Welcome

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Etiam pharetra, tellus sit amet congue vulputate, nisi erat iaculis nibh, vitae feugiat sapien ante eget mauris.

Follow us


Ask a question

Name

Email

Question

Submit

Link Blog

Senarai Blog Saya

Senarai Blog

Sample text


Emel : afraima@yahoo.com..febook : facebook.com/skbangi
.Facebook : facebook.com/skbangi



Blogger

Blogger
Noorhisham Hamzah Sarjana Sosial Islam, Kaunselor SK Bangi, Ijazah Sarjana Muda Indonesia, Ijazah Lanjutan, Drug Abuse, USIM, Emel afraima@yahoo.com

Makam-Makam Nabi

Blogger news

Diri Admin

Noorhisham Hamzah
Emel afraima@yahoo.com
FB facebook.com/skbangi

Blogger templates

Jika terdapat sebarang persoalan untuk dijawab, boleh lah di hantar ke afraima@yahoo.com afraima@yahoo.com

Anda yang Datang

Twitter

Link

Terima Kasih Atas Kunjungan Ilmu dikongsi,ganjaran diharap

ShoutMix chat widget

Pelawat

Halaman

Dikuasakan oleh Blogger.

Twitter

Ads 468x60px

About Me

Teman

Cari Blog Ini

fb komen

Featured Posts

Isnin, 21 Mac 2011

Pengembaraan ke Balik Papan. UPDATE

18 Mac 2011. Macam ngak percaya ya..dengan tambang Rm366.00 pergi pulang (PP) saya sudah pun berada di Balik Papan Indonesia jam 3.15, sedangkan paginya di Malaysia. Saya bersama 2 orang rakan akan membawa anda meninjau apa yang ada di Balik Papan ini, khususnya Kalimantan Timur.Jom...

Bersebelahan dengan laut Sulawesi. Negeri ini (propinsi) terletak di sebalah laut Sulawesi, dimana kebanyakkan orang-orang suku Bugis berasal dari sana. Di sini, ada suku Madura, Dayak, Bugis dan lain-lain. Beberapa minggu kelmarin, tanpa di masukkan berita ini ke akhbar maupun television, ratusan suku kaum Madura meninggal di penggal leher oleh ilmu orang Dayak.Hairannya, orang Madura yang dipenggal lehernya, tidak melihat siapa yang datang memenggal mereka, tiba-tiba saja, leher mereka putus, padahal sedang berada dalam sebuah kereta yang bertutup cerminnya.

Mungkin kisah ini akan menambahkan lagi semangat suku kaum tertentu, makanya ia tidak di sebarkan. Saya cukup merasa hairan dengan ilmu suku Dayak.Inilah keanehan kaum dan suku tertentu yang ada di Indonesia, belum lagi ilmu boleh terbang, berjalan atas air dan berjalan kaki di siling kepala di bawah. Adalagi ilmu pukau memukau, sehingga ada sebuah pelabuhan di Indonesia, orang Indonesia sendiri pun merasa takut jika ke sana, hanya dengan mencuit bahu, mereka sudah berjaya memukau seseorang, sehingga orang yang di pukau akan menyerahkan dompet, wang dan sebagainya.

Itulah sedikit perihal kisah beberapa minggu lalu yang terjadi disini. Kisah ini membuat sahabat saya disana meminta saya menunda pemergian ke sana, kerana keadaan lagi parah katanya. Ah...dalam hati, walau pun ada rasa takut, rasa untuk melihat apa yang terjadi rasanya lebih kuat dari takutnya, sama juga waktu di Aceh dulu, malam-malam orang pada tidur dirumah, dan menonton TV, saya dengan bebek ke sana sini. Rasa takut tak ada sangat. Sebenarnya saya rasa saya bukanlah orang yang menjadi target timah cair (peluru hidup), walaupun ada juga orang yang tidak bersalah terkena peluru nyasar dari AK47 atau M16.

Apalagi jika anda mengamalkan zikir, hati anda hanya takut kepada Allah, maut terletak padaNya. Kerana itu saya terus berjalan-jalan dengan mengenderai speda motor saya walau pun ramainya orang lain sudah berada di rumah masing-masing. Alhamdulillah, 4 tahun tiada apa-apa yang berlaku.

Cuma ada satu malam, ketika sedang minum air di kedai kopi Yusti, saya dan kawan-kawan melihat cahaya yang sangat laju sedang melintasi sebuah padang. Rupanya itu adalah cahaya tembakan yang dilepaskan ke arah sasaran tertentu.

