Welcome

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Etiam pharetra, tellus sit amet congue vulputate, nisi erat iaculis nibh, vitae feugiat sapien ante eget mauris.

Follow us

Ask a question

Name

Email

Question

Submit

Link Blog

Senarai Blog Saya

Senarai Blog

Sample text

Emel : afraima@yahoo.com..febook : facebook.com/skbangi
.Facebook : facebook.com/skbangi

Blogger

Blogger
Noorhisham Hamzah Sarjana Sosial Islam, Kaunselor SK Bangi, Ijazah Sarjana Muda Indonesia, Ijazah Lanjutan, Drug Abuse, USIM, Emel afraima@yahoo.com

Makam-Makam Nabi

Blogger news

Diri Admin

Noorhisham Hamzah
Emel afraima@yahoo.com
FB facebook.com/skbangi

Blogger templates

Jika terdapat sebarang persoalan untuk dijawab, boleh lah di hantar ke afraima@yahoo.com afraima@yahoo.com

Anda yang Datang

Twitter

Link

Terima Kasih Atas Kunjungan Ilmu dikongsi,ganjaran diharap

ShoutMix chat widget

Pelawat

Halaman

Dikuasakan oleh Blogger.

Twitter

Ads 468x60px

About Me

Teman

Cari Blog Ini

fb komen

Featured Posts

ANTARA PUJIAN DAN CACIAN

Ingin saya menarik perhatian pembaca, siapakah antara kita yang paling ramai antara tukang puji atau caci. Hakikatnya kedua bahasa ini bukan susah untuk dilafazkan, kerana keduanya datang dari mulut yang sama dan jiwa yang sama.

Namun tidaklah salah rasanya, jika saya memberi jawapan, antara kedua, tukang caci adalah paling ramai dari tukang puji. Kata orang seberang, kita ni, ramai tukang kompor, (pemanas).

Dalam Kitab Tazkiratul Aulya, 62 Orang Wali Allah, tersebut didalamnya, bagi orang-orang yang dekat dengan tuhanNya, adalah sama sahaja baginya antara kejian dan pujian. Masya Allah, sungguh jauh, jauh , jauhnya diri kita dari statement di atas.

Saudara, sebagai seorang guru, ketika kita melaksanakan tugas dan ada yang tergendala, misalnya, kita lama tidak update blog atau web gara-gara kesibukan yang entah apanya, ketika itu ramai yang komplen, bahkan mengkritik.

Sebaliknya, ketika kita setiap hari, siang dan malam meng-update nya untuk bacaan terkini, tiada siapapun yang sudi memberi pujian. Kok begitu manusia ini ya.

Bukan pujian kita dambakan, kerana kita bekerja bukan mengejar pamer dan pujian. Namun untuk menegur peradaban sesama kita, sebagai ibu dan bapa, sebagai guru, rakan dan kawan, saya bawakan hanya sepotong ayat Al-Quran yang berbunyi, “Segala puji bagi ALLAH, Tuhan yang mentadbir sekalian alam”. Mungkin saudara cukup ngerti, dari mana saya gali ayat ini. Ya tentu saja dari surah Al-Fatihah.

Kawan, kita sudah pun hidup dipenghujung abad dunia, di akhir sisa-sisa pernafasan bumi, syukur kita masih bernyawa, Tuhan mengajar kita banyak memuji, baik diriNya maupun siapa saja. Kerana semua orang sukakan pujian, baik anak-anak mahu pun dewasa. Berlawanan dari itu, semua orang bencikan akan kejian, cacian dan sebagainya.

Toh kalau pun ingin menegur pihak sekolah, jaga budi bahasa anda, periksa sedalam-dalamnya, jangan perasaan kita mendahului akal. Jelek pada pandangan orang, walau rumah kita mahal setanding istana raja.

Saya cukup kecewa hari ini, apabila mendengar cercaan orang tanpa usul periksa, hanya mendengar kata-kata anak. Tidak ada apa-apanya pergi ke KUIS. Hanya merugikan masa anak saya sahaja.

Puan, kami telah berbuat yang terbaik untuk anak tuan dan puan. Mereka adalah anak didik kami. Mereka juag pewaris bangsa kami sendiri. Kalau masih ada kekurangan, kami mohon ampun beribu ampun, itu sahaja kemampuan kami sebagai guru yang sangat hina pada pandangan manusia hari ini.

Apakah tiada setitik pun jasa kami selama ini, pada anak anda? Hingga sanggup mendahulukan perasaan dari fikiran yang baik, berakhlak tinggi dan mulia.

