Welcome

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Etiam pharetra, tellus sit amet congue vulputate, nisi erat iaculis nibh, vitae feugiat sapien ante eget mauris.

Follow us


Ask a question

Name

Email

Question

Submit

Link Blog

Senarai Blog Saya

Senarai Blog

Sample text


Emel : afraima@yahoo.com..febook : facebook.com/skbangi
.Facebook : facebook.com/skbangi



Blogger

Blogger
Noorhisham Hamzah Sarjana Sosial Islam, Kaunselor SK Bangi, Ijazah Sarjana Muda Indonesia, Ijazah Lanjutan, Drug Abuse, USIM, Emel afraima@yahoo.com

Makam-Makam Nabi

Blogger news

Diri Admin

Noorhisham Hamzah
Emel afraima@yahoo.com
FB facebook.com/skbangi

Blogger templates

Jika terdapat sebarang persoalan untuk dijawab, boleh lah di hantar ke afraima@yahoo.com afraima@yahoo.com

Anda yang Datang

Twitter

Link

Terima Kasih Atas Kunjungan Ilmu dikongsi,ganjaran diharap

ShoutMix chat widget

Pelawat

Halaman

Dikuasakan oleh Blogger.

Twitter

Ads 468x60px

About Me

Teman

Cari Blog Ini

fb komen

Featured Posts

Memaparkan catatan dengan label Tazkirah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tazkirah. Papar semua catatan
Khamis, 22 September 2011

Pengorbanan Seorang Ibu


Ini adalah kisah benar pengorbanan seorang ibu semasa Gempa Bumi di China.
Selepas gempa bumi reda, apabila penyelamat tiba di runtuhan rumah seorang wanita muda, mereka melihat mayat beliau melalui celah runtuhan dan timbunan tanah. Tetapi entah bagaimana ia kelihatan agak aneh seperti melutut pada seseorang dan menyembah ke hadapan, dan dua tangannya menyokong sesuatu objek. Rumah runtuh itu telah menghempas belakang dan kepalanya.

Dengan usaha yang sukar, ketua pasukan penyelamat meletakkan tangannya melalui celahan yang kecil di dinding untuk mencapai badan wanita tersebut. Dia berharap bahawa wanita ini mungkin masih hidup. Walau bagaimanapun, badannya yang sejuk dan kaku membuktikan bahawa wanita itu telah meninggal dunia. 


Dia dan seluruh pasukan meninggalkan rumah itu dan mencari mangsa pada bangunan runtuh yang seterusnya. Tanpa sebarang alasan, ketua pasukan ini didorong oleh satu kuasa yang kuat menariknya untuk kembali ke rumah wanita yang runtuh itu. Sekali lagi, dia melutut dan melalui celahan runtuhan yang sempit untuk meninjau keadaan mayat itu. Tiba-tiba, dia menjerit kegirangan, "Seorang kanak-kanak! Ada kanak-kanak! "


Seluruh pasukan bekerja bersama-sama dengan berhati-hati mereka memindahkan objek runtuhan yang menghempas wanita itu hingga mati. Terdapat seorang kanak-kanak lelaki berusia 3 bulan yang dibalut dengan selimut berbunga di bawah mayat ibunya. Jelas sekali, wanita itu telah berkorban hingga ke akhir hayatnya untuk menyelamatkan anaknya. Apabila rumahnya runtuh, dia menggunakan tubuhnya untuk melindungi anaknya. Budak lelaki itu masih tidur dengan nyenyak semasa ketua pasukan penyelamat itu menemuinya.
Doktor bergegas datang untuk memeriksa anak kecil tersebut. Selepas beliau membuka selimut, terdapat telefon bimbit di dalam selimut itu. Tertera teks mesej pada skrin telefon bimbit itu, "Jika kamu boleh hidup, kamu harus ingat bahawa ibu sayang kamu." mesej ini telah dihantar dari satu tangan ke tangan yang lain. Setiap individu yang membaca mesej pasti menangis. "Jika kamu boleh hidup, kamu harus ingat bahawa ibu sayang kamu." Begitulah kasih sayang seorang ibu pada anaknya!!
Khamis, 15 September 2011

Hebatnya Rindu..

Andai aku bisa terbang..
Pasti aku terbang...
mencari dirimu....


Demikian  lirik sebuah lagu dari negara seberang. Itulah kuasa rindu. Kalau lah manusia mempunyai sayap, atau apa-apa yang membuat dia boleh terbang, pasti..... dia akan terbang mendapatkan apa yang dihajatkan. 

Seseorang yang rindu pada seseorang, terkadang boleh menyebab dirinya diselimuti masalah, boleh jadi mengganggu aktiviti hidupnya, bahkan boleh jadi mendapat penyakit. Ingat....kisah seorang Nabi...yang anaknya dibawa lari oleh abang-abangnya, sakin rindu sang bapak pada anaknya, menyebab matanya menjadi buta.


Anda tahu kisah Rabiatul Adawiyah? Beliau pernah berjalan di khalayak dengan tidak memakai kerudung sehingga mendapat teguran dari orang ? Hai...Rabiah...engkau gila ke.... kenapa sampai tidak memakai kerudung? Teguran itu dijawabnya, aku atau engkau yang gila, engkau ingat segala-galanya, sehingga lupa pada Allah, dan aku ingat Allah, sehingga lupa pada yang lain. Sebab itu dia terlupa memakai kerudung? Dalam agama kita, ada satu hal yang jarang dibincang oleh..iaitu mengenai zuk. Zuk ialah hal keadaan orang-orang yang separa sedar. 


Rindu Penagih Dadah

Hebatnya rindu..seorang mantan penagih dadah, sudah pun bertahun-tahun meninggal alam penagihan, satu malam ketika tidur dia bermimpi, seolah sedang duduk-duduk dengan rakan sepangihan, bahkan sempat merasakan lazatnya dadah, sehingga meresapi segenap otaknya. Apabila dia terjaga.... terus dia bangun dan mencari rakan sepenagihan untuk mendapatkan dadah semula. Hebatkan? Ini kisah benar.


Dalam dunia penagihan, terdapat 3 perkara. Yang pertama apabila seseorang penagih terlihat (places) tempat-tempat lama yang dia pernah duduk disitu untuk menjalankan kegiatan penagihan, dia terus akan merindui dadah.


Yang kedua, apabila dia terlihat (people) seseorang yang pernah terlibat bersamanya dalam dunia penagihan, dia akan terus merindui dunia lamanya, anak dan isteri serta keluarganya boleh jadi kabur dalam mindanya.


Dan yang ketiga, (things) apabila dia melihat benda-benda yang pernah dia gunakan untuk menagih dadah seperti sudu, timah, mancis api, lilin dan sebagainya, maka keasyikkan nya semakin bertambah.


Itu yang kami temui didalam buku, namun apabila menjalankan sesi kaunseling dengan penagih ada 2 perkara lagi yang membuat mereka menjadi irindu. Pertama ialah nombor-nombor telefon orang pernah dia hubungi bagi memesan dadah. dan kedua ialah bau-bauan. 
Mimpi Itu Canggih


Mimpi pun satu hal, hal yang sangat canggih, sehingga hari ini, sehebat apa pun sains dan teknologi, belum mampu mengungkapkan dari mana datangnya mimpi. Kenapa malam tadi kita bermimpi kisah itu, dan kenapa tidak kisah ini? 

Seseorang pernah bangun tengah malam, hidupkan kereta dan terus balik kampung pada malam raya dengan meninggalkan suaminya kerana rindu kampung halaman. 

Orang-orang yang beriman, rindunya kasih sayang yang tulus, mendambakan cintaNya, rindu ingin bertemu dengan orang-orang saleh apabila meninggal nanti. Baginya, rindu membuat dia selalu senang beribadah.
Ahad, 11 September 2011

Al-Fatihah Untuk Arwah Zuperi Ahmat Sitor

Hidup ini hanya sementara, hujung nya pasti ada, ianya pastikan berakhir.

Sahabat kami, Guru Bimbingan dan Kaunseling, Zuperi Amat Sitor, setelah berperang dengan penyakit kronik, pagi tadi, 12 September 2011, Jam 3.00 pagi, telah menghembus nafasnya yang terakhir di rumah beliau, Bandar Tasik Kesuma, Kajang.

Kepada sahabat-sahabat, bekas anak murid, kawan beliau dan seluruh ummat ISLAM, saya mengajak anda semua, mari sekali lagi... kita bacakan Al-Fatihah untuk arwah, dan kita doakan semoga Allah Taala mengampuni segala dosa-dosa beliau jika masih ada lagi.