Tanpa berlengah, saya terus menghidupkan enjin motor dan terus pulang dengan 2 orang kawan. Di tengah jalan, didalam kegelapan, saya terlihat sepertinya ada sebatang kayu yang sedang merintangi disebatang jalan. Bila kami hampir, rupa-rupanya sekujur mayat yang baru sahaja ditembak.

Apalagi, saya terus memecut hingga ke rumah, sampai di rumah, saya buka pintu tanpa turun dari motor dan terus masuk ke dalam rumah dengan motor-motor sekali.. Haha...ada sorang Ustaz masa tu duduk dalam mess (rumah pelajar) tu, dengan terkejut dia bertanya, ada apa? ada apa? mayat... mayat....

OK lah, kita kembali ke cerita di sini. Saya suka melihat ketenangan alami, yang jauh dari kerosakan asap dan pembangunan duniawi.Lihatlah diperkampungan ini, sungguh nyaman bukan?


Siapa yang tak senang melihat warna hijau seperti ini. Hijau juga salah satu warna pakaian disyurga. Seorang ulama (Luqmanul Hakiem) berkata, kalau anda inginkan jiwa mu lapang, seringlah melihat warna hijau, dan air yang sedang mengalir.

Indah bukan...ciptaan Tuhan...Allah SWT.

Jalan ke Samboja dari Kota Balik Papan, sekitar 50km. Perjalanan hampir 1 jam setengah.

Yang ini adalah surau yang ada di pondok pesantren yang dibangun sahabat saya. Santrinya ada seramai 200 orang.


Pejabat pengurusan sekolah...namanya Jabal Nur...diberikan oleh seorang ulamak besar..kerana terletak di atas bukit yang tinggi.

Chairman sedang meninjau keadaan dan suasana disekitarnya






Habis kotor sandal....hehe...kemudian naik kereta...saya berpesan pada kawan, tolong berhenti di jalan, untuk basuh kaki, katanya kalau kita kaki kotor, orang akan layan kita di kota nanti, dia tau kita ada uang, tapi kalau kita kaki bersih, mereka ga layan, kerana dia perasan kita tak kerja.

Pasir yang sangat halus...mulus...sesuai untuk plaster rumah

Ada pelantar minyak rupanya di sini. Patutlah dari jauh kelihatan awan nya merah.


Pulangnya kami dibeli..kain samarinda


Perkampungan ...rumah yang dibina zaman Belanda memerintah


Anak-anak sekolah Indonesia baru pulang sekolah.

Waduh-waduh..besar sekali

Anak-anak Indonesia..hebat....jual suratkhabar mengenepikan rasa malu demi untuk uang.


Bersama sahabat saya

Hotel Samudera...hotel 4 bintang kami menginap..Ongkosnya Rp500.000
Jam 4.15 petang kami tiba di Malaysia lewat Air Asia tepatnya di LCCT. Kami akan kembali lagi buat kali kedua untuk memeterai perjanjian.

Akhirnya....
terima lah ini
Khamis, 17 Mac 2011

Motivasi UPSR di SK Tok Muda Kapar Klang

KLANG. Sekolah Kebangsaan Tok Muda Kapar hari ini menjemput saya selaku penceramah kepada 100 orang murid calon UPSR.

Terima kasih pada Cikgu Husni, selaku guru bimbingan sekolah. Jam 7.30 pagi saya bertolak dari Nilai 3, jam 10.00 sampai di sekolah tersebut. Lihat meter van, dalam 127 kilometer gitu. Semoga semangat anak-anak disini terus bertambah dan mula mengatur strategi untuk melihat masa depan yang cemerlang, gemilang dan tak hilang nama didunia.


Lawatan ke Karangkraf, High 5 dan Rumah Orang Tua

14 Mac 2011. SHAH ALAM. Seramai 43 orang warga guru dan staf sokongan dan 20 orang anak-anak guru menyertai acara lawatan sambil belajar ke Kilang Percetakan Karangkraf yang terletak di Shah Alam.

Dua bas sewa khas bergerak dari perkarangan sekolah jam 8.20 pagi. Disebabkan kesilapan jadual, rombongan tiba jam 10.00 pagi di Karangkraf. Saya memberitahu pegawai terbabit, kami terpaksa bergegas ke Kilang Roti sejam setengah kemudian. O... tak cukup kata En.Hashim, sekurang-kurangnya anda akan berada di sini selama 3 jam.

Kami tak tahu, rupanya Karangkraf juga ada menyediakan jamuan untuk kami, bahkan kalau ada rezki, kami boleh makan bersama CEO sekali tengah hari ini, jelas En.Hashim lagi yang bertindak selaku pemimpin lawatan kami.

