Welcome

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Etiam pharetra, tellus sit amet congue vulputate, nisi erat iaculis nibh, vitae feugiat sapien ante eget mauris.

Follow us


Ask a question

Name

Email

Question

Submit

Link Blog

Senarai Blog Saya

Senarai Blog

Sample text


Emel : afraima@yahoo.com..febook : facebook.com/skbangi
.Facebook : facebook.com/skbangi



Blogger

Blogger
Noorhisham Hamzah Sarjana Sosial Islam, Kaunselor SK Bangi, Ijazah Sarjana Muda Indonesia, Ijazah Lanjutan, Drug Abuse, USIM, Emel afraima@yahoo.com

Makam-Makam Nabi

Blogger news

Diri Admin

Noorhisham Hamzah
Emel afraima@yahoo.com
FB facebook.com/skbangi

Blogger templates

Jika terdapat sebarang persoalan untuk dijawab, boleh lah di hantar ke afraima@yahoo.com afraima@yahoo.com

Anda yang Datang

Twitter

Link

Terima Kasih Atas Kunjungan Ilmu dikongsi,ganjaran diharap

ShoutMix chat widget

Pelawat

Halaman

Dikuasakan oleh Blogger.

Twitter

Ads 468x60px

About Me

Teman

Cari Blog Ini

fb komen

Featured Posts

Khamis, 13 November 2008

Seminar Pendidikan Pencegahan Penyalahgunaan Dadah

En.Halim menyampaikan ceramah dengan penuh bertenaga

Sebahagian hadirin yang hadir menunai tanggungjawab.

Program di akhiri dengan Forum yang mengundang tetamu dari AADK, Kementerian Pelajaran dan PEMADAM.

Beratur menunggu mengambil makanan tengah hari



En.Aziz, Pegawai HEM Hulu Langat dan Cikgu Rabuni SK Bandar Rinching

Antara AJK yang terlibat. SPADA Boleh.!!

Fadilah, member lama kat MPI. Jumpa lagi kat sini.

Menikmati makanan tengah hari, seorang kata masin la.

Peserta tidak melepaskan peluang untuk bertanya

Berkongsi maklumat, merokok membahayakan diri dan orang lain.

Haji Arman Hulu Langat



13 November 2008. USIM. Seminar Pendidikan Pencegahan Penyalahgunaan Dadah berjaya dan sukses. Special Programme for Alcohol and Drug Abuse (SPADA) selaku urusetia memang berkemampuan mengadakan program seumpama ini walau baru 4 bulan belajar. Kehadiran tetamu di luar jangkaan. Di awal program kami sangat cemas, di pertengahan program ada rasa sedikit gembira, dan di ahkir ada manisnya. Kami terima 120 lebih fax yang setuju hadir. Namun disebalik surat-surat yang difaks itu, ada yang tidak mengefaks terdahulu, malah jumlah peserta meningkat hingga 150 orang.Ada yang tidak mendapat fail dan jurnal Perkama. Ini semua di luar jangkaan kami.

Melihat komen dari peserta, ramai yang ingin lihat pada akan datang, program didatangkan bersama seorang bekas penagih. Nampaknya guru-guru berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang akibat dari penagihan. Kaunselor dan guru PPDa boleh menghubungi mana-mana pelajar Spada untuk menyampaikan ceramah, berkongsi cerita tentang penagih hasil dari sesi kaunseling.





En.Abd Halim selaku ketua program SPADA, sekali lagi mempromosikan SPADA kepada tetamu yang hadir. Lihat website USIM bulan Mac tahun 2009, akan keluar iklan pengambilan pelajar SPADA angkatan kelima.

Selasa, 11 November 2008

Lagi Program di SMK Convent




KAJANG. 11 November 2008. Kalau pagi di Institut Perguruan Raja Melewar, Seremban, manakala petang pula saya menerima undangan Puan Lam dari SMK Convent. Sehabis acara, Puan Lam mohon datang lagi kali kedua untuk tingkatan 2. Katanya saya sangat seronok, sebab ceramah ini ada cerita tentang kehidupan, macam mana orang yang menagih itu hidup.

Banyak juga soalan-soalan datang dari anak-anak Convent ini. Dari mana datang dadah, macam mana membuatnya, macam mana nak berheti dari menagih. Terlupa ...rupanya sekolah ni semuanya perempuan. OK dah nak study farmako plak.

