Welcome
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Etiam pharetra, tellus sit amet congue vulputate, nisi erat iaculis nibh, vitae feugiat sapien ante eget mauris.
Follow us




Latest projects
Ask a question
Link Blog
Senarai Blog Saya
Senarai Blog
Sample text
Blogger
Blogs
Labels
- Desaria
- Famili
- Iklan
- Ilahut
- Internship
- Koleksi Terbaik
- Lagu
- Pendidikan
- Penulisan Saya
- Pesan-pesanan
- Ramadan
- Remaja
- Renungan
- Tazkirah
- Tazkirah Ramadhan
- agama
- berita pilihan
- bimbingan dan kaunseling
- buletin
- ceramah
- ceramahku
- dadah
- fakta
- kaunseling
- kematian
- lawatan
- motivasi
- musibah
- perjalananku
- perjalananku di Aceh
- sahabat
- skb
- spada
- sufi
- taman desaria nilai
- tips
- umum
Alamak
Sami Yusuf
Link Cikgu
Makam-Makam Nabi
Blogger news
Diri Admin
Blogger templates
Anda yang Datang
Link
Halaman
Ads 468x60px
About Me
Teman
Cari Blog Ini
fb komen
Featured Posts
Thaha : 124
Kita tak mampu menandinginya
BANGI 26 Mei 2008. Sebuah kemalangan melibatkan motosikal dan kereta Perdana V6 berlaku di luar jangkaan. . Kejadian ini berlaku di Sungai Buah luar. Saya sempat merakam semasa menuju Seminar Kebangsaan Kaunseling di PICC. Siapa pun tidak mahu kejadian ini berlaku. Namun begitulah yang tertulis. Mengikut statistik pada musim perayaan. Sebanyak 25 kejadian kemalangan maut terjadi setiap hari dalam negara Malaysia yang penduduknya 25 juta orang.
Saya sempat mengambil gambar kejadian pada pagi ini. Seorang kawan mengatakan, teruk nih…adalah dalam RM60,000 nak baiki balik. Mak ai…macam nak beli kereta baru.
Saya sering mengajak tuan-tuan dan puan, setidaknya bertanya pernah tak ke Indonesia. Penduduknya 250 juta orang. Bermacam bangsa, suka, adat budaya, agama dan bahasa. Namun selama 4 tahun lebih saya di sana, kejadian sebegini amat jarang berlaku. Padahal kalau nak ukur ke-displinan orang kita dan mereka dijalan raya, kita lebih baik. Cara ambil lesen pun tak lah segempak kita di sini. Cubalah saudara ke sana dan tengok….rata-rata akan jawab…ee ngeriiii cara dia orang memandu. Bayangkan Jakarta Bogor perjalanan sejauh 4 jam ada orang boleh sampai 2 jam cukup. Betapa lajunya mereka memandu. Cekap pulak tu.
Sebenarnya menurut pengamatan saya, Indonesia mempunyai kelebihan dari segi ini. Tanyalah orang yang pernah ke sana. Saya menyarankan kepada pihak yang berkenaan, buatkan satu kajian bagaimana orang Indonesia kurang kemalangannya, kita tiru budaya mereka yang baik ini. Buat lakon semula di TV dan jadikan tabiat orang kita yang sikit ini. Rata-rata yang meninggal anak muda-muda yang masih remaja lagi. Pernah tahun 2005 saya balik dari KL ke Beranang melalui Bdr Tasik Kesuma, dalam mengantuk drive tu tiba-tiba ternampak orang ramai berkerumun, padahal jam 12.00 malam, saya berhenti untuk melihat apa yang berlaku, rupanya 2 orang anak remaja lepasan SPM meninggal di bawah treler panjang yang memuatkan kenderaan berat di atasnya.
Sayang…mati muda-muda, yang lebih rugi, anak muda yang belum pernah baik sembahyangnya, sedang sudah pun cukup umur, siapa nak tanggung dosa mereka? Hari-hari di pukul malaikat maut. Gara-gara sikap orang kita yang menjadi raja di jalan raya. Sesungguhnya kita tak mampu melawan Indonesia, negara yang terpuruk di akhir zaman ini.
Anjing dan Air Liurnya
Kenangan Hari Guru 2008
Anda boleh menghubungi En.Noorhisham sesi pagi dan Pn. Nur Farizan sesi petang untuk urusan pembelian
Gara-gara Seringgit

17 Mei 2008. Waktu makan, setelah habis sesi ceramah 1 jam di SK Jalan Tiga dan hendak ke SK Taman Tasik, saya dan rakan kaunselor, En.Zainuddin Zakaria sempat berbual dengan Guru Penolong Kanan HEM sekolah tersebut pada sesi jamuan.
