Welcome
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Etiam pharetra, tellus sit amet congue vulputate, nisi erat iaculis nibh, vitae feugiat sapien ante eget mauris.
Follow us




Latest projects
Ask a question
Link Blog
Senarai Blog Saya
Senarai Blog
Sample text
Blogger
Blogs
Labels
- Desaria
- Famili
- Iklan
- Ilahut
- Internship
- Koleksi Terbaik
- Lagu
- Pendidikan
- Penulisan Saya
- Pesan-pesanan
- Ramadan
- Remaja
- Renungan
- Tazkirah
- Tazkirah Ramadhan
- agama
- berita pilihan
- bimbingan dan kaunseling
- buletin
- ceramah
- ceramahku
- dadah
- fakta
- kaunseling
- kematian
- lawatan
- motivasi
- musibah
- perjalananku
- perjalananku di Aceh
- sahabat
- skb
- spada
- sufi
- taman desaria nilai
- tips
- umum
Alamak
Sami Yusuf
Link Cikgu
Makam-Makam Nabi
Blogger news
Diri Admin
Noorhisham Hamzah
Emel afraima@yahoo.com
FB facebook.com/skbangi
Blogger templates
Anda yang Datang
Link
Halaman
Dikuasakan oleh Blogger.
Ads 468x60px
About Me
Teman
Cari Blog Ini
fb komen
Featured Posts
Sabtu, 19 Februari 2011
Skuad Ronda Desaria
Wak Tom
Bersama Skuad Ronda Desaria Rukun Tetangga

| 0
ulasan
Jumaat, 18 Februari 2011
Rahsia Orang Berjaya
AMPANG. Hari ini saya di SK Taman Bukit Teratai. Atas jemputan pihak sekolah untuk berkongsi rahsia orang yang berjaya. Berjaya dalam UPSR. Terima kasih kepada member, Cikgu Widyawati dan Cikgu Wan Zul.