Pencerahan DI SMK Convent




Kalau pagi di Isntitut Perguruan Raja Melewar, seremban, manakal petang pula saya menerima undangan Puan Lam dari SMK Convent. Sehabis acara, Puan Lam mohon datang lagi kali kedua untuk tingkatan 2. Katanya saya sangat seronok, sebab ceramah ini ada cerita tentang kehidupan, macam mana orang yang menagih itu hidup.

Banyak juga soalan-soalan datang dari anak-anak Convent ini. Dari mana datang dadah, macam mana membuatnya, macam mana nak berheti dari menagih. Terlupa ...rupanya sekolah ni semuanya perempuan. OK dah nak study farmako plak.
Isnin, 10 November 2008

Senario Dadah Semasa di IPRM,Seremban

Pintu hadapan masuk ke IPRM

En.Farid b. Mohamad Japeri sedang menyampaikan ceramah pertama.
Slot kedua disampaikan olehEn.Noorhisham
11 November 2008. Seremban.Satu pendedahan kepada bakal guru-guru (KPLI) di Institut Perguruan Raja Melewar berkaitan dadah sangat relevan dengan saatnya. Ada slide yang tak sempat saya huraikan tadi, anda boleh sedut nota tersebut dalam laman berikut. Sila klik disini.

Dalam program ini seramai 468 orang guru-guru lepasan Ijazah mengikuti ceramah yang disampaikan oleh 2 orang mahasiswa SPADA.Ada yang teruja baru mendengar perkataan Diploma Siswazah diawalnya. Dan dipertengahan mereka mendengar lagi kalimat dependens, tolerans, barbiturat, Benziodiazepen, koma, maut, sakit mental dan sebagainya. Satu hal baru dan pendedahan yang menyeronokkan.

Kiranya ada antara pendengar hari ini yang tertarik ingin membawa ceramah kepada murid sekolah suatu hari nanti. Anda boleh hubungi SPADa atau emel berikut, afraima@yahoo.com.
Sabtu, 8 November 2008

Tengok lah Kalau Dah Terlampau Maju


BARU tadi saya dengar berita sambil layari internet, seorang ibu dan bapa terus naik ke TV3 pasal sekolah rendah tayang video orang mati dan yang patuk ular disebabkan tidak sembahyang. Dari cara berpakaian tukang lapor tu, kita boleh diagnosa sejah mana ilmu pengetahuan nya tentang agama.

Dalam surah AN-Nur, Tuhan mengingatkan, "Hai Nabi katakan kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu , dan seluruh perempuan mukmin, hendaklah mereka menghulurkan jilbab, ke seluruh tubuh mereka, demikian itu mudah untuk kamu dikenali sebagai orang yang baik dan tidak akan diganggu, Dan Allah Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang" Ah-Ahzab : 56

Kalau macam tadi pakaian,sah dia tak tahu ayat ini. Kalau dia tahu masakan masih berani begitu sedang azab yang dahsyat sedang menanti. Hmmmm.... mungkin pula anak nya terlalu takut dengan tayangan tadi dan tak pernah dibagitau pun oleh mak mereka pasla tu. Kesian.

Nak cerita pengalaman saya masa sekolah rendah jugak dulu, mak pernah cerita kalau kita nakal,nanti bila mati, duduk sorang-sorang dalam kubur, ada ular kala jengking, panas hujang, tak ada siapa boleh tolong. Bila dengar tu, saya menangis sendiri. Sekarang al-hamdulillah saya belum pernah tinggal solat secara sengaja.

Ingat cerita tadi....kalau ada ramai parent macam tu..hmmm apalah nak jadi ye. Ada 2 situasi yang saya bayangkan terjadi, Pertama situasi anak balik ceritakan pada ibu bapa mereka tantang apa yang mereka lihat di sekolah tadi, maka ibu dan bapa yang sudah ada ilmu bab ini, dia akan kata, hah, kan mak dah kata, kalau kita tak sembahyang, bila mati begitu dan begini. Dan ini tidaklah melampau sangat. Masih OK la.

Sebaliknya kalau ibu dan bapa yang macam tadi. So, dia akan marah pada sekolah, sekolah pun tak ambil endah. PAstu tu pegi ke saluran lain. So....ambil tauladan cerita ini.

