Welcome
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Etiam pharetra, tellus sit amet congue vulputate, nisi erat iaculis nibh, vitae feugiat sapien ante eget mauris.
Follow us

Latest projects
Ask a question
Link Blog
Senarai Blog Saya
Senarai Blog
Sample text
Blogger
Blogs
Labels
- Desaria
- Famili
- Iklan
- Ilahut
- Internship
- Koleksi Terbaik
- Lagu
- Pendidikan
- Penulisan Saya
- Pesan-pesanan
- Ramadan
- Remaja
- Renungan
- Tazkirah
- Tazkirah Ramadhan
- agama
- berita pilihan
- bimbingan dan kaunseling
- buletin
- ceramah
- ceramahku
- dadah
- fakta
- kaunseling
- kematian
- lawatan
- motivasi
- musibah
- perjalananku
- perjalananku di Aceh
- sahabat
- skb
- spada
- sufi
- taman desaria nilai
- tips
- umum
Alamak
Sami Yusuf
Link Cikgu
Makam-Makam Nabi
Blogger news
Diri Admin
Blogger templates
Anda yang Datang
Link
Halaman
Ads 468x60px
About Me
Teman
Cari Blog Ini
fb komen
Featured Posts
Hantu Keropok Dungun di Perjalanan
Lawatan ke PKAADK Kemumin
Ada hantu plak kat sini. Sebenarnya En.Jai ni sedang mencuba benda ni. Takut sesuai hajat nak beli. Tapi tak padan pulak. Kalau tidak boleh la jadi orang minyak kat Seremban nanti.
Lawatan ke Pusat Serenti Wanita, Bachok
Gambar yang mengandungi kerek telaga ini sebenarnya adala tempat penghuni mandi wap. Mereka duduk di dalamnya selama 45 minit sambil membaca surah Al-Fatihah sehingga 100 kali. Hal ini dilakukan selama 15 hari.
Beliau yang berasal dari Petani Thailand menggunakan teknik yang diambil dari Cheherong Thailand dengan menggunakan teknik rawatan Islam. Sehingga kini sudah ratusan penghuni berjaya disembuh disini. Bahkan menurut tuan guru lebih 80% sudah berjaya disembuhkan. Kepada sesiapa yang ingin mencuba konsep pemulihan dadah di sini boleh menghubungi beliau di 017-9176643.
Berawal dengan kehidupan tanpa ibu dan ayah. dibela oleh seorang nenek kandung.
Keseronokan menghisap ganja membawa dirinya sehingga menjadi pusyer. Pusyer terkenal dikalangan penagih dadah sebagai pembekal dadah. Dengan kos RM200.00 dia boleh mendapatkan RM300.00 setelah di pekkan ke plastik lain.
Terlalu seronok dengan najis ini tidak menghalang dia berkenalan dengan seorang jejaka yang akhirnya membawa mereka ke gerbang perkahwinan.
Suaminya mula sedar yang dirinya seorang penagih, tetapi berusaha membantu dengan nasihat supaya berhenti. Namun kata-kata itu semua bagaikan mencurah air di daun keladi. Pada suatu masa ketika menjual bahan terlarang inilah dia ditangkap dna terpaksa meringkup di pusat serenti wanita di Kemumin.
Tempoh 12 bulan tidak mampu mengubah dirinya menjadi manusia yang putus ketergantugan dengan dadah. Setelah keluar penjara, rupanya suami saya sudahpun berkahwin lagi dna kami tinggal sebumbung. Sebagai seorang penagih, amat mudah bagi hati ini untuk kecewa. Dapat saya rasakan katanya betapa sudahpun kasih sayang suami saya berkurang dan berbeza walaupun anak-anak masih menerima. Kerana kecewa berat, saya kembali menagih dan ini kali kedua saya masuk ke pusat ini. Dan sesungguhnya saya tidak mampu berdepan cabaran di luar sana apabila keluar nanti. Kemungkinan menagih semula (relapse) amat besar. Siapa lagi yang akan menerima saya. Suami dah kahwin. Kerja tiada, ibu bapa pun dan meninggal.
Saya memberikan harapan untuk menjadi insan yang baik dan doa kepadanya. Saya minta berdoa dihadapan saya setelah bercerita panjang lebar tentang hidup dan mati, susah dan ujian dalam hidup, janji dan amaran Tuhan, katanya saya ingin berubah. Lantas dia mengangkat tangan seraya berdoa. Akhir kata, tiada yang mampu mengubah diri kita kecuali kita sendiri dan tuhan tidak pernah sesekali menghalang kita untuk apa pun.
Dalam perjalanan pulang kami singgah di POndok Moden Bachok untuk solat Asar dan Zuhur. Selamat Jalan...
Input Lawatan ke 3 Negeri

