Welcome

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Etiam pharetra, tellus sit amet congue vulputate, nisi erat iaculis nibh, vitae feugiat sapien ante eget mauris.

Follow us


Ask a question

Name

Email

Question

Submit

Link Blog

Senarai Blog Saya

Senarai Blog

Sample text


Emel : afraima@yahoo.com..febook : facebook.com/skbangi
.Facebook : facebook.com/skbangi



Blogger

Blogger
Noorhisham Hamzah Sarjana Sosial Islam, Kaunselor SK Bangi, Ijazah Sarjana Muda Indonesia, Ijazah Lanjutan, Drug Abuse, USIM, Emel afraima@yahoo.com

Makam-Makam Nabi

Blogger news

Diri Admin

Noorhisham Hamzah
Emel afraima@yahoo.com
FB facebook.com/skbangi

Blogger templates

Jika terdapat sebarang persoalan untuk dijawab, boleh lah di hantar ke afraima@yahoo.com afraima@yahoo.com

Anda yang Datang

Twitter

Link

Terima Kasih Atas Kunjungan Ilmu dikongsi,ganjaran diharap

ShoutMix chat widget

Pelawat

Halaman

Dikuasakan oleh Blogger.

Twitter

Ads 468x60px

About Me

Teman

Cari Blog Ini

fb komen

Featured Posts

Isnin, 18 Januari 2010

Rahsia 5A



Pihak sekolah, melalui Unit Bimbingan dan Kaunseling sedang menjejaki 35 orang ibu dan bapa yang telah berjaya mencapai impian "Anak Cemerlang" dari "Keluarga Cemerlang".

1. Keinginan Diri Sendiri

Berdasarkan konsep itu,beberapa orang telah menjawab panggilan telefon, antaranya En.Shahruddin, anaknya Nabil berjaya mendapat 5A. Menurut beliau, faktor yang paling utama ialah keinginan diri sendiri yang ada pada anaknya.

2. Pemantauan.

Selain itu, ibu bapa juga selalu memantau perkembangan "result" bulanan anak-anaknya. Mereka berbincang dan sepertinya mengadakan sesi kaunseling dalam rumah tersebut. Kenapa markah kamu begini dan bagaimana nak capai 5A kalau begini, jadi kamu harus begini ... dan begini. Begitulah yang dilakukan oleh ibu bapa cemerlang.

3. Gertak

Tidak dinafikan teknik gertak anak oleh sang ayah juga ada perlunya. Walaupun gertakan itu hanyalah sebagai "warning sign" sahaja. Namun nilai ketegasan sebenarnya yang ada disebalik gertakan itu semua.

4. Doa

Ibu bapa yang inginkan anaknya berjaya, sememangnya sentiasa berdoa dari awal tahun dan meminta anaknya sentiasa berdoa.

5. Belajar Bersama

Ibu bapa terpaksa berkorban banyak hal untuk mencapai kejayaan anak. TV terpaksa dilupakan buat seketika. Berkata En.Shahrudin, kita boleh menonton TV sambil anak membuat kerja rumah, tetapi itu tidak lama, kita (sebenarnya) harus tutup TV dan duduk disampingnya, paling tidak bacalah apa-apa buku. Kebaikannya jelas beliau, masa berlalu pun kurang dirasakan oleh anak-anak.


6. Bertanya

Sementara itu, Puan Rozie ibu kepada Dayana Sabrina yang juga mendapat 5A memberitahu, dia sentiasa meminta anaknya memberi tumpuan penuh dalam kelas semasa guru mengajar, jika ada sesuatu yang tidak difahami, terus bertanya. Jangan mengamalkan sikap suka menangguh.

7. Memberi Tekanan Mata Pelajaran Lemah

En.Nor Azli pula menekankan anak-anaknya pada mata pelajaran yang lemah. Beliau membantu anak-anak dengan membeli buku-buku rujukan seperti Gaya POs, Berita Harian (AKhbar Didik), dan buku-buku latihan lain.

8. Pemakanan

Ada pula mengamalkan gaya pemakanan tambahan seperti suplemen Omega Plus, Kismis dan Vitamin C. En.Azli katanya, kita perlu berkorban untuk melihat mereka berjaya. Tanpa pengorbanan awal ini, kelak kita akan terkorban.

9. Sokongan Tanpa Henti

Sangat penting ibu dan bapa sentiasa memberikan sokongan kepada anak-anak. Berusaha untuk memenuhi apa keperluan mereka, walau pun kadang-kadang terasa peritnya mengeluarkan banyak duit.