PROGRAM KEAGAMAAN DI BUKIT MAHKOTA

Assalamualaikum,

kepada surau-surau dan persatuan-persatuan penduduk Putra Mahkota,Bangi dan sekitarnya

Dr Mohd Arip Kasmo ada beritahu ayahlong, dia selalu lalu di Putra Mahkota dan mengalu-alukan sebarang jemputan untuk berceramah tentang Al Quran dan Sains di sekitar Putra Mahkota. Untuk maklumat lanjut, sila klik blog beliau <http://qurandansains.blogspot.com/> dan googlekan nama beliau untuk melihat aktiviti beliau. Setakat ini beliau ada bagi ceramah di KUIS. Seeloknya sediakan LCd projector kerana banyak slide yang beliau nak tunjukkan tapi kalau surau tak ada kemudahan tersebut, beliau boleh bawa sendiri.

Keistimewaan beliau ialah dapat mengolah permasalaahan mengikut perspektif agama menggunakan laras bahasa sains. Istilah-istilah seperti kromosom, galaksi dan Big Bang Theory disulami dengan konsep-konsep tauhid, syumul, uluhiyah dan rububiyah. Bagus untuk para
pendengar yang dahagakan hujah saintifik berpaksikan k,pada kebenaran Al Quran.

Untuk maklumat lanjut boleh juga hubungi Ayahlong melalui e-mail ayahlong_azm@yahoo.com atau hubungi beliau (hp dan e-mail ada dalam blog beliau).

Penceramah: Dr Arif Kasmo, UKM
Tajuk: Al Quran dan Sains
Hari, masa: Ahad, selepas solat maghrib.
Tarikh: 9 November 2008
Tempat: Surau Al Muhajirin, Seksyen 3, Bandar Bukit Mahkota


Ayahlong
BBM
Jumaat, 7 November 2008

Syukur Mereka Faham



Rasa gembira sungguh malam tadi, saya dan En.Farid dari AADK Putrajaya ketika mengadap YB Ir.Iskandar ADUN Pandan Indah, giliran kami nombor tujuh, setelah lama menunggu jam 10.30 baru beliau tiba di PUsat KHidmat ADUn. Ramai dah menunggu, semua kaum ada di situ. YB baru habis meeting di Pandan jugak.


Ketika giliran saya tiba, hampir jam 11.00 malam. Kami masuk, saya perkenalkan diri dari USIM, dan hajat kami datang. Semua kos program adalah RM8,000.00. Yang paling penting kami nak kan orang-orang (pemimpin masyarakat kawasan YB) Selangor rangking ke 4 dalam Malaysia jumlah penagih tertinggi. OK kata YB, nanti saya call balik. Dalam RM4,000 boleh saya bagi. OK Terima Kasih.

Ketika menghampiri van saya, telefon berdering, PA kepada YB Iskandar menghubungi, minta naik balik. Cepat-cepat kami naik dan masuk ke ruang pejabat. Ya YB. Ada apa...Beginilah.....kata beliau, semua kos kami akan tanggung. Kita buat atas nama kerjasama antara USIM dan Kerajaan Negeri Selangor. Letakkan logo negeri Selangor. OK YB, kami sangat tak kisah hal itu. Nanti kami call semula PA YB, saya perlu bincang dengan bos saya dulu. Wassalam

Syukur Mereka Faham



Rasa gembira sungguh malam tadi, saya dan En.Farid dari AADK Putrajaya ketika mengadap YB Ir.Iskandar ADUN Pandan Indah, giliran kami nombor tujuh, setelah lama menunggu jam 10.30 baru beliau tiba di PUsat KHidmat ADUn. Ramai dah menunggu, semua kaum ada di situ. YB baru habis meeting di Pandan jugak.


Ketika giliran saya tiba, hampir jam 11.00 malam. Kami masuk, saya perkenalkan diri dari USIM, dan hajat kami datang. Semua kos program adalah RM8,000.00. Yang paling penting kami nak kan orang-orang (pemimpin masyarakat kawasan YB) Selangor rangking ke 4 dalam Malaysia jumlah penagih tertinggi. OK kata YB, nanti saya call balik. Dalam RM4,000 boleh saya bagi. OK Terima Kasih.