Lupakah pada sabda Nabi, orang yang paling dekatku di dalam syurga nanti adalah orang yang paling baik akhlaknya. Kami cukup kecewa, dalam pada kami sibuk mengajar anak-anak anda berakhlak mulia, mematuhi Tuhan , ibu bapa dan guru, sekoyong-koyong ada ibu dan bapa yang meninggal tamadun dalam kehidupan di zaman modern ini.

Ya Tuhan, kami sedar, ujian ini adalah teramar kecil buat kami. Lebih besar dan dahsyat lagi di depan kehidupan ini. Jika ini sesuatu yang menambah iman dan taqwa kami, maka kami redha. Semoga lahir dari jasad manusia yang bobrok akhlaknya, adalah insan-insan yang berhati mulia. Tahu menghormati perasaan dan kedudukan orang lain.

Foto Sekitar program Karnival kerjaya di KUIS 15 April 2009 yang ndak apa apa-apanya.

Pertandingan Sketsa Kerjaya di dewan auditorium besar.

Pasukan nasyid terbaik Hulu Langat dari SMKA Maahad Hamidiah, Kajang.

Pertandingan mencipta Laman Blog Bagi Murid Sekolah Rendah dan Menengah, Yang pertama dalam Malaysia.

Laman Blog di Bilik Makmal Komputer

Kiosk Kerjaya

Kiosk Kerjaya II

Kiosk Kerjaya III

Kiosk Kerjaya III

Kiosk Kerja IV

Kiosk Kerjaya V

Lagi

Pendaftaran waktu pagi

Kiosk Kerja VI
Selasa, 14 April 2009

Sambungan

Setelah tamat darjah enam, bapa klien menghantarnya belajar di sekolah menengah agama (1997) di Utara tanah air. Bapa klien sangat rapat dengan pengetua sekolah ini kerana pernah belajar bersama-sama.

Antara Cara Pemulihan di Inabah

Di sekolah ini (Madrasah An-Nahdzah Kedah ) klien tinggal di asrama bersama dengan pelajar dari serata negeri. Kebanyakkan kawan-kawannya terdiri dari pelajar jenis sosial, suka ketawa-ketawa dan kurang mengambil berat tentang pelajaran seperti pelajar kelas pandai.

Pada tahun 1999. klien mula berjinak dengan pelbagai pil khayal. Tujuan pengambilan adalah untuk berseronok. Setiap bulan ibu klien akan menghantar wang belanja. Sebagai anak bongsu, segala-galanya diberikan. Yang penting anak dapat belajar dengan baik dan tertunai segala keinginannya. Dek kerana berjauhan dengan keluarga, klien bebas melakukan apa sahaja, apalagi wang tidak pernah putus.

Peperiksaan SPM pafa tahun 2001 membuktikan klien kecundang, hanya mendapat gred 3. Inilah tahun terakhir klien bergelar seorang pelajar. Perbuatan klien sebenarnya telah dapat dihidu oleh pihak sekolah, namun disebabkan bapanya berkawan baik dengan pengetua, pengetua meminta bertahan di situ, kerana akan cuba membantunya (klien).

2002, klien pulang ke Kuala Lumpur. Dengan sijil SPM, klien mencuba nasib memohon pekerjaan sebagai tentera. Permohonan tidak dapat diluluskan disebabkan tersangkut urin positif dadah.

Pada tahun ini juga, merupakan tahun duka bagi klien, kerana bapanya meninggal dunia disebabkan penyakit kanser tulang. Pada hujung tahun ini, klien dihantar ke pusat rawatan penagihan swasta di Kuala Nerang iaitu Pondok Remaja Inabah I. Di sini klien menjalani pemulihan mengikut acuan agama, sistem pemulihan ialah mengikuti mendekatkan diri dengan agama melalui dzikir, solat fardu, mandi taubat, solat tahajud, hajat, ceramah agama tasauf dan sebagainya.

Kejatuhan Semula (Relaps)

Setelah menjalani pemulihan di sini selama 2 tahun, awal 2004 klien pulang dalam keadaan sihat dan baik. Malangnya, tempoh ini hanya sementara cuma. Hanya mampu bertahan selama sebulan, klien kembali jatuh semula. Pengambilan secara berjadual dan tidak tetap, namun tetap meneruskan gaya hidup ketagih dengan pil-pil. Kali ini klien mencuba heroin.

2006, Sekali lagi mencuba nasib dengan memohon pekerjaan sebagai askar, namun tetap juga gagal. Kali ini disebabkan kerana namanya termasuk dalam individu ”black list”.

Punca ”black list” kerana pernah masuk Inabah. Waktu itu, semasa klien di Inabah, kerajaan mengarahkan dikumpul semua nama-nama penagih yang berada di seluruh pusat pemulihan swasta dan kerajaan di Malaysia.

