Welcome
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Etiam pharetra, tellus sit amet congue vulputate, nisi erat iaculis nibh, vitae feugiat sapien ante eget mauris.
Follow us




Latest projects
Ask a question
Link Blog
Senarai Blog Saya
Senarai Blog
Sample text
Blogger
Blogs
Labels
- Desaria
- Famili
- Iklan
- Ilahut
- Internship
- Koleksi Terbaik
- Lagu
- Pendidikan
- Penulisan Saya
- Pesan-pesanan
- Ramadan
- Remaja
- Renungan
- Tazkirah
- Tazkirah Ramadhan
- agama
- berita pilihan
- bimbingan dan kaunseling
- buletin
- ceramah
- ceramahku
- dadah
- fakta
- kaunseling
- kematian
- lawatan
- motivasi
- musibah
- perjalananku
- perjalananku di Aceh
- sahabat
- skb
- spada
- sufi
- taman desaria nilai
- tips
- umum
Alamak
Sami Yusuf
Link Cikgu
Makam-Makam Nabi
Blogger news
Diri Admin
Noorhisham Hamzah
Emel afraima@yahoo.com
FB facebook.com/skbangi
Blogger templates
Anda yang Datang
Link
Halaman
Dikuasakan oleh Blogger.
Ads 468x60px
About Me
Teman
Cari Blog Ini
fb komen
Featured Posts
Memaparkan catatan dengan label skb. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label skb. Papar semua catatan
Isnin, 24 Oktober 2011
Laporan L4 dan Ladap
Salam untuk sekian umat 1 Malaysia. Bagi guru-guru yang ingin menghantar laporan tahunan [L4], sila ke www.ekaunseling.net, muat turun manual [cara-cara penghantaran] kemudian muat turun borang L4 terkini, sesudah di isi hantar semula menerusi laman web www.ekaunseling.net.
Untuk semakan, anda pun tidak perlu ke mana-mana, hanya mencari perkataan semakan data dalam web [pun] ada di web ekaunseling.net. Segalanya ada disana.Insya Allah.Cuma persoalan anda tidak dapat diajukan ke laman web itu, sila ke facebook kami di http://facebook.com/teknikall4. Anda juga boleh bertanya secara langsung dengan saya menerusi http://facebook.com/skbangi.
LADAP.
Saya difahamkan web untuk guru-guru hantar laporan LADAP [bagi negeri Selangor] sedang di tutup buat masa ini. Tuan-tuan dan puan-puan tidak perlu mengisinya [buat masa ini].Nantikan penjelasan lanjut di sini.
Untuk semakan, anda pun tidak perlu ke mana-mana, hanya mencari perkataan semakan data dalam web [pun] ada di web ekaunseling.net. Segalanya ada disana.Insya Allah.Cuma persoalan anda tidak dapat diajukan ke laman web itu, sila ke facebook kami di http://facebook.com/teknikall4. Anda juga boleh bertanya secara langsung dengan saya menerusi http://facebook.com/skbangi.
LADAP.
Saya difahamkan web untuk guru-guru hantar laporan LADAP [bagi negeri Selangor] sedang di tutup buat masa ini. Tuan-tuan dan puan-puan tidak perlu mengisinya [buat masa ini].Nantikan penjelasan lanjut di sini.
Ahad, 23 Oktober 2011
Entah Kenapa
Sabtu, 15 Oktober 2011
Antara Ramuan Kejayaan Murid Dalam UPSR : Satu Kajian
Selama beberapa tahun, saya mencari identiti khusus, ciri-ciri kejayaan pelajar di dalam peperiksaan UPSR. Apakah sebab,ramuan dan rempah ratus yang membawa mereka ke mercu kejayaan.
Kajian ini perlu, untuk dipersembahkan kepada generasi selepasnya, agar ada yang ingin mengambil pelajaran atau sebagai satu bahan renungan.Mana tahu, selepas baca, buat kesimpulan dan renung-renung sahaja.
Ahad, 2 Oktober 2011
Jawantankuasa BnK 2011
Isnin, 15 Ogos 2011
Apa nak jawab
Seorang perempuan bekas murid sekolah saya berkata :
Dia : Cikgu, boleh tak saya nak masuk balik ke sekolah rendah?
Saya : Hmmm....boleh2....kenapa?
Dia : Bosan la sekolah menengah....
Saya : Boleh, nanti masuk darjah 3 balik tau..
Dia : Cikgu, boleh tak saya nak masuk balik ke sekolah rendah?