Ketika menghampiri van saya, telefon berdering, PA kepada YB Iskandar menghubungi, minta naik balik. Cepat-cepat kami naik dan masuk ke ruang pejabat. Ya YB. Ada apa...Beginilah.....kata beliau, semua kos kami akan tanggung. Kita buat atas nama kerjasama antara USIM dan Kerajaan Negeri Selangor. Letakkan logo negeri Selangor. OK YB, kami sangat tak kisah hal itu. Nanti kami call semula PA YB, saya perlu bincang dengan bos saya dulu. Wassalam
Selasa, 4 November 2008

Bukan Manusia Yang Jadikan

Minta maaf anda terkejut melihat foto ini. ALLAH kadang-kadang nak sedarkan manusia, bahawa yang ciptakan makhluk ini dan seluruh makhluk lain yang ada adalah bukan manusia. Tetapi ALLAH. Yang Wajib di ingati setiap detik dan ketika. Paling tidak 5 kali sehari semalam.

Kadang-kadang manusia yang kurang arif bertanya kepada teman-temannya yang tak punya anak, bila kau nak dapat anak, justeru persoalan itu sebenarnya tidak disedari telah mengguriskan hari yang ditanya. Padahal dia terlupa, bukan manusia yang berupaya menjadikan manusia. Andai kata manusia mampu mencipta manusia, sudah tentu kita akan mencipta secantik-cantiknya, sebaik-baik dan secerdik-cerdiknya.

Bagi sesetengah orang, jika punya anak seperti ini, alangkah lebih baik jika tidak memiliknya. Seringkali jugak anak guru, ditanya orang kenapa tak berapa pandai ya. Dia jugak terlupa, itu tidak mesti berlaku, sebab guru adalah manusia biasa jugak, cuma lebih pandai sikit pada bukan guru dalam bidang tertentu. Guru pun waktu sekolah dulu tak berapa pandai jugak. Yang pandai tak berapa ramai jadi guru, mereka pilih enjiner, doktor, peguam, hakim dan sebagainya.

Dan kita sememangnya, tidak boleh mengharapkan anak kita terlalu pandai, hanya semata-mata kita bergelar guru, lihat dulu dan cermin dulu siapa kita. Kalau takdir anak kita antara ribuan yang cerdik, maka pantasnya kita mengucap syukur padaNya, dan andai bukan, terima saja lah...norish
Ahad, 2 November 2008

Jamal dan Dadah


Namun, apakan daya jika sudah tertulis 'perpisahan' yang terbaik untuk memulihkan diri daripada kesilapan lampau.

Hanya doa dari kejauhan mengiringi anak-anak tersayang, mudah-mudahan mereka dijauhi daripada malapetaka dan dapat menjalani kehidupan seharian dengan lancar tanpa sebarang tekanan.

Bagaimanapun, dalam kehidupan yang serba salah, penyanyi melonjak dengan filem Azura ini tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai bapa kepada dua puteranya, Osama Yamani, 7, dan Ahmad Zaki Yamani, setahun lapan bulan.

"Tanggungjawab semestinya kerana itu kewajipan saya sebagai bapa. Walaupun orang kenal saya macam ini, namun nafkah anak tidak pernah diabaikan.

"Setiap bulan saya kirim wang. Osama tinggal bersama ibu tiri saya, manakala Ahmad Zaki pula dengan ibunya.

"Jika ada kelapangan, saya akan pulang ke kampung menjenguk Osama. Manakala pada musim cuti sekolah saya akan mengambilnya untuk tinggal bersama di sini (Rumah Pengasih). Sementara Ahmad Zaki pula, saya akan menemuinya di taska.

"Kalau ikutkan memang sedih kerana terpaksa menjalani kehidupan seperti ini, berjauhan dengan anak, tetapi bagi saya ini saja jalan terbaik buat masa ini.

"Saya bimbang jika tinggal di luar kerana banyak dugaan yang akan menghasut saya untuk kembali menagih," katanya.

Bagi membuktikan kebimbangannya, Jamal yang ditemui di Majlis Rumah Terbuka Kuzie Catering di Kompleks PKPS, Shah Alam, baru-baru ini, memaklumkan ke mana pun dia pergi pasti ditemani kaunselor, Wira Noh yang sudah dua tahun menjaganya.


"Dia guru dan teman baik yang selalu memberi kata-kata semangat kepada saya. Walaupun sekarang ini, saya bebas 100 peratus daripada dadah, namun sebenarnya masih dalam proses pemulihan. lagi

Apakan Daya

Namun, apakan daya jika sudah tertulis 'perpisahan' yang terbaik untuk memulihkan diri daripada kesilapan lampau.