...
Sahabat Kaunseling
| 0
ulasan
Selasa, 15 Februari 2011
25KM di tinggal, dia tetap Kembali
Tulis Ustaz Azhar Idrus
jumpe makcik ni di kg Sabak, Kelantan dukung 2 eko anok kucing..kata mak cik ni..bapa anak2 kucing ni diambik olih cucunya bawak balik ke kubang keriang, seminggu lepas tu, kucing tu balik sendiri berjalan dari kubang kerian ke kg sabak yg jaraknya lbh kurang 25km sbb rindu ke anak2 dia..Allahu Akbar
| 0
ulasan
Tunjuk atau Menunjuk?
Hidup ini adalah terpaksa, kita dijadikan oleh Allah SWT sebagai mahklukNya, yang dihidupkan dengan adanya "tujuan tertentu". Kita sedar, hidup ini sementara, dan selepas hidup akan adanya pertemuan denganNya, mau atau tidak, hal ini pasti akan berlaku.
Justeru, kita di suruh beribadah, apakah "suruhan" ini satu paksaan? Ya..pada awalnya ianya satu "Paksaan", itupun kalau anda mahu kan kedamaian hidup disana nanti. Anak-anak boleh dirotan oleh ibu bapa sendiri gara-gara tak solat. Bukankah ini satu paksaan supaya dia sembahyang?
Namun, Tuhan mengajar kita, agar.. belajarlah dan cubalah beribadah dengan penuh ikhlas, sebagaimana bacaan kita dalam doa iftitah, "inna solati wa nusuki, wa mah yaa yaa, wa mamati, lillahi rabbil 'alamin" Sesungguhnya solatku, kerja buatku, dan hidup mati ku, adalah untuk Allah Taala".
Justeru, manusia orang awam, solat kerana takutkan neraka atau kerana ingin masuk syurga, apakah itu sudah ikhlas ibadahnya?
Anda tahu, seorang manusia sufi, Rabiatul Adawiyah pernah berlari-lari di jalan sambil membawa sebaldi air dan sepotong kayu api. Orang yang melihatnya bertanya, "Rabiah..untuk apa kayu dan air itu"?
Jawabnya, aku ingin membakar syurga... kerana manusia beribadah bukan kerana "inginkan Allah". Lalu untuk apa air itu? Aku ingin menyiram api neraka. Kerana manusia beribadah lantaran takutkan api.Bukan kerana takutkan Allah.
Nah... betapa dalamnya nilai ikhlas kalau mahu dikupas, bahkan kalau kita bicara ruangan tasauf, solat kerana inginkan syurga, belum masih dikira ikhlas. Lalu apa namanya itu? Itulah syirik kecil namanya. Mahunya... solat semata-mata kerana Allah. Kerana mahu Allah semata-mata. Apakah dapat pahala atau syurga? Itu urusan tuhan. Lalu siapa yang mahukan Allah, kalau dia tidak kenal siapa itu ALLAH? hmmm.....
Persoalan ikhlas itu duduknya dalam hati.
Tak mahu solat di masjid takut orang kata tak ikhlas, takut orang kata nak menunjuk-nunjuk, lalu dia solat sendirian atau dia langsung tak solat kerana takut di kata tak ikhlas, betul kah itu namanya ikhlas?
Dalam hidup ini, ada hal yang boleh di tonjol, ada yang yang perlu disembunyikan sahaja dalam perasaan. "Menonjol" tidak mestinya kerana menunjuk dan tidak ikhlas. Menderma RM10 dihadapan orang ramai, dengan niat supaya di ikut oleh orang yang melihat, merupakan satu kebaikan dan kebaikan. Berbuatnya pasti dapat pahala. Itu janji Tuhan. Ikhlas ke dia? Itu dia dengan ALLAH. Bukan kerja kita untuk menyoal keikhlasannya.
Ikhlas Dalam Dunia Kaunselor