Saya : Hmmm....boleh2....kenapa?
Dia : Bosan la sekolah menengah....
Saya : Boleh, nanti masuk darjah 3 balik tau..
Khamis, 7 Julai 2011
Tak Perlu Kata Apa-apa
........more....................
Tak perlu kata apa-apa... senyuman yang lahir tulus ikhlas.
Sabtu, 28 Mei 2011
Musim Perkhemahan Datang Lagi
Perkhemahan mengajar banyak perkara, kalau bersendirian, mudah saja nak pergi ke tandas bila-bila masa, tetapi kalau masa perkhemahan, kita kena ubah jadual, tak boleh dah nak asyik tangguh-tangguh, sebab ramai orang yang nak guna tandas. Aspek Pengurusan Masa didalam masyarakat ramai berbeza dengan pengurusan masa ketika bersendirian.
Selama ini, cuci pinggan pun tak tahu, tengok tu, masih berminyak lagi, tu lah, kat rumah malas tolong mak, kan kantoi, bila nak cuci pinggan, kita disuruh beratur, tunggu giliran, ini mendidik sifat sabar, bertolak ansur, bertoleransi, berterima kasih dan sebagainya.
So, perkhemahan ini banyak faedahnya, apalagi bila waktu malam, ustaz menyampaikan tazkirah dan belajar membaca Al-Quran, membetul bacaan surah Fatihah, padahal, diluar sana, ramai lagi orang-orang dewasa yang tunggang-langgang baca Fatihah. Nasib baik kamu terpilih menganggotai perkhemahan kali ini.
Syabas kepada murid Sekolah Kebangsaan Bangi.
Mesyuarat JK PIBG SK Bangi kali ke2
29 Mei 2011.BANGI.Jawatankuasa PIBG sekolah hari ini bermesyuarat bagi kali kedua setelah minggu sebelumnya mesyuarat ini ditangguhkan atas sebab kematian seorang ahli keluarga dari JK.
Antara hal yang dibincang adalah berhubung Baju Sukan sekolah yang tidak menepati kaedah warna yang sebenar. Hal ini juga di emelkan oleh salah seorang bapa ke afraima@yahoo.com. Antara lain, mesin rezo sekolah sudahpun habis masa perkhidmatannya dan perlu diganti dengan yang baru.
Sudah pelbagai cara digunakan untuk menyelamat mesin yang besar keperluannya ini, namun semuanya sia-sia. Ia tetap saja mogok dan tidak dapat berfungsi sebagaimana sepatutnya.
Rabu, 25 Mei 2011
Selamat bertugas di tempat baru
Salam perpisahan dari warga SK Bangi, buat Puan Hajjah Rabitah binti Jalaluddin, atas perpisahan ini. Beliau yang akan meneruskan perjuangan hidupnya di SK Dato' Abu Bakar Baginda pada 01 Jun 2011.
Begitu cepat masa berlalu, dan baru hanya setahun rasanya bersama, panggilan sudah datang. Apa boleh buat.
Saya tahu, banyak impian dan imaginasi Puan Rabitah yang belum menjadi kenyataan. Hanya terlukis dalam minda dan belum sempat di paparkan dalam sebuah lukisan hidup, untuk menunjukan pada anak watan, anak bangsa, bahawa "saya dulunya pun dari sekolah ini... lihatlah sekarang sudah boleh berjaya dalam hidup" walaupun meniti titian hidup yang serba mehnahnya. Akhirnya saya boleh dilihat, akhirnya saya boleh dijadikan antara ribuan contoh, bahawa anak kampung, bukan tak boleh berjaya.
Hanya yang perlu ada adalah KEMAHUAN yang kuat, yang datangnya dari dalam sanubari sendiri, yang ingin melihat diri berada di tangga kejayaan. Kerana itu, bila adanya keinginan tersebut, datangnya tangga untuk naik.
Saya, dengan ini turut berpesan pada Puan Rabitah, agar dapat membina Imaginasi baru ditempat baru, semoga semangat Cikgu membuak-buak, seperti datang ke SK Bangi dahulu. Berjalanlah di atas syariat ISLAM, SYARIAT Islam mesti di junjung, bermesyuaratlah dalam apa-apa urusan, ini pesanan Nabi Agung kita.."bermesyuaratlah kamu, nescaya kamu tidak akan menyesal".
