Welcome

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Etiam pharetra, tellus sit amet congue vulputate, nisi erat iaculis nibh, vitae feugiat sapien ante eget mauris.

Follow us


Ask a question

Name

Email

Question

Submit

Link Blog

Senarai Blog Saya

Senarai Blog

Sample text


Emel : afraima@yahoo.com..febook : facebook.com/skbangi
.Facebook : facebook.com/skbangi



Blogger

Blogger
Noorhisham Hamzah Sarjana Sosial Islam, Kaunselor SK Bangi, Ijazah Sarjana Muda Indonesia, Ijazah Lanjutan, Drug Abuse, USIM, Emel afraima@yahoo.com

Makam-Makam Nabi

Blogger news

Diri Admin

Noorhisham Hamzah
Emel afraima@yahoo.com
FB facebook.com/skbangi

Blogger templates

Jika terdapat sebarang persoalan untuk dijawab, boleh lah di hantar ke afraima@yahoo.com afraima@yahoo.com

Anda yang Datang

Twitter

Link

Terima Kasih Atas Kunjungan Ilmu dikongsi,ganjaran diharap

ShoutMix chat widget

Pelawat

Halaman

Dikuasakan oleh Blogger.

Twitter

Ads 468x60px

About Me

Teman

Cari Blog Ini

fb komen

Featured Posts

Isnin, 10 Ogos 2009

VICTORY HOUSE

Monday, 10 August 2009 -

House of Victory (Rumah Victory) is a non-profit organization, established with the purpose to provide community services especially in the area of drug eradication and rehabilitation.This welfare-based organization aspires to offer a new hope for a victorious life for those who are misguided and in need. Founded by Bro. Philip Mok in 1988, the following three major ministries have been established:

1. Drug Rehabilitation Centres,
2. Preventive & Training Centre for Youth in Kuala Lumpur, and
3. Old Folks Homes.


Taklimat berkaitan Victory House


Salah satu ruang di Victory House



Kad daftar pelatih mengikut warna yang melambangkan tahap kepulihan

Para pelajar SPADA ketika mendengar taklimat

Setia mengiringi kami.....Cik Fadhilah.....

Asrama pelatih....


Bilik Detok

Dewan untuk segala aktiviti ceramah, motivasi, kerohanian, hiburan......



Memelihara haiwan...Salah satu kaedah rawatan dalam memupuk rasa belas kasihan dan kasih sayang



Taklimat di kebun sayur yang diusahakan sendiri oleh pelatih

Meninjau tanaman sayuran yang begitu subur




Bendi....


Sebelum menamatkan sesi Kajian Tinjauan, Presiden menyampaikan cenderahati kepada wakil Victory House



Sudut Muzik Terapi....



Puan Yatie...Setiausaha SPADA 09...



Hafiz sangat keletihan hingga terlena dan tidak menyedari aksi ini dirakam.....Jangan marah ye....



Owh!!!....Hafiz tak keseorang....Nampaknya Maznita juga keletihan


Tidak lengkap perjalanan jika Tuan Presiden tidak merakam detik indah bersama Cik Fadhilah...........

#################JUMPA LAGI DI UTARA SEMENANJUNG###############

Jubah Untuk Ibu

Apa nak jadi dengan kau ni Along? Bergaduh! Bergaduh! Bergaduh! Kenapa kau degil sangat ni? Tak boleh ke kau buat sesuatu yang baik, yang tak menyusahkan aku?”, marah ibu. Along hanya membungkam. Tidak menjawab sepatah apapun. “Kau tu dah besar Along. Masuk kali ni dah dua kali kau ulang ambil SPM, tapi kau asyik buat hal di sekolah. Cuba la kau ikut macam Angah dengan Alang tu. Kenapa kau susah sangat nak dengar nasihat orang hah?”, leter ibu lagi.

Suaranya kali ini sedikit sebak bercampur marah. Along terus membatukan diri. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya. Seketika dia melihat si ibu berlalu pergi dan kembali semula dengan rotan di tangannya. Kali ini darah Along mula menderau. Dia berdoa dalam hati agar ibu tidak memukulnya lagi seperti selalu. “Sekarang kau cakap, kenapa kau bergaduh tadi? Kenapa kau pukul anak pengetua tu? Cakap Along, cakap!” Jerkah ibu. Along semakin berdebar-debar namun dia tidak dapat berkata-kata. Suaranya bagai tersekat di kerongkong. Malah, dia juga tidak tahu bagaimana hendak menceritakan hal sebenar. Si ibu semakin bengang. “ Jadi betul la kau yang mulakan pergaduhan ye!? Nanti kau, suka sangat cari penyakitkan, sekarang nah, rasakan!” Si ibu merotan Along berkali-kali dan berkali-kali jugaklah Along menjerit kesakitan.