Apa kaitan dengan dunia kaunselor? Menurut pekeliling yang dikeluarkan pihak kementerian, guru kaunseling "tidak boleh" mempunyai waktu mengajar tetap. Dia hanya masuk kelas sebagai guru ganti sahaja. Apa modul dia nak guna? Sudah siap.. terserah mana-mana modul, asalkan baik dengan objektif yang baik.
Jadi, hampir semua kerja kaunselor, tiada siapa yang tahu, semuanya diam-diam, apatah lagi sesi kaunseling yang sifatnya adalah rahsia. So, kerja-kerja ini disebalik tabir, tak nampak dan berselindung. Hal ini boleh jadi, orang nampak kaunselor tak buat kerja. Hanya makan gaji. Sedangkan dia bekerja, hanya bidang dan cara kerjanya berbezanya sikit atau banyak.
Untuk mengelakkan dari dikata tak buat kerja, kaunselor perlu menampakkan kerjanya, supaya dapat dilihat orang. Supaya orang tahu dia buat kerja dan boleh untuk dinilai. Ada perkara tertentu dia boleh hebah dan paparkan di laman web, facebook, blog dan seumpamanya. Selagi tidak melanggar etikanya sebagai kaunselor. Apatah lagi wujudnya laman sosial seperti facebook, tempat untuk berkongsi perasaan dan fikiran.
Seorang pegawai PPD berkata, kalau dulu kerja kaunselor, ikhlas-ikhlas saja, orang tak tahu, tapi sekarang bukan zaman berlindung, orang mesti tahu, kena bagi tahu. Ini kerja kita. Saya terpilih mendapat Anugerah Cemerlang Guru Kaunseling, sedangkan kerja saya, saya tahu, bukan hebat pun, malu kalau ada orang nak datang lihat sendiri apa yang berlaku, tapi kenapa saya terpilih? Entah... saya pun tak tahu. Tapi orang tahu saya buat kerja, berdasarkan "www.noorhisham.com" yang selalu memaparkan kejadian disekeliling saya. Termasuk dunia kaunseling.
Ini bukan soal menunjuk, tapi hanya tunjuk. Adakah dia ikhlas? Terserah... Itu dia dengan tuhannya.
Label:kaunseling | 1 ulasan
Isnin, 14 Februari 2011
Jom Hidup kan dan Lestarikan FB Desaria
15 Feb 2011. NILAI.Melihat Taman Desaria Nilai belum memiliki FB sendiri, saya minta bantuan seorang rakan untuk menubuhkan FB ini. Diharap semua warga Desaria dapat berpartisipasi bersama, kewujudan fb ini diwujud memandangkan lebih ramai antara kita yang menjadikan aktiviti membuka Fb antara aktiviti wajib seharian.
Selain cepat, ianya amat berguna kepada ibu-ibu ditaman ini yang tidak bekerja untuk membaca berita terkini setiap hari. Apa yang berlaku dan akan terjadi di taman ini. Kes-kes kecurian dan rompakan juga dapat disampaikan secara cepat dan berkesan, ianya tantu sekali berguna kepada warga Taman Desaria. Selama ini, hanya warga Desaria yang menjadi ahli ronda sahaja mendapat berita terkini. Dengan adanya FB ini, mungkin berita tersebut dapat dipanjang disini lagi.
Saya sedang mencari beberapa orang untuk dilantik sebagai moderator FB ini.
| 0
ulasan
Sambutan Maulidur Rasul Tmn Desaria
Firman Allah Taala : Sesungguhnya Allah Taala telah melimpahkan rahmat yang amat besar ke atas orang mukmin, ketika mana Ia membangkitkan seorang Rasul dikalangan mereka, yang bertindak untuk mengajar ayat2Nya, dan membersihkan hati mereka, dan mendalamkan ilmu kitab dan hikmah,dan sesungguh mereka, sebelum kedatangan rasul, berada dalam kesesatan yang nyata.
Antara insan yang dikenali di Taman Desaria