Hidup penuh puja dan puji, juga tak hilang dengki dan amarah, lalui ia, hadapi ia dengan bergantung dengan TALI ALLAH. Doa jangan di lekang setiap kali masuk pejabat, semoga dihindari hal yang tidak di ingini. TUJUAN besar kita adalah mendidik jiwa-jiwa manusia yang kini kian haus dan gersang, dari siraman dari WAHYU ILAHI.
Perbanyakkan, dan sokonglah setiap acara, program yang bernuansa ISLAMI, yang mengarah kepada AGAMA, semoga menjadi amalan sepanjang zaman hidup didunia hingga membawa ke liang lahad. Kerana baginda pernah bersabda, 3 amalan yang bisa menolong kamu di dalam kubur, pertama, ilmu yang di sampaikan kemudian di amal, kedua, harta yang ditinggalkan sebagai sedekah jariah dan ketiga, anak yang soleh dan solehah, yang mendokan orang tuanya.
Akhirnya... hidup tak lepas dari salah dan silap, jika ada salah dan silap kami warga SK Bangi, juga bagi pihak anak-anak yang tak mengerti apa-apa ini, kami mohon maaf yang sebesar-besarnya. Semoga kita bertemu lagi di sana nanti.
Isnin, 18 April 2011
Kanak-kanak Ribena
Ahad, 17 April 2011
Baju Sukan Berlengan Panjang
Tahniah kepada ibubapa yang telah menyarankan agar pihak sekolah menggunakan baju berlengan panjang bagi anak perempuan.


Hal ini selain, dapat melindungi tubuh sang anak, ianya juga menepati kehendak Islam itu sendiri. Saranan ini telah dibawa ke dalam mesyuarat PIBG baru-baru, kemudian disokong oleh YDP PIBG, barulah kemudian pihak sekolah bersetuju untuk meminda.
Cuma jarak masa diambil sedikit, kerana perlu menanda kembali siapa yang mahu dan penambahan wang. Beberapa hari yang lalu, baju ini telah di agihkan.Terima kasih atas saranan ibu bapa, pandangan anda sangat berharga buat sekolah.Rajin-rajinlah datang ke mesyuarat PIBG.
Saya sedang menyiapkan banner pendaftaran baru pra sekolah tahun 2012, walaupun belum rasmi lagi, saya nak masukkan di sini, nak minta pandangan anda, sudah OK ke belum.
Isnin, 4 April 2011
Kem Kepimpinan Pengawas di USIM
Cikguuu...buat lah lagi, kami suuka sangat-sangat, bayar RM20.00 pun tak pe.





Hayun-hayun





Bergambar kenangan beramai-ramai setelah tiba ke penghujung rancangan, ek rancangan pulak, penghujung progam la
Hayun-hayun
Jutaan Terima Kasih kepada semua team kakak Fasi :
1. Rahmansyahputra b. Afrizal
2. Najah bt. Nawawi
3. Hamizah bt. Sabeli
4. Mohd Faiz b. Wahab
5. Mohd Othman b. Sapiin
6. Afriza b. Abdullah
7. Nurul Ain bt. Adnan
8. Nurul Nadia bt. Mohd Zaid
9. Nuur Ul Hanis bt. Mobin
10. Nurulezani bt. Hallim
11. Ummu Haani bt. Mohd Isa
12. Sharifah Balqis bt. Syed Idrus
13. Nurul Shuhada bt. Amir Hashim
14. Noorul Hafizah bt. Kamaruzaman
15. Mohd Khairulazam bt. Mohd Hamdan
16. Nurul Atika bt. Zainal Abidin
17. Rabiatul Adawiyah bt. Abd. Ghani
18. Dhamirah Nursakinah bt. Mohd Safir
19. Aminah Zahirah bt. Abu Bakar
20. Azhani bt. Azimin
Selasa, 18 Januari 2011
Foto-foto Sekitar PMD 2011
Cikgu-cikgu kalau boleh dokumentasi, cantik jugak guna program ini untuk balut gambar, jadikan semacam frame. Boleh tukar-tukar warna. Selama ini main print je... tak tahu nak edit-edit. Kepada yang belum memiliki program ini boleh memuat turunnya dari internet dengan menaip pada carian google Free Download Potoscape..
Isnin, 17 Januari 2011
PRS SK BANGI, KAJANG SELANGOR
Sekian lama penantian hari ini berakhir, penantian untuk bergambar bersama anak murid dengan memakai baju vest PRS. Sungguhpun kelab ini sudah wujud sekian tahun, tahun inilah tahun yang mana mereka baru boleh menyarung vest kesayangan ini.
