Welcome

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Etiam pharetra, tellus sit amet congue vulputate, nisi erat iaculis nibh, vitae feugiat sapien ante eget mauris.

Follow us


Ask a question

Name

Email

Question

Submit

Link Blog

Senarai Blog Saya

Senarai Blog

Sample text


Emel : afraima@yahoo.com..febook : facebook.com/skbangi
.Facebook : facebook.com/skbangi



Blogger

Blogger
Noorhisham Hamzah Sarjana Sosial Islam, Kaunselor SK Bangi, Ijazah Sarjana Muda Indonesia, Ijazah Lanjutan, Drug Abuse, USIM, Emel afraima@yahoo.com

Makam-Makam Nabi

Blogger news

Diri Admin

Noorhisham Hamzah
Emel afraima@yahoo.com
FB facebook.com/skbangi

Blogger templates

Jika terdapat sebarang persoalan untuk dijawab, boleh lah di hantar ke afraima@yahoo.com afraima@yahoo.com

Anda yang Datang

Twitter

Link

Terima Kasih Atas Kunjungan Ilmu dikongsi,ganjaran diharap

ShoutMix chat widget

Pelawat

Halaman

Dikuasakan oleh Blogger.

Twitter

Ads 468x60px

About Me

Teman

Cari Blog Ini

fb komen

Featured Posts

Ahad, 12 Oktober 2008

Kehidupan Ini terus menerus di Uji

Salam sejahtera pada semua pembaca, 2 hari lepas (Jumaat) berita duka warga SK Bangi terima, seorang guru Cikgu Rubi kehilangan anak tersayang...di panggil Tuhan dalam usia 2 bulan lebih. Beliau yang baru habis berpantang dengan kelahiran anak pertama menerima ujian yang cukup berat ini, kami warga SK Bangi turut merasakan keperitan atas kehilangan permata yang sangat berharga dalam hidup ini.

Namun bersabar dan redhalah atas KehendakNya yang telah tertulis sejak Azali, walau perit untuk di telan, namun itulah mahuNya Dia...dan anda telah menghantar seorang wakil ke syurga, sebelah kaki Cikgu Rubi dan suami kini sudah berada di syurga.

Beliau yang baru menerima cahaya mata pertama telah dilawati oleh beberapa orang guru. Guru-guru menyedari kekalutan emosi yang terpaksa dihadapi dan memahami apa yang berlaku, doa kami dari seluruh warga SK Bangi, semoga Cikgu Rubi tetap bersabar dan Tuhan menggantikan yang lebih baik secepatnya. Dia sangat mendengar keluhan hamba-Nya dan sedang mendengar rintihan hamba-Nya. Radiallahu Anhum wa radhu anhu.Redha Allah ke atas mereka dan mereka pun redha pada (takdir) Allah Taala ke atas mereka. Mudah-mudahan Cikgu Rubi termasuk dalam ayat ini. Amin Ya Rabbal Alamin
Rabu, 8 Oktober 2008

Menziarahi Datuk Nordin


8 Oktober 2008. Lebaran ini membawa kami sekali lagi ke rumah Datuk Nordin di Ara Damansara. 10 tahun sudah berlalu, datuk masih berperang dengan sakit strok, tidak boleh bercakap, malah makan dan minum. Hanya pipa yang masuk ke corong hidung, melalui pipa itulah beliau minum susu yang di import dari Amerika. Sementara datin pula baru keluar IJN, melalui 6 kali pembedahan, akhirnya 1 bulan di IJN.

Sahabat saya, Warsino...dan isteri....sangat penyabar mengurus datuk dan datin. Andai diperkirakan bayarannya, tentulah tidak dapat menyamai gaji nurse di Hospital Tawakal.

Jeneral Datuk Yusuf menghantar wakil seramai 10 orang. Ada nurse, ustaz, pakar doktor dan angkatan tentera mewakili seluruh warga tentara untuk menziarahi beliau. Kami pulang dengan doa, semoga datuk cepat boleh sembuh...
Isnin, 6 Oktober 2008

Marikh...


Foto terbaru daripada planet Marikh merupakan sesuatu yang cukup bersejarah. Belum pernah sepanjang lebih 50 tahun penerokaan angkasa lepas, sebuah kapal angkasa merakam gambar sebuah lagi kapal angkasa yang sedang mendarat di sebuah planet lain. Sehinggalah Ahad lepas, apabila kamera canggih HiRISE di atas kapal angkasa Mars Reconnaissance Orbiter telah merakam Phoenix sedang perlahan-lahan mendarat menggunakan payung terjun.

Apa yang lebih menakjubkan dengan foto tersebut ialah kehadiran sebuah kawah besar bersaiz 10km di 'belakang' Phoenix, seolah-olah memberi gambaran bahawa kapal angkasa tersebut sedang menuju ke dalam kawah tersebut. Ini sebenarnya hanya sebuah ilusi optikal, yang mana jarak antara Phoenix dan kawah tersebut adalah sejauh 20km.

Subhanallah!

Tak Pentingkah Solat?


