Welcome
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Etiam pharetra, tellus sit amet congue vulputate, nisi erat iaculis nibh, vitae feugiat sapien ante eget mauris.
Follow us
Latest projects
Ask a question
Link Blog
Senarai Blog Saya
Senarai Blog
Sample text
Labels
- Desaria
- Famili
- Iklan
- Ilahut
- Internship
- Koleksi Terbaik
- Lagu
- Pendidikan
- Penulisan Saya
- Pesan-pesanan
- Ramadan
- Remaja
- Renungan
- Tazkirah
- Tazkirah Ramadhan
- agama
- berita pilihan
- bimbingan dan kaunseling
- buletin
- ceramah
- ceramahku
- dadah
- fakta
- kaunseling
- kematian
- lawatan
- motivasi
- musibah
- perjalananku
- perjalananku di Aceh
- sahabat
- skb
- spada
- sufi
- taman desaria nilai
- tips
- umum
Alamak
Sami Yusuf
Makam-Makam Nabi






Blogger news






Diri Admin
Blogger templates
Anda yang Datang
Link
- 2011 (267)
- 2010 (349)
-
2009
(633)
-
Disember
(26)
- Rehat Sekejap
- Pembentangan Tugasan Kelas prof Zaidi
- MAJLIS KESYUKURAN KEJAYAAN ENCIK HALIM
- Negaraku Tak Selamat
- Muharam : Bulan Perpindahan
- Carilah Solusi Dalam Hidup Ini
- Penyakit Berjangkit
- Nikmat dibawah Langit Biru
- Pusat tahanan sarang penjenayah
- Peranan Ketua Keluarga Membentuk Imej Keluarganya
- Relapse Wajib Bagi Penagih
- Modul PMD 2010 SK Bangi
- Allah Ganti Kehidupan Lalu Dgn Kini
- Saya Masih Bersemangat : Hafney
- HATI SAKIT SIAPA DOKTORNYA
- Susulan Kereta Terjun
- Penyeludupan Dadah di Rantau Panjang
- Cara bentengi iman daripada godaan Iblis
- Bersama Staf N17 di Port Dikson
- Siapa Sangka
- Kembalikan Tangan Ita Ayah...
- Bila Peraturan Kita Ketepikan
- Risiko Mengorek Telinga
- RINDU ACEH
- BAPA PUNCA ANAK MENAGIH
- Pulau Pinang Haramkan BTN
- November (49)
- Oktober (58)
- September (51)
- Ogos (66)
- Julai (46)
- Jun (32)
- Mei (42)
- April (55)
- Mac (56)
- Februari (85)
- Januari (67)
-
Disember
(26)
- 2008 (231)
Halaman
Ads 468x60px
About Me
Teman
Archives
-
▼
2009
(633)
-
▼
Disember
(26)
- Rehat Sekejap
- Pembentangan Tugasan Kelas prof Zaidi
- MAJLIS KESYUKURAN KEJAYAAN ENCIK HALIM
- Negaraku Tak Selamat
- Muharam : Bulan Perpindahan
- Carilah Solusi Dalam Hidup Ini
- Penyakit Berjangkit
- Nikmat dibawah Langit Biru
- Pusat tahanan sarang penjenayah
- Peranan Ketua Keluarga Membentuk Imej Keluarganya
- Relapse Wajib Bagi Penagih
- Modul PMD 2010 SK Bangi
- Allah Ganti Kehidupan Lalu Dgn Kini
- Saya Masih Bersemangat : Hafney
- HATI SAKIT SIAPA DOKTORNYA
- Susulan Kereta Terjun
- Penyeludupan Dadah di Rantau Panjang
- Cara bentengi iman daripada godaan Iblis
- Bersama Staf N17 di Port Dikson
- Siapa Sangka
- Kembalikan Tangan Ita Ayah...
- Bila Peraturan Kita Ketepikan
- Risiko Mengorek Telinga
- RINDU ACEH
- BAPA PUNCA ANAK MENAGIH
- Pulau Pinang Haramkan BTN
-
▼
Disember
(26)
Cari Blog Ini
fb komen
Featured Posts
Rehat Sekejap
Pembentangan Tugasan Kelas prof Zaidi
MAJLIS KESYUKURAN KEJAYAAN ENCIK HALIM

Negaraku Tak Selamat
Negara ini agak kurang selamat, itulah yang pasti terlintas dalam kepala setiap orang bila membaca berita mengenaskan ini.
Setakat samun tak apa lagi, sebab tak banyak pun duit ada kat stesen malam-malam, tauke dan ambil setiap malam jam 10.00. Tetapi bunuh orang dengan cara sembelih macam lembu korban ni, apa kita nak kata?
Dan...apa langkah sekarang yang harus kita ambil, dah la semalam kereta tengah nak isi minyak dilarikan orang.