Ujian Oh Ujian
Menilai Blog Rakan dari Persepsi Dri Saya

Ini amat penting dalam blog. Tujuannya untuk tetamu ke blog bertanya, membri pandangan, ucapan salam, dan sebagainya.
2. Counter
Ini supaya kita tahu berapa ramai jumlah hit ke blog kita. Klau sikit kita anak perbaguskan lagi isinya dan kalau ramai, itulah kemuncak kepuasan jiwa bagi sang blogger.
3. Gambar2
4. Kolom
Kalau dah mahir sikit lagi. Elok bertukar kepada blog 3 kolom. Caranya mudah saja. Ianya seakan website dan banyak message yang boleh kita selitkan lagi.
5. Link List
Kawan2 blog akan rasa dihargai sekiranya kita letakkan nama blog mereka salah satu di antara link list blog kita. LAgi pun ini menjadi shortcut utk kita ke blog lain.
6. Sentiasa Update
Ambil sedikit masa untuk update blog anda setiap minggu kalau tak dapat setiap hari. Kalau ingin jimat masa, siapkan dulu artikel dan foto. Bila bukak blog, terus saja kita post dan PUBLISH.
7. Sentiasa tambah ILMU dunia blog dan ICT
Jangan malu untuk bertanya pada kawan yang tak loket ilmu. Kelak anda akan rasa bertuah kerana memiliki ILMU dunia setafar dengan orang lain.
8. Sentiasa mempunyai ikatan dengan rakan
Jawablah pertanyaan tetamu yang hadir dan menulis sst di kotak dialog kita. Tanpa memberi jawapan orang mengira anda sendiri tidak pernah melayari blog anda. Jadi orang berfikir...untuk apa aku layari blog si dia.
9. Sentiasa explore blog kenalan lain
Sentiasa mencari kenalan blog. Ziarahi blog orang lai yg belum anda kenali, ajak mereka bertandang ke blog anda. Dengan itu anda akan mempunyai rakan blog semakin ramai.
10. Pahala
Kita boleh sedekah ilmu melalui blog ini. Itu pahala. Ingat bila habis nyawa seorang anak Adam, maka yang tinggal hanyalah 3 perkara
a. Ilmu yang bermanfaat
b.Anak yang soleh
c. Sedekah Jariah
Antivirus Percuma

Anda boleh download antivirus secara percuma sebenarnya di internet. Boleh taip pada ruang search Download Free Antivirus. Tetapi anda tak boleh updatekannya. Kita perlu update sentiasa sebab virus bertambah dari sehari ke sahari. Jadi kalau rasa banyak maklumat penting dalam komputer anda. Baiklah beli CDnya. Sebab dalam CD nya itu ada nombor atau lesen untuk anda update. Sekarang yang baik Karspersky hanya RM50.00 satu PC. Anda boleh jimat dengan membeli untuk 3 PC punya hanya harga RM 70.00 sahaja. Jika masih belum ada duit, anda boleh download antivirus AVG. rasanya ia percuma untuk jangka masa panjang berbanding dengan program lain yang hanya untuk jangka masa pendek saja.Buletin UBK ke 11
Al-hamdulillah, dalam sedikit kesibukan, hari ini saya sempat menyiapkan buletin Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Bangi bagi kali ke 11. Anda boleh download buletin ini dengan klik di sini.
Peranan Bapa Sebagai Ketua Keluarga