Terkilan jugak bila singgah di RnR dari Simpang Pulai ini, dijalan kereta dan pelbagai kenderaan memenuhi jalan, orang tu semua merempuh perjalanan jauh mahu ke KL, dan Selatan, tapi bila singgah disini, tempat sembahyang tak ada. Tempat pipis dan makan ada pulak. Nampak sangat kan, atas dunia ni yang penting adalah makan dan buang ....tapi sembahyang masing-masing punya hal lah. Harap kerajaan yang ada sekarang boleh bantu manusia ini memudahkan mereka beribadah walau ditengah musafir. Bukankah tujuan kejadian umat manusia adalah untuk ibadah? Rasanya ini kerja Plus....
Berlainan di RnR Gua Musang, tempat makan dan minum memang ada, tapi tempat solat tidak ditinggalkan.

Singgah di Cameron Highland



Di gerai buah-buahan Cameron Highland. Perjalanan dari Bandar Gua Musang ke sini hanya 1 jam 20 minit. Kira-kira 115 km saja.Sejak 1993, berapa tahun dah tu ye, itulah kali pertama saya ke sini secara tidak merancang, kesempatan ini, singgah sebentar untuk melihat perubahan dunia. Cuaca disini tidak lagi sejuk seperti dulu. Pas kami tiba, hujan pun turun. Ingat masa tu Bang Ipin, bawa balik pistol ke KB sebab ayahnya sakit tenat, dek terlalu penting, pistol tak sempat di amankan di balai, pihak balai pun menghubungi dan minta hantar segera pistol tu. Masa tu tengah-tengah bersembang, dia ajak jom pergi Cameron, haha.

Sedekat2 Pengembaraan

Lata Rek, Kuala Krai, Kelantan. Destinasi ini hanya 3 km dari jalan utama, andai anda dah rasa mengantuk memandu sewaktu mudik ke Kelantan - KL, singgah la mandi di sini, airnya masih sejuk dan luas, tak ramai orang. Boleh mandi sepuas-puasnya...
Tinggal Kenangan...Tahun 1994 daku pernah singgah di sini bersama dengan rombongan pelajar 2 buah bas SKMK. Disini selama 3 hari 2 malam dalam program Tarbiyah Marbawi kami bersama Ustaz Ahmad Dusuki yang kini hebat di radio Selangor, minta khemah dari Majlis Daerah Kuala Krai, saya dan Izan datang dengan motor honda 90cc untuk meninjau tempat ini. Dengan bantuan surat dari pejabat Menteri Besar, segala beres.

Kata orang kampung sini, sekali bah melanda, sekali pasir berubah, tatkala kami berkhemah di sini 14 tahun yang lalu, alun pepasirnya lain dan begitu juga aliran airnya

Asar di Masjid Pulau Melaka

Sedekat-dekat pengembaraan ialah dari muka bumi ke muka bumi yang lain, sejau-jauh pengembaraan ialah dari hati menuju Tuhan.
Selasa, 30 September 2008

Hari Pertama Syawal

Kak Jah, kawan serumah dengan Kak Nor di Komplek Ruzi, Banda Aceh 2000.

Abe Min, (Anuarul Amin) lulusan ushuluddin, IAIN kini di Sabah. Kesempatan pulang beraya tak di biarkan berlalu.
Masjid Pelbagai Budaya, terletak di Rantau Panjang, Kelantan. Di bina menurut senibina masjid negara China.


Hari pertama dan rumah pertama, kami singgah dirumah Ustaz Nazuruddin<> Persatuan Maahad Tahfiz Al-Quran Malaysia di Machang.

Journey to Medan

Untuk kawan-kawan yang nak ikut ke Medan lepas raya, nak perabis duit, hehe....tak de lah, nak kenal negara dan budaya orang. Saya dah semak tadi harga terkini untuk ke sana yang paling murah.

Harga tambang dari KL ke Pulau Pinang biasalah, sekarang RM 33.00 x 2 RM 66.00. Dari Penang tu kena ke Pelabuhan, tambah RM5.00. Feri Kenangan Pergi Balik dari Pelabuhan Pulau Pinang ke Pelabuhan Belawan RM 220.00. Baru pagi tadi saya confirmkan. Dari Pelabuhan Belawan ke Hotel Kotaraya RM 5.00.

Singgah jap di Hotel Labuhan Raya Jalan Gajahmada, Rp 65.000 x 2 malam = RM50.00. Bawa sejuta....tukaran sekarang RM387.00 dapat 1 juta. Dah lebih sangat kalau nak gi sana 3 hari. Asal jangan beli lori udah...yang confirm nak pegi, sila siapkan pasport. RM300.00 Antarabangsa.

Ini hanya rancangan, kalau tak ada masalah, boleh lah kawan-kawan jejak negara orang dengan jalan yang paling murah dan meriah.
Jumaat, 19 September 2008

Redha Tuhan Menanti Di Penghujung

Sayu dan rintih...suram dan duka, tiada kata dan bahasa yang dapat menggambarkan kedukaan anak-anak yang cacat. Kehilangan ibu dan ayah. Kehilangan kasih sayang orang tua. Namun kasih Tuhan tetap ada ia.
Begitu gambaran yang terdetik sekilas memandang dan membaca kisah anak-anak di sekolah pendidikan khas yang Azza paparkan semalam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...