Perarakan bermula jam 8.15 pagi dihadapan surau Desaria
Perarakan menuju ke taman perumahan dengan iringan solawat

Kaum ibu dan anak-anak remaja perempuan tidak ketinggalan di belakang

Ramai.... kehadiran menambah ceria keadaan

Kaum muslimin berada di saf paling hadapan dengan panji-panji bunga

Kenderaan Pejabat Kesihatan turut membantu menghidupkan suasana

Perarakan kembali ke surau
| 0
ulasan
Koleksi Buku-buku Penagihan
Berikut adalah sebahagian buku-buku berkaitan dadah yang ada dalam koleksi saya. Mungkin ada yang berminat untuk memilikinya.


Buku yang ditulis oleh beberapa orang Doktor di Malaysia yang mengajar Ilmu Farmakologi.

Pencegahan Relapse maknanya usaha mencegah seseorang yang menagih supaya tidak menagih semula. Re adalah ulang, Lapse ialah pusingan. Relapse maknanya kembali menagih semula setelah sekian lama berhenti menagih

..


Jatuh ke lembah penagihan? Amat menarik mendalami teknik kaunseling penagihan. Jatuh dalam lembah penagihan sama seperti jatuh dalam gaung yang dalam. Dia tidak boleh keluar, kecuali jika dibantu.

...
Orang Barat sebenarnya telah banyak buat kajian bab dadah. Namun sampai sekarang saya secara peribadi melihat, mereka tidak jumpa satu solusi untuk membanteras dadah secara berkesan.
Kita pula berkiblatkan kepada mereka.. kenapa? Apakah kita tak punya panduan untuk menyelesai masalah manusia ini ?
Buku yang ditulis oleh beberapa orang Doktor di Malaysia yang mengajar Ilmu Farmakologi.
Pencegahan Relapse maknanya usaha mencegah seseorang yang menagih supaya tidak menagih semula. Re adalah ulang, Lapse ialah pusingan. Relapse maknanya kembali menagih semula setelah sekian lama berhenti menagih
..
Jatuh ke lembah penagihan? Amat menarik mendalami teknik kaunseling penagihan. Jatuh dalam lembah penagihan sama seperti jatuh dalam gaung yang dalam. Dia tidak boleh keluar, kecuali jika dibantu.
Buku ini adalah 12 buah. Ianya adalah hasil gubahan pelajar SPADA 2008, termasuk saya sendiri, sebuah buku panduan untuk mencari cahaya kebahagiaan hidup di hujung usia. Kembali kepada fitrah... Agama..
| 0
ulasan
Ahad, 13 Februari 2011
Seputar Mesy.Agung PIBG SKB
AJK PIBG Baru sesi 2011/2012.. Tahniah Pada Ustaz Jamsari dan En.Dzulhazman yang terus mendapat mandat untuk memimpin PIBG sekolah ini. Kebetulan Ustaz adalah alumni sekolah ini, so, rasa kasih dan sayang pada sekolah amatlah dalam.
Persiapan Dewan oleh guru
Sumbangan Sijil atas nama AJK PIBG 2010/2011
| 0
ulasan
Kepimpinan Dalam Konteks Sekolah
Atas jemputan sahabat karib saya di Pekan, Pahang, semalam saya selesai memberikan satu slot ceramah 2 jam kepada pengawas-pengawas sekolah SK Ubai.

