Welcome

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Etiam pharetra, tellus sit amet congue vulputate, nisi erat iaculis nibh, vitae feugiat sapien ante eget mauris.

Follow us


Ask a question

Name

Email

Question

Submit

Link Blog

Senarai Blog Saya

Senarai Blog

Sample text


Emel : afraima@yahoo.com..febook : facebook.com/skbangi
.Facebook : facebook.com/skbangi



Blogger

Blogger
Noorhisham Hamzah Sarjana Sosial Islam, Kaunselor SK Bangi, Ijazah Sarjana Muda Indonesia, Ijazah Lanjutan, Drug Abuse, USIM, Emel afraima@yahoo.com

Makam-Makam Nabi

Blogger news

Diri Admin

Noorhisham Hamzah
Emel afraima@yahoo.com
FB facebook.com/skbangi

Blogger templates

Jika terdapat sebarang persoalan untuk dijawab, boleh lah di hantar ke afraima@yahoo.com afraima@yahoo.com

Anda yang Datang

Twitter

Link

Terima Kasih Atas Kunjungan Ilmu dikongsi,ganjaran diharap

ShoutMix chat widget

Pelawat

Halaman

Dikuasakan oleh Blogger.

Twitter

Ads 468x60px

About Me

Teman

Cari Blog Ini

fb komen

Featured Posts

Isnin, 19 Oktober 2009

Runtuhnya Keangkuhan Manusia

Seorang kawan saya baru pulang dari Bukit Tinggi, Sumatera Barat (SUMBAR) Indonesia, dan sempat melewati Padang sewaktu perjalanan pulang. Saya tampilkan foto-foto terbaru gambaran Padang kini dan dulu.




Syaza rajin membaca, dalam pesawat pun masih nak membaca


Gambar KOta Padang 2007, sebelum Gempa 2009.

Selain dari gedung dan bangunan dan sudah hancur berantakan, banyak juga yang hampir tersungkur menyembah bumi.
Anda mahu beli jika dijual murah-murah? Dunia tiada harga lagi bila keadaan begini terjadi.
Padang Oh Padang, Apa Dosamu sehingga begini jadinya, apakah ini ada kaitan dengan murkanya Tuhan, atau memang lumrah kejadian alam menuju titik penghujungnya?


Yang masih hidup bersyukurlah di atas nikmat kehidupan yang masih tersisa, bangkitlah dari bencana ini, membina hidup dan hubungan serius dengan Tuhan, alam ini tak kekal. Kamu jua sehari dua lagi akan dipanggil Ilahi.

Pernah Anda Bayangkan?

Yakinlah, anda memang hidup dalam dunia akhir zaman, nafas-nafas terakhir dunia sedang dihembuskan perlahan-lahan, kita kini berada di penghujung abad dunia, kenapa saya katakan demikian? Kalau dulu manusia membunuh manusia mengambil kira jantina, pada zaman Nabi Musa, yang dibunuh adalah lelaki, manakala pada zaman Nabi Muhammad, yang dibunuh adalah perempuan, dan sekarang, anda sedang menyaksikan, semua manusia tanpa mengambil kira jantina, akan di habisi oleh nafsu buas manusia seakan binatang.









Boleh anda bayangkan....dan katakan, siapa pelaku kes ini?
Sabtu, 17 Oktober 2009

Manual Proses Kerja e-Pelaporan

Kemungkinan besar satu perjumpaan Guru bimbingan dan kaunseling sekolah rendah dan menengah Daerah Hulu Langat akan diadakan pada 21 Oktober ini, saya telah berusaha memudahkan kefahaman hadirin dengan power-point.

Namun bimbang ada yang tidak datang, maklum pelbagai macam karenah yang cukup difahami oleh dunia perguruan, surat lambat sampai, LADAP, PAR tidak datang PPD, demam, kena hantar budak bola tampar, kena hadir kursus, kena jadi MC di majlis itu dan ini, maka saya

telah menguploadkan power point ini, jika anda berkemungkinan tidak hadir, sila baca manual ini. Makluman, semua data yang hendak dihantar mestilah digabung antara kesemua kaunselor yang ada di sekolah anda.

Contohnya ada 3 atau 4 orang kaunselor, sila gabung semua data dan hantar mengikut cara yang telah saya berikan ini.