10. Berikan Kemahiran dan Kasih Sayang

Ibu kepada Zachriya, bekas pramugari pula memberitahu, berikan kasih sayang pada anak-anak. Pada saya, kekerasan tidak boleh menjadikan anak-anak berjaya. Jika anda mempunyai kemahiran dalam mata pelajaran, curahkan untuk anak anda. Jika tidak, berikan kasih sayang, mereka pasti akan menyedari jiwa ibu dan bapa yang sangat mengharapkan anaknya berjaya.

Setakat ini, itulah rahsia yang sempat dirakamkan. Terima Kasih kepada semua yang menjawab panggilan. Semoga anak-anak tuan-tuan dan puan-puan terus berjaya.

hYPER aKTIF, sATU mASALAH Awal

Mengawali tahun ini, wujudnya cabaran menangani masalah hyper aktif di sekolah rendah. Untuk membantu kes tersebut, artikel ini mungkin boleh membantu kita semua.

Nakal dikalangan kanak-kanak bukan semuanya negatif. Dan sebaliknya kalau kanak-kanak bersifat pendiam dan tidak nakal maka ianya bukan semua petanda positif. Oleh itu jangan terlalu risau kalau kanak-kanak nakal sekiranya berusia dibawah tujuh tahun. Ini kerana kenakalan kanak-kanak dibawah usia tujuh tahun itu adalah tanda cerdik. Kanak-kanak dibawah usia tujuh tahun, nafsu negatifnya masih terpendam. Kenakalan itu adalah kerana akalnya yang aktif bukan fizikalnya..




Namun demikin apa yang perlu difahami dan di beri perhatian ialah apakah kenakalan kanak-kanak itu bernatijah baik atau buruk. Maksudnya kalau nakalnya sekadar terlalu aktif, tidak mahu duduk diam, suka bermain, banyak bertanya, banyak bercakap termasuk bercakap sendirian, banyak benda yang dia mahu, suka menconteng kertas, banyak benda yang dia usik, ini adalah lumrah kepada kanak-kanak yang cerdik. Bahkan kadang-kadang suka memanjat atau melompat dan jatuh hingga kesakitan. Namun kalau ada sedikit akibat buruk hanyalah kepada diri sendiri. Tidak kepada benda atau orang lain. Ini yang dimaksudkan nakal bernatijah baik.

Kanak-kanak begini lazimnya akan menjadi hiburan kepada keluarga. Biarkan saja, hanya perlu dikawal agar tidak melampau sehingga bertukar menjadi nakal buruk. Jangan disekat dan dihalang tetapi salurkan kepada berbagai aktiviti. Rajin-rajinlah melayaninya termasuk melayaninya bercakap dan menjawab soalan. Rajin-rajinlah membawa keluar seperti pergi zoo, taman reakrasi, pantai dan seumpamanya. Melalui cara ini akan mempercepatkan lagi perkembangan akalnya, semakin cepat mematangkan akalnya. Juga dia akan rasa terisi akalnya yang cerdik itu.

Kenakalan buruk pula dibezakan pada natijah atau akibat. Aktifnya sama seperti di atas tetapi banyak membawa kerosakan kepada harta benda atau kepada orang lain. Contohnya memecahkan gelas minuman, memecahkan cermin almari, merosakan barang-barang permainanya sendiri. Memukul adiknya sendiri. Kalau dibawa ke Pasaraya umpamanya, barang-barang di rak akan dijatuhkan.

Menyepak anak kucing, mencakar muka orang lain, suka melempar atau membaling benda kepada orang lain, suka mendesak untuk kemahuan dirinya dan kalau tidak dilayan akan menangis meraung. Menconteng dinding, menggores kereta, mematahkan pokok bunga.

Biarpun saya katakan bahawa nafsunya masih terpendam, perlu juga diingat
bahawa benih telah sedia ada. Nakal bernatijah memusnahkan atau merosakan ini tidak boleh dibiarkan, kerana ianya akan menjadi tabiat yang sukar dibuang. Sebab itu dalam Islam akhlak mesti dibimbing semenjak awal usia. Yakni akhlak baik mesti dibiasakan hingga akhirnya menjadi pakaian yang sukar ditanggalkan. Atau menjadi darah daging yang sudah sebati dengan dirinya.

Nakal jahat ataunakal buruk ini mesti dihadapi dengan sabar, kasih sayang, lemah lembut, lunak dan mesra. Hingga akhirnya layanan yang kita berikan itu menjadi ikutan kepada kanak-kanak.

Semua ahli saikoloji bersetuju bahawa bagaimana cara dan pendekatan orang
dewasa kepada kanak-kanak maka begitulah perangai dan tabiat yang menjadi
ikutan mereka. Kalau cara dan pendekatan dalam menangani kanak-kanak nakal
dengan marah, kasar, keras, tengking, herdik, sergah, maka perangai itulah yang mereka akan warisi. Mungkin pada satu peringkat lantaran ketakutan maka mereka pendamkan saja. Namun bila diperingkat mereka berpeluang nascaya akan teserlah dan menonjol perangai kasar dan bengisnya.

