Welcome
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Etiam pharetra, tellus sit amet congue vulputate, nisi erat iaculis nibh, vitae feugiat sapien ante eget mauris.
Follow us

Latest projects
Ask a question
Link Blog
Senarai Blog Saya
Senarai Blog
Sample text
Blogger
Blogs
Labels
- Desaria
- Famili
- Iklan
- Ilahut
- Internship
- Koleksi Terbaik
- Lagu
- Pendidikan
- Penulisan Saya
- Pesan-pesanan
- Ramadan
- Remaja
- Renungan
- Tazkirah
- Tazkirah Ramadhan
- agama
- berita pilihan
- bimbingan dan kaunseling
- buletin
- ceramah
- ceramahku
- dadah
- fakta
- kaunseling
- kematian
- lawatan
- motivasi
- musibah
- perjalananku
- perjalananku di Aceh
- sahabat
- skb
- spada
- sufi
- taman desaria nilai
- tips
- umum
Alamak
Sami Yusuf
Link Cikgu
Makam-Makam Nabi
Blogger news
Diri Admin
Noorhisham Hamzah
Emel afraima@yahoo.com
FB facebook.com/skbangi
Blogger templates
Anda yang Datang
Link
Halaman
Dikuasakan oleh Blogger.
Ads 468x60px
About Me
Teman
Cari Blog Ini
fb komen
Featured Posts
Jumaat, 15 Mei 2009
SELAMAT HARI GURU
GURU OH GURU...
Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.
Dialah pemberi paling setia,
Tiap akar ilmu miliknya;
Pelita dan lanpu segala,
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat,
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat;
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat,
Seribu tahun, katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa,
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta;
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara,
Jika hari ini seorang ulama yang mulia;
Jika hari ini seorang peguam menang bicara,
Jika hari ini seorang penulis terkemuka;
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa,
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa;
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya,
Di sebuah sekolah mewah di ibu kota;
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu,
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semak terpencil duduknya di ceruk desa,
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apapun pada akhir kehidupanmu,
Guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu;
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat,
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
Usman Awang
1979
SELAMAT HARI GURU DIUCAPKAN KEPADA SEMUA WARGA PENDIDIK
16hb Mei 2009

| 0
ulasan
Selasa, 12 Mei 2009
Hai, Jauh Termonung Nampak
| 0
ulasan
Ho Chi Minh, Sg Mekong
| 0
ulasan
Ho Chi Minh, Sg Mekong
| 0
ulasan
Isnin, 11 Mei 2009
Anggota polis dihukum gantung
KUANTAN - Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal akhirnya menerima hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam selepas didapati bersalah atas dua tuduhan mengedar dadah jenis ganja seberat 811.91 gram empat tahun lalu.
Hakim Datuk Abdul Halim Aman memutuskan hukuman tersebut terhadap Mohd. Isa Zainal Abidin, 52, setelah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie.
Seramai 10 orang saksi termasuk isteri tertuduh dipanggil dalam perbicaraan yang bermula 26 Mac 2007 dan berakhir pada 21 April lalu bagi memberi keterangan.
"Pembelaan yang diasaskan kepada penafian hak milik dadah terbabit tidak mencukupi. Malah, tertuduh sendiri memandu arah polis ke tempat dadah di dalam rumahnya menunjukkan tertuduh tahu di mana dadah itu disimpan," katanya.
Mohd. Isa dalam pertuduhan pertama didapati mengedar dadah jenis ganja seberat 390.45 gram kira-kira pukul 5.15 petang di hadapan sebuah kedai nombor ekor di Jalan Tok Muda Haji Idris, Pekan pada 14 Oktober 2005.
Pertuduhan kedua pula, dia didapati mengedar dadah jenis ganja seberat 421.46 gram kira-kira pukul 5.30 petang di kuarters polis Ibu Pejabat Polis Daerah Pekan pada tarikh yang sama.
sumber
| 0
ulasan
Selamat Hari Ibu
Selamat Hari Ibu...