Pembaca mungkin ada idea untuk berkongsi langkah menjaga keselamatan diri kita semua.[]
Muharam : Bulan Perpindahan
Carilah Solusi Dalam Hidup Ini
Manusia yang bertengkar dalam urusan politik, ekonomi, dunia dan apa sahaja sehingga tidak menemui jalan penyelesaian (solusi), tahu-tahu dia menang dimahkamah dunia, sedangkan dia bersalah, jangan sedap sangat, tuhan sudah berjanji akan selesaikan kes yang tersangkut di mahkamah dunia ini di padang mahsyar kelak.
Kalau kita nak tunggu tuhan yang menghakimi kes yang kita hadapi, OK, tuhan boleh (selesaikan), kerana Dia Ahsanul Hakimin (Sebaik-baik Hakim). Namun derita menunggu penyelesaian itu sangat dahsyat, bayangkan di tengah kepanasan mentari, mahkamah bersidang.
Juteru...
Lalu untuk seatle segala masalah di dunia ini, kembalilah kepada ajaranNya.(Fafirruu IlalLah) Kembali kepada Allah. Itulah sebaik-baik (solusi) jalan penyelesaian.
Jika kita lari dari ajarannya, kelak di timpa permasalahan yang bertambah-tambah, masalah sosial, ekonomi, politik dan segalanya akan berdatangan satu demi satu.
Penyakit Berjangkit
Ada artis dikatakan mengambil dadah kerana mereka amat pemalu berdepan dengan khalayak. Untuk membuang rasa malu seketika dipentas mereka mengambil dadah. Awalnya dengan niat tersebut, lama kelamaan dia ketagih.
Nikmat dibawah Langit Biru
Fa Amma bi Nikmati Rabbika Fahaddis, Dan adapun nikmat-nikmat Tuhanmu, maka khabarkanlah.
Dan Kami jadikan air sebagai penghidup kepada sesuatu yang lain.
Dan Kami turunkan dari Al-Quran itu, berupa obat dan rahmat
Pusat tahanan sarang penjenayah
PETALING JAYA - MIC mahu kerajaan menutup Pusat Tahanan Simpang Renggam di Johor kerana mendakwa menjadi sarang pembiakan penjenayah khususnya di kalangan kaum India berbanding usaha untuk memulihkan mereka.
"Penjenayah kecil-kecilan yang dihantar ke pusat itu kemudian keluar sebagai penjenayah tegar," kata presidennya, Datuk Seri S. Samy Vellu kepada pemberita selepas merasmikan bengkel Pemuda MIC mengenai pencegahan jenayah di kalangan pemuda India di sini semalam.
Pusat tersebut dibina pada 1986 bagi menempatkan tahanan yang ditangkap di bawah Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) 1969 dan Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 serta banduan lain dan tahanan reman.
Samy Vellu yang melawat pusat berkenaan pada 2007 ketika menjadi Menteri Kerja Raya menegaskan, pusat tersebut sesak dan banduan tinggal dalam keadaan jijik.
Peranan Ketua Keluarga Membentuk Imej Keluarganya
Salah Tanggapan
Saya tidak setuju 100% menyalahkan anak-anak kalau mereka jadi penagih disebab kan berkawan, kerana Nabi mengatakan, anak-anak itu dilahirkan dalam keadaan putih bersih, mak bapaknya lah yang mencorakkan (keadaan keluarganya) sehingga menjadi begitu dan begini.
Namun memang juga terjadi, mak ayah baik, selalu ke masjid, tetapi anak jadi penagih, tetapi itu berapa pensen sangat dalam sekian ribuan penagih. Lebih kurang cerita Nabi Nuhlah, walaupun Nuh adalah seorang Nabi lagi Rasul, tetapi anak dia mana mahu ikut nasihat ayahnya.
Relapse Wajib Bagi Penagih
Relapse boleh terjadi pada sesiapa dan bila-bila sahaja dikalangan penagih bekas dadah. Pernah terjadi, seorang pelatih yang sedang menjalani pemulihan, setelah cukup tempoh setahun, dia dibenarkan tinggal di re-entry, (tempat tinggal bagi bekas penagih didalam pusat serenti), dia dibenarkan keluar untuk bekerja. Malamnya dia akan pulang ke re-enty. Ketika diluar dia terjebak penagihan sekali lagi.
Penghuni pusat memang tidak hairan jika relapse berlaku, kerana bukan mudah bagi mereka untuk berhenti terus, sebab ada satu lagi faktor namanya "triggers". Selain faktor triggers, ada satu faktor lagi iaitu duit. Ketika sang mantan penagih mendapat duit gaji bulanan, matanya nampak Cik Putih (heroin), hatinya bergementar, tidak bisa tidur malam. Ingatannya pada sang kekasih membuak-buak. Dek tak tertahan kerinduan pada keasyikan lama, rohaninya tidak dapat melawan jasmani bergerak mencari arah.
Marah ke tidak kawan yang lain bila tahu dia Relapse?
Penghuni yang tinggal bersamanya memang akan marah, bahkan wajib di adakan satu meeting luar biasa (EGM), kerana seorang sahabat kembali murtad ke dunia penagihan. Ada yang betul-betul marah sampai merah muka, dan ada yang buat-buat marah. Apapun tujuannya adalah nak menyedarkan kawan yang relapse tadi.