Sesi terawal. Taklimat oleh Encik Hashim

Kami tak sangka, pihak Karangkraf suka menerima lawatan guru, kerana, guru dan ilmu serta penulisan tidak dapat dipisahkan. Jelas mantan Pengerusi PIBG ini.
Sesi Lawatan bermula di sini.
Mesti ambil gambar. Ilustrasi yang sangat menarik disepanjang dinding ini.
Anak-anak pun sama
Aik.... ada jugak...
Mendengar Sesi penerangan di tingkat 1
Seronok melihat brother ini mewarnakan kartun. Untuk makluman, gambar lukisan tangan dilukis oleh orang lain, kemudian di scan, dan bila tiba pada brother ini, baru lah beliau mewarnakannya menggunakan perisian adobe photoshop.
Srikandi SKB. Ustazah Nik Nor Hafizan, Cikgu Lin dan Pembantu Pra Sekolah
Majalah Nona sedang dicetak.
Bersesak-sesak dalam kedai jualan, diskaun 10%

Apa yang tidak dapat kami bayangkan, dapat minum bersama CEO. Kemudian berdialog. Beliau yang mudah mesra, tidak loket ilmu, bahkan sangat-sangat menginginkan agar anak Melayu Islam khususnya, dapat menjejaki langkah kejayaan beliau membina empayar kegemilangan.

Semuanya bermula dari saya banyak membaca buku-buku katanya. Saya boleh habiskan buku 800 muka surat dalam masa sehari. Dari ilmu, saya dapat banyak input, pengalaman dan pengetahuan. Saya ada big dream, kalau orang lain hanya ada dream (cita-cita) tetapi saya ada The Big Dream (Impian yang Indah).

"Saya akan memastikan segala impian saya menjadi kenyataan. Saya ingin jadi orang putih, saya ingin jadi kaya, saya pakai kereta yang orang lain tak pakai, saya ingin isteri cantik, saya ingin rumah yang besar yang orang lain tak punya..."

Kemudian dari itu, saya menyusun strategi untuk berjaya.
Antara yang membanggakan.... Kami sempat berdialog bersama CEO Dato Hishamuddin
Para Guru sedang khusyuk mendengar sejarah kejayaan empayar Karangkraf
Kenangan Paling Indah... Bergambar bersama Dato..esok masuk Sinar Harian... Yah
Mana aci... asyik ambil gambar orang lain je. "Syabas dan Terima Kasih Dato..ambo sangat-sangat bangga", saya nak tunjuk gambar ini pada murid sekolah...biarlah Dato menjadi idola mereka. Usahawan yang berjaya tanpa modal dari mana-mana pihak. Sekarang mampu membayar gaji staf hampir 1500 orang dengan bayaran RM 4 Juta sebulan.

Selepas solat Zuhur. Kami kemudian bergerak ke Kilang Roti High 5. Dalam Kilang ini kami tidak dibenarkan mengambil gambar. Kanak-kanak sekolah tadi pun boleh datang, bayaran yang dikenakan setiap orang RM15.00 Dewasa, manakala kanak-kanak RM12.00
Lawatan ke Silver Bread... Kami kemudian beredar ke Rumah Orang Tua yang dijaga oleh Puan Muji Abdullah. Rumah ini dibina dengan wang beliau sendiri. Sebelum majlis dialog di rumah itu bermula, Cikgu HIzbullah sempat menunjukan pada saya satu aksi di bawah.
Ingat Gua Idu Gam Ka...
Manusia tak nak guna...membazir je...baik aku duduk
Rombongan hampir berangkat pulang. Nampaknya karpet seperti didalam masjid. Ya, memang betul, rumah yang menampatkan 44 orang tua ini, asalnya sebuah masjid, lama ia tak digunakan setelah adanya masjid baru, maka Puan Muji mengambil alihnya.

Disini tidak ada pengidap HIV Aids, kerana beliau memang tidak menerimanya. Selama beliau membuka rumah orang tua ini, sudah 50 orang yang meninggal, semuanya di uruskan sendiri, kecuali 3 orang yang di urus keluarga.

Menjawab pertanyaan Guru Besar, apakah beliau ada bertanya kepada setiap ahli yang ingin tinggal di sini tentang masa lalunya, siapa keluarganya, :"Tak..saya tak ambi port" Saya tak ambil tahu akan hal itu dan saya tak perlu pun tahu akan semua itu"

Siapa yang merasakan ini mak ayah mereka sepatut mereka datang menjenguk. Tetapi hanya sebilangan kecil yang datang. Bahkan ada yang meninggal tanpa pengetahuan keluarga si mati. Lalu di kuburkan di perkampungan ini sahaja.