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,
"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

Sabtu, 9 Mei 2009
Selamat Hari Ibu diucapkan kepada semua kaum ibu yang telah sudi mengunjungi blog ini. Sayangilah ibu.
| 0
ulasan
Menggali Rahsia 5A di rumah
Tanpa alat sokong bantu, sesuatu perjuangan tersebut sukar untuk menemui kejayaan. Untuk menyempurna tulisan seperti tajuk di atas kali ini, guru bimbingan dan kaunseling SK Bangi, En.Noorhisham bin Hamzah, membuat lawatan ke rumah dan mengatakan perbincangan dengan En.Zamri serta Puan Rosita (isteri) yang terletak di Bukit Mahkota.
Lawatan ini adalah sesi lawatan yang ke-4 tahun ini. Tujuan lawatan ini di adakan adalah untuk membongkar sekali lagi rahsia anaknya Umairah mendapat 5A tahun lepas. Rakaman rahsia kejayaan ini pernah di siarkan dalam laman web skbangi.com dan masih ada hingga ke saat ini.
Umairah pada mulanya ditempatkan di kelas 6 Jupiter, namun keputusan ujian bulanan menolaknya ke kelas Mercury. Dalam beberapa siri peperiksaan bulanan, dia tidak pernah mendapat 5A.
Antara faktor yang sempat saya gali dari keluarga ini ialah :
1. Sokongan dan bantuan Ibu Bapa
Ibunya sentiasa membantu anaknya belajar, kelihatan di dalam gambar, semasa lawatan saya ke sana, ibunya sedang mengajar anaknya menjawab soalan yang tidak difahami. Dari aspek lain, ibu dan bapa membantu menyediakan suasana yang kondusif bagi anak-anak belajar. Adik-adik yang kecil akan diarahkan supaya bermain di lokasi lain supaya tidak menggangu kakaknya belajar.
Anak kita boleh belajar dimana saja, ruang tamu atau dalam bilik. Tergantung kemahuannya. Ada murid mengatakan, cikgu ibu saya tak bagi belajar dalam bilik, katanya membazir elektrik.
Selain itu, kita perlu bantu mereka berkaitan emosi. Sentiasa memberikan galakan dan jangan sesekali men"down"kan perasaan mereka ketika keputusan ujian menyedihkan. Sebaliknya, lihatlah, dan perhatikan apakah masalah yang sedang dia hadapi.
2. Sediakan Buku / Kamus di Ruang Tamu
Kadang-kadang mudah, tetapi jarang di ambil berat. En.Zamri menyediakan buku-buku bahan bacan termasuk kamus di sebelah tempat duduk ruang tamu.
Katanya ketika anak ingin melihat TV, atau sambil menunggu hidangan makanan siap, anak kita akan mencapai buku itu lalu membelek-beleknya.
Jangan letak buku tersusun elok dalam bilik. Kelihatan cantik dan kemas, tetapi berapa kali kah anak kita mencapai buku tersebut?
3. Persediaan Awal
Ini penting, persediaan di awal tahun banyak membantu. Ibu dan bapa hendaklah membeli buku-buku dan soalan-soalan UPSR tahun-tahun lepas dan€ minta anak menjawabnya. Belilah dan buatlah latihan sebanyak-banyaknya.
4. Bergantung harap dengan TUHAN
Selagi kita masih ada Tuhan, jangan lupa bergantung harap denganNya. Lakukan solat hajat sentiasa dan berdoa setiap hari. Orang yang sentiasa mendekati Tuhannya yang Maha Pengasih, Tuhan akan berikan ketenangan padanya. Dengan itu dia boleh belajar dengan baik dan tekun.
Saya ditanya kenapa sekarang ini ramai pelajar yang cemerlang 18A, 20A adalah datangnya dari sekolah aliran agama? Sedangkan bukan sedikit subjek yang mereka bertarung. Nik Nur Madihah memberikan jawapan, kerana sentiasa mendekati Tuhan.
Sambung di bawah

5. Hormati Guru
Jangan sesekali menyakiti hati guru, sebab keberkatan ilmu ada ada sikap seorang murid menghormati gurunya.
6. Jaga hubungan dengan Tuhan
Jangan sesekali menyakiti hati guru, sebab keberkatan ilmu ada ada sikap seorang murid menghormati gurunya.
6. Jaga hubungan dengan Tuhan
Kecemerlangan yang hakiki adalah apabila kita dapat menjalankan tugas kita sebagai hamba terhadapnya. Lihatlah dikalangan orang-orang yang berjaya selama ini. Berapa peratuskan yang berjaya antara yang memutuskan hubungan mereka dengan tuhannya. Memang ya. tetapi bukan kejayaan yang hakiki dan abadi.