Kepada yang masih diberikan nikmat udara dan kehidupan, teruskan hidup ini dengan bertuhan, jangan tinggalkan tuhan dalam hidupmu... Entah kapan... jiwa mu pun pasti diragut kematian.  
Sabtu, 27 Ogos 2011

Carilah ILMU didalam Pengetahuan

Salam, tuan-tuan sekalian, rupanya ilmu itu jarang datang kepada semua manusia, rupanya ILMU itu, tak sama sekali dengan PENGETAHUAN. Dalam Pengetahuan ada ILMU. Sebab itu kita kena gali, cari dan usaha. Pada sebuah lencana sekolah dituliskan, ILMU, IMAN dan AMAL. Tidak pula di letakkan seperti ini. PENGETAHUAN, IMAN dan AMAL.

Inilah titik perbezaan antara ilmu dan pengetahuan. Tingkat ILMU lebih tinggi dan dalam ketimbang PENGETAHUAN. Semua orang beragama ISLAM tahu, "alaa bi zikrillahhi tath mainnul quluub" Ketahuilah, dengan berzikir, hati akan mendapat ketenangan. "Ar-Ra'du : 28"

Tetapi ILMUnya, Ilmu tentang ayat tadi, bagaimana yang dikatakan berzikir, ndak semua orang tahu persis. Zikir  yang bagaimana, zikir apa dan bagaimana pelaksanaannya. Nah....inilah yang dikatakan ilmu...
Isnin, 22 Ogos 2011

Pesanan Buat yang Belum Pergi



Renungan sblm berbuka puasa 
1.Jangan bangga berkulit putih kerana kulit terakhir kita = TANAH LIAT 
2.Jangan bangga dengan rumah besar kerana rumah terakhir kita = KUBUR 
3.Jangan bangga dengan baju mahal kerana baju terakhir kita = KAIN KAFAN 
4.Jangan bangga dengan kereta&motor besar,kerana kenderaan kita yg terakhir = KERANDA 
5.Jangan bangga dengan Minyak wangi berjenama, kerana kapur barus jua yang bersama

Jumaat, 5 Ogos 2011

Akhlak Menjadi Keutamaan Dalam Agama


Adakah anda sudah muhasabah diri anda? Adakah sudah diperiksa diri anda berkenaan ibadah anda yang masih kurang dan belum sempurna lagi? jika sempurna, adakah akhlak kita juga sudah berubah dari buruk menjadi lebih baik? Adakah kebaikan yang belum kita laksanakan seperti menolong insan yang memerlukan bantuan kita dari segi tenaga dan kewangan? Jika kebaikan masih kurang tingkatkan lagi kebaikan menolong insan lain.  Lihat pada hadith berikut yang bermaksud:
Ditanya orang kepada Rasulullah S.A.W,


“Wahai Rasulullah, si polan itu (perempuan) siang hari berpuasa, malam hari dia bangun kerana mengerjakan ibadah. Cuma dia ada sedikit cacat. Akhlaknya rosak iaitu dia menyakiti jirannya dengan lidahnya”.

 Lantas dijawab oleh Rasulullah SAW, 

“Tidak ada kebaikan lagi pada wanita itu bahkan dia adalah menjadi ahli neraka.”

Hadith ini meriwayatkan perbualan seorang sahabat dengan Rasulullah dalam mana sahabat itu tertanya kepada Rasulullah tentang seorang perempuan yang dikenalinya. Perempuan itu amat kuat beribadah kerana pada siang harinya dia berpuasa manakala di malam hari dia bangun bertahajjud. 


Perempuan itu sudah boleh dikatakan ahli ‘abid kerana seseorang yang mampu berpuasa siang hari dan bangun bertahjud malam hari dia sudah boleh dikatakan ‘abid. Cuma dia belum tentu orang bertaqwa atau orang soleh boleh kita panggil ‘abid atau ahli ibadah saja. Dan perempuan yang diceritakan oleh sahabat itu kepada Rasulullah adalah seorang ‘abidah, kerana dia kuat berpuasa dan tahajjud malam. Tentulah selepas dia bertahajjjud dia juga membaca Al-Quran, berwirid, berzikir, berdoa dan sebagainya.

Di sini kita dapati sahabat tadi menceritakan perihal perempuan itu kepada Rasulullah supaya Baginda dapat menilai bagaimana kedudukan wanita ini iaitu sama ada dia boleh dianggap orang yang soleh atau tholeh, sama ada dia boleh dianggap orang yang berbakti atau tidak berbakti dan sama ada dia boleh dianggap orang yang baik atau tidak. Sebab itu sahabat itu menceritakan tentang kuatnya dia berpuasa dan bertahajjud cuma dia ada sedikit kecacatannya iaitu akhlaknya rosak. Itu pun bukan semua bentuk akhlaknya yang cacat.

Di antara akhlak-akhlak jahat yang banyak, dia hanya jahat dalam satu perkara sahaja iaitu dia menyakiti jirannya dengan lidahnya. Mungkin dia selalu mengumpat jirannya atau dia berkasar dengan jirannya atau boleh jadi dia selalu membahasakan jirannya dengan lidahnya. Dalam hal inilah sahabat bertanya kepada Rasulullah tentang bagaimana kedudukan wanita itu. Dan ketika itu Rasulullah menjawab mengatakan bahawa, tidak ada lagi kebaikan pada wanita itu bahkan dia adalah menjadi penghuni neraka.

Di dalam riwayat hadith ini kita digambarkan mengenai seorang wanita yang begitu kuat amal ibadahnya, cuma dia tidak berakhlak. Dan itu pun hanya satu sahaja akhlaknya yang cacat iaitu lidahnya kasar yang mana selalu menyakiti jirannya. Walaupun demikian, Rasulullah mengatakan yang amal ibadahnya yang begitu banyak tidak ada harga lagi di sisi Allah S.W.T. Dia dianggap tidak ada membuat kebaikan, bahkan dia adalah penghuni neraka. Jadi hadith ini memberitahu kepada kita betapa seorang ahli ibadah menjadi penghuni neraka kerana dia tidak berakhlak.

Mengapakah seorang ahli ibadah boleh menjadi penghuni neraka kerana dia tidak berakhlak? Kita sendiri pun tidak sanggup bertahajjud malam, manakala puasa hari Isnin dan Khamis pun susah hendak dibuat. Sedangkan perempuan itu kuat berpuasa dan bertahajjud. Cuma akhlaknya sahaja yang cacat. Dan kerana itu dia menjadi ahli neraka. Dia telah menjadi ahli neraka adalah kerana ibadahnya tidak berbuah. Seseorang yang melakukan ibadah yang bermacam-macam bentuk sama ada yang berbentuk fardu ain mahupun fardHu kifayah, sama ada yang berbentuk sunat muakkad atau ghairu muakkad sama ada ibadah melalui puasa, sembahyang, membaca Al-Quran, berdoa, berwirid, zikir dan lain-lainnya, semuanya adalah dengan tujuan agar ibadah-ibadah itu dapat melahir atau membuahkan sifat taqwa dan akhlak. Bererti bahawa sifat taqwa serta akhlak itu adalah buah daripada ibadah yang seseorang itu lakukan. Sebab itulah semakin banyak seseorang itu beribadah, semakin halus budi pekerti dan akhlaknya.  

Dari Abu hurairah r.a katanya rasulullah saw. Pernah bercerita “Pada suatu ketika ada seorang lelaki sedang berjalan melalui sebuah jalan, lalu dia merasa sangat kehausan. Kebetulan dia turun ke sumur itu untuk minum. Setelah keluar dari sumur, dia melihat seekor anjing menjulurkan lidahnya menjilat-jilat tanah kerana kehausan. Orang itu berkata dalam hatinya, Alangkah hausnya anjing itu, seperti yang baru kualami” lalu dia turun kembali ke sumur, dicedoknya air dengan sepatunya, dibawanya ke atas dan diberi minumkannya kepada anjing itu. Maka Allah berterima kasih kepada lelaki itu (diterimaNya amalnya), dan diampuniNya dosanya” Para sahabat bertanya “Ya Rasulullah saw. Dapat pahalakah kami menyayangi haiwan ini?” Jawab rasulullah saw “Menyayangi setiap makhluk hidup(tumbuhan dan haiwan) berpahala (ada pahalanya),” Hadis Sahih Muslim jilid 4 no hadis 2099Dari Abu Hurairah r.a katanya “Rasulullah saw. Bercerita “Pada suatu ketika ada seekor anjing mengelilingi sebuah sumur. Anjing itu hampir mati kehausan. Tiba-tiba dia terlihat oleh seorang wanita pelacur bangsa bani Israil. Maka dibukanya sepatu bootnya, kemudian dicedoknya air dengan sepatunya, lalu diberinya minum anjing yang hampir mati itu . maka Allah swt mengampuni segala dosa wanita itu (dengan asbab amalnya beri minum anjing itu)


Jadi, kalau seseorang itu banyak beribadah tetapi akhlaknya masih jahat, maka berertilah ibadahnya tidak berbuah. Ini juga menunjukkan bahawa walaupun dia banyak beribadah, tetapi ibadahnya tidak diterima oleh Allah S.W.T. Dan sebab itulah, walaupun dia banyak beribadah, dia tetap menjadi penghuni neraka kerana ibadah-ibadahnya tidak ada nilai kebaikan di sisi Allah S.W.T. Ibadah yang tidak menghasilkan buah ini samalah seperti orang menanam pokok tetapi tidak berbuah. Banyak saja pokok-pokok yang ditanam tetapi pokok-pokoknya tidak berbuah. Begitu juga, kalau seseorang itu beribadah tetapi tidak juga lahir akhlak yang baik, maka ibadahnya tidak berbuah. Dia tetap menjadi penghuni neraka.