“Sakit bu…sakit….maafkan Along bu, Along janji tak buat lagi….Bu, jangan pukul bu…sakit bu…” Along meraung meminta belas si ibu agar tidak merotannya lagi. “Tau sakit ye, kau bergaduh kat sekolah tak rasa sakit?” Balas ibu lagi. Kali ini semakin kuat pukulan si ibu menyirat tubuh Along yang kurus itu. “Bu…ampunkan Along bu…bukan Along yang mulakan…bukan Along….bu, sakit bu..!!”, rayu Along dengan suara yang tersekat-sekat menahan pedih. Along memaut kaki si ibu. Berkali-kali dia memohon maaf daripada ibunya namun siratan rotan tetap mengenai tubuhnya. Along hanya mampu berdoa. Dia tidak berdaya lagi menahan tangisnya. Tangis bukan kerana sakitnya dirotan, tapi kerana memikirkan tidak jemukah si ibu merotannya setiap hari. Setelah hatinya puas, si ibu mula berhenti merotan Along. Tangan Along yang masih memaut kakinya itu di tepis kasar. Along menatap mata ibu. Ada manik-manik kaca yang bersinar di kelopak mata si ibu. Along memandang dengan sayu. Hatinya sedih kerana telah membuatkan ibunya menangis lagi kerananya.

sambung
Sabtu, 8 Ogos 2009

APA YANG KU CARI?

Bangun pagi, terus pergi kerja, pulang ke rumah, istirehat ala kadar, keluar lagi, kalau hari cuti, dapatlah peluang tidur barang sebentar. Siang dan malam berganti, itu-itu juga yang ku kerjakan. Apa sebenarnya yang ku kejar selama ini? Kerja sudah ada, gaji alhamdulillah, cukuplah buat makan, keluarga jugak ku punya, kelebihan tuhan karunia, dapatlah ku bercakap dengan manusia, untuk mengcelikkan mata yang terpejam, mengejut yang bermimpi panjang.

Oh, Dunia tak ubah laksana padang bola yang luas, semua manusia sedang beraksi rancak. Ada puluhan pemain yang sudah dikeluarkan. Ganti yang lain, yang masih muda, yang belum sakit. Menyambung permainan. Tiada permainan yang dimainkan secara terus-menerus, hingga bermingu-minggu dan bertahun-tahun lamanya, suatu ketika, pengadil membunyikan wiselnya, menandakan tamatnya sebuah permainan.

Dunia ini pun tak lama, suatu ketika nanti, wiselpun akan ditiup, semua manusia akan menghadapi saat kebangkitan. Oh, menang atau kalau adat dalam permainan. Begitulah dalam kehidupan ini, kita yang sedang bertarung dengan harta, anak, keluarga, sahabat dan karya, akan ada satu penanda, menang atau kalah. Yang menang akan menerima buku amalan dengan tangan kanan, yang tersungkur akan mengambilnya dari arah belakang.

PT FOUNDATION

Khamis, 6 Ogos 2009 - Kajian Tinjauan di PT Foundation, Kuala Lumpur

PT Foundation (sebelum ini dikenali sebagai Pink Triangle Sdn Bhd) merupakan suatu organisasi yang berteraskan masyarakat dan bukan berteraskan keuntungan. Organisasi ini menjalankan kerja-kerja sukarela dalam Program Pendidikan HIV/AIDS, Program Sokongan, Program Kesedaran Seksual dan program-program berkaitan untuk golongan berisiko HIV/AIDS di Malaysia. Organisasi ini terlibat dengan lima golongan berisiko iaitu pengguna dadah, pekerja seks, transeksual, lelaki yang mengadakan hubungan seks dengan lelaki (MSM), dan mereka yang hidup dengan HIV / AIDS (PLWHA).
Organisasi ini komited untuk mewujudkan satu persekitaran supaya golongan berisiko tersebut tidak terpinggir, rasa selamat dan berupaya untuk menjaga diri sendiri. Antara objektif PT Foundation ialah:
  1. Untuk membantu meminimumkan kadar jangkitan HIV/AIDS dalam kalangan golongan berisiko
  2. Untuk membantu dalam penjagaan dan sokongan serta meningkatkan kualiti hidup bagi mereka yang menghidapi HIV/AIDS
  3. Untuk membantu mengurangkan diskriminasi masyarakat terhadap golongan ini yang diakibatkan oleh kejahilan dan kekurangan maklumat mengenai HIV/AIDS

Pintu masuk ke Pejabat Urusan PT Foundation

Encik Manis dan Encik Clayton Koh menyampaikan penerangan berkaitan HIV/AIDS di Malaysia

Salah satu lukisan abstrak dan luahan hati pada syiling di Pejabat Urusan PT Foundation


Tuan Khusairi, Tuan Loh dan Tuan Malik bergambar kenang-kenangan

Rakan-rakan Pelajar SPADA....Sentiasa bersemangat menuntut ilmu tanpa kenal penat dan jemu

Sejurus sebelum memulakan perjalanan.....