Dalam dunia penagihan, Relapse adalah sesuatu yang wajib berlaku. Kononnya berdosa jika tidak berlaku, haha, kira-kira begitulah. Maknanya terlalu sukar untuk mengelak dari tidak menagih semula sebab ada faktor rindu. Rindu inilah yang saya sebutkan "triggers". Kita bincang bab lain tentang triggers. Kali ini hanya Relapse.
Keluarga memang sangat benci, sesudah dihantar ke pusat, menjalani rawatan setahun, kemudian balik dalam keadaan gemuk, alah-alah suatu petang dia didatangi member lama sepenagihan, wal-akhirnya mencuba sekali kononnya untuk melepaskan rindu. awas, sekali mencuba, tiada jalan keluar lagi.
Modul PMD 2010 SK Bangi
Hal ini dipersetujui oleh salah seorang Jamaah Nazir yang datang ke sekolah saya pada tahun 2006. Saya mengatakan modul ini saya bina sendiri berdasarkan keperluan di sini. Bagus katanya. Tahun ini saya bina lagi. Begitulah saya, sentiasa kurang puas dengan pencapaian saya sendiri selama ini, saya harus tambah dan tambah selagi akan kudrat.
Dengan tersiarnya tulisan ini, saya dengan ini membenarkan rakan-rakan kaunselor yang ingin mendapat modul tersebut, sila klik di sini.
Allah Ganti Kehidupan Lalu Dgn Kini
Sebenarnya saya tak sangka, seorang manusia yang sesudah kembali ke alam hidup normal, di ubah Tuhan gaya hidupnya. Kalau dulu entah di mana rumah, bukan hanya rokok, tetapi heroin, akhirnya beliau berubah kerana beliau ingin berubah. Kini jangankan dadah, rokok pun beliau tak sentuh.
Beliau memberitahu saya sewaktu program Penghargaan Kepada Pelajar SPADA 2008, "panggillah saya memberi ceramah, tak pe, saya suka, bukan duit target saya" katanya. Begitulah rata-rata bekas penagih membuat terapi kepulihan ke atas diri mereka dengan menyampaikan ceramah kepada orang lain. Dirinya akan merasa seperti di ceramahin jugak. Seakan bateri bertambah casnya.
Sekarang merata-rata negeri beliau pijak dalam memberikan ceramah, seminar di peringkat lokaliti dan antarabangsa. Itulah Raja Azizan, Pemilik Rumah Jagaan Nur Salam di Chow Kit bersama isterinya Kak Fidah.
Pernahkah anda terfikir ? Seorang penagih, yang hidup hina-dina pada pandangan masyarakat, akhirnya apabila dia berubah, segalanya pun berubah bagai dalam sekelip mata.
Saya juga turut terpegun dengan Yang di Pertua Persatuan PENGASIH Malaysia, Tuan Haji Mohd Yunus Fathi Mohd, sekarang ini dengan Hilux hitamnya, lap top dan projektor ke mana-mana, bukan sahaja dalam negara malah luar negara.Bercakap dalam bahasa orang putih. Anda ada seperti itu?
Dalam Buletin Pengasih , beliau menyatakan "Anda boleh berubah, jika anda mahu berubah.." Ya, segalanya terletak pada kemahuan diri sendiri.
Saya Masih Bersemangat : Hafney
Setelah berbincang, saya nyatakan hasrat mahu melawat Saudara Hafney yang ditimpa musibah akibat darah membeku di kaki kanannya. Dengan tidak berfikir panjang, beliau mengirim sedikit sumbangan peribadinya.
Hari ini saya ke rumah beliau (Hafney) di Kampung Pandan. Katanya ramai sebelum ini yang datang melawat, sehingga dari Thailand pun ada datang. Ini baru saya terima call kawan dari Sabah mahu datang, saya cakap tak payah, saya okey' katanya.
Bawa kereta sendiri ? Ya, saya bawa sendiri dengan sebelah kaki. Kereta auto ke? Ya. ooo patutlah.Saya boleh ke pusat serenti bagi ceramah dengan keadaan begini, tetapi tak manis katanya jika ke sekolah dengan kerusi roda dan bertongkat.
Ramai juga orang berebut nak bagi sumbangan katanya, termasuk kerusi roda.
Beliau bercerita lagi, beberapa hari lalu ramai sahabat datang ke sini sampai keluar rumah, penuh rumah ini. Mereka minta saya bagi ceramah, aku pulak yang kaki dipotong kena bagi ceramah. Tak pe lah saya bagi, saya cakap, ini baru sikit nikmat Allah tarik yang Dia berikan pada saya.
Hafney sekarang sedang menunggu tempahan kaki palsu yang di pesan seharga RM1500.00. Saya ambil yang murah je....Hari makin petang, Zuhur pun sudah masuk, saya minta izin pulang. Semoga Saudara Hafney cepat sembuh dan keluarganya dapat menerima takdir ini dengan Redha.