Berdasarkan hadith ini, kita sepatutnya ada sebab untuk berasa bimbang dengan diri kita kerana adakah kita sudah beribadah sepertimana perempuan yang diceritakan di dalam hadith itu iaitu kuat berpuasa, kuat tahajjud, banyak baca Al-Quran, banyak wirid, zikir dan sebagainya. Sudahlah ibadah kita tidak banyak, akhlak kita pun tidak baik. Sedangkan perempuan yang banyak ibadah itu pun, kerana akhlaknya cacat sedikit sahaja dia telah menjadi penghuni neraka, betapalah dengan kita ini. Maka tentulah kita berada dalam keadaan, yang lebih teruk dari wanita itu. Sebab itulah, maka hendaklah kita banyakkan ibadah dengan tujuan mendapatkan akhlak yang baik. Janganlah kita hendak banyakkan ibadah sahaja tetapi tidak menginginkan akhlak yang baik. Jadi kita membanyakkan ibadah itu adalah dengan tujuan supaya kita dapat menghalusi budi pekerti kita agar kita dapat memiliki akhlak yang baik dengan sebanyak-banyaknya.

Rasulullah SAW bersabda,
"Sesungguhnya Allah S.W.T. telah membersihkan agama ini (iaitu agama Islam) untuk diriNya (iaitu Allah). Agama itu tidak akan menjadi baik melainkan kalau ada pada kita sifat pemurah dan baik akhlak. Oleh demikian hendaklah kamu hiasi agama kamu itu dengan keduanya (iaitu dengan sifat pemurah dan dengan akhlak yang baik).”
Hadith yang kedua membawa maksud berikut:


Hadith ini menceritakan kepada kita bahawa setiap orang yang hendak menegakkan agama Islam itu, sama ada yang hendak ditegakkannya itu berbentuk fardhu ain mahupun yang berbentuk fardhu kifayah, yang berbentuk sunat muakkad mahupun yang berbentuk ghairi muakkad tujuannya adalah untuk dihadiahkan kepada Allah S.W.T. Ertinya, keseluruhan agama Islam yang ditegakkan itu walau di bidang mana sekalipun, semuanya adalah untuk dipersembahkan kepada Allah S.W.T. Dan Allah pula tidak akan menerima sesuatu hadiah yang tidak bersih dan yang tidak suci murai. Jadi hadiah yang hendak kita persembahkan kepada Allah itu mestilah yang bersih dan suci murni. Dalam ertikata yang lain, setiap bidang agama Islam yang kita amal dan yang kita buat itu sama ada di bidang fardu dan di bidang sunatnya, ia mestilah suci bersih. Tetapi di dalam hadith ini, kita diingatkan bahawa agama Islam yang kita tegakkan itu sebagai hadiah kita kepada Allah, ia tidak akan suci bersih kalau di dalam diri kita tidak ada dua perkara iaitu sifat pemurah dan akhlak yang baik. Jadi kalau seseorang itu ada memiliki sifat pemurah dan akhlak-akhlak yang baik, maka agama Islam yang didirikan dan dibangunkannya itu adalah suci murni. Dan manakala dia mempersembahkannya kepada Allah S.W.T., maka Allah akan menerimanya.


Daripada sini, fahamlah kita bahawa agama Islam yang hendak kita jadikan hadiah kepada Allah S.W.T. itu, akan menjadi kotor kalau kita memiliki sifat di sebaliknya iaitu sifat bakhil dan akhlak yang jahat. Dengan adanya dua sifat ini di dalam diri kita, agama Islam yang kita dirikan itu akan menjadi suci dan murni. Oleh sebab itu, bagaimana kuat pun kita beribadah iaitu mungkin kita boleh berpuasa dan bertahajjud malam, mungkin baca Al-Quran kita kuat hingga boleh buat 10 juz satu hari, wirid, zikir kita berpuluh-puluh ribu satu hari, doa kita berjela-jela manakala selawat pula ribuan kita baca, semuanya itu masih belum bersih di sisi Allah kalau kita ada sifat bakhil dan kalau akhlak kita masih rosak. Maka dengan sebab itulah kita disuruh menghiasi agama yang kita dirikan itu dengan sifat pemurah dan dengan akhlak yang baik. Apabila kita dapat memiliki sifat pemurah dan akhlak yang baik itu, maka agama yang kita dirikan akan menjadi suci dan bersih dan apabila kita persembahkan agama yang suci bersih itu kepada Allah S.W.T., maka Allah akan menerimanya.

Sehubungan dengan ini, pepatah Arab ada berkata yang maksudnya: Bukanlah yang dikatakan kecantikan pada diri seseorang itu pakaian yang menghiasi diri tetapi yang dikatakan cantik dan indah itu ialah ilmu yang ada padanya dan budi pekerti yang baik. Jadi ilmu yang sah di sisi Allah S.W.T. dan akhlak yang baik yang ada pada diri kita, itulah yang dikatakan hiasan pada diri kita. Itulah kecantikan yang ada pada diri kita dan itulah bunga pada diri kita yang Allah memberikan perhatianNya dan yang juga boleh menarik perhatian orang ramai. Bererti, dengannya, Allah pun suka dan orang ramai pun suka. Sebaliknya, kalau pakaian kita saja yang cantik dan indah tetapi akhlak kita tidak baik, tidak ada siapa yang suka. Tetapi walaupun buruk mana pakaian kita, kalau akhlak kita baik, orang tetap akan suka. Bukan saja orang suka, tetapi Allah juga akan suka dan cinta. Sebab itulah akhlak itu dikatakan bunga diri yang mana bunga itu adalah menjadi hiasan di tengah majlis, kerana sudah menjadi fitrah semula jadi manusia, sukakan bunga. Semua orang gemar melihatnya dan berasa tenang bila ada bunga di atas meja. Lebih-lebih lagilah sukanya orang ramai kalau bunga itu berbau harum. Ia adalah merupakan daya tarikan atau besi berani dalam diri seseorang hingga menyebabkan orang tertarik padanya. Sebab itu, kalau daya tarikan sudah tidak ada dalam diri seseorang kerana dia tidak memiliki akhlak yang baik, apa saja yang dianjurkannya, orang ramai tidak akan tertarik dan tidak akan menyertainya. Oleh yang demikianlah, kita disuruh menghiasi diri kita atau agama yang kita bina itu dengan sifat pemurah dan dengan akhlak yang baik. Dan apabila kita telah hiaskan agama kita, maka ia akan menjadi suci bersih yang mana apabila kita persembahkannya kepada Allah, lantas Allah akan menerimanya.

Di sini ingin kita bahaskan sedikit tentang sifat pemurah yang disebutkan di dalam hadith tadi. Mengapakah di dalam hadith itu sifat pemurah ini dikhususkan sedangkan ia di dalam lingkungan akhlak yang baik, sifat pemurah itu sendiri adalah termasuk di antaranya. Misalnya, pemaaf, merendah diri, tidak sombong dan sebagainya adalah beberapa contoh akhlak yang baik. Manakala di antaranya juga adalah sifat pemurah. Tetapi mengapakah sifat pemurah dikhususkan di dalam hadith tadi iaitu sebagai salah satu daripada dua perkara yang boleh mensucikan agama yang kita dirikan. Sedangkan kalau disebut saja akhlak yang baik, pemurah sudah terangkuman di dalamnya. Ini adalah kerana, di antara akhlak-akhlak yang baik, sifat pemurah adalah yang paling menonjol. Kalau seseorang itu ada memiliki sifat pemurah, sifat ini amat menonjol dalam dirinya hingga sifat itu boleh menarik perhatian orang ramai yang menyebabkan orang ramai kasih sayang kepadanya. Dari sifat pemurah di dalam diri seseorang, ia boleh menimbulkan perpaduan dan menghilangkan perasaan hasad dengki di kalangan fakir miskin. Mereka akan berasa senang hati kalau adanya orang yang bersifat pemurah. Bererti sifat pemurah ini boleh membantu dalam melahirkan kedamaian dan keamanan di dalam masyarakat. Jadi kita dapati sifat ini cepat memberi kesan kepada jiwa orang ramai. Sebab itulah di dalam hadith ini, sifat pemurah ini dikhususkan sebutannya sedangkan ia adalah sudah termasuk di dalam lafaz husnul khulk atau akhlak yang baik. Dan dengan demikian juga, kalau kita rasa amat payah melahirkan akhlak-akhlak baik yang lain, cubalah kita usahakan sifat pemurah ini.