Mengenai anak hyper, sama saja maksudnya iaitu nakal atau terlalu aktif kalau anak itu berusia bawah tujuh tahun. Kalau usia anak itu lebih tujuh tahun, maka maksud hyper itu adalah negatif atau terlampau nakal, jahat dan ganas. Biasanya jahat dan ganas itu bukan terjadi secara mendadak. Melainkan ianya bermula semenjak dibawah tujuh tahun. Berpunca daripada para pendidik khususnya ibu bapa tidak tahu membezakan antara dua jenis nakal seperti huraian diatas. Hyper negatif ini sudah terbiar semenjak kanak-kanak itu berusia tiga tahun. Tabiat jahat itu hanyalah pembawaan atau lajakan dari usia sebelum tujuh tahun. Kaedah menghadapi atau pendekatan yang perlu dibuat adalah sama seperti kanak-kanak nakal jahat diatas. Cuma di peringkat ini sudah boleh di fahamkan melalui ilmu yang tepat mengenai akhlak mulia. Sudah boleh difahamkan mengapa perlu meninggalkan akhlak buruk dan difahamkan kelebihan berakhlak baik.

Sumber:Shuib Sulaiman http://www.eratimur .com

Ahad, 17 Januari 2010

CEMERLANG DUNIA AKHIRAT

Lantaran hidup ini mesti ada mulanya, dan wajib ada akhirnya, maka mau tak mau, kita terpaksa berjuang untuk hidup bahagia. Walaupun kehadiran kita dibumi ini hanya sementara cuma.

Apalagi selepas kematian adanya kehidupan yang lain. Kebahagiaan di sana, sangat tergantung disini, kejayaan di sana sangat berkait rapat di sini. Bahagia dan Berjaya, adalah dalam konteks keagamaan, atau religius.
Khamis, 14 Januari 2010

Sisa Hidup Semakin Berkurang

Pejam celik pejam celik, rasanya baru kelmarin daku dibesarkan dan hidup berbasikal ke sekolah. Bermain lompat-lompat di kantin Sekolah Kebangsaan Padang Garong. Ke Dusun mencari buah "larak". Ke Sungai Pok Ma Aka mandi bersama rakan, ke surau dengan Ustaz Mad Dahan, bermain bola dari pukul 3.30 hingga hampir maghrib. Berbasikal mencari buah getah. Ke Lundang mengikuti kawan. Rupanya itu puluhan tahun yang lalu.

Pagi ini jam 9.30, cukuplah umur ku hidup di dunia ini 33 tahun. Terlalu banyak rezki KurniaanMu Tuhan. Entah kan besok, entah kan lusa, kapan daku akan menghadapMu. Banyak dosa yang telah ku lakukan. Banyak masa yang telah ku habiskan.

Entah berapa langkah lagi yang masih tersisa. Entah berapa suap lagi nasi yang ada. Entah berapa jauh lagi kaki ini boleh melangkah. Pada Mu Tuhan, daku yang lemah, tangan penuh noda dan dosa, ampunkan dosa ku, andainya hidup ku amat singkat, matikan daku dalam rahmat, berkenala menujuMu penuh rahmat, menuju akhirat semnetara di liang lahad.

Ntah Hape-Hape


Amacam Wad (Ajwad) best tak ceramah tadi? Tanya Cikgu Amizah pada Ajwad.

Ntah Hape-hape ceramahnya, sampai menangis kami dibuatnya" Jawab Ajwad mengulas isi ceramah yang disampaikan oleh pakar motivasi sebentar tadi.

Ketika ceramah berlangsung, kelihatan ramai yang bercucuran air mata, termasuk abang Ajwad, namun apa yang ditangisi pun tidak pasti, yang penting dia turut menangis.

Allah Pada Kaum Muslimin

Allah itu satu, tiada beranak akan Dia dan tiada pula ia diperanakkan. Pada orang Kristian, Tuhan itu beranak sebagaimana manusia, punya anak dan ibu. Allah pada 2 pandangan dan keyakinan umat beragama di atas adalah berbeza.

Manusia awam akan mudah terpengaruh apabila mendengar ajaran Kristian pun menyembah Allah. Padahal Tuhan Allah sudah dikotak-katikkan oleh mereka dalam Bible. Tidak lagi seperti Tuhan yang sebenar. Sebagaimana terkandung dalam agama samawi dari langit.