Allah Taala menguji kita semasa masih hidup. Apakala kita sudah meninggal, apa lagi mahu di ujinya kita?
terima kasih kerana membaca
HATI SAKIT SIAPA DOKTORNYA
Banyak juga kes yang ditemui, punca anak menagih dadah adalah dari ibu bapa sendiri.Bukan bapa yang menyuruh anaknya menagih, tetapi suasana rumah yang dibentuk oleh bos atau pengarah rumahtangga itu sendiri. Hatta seorang yang berduit, berpangkat pun tidak terlepas dari gejala ini.
Banyak sebab kenapa ia terjadi begitu, dari pengalaman, kajian kes dan pendedahan di akhbar saban hari, kita temui salah satunya ialah anak tidak mendapat penghargaan dari bapanya sendiri. Sukarnya seorang bapa membuka mulut memuji kejayaan anak-anaknya. Sungguh mahal nilai pujian, sebab itu, tuhan mengajar kita memuji, memuji diriNya dan orang-orang lain yang berhak mendapat pujian.
Yang kedua, pergaduhan yang sering berlaku dalam keluarga, akibat cemburu, kahwin lain, panas baran, bapa penagih juga menjadi penyebab anak menjadi penagih.
Ketiga,pergaulan bebas anak-anak. Ini pun sebab kawalan dari keluarga juga. Mereka tidak membuat satu garis, mana yang boleh dijadikan kawan dan mana yang abah nak engkau jangan berkawan dengan orang seperti ini.
Keempat, kurangnya ilmu agama. Akibat kurangnya ilmu, maka pengamalan pun turut berkurang. Amalan yang ada adalah amalan budaya orang yang tidak mengenal Tuhan, mengedepan hawa nafsu, memenuhi keinginan naluri, walhal semua ini (yang disebut) adalah amalan yang menjauhkan diri dari Tuhan.
PENCEGAHAN
Sebagai langkah pencegahan supaya tidak berlakunya gejala menagih didalam ahli keluarga, maka hal-hal yang di atas tadi perlu dibalikkan. Jika kurang ilmu, maka di tambah, jika sering berlaku pergaduhan, maka carilah langkah penyelesaiannya. kerana pergaduhan itu adakalanya membawa anak jauh dari keluarga.
Ibu bapa perlu tambah ilmu agamalah, ini paling penting. Jika kita nak uruskan sebuah kedai pun kita kena tahu cara-cara pengurusannya, inikan pula mengurus sebuah keluarga. Rata-rata manusia kahwin, tetapi tidak belajar mengurus rumahtangganya.
Mengurus rumahtangga termasuk mengurus jiwa sang bapa sebagai pilot dalam keluarga. Bagaimana skill mendidik anak-anak. Model apa kita nak pakai.Kemana nak bawa keluarga kita dan dengan cara apa.
Cara yang paling selamat ialah jalan beragama. Hidupkan agama dalam diri bapa, ibu dan anak-anak. Tuhan akan memelihara orang yang menujuNya. Agama bukan ciptaan manusia yang bernama Muhammad. Akan tetapi datang ajaranNya dari langit, tuhan pencipta langit dan bumi. Tuhan itulah yang telah membekal modul khusus tatacara pengurusan manusia.
Ini yang tertinggal. Manajemen itu ini kita tahu, tetapi manajemen qalbu jarang orang ambil tahu. Jika sakit sikit pada tubuh badan kita berkejar ke klinik dan hospital. Akan tetapi berapa ramai manusia yang bergegas mencari doktor dikala hatinya sakit? Malas sembahyang, berat beribadah,tiada rasa khauf (takut)pada Tuhan, tidak berminat pada zikir dan ibadah adalah tanda-tanda besarhati itu bermasalah dan sedang sakit tenat.
Banyak lagi penyebab lain dan langkah pencegahan. Terima Kasih kerana membaca. Anda ada maklumat untuk dikongsi?
Susulan Kereta Terjun
Penyeludupan Dadah di Rantau Panjang
Siti Zailah sewaktu mengemukakan soalan tambahan dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat pagi tadi berkata, kebanyakan pembekal dadah di kawasan itu dapat bolos ke Malaysia.
Beliau meminta pihak kementerian menyatakan jumlah tangkapan yang dilakukan terhadap pembekal dadah di sempadan dan tindakan yang diambil terhadap pembekal yang menggunakan wanita dan kanak-kanak untuk tujuan pengedaran.
Sebelum itu, Datuk Lilah Yasin (BN-Jempol) meminta menteri dalam negeri menyatakan jumlah rampasan dadah dari Januari hingga Jun 2009 dan pelan tindakan pencegahan penyalahgunaan dadah yang diambil oleh kementerian serta jumlah peruntukan yang disediakan.
Timbalan menteri, Datuk Wira Abu Seman (BN-Masjid Tanah) dalam jawapannya memberitahu secara keseluruhannya dalam tempoh Januari sehingga Jun 2009, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah merampas 22 jenis dadah dan racun di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Racun 1952.
Rampasan terbesar melibatkan dadah jenis syabu seberat 1,052 kg bernilai lebih RM263 juta. Secara keseluruhannya, nilai rampasan dalam tempoh tersebut berjumlah lebih RM306 juta.