Bila kita ada sifat pemurah, Allah suka kepada kita dan orang ramai pun suka kepada kita. Dan ia pula boleh menghindarkan timbulnya hasad dengki di kalangan orang miskin kerana apabila orang- orang kaya sudah bersifat pemurah, maka orang-orang fakir miskin akan tertarik kepadanya. Kerana timbulnya hasad dengki di kalangan fakir miskin ialah orang-orang senang tidak pemurah. Sudahlah tidak pemurah, mereka bersifat tamak pula. Maka timbullah usaha hendak menganiaya dan hendak memusnahkan orang lain hingga timbullah kekacauan di tengah masyarakat. Kalau masyarakat sudah kacau-bilau dan huru-hara, bukan seorang saja yang susah, malah semua orang akan susah termasuklah orang yang baik pun turut susah sama. Dan sebab itulah sifat pemurah ini amat menonjol sekali di antara bentuk-bentuk akhlak yang baik.

Selain daripada itu, seorang yang memiliki sifat pemurah, secara automatik dia memiliki sifat syukur kepada Allah. Ini adalah kerana orang yang bersyukur kepada Allah itu menggunakan hartanya untuk Allah. Dan apabila seseorang itu membuat kebaikan dengan melahirkan sifat pemurah, maka tandanya orang itu bersyukur kepada Allah, disebabkan dia membelanjakan harta dan kesenangannya di jalan Allah. Kerana apabila pemurah saja seseorang itu, bererti dia juga memiliki sifat syukur kepada Allah S.W.T. Dan sifat bersyukur kepada Allah S.W.T. Dan sifat bersyukur kepada Allah adalah satu sifat yang baik yang mesti ada pada diri setiap orang.

Kemudian hadith yang ketiga memberikan maksud berikut: Ditanya orang kepada Rasulullah, 

“Mana satu orang mikminkah, ya Rasulullah yang iman mereka itu paling utama.” 

Jawab Rasulullah,

“Ialah mereka yang paling baik akhlaknya.”

Hadith ini meriwayatkan kisah seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah. Ertinya, bila sebuah hadith mengisahkan ‘orang’ bertanya kepada Rasulullah, ‘orang’ yang dimaksudkan itu ialah sahabat. Tidak mungkin orang di zaman kita atau orang di zaman tabi’in. Jadi bila kita baca hadith yang mengatakan Rasulullah pernah ditanya orang, maksudnya, yang bertanya itu ialah sahabat. Sahabat adalah orang yang beriman di zaman Rasulullah dan bertemu dengan Rasulullah. Manakala tabi’in ialah orang yang beriman yang bertemu dengan sahabat. Dan tabi’it tabi’in ialah orang yang beriman yang bertemu dengan orang yang bertemu dengan sahabat. Jadi, kita dapatlah memahami apa dia sahabat, tabi’in dan tabi’it tabi’in. Kita ini sudah tidak dapat hendak dihitung berapa kali tabi’it-tabi’it tabi’innya. Kita ini sudah di luar kira yang mana kalaulah kita dapat beijumpa dengan Rasulullah di dalam mimpi sahaja pun sudah memadai. Itu pun entah-entah kerana maklumlah, orang-orang seperti kita ini, jiwanya terlalu kotor. Tak mungkin dapat bermimpi Rasulullah walau sekali dalam seumur hidup. Jangan kan mimpikan Rasulullah, mungkin hendak mimpikan hidung Rasulullah pun atau mata Rasulullah pun, itu pun jauh sekali. Tidak pernah dapat kita alami.

Berhubung dengan hadith ini, kita diriwayatkan Rasulullah ditanya orang. Dan orang itu sudah maklum adalah sahabat. Sahabat itu bertanya kepada Rasulullah tentang manakah orang mukmin yang paling utama imannya. Rasulullah menyatakan bahawa itulah orang yang paling baik akhlaknya. Jadi daripada hadith ini dapatlah kita fahamkan bahawa siapa-siapa daripada orang mukmin yang paling baik akhlaknya, maka itulah orang mukmin yang paling utama imannya. Walaupun seseorang itu membuat amal ibadah yang fardhu-fardhu sahaja tetapi oleh kerana akhlaknya paling baik, maka dia memiliki iman yang paling baik. Di sini kita dapati yang walaupun seseorang itu hanya dapat membuat amal ibadah yang fardhu-fardhunya sahaja tetapi dia dapat memiliki akhlak yang baik hingga imannya menjadi yang paling utama.

Ini menunjukkan bahawa ibadahnya itu telah berbuah kerana akhlak yang baik itu adalah buah daripada ibadah. Walaupun dia hanya membuat ibadah yang fardhu sahaja tetapi ia menghasilkan buah. Samalah seperti orang yang menanam dua tiga batang pokok buah-buahan tetapi setiap musim ia berbuah. Tentulah lebih baik daripada orang yang membuat estet rambutan tetapi tidak berbuah. Walaupun dia mempunyai 1,000 ekar pokok rambutan, namun kalau pokok itu tidak berbuah, maka tidaklah memberi apa-apa faedah kepadanya. Biarlah orang yang hanya mempunyai sebatang atau dua batang pokok sahaja tetapi setiap musim, iaberbuah. Jadi, walaupun dia itu hanya memuat ibadah-ibadah yang fardhu sahaja tetapi oleh kerana ibadahnya itu berbuah hingga dapat ia memiliki akhlak yang paling baik, maka itu adalah lebih baik kalau dibandingkan dengan orang yang banyak membuat ibadah sama ada yang fardhu mahupun yang sunat tetapi ibadahnya tidak berbuah atau kalau pun berbuah hanya satu dua akhlak yang baik saja dimilikinya. Maka orang yang paling baik akhlaknya itulah orang yang paling sempurna imannya.

Dalam soal ini kita dapati yang manusia ini ada mempunyai dua bentuk ibadah kepada Allah S.W.T., iaitu ibadah yang berbentuk zahir dan ibadah yang berbentuk batin. Ibadah zahir adalah seperti sembahyang, berpuasa, berwirid, berzikir dan sebagainya. Manakala ibadah batin adalah yang lahir dari jiwa seseorang seperti melahirkan akhlak yang baik dan memiliki sifat pemurah. Di antara dua ibadah ini, ibadah batin lebih utama daripada ibadah zahir tetapi untuk mendapatkan kesempurnaan iman, kedua-dua ibadah itu mesti dilaksanakan. Ertinya, kita tidak boleh melaksanakan yang satu dan meninggalkan yang lain. Cuma dari segi nilaian di sisi Allah S.W.T., ibadah batin adalah lebih utama daripada ibadah zahir. Dan orang yang memiliki akhlak yang baik bererti dia telah memiliki ibadah batin. Sebab itu, orang yang dapat memiliki akhlak yang baik walaupun ibadah zahirnya sederhana sahaja, orang itu dikatakan memiliki iman yang utama. Orang ini pula adalah lebih baik daripada orang lain yang banyak ibadah zahirnya tetapi tidak ada ibadah batin kerana dia tidak memiliki akhlak yang baik.

Dalam hal ini, ada suatu keterangan hadith yang maksudnya: 


“Allah SWT tidak melihat gambaran zahir kamu tetapi Allah melihat hati-hatimu.”

Maksud keterangan hadith ini ialah, sesungguhnya Allah tidak memandang ibadah zahir yang kita lakukan seperti banyaknya sembahyang, puasa dan sebagainya tetapi untuk menilai iman seseorang itu Allah memandang kepada hati-hati manusia. Maksud hati di sini ialah ibadah batin yang dilakukan oleh orang itu. Jadi hadith ini menunjukkan kepada kita bahawa apabila Allah hendak menilai iman seseorang itu Allah tak pandang pada sembahyangnya banyak walaupun disuruh sembahyang banyak Allah juga tidak memandang kepada puasanya walaupun disuruh berpuasa dan Allah juga tidak memandang kepada banyak membaca Al-Qurannya, doanya, wirid, zikirnya dan lain-lain tetapi Allah lebih memandang ibadah yang ke duanya iaitu ibadah hati. Kalau ibadah hati manusia itu rosak, Allah tidak nilai lagi ibadah yang zahir itu. Kalau pun Allah nilai, itu adalah setelah dia niasuk neraka lebih dahulu. Ertinya, Allah tidak akan kecewakan juga ibadahnya itu tetapi setelah dia masuk neraka, barulah dibalas. Inilah tafsir hadith yang disebutkan di atas.