Ketika ditanya, dari mana tergerak hati untuk menubuhkan rumah ini? Beliau mempunyai pengalaman di Hospital Serdang dan Kuala Lumpur pernah meminta pihak JKM mengambil orang tua di hospital untuk di hantar ke rumah orang tua, ceritanya sampai 2 tahun, sampai mati permohonan tersebut masih gagal dijawab. Inilah antara krenah birokrasi dunia yang membuat beliau seakan geram sendirian dan terpacul dihatinya, selepas aku bersara nanti, aku akan menubuh rumah orang tua.

Ahad, 13 Mac 2011

Hidup Tanpa Mauqifnya Lagi


Awal kematian bukanlah akhir dari segala kehidupan, justeru kematian adalah awal dari sebuah kehidupan yang kekal abadi. Saya ingin membayangkan kepada pembaca, pendengar ceramah saya juga, melalui gambaran di atas, bahawa kehidupan di akhirat itu, maha-maha panjang, dan tiada mauqifnya lagi (tiada berhenti).

Anda tahu hanya ada tempat yang kekal lagi abadi di sana kan? Ya... Syurga dan Neraka. Adapun ashabul a'raaf itu hanya sementara. lokasi berdomisili (menetap) untuk sementara waktu bagi hamba yang dosa dan pahala sama naik.

Anda bayangkan jika anda duduk di dalam neraka dalam tempoh yang begitu lama, sehari, setahun, seratus tahun, seribu tahun, bahkan hingga berjuta-juta tahun lamanya. Sedangkan orang lain duduk didalam syurga. Mungkin sedang menikmati buah-buahan dari syurga. Mendengar lagu dari syurga, berjumpa dan bersembang sesama ahli syurga dibawah kenikmatan yang ter amat sangat luasnya.

Adalah dikatakan, didalam syurga itu ada 70,000 jenis air dan 70,000 jenis makanan. Ketika seorang ahli syurga mencuba air minuman didalam syurga, setelah di sedup satu sedupan masuk ke mulut dan lehernya, maka berkata, oh....cukuplah... tak perlu yang lain lagi...air ini sudah terlalu sedap bagi saya... Padahal kata Allah dia, tak tahu, air lain (air kedua) jauh lebih sedap dari yang pertama.
Jumaat, 11 Mac 2011

Ilmu dan Kelebihannya : Ceramah Khas di SRA Bdr Sri Putra

Terima kepada pihak Sekolah Rendah Agama Bandar Sri Putra, juga buat Ustazah Salwani yang telah menjemput saya untuk menyampaikan ceramah semalam.Saya diminta memperkatakan 2 perkara utama, pertama kelebihan ilmu dan kedua motivasi.

Ilmu dan Motivasi, bagaikan 2 sisi wang syiling, ianya tidak boleh dipisahkan. Jika kita berilmu, motivasi akan lahir sendiri, motivasi untuk belajar, untuk berjaya, untuk beribadah dan menang dalam serba serbi.

Motivasi pun tak lahir jika tanpa ilmu.

Orang yang telah memperolehi ilmu, dia akan mewarisi 3 perkara utama, ini sesuai dengan 3 huruf yang bercantum dalam kalimat ilmu itu sendiri. Pertama Ain, kedua Lam dan ketiga Mim. (Ilmu). Ain, ringkas dari kalimat "Ali.. maknyanya tinggi.



Orang yang berilmu akan ditinggikan derajatnya. Ini janji Allah. FirmanNya"Allah Taala mengangkat derjat orang-orang yang beriman diantara kamu dan orang-orang yang diberikan ilmu beberapa darjat".

Kedua , Lam... mewakili Latief. Lemah lembut bertingkah laku. Ilmu tidak dapat dipisahkan dari akhlak. Orang berilmu, pasti akhlaknya mulia, belum berilmu secara syumul, orang yang kasar peribadinya.

Sebab itu Rasulullah bersabda "Sesungguhnya Aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia "

Dan ketiga ialah mim. (Mulk) makna hu, kerajaan, ini bermakna orang yang berilmu akan diwariskan kerajaan di dunia ini, atau pun dia akan dirajai oleh manusia.

Orang yang bahagia, belum tentu ia senyum, tetapi.. orang yang senyum, dia pasti bahagia.