Berhubung dengan jumlah peruntukan yang disediakan bagi melaksanakan pelan tindakan pencegahan dadah, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) telah memperuntukkan sebanyak RM93 juta bagi tahun 2009.
Siti Zailah yang ditemui selepas itu bagaimanapun tidak berpuas hati dengan jawapan Abu Seman kepada soalannya yang dianggap sambil lewa dan tidak menjawab soalan sebenar.
"Saya tak puas hati dengan jawapan timbalan menteri tadi. Saya tanya berapa kes yang ditangkap, tapi beliau tidak jawab," katanya.
Beliau yang juga timbalan ketua Muslimat PAS berkata, menurut maklumat yang diterimanya, ramai pengedar dadah di sempadan ditangkap oleh PDRM dan boleh didakwa di bawah seksyen 398 namun dibebaskan atas alasan tidak cukup bukti.
Sedangkan sumber memberitahu, ketika serbuan dibuat ke rumah pengedar, terdapat banyak dadah dan wang ditemui.
Difahamkan, pihak berkuasa membebaskan mereka kerana didakwa telah menerima rasuah dalam jumlah yang banyak.
"Apakah ini tidak cukup sebagai bukti? Saya menyeru kerajaan ersikap telus dalam menangani masalah ini. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu memaihnkan peranan mereka," tegasnya.
Beliau dalam pada itu turut mempersoal program pemberian percuma methadone di klinik-klinik kerajaan untuk membantu penagih yang dilihat tidak berkesan dan tidak mencapai sasaran.
Ketidakberkesanan ini ujarnya turut diakui sendiri dalam laporan audit negara.
"Program yang dikatakan dilakukan secara tetutup ini, rupa-rupanya diakukan secara terbuka, dan orang boleh tahu siapa yang menerima bantuan methadone itu.Ini sekaligus tidak melindungi identiti penagih," katanya.
Selain itu, pemberian methadone itu tidak membantu penagih untuk berhenti daripada mengambil najis dadah
Cara bentengi iman daripada godaan Iblis
DALAM Quran, jelas sekali Allah swt mendedahkan bahawa musuh manusia bukanlah manusia tetapi Iblis yang ingkar akan perintah-Nya untuk sujud kepada Adam.
Oleh kerana disingkirkan dari syurga, Iblis berjanji untuk membinasakan Adam dan anak cucunya hingga ke hari akhirat. Allah swt telah mengizinkannya.
Allah mengingatkan agar kita sentiasa berwaspada daripada pengaruh syaitan. Ia melihat dan hidup bersama kita tetapi kita tidak dapat melihatnya. Dia selalu mengacau sekalipun dalam solat. Ia menghiaskan kita dengan pelbagai maksiat.
Bagaimana kita dapat mengatasi, menolak segala rupa ancaman serta bisikannya yang mendorong kepada kesesatan?
Pertama, hendaklah kita menganggapnya sebagai musuh utama di dunia ini. Bahaya syaitan yang paling kita khuatiri ialah bahawa ia mengetahui kelemahan jiwa manusia.
Ulama telah memberikan pandangannya tentang dunia syaitan. Syaitan mempunyai zuriat sama seperti manusia sebagaimana yang difirmankan Allah yang bermaksud:
"Patutkah kamu mengambil ia dan turunan-turunannya sebagai pemimpin selain daripadaKu, sedang mereka adalah musuhmu?" -- Al-Kahf: 50.
Jika syaitan itu bukan daripada unsur malaikat tetapi serba sedikit ada menyerupainya. Tatkala Allah swt memerintah malaikat sujud kepada Nabi Adam
as, iblis terus menyampuk sambil berkata: "Patutkah aku tunduk dan sujud kepada makhluk yang dijadikan daripada tanah?'' Apabila iblis enggan melaksanakan
perintah Allah swt, maka ia terus disingkir daripada rahmat-Nya. Allah berfirman:
"Dia adalah dari golongan jin, maka ia menderhakai perintah Tuhannya." -- Al-Kahf: 50
Iblis bukan sahaja menderhakai Allah swt malah bersumpah dengan kekuasaan Allah bahawa ia akan tetap menggoda segala makhluk Allah melainkan hamba-Nya yang ikhlas dan taat. Al-Quran menyebut:
"Iblis menjawab: Demi kekuasaan Engkau, aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hambaMu yang ikhlas di antara mereka (orang-orang yang telah diberi taufik untuk mentaati segala petunjuk dan perintah Allah)." -- Shaad: 82,83.
Justeru itu, Allah swt selalu mengingatkan kita akan godaan syaitan. Setiap insan ada syaitannya yang sering menggoda, menyesat dan menghiaskan baginya pelbagai maksiat.
Dalam hal ini, para ulama telah mengemukakan beberapa dalil. Antaranya hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah ra, yang berkata:
"Rasulullah saw telah keluar pada satu malam dari kamarku. Secara sepontan, aku berasa cemburu padanya. Apabila Rasulullah saw datang melihat keadaanku, maka Baginda pun bertanya: Apa yang telah terjadi padamu ya Aisyah? Adakah kamu cemburu padaku? Aku menjawab: Adakah aku pernah cemburu seperti yang aku hadapi sekarang? Rasulullah saw berkata: Adakah syaitanmu telah menguasaimu? Aku menjawab: Wahai
Rasulullah! Adakah syaitan bersamaku juga? Jawab Rasulullah: Ya.