Akhirnya sampai jua ke SK Ubai

Salah satu aktiviti yang dijalankan untuk meng eratkan hubungan sesama pengawas

Anda... bukan pelakon yang saya cari...ini lah salah satu permainan untuk menunjukkan seseorang pemimpin akan mampu bertahan selagi dia tidak membuat kesalahan pada orang bawahannya

Ikrar seorang pengawas.. Program ini di akhiri dengan pembacaan ikrar yang diketuai oleh Ketua Pengawas sekolah. Terima Kasih Ustaz Abu Hanafiah Ariffin dan juga barisan guru SK Ubai, juga buat Puan Zalaha, Guru Besar SK Ubai.


Akhirnya sampai jua ke SK Ubai
Salah satu aktiviti yang dijalankan untuk meng eratkan hubungan sesama pengawas
Anda... bukan pelakon yang saya cari...ini lah salah satu permainan untuk menunjukkan seseorang pemimpin akan mampu bertahan selagi dia tidak membuat kesalahan pada orang bawahannya
Di sekolah rendah, murid sebenarnya belajar bagaimana menjadi seorang pemimpin. Tugasan mereka tidaklah sampai boleh menjejaskan pelajaran mereka. Ramai pelajar yang cemerlang terdiri dari pengawas, ketua pengawas dan pelajar-pelajar yang sering keluar mengikuti program kokurikulum peringkat daerah.
Untuk rekod, Cikgu Noorhisham dan Ustaz Abu pernah belajar bersama-sama di 3 buah sekolah, pertama di SMU Darul Anuar, (2) SMU Tarbiah Mardhiah Panchor dan (3) IAIN Ar-Raniry Banda Aceh, Indonesia. Pernah masuk surat khabar ketika Aceh dilanda saat getir, sehingga pihak kedutaan turun dan memberikan plan operasi menyelamat mahasiswa di Aceh dengan feri, atau kapal terbang TUDM.
Khamis, 10 Februari 2011
Menijau Kampung Sungai Buah Bersama Mr.Michael
11 Feb 2011. BANGI. Bertuah, ya bertuah, SK Bangi menerima seorang guru dari Liverfool, Mr.Michael. Hari ini beliau datang untuk melihat invironment persekitaran Bangi. Saya membawanya melihat beberapa buah perkampungan dimana murid sekolah ini tinggal.
Antaranya, Kampung Bahagia, Sungai Buah, Desa Mahkota dan Taman Bangi Indah. Beliau akan datang ke sekolah ini setiap hari Khamis selama 2 tahun untuk membantu meningkatkan Bahasa Inggeris guru dan murid-murid di sini.
Salah sebuah rumah diperkampungan orang Asli. Beliau katanya suka melihat keadaan di sini yang tenang dan udara yang nyaman
Saya tunjukkan sebuah ini, dipintu tadi ada seorang murid darjah 6, tidak ke sekolah hari ini, apabila saya datang, abangnya keluar, mendekati kami, apabila saya keluarkan kamera terus hilang "zaap" kedua-dua beradik tadi.
Kenapa tak sekolah? Motor pancit cikgu, sambil menunjukkan motornya di belakang. Murid kematian ibunya 3 tahun yang lalu, saya berbincang dengan Mr.Michael macam mana nak bantu, Mr.Michael terus menulis sebuah idea, macam mana nak bantu mereka yang suka main motor, tetapi tidak mahu atau malas ke sekolah.
| 5
ulasan
Rabu, 9 Februari 2011
Sejauh Mana Peranan Pengawas Dapat Membantu Sekolah
Insya Allah, Jumaat ini saya bertolak ke Kuantan, Pahang. Pada 12 Feb 2011 saya dijemput untuk menyampaikan ceramah Kepimpinan kepada pengawas Sekolah Kebangsaan Ubai, di Pekan.
Pengawas di sekolah ibarat polis di tengah jalan raya. Memantau, memberi nasihat, menegur, cuma tidak boleh menyaman. Kebanyakkan sekolah mempunyai banyak kategori pengawas. Namun ramai guru yang tidak mengambil tahu apa masalah yang dihadapi oleh pengawas. Mungkin kesibukan guru atau guru sesama guru saling mengharap siapa yang lebih memberi perhatian kepada pengawas.
ANTARA masalah pengawas ialah Bidang tugas pengawas, arah tuju tugasan mereka dan ke mana hendak mengadu jika menghadapi masalah. Dan selepas mereka bertindak mengikut lunas-lunas peraturan sekolah, mencatat nama murid yang melanggar peraturan, siapa sebenarnya yang berperanan untuk mengambil tindakan lanjut?
Disini kebanyakkan sekolah hari ini, tidak sempat memberi tumpuan atau perhatian. Dengan itu, tidak hairan jika mood seorang pengawas asalnya rajin, gigih akhirnya menjadi hambar dan pudar.
Kerana mereka merasakan tugasan mereka tidak ke mana, tiapa siapa yang ambil tahu dan ke mana hendak dibawa nama-nama yang sudah ada dalam buku catatan mereka.
Oleh itu, guru-guru perlu sesekali mengumpul pengawas, untuk memberi suntikan semangat baru, bertanya masalah yang dihadapi dan memberi reaksi yang sepatutnya sebagai tindakan lanjut.
| 0
ulasan
Putaran Hidup
Seronok tengok Kak Pidah dah 2 kali keluar TV.Malam ni keluar lagi dalam 360 TV3. Saya sempat bersama Kak Fidah dan kakitangan Rumah Sinar Salam dan juga pegawai AADK Wilayah mengikuti program Out Reach yang mereka jalankan pada tahun 2008.