10,000 penduduk berkeliaran di Tokyo



TOKYO - Lebih 10,000 penduduk kelihatan berkeliaran di jalan-jalan raya di Tokyo atau mengambil keputusan tinggal di pejabat atau stesen kereta api akibat gempa bumi terkuat yang melanda Jepun dalam sejarah moden negara itu semalam.

Gegaran pada ukuran 8.9 skala Richter itu menggegarkan pantai timur laut Jepun mengakibat berjuta-juta rumah di seluruh Jepun bergelap, rangkaian telekomunikasi ditutup dan sistem kereta api dihentikan serta-merta menyebabkan 10 juta rakyat Jepun terkandas. Seorang pekerja restoran, Akira Tanaka, 54 merupakan antara orang awam yang mengambil keputusan untuk berjalan kaki ke rumahnya yang terletak di pinggir bandar, Saitama, 20 kilometer ke utara Jepun.

Dia mengakui tidak pernah melakukan perkara tersebut (berjalan kaki pulang ke rumah) sebelum ini.

"Saya sudah berjalan selama sejam dan 10 minit dan masih memerlukan tiga jam lagi untuk sampai. Gempa bumi seperti ini akan berlaku setiap 100 tahun," katanya.

Talian telefon sesak sekali gus menghalang sebarang panggilan dibuat termasuk khidmat pesanan ringkas.

Kegagalan menggunakan telefon bimbit menyebabkan orang ramai berbaris panjang untuk menggunakan telefon awam yang pada kebiasaannya lenggang.

Syarikat telekomunikasi Jepun, Nippon Telegraph dan Telephone Corp. menyediakan talian telefon untuk kecemasan dan laman web Internet untuk pengguna memberi mesej kepada keluarga.

Menurut East Japan Railways Co., perkhidmatan kereta api komuter Tokyo, kereta api bawah tanah dan kereta api had laju tinggi dihentikan, kereta api bawah tanah kembali beroperasi selepas enam jam perkhidmatan ia dihentikan. - AP
Khamis, 10 Mac 2011

Inilah Bebek ku

Seorang pembaca blog saya mengesyorkan supaya saya banyakkan juga mengisi blog ini dengan sejarah saya dulu di Aceh selama 4 tahun. Kami nak tahu keadaan di sana. Ya tak ya jugak ya.

Waktu saya belajar di Aceh dulu (1998-2002). Inilah kenderaan kedua saya selepas basikal. Motosikal Honda kuasa 70CC. Orang Aceh panggil motor Bebek. Entah kenapa namanya bebek. bebek tu kan ertinya itik.. Nombor platnya kalau tak salah, BL 5021AP, (AP) mewakili Aceh Besar lokasi kami berdomisili. Saya beli waktu itu dengan harga Satu Juta 200 ribu. (Rp1,200,000). Kira-kira RM400.00.

Susah nak pergi kuliah jauh, tengah hari nak beli nasi, malam pun nak keluar ke kedai kopi lagi. Malam Jumaat pula kami berkumpul di Mess untuk bacaan Yasin dan Tahlil. Jadi sukar lah nak bergerak kalau asyik tumpang orang. Kadang-kadang kita boleh jadi lapar seharian. Sebab tak sempat keluar besi nasi. Beberapa kali jugak ianya rosak. Walaupun nampak gitu-gitu, ianya boleh dihidupkan menggunakan starter. Hehe.


Waktu nak pulang ke Malaysia, motor ini saya jual semula dengan harga asal Rp1,2000,000, 2 ratus ribu untuk kawan yang tolong menjualnya.

Apa yang aneh di Aceh, semua jenis motor dipanggil honda. Jika ada kanak-kanak sedang bermain di tepi jalan, tiba-tiba kedengaran bunyi motor yang akan menghala ke sini, ibu atau bapa lantas akan menyebut honda-honda. maknanya awas, motor-motor, ke tepi kamu. Walaupun yang lewat itu adalah Yamaha.

Kelebihan ilmu ketimbang harta

Alhamdulillah, hari ini saya akan berada di Sekolah Agama Bandar Sri Putra dalam rangka majlis ilmu. Pihak sekolah agama meminta saya menyampaikan ceramah bertajuk kelebihan ilmu dan motivasi pelajar.



Secara umumnya, guru saya di Aceh, menyampaikan pada kami, apabila seseorang emenuntut dan mendapat ilmu, maka dia akan memperolehi 3 perkara. Yang pertama 'Ali.. (Tinggi) Sesuai dengan huruf Ain.. Bukankah tuhan pernah befirman... "Allah Taala mengangkat darjat orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu akan beberapa darjat"


Kedua Lam... maksudnya Latif.. Yakni penuntut ilmu akan mewarisi sifat, tingkah laku yang lembut, ini sesuai dengan akhlaknya Nabi. Dan ketiga ialah Mim.. (Mulk), orang yang berilmu akan diberikan kerajaan atau maknanya, akan di "rajakan" oleh manusia, maknanya, dia akan di ikut oleh kebanyakan manusia.

1. Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu adalah pusaka nabi-nabi, manakala harta adalah pusaka Qarun dan Firaun.


2.Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu memelihara kamu, tetapi kamu pula yang memelihara harta.


3.Ilmu lebih baik daripada harta kerana orang yang berilmu ramai taulannya dan sebaliknya orang yang berharta ramai seterunya.


4.Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu apabila dinafkahkan akan bertambah, tetapi harta pula apabila dinafkahkan akan berkurangan.


5.Ilmu lebih baik daripada harta kerana orang yang berilmu diseru dengan nama yang mulia, manakala orang yang berharta diseru dengan nama bakhil.


6.Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu tidak perlu dipelihara daripada pencuri, tetapi harta perlu dipelihara daripada pencuri.


7.Ilmu lebih baik daripada harta kerana orang yang berilmu akan diberi syafaat diakhirat nanti, manakala orang yang berharta akan dihisab hartanya.


8.Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu tidak akan binasa, manakala harta pula akan binasa.


9.Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu itu melembutkan hati dan harta pula mengeraskan hati.


10.Ilmu lebih baik daripada harta kerana yang berilmu mendakwa kehambaan dan yang berharta mendakwa ketuhanan.

Cara Letak Gambar Dalam Blog

Mungkin anda lebih tahu bagaimana cara untuk meletakkan foto yang ada di laman web, blog,facebook ke dalam blog anda. Ya bagi sesetengah orang klik lakaran gambar image yang ada di atas kotak blog.

Saya dapat teknik baru, yang tidak perlu memuat turun gambar itu terlebih dahulu, tetapi hanya klik kanan tepat di atas gambar yang hendak di salin itu. Kemudian klik copy image url seperti gambar dibawah

Kemudian setelah anda memilih Copy Image URL, anda pergi ke ruang blog anda dan taip
seperti gambar di bawah...

Ada "" (2 titik) tersebut, anda letaklah kursos tetikos dan klik kanan, paste atau terus tekan CTRL + V.

Lihat hasilnya. Klik Edit Html, klik Compose... ada tak gambar tadi?

Mudah je kan... mula-mula copy Image URL dan Paste kat Blog dengan menggunakan key img src" "... Tengok ni satu gambar yang saya paste kat sini, yang di ambil dari facebook.


atau
Selamat mencuba......

Isnin, 7 Mac 2011

Syabu dan Kesannya pada Pengguna

Antara sebab manusia menyalahguna dadah ialah kerana JAHIL akan bahaya dadah pada tubuh badan, (fizikal), bahkan ruhaninya. Seorang remaja di tahan dan dibawa ke mahkamah kerana mengguna ganja. Ketika majistret menjatuhkan hukuman kepadanya,dia berkata " Puan... saya bukan ambil dadah pun, saya ambil ganja je..."

Hmm... anda faham ? Dia tak tahu bahawa GANJA adalah satu jenis dari beberapa Jenis Dadah. Seorang lagi pula berkata.. "Puan...saya bukan hisap pun, saya jek je..." Inilah contoh 2 kes berbeza, yang mana kedua JAHIL tentang dadah.


Sumber : AADK
Ahad, 6 Mac 2011

Mesej dari Admin Web

Assalamualaikum, kesempatan ini saya mengucapkan terima kasih kepada yang telah membuka halaman website KRT Taman Desaria ini. Sebagai makluman, laman ini masih dibangunkan, segala kecacatan masih ada, pihak pengurus membuka peluang untuk anda menjadi salah seorang pengurus web ini. Halaman Surau perlu kita kukuhkan, biar nampak aktiviti hidup, halaman Setiausaha juga,halaman Hawa, kemudian halaman Biro Keselamatan. Semuanya memerlukan komitmen dari ahli, biarpun di samping kesibukan tugasan masing-masing.

Seperkara lagi, dalam web ini juga, masih tercampur antara Persatuan Penduduk dan KRT. Admin sangat tahu hal itu, cuma masa belum cukup untuk memisahkan antara kedua badan tersebut. Pada saya, biarlah Program Persatuan Penduduk menumpang lalu disini, sementelahan orang yang mengurus pun, adalah orang yang sama.