Sila klik manual penghantaran di sini, awas, jangan terlambat.
Jumaat, 16 Oktober 2009

E-Pelaporan dan E-Pemantauan

Jam 7.00 pagi keluar rumah, singgah sekejap di sekolah, terus ke Jabatan Pelajaran di Seksyen 4, Jalan Jambu Bol. Mesyuarat hari ini adalah bersama Pegawai Kaunseling / HEM dari Seluruh daerah Negeri Selangor. Sementara saya hadir atas kapasiti JU Negeri Selangor bersama 4 orang rakan lagi.

Mesyuarat berlangsung sekitar e-pemantauan dan e-pelaporan. Hal-hal lain jugak banyak di sentuh. Memikir pengumpulan data dari 900 buah sekolah di negeri Selangor mungkin menerima sedikit masalah, kami akan bermesyuarat lagi di Pangkor 19 November ini. Hu...kesian....kena pergi pake' uang sendiri. Bayar penginapan sendiri, tidur, mandi dan makan sendiri..


Pegawai Kaunseling PPD dari seluruh Selangor

Saya amat mengharapkan agar rakan kaunselor di daerah saya sentiasa "alert" dengan perkembangan semasa. Biar pun kuasa dari langit belum turun supaya anda mengisi maklumat sesi bimbingan dan kaunseling, namun blog ini dan ini telah beberapa kali meng-war-warkan di laman blog dan emel. Hingga kini entah berapa ramai yang sudah mengambil respon. Sudah 2 kali En.Khairuddin menegur saya, kamu tu JU, tapi laporan Langat selalu tak siap. Waduh... Hulu Langat ada 88 buah sekolah rendah, belum lagi sekolah menengah 40 buah lebih.

Saya perlukan 2 orang pembantu sebagai JU Daerah, seorang dari sekolah menengah dan seorang dari sekolah rendah untuk membantu Pegawai PPD mengumpulkan data dan dihantar ke KPM hujung bulan depan.


JU Kebangsaan, En.Fazlie, sedang membuat persediaan untuk menyampaikan taklimat metode pelaksanaan penghantaran borang L4 secara alam maya.

Daerah Putra Jaya telah pun mengadakan sesi taklimat L4. Hmmmm. Bila lah agaknya Hulu Langat akan mengambil inisiatif yang sama.

Mesyuarat berakhir jam 5.37 minit petang
, dari Shah Alam ke Bangi melalui kesemrautan kereta, lori dan bas, jam 7.04 saya tiba di rumah.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi : 0194424417 atau YM afraima@yahoo.com


Kesihatan Mental

Ciri-ciri kesihatan mental yang positif

Terhadap diri sendiri

Menyedari kelemahan dan kekuatan diri sendiri.

Berupaya mengawal perasaan.

Sanggup menerima kegagalan.

Mampu menghindari kegiatan yang tidak bermoral.

Menghargai diri sendiri.

Terhadap orang lain

Mampu berkomunikasi secara berkesan dengan orang lain.

Mampu memberi dan menerima kasih sayang.

Tahu menghargai dan mempercayai orang lain.

Dapat menerima pendapat orang lain secara terbuka.

Terhadap cabaran

Berupaya menghadapi dan menyelesaikan masalah.

Mampu mengatasi konflik dengan bijak.

Mampu membuat keputusan untuk diri sendiri.

Bersedia mendapatkan pertolongan sekiranya gagal menyelesaikan masalah harian.

10 Langkah Ke Arah Kesihatan Mental Yang Positif

Menerima kenyataan diri secara realistik.

Mengendali masa dengan baik (time management)

Merancang perubahan dalam kehidupan secara bijak.

Memupuk hubungan harmoni dan kasih sayang dengan ahli keluarga dan orang lain.

Menjaga kesihatan fizikal.

Menyediakan masa untuk aktiviti fizikal dan riadah.

Memastikan rehat dan tidur yang cukup.

Mengendalikan tekanan mental secara berkesan.

Mengamalkan asas-asas kerohanian yang baik.

Berkongsi masalah dengan orang lain dan mendapat pertolongan profesional sekiranya perlu.

Akibat Kesihatan Mental Yang Diabaikan Seseorang Itu Mungkin Mengalami:

Perasaan rendah diri.

Tekanan dalam hidup.

Pertelingkahan dan keruntuhan rumahtangga / keluarga.

Kecenderungan melakukan kegiatan tidak bermoral (minum arak, bohsia, penyalahgunaan najis dadah, sumbang muhrim dan perzinaan)

Suasana tempat kerja yang tidak menyenangkan.