Kak Fidah dan suami nya (Raja Azizan) sebenarnya berasal dari bekas penagih dadah.
Kalau tak salah saya, Kak Fidah pernah 3 kali masuk pusat, dan penjara tak pernah katanya.
Sekarang ini beliau mengusahakan Rumah Sinar Salam di Chow Kit bagi membantu gelandangan (bahasa Indo), pelacur-pelacur dan penagih dadah.
"(Gambar di atas, saya dan Cikgu Nan sedang bersoal jawab dengan penagih, malam tu kami minta dia keluarkan apa barang yang ada dalam begnya, ternyata ada jarum, dan paling malang, anak negeri saya sendiri...huhu)
Rumah lokasi kegiatan Kak Fidah dibiayai oleh kerajaan. Syabas Kak Fidah, dari bekas penagih, kini menjadi manusia yang beramal untuk membantu penagih. Hanya penagih yang mengenal jiwa dan perasaan sesama penagih.
Malam itu, kami bergerak dalam 2 kumpulan, kami sempat merakam aksi penagih perempuan menyuntik heroin ke lengan kirinya.Video ini saya masukkan ke Blog ini sekitar 2 tahun yang lalu.
"(Foto sebelah, adalah antara lokasi penagih tinggal siang hari, bayangkan dengan tikus berlari-lari, sampah dan najis pampers anak-anak)
Inilah gambaran kotornya jiwa penagih.
Tulisan saya berkaitan Kak Fidah dan suami (juga bekas penagih) saya selitkan disini. Saya ingin pembaca memahami, bahawa hidup ini bagaikan putaran roda.
Kalau dulu, Raja Azizan adalah seorang penagih, kini beliau katanya, sudah tiada lagi keinginan pada dadah, walaupun di letak dihadapannya. Dan saya sudah berhenti merokok. Pernah saya menjemput beliau berceramah bersama saya di sebuah sekolah, saya terima sms darinya begini "Maaf, saya waktu itu berada di Philipine". Nan, tengok, bekas penagih boleh ke mana-mana, bahkan mungkin dia lebih jauh berjalan dari anda. Anda pernah ke Philipine?
Sama juga dengan Presiden Pengasih, Datuk Haji Yunus Fathi, dulu pun bekas penagih, sekarang kalau ke pusat serenti memberikan ceramah, beliau membawa bersamanya projektor, lap top, sebuah kenderaan pacuan 4 roda,(HiLux), saya dengar beliau bercakap, waktu saya di negara ini, waktu saya di negara itu.... wah, sudah puluhan negara beliau singgah.
Bekas penagih.... ya bekas penagih.Allah Taala ganti kehidupan masa lalu dengan masa kini. Ini sebahagian kisah bayi malang yang dibuang dan berada di Rumah Jagaan Sinar Salam Klik sini.
Dan untuk anda.... berikut adalah video yang telah kami siarkan yang membuat mahasiswa di Ciast, Shah Alam menutup mata ketika saya memberikan ceramah kesedaran bahaya salah guna dadah.
Hehe, Dont Try This As Home... Tempat lain boleh ka...?
Tengah Baca Berita .. Terjumpa Video ini..
Isnin, 7 Februari 2011
Siapa yang benar, Jebatkah yang benar, atau aku yang benar
"Siapa yang benar, Jebatkah yang benar, atau aku (Hang Tuah) yang benar?"
Baru selesai menonton filem melayu Hang Tuah.Sebelum ini pun saya pernah menonton filem lama yang berwarna ini, namun belum pernah memahami isi ceritanya. Malam ini saya berjaga, untuk terus mengambil isi penting dalam cerita ini. Apa cerita dan jalan kisahnya. Ya. Saya jumpa.Terima Kasih Tuhan.
Sungguh, dalam perasaan saya berfikir, setelah melihat watak-watak pelakon dan lakonan sebentar tadi, dimana mereka semua ini (dalam filem tadi) hari ini ?
Siapakah antara mereka yang masih hidup. Dan jika sudah meninggal, sedang "apaan" mereka di alam sana. Dimana Tun Teja, dimana Raja yang berdaulat, dimana hulubalang dan dimana semua manusia yang pernah hidup dizaman itu? Dimana.... oh dimana?
Aduh..sungguh hidup ini sementara cuma, kita yang dihidupkan sementara disini sebenarnya sedang berlakon dipentas dunia nan fana.
Mari, kita semak erti ayat ini.
""Dan tidaklah kehidupan dunia ini kecuali permainan dan senda gurau, dan sungguh kampung akhirat jauh lebih baik bagi orang-orang yang bertawqa, dan apakah kalian tidak berakal?" ".
Baru selesai menonton filem melayu Hang Tuah.Sebelum ini pun saya pernah menonton filem lama yang berwarna ini, namun belum pernah memahami isi ceritanya. Malam ini saya berjaga, untuk terus mengambil isi penting dalam cerita ini. Apa cerita dan jalan kisahnya. Ya. Saya jumpa.Terima Kasih Tuhan.
Sungguh, dalam perasaan saya berfikir, setelah melihat watak-watak pelakon dan lakonan sebentar tadi, dimana mereka semua ini (dalam filem tadi) hari ini ?