7. Beri Penekanan Subjek yang Lemah
Murid hendaklah memberikan penekanan pada mata pelajaran yang dia lemah. Ada orang lemah BI dan ada pula lemah Sains. Jadi corak belajar antara satu sama terdepat sedikit perbezaan.

Saya akan sambung tulisan ini lagi dengan mengadakan lawatan ke rumah yang lain. Terima Kasih En.Zamri sekeluarga kerana menerima lawatan saya kali ini. Semoga apa yang di tulis ini, dapat dicontoh oleh pembaca semua. demi kejayaan anak-anak. Amin

Cikgu Noorhisham sedang berbual dengan keluarga En.Zamri
Saya akan sambung tulisan ini lagi dengan mengadakan lawatan ke rumah yang lain. Terima Kasih En.Zamri sekeluarga kerana menerima lawatan saya kali ini. Semoga apa yang di tulis ini, dapat dicontoh oleh pembaca semua. demi kejayaan anak-anak. Amin
Sambung di bawah
| 0
ulasan
Lagi Kenangan SPADA 2008/2009
Setelah tiga bulan bertapa di tempat internship masing-masing, kami bertemu kembali pada hari pembentangan kajian kes 7 April 2009. Tengok Pandy dan Vijaya macam pinang dibelah dua...hehe
Malamnya ada jamuan pulak. Katanya untuk rai student SPADA tapi yang dirai kena bertungkus lumus siapkan semua persiapan. Cian...hahaha.. Farid sampai kepenatan bersandar kat dinding tu..
Yang ni pulak, cikgu Jai sedang testing suara untuk jadi pengacara majlis. Memang kelasss la suara cikgu Jai ni. Ada bakat jadi pengacara jemputan...Silap haribulan jadi pengacara majlis tetap dan berpencen...huhuhu...
Ni lah perancang utama majlis jamuan malam SPADA 2009, Ida. Dari surat menyurat sampailah ke kain alas meja makan, dia tentukan. Cik Nan tu nak tunjuk muka gak sini...Nampak penat je cik Nan?..
Lenny malam tu tak leh buat apa. Jadi pemerhati PBB je sebab tangannya tinggal 1...hihihihi...1 lagi kena balut..baru lepas operate...Kak Lin biasa la...kontrol ayu...haha
| 0
ulasan
Catatan Hati Nik Nur Madihah
Saya pernah membaca buku yang diterbitkan kerana Nur Amalina mendapat 17A. Dan saya juga pernah membaca buku yang dikarang kerana seorang insan miskin, yang sehari-hari pekerjaan bapanya adalah bersama ombak dan laut, Nik Nur Madihah. Tetapi antara keduanya tidak sama isi dan pengisiannya.Unsur kesufian jelas berada pada insan bernama NNM. Saya mengajak semua ibu dan bapa yang bercita-cita inginkan anaknya berjaya dari dunia sampai akhirat, dari terbuka mata sampai tertutup buat selamanya, miliki lah buku ini. Bacalah, walaupun dinding rumah anda sudah dipenuhi buku-buku bacaan.
Jadikan buku ini sebahagian dari koleksi peribadi anda. Saya mengutip satu perenggan yang terdapa dalam buku ini, katanya :
"Jika dahulu, beberapa bulan sebelum keputusan SPm di umumkan, aku hanya memasang impian untuk banyak kemahuan. Namun hari ini rezki Allah melimpah-ruah hingga aku menjadi malu denganNya. Apa sahaja yang aku mahukan dulu, datang secara percuma, lap top, telefon bimbit, jubah, pakaian baru, novel2 Islam, wang ringgit, jam dan paling mengharukan hadiah dari kumpulan nasyid Hijjaz yang akan menaja kami sekeluarga mengerjakan ibadah umrah. Masya Allah".
| 0
ulasan
Jumaat, 8 Mei 2009
What The Main Problem
Dalam kaunseling penagihan,
Kita akan mencari masalah yang sebenar disebalik masalah yang tidak sebenar. Klien atau seseorang yang sedang menghadapi masalah biasanya akan menutup masalah yang sebenar. Dia akan menceritakan masalah-masalah yang tidak sebenar dan bukan itu sebenarnya yang menjadi masalah.