Kecenderungan menggunakan keganasan untuk menyelesaikan masalah (penderaan kanak-kanak / pasangan, buli jalanraya, buli sekolah)

Peningkatan risiko penyakit mental.

Diterbitkan oleh Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia



Rabu, 14 Oktober 2009

Panduan Download Video dari Youtube

Ada bermacam cara untuk kita download video-video di Youtube. Pertama sekali dapatkan alamat (URL) video ingin anda muat turun, sebagai contoh http://www.youtube.com/watch?v=byS_I5h1FDQ, alamat ini (URL) anda boleh dapatkan di website Youtube sendiri. Copy alamat tersebut.

Langkah kedua, anda perlu ke website yang kedua, iaitu "http://keepvid.com' . Paste atau tampalkan alamat yang anda salin tadi di ruangan yang bertulis URL. Tunggu beberapa detik, sehingga keluar arahan download. Setelah ia muncul, silakan klik download yang pertama, klik save. Tunggu sehingga operasi muat turun selesai.

Kini video tadi sudah pun berada di komputer anda. Cari dimana ianya di simpan, biasanya di desktop. Jika anda tidak dapat play video tersebut, makna PC anda boleh mempunyai pemain FLV. Silakan memuat turun FLV Player di google.com. Selamat Mencuba

Nik Aziz mahu nama Inggeris ditukar ke bahasa Melayu

KOTA BAHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengarahkan pihak berkuasa kerajaan tempatan di negeri itu menukar nama jalan dan premis berunsur Inggeris kepada bahasa Melayu.

Beliau mengakui beberapa bangunan milik anak syarikat kerajaan negeri yang baru beroperasi seperti Kelantan Trade Centre, Kota Baharu Trade Centre dan KB Mall menggunakan nama berunsur Inggeris.


"Betul nama itu sengaja bubuh begitu, boleh jadi kerana nak popularkan nama itu untuk menarik perhatian umum di peringkat antarabangsa, seperti hotel, maka digunakan bahasa Ingeris supaya (pelancong) Inggeris tahu. Benda tu boleh kita kaji semula, tak jadi masalah," katanya selepas merasmikan Bulan Bahasa Kebangsaan peringkat negeri Kelantan di sini hari ini.


Nik Aziz berkata, beliau tertarik dengan pendapat seorang tokoh bahasa Melayu, Prof Dr Teo Kok Seong dari Institut Akademi Tamadun Melayu, yang mempersoalkan nama kereta nasional berunsur Inggeris seperti MyVi, Exora dan Satria Neo.

Beliau juga meminta pegawai kerajaan negeri supaya membiasakan diri menggunakan tulisan jawi dalam minit mesyuarat selain tulisan rumi. - Bernama


Nota : Bandaraya Ho Chi Minh menggunakan nama Benthan bagi pasar rayanya yang tersohor, Mungkin kita perlu memandang Vietnam dan bersetuju dengannya.



Isnin, 12 Oktober 2009

Aku Masih Begini

Ketika rakan-rakan yang lain ke masjid untuk sholat Jumaat,
aku masih di sini,
Ibu sudah lama pergi,
terbaring kaku dalam kubur nan sepi,
Ayah tak ambil peduli,
Orang pergi sekolah aku tak iri,
biarlah aku mencari ikan di anak sungai ini
mungkin ikan lebih mengerti dan memahami,
keadaanku yang ditinggal ibu, sepi sendiri.
Wahai Tuhanku
Andai Usia ku singkat, matikan daku dalam rahmat,
selesakan aku di liang lahad, dalam penantian alam akhirat.
Ahad, 11 Oktober 2009

Ke Maqam Ahli Syurga

Di maqam Arwah Faizal. Selayang

Di usia 14 tahun, dia belum pernah kenal sekolah, pensel dan tulis, tidak pernah berkomunisi dengan sesiapa, tidak tahu makan dan minum sendiri, semuanya di uruskan oleh ibunya yang penyayang. Dari memandikan, mengelap, menyuap makan dan minum, sehari-hari hanya dengan biskut dan air teh.

Sehari-hari hanya duduk dibangku, jika ia puas, ia berbaring, jika tidak selesa, dia tidak tahu berkata-kata, hanya menangis dan menangis. Sayu melihat Faizal semasa masih hidup, walaupun lahir normal, tetapi hidupnya kemudian tidak sempurna seperti insan yang lain. Sedang 2 adiknya sudah meninggal dunia lebih awal.