Rabu, 8 Disember 2010
Modul PMD 2011
Salam buat rakan kaunselor"adalah menjadi kebiasaan" saya akan menyusun modul baru setiap tahun untuk PMD. Ada bertanya, apa tu PMD, PMD adalah singkatan dari "Program Maju Diri". Dan baru juga saya tahu, tidak semua negeri melaksanakan modul PMD ini. Contohnya Johor..kata salah seorang kawan. Insya Allah, jika sempat siap lebih awal, saya mahu berkongsi dengan rakan-rakan yang mahu.
Modul ini akan digunakan selama 5 hari, bermakna satu hari ada 4 modul yang akan diajarkan kepada murid. Penyusunan modul ini mengikut keperluan semasa. Contohnya, antara yang masih menjadi masalah ialah, murid-murid sekolah ini masih gagal menyanyikan lagu Negaraku dan Lagu Negeri Selangor mengikut rentak dan senikata yang betul.
Masih ramai yang belum faham, apa itu bertakhta... mungkin mereka faham ber tata...masih ramai yang bernyanyi 2 lagu Negeri Selangor dengan 2 rentak yang berbeza. Terutama apabila menyebut... Duuuuu liiiii yang Maha Mulia.... ada yang sebut Duli Yaaaaanngggggg Maha Mulia... Rentak berbeza.
Modul ini akan digunakan selama 5 hari, bermakna satu hari ada 4 modul yang akan diajarkan kepada murid. Penyusunan modul ini mengikut keperluan semasa. Contohnya, antara yang masih menjadi masalah ialah, murid-murid sekolah ini masih gagal menyanyikan lagu Negaraku dan Lagu Negeri Selangor mengikut rentak dan senikata yang betul.
Masih ramai yang belum faham, apa itu bertakhta... mungkin mereka faham ber tata...masih ramai yang bernyanyi 2 lagu Negeri Selangor dengan 2 rentak yang berbeza. Terutama apabila menyebut... Duuuuu liiiii yang Maha Mulia.... ada yang sebut Duli Yaaaaanngggggg Maha Mulia... Rentak berbeza.
Label:kaunseling,skb | 0
ulasan
Selasa, 16 November 2010
Macam majlis Konvokesyen Jadinya
Tahniah kepada anak murid kami di Sk Bangi....walaupun hanya 9 orang 5A dan 12 orang 4A, itulah hakikat sebenarnya keadaan di Bangi, Sekolah Luar Bandar.
Inilah bukti...siapa yang berusaha, dia pasti dapat... You Get What You Think...
So....untuk masa akan datang.... think lah banyak2... lagi..kerana kejayaan itu datang dari ting! yang pertama dalam fikiran, yang kita benar-benar ingin BERJAYA.
Halangan besar menjadi KECIL.
Murid Berjaya, Guru Turut Gembira
Rabu, 10 November 2010
UPSR : Gambaran Kejayaan di akhirat
BANGI. 11 November 2011. Hari yang ditunggu-tunggu oleh semua orang, terutama murid darjah enam, guru-guru tahun dan ibu bapa murid tahun 6 sudah pun tiba.
Hari ini segala keputusan sudah siap tertulis. Selagi belum mendengar pengumumanna, debaran penantiannya semakin kencang. Dup dak dup dak… macam nak terkeluar bunyinya.
Tiada lagi peluang untuk mengubah keputusan itu. Hanya redha dan pasrah sahaja. Kerana itulah hasil kerja, usaha kita semua selama ini.Buletin ini mengajak untuk merenung sedikit kisah manusia yang berjaya dan gagal di akhirat.
Didalam Al-Qur’an sendiri ada menggambarkan wajah-wajah kejayaan manusia pada hari kiamat, kisah ini berlaku setelah manusia menerima buku rekod amalannya semasa di dunia. Kalau di sekolah namanya Adab Belajar.Firman Tuhan “Wajah-wajah manusia pada hari itu berseri-seri, kerana berpuas hati dengan usaha mereka selama ini. (Sebagai balasannya mereka akan berada) didalam syurga yang tinggi……”hingga akhir ayat. Ayat 8 hingga 10 surah Al-Ghasiyah.
Itulah sedikit gambaran manusia yang berjaya.Kisahnya sama, dunia dan akhirat. Yang berjaya akan gembira, yang gagal akan berduka.