Dalam arena persekolahan,
Adakalanya kita akan bertemu murid atau pelajar yang kerap kali ponteng sekolah. Guru akan menghubungi ibu dan bapa murid ini. Jawapan yang diberikan pun bukankah jawapan yang sebenar. Petang ini saya membuat lawatan ke rumah kali kedua, dan insya Allah malam ini pun ada satu lagi tujuan atas nama lawatan ke rumah.
Sebagai orang dewasa, tak perlu sebenarnya kita bersyarah pada mereka, cukup dengan kedatangan tubuh kita ke depan pintu rumah mereka, pun membuat jiwa mereka tergaman. Sebenarnya masalah anak tidak ke sekolah, adalah bukan masalah anak itu sangat. Tetapi ada kaitan secara langsung dengan sikap ibu dan bapa.
Nabi orang Islam, pernah mengatakan
Setiap anak dilahirkan dalam keadaan putih bersih. Maka ibu bapanya lah yang mencorakkan dirinya, apakah akhirnya menjadi majusi, nasrani atau yahudi.
Sikap anak, jangan disalahkan anak. Dia masih kecil dan tak tahu apa-apa. Kitalah yang mencorak keperibadiannya, cara berfikir dan bertindaknya. Jangan nanti kalau anak tidak solat, kita menjawab dihadapan Allah, entah...dia yang malas.

Khamis, 7 Mei 2009
Apabila Langit Terbelah
Malam ini cuaca sungguh panas. Talian enpon pula menghadapi gangguan. Mau hubungi sesiapa pun tak boleh. Mak sedara dari Kota Gelanggi hubungi saya. Dijawab dia tak dengar. Saya cuba hubungi, line kejap ada kejap hilang. Wah..apa sudah jadi. Cuaca panas, gelap, berhubung tak boleh, esok hari Jumaat.
Hari Jumaat adalah hari akan berlakunya kiamat. Peristiwa yang sangat dahsyat akan berlaku. Dalam surah Al-Infitar Tuhan mengingatkan manusia.
"Apabila langit terbelah, dan apabila bintang-bintang jatuh berserakan, dan apabila lautan menjadikan meluap, dan apabila kuburan-kuburan dibongkar, aka tiap-tiap jiwa akan mengetahui apa yang telah dikerjakan dan yang dilalaikannya. ai manusia, Apakah yang telah memperdayakan kamu (berbuat durhaka) terhadap Tuhanmu yang Maha Pemurah. yang telah menciptakan kamu lalu menyempurnakan kejadianmu dan menjadikan (susunan tubuh)mu seimbang, dalam bentuk apa saja yang Dia kehendaki, Dia menyusun tubuhmu. bukan hanya durhaka saja, bahkan kamu mendustakan hari pembalasan. Padahal Sesungguhnya bagi kamu ada (malaikat-malaikat) yang mengawasi (pekerjaanmu)",
Saintis mengakui, bagaimana hebatpun bumi dan langit ini, suatu masa nanti ianya akan runtuh jua.
| 0
ulasan
Rabu, 6 Mei 2009
Batu pun sujud
Jika batu yang keras bisa sujud pada tuhannya, mengapa pula manusia tidak demikian? Tuhan berfirman "Dan sesungguhnya kami telah menyediakan dalam neraka Jahanam itu ramainya untuk manusia dan jin, yang mana mereka mempunyai hati, tetapi tidak mahu memahaminya, dan mempunyai mata, tetapi tidak mahu melihatnya dan mempunyai telinga, tetapi tidak mahu mendengarnya.Orang yang sentiasa menjaga solat, akan sentiasalah hatinya teringatkan hari pembalasan. Lantaran itu ia sentiasa mengawal dirinya dari dicampakkan dalam api neraka. Dia sedar solatnya bermula dengan berdiri, tanda tidak selamanya ia muda dan berjaya, kemudian rukuk, dia tahu dia akan melalui zaman tua, zman bongkok, kemudian sujud, dia sedar hidupnya akan berakhir dengan tersungkur ke tanah dan akhirnya salam, tamatnya sebuah kehidupan di pentas dunia ini. Justeru, jiwanya takut, takut benar akan di campakkan ke dalam api yang sangat membakar sehingga ke dada.