Hah, Tuhan pun suruh makhluk manusia ini pindah ke bumi lain. Tapi kalau kita buat kat sekolah ni, melenting la orang-orang yang ... Namun bila pindah ke sekolah lain, katanya pernah suatu ketika guru ini minta duit RM1.00 daripada setiap murid untuk keceriaan kelas. Ada mak ayah tulis surat dan persoalkan tindakan guru minta duit hanya seringgit untuk keceriaan sekolah. Rupanya ilmu di SK Convent tak boleh nak di apply kat sekolah yang majoriti Melayu, berbanding sekolah dulu yang banyak masalah dan rata-rata murid bercampur bangsa.
Hairan, bila orang Bandar Baru Bangi yang majoriti berduit, mempersoal semata-mata seringgit dengan surat rasmi. Al-hamdulillah kita di Bangi Lama belum terjadi seperti itu. Namun sedekad dua ni, ada juga sedikit-sedikit masalah ala-ala bandar Baru, bila mana terjadinya kemasukan anak-anak orang berada. Seingat saya kalau nak bawa murid keluar dan tak ada surat, tak ada lah mak yang marah-marah melenting, kecuali bertanya ke mana nak dibawa anak. Ini tidak, dimarah-marahnya pada kerani. Hah, dah terjangkit virus orang-orang kaya.Lain kali, kalau begini, kita bawa murid-murid dari 5 Saturn dan 6 Saturn rasanya, tak ada masalah. Kelas istimewa ni, kalau ada guru rotan anaknya pun lantaran tak siap kerja, gerenti tak akan ada yang marah. Inilah, sebahagian ragam hidup sebagai guru.
Lagi Foto Hari Guru
Makan Tengah Hari Jam 3.30
LAKONAN mampu menyentuh perasaan hadirin. Pelakon tambahan ini wajar diketengahkan dalam festival filem Malaysia 2008.
Alahai, kesian cikgu-cikgu ni, makan tengah hari jadi makan petang, walau apa pun, sambutan hari guru tahun ini bagi saya cukup seronok, meriah dan meninggal kenangan indah.
Selamat Hari Guru
BANGI. 16 Mei 2008. Pagi hari semua murid berkumpul dan acara dimulakan dengan Perarakan guru-guru SKB cemerlang memasuki gelanggang. Perutusan dibaca selepas pengerusi memanggil Ustaz Noorhisham membacakan doa. Doa di panjat ke hadrat Ilahi memohon agar guru-guru dilanjut usia dalam keredhaanNya dan dimurahkan rezki, Amin.
Saya menerima banyak sms dan hingga kini masih terima dari nombor-nombor yang tidak ternama dalam sistem Hand Phone, dan masih belum dijawab. Saya percaya, insan yang menghantar sms adalah manusia yang berjiwa mulia, tahu menghargai pengorbanan dan jasa orang lain, walaupun dilupakan oleh insan yang lain.
Pendedahan Kejayaan 5A
Hasil wawancara selama 26 minit ini didedahkan dalam kelas dengan menggunakan LAp Top dibantu speaker usb, walaupun agak kurang kuat, namun murid-murid tekun mencatat nota dari apa yang didengar.
Selamat Hari Guru
Barkod diterima lagi.
Lawatan Percuma 2 jam
Jam 10.30 kami dijadual kembali ke sekolah, tapi bas agak lambat tiba, namun sempat juga tiba sebelum jam 1.00.
Lawatan Percuma Ke UniKL Miat
Bahan Masukan Mesyuarat AJK PIBG Kali Pertama
Kehadiran semua ahli amat memberangsangkan, kecuali Puan Guru Besar dan Ustaz Mokhtar Hussin yang tidak dapat bersama lantaran hal yang lebih penting dalam masa yang sama.
Tumpuan mesyuarat kali selama 4 jam memberi fokus kepada pelantikan AJK-AJK kepada sub bahagian tertentu.
En Harery mengharapkan agar sekolah ini dapat dicalonkan sekolah harapan negara buat masa akan datang. Menurut penilaian beliau, buat masa ini inviroment sekolah ini belum menepati citarasa sebagai yang di inginkan, seorang AJK lain mencelah, mungkin sebab sekolah lama kot..
Sementara itu, Puan Jamaliah yang diamanahkan mengurus pembangunan surau tahun lepas bertekad ingin menyiapkan secepat mungkin walaupun masih berdepan banyak kekangan dan masalah lagi. Antaranya kita belum dapat surat improve pasal plan dari atas, sebab itu kita tidak berhak meminta sebarang duit untuk pembangunan surau secara rasmi.
En.Nasir, warga Sri Putra Seksyen 7, menyentuh sukan 50 tahun tempoh hari. Beliau melahirkan sedikit rasa malu bagi pihak sekolah atas sebab-sebab taknikal buku aturcara tidak sepatutnya seperti tempoh hari, ini kerana kita menyambut 50 tahun.
Puan Sazlina menyampaikan hasrat pihak pengurus kokurikulum tahun ini, perkhamahan unit Pakaian Seragam akan dibuat di Kem Rebutia Gombak, YDP bersetuju dan anggaran murid adalah 120 orang. Cuma bayaran yang agak tinggi bagi kebanyakan murid di sekolah ini iaitu RM90.00 perkepala.