Ketika di Medan, saya pernah memasuki kedai buku yang tertulis kalimah ALLAH, banyak buku-buku, namun apabila terdengar perkataan "Jesus" dalam kedai itu yang dimainkan, dan terpandang patung manusia disalib, saya dan seorang rakan, "Ustaz Shukri" langsung keluar. Kita boleh keliru apabila mereka yang selama itu mengguna Tuhan God, kini nak guna Allah pula.
Ahad, 10 Januari 2010

Bengkel Penulisan Laporan Awal "Pendekatan Belia Melayu Dalam Penagihan Dadah"

Ceramah di dalam bengkel....Definisi Penagihan Dadah dari sudut kesihatan dan perundangan

Puan Vanaja memberikan pandangan kepada En Rodzi berkaitan pengendalian OHP

Menjalankan kajian penyelidikan bukanlah perkara mudah namun bukanlah mustahil

Encik Zainol....Pakar statistik

Encik Abdul Halim Mohd Hussin, Ketua Penyelidik

Pada 8 - 10 Januari 2010 bengkel tersebut telah dilaksanakan di Hotel Seri Malaysia, Bagan Lalang, Sepang. Bengkel ini bagi menyiapkan laporan kajian atau penyelidikan berkaitan penglibatan belia dalam penyalahgunaan dadah di Malaysia. Ketua Penyelidik ialah En Abdul Halim Mohd Hussin, Ketua Program Speciality Program For Alchohol and Drug Abuse (SPADA), Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia.

Para peserta bergambar di pintu masuk hotel


Selepas tamat bengkel sebelum pulang ke USIM...sempat bergambar di Gold Coast, Sepang

Para penyelidik dan pembantu penyelidik bersantai di pantai setelah bertungkus lumus memerah idea


Rin, Zunita dan Tok...lepas geram dihari terakhir bengkel



Jumaat, 8 Januari 2010

Ceramah di Perkampungan Orang Asli Broga



Dibawah kaki gunung inilah buat pertama kali saya datang menerima undangan dari Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Daerah Hulu Langat. Ceramah yang diminta bertajuk motivasi untuk ibubapa dan pelajar (orang asli).

Seronok dapat bersama mereka, saya berusaha membawa laptop dan projektor walaupun dewan kurang mengizinkan untuk tampilan lebih bagus. Berkata Tok Batin disini, setiap hari Sabtu dan Minggu ramai orang datang mendaki gunung ini.

Terima Kasih sekali lagi kepada JHEOA yang sudi menjemput saya. Mudah-mudahan ini bukan yang pertama dan terakhir.

Orang Cemerlang


Siapa pun dia, asalkan dia orang cemerlang, satu sikap yang membuat dia berjaya. Dia iringi azamnya dengan tindakan-tindakan untuk berjaya. Tindakan-tindakan itu mestilah relevan, patut, boleh dilaksana, dengan kata lain, realistik.

Orang yang tidak cemerlang sebenarnya pun ada keinginan-keinginan tersendiri, dengan kata lain "azam". Jauh di sudut hati kecil penagih dadah tersemat kalimat, "aku ingin berhenti dah dari menagih", sampai bila aku harus begini?", tetapi mereka tidak susuli dengan tindakan yang benar-benar membuktikan keazaman dihati tadi.

Itulah perbezaaan antara orang yang cemerlang dan tidak. Orang cemerlang tidak menangguh pekerjaannya, dia harus segera berbuat apa yang ingin dibuatnya. Ia mempunyai satu buku khas untuk menanda apa kerja yang perlu disegerakan dan patut dikemudiankan. Dia patuh pada jadual yang dibuatnya sendiri.


SIMPOSIUM PENGUPAYAAN MENANGANI ISU DADAH DI IPT

31 Disember 2009, Khamis - USIM dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Tinggi dan AADK telah menjayakan Simposium Pengupayaan Manangani Masalah Dadah Di IPT yang melibatkan penyertaan daripada kaunselor-kaunselor IPT Awam, Politeknik dan Wakil-wakil Pegawai AADK. Simposium tersebut telah diadakan di USIM Kampus Kota, Pandan Indah.












Isnin, 4 Januari 2010

Lebih baik dari Semalam

Semenjak berpindah ke Nilai, inilah kali pertama blog ini di post. Modem di Nilai menunjukkan warna merah, berarti tidak kuat untuk diguna. Ketika berada di Bangi ni lah, baru boleh posting.

Selamat melewati detik-detik 2010. Kenangan yang lalu disimpan rapi, separuh menjadi pengalaman yang berharga, separuhnya menjadi pedoman. Apa yang bakal berlaku 2010? Itu belum kita pasti. Doa dan munajat harap di kabul, semoga 2010 menjadikan kita insan lebih baik dari semalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...