Ulama mengatakan, jika kamu menjaga solat berjamaah 40 hari 40 malam tanpa tertinggal satu rakaatpun, adalah kamu dibebaskan dari sifat munafik. Sabda Nabi Orang yang terbebas dari munafik, baginya kelepasan azab kubur.
| 2
ulasan
Selasa, 5 Mei 2009
setahu saya ..
salam ..
setahu saya .. dah lama kita tak amal konsep tough n rugged di PUSPEN (Pusat Pemulihan Narkotik) yang dulunya dikenali sebagai Pusat Serenti ..
Mengenai tidur sewaktu solat .. itu lebih kepada sikap penghuni yang tidak mahu berubah ... Program keagamaan dijalankan mengikut agama asal penghuni .. malah diwajibkan untuk para muslims solat & puasa .. malah sistem kutipan zakat pun dibuat bila tiba masanya, oleh pihak Majlis Agama yang berdekatan ..
Penghuni kepenatan dan tidur di surau .. menjerit tak tentu pasal .. kerana kepenatan degan program seharian .. konsep aktiviti padat itu sebenarnya yang kita pupuk agar penghuni berhenti befikir tentang ketagihan mereka .. In fact bila mereka keluar pusat pun, mereka akan diarahkan untuk mencari pekerjaan (dengan pantauan AADK Daerah) .. Oleh itu, mereka akan lupa untuk membicarakan soal dadah atau berkumpul dengan rakan penagih sekiranya terikat dengan jadual kerja yang ketat ..
Aktiviti di pusat memang padat tetapi penuh dengan pengisian yang pelbagai .. dari segi pembelajaran sivik, kawad (kawad melatih seseorang untuk menerima n patuh kepada arahan), agama (bagi pusat yang mengamalkan sesi halaqah seperti di Perlop dulunya setiap Rabu akan ada 7-9 ustaz yang dilantik oleh Pejabat Agama Kuala Kangsar datang buat sesi 3 jam), vokasional (penghuni didedahkan dengan kerja pertukangan, jahit menjahit, pentadbiran, pertanian dll) yang latih penghuni untuk berdiri di kaki sendiri sekiranya tak dapat kerja bila keluar pusat ..
pelbagai cara dah diaplikasi untuk membantu para penagih, kebanyakannya gagal .. in fact kita banyak guna konsep TC terutama kat pusat2 sukarela tapi masih kurang yang berjaya .. puncanya sikap mereka yang tidak mahu berubah ..alah sikap keluarga yang tidak mahu menyokong n membantu .. bila nak buat KSB antara family pun banyak buat alasan busy tak boleh nak datang dll ..
pendapat peribadi saya .. buat kaedah kerjaya lebih mudah .. penghuni pergi kerja pagi .. balik petang .. hari2 .. penat n kat rumah rehat n tidur .. tak sempat nak jumpa kawan2 penagih .. so selamat dari meneruskan tabiat lama ..
ini hanya sekadar pendapat saya .. tidak mewakili jabatan ..
alin0ne78

Isnin, 4 Mei 2009
Islam Tak Bagus ?
Bila saya menulis tentang ta juk ini, dan membuat link tajuknya pada web www.skbangi.com, ada yang teruja untuk membacanya, ya tajuk ini sangat penting untuk menarik perhatian pembaca, patutlah wartawan mengguna pelbagai gaya, yang kadang-kadang terlewat batasan sehingga menceroboh kedamaian orang lain.
Tapi sayangnya kata si pelawat. link itu tak berhasil menuju ke lokasi yang sebenarnya. Saya cek link entah ada salah. Tak ada pun. Pastinya komputer itu yang tersekat link macam PC di USIM, apabila saya on dia memang boleh hidup, tapi ada beberapa gadjet yang hide lantaran di sekat oleh pihak USIM.
Di rumah pun pernah kejadian serupa ini berlaku. Untuk melihatnya apakah betul-betul di sekat, cuba cek kat bawah skrin, sebelah kanan, di penjuru, kalau ada tanda bulat dilintang warna merah seperti no entry, bermakna link ke url tertentu sudah di sekat. Klik di situ dan bebaskan link itu.

Sabtu, 2 Mei 2009
Cara Daftar Emel Gmail
| 2
ulasan
Jumaat, 1 Mei 2009
BETULKAH ANAK2 KITA INGIN BERJAYA
DALAM mengejar impian untuk menggapai kejayaan 5A di sekolah rendah, atau kejayaan dalam kehidupan sebagai insan yang soleh. kedua-duanya tidak terlepas dari elemen kebersihan.