Satu pengabadian....Bagaikan sering bersama, meskipun sesekali cuma.....

Rabu, 5 Ogos 2009

DEMAM ASSIGNMENT & VIRUS H1N1

Wahai sahabatku sekalian!!!!!
Kalian sampai demam menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh para pensyarah. Namun demi perjuangan menuntut ilmu, kulihat riak semangat terpancar dari sinara mata. Teruskan semangat ini wahai sahabat.......

Wahai sahabatku sekalian!!!!
Aku menulis atas dasar kasih sayang. Bukan kerana nama...malah jauh untuk popular. Demi kasih sayang ini, aku mahu kalian sejahtera. Bebas dari jangkitan H1N1. Kerana itu, kutitipkan serangkaian doa untuk kita bersama..........



D.O.S.K.A.H

Saya permudahkan dalam satu kalimat, DOSKAH, apa tu, itulah nama kepada jenis-jenis dadah. Di sekolah-sekolah rendah ada Kelab Pencegahan Jenayah. Salah satu modul yang terdapat di dalamnya ialah dadah.

D : Depresen

Anda pernah makan ubat batuk ? Kodein yang terdpat didalamnya adalah sejenis dadah.

O : Opiat

Heroin, Morfin

S : Stimulan

Ekstasi, Eramin 5, Nonspan


K : Kanabis

Anda tahu ganja ? Ganja termasuk dalam dadah jenis ini.. Makan ganja, tubh jadi gemuk. Selera makan bertambah. Tidur banyak, mengantuk selalu, menguap dan mata berair.


A : Amfetemin Type Stimulan

Syabu


H : Halusinagen

LSD, dadah jenis ini amat merbahaya, pengguna boleh menjadi gila.

Selasa, 4 Ogos 2009

di salin dari...

Salam kepader sumer pembaca. Maaf sangat sebab biler korang bukak jer blog nie mesti x der topik baru. Maklumlah dah bermulanya semester akhir dan hari-hari aku penuh bermula dari subuh sampai ke tengah malam. Aku cuber menghayati dan enjoy setiap perkara. Jadik blog aku terpaksa tinggalkan buat sementara waktu.

Kali nie aku nak share ngan korang pasal tips2 utk mengelak wabak yg kian menular kat negara kita aper lagi kalau bukan H1N1. Tak sampai 24jam, uitm aku telah mengumumkan cuti mid-term serta merta. Aku pun tak pasti kenapa. Tapi yg pasti mesti ada kaitan dengan penutupan uitm cawangan lain. Cuti yang serta merta membuatkan aku pening kepala utk merombak balik jadual yg telah aku cipta sehingga ke akhir semester nie.

Ketepikan hal nie. Tips nie aku copy n paste dari website Center For Disease Control And Prevention. Klik utk menjengah. Website nie dari USA. Aku tak pasti leh guner kat Malaysia ker tak. Tapi amik jer ar. Sebab penerangan lebih jelas dan agak menarik. Aku harap sumer rakyat Malaysia dapat mengikut aper yg disarankan sebab kiter x nak penyakit nie merebak lebih teruk lagi. Klu tak byk lagi universiti kener tutup.


Elakkan mendekatkan diri anda dengan mereka yg sakit.




Tutup mulut maser batuk mengelakkan orang lain dijangkiti.



Buang tisu yang dah digunakan dalam tong sampah dan basuh tangan dengan bersih



Elakkan gesek mata atau hidung ngan tangan sebab kat tangan mungkin dan infect dan keadaan lagi teruk kalau berlaku direct contact terus ke dalam badan. Basuh tangan dulu.



Aku tak tau naper leh ader tips yg ini. Tapi aku raser tidur cukup menjamin kesihatan kot. Hehe.




Pastikan anak anda berada dirumah jika mereka mempunyai simptom.



Guna tisu utk membuang hingus dan tisu tersebut dibuang dengan betul.



Guna alcohol-based hand sanitizer. Aku raser guner sabun yg mengandungi alcohol kot. Sebab alcohol lebih kuat. Hehe.