Siapakah antara mereka yang masih hidup. Dan jika sudah meninggal, sedang "apaan" mereka di alam sana. Dimana Tun Teja, dimana Raja yang berdaulat, dimana hulubalang dan dimana semua manusia yang pernah hidup dizaman itu? Dimana.... oh dimana?
Aduh..sungguh hidup ini sementara cuma, kita yang dihidupkan sementara disini sebenarnya sedang berlakon dipentas dunia nan fana.
Sebelum kita ada disini, adanya mak ayah kita, sebelumnya ada ibu dan bapa kepada mak ayah kita, sebelumnya lagi atuk nenek mereka, sebelumnya, ayah atuk nenek mereka, sebelumnya, sebelumnya dan sebelumnya.Sekarang kebanyakkan mereka semua sudah tiada lagi.
Kita yang mengambil alih dunia ini, anak kita pula kian membesar, sedetik demi sedetik, sehari, semalam, seminggu, sebulan dan setahun mereka membesar. Kita semakin tua dimamah usia, penyakit datang, kekuatan semakin lemah, seorang demi seorang rakan kita telah pergi. Oh....kita sudah terlupa untuk membacakan sekali Fatihah sehari untuk rakan kita yang sudah pergi.
Dan kita..... kita akan menyusuri mereka satu hari nanti. Walau tiada pasti detiknya, tapi yang pasti kita jua akan pergi. Apakah, pemergian kita pun, akan dilupakan orang bagai angin berlalu.
Mari, kita semak erti ayat ini.
""Dan tidaklah kehidupan dunia ini kecuali permainan dan senda gurau, dan sungguh kampung akhirat jauh lebih baik bagi orang-orang yang bertawqa, dan apakah kalian tidak berakal?" ".
Al-An'am : 32
Kata orang,kalau harimau mati meninggalkan belang, dan manusia mati meninggal nama. Apa betul ungkapan itu?
Seorang cina pernah berdiri dihadapan dalam satu majlis, dipanggilnya salah seorang hadirin, ke depan kamu katanya, siapa nama kamu? Hasan jawabnya, ayah kamu? Ibrahim sambungnya lagi. Atuk kamu? emmmm... Kadir jawabnya sambil menggaru kepala. Ayah pada atuk kamu? emmmmmm... lama dia mencari jawapan dan akhirnya dia tak punya jawaban.
Apalah engkau.... kata Cina itu. Nama moyang sendiri pun tak tahu.
Sabtu, 5 Februari 2011
Mudahnya Menipu
Adakah anda salah seorang mangsa penipuan ini? Mudahnya nak bagi-bagi 2 Juta Paun pada orang yang tidak dikenali. Emel pengirim.. mrs.norhayatibintiibrahim@roxketmail.com... nama norhayati kat eme. tapi dalam emel nama Puan Shahsilla...
Ya Allah... jika orang itu menipu secara terang-terang?, tunjukkan pada orang yang menjadi mangsanya, semoga tidak ditipu hidup-hidup. Wahai manusia yang suka menipu, ingatlah azab Allah ketika kamu masuk lubang kubur nanti.
| 1 ulasan
Jumaat, 4 Februari 2011
Dimanakah Kebahagiaan Sejati?
Ke sana sini sibuk setiap hari, pagi petang siang malam masih mencari, ya, apakah yang dicari-cari oleh seluruh manusia?
Oo...rupanya kebahgiaan yang dicari. dan adanya manusia yang berpendapat dengan bersendirian itu akan hadir nya bahagia, maka dia pun bersendirian dalam dunianya, namun ada sebaliknya manusia yang bertentangan idea, katanya berkahwin itu mendatangkan bahagia, maka berusahalah dia untuk menikah, sampai ke Siam dibawa lari, semata untuk bernikah... Bahagia ada disana.
Ada yang meletakkan kebahagiaan itu pada cahaya mata, diusahanyalah untuk mendapat cahaya mata, walau beribu wang berhabis. Sampai ada yang berhenti kerja, biar gaji beribu, semata untuk membesarkan anak yang satu. Kerana bahagia ada disitu.
Ops.. tak lama kemudian, katanya tiada bahagia dalam pernikahan, hari-hari yang ada hanya perbalahan, maka berusahalah manusia itu bercerai sampai berai, semata-mata inginkan bahagia. Biarpun anak hidup melarat, biarpun apa bahasa orang kepadanya, yang penting dia bahagia. Apa mau jadi pada anak? Terserah...
"Lalu..dimanakah kebahagiaan yang sejati itu? ".
..clr..
| 0
ulasan
Khamis, 3 Februari 2011
Kerterbatasan Manusia Sebagai Makhluk
Intisari kuliah tuan guru pagi ini adalah :
Mata manusia terbatas, apabila nak melihat benda kecil, manusia cipta Mikroskop.
Telinga manusia terbatas, apabila nak mendengar benda jauh, manusia gunakan telefon.
Tetapi akal? Manusia guna apa kalau akalnya terbatas? Sebab itu Tuhan hantarkan rasul demi rasul untuk membimbing manusia. Dan Al-Quran merupakan alat untuk membantu 'akal manusia.
Bagaimana Habis Usia Anda?