Dalam pada itu, ada orang yang mentafsirkan hadith itu dengan mengatakan bahawa Allah tidak memandang kepada pakaian seseorang itu tetapi Allah memandang pada hatinya. Mereka mentafsirkan maksud zahir itu sebagai pakaian. Jadi, apabila seseorang itu mendedahkan aurat, dia nanti akan berkata, “Allah tidak pandang yang zahir, Allah pandang hati seseorang itu.” Baginya, seolah-olah walaupun dia mendedahkan aurat tetapi hatinya baik dan tentunya Allah lebih menilai hatinya. Tetapi cuba kita fikirkan sejenak, “Apakah orang yang telanjang atau yang hampir telanjang itu baik hatinya?” Masakan baik, kerana kebaikan terletak pada hati dan orang yang bertelanjang atau yang hampir telanjang itu adalah disuruh oleh hatinya bukan hidung atau matanya. Jadi kalau hatinya yang menyuruh dia mendedahkan aurat, apakah hati semacam itu dikatakan hati yang baik? Jadi kalau hatinya menyuruh dia telanjang atau mendedahkan aurat bererti hatinya juga telanjang. Sedangkan iman adalah di dalam hati. Kalaulah hatinya telanjang, bererti imannya juga adalah telanjang sama.

Oleh yang demikian, di antara dua ibadah ini, Allah tidak terus menilai ibadah yang zahir walaupun ia diperintahkan dan tidak boleh kita cuaikan langsung, tetapi Allah menilai lagi ibadah batin, sama ada cacat atau tidak. Kalau ia cacat, maka tidak ada harga lagi ibadah yang pertama tadi tetapi kalau ibadah batinnya baik walaupun ibadah yang pertama itu kurang iaitu dia hanya melaksanakan semua perintah-perintah yang wajib saja, maka itu lebih besar nilainya di sisi Allah. Ini adalah kerana orang yang baik ibadah batinnya adalah memiliki akhlak yang baik. Bererti akhlak yang baik adalah daripada hati yang bersih dan daripada iman yang kuat. Dan orang yang berakhlak baik, boleh memberi kesan yang amat kuat kepada masyarakat iaitu dia boleh melahirkan ukhuwah yang akhirnya boleh membawa kepada perpaduan. Manakala yang membawa kepada kacau-bilau kehidupan di tengah masyarakat adalah berpunca daripada akhlak yang rosak di kalangan anggota masyarakat. Mengumpat, memfitnah, kata-mengata dan sebagainya, semuanya membawa kepada pergeseran di tengah masyarakat. Kerana itu masyarakat boleh berpecah-belah.

Jadi, akhlak yang baik sahaja yang boleh mencetuskan perpaduan dan apabila masyarakat telah berpadu, maka mudahlah masyarakat berhadapan dengan musuh-musuhnya. Dan apabila masyarakat Islam itu dapat berpadu, maka dapat jugalah masyarakat Islam itu melahirkan tamadunnya sendiri serta dapat pula membangunkan kemajuannya sendiri tanpa lagi bersandar dengan kemajuan yang dibangunkan oleh orang kafir. Dengan demikian, umat Islam akan menjadi hebat dan akan ditakuti oleh bangsa-bangsa lain. Ini berlaku di zaman Rasulullah, di zaman sahabat-sahabat serta zaman tabi’in. Orang-orang kafir amat gerun dan gentar terhadap umat Islam.

Betapalah kalau umat Islam itu berjuang terhadap mereka. Tetapi di zaman ini, orang-orang kafir tidak lagi gentar dan gerun kepada umat Islam. Malah mereka lebih mentertawakan umat Islam. Ini adalah kerana umat Islam ini tidak ada kehebatan lagi. Sebabnya umat Islam tidak hebat ialah kerana umat Islam tidak berpadu dan tidak berpadunya umat Islam adalah kerana umat Islam sudah tidak berakhlak. Banyak saja bilangan umat Islam di zaman ini tetapi mereka sudah tidak berpadu lagi. Inilah yang dikatakan oleh Rasulullah di dalam hadithnya yang bermaksud, di akhir zaman nanti umat Islam ini bilangannya sahaja yang banyak tetapi mereka adalah ibarat buih di atas air laut. Maknanya, kekuatan umat Islam ini hanya seperti buih yang mana besarnya saja yang seperti gunung tetapi ranting kayu saja yang jatuh, ia boleh pecah. Dan kalau sebuah kapal lalu melanggarnya, habis berkecai. Ataupun juga, dikatakan banyaknya umat Islam ini di akhir zaman adalah ibarat bumbungan pasir yang tinggi. Timbunan pasirnya besar seperti gunung tetapi apabila turun sahaja hujan, pasir yang banyak itu tadi habis dilarikan air hingga menjadi paras bumi semula.

Hadith ini menunjukkan bahawa Rasulullah dapat mengetahui tentang keadaan umatnya di akhir zaman melalui mukasyafahnya yang mana umatnya itu bilangan mereka sahaja yang ramai tetapi sudah tidak ada perpaduan lagi. Tidak adanya perpaduan di kalangan umatnya adalah kerana mereka sudah tidak berakhlak. Manakala orang yang tidak ada akhlak adalah orang yang cintakan dunia dan orang yang takut mati. Bila cinta dunia ada di hati mulalah manusia itu bersikap bakhil. Tidak adalah pemurah lagi di dalam hatinya. Bakhil itu adalah akhlak yang tidak baik sedangkan pemurah itu adakah akhlak yang baik.

Jadi, apabila umat Islam itu berakhlak maka akan timbullah perpaduan dan apabila timbul perpaduan dengan sendirinya umat Islam itu mempunyai kehebatan. Dengan kehebatan yang ada itu, maka musuh akan berasa takut kepada umat Islam. Ertinya, mereka tidak akan berani hendak mempermain-mainkan umat Islam ini. Dengan sebab itulah akhlak yang baik perlu kita miliki sesungguh-sungguhnya kerana akhlak yang baik ini akan membersihkan agama kita dan akan menjadi bunga serta perhiasan diri kepada diri kita. Dan apabila kita dapat memiliki akhlak yang baik ini, Allah akan mencintai kita dan manusia juga akan suka kepada kita.

Untuk mendapatkan akhlak yang mulia ini, kita mesti jadikan ia sebagai matlamat kita di dalam kita melaksanakan ibadah kita kepada Allah S.W.T. walau di bidang apa sekalipun. Untuk ini juga, hendaklah kita laksanakan ibadah kita dengan tujuan ia akan menghasilkan buah. Biarlah kita hanya melaksanakan ibadah yang fardhu-fardhu sahaja tetapi ibadah kita itu dapat membuahkan akhlak yang baik daripada kita beribadah banyak tetapi ibadah kita tidak berbuah. Namun, yang paling baik ialah ibadah kita banyak, akhlak yang baik pun banyak terhasil darinya. Tetapi kalau kita tidak dapat melaksanakan ibadah yang banyak, jadilah kalau kita dapat membuat ibadah yang sederhana sahaja yang tidak meninggalkan ibadah yang fardhu tetapi ibadah kita itu menghasilkan akhlak yang baik. Jadi sebab itulah, kalau kita beribadah sedangkan ibadah kita tidak membuahkan akhlak yang baik, ia tidak boleh memberi kesan kepada kehidupan masyarakat. Umat Islam ini tidak akan berpadu dan akibatnya umat Islam ini tidak akan kuat dan ia tidak akan dapat membantu melahirkan keselamatan dan keamanan di tengah masyarakat. Hanya akhlak yang baik yang dapat dimiliki oleh seseorang itu sahaja yang dapat membantu melahirkan keamanan dan keselamatan di tengah masyarakat.

Ramai orang yang beribadah takutkan Tuhan tidak ada di dalam hati. Cintakan Tuhan apatah lagi. Seolah-olah ibadah itu tidak ada hubungan dengan Tuhan. Ibadah sekadarkan hendak pahala dan fadhilat atau takut Neraka. Kerana itulah ramai ahli ibadah melanggar syariat. Hidupnya tidak berdisiplin, akhlak mereka  rosak, mazmumah masih bermaharajalela, oleh itu dipandang orang bukan Islam, Islam itu tidak indah. Apatah lagi ahli-ahli ibadah itu bila diuji dengan kesusahan nampak tidak sabarnya. Tawakalnya tidak ada,bakhil,tamak, pemarah terserlah dalam kehidupan mereka. Kadang-kadang didalam perbualan nama tuhan kurang disebut. Yang disebut ibadahnya dan kehidupannya. Syariat pun disebut hanya sekitar ibadah sahaja. Bukan syariat didalam kehidupan yang lebih global dan menyeluruh. Kerana itulah ahli-ahli ibadah orang tidak jatuh hati pada mereka. Ibadah mereka tidak membawa mereka kepada sifat bertaqwa. Golongan ini termasuk orang yang tertipu dengan ibadah mereka.