"Aku teruskan pertanyaanku. Adakah syaitan juga bersamamu ya Rasulullah? Baginda menjawab: Ya, Tetapi Tuhanku telah melindungiku hinggalah aku terselamat daripadanya. "
Ada juga sepotong hadis yang maksudnya: "Sesungguhnya syaitan itu masuk lari ke dalam tubuh anak Adam melalui saluran darahnya."
Syaitan mempunyai pelbagai cara perangkap dan komplot. Syaitan sangat suka menyesatkan orang-orang yang jahil atau kurang ilmu.
Ia menghiaskan mereka dengan amalan telek-menelek dan kepercayaan karut sehingga dapat menyakinkan manusia dengan ilmu ghaib.
Ia juga memperdaya orang-orang jahil supaya memberi fatwa tanpa pegangan ilmu yang sahih dan juga menyebarkan perkara bidaah serta memesongkan manusia dengan ajaran-ajaran sesat yang bertentangan dengan Islam.
Kita dapat mempertahankan hasutan dan tipu-daya syaitan dengan memohon perlindungan daripada Allah. Allah swt menyifatkan orang-orang yang bertakwa sahajalah yang dapat menentang ancaman syaitan daripada menembusi hatinya seperti firman-Nya:
"Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa apabila mereka ditimpa wasangka daripada syaitan mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahan mereka." -- Al-A'raaf: 201.
Tipu-daya syaitan itu lemah jika dinisbahkan dengan seorang Mukmin yang teguh imannya.
Apabila syaitan mendengar bacaan ayat-ayat suci al-Quran, dirinya menjadi kecil seperti ukuran lalat dan apabila mendengar seruan azan pula, ia lari lintang-pukang dek ketakutan. Allah swt telah mengajar kita bagaimana kita dapat menolak syaitan sehingga ia mengundurkan dirinya. Allah berfirman:
"Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan syaitan, maka berlindunglah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." --
Al-A'raaf: 200.
Rasulullah saw juga telah mewasiatkan umatnya supaya membaca ayat al-Kursi sebelum tidur, seperti sabdanya yang bermaksud:
"Apabila salah seorang daripada kamu hendak tidur, maka bacalah ayat al-Kursi. Sesungguhnya dia sentiasa dalam jagaan Allah dan syaitan tidak akan mengganggunya sehinggalah waktu fajar."
Terdapat juga doa-doa menentang godaan syaitan iaitu seperti doa Rasulullah yang berbunyi: "Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna daripada kemarahan-Nya, seksaanNya, kejahatan hamba-Nya dan juga daripada bisikan-bisikan syaitan."
Oleh MOHD YUSOP HASSIM Penulis khas
Bersama Staf N17 di Port Dikson
Walaupun hanya bertindak selaku penceramah ganti, saya merasa puas dengan isi yang saya sampaikan, kerana bahannya saya kumpul sendiri sejak sekian lama. Kepada Staf tersebut yang rata-ratanya masih muda belia, saya mengajak datanglah sesekali ke blog saya untuk membaca artikel tentang dadah dan berikanlah sedikit ulasan, kerana tuan-tuan adalah orang yang berminat dengan dadah.
Dalam blog ini, saudara bleh mencari di kotak carian (search) tersebut dadah, turning point, 7 Langkah Kepulihan, Kisah Suadara Hafney, dan sebagainya, saya sedang mengumpulnya dan yang terkini akan masukkan nanti "keluarga bebas Dadah".
Siapa Sangka
Kembalikan Tangan Ita Ayah...

Bersendirian di rumah, dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerja bermain di luar, tetapi pintu pagar tetap dikunci. Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya.
Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi tidak kelihatan kerana diperbuat daripada marmar, lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya ... kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apalagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya.
Hari itu bapa & ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam. Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.
Pulang petang itu, terkejut badaklah pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran, berbatik-batik. Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, "Siapa punya kerja ni?"
Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya. Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan, "Tak tahu."
"Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?", herdik si isteri lagi. Si anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata, "Ita buat ayahhh .....cantik kan?" katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.
Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya di depannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan. Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya.
Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan. Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa. Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan & tangan kiri anaknya.
Selepas si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu, pembantu rumah menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar. Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis.
Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah. Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anak bengkak. Pembantu rumah mengadu. "Sapukan minyak gamat tu!" balas tuannya, bapa si anak.
Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya.. Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah.
"Ita demam .....," jawab pembantunya ringkas.
"Bagi minum panadol tu," balas si ibu. Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya Ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu. Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. "Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5..00 siap," kata majikannya itu.
Sampai waktunya si anak yang longlai di bawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu. "Tiada pilihan..... " katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana gangren yang terjadi sudah terlalu teruk. "Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah" kata doktor.
Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa diri tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.
Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang di kenakan habis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga melihat kedua-dua tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya.. Kemudian ke wajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis.
Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata.