Salam sejahtera, saya ingin memanjangkan lagi siri ceramah saya di SK Bandar Rinching 5 hari yang lalu. Orang Islam kalau mati ada 4 jenis.
Yang pertama matinya seperti haiwan. Manusia seperti ini ialah orang yang hidupnya semata-mata untuk makan, tak ubah macam burung, keluar pagi balik malam, keluar pagi balik malam. Rumahnya seperti sarang burung. Solat dan ibadah jauh sama sekali. Maka matinya tak ubah seperti haiwan di sisi Tuhan, Tak ada gunanya.
Sedangkan.. Ada sepuluh binatang yang akan masuk syurga.
1. Anak lembu milik Nabi Ibrahim
2. Kambing Nabi Ismail
3. Onta Nabi Salih
4. Ikan Nabi Yunus
5. Lembu Nabi Musa
6. Himar Nabi Uzair
7. Semut Nabi Sulaiman
8. Burung Hud-hud Ratu Balqis
9. Anjing pemuda penghuni Gua
10. Buraq Nabi Muhammad
Yang kedua, mati dalam keadaan kurus kering. Ini mati peringkat orang muslim, yang sangat sedikit amalnya. Hanya yang wajib sahaja dikerjakan, yang sunat malas. Firman Tuhan dalam hadis Qudsi. "Tidaklah mendekatkan hambaKu dengan amalan-amalan yang Aku fardukan ke atasnya, melainkan (dia mengerjakan) dengan amalan-amalan sunat.
Yang ketiga, mati dalam keadaan seperti orang tidur. Inilah orang mukmin. Lebih tinggi tarafnya dari muslim tadi. Sabda Nabi, "Matinya orang mukmin, adalah satu kerehatan baginya"
Dan keempat adalah mati secara zahir, tetapi tidak mati. Hal ini sukar difahami oleh akal manusia. Namun Tuhan berbicara hal ini dalam surah Al-Baqorah ayat 154, "Dan janganlah engkau mengatakan orang yang mati dijalan Allah itu mati, tidak! Mereka sesungguhnya hidup, akan tetapi kamu sahaja yang tidak tahu bagaimana mereka hidup"
Tuan-tuan, boleh buat pilihan, ingin mati bagaimana. Peluang masih ada. Mahu yang pertama sangat gampang, yang kedua pun tak susah, yang ketiga perlu perjuangan dan yang keempat perlu belajar lebih mendalam.
Firman Allah Taala, "wattaqullaha wab taghu fiihil wasilah" Dan bertaqwalah kepada Allah, dan carilah padanya jalan".
Berkatalah salah seorang akan guru saya :
Sebetulnya kita tak perlu takut pada mati,
Sebetulnya kita tak perlu takut pada mati,
kerana mati itu tidak akan sampai, sebelum ajal tiba,
dan apabila,ajal sudah tiba,
kita sememangnya sudah tidak ada lagi disini,
apa yang perlu kita takut ialah,
apa yang bakal berlaku sesudah kematian..
Oleh itu,
Takut pada ular JAUHI
Takut pada Allah, DEKATI.
Rabu, 2 Februari 2011
PIP : Program Intervensi Pelajar Terlibat Dgn Penyalahgunaan Dadah
Setelah acara ceramah tamat, saya di ajak ke kantin untuk menikmati makan tengah hari.Turut berada bersama saya, guru besar SKBR, Puan Siti Zahora Moh Nor, YDP PIBG, En.Wan serta sahabat se-kaunseling saya, Cikgu Rabuni.Beliau asal dari Sarawak.
Sedang makan, Cikgu Rabuni sempat bercerita, 2 tahun lepas kami bersama ke Sabak Bernam dalam program PIPP. PIPP ialah Program Intervensi Pelajar. Untuk makluman, murid yang dipilih ialah dari kalangan pelajar sekolah menengah yang telah disah menyalahgunakan pelbagai jenis dadah.
Selama 2 minggu pelajar yang terlibat dikurung disini. Kami datang memberikan ceramah sebagai proses pemulihan dari pihak Jabatan. Saya bertindak sebagai penceramah kerohanian.
Sayangnya tahun ini entah ke mana program itu.
Sahabat saya,Encik Rabuni berbaju hijau
Saya ditanya, boleh ke penagih dadah pulih ? Berbicara soal dadah terkini, pihak AADK pun sebenarnya tidak dapat memulihkan penagih. Tengok lah Pusat serenti Sungai Besi, dulunya penghuni perlu berada di situ selama setahun atau lebih.
Namun sekarang? Sekarang diberi pilihan... mahu berapa lama, pilih sendiri, 3 bulan, 6 bulan? Sebab setahun pun masih tidak menjamin berhenti menagih, bahkan yang 2 tahun pun, masih kembali ke alam gelapnya. Dan yang sudah berkali-kali masuk penjara dan pusat pun, masih juga dalam dunia ketagihan.
Bukan mudah nak pulih. Orang yang boleh pulih adalah atas kehendak diri sendiri yang kuat. AADK tu hanya membantu sahaja. Sama juga dengan Pengasih, Pendamai dan sebagainya. Malah ada yang masuk ke pusat rawatan berkonsepkan dzikir, pun masih kembali ke dunia nya.
Tuan boleh baca sejarah Hafney, bekas penagih tegar puluhan tahun yang silam, sekarang dilantik sebagai Presiden Pendamai, lihat sejarah hidupnya, bagaimana beliau boleh pulih, bangun dari kejatuhannya. Sila klik di sini
| 0
ulasan
Langgan:
Catatan
(Atom)