Ya Allah, Jadikanlah ibadahku padaMu ibarat pohon yang subur dengannya menghasilkan buah yang banyak. Itulah akhlak yang mulia. Ya Allah, terimalah ibadah hambaMu, Ya Allah.

Wallahu'alam.. Jazakallah khairan.

Disalin dari laman facebook
Jumaat, 22 Julai 2011

GPS ke Akhirat

Salam,saya kini berada di Pusat Islam, UPM, baru balik dari SK Lembah Jaya. Sebentar lagi akan berdepan dengan anak-anak di sini seramai 60 orang. Kalau tadi di SKLJ bersama ibu bapa dalam program ceramah keibubapaan "Menuju Puncak Jaya". Kini sebaliknya.

Belum pun ada satu sistem dalam dunia ini, yang mampu menegur manusia yang salah dalam tuturkata dan tingkahlakunya alias seperti GPS yang boleh membetulkan semula kedudukan jalan kita yang tersasar. Oleh itu, betapa sukarnya kita mendidik anak-anak, lantaran itulah, kita disuruh sentiasa meminta pertolongan dengan DZat yang Maha Mulia, lagi GAGAH perkasa. Supaya anak-anak kita dapat dididik sesuai dengan kemauan agama.
Rabu, 20 Julai 2011

Masalah Dalam Hidup Makhluk Bernama Manusia

Salam,terlepas dari percaya atau tidak... hidup ini adalah sebuah medan perjuangan. Banyak masalah yang datang menimpa, adakalanya tidak tertanggung oleh kita yang melihatnya. Namanya "tamu" tak di undang.Itu lah masalah.
Jangankan manusia yang ingin hidup aman merdeka, sang kambing pun turut mengalami rasa kesusahan yang sama.Walhal sang kambing tidaklah akan mengembara jauh, sejauh pengembaraan kita bernama manusia.
Lihatlah masalah, ianya tak ubah seperti pandai dan ombak. Kadang mengbadai perlahan, kekadang menghempas laju, kuat dan hebat. Yah....seperti itulah masalah dalam hidup ini.
Selasa, 19 Julai 2011

Mereka Telah Pergi...

Assalamu alaika Ya Nabiallah..
Salamun Alaika Ya Rasulullah...
Assalamu alaika Ya Habibillah....
Saudaraku seiman, seAgama, seAqidah,berikut adalah maqam-maqam dimana bersemadinya jasad-jasad mulia kekasih Allah. Terlepas dari 100% benarnya, tetapi melihatnya sahaja, cukup menghibakan hati ku.
Betapa tidak, mereka telah hidup puluhan malah ratusan tahun, bekerja menyebar Agama Allah untuk manusia seluruhnya, ranjau duri mereka lalui, tohmahan dan hinaan mereka terima, cercaan tidak membuat mereka putus asa. Berkorban apa sahaja untuk Tuhan. Ya...mereka adalah orang-orang yang mencari Tuhan. Mencari Redha Tuhannya..
Namun Kini.... Oh...dimana mereka semua?? Wahai saudaraku, hidup ini hanya sementara, perjuangan membersihkan diri tidak akan menemui saat tamatnya, sehinggalah datang satu panggilan, yang akan menamatkan segala hidup ini.

Makam Nabi Ibrahim a.s. di Palestin

Tidakkah anda mahu, jika meninggal nanti dapat bersama mereka, di dalam syurga, orang-orang yang mulia dan dicintai Allah Taala. ... Oh...jalan yang mereka lalui telah pun kita ketahui... hanya tinggal kita ikut sahaja.

Makam Nabi Ayyub a.s. di Oman

Makam Nabi Daud a.s. di Palestin

Makam Nabi Hud a.s. di Hadramaut, Yaman. Juga didakwa makam Nabi Hud a.s., bersama makam Nabi Salih a.s. di Najaf.

Makam Nabi Yusuf a.s. di Nablus. Makam Nabi Nuh a.s. Makam Nabi Sulaiman a.s. di Palestin. Makam Nabi Uzair a.s. Makam Nabi Yahya a.s. Makam Nabi Ya'qub a.s. Makam Nabi Yusya' a.s. di Mesir. (Saya dah pergi dah, namun pakar sejarah Mesir tidak mengesahkannya sebagai tepat) Makam Nabi Zulkifli a.s.
Isnin, 18 Julai 2011

Kasih Sayang Tuhan

Nabi s.a.w bersabda: "Apabila Allah hendak membahagiakan seseorang hamba-Nya, Allah Taala menyeru Jibril dengan firman-Nya: "Sesungguhnya Allah kasihkan si anu maka hendaklah engkau mengasihinya"; Jibril pun mengasihinya; kemudian Jibril mengisytiharkan kepada sekalian penduduk langit katanya: Sesungguhnya Allah kasihkan si anu maka hendaklah kamu sekalian mengasihinya; dengan itupenduduk langit pun mengasihinya; setelah itu orang yang tersebut dikasihi dan diberi sambutan di bumi. Dan apabila Allah Taala bencikan seseorang hamba-Nya, Allah memanggil Jibril serta berfirman: "Sesungguhnya Aku bencikan si anu maka hendaklah engkau bencikan dia". Jibril pun membencinya; kemudian Jibril mengisytiharkan kepada sekalian penduduk langit, katanya: "Sesungguhnya Allah bencikan si anu maka hendaklah kamu sekalian membencinya"; dengan itu penduduk langit pun membencinya; setelah itu orang yang tersebut dibenci dan dipulaukan di bumi." ii) Orang yang mempunyai sifat dan amalan yang baik sesungguhnya amat dikasihi oleh Allah S.W.T. Dia juga disayangi oleh sekalian makhluk yang ada di langit dan bumi.iii)Pengisytiharan kasih mahupun benci oleh Allah terhadap seseorang itu adalah sebagai memberi nilai yang sewajarnya agar kesan kebaikan dan kejahatan tersebut dapat dirasai oleh pelakunya di dunia sebelum ia menerima balasan sepenuhnya di hari akhirat.iv)Kita selaku manusia biasa adalah tidak layak untuk menilai tentang buruk baiknya seseorang apalagi menghukum dan membenci manusia yang lain kerana hanya Allah sahaja yang berhak berbuat demikian.
Abu Hurairah r.a Huraian Pengajaran Hadith:i) Umat Islam dilarang melakukan perkara yang buruk dan dibenci agama dan masyarakat tetapi hendaklah sentiasa berbuat kebaikan. Ii) Orang yang mempunyai sifat dan amalan yang baik sesungguhnya amat dikasihi oleh Allah S.W.T. Dia juga disayangi oleh sekalian makhluk yang ada di langit dan bumi.Iii) Pengisytiharan kasih mahupun benci oleh Allah terhadap seseorang itu adalah sebagai memberi nilai yang sewajarnya agar kesan kebaikan dan kejahatan tersebut dapat dirasai oleh pelakunya di dunia sebelum ia menerima balasan sepenuhnya di hari akhirat.iv) Kita selaku manusia biasa adalah tidak layak untuk menilai tentang buruk baiknya seseorang apalagi menghukum dan membenci manusia yang lain kerana hanya Allah sahaja yang berhak berbuat demikian.
Khamis, 14 Julai 2011

Bangkitlah Kamu Dalam Keadaan Terpuji

Alangkah bertuahnya orang yang dapat bangun malam untuk solat tahajud, berdoa dan minta ampun dengan Tuhan atas kesalahannya pada Nisfu Sya'ban. Bukan mudah untuk bangun menyambut kedatangan tamu ini sekali dalam setahun. Seseorang yang telah berniat,kunci jam untuk bangun pun ada juga yang terbabas. Permintaan yang sangat baik, selain murah rezki, hindari bala ialah, mohon ampun segala dosa nan lalu.Sebab, betapa pun hebat seseorang hamba, kaya lagi tersohor, tetapi jika meninggal dunia akan dia,lalu membawa dosa-dosa pulang mengadap tuhannya, alangkah tidak bergunanya. Kerana harta bertimbun,nama yang panjang,gelaran yang masyhur tidak dapat membantu anda jika berada di sana.Lalu permintaan yang terbaik adalah, mohon ampun segala dosa-dosa hambaMu. Banyak ayat dalam Al-Quran berbentuk pujian dari Rabb terhadap hambaNya yang rela bangun dikegelapan malam, untuk bersua dengan kekasihnya. Dalam Surah Al-Sajdah sendiri,Tuhan memuji dengan kataNya "Jauh lambung mereka dari tempat tidurnya,berdoa memohon kepada Tuhan dalam keadaan takut (akan azabNya) dan mengharap (redhaNya). Begitu juga dalam Surah Al-Insan, firman Nya lagi, "Dan dari malam-mala, maka bertahajudlah engkau sebagai amalan ibadah sunat bagi, mudah-mudahan engkau dibangkitkan nanti, dalam keadaan terpuji". Admin
Rabu, 13 Julai 2011

Hargai Masa

Indahnya beribadat jika kita tahu apa yang kita buat. Indah menjadi imam, indahnya menjadi makmun bila kita tahu makna bacaan Al-Quran ketika sholat. Wahai saudaraku, jika ada lagi usia mu yang Tuhan kurniakan, sedang anda sudah pun pencen dari kerja, carilah guru untuk belajar bahasa Arab.