Hanya doa dari kejauhan mengiringi anak-anak tersayang, mudah-mudahan mereka dijauhi daripada malapetaka dan dapat menjalani kehidupan seharian dengan lancar tanpa sebarang tekanan.

Bagaimanapun, dalam kehidupan yang serba salah, penyanyi melonjak dengan filem Azura ini tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai bapa kepada dua puteranya, Osama Yamani, 7, dan Ahmad Zaki Yamani, setahun lapan bulan.

"Tanggungjawab semestinya kerana itu kewajipan saya sebagai bapa. Walaupun orang kenal saya macam ini, namun nafkah anak tidak pernah diabaikan.

"Setiap bulan saya kirim wang. Osama tinggal bersama ibu tiri saya, manakala Ahmad Zaki pula dengan ibunya.

"Jika ada kelapangan, saya akan pulang ke kampung menjenguk Osama. Manakala pada musim cuti sekolah saya akan mengambilnya untuk tinggal bersama di sini (Rumah Pengasih). Sementara Ahmad Zaki pula, saya akan menemuinya di taska.

"Kalau ikutkan memang sedih kerana terpaksa menjalani kehidupan seperti ini, berjauhan dengan anak, tetapi bagi saya ini saja jalan terbaik buat masa ini.

"Saya bimbang jika tinggal di luar kerana banyak dugaan yang akan menghasut saya untuk kembali menagih," katanya.

Bagi membuktikan kebimbangannya, Jamal yang ditemui di Majlis Rumah Terbuka Kuzie Catering di Kompleks PKPS, Shah Alam, baru-baru ini, memaklumkan ke mana pun dia pergi pasti ditemani kaunselor, Wira Noh yang sudah dua tahun menjaganya.


"Dia guru dan teman baik yang selalu memberi kata-kata semangat kepada saya. Walaupun sekarang ini, saya bebas 100 peratus daripada dadah, namun sebenarnya masih dalam proses pemulihan.

Bahan Masukan Mesyuarat PIBG



1 NOVEMBER 2008. BANGI SK Bangi. Satu mesyuarat AJK PIBG telah di adakan seusai tamatnya program gotong-royong. Terima kasih kepada semua ibu dan bapa, juga hadirin yang telah sudi hadir untuk membantu menceriakan sekolah ini yang telah berusia 84 tahun.





Berikut saya siarkan beberapa isi mesyuarat yang saya kira boleh untuk dikongsi bersama. Maklum anda diluar yang tidak berstatus AJK tidak dapat mengikuti secara langsung mesyuarat ini. Namun saya tahu, anda juga seorang yang hebat bahkan kadang-kadang ada parents yang lebih hebat dari guru-guru dan Ajk sedia ada, Cuma belum terpilih sebagai anggota PIBG. Tidak mengapalah, namun sumbangan anda berupa idea dan keringat serta wang ringgit tetap dihargai.


RESULT UPSR


Kemungkinan besar keputusan UPSR tahun ini boleh di ketahui selewatnya 13 November 2008 iaitu pada hari Khamis. Anda yang suka merakam detik indah, jangan lupa bawa kamera, kalau belum ada kamera dan berhasrat nak beli, eloklah beli yang SLR punya, walaupun sedikit mahal, tetapi berbaloi. Kenapa saya kata demikian, sebabnya pada hari tersebut, bermacam ragam mak ayah dan anak-anak kita yang dapat 5A dan 4A boleh kita lihat berlaku secara semulajadi. Dan detik itu tidak akan berulang lagi walau seribu tahun akan datang. Tangisan kegembiraan mereka memberi satu semangat baru yang luar biasa kepada kita semua.


TUISYEN MALAM



Kemungkinan juga tahun depan kelas tambahan akan di adakan pada waktu malam, selama 2 malam pada hari persekolahan. Perkara ini akan dibincang pada mesyuarat dengan ibu bapa murid Tahun 5, dimana mereka akan meningkat ke tahun 6 pada 2009.