Patut nie kat atas. Tapi tak per. Pastikan basuh tangan selepas menghembus hingus atau bersin.



Kalau sakit lebih baik duduk umah. Kuarantin kan diri sendiri dalam tempoh 7 hari takpun tunggu 24jam kalau simptom berlanjutan jangan keluar. Mungkin anda dijangkiti.



Sebenarnyer banyak lagi klu tgk kat laman web asal. Jadik pegi ar saner. Aku nie bukan ar pakar pun nak terangkan detail setiap pencegahan. Hehe. Buat pengetahuan korang, H1N1 di negara maju kian bertambah teruk seperti kat UK. Walaupun negara maju, mereka masih terkial-kial utk mencari penyelesaian. Aku nak buat persoalan diakhir ayat. Malaysia bakal mempunyai penularan H1N1 lebih dasyat dari sekarang jika tak der langkah2 dinamik diambil mulai sekarang. Mampukah kita? Vaksin pun nanti utk 200000 orang barisan hadapan jer...

p/s: Aku bukan timbulkan isu ker aper, tp balik lah kepada Al-Quran. Tak der penyakit yg x der penawarnyer. Anggap perkara yg berlaku sekarang adalah dugaan dan tanda-tanda akhir zaman yg perlu kiter alert. Relax dan yakin pada Allah...

http://anjungsazuwi.blogspot.com/2009/07/tips-bagi-mengelak-h1n1.html

BAITUL TAUBAH


Ahad, 2 Ogos 2009 - Lawatan Ilmiah seterusnya ialah di Baitul Taubah (Pondok Islah Diri), Pasir Puteh, Kelantan.

Baitul Taubah merujuk kepada kaedah berdasarkan Al Quran dan hadith sebagai sumber falsafah dan pendekatan untuk memulihkan seseorang penagih dadah. Pemulihan secara Islam ini mengaplikasikan satu kurikulum yang dilaksanakan secara tetap dan intensif yang diwajibkan ke atas anak bina.

Objektif rawatan:

  1. Meningkatkan kesejahteraan, kesihatan dan mutu kehidupan pengguna dadah
  2. Mengurangkan kemusnahan dan kematian akibat penyalahgunaan dadah
  3. Menyediakan kaunseling, penempatan kerja dan aktiviti kemasyarakatan
  4. Melahirkan insan yang mempunyai tahap kesedaran, ketabahan dan keinsafan yang tinggi
  5. Meningkatkan tahap keimanan serta ketaqwaan kepada Allah SWT

Ustaz Sufian dan Ustaz Nadzri

Anak Bina di Baitul Taubah

Anak Bina......Boleh menyampaikan perkongsian dengan yakin disulami ayat-ayat Quran dan Hadis sebagai peneguh bicara

Aktiviti Ekonomi....Ayam serama

Aktiviti ekonomi.....Kambing yang diternak

Stanges Of Change

Stanges Of Change juga dikenali juga sebagai SOC, sebut saja SOC, kaunselor penagihan akan teringat akan beberapa soalan soal selidik yang disodorkan kepada para penagih untuk memulakan sesi kaunseling yang pertama.



Dalam kaunseling penagihan, selepas membina repo, kaunselor akan menggunakan "tools" untuk menentukan tahapan penagih dimana dia berada sekarang. Dari soal selidik yang dijalankan, kita akan menemui apakah sang penagih itu berada di tahap seperti dibawah, bertolak dari tahap tersebutlah, kaunselor akan mengatur strategi untuk menjalankan sesi. Adapun 4 tahapan tersebut ialah :

1. Precontemplation
2. Contemplation
3. Action dan
4. Maintenance

Soalan ini boleh diberikan secara langsung, ataupun kaunselor membaca soalan tersebut dan dijawab oleh penagih. Dalam hal ini, ada orang bertanya saya, boleh kah penagih ingin membohong katakan? Boleh....biarkan saja. Nanti kita akan jumpa konfrantasi di dalam sesi berikut. Sifat bohong ini membuktikan dan menjelaskan lagi kepada dirinya, siapa dia yang sebenar.

1. Precontemplation
Tahap ini penagih tidak mahu berubah. Dia masih belum benar2 mahu berubah. Jika dia kata saya dah insaf dan mahu berubah, nampaknya dia berbohong dan masih lebh cenderung untuk meneruskan karya hinanya.