Sayangnya kesibukan saya tak dapat untuk mengajar Bahasa Arab lantaran kesibukan masa. Kalau tidak, saya sendiri boleh mendalami lagi bahasa Syurga tersebut.
Isnin, 11 Julai 2011

Hanya Mereka Yang Takut Akan Tuhannya

Sesungguhnya orang yang mendapat peringatan adalah orang yang TAKUT akan tuhannya dengan perkara yang GHAIB, serta mendirikan solat, barangsiapa yang membersihkan, maka dia memBERSIHkan akan dirinya dan kepada ALLAH tamat segala kesudahan.


And no bearer of burdens will bear the burden of another. And if a heavily laden soul calls [another] to [carry some of] its load, nothing of it will be carried, even if he should be a close relative. You can only warn those who fear their Lord unseen and have established prayer. And whoever purifies himself only purifies himself for [the benefit of] his soul. And to Allah is the [final] destination.


Sabtu, 9 Julai 2011

BERSIH : Apa Kaitannya Dengan Jiwa?

"Qod Aflaha man tazakka, wa qod khoo ba man dassaahaa". Sesungguhnya berjaya lah orang-orang yang membersihkan dirinya, dan rugilah orang yang membiarkan dirinya kotor".

Persoalan BERSIH, ternyata ada disebut dalam Qur'an, apalagi jika diperhatikana ayat ini "Yau ma laa yan fa u maalun wa la banuun, illa man atal laha biqalbin salim, " Hari Akhirat itu adalah hari yang TIADA GUNA lagi segala harta benda dan anak-anak, kecuali orang yang MENGHADAP ALLAH dalam keadaan hatinya SALIM. Yakni Selamat.

Ulamak tafsir menghuraikan didalam kitab Tafsir Jalalain, makna JIWA yang SELAMAT ialah jiwa sudah mendapat keampunan atas dosa-dosanya.

Adapun, BERSIH yang ingin dibawa oleh sekelompok manusia di Malaysia, adalah bertujuan menuntut, pilihanraya yang bersih dan ADIL, dikeranakan mereka telah berdepan dengan beberapa pengalaman selama ini, kononnya wujud ketidakadilan. Sebagai contoh, nama orang yang sudah meninggal, tetapi masih ada dalam daftar, malah boleh datang mengundi, sebuah rumah, didiami oleh puluhan nama-nama, sampai 66 nama. seorang, boleh mengundi 2 lokasi yang berbeza. Inilah contoh-contoh mudah yang masih belum berjaya ditangani.

Artikel ini, tidak ingin menghuraikan panjang persoalan BERSIH yang itu, anda boleh dapatkan maklumat dalam internet yang bersepah wujudnya, boleh mentelaah sendiri. Buat kesimpulan sendiri.

Persoalan bersih, memang menjadi kesukaan manusia yang normal, bersih jiwa, bersih tutur kata dan perbuatan.

Menurut agama, apa yang terlahir diluar adalah merupakan menifestasi apa yang ada didalamnya. Yang diluar adalah tingkah-laku, tutur kata, dan sebagainya, sementara yang didalam adalah hati yang laksana raja.

Said Hawwa didalam kitabnya, "Tazkiyatun Nafs". Secara panjang lebar menghuraikan betapa pentingnya seseorang mukmin mensucikan jiwanya, ini kerana katanya, jiwa (ruh) seseorang manusia yang akan mengembara ke alam barzakh menemui tuhannya. Bukan jasad, bukan tubuh badan. Kerana badan akan hancur dimakan ulat didalam tanah nan sempit.

Ketika seseorang meninggal dibawa ke hadapan untuk disolatkan, seseorang akan berkata, "tolong bawa mayat itu ke depan". yang dipanggil adalah MAYAT, bukan Dato Sri, atau Panglima, Guru Besar dan sebagainya, persoalannya, dimana Dato Sri, Guru Besar dan Panglima tadi? Jika selama ini dia di agung-agungkan, segala tuturnya, menjadi pekeliling yang mesti dipatuhi, akan tetapi hari ini, ketika jasadnya kaku tak bergerak, dimana dia? Dimana DIA??

Inilah hal yang dilupakan sebahagian orang. Yang berfikir hidup ini hanya disini sahaja, apa mahu jadi bila aku mati besok, itu lain cerita. Terserah anda jika mahu berfikir seperti itu, kerana kebebasan berfikir di alam yang luas ini tiada sekatan.
Namun sesekali cuba renung, siapa kita sebenarnya di dunia yang luas ini, cuba lah sesekali berada di tepi pantai, lihatlahlautan yang luas dan maha dalam, bandingkan dengan kekerdilan kita dibanding dengan lautan itu. Sanggupkah anda duduk dalam lautan api nanti, jikalah luasnya lautan api itu sama dengan lautan di depan mata anda?

Lalu berfikirlah lagi, untuk apa anda didatangkan ke dunia ini, dan berapa lama lagi anda harus berada disini, kemudian dari itu, kemana anda akan dibawa?

Segala harta dan anak-anak yang telah anda perolehi didunia ini, semuanya tidak boleh membantu anda lagi saat itu. Hanya amalan anda yang boleh membantu anda.

Ya... Amalan.... amalan yang disertai dengan ilmu. Apabila anda baca Qur'an dalam solat, anda tahu apa maknanya, bererti anda baca dengan ilmu. tetapi jika anda hanya baca Fatihah, tetapi kosong dari makna, maaf, anda dan radio sama sahaja.

Ada manusia yang tidak mempedulikan ini semua, yang penting dia kaya, hidup terhormat, dijulang dan di sanjung.

Terserah dia, itulah nikmat sementara di muka bumi. Padahal yang ada di akhirat itu, jauh jauh jauh lebih hebat, canggih, berkualiti, indah, kekal abadi ia selama-lamanya. Tidak busuk dan berkulat, tidak basi dan berkarat. Tidak pudar dan layu. Untuk siapa? Untuk manusia dan jin yang sanggup BERPERANG dengan kehendak dirinya yang MENYIMPANG dari kehendak Allah Taala.

Ketika tuhan menyuruh hambaNya menutup aurat, dia memakai seluar pendek hingga menampakkan lutut, itu menyimpang namanya, ketika masuk waktu Maghrib, tetapi dia lepak diwarung kopi sampai Isya...itu menyimpang namanya. Ketika tuhan suruh takut padaNya, akur perintahnya, tetapi dia menjadikan dirinya sebagai tuhan.Itu menyimpang namanya.

Ingatlah... kita tidak sudah disini, perjalanan, dan pengembaraan kita masih jauh, ada 2 alam di hadapan kita, pertama alam barzakh dan kedua alam akhirat. apa yang perolehi disini, semuanya bagaikan fatamorgana, pangkat GURU BESAR, Pengetua, Pengarah dan semuanya akan ditinggalkan.Sijil-sijil yang kita dapat semasa konvokesyen, tak satu pun disumbat dalam kubur kita nanti.Ya kan. Apalagi APC, Anugerah itu ini, pangkat itu ini, itu semua tak lebih dari PERHIASAN semata.

Yang dibawa ke alam kubur adalah keSOMBONGan dirimu, yang disusuli dengan ego dan harga diri yang tak seberapa. Yang dibawa adalah JAHIL. Kasihan kalau kita tergolong dalam golongan ini bukan?




Rabu, 29 Jun 2011

Al-Qur'an : GPS Garmin Menuju Akhirat

Sebagaimana pentingnya jalan menuju ke dunia, sekali sesat boleh membawa padah. Dari itu, sepanjang jalan kita perlu kepada panduan. Maka lahirnya sime board, sebagai penunjuk jalan. Lebih besar bandar, lebih semraut jalannya. Walaupun adanya, penunjuk jalan, manusia boleh terlepas, tersalah faham dan tersesat jua.

Kemudian hari ini, zaman teknologi CANGGIH, lahir pula GPS Garmin. Macam-macam nama, macam-macam bentuk, model dan untuk kegunaan kenderaan jenis apa. Semua manusia yang "gila" barang teknologi ini, mencarinya, dan membelinya.