Perjumpaan dengan ibu bapa akan dipercepat ke tahun ini, tidak sebagaimana biasa, kita adakan pada bulan 1, 2 dan 3. Ini kerana, memandangkan banyak perkara yang perlu kita bincang dan buat keputusan segera untuk tindakan pada tahun hadapan. Ada yang bertanya… kenapa panggil mak ayah tahun 5? Ya lah, mereka kan akan jadi mak ayah Tahun 6 akan datang.


SURAU




Wang terkumpul dalam simpanan sebagaimana yang dilaporkan oleh bendahari PIBG bagi tujuan surau ialah RM3,000.00. manakala di tangan Cuma RM1,000.00. baki yang lain telah pun diguna untuk keperluan tertentu berkaitan pembinaan surau juga. Setakat ini, pihak sekolah tidak boleh membuat kutipan rasmi, ini kerana plan secara terperinci yang dikehendaki oleh pihak atasan belum siap. Kalau nak siapkan plan itu kena bayar dulu RM5,000.00. sekarang yang dah ada RM4,000. Berbaki RM1,000 lagi. Lepas ni, kalau plan tersebut dah seatle, kita boleh buat pungutan rasmi. Saya rasa tuan-puan yang membaca laporan ini boleh memanjangkan hasrat ini, terutama untuk mengumpul dana sebanyak RM1,000 lagi.


Ada AJK bertanya, kenapa susah sangat? Surau Sri Putra dah siap pun? Guru Besar menjawab, ini kerana mereka (pihak berkuasa) telah menggazetkan bahawa bangunan surau ini milik sekolah, jadi mereka tak mahu kerja kita separuh jalan. Lainlah kalau surau ini diambil alih oleh pihak JKR. Ada usaha untuk membawa perkara ini kepada pihak JKR, namun mereka menolaknya.


BUKU TEKS.



Murid-murid telah pun di arahkan menghantar buku teks tahun ini dan mengambil buku teks untuk tahun depan pada minggu depan juga. Sesiapa yang tidak hadir ke sekolah dalam minggu-minggu terakhir ini, kemungkinan besar kalau tak cukup buku, mereka lah yang akan menerima nasibnya. Jadi mohon, untuk mengelak masalah tak dapat buku teks, sila hadir pada minggu-minggu terakhir ini. Dan sila jaga buku tersebut dengan baik, banyak buku kelihatan masih baru nampaknya tadi. Bagi yang hilang buku, mereka kena ganti buku baru atau bayar mengikut harga buku tersebut.





PERPINDAHAN KE SK SRI PUTRA

Seramai 800 orang murid yang beralamat di Sri Putra dan Bukit Mahkota dicalonkan sebagai murid yang bakal berpindah ke sekolah pertama RMK 9. Namun tidak dapat dipastikan, apakah sekolah itu benar-benar boleh beroperasi pada Januari 2009. Kita tunggu saja. Yang pasti hanya tahun 1 hingga tahun 5 sahaja yang akan memulakan belajar di sana.


Sementara itu, SK Bangi pula terpaksa meminda jadual sesi persekolahan anak anda. Ini berikutan untuk menyesuaikan dengan mata pelajaran J-Qaf. Tahun 1,2 dan 3 akan belajar pada sesi petang, manakala 4, 5 dan 6 akan belajar di sesi pagi.


MASALAH DISIPLIN

Tidaklah ada perasaan malu yang besar untuk berkongsi cerita pasal disiplin murid. Saya sebagai guru bimbingan dapati, mereka yang terlibat ini bukanlah murid yang tak baik, Cuma mereka nakal sikit. Biasalah tu, sekolah mana pun ada. Seramai 12 orang murid didapati mencoba hisap rokok dikawasan sekolah. Mereka telahpun dipanggil oleh guru disiplin, dan sebagai tindakan susulan, pihak sekolah akan memanggil ibu dan bapa, untuk memaklumkan sahaja perkara ini. Jangan pula marah pada anak, mereka sebenarnya bukan nak merokok, tapi kawan yang ajak. Saja cuba-cuba try test. Rasanya pihak sekolah perlu menyampai hal ini pada ibu dan bapa. Andai ada yang tidak terima dan marah-marah, itu kita tak ambil pusing lah. Kita bersedia untuk itu.


OK lah, saya harap tuan puan yang baca laporan ini boleh buat sesuatu yang terbaik untuk anak kita. Saya doakan anda semua dalam keadaan sihat dan panjang umur. Amin


http://norish77.blogspot.com

http://sekolahkebangsaanbangi.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...