2. Contemplation
Tahap kedua, dia sudah mempunyai keinginan untuk berubah. Kesedaran / keinsafan sudah mulai timbul. Dia sedar, dadah selama ini telah membuat dirinya haru-biru, kacau-bilau, tak tentu arah, tidak tahu dimana rumah, dimana keluarga, dimana ibu ayah, adik beradik malah dimana Tuhannya. Dia mengaku secara jujur, kerana dirinya lah, dan bukan kerana orang lain dia terjebak didalam kancah penagihan, kalau pun ada disebab kan oleh orang lain, itu hanya faktor sampingan sahaja.

3. Action dan
Tahap ini, penagih sudah pun benar-2 ingin berubah, dan pulih, dan sedang dalam membina rancangan perubahan, atau lebih dikenali plan rancangan pemulihan klien. (RPK). Saya teringat Raja Petra Kamaruddin.

4. Maintenance
Tahap terakhir dimana sang penagih sudahpun memulakan langkah awal pemulihan ke atas dirinya, namun dia perlu mencari solusi untuk menjaganya (kepulihan) sehingga akhir hayat untuk menjamin kepulihan yang kekal terhadap dirinya.

Anda ada ahli keluarga yang menjadi penagih? Mari kita uji mereka dengan soalan2 tadi. Huraian lanjut boleh didapati di laman web ini.
Isnin, 3 Ogos 2009

Syarahan Nisfu Syaban

Dunia ini ibarat pentas lakonan yang luas, dewan peperiksaan yang cukup besar, padang permainan yang luas dan katil untuk bermimpi nan panjang. Semua huraian ini akan saya padatkan dalam sebuah syarahan khas di Surau Batu 6 Taman Bangi Indah, Bangi Lama, malam besok, (Rabu) sempena jemputan Malam Nisfu Sya'ban

Tuan-tuan dan puan-puan yang berdekatan dijemput hadir bersama untuk mendapat ilmu dari kejadian tuhan ini.

KONVOKESYEN DI DUNIA

Seramai 640 orang mahasiswa USIM di anugerahkan Ijazah, Master dan Phd. Hari yang penuh bermakna ini dihadiri dari sanak-saudara jauh dan dekat, biarpun tidak semua yang mengiring dibenarkan masuk ke dewan. Namun melihat anak mereka berbaju jubah Univesiti pun cukup membanggakan. Ketika perarakan mahasiswa masuk ke dewan, lagu "langkah mu langkah kejayaan" dimainkan. Hampir tumpah air mata kerana berjaya menjadi pahlawan negara.

Bagi yang sudahpun 2 kali mengikuti acara wisuda (konvo) ini, tidaklah begitu riang n bersangatan, melainkan kebanggaan untuk ditunjukkan pada anak dan generasi akan datang. Walaupun kian redup dan berumur ditelan masa, namun kesungguhan dan semangat tetap membara.
Ahad, 2 Ogos 2009

PUSAT RAWATAN DAN PEMULIHAN TRADISIONAL DARUL HANAN

Sabtu, 2 Ogos 2009 - Kajian Tinjauan yang seterusnya ialah di Pusat Rawatan dan Pemulihan Persendirian Darul Hanan, Tumpat, Kelantan.


Pusat rawatan ini diasaskan oleh Tuan Guru Awang Lambur pada sekitar Tahun 1950-an. Tuan Guru Awang Lambur meninggal dunia pada Tahun 1963. Sebelum meninggal dunia, beliau sempat berpesan kepada menantunya, Tuan Haji Mohd Zain b Abu Bakar atau lebih dikenali dengan gelaran Ayah Haji yang kini merupakan Yang Dipertua pusat rawatan ini. Pesan Tuan Guru Awang Lambur kepada Ayah Haji ialah supaya Ayah Haji terus tinggal di pusat rawatan tersebut walau apapun yang berlaku.


Pada hari ini, pusat rawatan ini boleh memuatkan sehingga 150 orang anak bina, namun yang ada pada hari ini ialah 133 orang anak bina. Anak bina datang ke pusat ini samada secara suka rela, desakan keluarga dan ada juga cadangan dari AADK. Pada bulan pertama dan kedua, anak bina atau keluarga perlu membayar RM 1000.00 dan pada bulan-bulan seterusnya RM 450.00. Bayaran tersebut adalah untuk kos operasi pusat rawatan dan pelbagai urusan rawatan dan pemulihan anak bina.



Ayah Haji menyampaikan taklimat


Ayah Haji dan menantu, Cikgu Rosdi
KHUSYUKNYA.......Tuan Basiran, Ustaz Muhammad Khairi dan Tuan Nani....
Karek (Telaga untuk mandi wap)
Anak Bina berada di sini sambil berzikir 100 kali


Bilik Detok......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...