Untuk apa? Ya, untuk apa lagi kalau bukan untuk memudahkan kerja-kerja seharian. Adanya GPS boleh mengelak kerugian masa dijalanan yang tak perlu kita lalu. Sangat menjimatkan kan.

Sebagaimana pentingnya jalan menuju ke dunia ini, maka sebenarnya lebih penting jalan menuju akhirat.

Kalau dunia, sekali tersesat, boleh patah balik kan. Kalau akhirat boleh gitu jugak ke?

Tuhan bercerita, ketika sampai di padang mahsyar (tempat berhimpun). Ada segolongan manusia berkata, "Rabbana absor na wa sami'na, farji'na, na'mal soolihan, inna muu qinun".

Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami sudah lihat, (teriak tangisnya manusia dalam neraka), dan kami telah dengar ( suka hilainya manusia di syurga), maka tolonglah kami, kembali kan kami semula ke dunia Ya Allah, sesungguhnya kami telah yaqin. (dengan janji Mu sebelum ini, akan adanya syurga dan neraka.

Namun, segalanya tiada guna lagi.Sesalan di sana tak membawa apa-apa perubahan pada takdir Tuhan.

Kalau garmin membantu manusia di dunia nan sempit ini, apakah yang bisa membantu kita di tempat nan luas nanti bu? Kalau garmin boleh membantu kita buat keputusan ke kiri atau kanan. Maka apakah yang boleh bantu kita buat keputusan, baik atau buruk?

Apakah anda mengandalkan kepada otak semata? Oh tidak.Otak tak mampu memikirkan hal yang rumit dan sulit. Anda tau berapa ringgit wang yang ada dalam kocek seluar kawan anda disebelah tu?

Ternyata otak kita tidak mampu memberikan jawapan. Kerana itu, maka Allah Taala menghantar nabi demi nabi, bukan seratus atau seribu, bahkan 124,000 orang Nabi-nabi dan Rasul-rasul.

Untuk apa tuan-tuan? Tak cukup dengan Nabi, ada lagi wahyu yang diturunkan pada mereka, ada hadis Qudsi, hadis Nabi, dan adanya Al-Kitab. Turunnya Taurat, Injil Zabur dan Al-Qur'an. Itulah GPS, itu lah garmin, untuk manusia seluruhnya.

Sangat-sangat rugi disana nanti tuan-tuan, orang yang menolak Al-Qur'an, lalu mengambil yang lain sebagai GPS hidupnya. Menolak Al-Qur'an bukan maknanya tolak "tubuh" Qur'an itu, tetapi menolak hukumnya, tidak menggunakan pakai hukum-hukum yang terkandung dalam Al-Qur'an.

Lebih istimewa, kepada Nabi Muhammad, Allah Taala membawanya, tubuh dan jasadnya bersama ruh naik ke langit, dalam perjalanan Israj dan Mikraj. Pada zaman yang belum ada pesawat dan jet, belum wujudnya belon udara dan kapal angkasa, Jasad Muhammad dibawa sampai ke langit ke tujuh, untuk menyaksikan segala PLAN dan perancangan TUhan yang Maha Esa.

Bermula hidup, lalu akhirnya mati, kemudia hidup lagi di alam kubur, dan kekal abadi di alam akhirat. Terhidang nikmat tak terkata, namanya SYURGA, terhidang SEKSA yang tak mampu di tanggung manusia. Namun mereka ingin mencubanya juga.

Nabi melihat bagaimana dosanya dan bagaimana seksanya manusia yang berbuat onar. Semuanya complete. Lalu cerita ini dibawa turun ke bumi, untuk panduan manusia yang didalam jiwanya, ada perasaan "Khauf" takut pada tuhannya.

Mungkin, kalau kita yang naik ke langit, kita fikir pasti ramai orang yang akan percaya dengan cerita ini. Namun sayangnya, tak semua manusia menerima cerita ini. BUkan sahaja di anggap mengarut, bahkan Muhammad di tuduh sudah GILA.

Begitulah kisahnya, maka begitu pula kesudahannnya. Mungkin ada manusia berfikir, ALLAH Taala sengaja buat neraka, seolah-olahnya Tuhan sudah bercadang, nak sumbat manusia ke dalamnya. Allah Taala tidak bermaksud begitu sebenarnya, kita diberikan akal untuk berfikir, sejauh mana akal boleh guna, ikutlah, namun ada masanya akal "hang", tak mampu memberi jawapan, kerna itu, Al-Quran itu wujud dan dijaga zaman-berzaman.

Manusia, dalam dirinya ada NAFSU, diluar dirinya ada SYAITAN. Dalam dirinya juga, ada naluri ketuhanan, naluri yang ingin berTUHAN.Sungguh cacat NALURI orang yang tak gemar bertuhan. Lalu carilah tuhan, sebagaimana IBRAHIM a.s mencari Tuhannya.

Sungguh kasihan, orang-orang yang tidak beragama dan tiada agama, pernah saya ke sebuah sekolah dalam siri ceramah, awak apa agama? Tanya saya. Yang lain tolong jawab, dia tiada agama cikgu. Aik....masak kamu tiada agama. Kalau begitu, siapa yang menjadikan kamu?



Ahad, 26 Jun 2011

Kisah Matinya Seekor Burung

jutaan orang di Amerika dan Eropa meneteskan air matanya setelah menyaksikan foto-foto ini :

Seekor burung betina terkapar di pelataran dengan kondisi tubuh yang parah.

..

Pasangan jantannya membawakan makanan kepada sang betina dengan kasih sayang dan haru.

Ketika sang jantan sedang memberi makan kepadanya, tak lama kemudian sang betina mati terkulai. Sang jantan sangat terpukul dan berusaha mengangkatnya.

Sang burung jantan akhirnya menyadari bahwa pasangan yang dicintainya telah mati. Ia kemudian “menangis” di hadapan pujaannya yang telah terkapar mati kaku.

Sambil berdiri di samping tubuh sang burung betina, sang jantan kemudian “berteriak” dengan suara yang sangat menyedihkan.

Akhirnya sang burung jantan menyadari bahwa pasangan yang dicintainya telah meninggalkannya dan tak akan bisa hidup kembali bersamanya. Ia berdiri disamping tubuh sang betina dengan sedih dan duka yang mendalam.

Pasangan burung ini dikabarkan diambil fotonya di suatu wilayah di negara Republik Ukraina, saat burung jantan tersebut sedang berusaha menyelamatkan pasangan betinanya

http://apexsajo.wordpress.com/category/uncategorized/

Rabu, 25 Mei 2011

Bila Pendidikan Jasmani di ajar, Pendidikan Rohani diminimkan

Salam sejahtera, dan Assalamualaikum buat saudara ku seagama. Waktu saya sekolah rendah dulu pernah juga dengar pelajar bergaduh, pakai rantai motor , besi, spoket, buku 5 dan sebagainya, namun tak pula dengar wanita bergaduh seperti dalam video ini. Klik. Apa sebabnya, ha..ini saya sebagai seorang guru, sebagai Muslim, nak dedahkan sedikit apa ke hal nya ini terjadi.

Manusia, adalah makhluk yang dicipta oleh Allah Taala, mempunyai pelbagai sifat yang cukup dinamik, boleh berubah, ada sifat baik dan buruk, negatif dan positif. Satu ayat yang menggambarkan sifat manusia ialah " Wakaanal Insaanu 'Ajula" dan adalah manusia itu bersifat gelojoh.

Tuhan juga berfirman, "Wa hadainahun Najdain" dan Kami hidayahkan kepada manusia 2 jalan. Yakni jalan baik dan jalan tak baik. Yang baik akan menuju kebaikan, membawa infak yang baik, dari dunia sampai akhirat. Manakala yang buruk pun begitu, perbuatan buruk, inpak buruk, berdosa, di kenakan azab di kubur, dan akhirat mendapat siksaan.

Supaya, manusia ini tidak terjerumus ke lembah yang membawa penderitaan pada dirinya, pendidikan rohani dan jasmani perlu di seimbang. Pendidikan jasmani untuk kesihatan tubuh badannya, sementara pendidikan rohani, adalah untuk kebaikan ruhnya, akhiratnya.

Pendidikan rohani ini yang membaiki akhlaknya, menjadi lembut dan takut. Kalau ilmu agama, kita belajar ilmu tasauf. Namun dalam arus pendidikan perdana hari ini, berapa persen ilmu tasauf ini dimuatkan dalam materi mata pelajaran? Bilahkah ilmu akhlak nan luhur persis tasauf akan diajar di sekolah rendah, atau mau tunggu mereka ke sekolah menengah?

Kalau lah mahu tunggu ke sekolah menengah, ha....tengok itulah yang terjadi seperti dalam video di atas.(sudah didelete dari lokasi asal) Tapi gambar dibawah ini boleh menjelaskan akhlak pelajar hari ini...kenapa ya?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...