai dengan injeksi kemudian diteruskan obat oral.
- Frekuensi pemberian : tergantung waktu paruh (t½
obat. Bila t½ pendek, maka frekuensi pemberiannya sering.
- Lama terapi : harus cukup panjang untuk menjamin semua kuman telah mati & menghindari kekambuhan. Lazimnya terapi diteruskan 2-3 hari setelah gejala penyakit lenyap.
Antibiotik Berdasarkan Mekanisme Kerja
Bakteriostatika :
- Menahan pertumbuhan & replikasi bakteri pada kadar serum yang dapat dicapai tubuh pasien.
- Membatasi penyebaran infeksi saat sistem imun tubuh bekerja memobilisasi & mengeliminasi bakteri patogen.
- Misalnya : Sulfonamid, Kloramfenikol, Tetrasiklin, Makrolid, Linkomisin.
Bakterisid :
- Membunuh bakteri serta jumlah total organisme yang dapat hidup & diturunkan.
- Pembagian : a) Bekerja pd fase tumbuh kuman, misalnya : Penisilin, Sefalosporin, Kuinolon, Rifampisin, Polipeptida. b) Bekerja pada fase istirahat, misalnya : Aminoglikosid, INH, Kotrimoksazol, Polipeptida.
Spektrum Antimikroba
- Spektrum Sempit : bekerja hanya pada mikroorganisme tunggal / grup tertentu. Misalnya, Isoniazid untuk mikobakteria.
- Spektrum Sedang : efektif melawan organisme Gram (+) & beberapa bakteri Gram (-). Misalnya, Ampisilin.
- Spektrum Luas : mempengaruhi spesies mikroba secara luas. Misalnya, Kloramfenikol & Tetrasiklin.
Kombinasi Obat-Obat Antimikroba
Pemberian AB tunggal lebih dianjurkan untuk :
- Organisme penyebab infeksi spesifik.
- Menurunkan kemungkinan superinfeksi.
- Menurunkan resistensi organisme.
- Mengurangi toksisitas
Pemberian Antibiotik kombinasi untuk keadaan khusus :
- Infeksi campuran.
- Ada risiko resistensi organisme, misalnya pada TBC.
- Keadaan yang membutuhkan AB dengan dosis besar, misalnya sepsis, dan etiologi infeksi yang belum diketahui.
Keuntungan Pemberian Antibiotik kombinasi :
- Efek sinergistik / potensiasi, misalnya : a) Betalaktam + Aminoglikosid; b) Kotrimoksazol (Sulfametoksazol + Trimetoprim); c) MDT pada AIDS (AZT + Ritonavir + 3TC).
- Mengatasi & mengurangi resistensi, misalnya : a) Amoksisilin + Asam klavulanat; b) Obat-obat TBC & lepra; c) MDT pada AIDS.
- Mengurangi toksisitas, misalnya : Trisulfa + sitostatika.
Kerugian Pemberian Antibiotik kombinasi :
- Antagonisme pada penggunaan bakteriostatika & bakterisid yang bekerja pada fase tumbuh.
Resistensi Obat
Definisi “resisten” :
- Bila pertumbuhan bakteri tidak dapat dihambat oleh antibiotik pada kadar maksimal yang dapat ditolerir host.
Penyebab resistensi :
- Perubahan genetik,
- Mutasi spontan DNA,
- Transfer DNA antar organisme (konjugasi, transduksi, transformasi),
- Induksi antibiotik.
Perubahan ekspresi protein pada organisme yang resisten :
- Modifikasi tempat target,
- Menurunnya daya penetrasi obat (adanya lapisan polisakarida, adanya sistem efluks),
- Inaktivasi oleh enzim.
Antibiotika Profilaktik
- Pemberian antibiotik untuk pencegahan infeksi, bukan untuk pengobatan infeksi.
- Lama pemberian ditentukan oleh lamanya risiko infeksi.
- Dapat timbul resistensi bakteri & superinfeksi.
Komplikasi Terapi AB
- Hipersensitivitas, misalnya pada pemberian Penisilin berupa reaksi alergi ringan (gatal-gatal) hingga syok anafilaktik.
- Toksisitas langsung, misalnya pada pemberian Aminoglikosid berupa ototoksisitas.
- Superinfeksi, misalnya pada pemberian antibiotik spektrum luas atau kombinasi akan menyebabkan perubahan flora normal tubuh sehingga pertumbuhan organisme lain seperti jamur menjadi berlebihan dan resistensi bakteri.
Klasifikasi Antibiotik berdasarkan mekanisme kerjanya :
- Inhibitor metabolisme asam folat (antagonisme kompetisi).
- Inhibitor sintesis dinding sel, misalnya betalaktam, vankomisin.
- Inhibitor sintesis membran sel.
- Inhibitor sintesis protein sel, misalnya tetrasiklin, aminoglikosid, makrolid, klindamisin, kloramfenikol.
- Inhibitor sintesis / fungsi asam nukleat, misalnya fluorokuinolon, rifampin.
SAYA DATANG DENGAN HARAPAN, SAYA PULANG DENGAN KEJAYAAN


Tidak terlepas membincang program negeri akan datang. Dan tidak terlepas peluang kali ini, program blog datang lagi. Kini kami bukakan kepada 40 orang guru untuk mengikutinya selama 2 jam di Footprint, Beranang. Hinga kini masih ada kekosongan 15 tempat duduk.
Sila bawa pendrive yang berisi gambar anda, foto program sekolah, guru-guru, guru besar, pengetua dan bahan-bahan untuk diterbitkan. Sementara itu, senarai sekolah rendah dan menengah ada di Blog Langat, sila link, mana-mana sekolah yang sudah pun ada blog anda boleh terus klik. Saya terpaksa menghangatkan kembali blog Langat lantaran ramai bakal blogger dan memberi kemeriahan kali ini.
Bye Bye Cikgu Sham
Saya datang dengan harapan dan pulang dengan kejayaan.
Download Cara Belajar Bina Blog