Saya melihat-lihat dalam kelas anak-anak kita, maka inilah keadaannya seperti yang tertera pada foto. Foto ini di ambil dalam sebuah kelas. Belum masuk lagi ke kelas lain. Beginilah sebenarnya suasana yang terjadi. Sakit mata jika memandangnya. Apa yang ada dalam meja mereka, kertas, plastik makanan segera, sisa pensel yang di gorek dan lain-lain.
Apa masalahnya ?
1. Bilik darjah ini di kongsi oleh murid sesi pagi dan petang.
2. Tong sampah jauh dalam kelas, duduk di belakang kelas, bukannya di kaki masing-masing. Mungkin semua murid mengharap bakul sampah ada pada setiap meja mereka.
3. Sikap. Sikap tidak baik, tidak bertanggungjawab murid.
4. Meja mempunyai laci. Mungkin salah satu cara ialah menyedia meja tanpa laci.
Solusi
Sebagai jalan membantu mengurangkan masalah sampah ini. Ada beberapa cadangan yang mungkin boleh membantu.
1. Setiap guru mata pelajaran pertama sesi pagi dan selepas rehat mengarahkan semua murid membersihkan meja dan tempat masing-masing dalam masa 10 saat. Kita tidak boleh belajar dalam keadaan kotor, ilmu payah nak masuk. Kalau masa pertama sudah bersih, mustahil masa kedua ia boleh kotor lagi. Akan tetapi, selepas waktu rehat, ianya menular kembali. Guru yang masuk waktu pertama selepas rehat mengulang lagi seperti tadi. Begitu juga dengan sesi petang.
2. Memberi penghargaan dengan puji-pujian kepada murid yang sentiasa menjaga kebersihan. Sebaliknya memberi inzar, denda kepada murid yang tidak bertanggungjawab.
3. Murid dibekal dengan sebuah tempat khusus untuk membuang sampah. Hal ini sudah di lakukan, namun masalah ini tidak kunjung selesai.
Cadangan ini mungkin ada telah dilaksanakan, namun apakah masalah sehingga hal ini tidak dapat diselesaikan.
Dalam agama Islam ada menyebut, "Kebersihan adalah sebahagian dari (tanda-tanda seseorang itu ) beriman" kepada Allah dan hari akhirat. Orang yang menjaga kebersihan diri, mencerminkan jiwanya bersih dan sukakan kebersihan. Sebaliknya orang yang pengotor, busuk dan tidak terurus, juga sebagai lambang jiwanya yang serabut, tidak tenteram dan bercelaru.
Apa masalahnya ?
1. Bilik darjah ini di kongsi oleh murid sesi pagi dan petang.
2. Tong sampah jauh dalam kelas, duduk di belakang kelas, bukannya di kaki masing-masing. Mungkin semua murid mengharap bakul sampah ada pada setiap meja mereka.
3. Sikap. Sikap tidak baik, tidak bertanggungjawab murid.
4. Meja mempunyai laci. Mungkin salah satu cara ialah menyedia meja tanpa laci.
Solusi
1. Setiap guru mata pelajaran pertama sesi pagi dan selepas rehat mengarahkan semua murid membersihkan meja dan tempat masing-masing dalam masa 10 saat. Kita tidak boleh belajar dalam keadaan kotor, ilmu payah nak masuk. Kalau masa pertama sudah bersih, mustahil masa kedua ia boleh kotor lagi. Akan tetapi, selepas waktu rehat, ianya menular kembali. Guru yang masuk waktu pertama selepas rehat mengulang lagi seperti tadi. Begitu juga dengan sesi petang.
3. Murid dibekal dengan sebuah tempat khusus untuk membuang sampah. Hal ini sudah di lakukan, namun masalah ini tidak kunjung selesai.
Cadangan ini mungkin ada telah dilaksanakan, namun apakah masalah sehingga hal ini tidak dapat diselesaikan.
Daftar lah sebagai ahli komuniti Web Skb
| 0
ulasan
Khamis, 30 April 2009
Calon Murid Berjaya
| 0
ulasan
Langgan:
Catatan
(Atom)