Anak: "Abah ...Mama ...Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita takmau jahat. Ita sayang abah ...sayang mama...,"
katanya berulang kali membuat kan si ibu gagal menahan rasa. "Ita juga sayang Kak Narti...," katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.
Anak: "Abah ....bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil ...Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi," katanya bertalu-talu.
Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraung dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya.
Bila Peraturan Kita Ketepikan
Jalan raya Selayang berhampiran Pasar Borong memang selalu menelan manusia. Mangsanya terus bertukar-ganti. Yang dulu dah mati, yang kini kena lagi. Jejantas ada, tapi penat kena naik dan turun. Akhirnya cuba berlari, mana lebih laju antara kita dan ratusan kenderaan yang sedang memecut 90-110 km sejam.
Risiko Mengorek Telinga
minggu semata-mata untuk mengeluarkan tahi telinga dan memastikan telinga
anak anda sentiasa bersih.
Bagaimanapun, sedarkah anda bahawa perbuatan mengorek telinga itu boleh
menjejaskan kesihatan telinga dan dikhuatiri boleh memudaratkanpendengaran?
Putik kapas merupakan pilihan untuk mengorek telinga
Tidak kiralah sama ada anda menggunakan putik kapas, pengorek telinga
diperbuat daripada besi, pin, kunci kereta atau apa saja bahan untuk
mengorek atau mengeluarkan tahi telinga, hakikatnya, perbuatan mengorek
telinga memang tidak perlu dilakukan. Ini kerana, tahi telinga mampu
bertindak sebagai pelindung sama ada terhadap serangga mahupun debu
kotoran.
Pakar Telinga, Hidung dan Tekak di sebuah pusat perubatan swasta di ibu
negara, Dr Aminuddin Saim, berkata dalam keadaan normal, tahi telinga akan
keluar sedikit demi sedikit kerana lapisan kulit telinga mempunyai
mekanisme yang akan mengeluarkannya secara berterusan. Justeru, beliau
berkata, anda tidak perlu mengorek telinga atau mengeluarkan tahi telinga
dengan bahan yang sering kali digunakan untuk tujuan itu.
“Apabila tahi telinga itu sudah terkeluar dan terlihat, anda boleh
membersihkannya tetapi jangan pula mengorek telinga dalam-dalam kerana ini
boleh menjejaskan kesihatan telinga anak anda,” katanya ketika ditemui, di
ibu negara, baru-baru ini.
Dr Aminuddin berkata, korek telinga bukan saja tidak perlu dilakukan di
kalangan kanak-kanak, malah setiap individu tidak sepatutnya mengorek
telinga. Beliau berkata, lazimnya, ibu bapa menggunakan putik kapas untuk
mengorek telinga anak-anak mereka tetapi bahan itu boleh menyebabkan tahi
telinga semakin terbenam, melecet atau luka pada kulit telinga dan putik
kapas tertinggal di dalam telinga.
Pengorek telinga yang diperbuat daripada besi boleh menyebabkan kecederaan
pada gegendang telinga
Katanya, ada juga yang mengorek telinga dengan pengorek telinga diperbuat
daripada besi dan ini lebih berbahaya kerana ia boleh menyebabkan luka dan
dikhuatiri boleh tertembus pada gegendang telinga dan seterusnya
memudaratkan pendengaran.
“Mengorek telinga memang boleh menyebabkan seseorang menjadi khayal kerana
telinga mempunyai banyak saraf dan ia begitu sensitif. Justeru,mengorek
telinga kadangkala menjadi amalan atau tabiat seseorang.
“Sebaik-baiknya hentikan amalan itu kerana dikhuatiri boleh menjejas atau
memudaratkan kesihatan telinga, terutama gegendang telinga”, katanya.
Dr Aminuddin berkata, tahi telinga ialah satu bahan di dalam telinga yang
terdiri daripada serumen (lilin telinga) iaitu kelenjar yang dikeluarkan
oleh telinga. Katanya, hasil campuran keretin, debu, kotoran, lelemak dan
bulu telinga akan membentuk tahi telinga. Dr Aminuddin berkata, tahi
telinga boleh dibahagi kepada dua jenis iaitu keras dan lembut dan
sebahagian besar masyarakat Asia mempunyai tahi telinga jenis keras. “Keras
atau lembut tahi telinga bergantung kepada faktor genetik dan lelemak yang
terkandung di dalam tahi telinga,” katanya.
Beliau berkata, tahi telinga bertindak sebagai pelindung kepada telinga
anda kerana lendir ataucecair yang terkandung di dalamnya boleh menyebabkan
debu terlekat, kesukaran dimasuki serangga dan mengelakkan jangkitan
serangga.Sehubungan itu, beliau menasihatkan ibu bapa supaya tidak mengorek
telinga anak mereka dengan apa juga bahan kerana bimbang ia boleh
menyebabkan luka dan kurang ketahanan untuk bertindak sebagai pelindung.
“Telinga yang terluka akan mudah ditumbuhi dan dijangkiti kulat serta
bakteria. Selain itu, amalan mengorek telinga juga dikhuatiri boleh
menyebabkan kerosakan pada gegendang telinga,” katanya.