Assalamualaikum,para guru,murid dan ibu bapa sekalian,2 hari lepas saya mengikuti rombongan pelajar SPADA, (Special Programme Alkohol and Drug Abuse) ke Pusat Serenti BUkit Chabang. Perlis.
Sebelum itu, kami bermalam di Pondok Pesantren Remaja Inabah 1 Malaysia di Kuala Nerang Kedah.Dan seminggu sebelum ini, saya ke Cristian Care Centre, Subang. kadang-kadang jadual saya terpaksa mengikuti operasi malam di Lorong Haji Taib,bersma JAWI, DBKL dan lain sebagainya.
Begitulah corak hidup saya selama 9 bulan ini.
Apa yang nak saya kongsi adalah hasil temubual saya dengan seorang bekas penagih dadah tegar selaman 8 tahun. Temubual ini saya rasa perlu dikongsi dengan ahli komuniti masyarakat setempat saya berada atas nama tanggungjawab terhadap masyarakat. Kerana hasil temubual ini melibatkan peranan anggota keluarga.
Tanpa menyatakan nama sebenar klien, dan dari mana ia berasal,saya bertanya punca ia menagih.Katanya ia lahir sudah pun ketiadaan bapa, sebab bapanya kahwin lain dan tak balik-balik ke rumah, ia anak bongsu dari 6 beradik. Jadi mak lah terpaksa menoreh getah untuk membesarkan mereka sekeluarga. Perasaan benci pada ayah sangat kuat. Kerana tak pernah menghulurkan nafkah,disamping membiar kami sengsara.
Tentang pelajaran apalagi, saya tidak begitu berminat. Hanya sampai tingkatan 3.Itu pun tak habis.
Tension,geram dan benci semua ada dalam diri.Saya bekerja untuk membantu emak. Dalma pada itu, ada kawan menyatakan kau try lah benda ni.Saya pun mula mencoba untuk menghilang rasa runsing. memang risau saya hilang. dan anehnya, bila makan dadah, sata rasa bersemangat buat kerja, tau-tau hari dah petang dan tubuh pun berpeluh. Lain kalau tak makan dadah, rasa penat dan tak larat sekali untuk mengangkat barang yg sepatutnya boleh saya buat.
begitu saya sehingga 8 tahun. Apabila duit habis untuk membeli benda itu, fikiran saya ligat mencari idea. Saya tak keseorangan, ternyata kawan-2 pula mudah di ajak untuk
Kawan mencuri dan merompak. Semua kerja gila saya lakukan, kecuali membunuh. Ditanya apakah masa tu kamu tak ada perasaan takut dan bersalah? Tak...takut memang tiada.
Macam mana boleh tertangkap?
Saya masa tu tengah naik motor, dan dalam poket saya ada benda tu.Polis ajak ke balai.Saya pula memang tak berdaya untuk melawan kerana lemah.Lalu saya disoal siasat dan disinilah saya hari ini.
Apa harapan kamu bila keluar nanti?
Saya nak jauhkan benda tu. Dan bekerja noreh getah bantu emak.
Demikian sekilas cuplikan wawancara saya dengan klien. Yang membuat saya ingin kongsi ialah, peranan keluarga terutama sang ayah yang menjadi driver dalam rumahtangga. Begitulah jadi anaknya kalau bapa tak bertanggungjawab. Firman Allah. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.
Anda ada cerita untuk dikongsi?Silakan emel pada saya.
Baca selanjutnya
Lawatan ke Inabah dan Pusat Serenti
Dimana....?
Hari ini saya dan kawan-kawan di Spada akan berangkat ke Pusat Pemulihan Dadah di Kedah menggunakan metode Inabah, semasa di Aceh, saya sudah membaca buku karangan Dr.Su'dan yang mana isi kandungannya menyatakan keberhasilan 96.4% pesakit dadah sembuh sembuh dengan usaha seperti itu yang dilakukan di Suryalaya, Jawa Barat.Bahan ini saya masukkan ke dalam skripsi yang membawa saya memegang ijazah Sarjana Muda Bimbingan dan Penyuluhan Islam, Fakultas Dakwah.Lawatan ini memberi peluang pada saya untuk melihat sejauh mana metode dari Indonesia itu diguna pakai dan sejauh mana keberhasilan serta apakah masalah dan kekangan yang masih menghalang ditengah jalan.
Di pagi ini, sempat membuka lembaran blog amal, terpandang wajah Sharlinie yang hilang dan belum dapat dijejaki hingga kini. Di mana dia....?
Tawaran Cuti Belajar Bergaji Penuh
Assalamualaikum dan Salam sejahtera, berhubung tawaran
Melanjut pelajaran Diploma Siswazah Penyalahgunaan Dadah,ramai yang tidak mengetahui akan hal ini. Sebenarnya setiap tahun peluang di buka kepada 30 orang dari KPM dan 30 dari SPA. Namun setiap tahun hanya 21 dan 22 orang yang minta sambung belajar.
Kemungkinan tidak disampaikan oleh orang yang berkenaan pada anda, atau memang anda dilihat tidak berminat. Apapun saya nak buka sedikit gambaran, bahwa peluang ini terbuka kepada semua pemegang ijazah Bimbingan, Kaunseling, Psikologi dan yang berkaitan. Cuti bergaji penuh dan diberikan elaun sara hidup. Masa hanta 9 bulan. Umur tidak melebihi 40 tahun. Sudahpun sah jawatan, sudah membuat isytihar harta, dipersetujui oleh majikan dan markah tahunan 85 ke atas.
Ayuhlah, ramai-ramai tahun depan, sesiapa yang nak tambah ilmu, atau nak keluar makan angin sekejap di luar sekolah, atau mencari idea baru. Silakan jangan bertangguh.Tahun ini, rakan-rakan saya dari Johor pun ada, Pasir Puteh Kelantan pun ada, mereka ulang alik setiap minggu.Hehe.duk rumah sewa lah kat sini kalau tak nak menumpang rumah sedara.
Kepada yang ingin mengetahui lebih lanjut, boleh bertanyakan pada Cr.En.Samsul Dolah, bekas alumni cemerlang SPADA ini.
Berceritalah
Teruskan wahai sahabat menulis sebuah tulisan yang memberi makna, mendatang manfaat kepada manusia seluruhnya, tatkala anda masih bersama roh mau pun ketika panggilan akhir datang menamatkan sebuah lakonan hidup di dunia ini.
Norish