Untuk memenuhi masa lapang, klien mencuba pelbagai pekerjaan, antaranya menolong bapa saudara memasang ”canopy”, penghantar surat, pemandu dan sebagainya.

Pada tahun 2008, kakaknya yang kelima, berusaha memasukkan klien sekali lagi ke pusat pemulihan. Kali ini pusat pemulihan sukarela. Setelah menghubungi pihak AADK, kakaknya meminta AADK datang mengambil adiknya di rumah. Berkali-kali klien dari dari rumah kakak apabila mengetahui PRS dari PERSADA akan datang. Namun kali terakhir, dia tewas, sewaktu sedang tidur dirumah kakaknya, PRS dari PERSADA datang dan membawa klien ke PERSADA.

Pada awalnya, klien merasa geram atas usaha kakak dan ibunya, dia ditempatkan di sini, namun setelah menyedari usaha tersebut adalah atas dasar kasih sayang keluarga yang ingin melihat klien pulih dan normal. Klien dapat menerima takdir ini dengan redha.

Punca Menyalahguna Bahan

Terdapat beberapa punca klien terjebak dengan penyalahgunaan dadah. Antaranya ialah ;

• Kurang pengetahuan bahaya dadah pada diri sendiri

Disebabkan tidak pernah didedahkan dengan bahaya menyalahgunakan dadah, kedangkalan ilmu tentang inilah membuat klien tidak takut untuk mencuba dadah.

Kesilapan orang tua memberikan segalanya

Disebabkan klien anak bongsu, kasih-sayang tertumpu padanya, apalagi orang tuanya mempunyai warung makanan yang mendatangkan hasil lumayan. Segala keinginan klien dipenuhi, wang tidak menjadi masalah baginya. Semua keinginan akan dipenuhi asal diminta. Ibu bapa tidak mengesyaki apa-apa kerana anaknya belajar agama. Bukan sahaja ketika di sekolah menengah, bahkan semenjak kecil lagi, klien sudah menerima didikan agama di sekolah agama rakyat. Kemungkinan untuk menjadi penagih adalah jauh sama sekali.

Tinggal berjauhan dengan keluarga, (pantau)

Segalanya bebas dilakukan apabila tinggal berjauhan dengan keluarga, apalagi dalam tempoh jangka masa yang lama. Tiada siapa yang datang memantau, masing-masing menjaga diri sendiri. Peluang keemasan inilah klien merebutnya bersama rakan seangkatan untuk mencuba pil-pil khayal seperti Domikom, Erimin 5 dan ubat batuk.

Salah memilih rakan

Klien salah membuat pilihan rakan yang sepatutnya di jadikan rakan dalam membantunya dalam pelajaran. Klien bukan tidak menegur rakan yang telah menyalahguna bahan, bahkan turut terikut sama.

Penulis pernah melawat Inabah, Kedah

Seputar Program Minggu Ini

12 April. Lapor diri di JPN Selangor
Menurut surat yang dikeluarkan oleh JPN Selangor, saya akan ditempatkan di SK Bdr Sri Putra, saya bertanya kenapa disini ya, sedangkan sekolah ini sudah pun mempunyai cukup kuotanya? Jawabnya, nama sekolah ini PPD yang bagi

Malamnya;
Banyak mis call dari nombor tak dikenali masuk. Dan ada satu sms berbunyi " Saya Normala **********, ada apa?"

Normala....? ini nama bekas guru saya di sekolah rendah dulu (SK Padang Garong). Mungkin dia terbaca KOSMO hari ini, saya sedang mencarinya, mungkin berita itu keluar hari ini, saya tak pasti, sebab dah lama saya pos sms ke KOSMO, dah berbulan. Saya terus call ke nombor itu. Lama tak jawab, bila dijawab bunyi bising suara orang bercakap. Saya menghallokan.. Hello, terus dia matikan telefonnya.

SMS Masuk : Mesej je, ada apa?
Saya : Saya bekas murid cikgu masa di SK Padan Garong dulu, sekarang dah jadi guru jugak, cikgu kat mana sekarang? (Begitulah lebih kurang jawapan saya) Saya teringat masa cikgu masuk kelas kami dulu dan memperkenalkan diri, kemudian giliran kami pula memperkenalkan diri, tiba giliran kawan baik saya, namanya Mazlan bin Abdul Aziz,

Cikgu : Siapa nama kamu?
Mazlan : Mazlan cikgu
Cikgu : Tinggal dimana ?
Mazlan : Rumah rakit.
Cikgu : Kamu tak ada rumah ke? Kenapa tinggal atas rakit?
Mazlan : Mak ayah saya orang miskin cikgu, kami tak ada tanah, kami tinggallah atas sungai.
Cikgu : Menitis air mata...