Yang ketiga, untuk menghidupkan web ini, biar sesuai dijadikan antara laman web yang memberi manfaat, admin menyodorkan tazkirah mingguan, ini sesuai dengan latar belakang admin dari lulusan Aceh Indonesia, bidang dakwah.

Bahasa yang digunakan memang disengajakan, ini untuk menarik pembaca, ianya bacaan yang santai, bagaikan admin sedang berbicara. Sengaja admin lari dari menggunakan bahasa yang sangat rasmi macam khutbah Jumaat. Sedangkan Nabi sahaja, apabila suruh kita bercakap, beliau suruh menggunakan bahasa yang mudah difahami.

Jika tuan-puan berminat untuk menjadi salah seorang pengurus, daftarlah dahulu sebagai member web ini, maklumkan pada admin, saya akan tukar status tuan sebagai pengelola. Dan yang terakhir, kita membuka peluang kepada warga Desaria untuk mempamer dan mengiklankan kan apa sahaja yang boleh mendatangkan kewangan kepada mana-mana pihak didalam web ini. Asal sahaja tidak menyimpang dari garis agama.

Sekian

Bahan Pameran AADK di USIM

Sehari saya di USIM, menghadiri program COMBAT, Pengupayaan Komuniti. Program ini dilaksanakan oleh pelajar SPADA 2010. Program COMBAT telah memenangi anugerah sebagai JUARA di Brasel tahun lepas, dibawa oleh Prof.Madya Dr. Abh Halim bin Hussin selaku ketua program SPADA.

Peserta yang hadir ialah terdiri dari KRT Rukun Tetangga seluruh jajaran Nilai Negeri Sembilan. Dengan kerjasama AADK dan USIM ini, program ini menerangkan kepada semua pemimpin masyarakat yang hadir, akan bagaimana cara pelaksanaan program pencegahan penyalahgunaan dadah dalam komuniti.

Pemimpin di terangkan, apa itu meningkat faktor pelindung dan mengurang faktor risiko. Saya hadir sebagai mewakili KRT Taman Desaria Nilai. Antara yang menarik dalam siri ceramah kali ini, seorang pegawai penjara berkata, dia sangat sedih bila berdepan dengan banduan seusia 9 tahun hingga 78 tahun. Bayangkan banduan muda seusia 9 tahun. Apalah mereka tahu tentang hidup ini, dan dimana ibu bapa mereka?

Dalam ramai-ramai banduan, ada seorang banduan HIV, hanya terbaring saja, bila dia tarik nafas, kulit-kulit liang roma tubuhnya terbuka, lantas keluar darah. Tak ada siapa yang nak mendekatinya, tangannya tidak boleh digari kerana akan keluar darah.

Seorang penceramah lagi, dari Mahkamah Seremban, bertugas sebagai Majistret berkata, beliau kadang-kala berdepan dengan hal-hal yang emosi nya tidak dapat lari bersembunyi, hingga terbawa ke alam kehidupannya.

Salah satu kes kendaliannya, ada 5 orang anak-anak ditinggalkan oleh ibu bapa, usia seawal 2 tahun hingga 10 tahun, menangis dalam sebuah rumah yang tidak ada elektrik, air dan makanan. Jeritan anak-anak ini didengari oleh jiran yang mana akhirnya mereka dirujuk oleh jiran ke Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Ketika pihak JKM membawa ke hadapannya, Majistret ini memanggil ibu bapa untuk menjatuhkan hukum, lantas ditanya, kenapa kamu tinggalkan anak-anak kamu dalam keadaan kelaparan?

Saya pergi berkerja..kami berdua kena bekerja untuk mencari duit... Tak boleh la macam tu, tinggal anak, tanpa pengawasan.

Saya nak coret sebaris hadis sebagai penutup artikel ini, "kaadal faqru an yakuuna kufran" adalah dekat-dekat orang fakir itu menjadi kafir. Wallahu A'lam
Sabtu, 5 Mac 2011

Panduan Meletakkan Komen FB Dalam Blog Anda

Anda nampak ruang komen fb sebelah kiri blog saya ini? Haah, sebelah kiri, ramai yang teruja ingin memilikinya, namun tak jadi-jadi, saya sendiri sebelum ini sudah puas mencuba dan sudah pun berhenti dari mencuba, namun entah semangat ingin mencuba datang lagi, apalagi, cubalah lagi dan akhirnya jadi.

Baiklah, saya akan menurunkan sedikit pengetahuan ini, untuk kawan-kawan yang ingin memasangnya di blog anda.

Ikuti langkah-langkah ini.