Dalam pada itu, Major Burhanuddin yang dilantik sebagai AJK Unit Kebajikan dan Keselamatan
Pn. Salmiah melaporkan harapan UPSR tahun ini belum menampakkan bibit-bibit kejayaan yang hebat. Apalagi seramai 20 orang murid yang mengikuti kelas tambahan dari 170 orang mohon berhenti. Alasan bapa suruh berhenti. Tidak dipastikan apakah kerana beralih tempat atau sekadar rasa ”bosan” dengan belajar dan belajar.
Sebagai penutup mesyuarat, YDP melahirkan rasa hati beliau, kadang-kadang ada projek yang dirancang pihak PIBG tidak dapat berjalan disebabkan masalah-masalah tertentu, tetapi kata beliau, kita tidak boleh berputus asa untuk membantu sekolah dan anak-anak kita ini, yang penting niat kita diteruskan.
Puan Norziah mohon pada mesyuarat akan datang, jemput pihak pemandu bas datang ke mesyuarat.
Saya sendiri, hehe, mungkin akan melanjutkan diploma Penyalah gunaan dadah bulan 8 nanti selama 9 bulan menyarankan agar tuan-puan sering-seringlah menjengok blog ini tanpa rasa bosan.
Berita HAri Ini
BANGI, 10 Mei 2008, 8.30 saya memenuhi undangan SK JLN 2, Bandar Baru Bangi mohon menyampaikan ceramah Kepimpinan. Seramai 100 orang lebih murid-murid dikumpul terdiri pengawas tahun dua, tiga, empat dan lima. Terkejut juga bila tau sekolah ni ada pengawas tahun 2.Sekolah kita kat Bangi lama ni,tahun 3 je baru ada pengawas.Dan esok (Ahad) jam 9.00 pihak AJK PIBG sesi 2008-2009 akan bermesyuarat buat kali pertama dek kesibukan memanjang semua member. Anda ada apa-apa nak disampaikan?
Wak Tom Dengan Lagunya
Majlis diserikan lagi dengan persembahan nyanyian oleh wakil Staf Sokongan SK Bangi, Wak Tumirin atau lebih glamour dengan panggilan wak tom. Beliau merupakan bekas juara Karaoke menyampaikan sebuah lagu "Cukup Sampai Di sini".
Puan Asnah turut menambah gelak tawa hadirin dengan memberikan sekuntum bunga berdaun tanda penghargaan atas suara emas yang lunak merdu.
Kami cuba menggembirakan Puan Jannah sebagai tetamu kehormat, namun kesedihan melebihi dari itu. Pemergian beliau dari SK Bangi merupakan suatu kehilangan besar buat sekolah. Beliau yang setiap hari sudah pun berada di pejabat sekitar jam 7.00 pagi adalah seorang guru yang cukup prihatin tentang nasib murid dalam pelajaran.
Beliau yang mengajar Mata Pelajaran Moral apabila terdengar ura-ura menyambung perkhidmatan penjawat awam sehingga 60 tahun, "ooo tak mau saya..." Guru cukuplah 55 tahun. Memandangkan nama guru hari ini bukanlah sehebat guru zaman dulu-dulu, membuatkan beliau pernah beberapa kali di depan saya mengatakan lambatnya nak bersara...itulah luahan lantaran pelbagai masalah yang melanda guru hari ini.
KAD NAMA BARU
Dalam pada itu, petangnya saya ke Kedai Barakah bertanyakan tentang kad nama murid yang baru diterima 30 keping. Masih tersisa 400 keping lagi. Namun kecewa lantaran pihak Barakah membawa pulang ke rumah. Katanya ingin memberi tumpuan, nanti siap baru kami call.
Lawatan ke MIAT
Sebelumnya pihak MIAT menghubungi saya. Rombongan akan berangkat seperti berikut. Hari Jumaat Tahun 6 jam 2.3- petang, Hari Sabtu juga 2.30 bagi Tahun 5 dan Ahad jam 10.00 pagi bagi murid tahun 4. Segala pertanyaan boleh hubungi 017-3915519.
Foto Sekitar Persaraan GPK KU
Majlis Terakhir setelah Nyanyian Lagu Dimana ku Cari Ganti
Guru Bersalaman dengan Puan Hajjah Noor Jannah
Menyampaikan Ucapan Persaraan
Guru Mengambil Kesempatan Berfoto
Patah tumbuh hilang berganti
Yang Datang Tak Sama Dengan Yang Pergi
Kami memohon ke Hadrat Ilahi
Semoga Hidupnya Beliau Diberkati
Bergambar buat kali terakhir secara rasminya sebagai Guru Penolong Kanan Kurikulum. Beliau dilahirkan di Johor Bharu menamatkan zaman perguruannya di Sekolah Kebangsaan Bangi.
Majlis Persaraan Pn.Noor Jannah
Tidak ketinggalan, dibelakang tabir yang menjayakan majlis ini Pn,Mazidah Abd Wahid, Pn Nora Ibrahim, Pn Norizah Rahmat dan Setiausaha BKG.