Pernah arwah Faizal menaiki kereta saya, waktu itu saya berbangga, kerana seorang ahli syurga telah dan pernah menaiki kereta saya, semoga saya dan keluarga boleh menumpang kebahgiaannya di akhirat kelak.
Sabtu, 10 Oktober 2009

Beginikah Kiamat?



Suara tangisan manusia lelaki dan perempuan, melihat goyangan bumi menggoncang bangunan yang selama ini berdiri teguh, ke sana-sini manusia mencari arah untuk dituju. Sedangkan gambaran saat berlakunya kiamat adalah lebih dahsyat dari ini semua. Al-Qoriah, Mal Qoriah? Al-Qoriah, tahukah engkau apakah itu Al-Qoriah, (Goncangan), pada hari itu (kiamat) kamu akan melihat manusia seperti kelkatu, dan gunung-ganang berterbangan...Masya Allah.

Gunung sebagai pasak bumi, yakni paku bumi, boleh tercabut dan berterbangan dek suasana yang hiruk-pikuk hari kiamat. Angin yang kuat menerbangkan segala kekuatan manusia, harta dan kecantikan, perhiasan dan kemewahan sudah tiada guna lagi. Manusia semua akan kembali kepada ALLAH.

Dan pada hari itu (kiamat) tiada guna lagi harta dan anak-anak, adapun yang berguna adalah orang-orang yang pulang menemui tuhannya dalam keadaan qalbun salim, jiwa yang selamat (dari dosa).

Dunia Masih Bernyawa



Sewaktu saya membelek-belek Kitab Hadis Sahih Muslim mencari sabda junjungan berkenaan dzikir, ada sebuah hadis Nabi yang membawa makna, "Tidak akan berlaku kiamat sehingga tidak ada lagi orang yang berdzikir menyebut Allah, Allah." Manakala di dalam hadis Qudsi, ada firmanNya yang dituju kepada Malaikat Israfil, penjaga sangkakala, "Berkata Tuhan kepada Malaikat Israfil, (wahai Israfil) apabila engkau mendengar suara yang menyebut Allah, Allah, (padahal itu adalah saatnya kiamat sudah tiba), maka engkau tangguhkan tiupan itu, selama 40 tahun, sebagai memuliakan orang yang menyebut tadi "



Manakala, bagi orang tua yang mewarisi anak yang suka berdzikir Tuhan mengatakan, Aku malu menyiksa hamba Ku yang (sedang) berada di dalam perut bumi, sedangkan anak-anaknya berdzikir menyebut namaKu di atas permukaannya.

Saudara, dari beberapa potong hadis di atas, menyatakan hayat dunia ini masih ada dikeranakan masih ada orang yang menyebut namaNya, jika tidak ianya sudah hancur.

Kini, anda dan saya sendiri menyaksikan, dunia ini semakin hari semakin hancur, longsor, terbenam, tertimbus dan hilang. Sedangkan orang-orang yang berada di sekitarnya, masih ramai terdiri dari kalangan wanita yang tidak berkerudung, padahal kesengsaraan dunia sedang mereka ratapi dan saksikan. Apakah mereka semua itu, lupa bahawa tidak lama lagi, jasad mereka pun akan berpisah dari badan?

Kembalilah
kepada syariat Allah yang lurus, memakai tudung adalah salah satu syariat, apalagi sholat, kerana sholat lah merupakan amalan yang pertama-tama akan ditanya di akhirat kelak ialah sembahyang.

Jumaat, 9 Oktober 2009

Kejayaan Luar Biasa



Hulu Langat : Kejayaan yang Luar Biasa itu akan diperoleh melalui usaha luar biasa, biarpun murid itu adalah murid biasa, guru juga guru biasa, ibu bapa juga biasa. Hal demikian dinyatakan oleh En.Noorhisham Hamzah sewaktu menyampaikan ceramahnya di S.K Sungai Serai hari ini.





Mengambil contoh Nur Amalina dan Nik Nur Madihah, mereka berdua adalah ikon manusia yang berjaya didunia. Namun perjalanan hidup ini masih panjang. Kita perlu berjaya juga selepas meninggal dan di akhirat kelak.



Terima Kasih kepada pihak guru kaunseling dan pentadbir S.K Sungai Serai





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...