Yang pertama sekali, untuk mudah cerita, anda layari blog saya, http://norish77.blogspot.com/ untuk mendapatkan alamat aksesori tambahan ini.

1. Klik pada perkataan Comment Social Plugin yang ada sebelah kiri. Tulisan ini terletak paling bawah kotak komen.

2. Satu window baru terbuka, anda pegang tetikus dan skrol ke bawah, dapatkan tulisan Comment. Klik. (Lihat gambar sebelah)






3.Kemudian akan muncul kotak seperti gambar 2, anda perlu mengisi nama blog anda, contoh http://norish77.blogspot.com/ letakkan tanda / di hujungnya. Jika anda menulis http://norish77.blogspot.com sahaja, sebelum ini muncul arahan supaya anda mengisi tanda itu, untuk latest, saya kurang pasti apakah ia masih memerlukan tanda seperti itu.

Number post, anda boleh letak -10.

Width ialah lebar kotak ialah dalam blog anda, jika saiz 500 memang tak muat, sebab ruangan yang ada dalam blog hanya 250 sahaja. Jadi anda boleh ubah dari 500 kepada 225, jika selepas ini anda rasa lebih besar, boleh kecilkan lagi menjadi 200 atau kurang, pun begitu jika kelihatan agak kecil, anda boleh mengubah angka tersebut.

Klik Copy Code... salin code yang diberikan dan kini anda boleh paste kod tersebut didalam blog anda.

Sila pilih Design, kemudian pilih HTML/JavaScript seperti dibawah.

Kotak seperti ini akan muncul
Paste disini, klik save dan anda kini boleh melihat hasilnya, sila klik view.

Tak kan I nak Gadai prinsip I

Ular Dalam Kubur

Benarkah ada ular yang akan mengigit/mematuk manusia didalam kubur sesudah matinya? Atau ianya hanya persepsi sahaja. Yang nyata siksaan kubur itu ada dan wajib di imani, kerana ia termasuk hal yang ghaib.

Seorang sahabat, pernah berkata, sebenarnya yang dimaksud dengan siksa kubur ialah deritanya yang tiada tolak banding, terhadap ruh, kerana melihat tubuhnya kaku tidak bernyawa, dan tidak ada peluang lagi untuk melaksanakan segalanya, ia tahu selama ini solat itu wajib, tetapi di tangguhkannya, ia tahu menutup aurat itu wajib, tapi ia ada pendiriannya, tak kan i nak gadai prinsip i selama ini katanya, walaupun prinsip itu terang lagi nyata bertentangan dengan hukum tuhan yang mencipta dirinya.

Jadi ruh itu menderita, banyak tugas selama ini yang belum dilaksana, anak belum beres betul solatnya, banyak pesan dan wasiat yang belum ditinggalkan, tiba-tiba mati datang mengejut, ketika ia sedang tidur, nyawa dibawa pergi sang Malaikat.

Itulah maknanya siksaan kubur katanya, lanjutnya lagi, untuk apa ular mematuk jasad yang sudah mati kaku dan tak bernyawa, mana ada lagi rasa sakitnya. Tempoh untuk jasad hidup hanya sebentar, kontrak semata, dan sudah pun tamat tempoh alias expire date.

Tulisan ini bukan menidak siksaan kubur, kerana ia jelas adanya, dalam doa solat mayyit pun disuruh berdoa, Ya Allah, jadikanlah kubur dia ini, adalah antara taman dari taman-taman syurga, dan janganlah Engkau jadikan ya Allah, kubur dia ini, kawah dari kawah-kawah api neraka".

Cuma dari aspek huraian orang tasauf kadang-kala berbeza. Bolehkah ianya diterima akal? Terserah anda menilainya.

Lagi... pasal doa tadi, adakah boleh mengubah takdir, jika si mati itu tidak pernah sembahyang/solat hingga akhir usianya. Bolehkah kuburnya menjadi taman dari taman syurga kerana doa dari beberapa orang manusia?

Berkata guru saya, sesungguhnya doa orang mukmin terhadap seseorang yang tidak sembahyang itu di sekat, ibaratnya kalau telefon, tidak ada line, call lah beberapa kali, panggilan itu tidak akan keluar/masuk. Doa itu tidak akan sampai, kerana itulah antara balasan orang yang tidak sembahyang.

Jadi, untuk apa kita berdoa kalau tahu tuhan tidak makbul? Inilah pengajaran buat yang hidup, sebagai ilmu, bahawa dalam kubur itu ada siksa dan bahagia, nah! kamu yang masih hidup, pilih lah, antara 2, up to you kata orang putih. Mana satu mahu mu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...