Bagaimanapun, Dr Aminuddin berkata, ada segelintir individu yang mengalami
masalah tahi telinga tidak terkeluar dengan sendiri dan keadaan ini
dikenali sebagai keratosis obsturans.
Katanya, mereka yang mengalami masalah ini perlu berkunjung ke hospital
untuk membolehkan pakar telinga, hidung dan tekak mengeluarkan tahi
telinga.Lazimnya, telinga pesakit akan dimasukkan ubat titik atau minyak
zaitun bagi membolehkan doktor menggunakan sejenis alat bagi menyedut tahi
telinga mereka.
Salah satu ubat telinga yang popular untuk melembut dan mengeluarkan tahi
telinga
Kanak-kanak yang mengalami masalah itu selalunya akan berasa tidak selesa
dan kurang mendengar kerana tahi telinga mereka keras dan tidak terkeluar
sebagaimana dalam keadaan normal. “Bagaimanapun, keadaan seumpama itu amat
jarang berlaku kerana lazimnya, tahi telinga akan terkeluar dengan
sendiri,” katanya.
RINDU ACEH
Ada yang minta tolong info awal-awal sebab mahu mengurus surat kebenaran cuti.
Buat masa ini, ada pula Air Asia yang menjadikan Banda Aceh antara destinasinya. Harga agak lumayan kira-kira RM 245.00 sahaja, pergi balik termasuk cukai $25.00.
Untuk bergabung dengan saya di facebook sila add Noorhisham Hamzah di carian facebook anda.
BAPA PUNCA ANAK MENAGIH
Berikut beberapa kes yang sempat saya ingat ketika ini.
1. Seorang remaja, bapanya juga seorang penagih, dia walaupun sempat belajar sampai luar negeri, tetapi kecundang kerana terjebak dengan dadah ketika sebelum tamatnya penagajian.Dia dibuang dari persekolahan dan ditarik biasiswa.
2. Bapanya OCPD, katanya dia menjadi penagih bukan kerana dia bodoh ujarnya, tetapi kerana bapanya tidak pernag menghargai kegigihan dan kehebatannya di sekolah dalam arena sukan sehingga menjulang nama sekolah. Bila dia pulang ke rumah dan tunjukkan meadle yang dia dapat, bapanya tak endah.
3. Bapa selalu bergaduh dengan ibu sehingga akhirnya berlaku perceraian. Dia melarikan diri dari rumah dan mencari pekerjaan di negeri orang lain di usia 14 tahun, akhirnya dia menjadi penagih.
Sesungguhnya "Ar-rijaalu qawwaamuuna 'ala nisa'" Lelaki adalah pemimpin ke atas wanita. Namun bila kepimpinan tidak berdasarkan ilmu agama, yang ada hanya ilmu agama yang cetek sekali, bahkan berkiblatkan hawa nafsu, maka episod-episod yang telah saya sebutkan tadilah berlaku lagi dan lagi.
Pulau Pinang Haramkan BTN
Pengumuman dibuat Timbalan Ketua Menteri 1, Dr Mansor Othman dalam sidang media di lobi Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang tengahari tadi.
"Mulai hari ini Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengikuti langkah Kerajaan Selangor yang mengharamkan BTN kerana tidak melaksanakan modul sebenar bahkan mengisi modul dengan sikap jijik, menghina dan mencemuh kepimpinan Pakatan Rakyat, " jelasnya.
Kerajaan juga sedang mengkaji mana-mana pihak yang menganjurkan kursus serupa kerana ada laporan mengatakan mereka sengaja melemparkan kata-kata nista kepada pihak tertentu yang tidak menyokong Barisan Nasional (BN).
Menurut Dr Mansor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti, laporan yang diterima daripada peserta amat mendukacitakan malahan ada yang tertekan dengan tindakan membuli peserta jika mereka tidak memberi kerjasama kepada penganjur.
Walaupun ada usaha kerajaan BN untuk mengkaji semula BTN namun ia sudah terlambat kerana sudah ramai minda peserta telah dirosakan dengan doktrin perkauman dan tidak bertanggungjawab.
Menurutnya remaja sepatutnta dididik dengan modul yang baik bukan memburukan kepimpinan Pakatan Rakyat kerana golongan remaja adalah pemimpin masa depan yang semestinya mempunyai mutu pemikiran yang matang dan tidak terikat dengan kedangkalan fikiran terhadap Umno dan BN sahaja.
"Walaupun ada usaha BN untuk kaji semula namun ia sudah terlambat kerana sudah ramai pemikiran remaja telah diselewengkan dengan melemparkan tuduhan tanpa bukti semata-mata untuk menarik kembali sokongan terhadap BN, " katanya.
25 November lalu, Kerajaan Negeri Selangor, negeri pertama Pakatan Rakyat memutuskan untuk mengharamkan kakitangannya dan pelajar institusi pengajian tinggi milik penuh kerajaan negeri daripada mengikuti kursus atau program dikendalikan BTN.
Sehubungan itu, beberapa buah negeri Pakatan Rakyat yang lain juga sedang menimbang perkara tersebut.