Sebagaimana wajah manusia yang berjaya di akhirat berseri-seri, maka begitulah murid yang berjaya mendapat 5A dan 4A. mereka tersenyum tak habsi-habis, sampai ke dalam hati…oh..berbunga-bunga hatiku. Rasa ingin menjerit sekuatnya. Yes…aku berjaya, aku berjaya, aku boleh. Aakuu BOOLEEHHHHH
Cikgu tak kisah kalau nak jerit, asal jangan runtuh bangunan sekolah ni. Tahniah dan syabas sama-sama kita ucapkan kepada mereka.
Memang orang yang telah bekerja keras, untuk mengejar kejayaan, mereka layak bergembira. Bahkan menitis air mata, bukan air mata kesedihan, tetapi kesayuan. Inilah balasan yang mereka terima di atas sikap gigih, patuh ajaran guru, memberi tumpuan yang penuh, rajin bertanya, di iringi dengan doa dan munajat
Tidak sia-sia usaha ku selama ini..
Bukan niat nak menangis...tapi air mata tetap berderai
Sabtu, 6 November 2010
Tirai 2010 Kian Berlabuh
Hanya tinggal 2 minggu sahaja lagi, maka tamatlah episod pembelajaran 2010. Apalagi bagi anda darjah 6. Zaman gemilang sekolah rendah, zaman suka duka, cinta monyet, minta duit, gelak ketawa, pergi main koko, semuanya akan berakhir... tiada lagi zaman itu...Kecuali zaman sekolah menengah yang akan menjelma.
Adik-adik, saban tahun, bapa kamu menghabiskan wang puluhan ribu ringgit untuk menyekolahkan kamu dan adik-adik kamu. Sedang ada antara ibu kamu yang tidak bekerja. Wang gaji bapa kamu habis untuk kamu semua... sedang hasil yang kamu perolehi dalam pelajaran? Lihatlah....gitu-gitu juga.
Bahkan ketika akan melangkah ke sekolah menengah tidak berapa hari lagi ini. Kamu masih dalam dilema, untuk menentukan siapa diri kamu pada masa akan datang.
Sebagai seorang pelajar, yang ingin menjadi pelajar cemerlang. Kamu perlu tentukan, apakah matlamat kamu datang ke sekolah. Apakah hanya sebagai rutin harian, atau sebab bosan duduk di rumah, atau sebab ingin berjumpa kawan-kawan dan bergurau senda?
Pelajar cemerlang...dia sudah menentukan, apakah matlamat dia datang ke sekolah. Ya....matlamat saya ingin berjaya, menguasai semua mata pelajaran, kalau boleh mendapat markah semuanya A. Kalau ada rezki, saya ingin ke menara gading, mendapat pekerjaan yang bagus, kemudian saya akan menolong kedua ibu dan bapa, keluarga, tidak ketinggalan anak bangsa saya.
Kerana adanya matlamat tadi, dia tidak datang ke sekolah lenggang kangkung, dalam begnya ada buku-buku yang lengkap, kerja sekolah dia bereskan, nota-nota yang guru berikan dia salin tak pernah puas.
Di bacanya nota itu berkali-kali, dihafazkan dan disimpan dalam memorinya, kemudian dia keluarkan semula ke atas kertas.
Semangatnya jitu... tumpuannya penuh ketika guru mengajar, hormat pada guru tidak pernah terabai, rajin bertanya dan ditanya, kawan-kawan turut menjadikan dirinya sebagai tempat rujukan.
Apa tidaknya, semua sejarah dia hafaz, ibarat buku bergerak. Kadang-kadang macam kamus bergerak.
Itulah kisah pelajar cemerlang. Ibadah pada Tuhannya tidak pernah miss. Doa melangit saban waktu.
Jika kamu ingin berjaya, buatlah perubahan.
Sabtu, 9 Oktober 2010
Hari Pusat Sumber Sekolah
Pelbagai acara di isi untuk memeriahkan lagi acara hari pusat sumber sekolah. Alumni (bekas pelajar) juga tidak kurang yang turut hadir.
Selasa, 5 Oktober 2010
Lawatan ke Melaka
Guru Besar, Puan Zakiah Haji Idris turut bersama dalam lawatan kali ini. Antara guru yang turut serta ialah Puan Lelawati, En.Firdaus, En.Zulhaimi, Puan Nirlawati, manakala 2 orang staf pejabat turut dijemput bersama iaitu En.Tumirin bin Yatim dan Puan Roza Al-Akmarizan. Sebanyak 2 bas yang membawa murid ke lawatan ini.
Langgan:
Catatan
(Atom)