Peristiwa inilah yang terpahat dihati saya, simpati dan empati yang luar biasa. Lantaran itu bila dewasa saya ini mencarinya semula. Saya ingat Kampung Asalnya Masjid Tanah, Melaka, dan saya sering ke Bandar Hilir Melaka bila ada kursus dan mesyuarat. Namun tak tahu dimana rumahnya. Kalau boleh biarlah saya sempat sekali saya ke rumahnya. Mungkin sekarang dia pun dah masuk hampir 50-an.

Dari sms yang beliau jawab, katanya sekarang beliau sakit, sakit jantung berlubang. aduhh, payah sekali ni, jatung berlubang dan tidak boleh bercakap, hanya boleh menggerakkan tangan sahaja. Waduh...gawat sekali.

Cikgu : Boleh tak kamu tolong saya ?
Saya : In sya Allah, ada apa yang boleh saya bantu.
Cikgu : Saya nak jumpa semua bekas murid saya, boleh tak kamu bantu dari segi kewangan? Tolong bank in kan dalam akaun saya?
Saya :Saya boleh bantu, tapi dimana suami cikgu
Cikgu : Dia Tak ade, Dah pergi
Saya : Boleh tak saya bercakap dengan anak-anak cikgu

Masuk bab nak bercakap dengan ahli keluarga, dia tak layan, ini biar betul, baru je sms beberapa kali dah minta duit. Saya tak kisah kalau betul itu guru, kalau tak banyak pun sikit mudah-mudahan boleh bantu. Kalau tak boleh tak apa lah.

Saya : Tahun berapa ek cikgu mengajar kami dulu ? Saja nak test, masih ingat tak lagi.
Cikgu : Sekitar 88 atau 89.

Saya masih bertanda tanya, apa itu betul bekas guru saya? Dan apa pandangan anda semua?

14 April
Pagi jam 8.00, menghadiri taklimat akhir program Karnival Pendidikan Kaunseling Peringkat Daerah di KUIS. Ramai member lama jumpa di sini. Lama saya tak bersama, 9 bulan semenjak melanjut pelajaran.

Malam : Adakan lawatan ke rumah murid.Kes yang pertama 2009.

15 April
Acara Karnival Berlangsung

Dzikir dan Doa dalam Langkah Kepulihan

Manusia yang punya Tuhan, tidak seharusnya meninggal Allah di belakang dalam perjalanannya untuk menuju kepulihan, apatah lagi dalam menujuNya.

Ad-Dua Mukhul Ibadah. Doa adalah otaknya Ibadah. Penagih dadah seharusnya banyak berdoa untuk membantu kepulihan dirinya, juga dalam recovery system.

Buku yang kami adun ini, menekankan perihal penting doa dalam perjalanan hidup menuju keselamatan dunia dan akhirat.

Dalam surah An-Nisa ayat 103, Tuhan berfirman, "Apakala engkau selesai mengerjakan sholat, maka hendaklah engkau berdzikir kepada Allah..."

Itu perintah Tuhan, sangat sayang bagi mereka yang meninggalkan amalan dzikir ini, padahal tuhan berfirman dalam hadis Qudsi pada MalaikatNya, "Wahai Israfil, apakala sudah tiba hari kiamat, sedang engkau menyaksikan masih ada orang yang menyebut2 namaKu di atas permukaannya, maka tangguhkan tiupan sangkakala, 40 tahun, untuk memuliakan orang itu (yg berdzikir menyebut nama Allah), dalam pada itu, Nabi juga bersabda, La Taquumus Saah, Hatta La Yuqalu Fil Ardhi Allah- ALlah". Hadis riwayat Muslim.

Tidak akan berlaku kiamat, sehingga tidak ada lagi orang yang menyebut nama Allah, Allah. Setiap sesuatu itu ada alat pencucinya, maka alat pencuci hati ialah zikrullah.

Li kulli syai in khisha lah, wa khisalatul qalbi, zikrullah. Begitu hadis Nabi.

Saya memerhatikan, pada kebanyakkan masjid, ramai juga yang sesudah salam, langsung angkat punggung, seolahnya sangat tidak memerlukan sesuatu lagi atas muka dunia ini.

Padahal kita punya banyak tanggungjawab dan penantian perhentian hidup sedang menunggu di hadapan. Perhentian itu namanya kematian. Apakah anda aman dari kematian, dan sudah beroleh keyakinan akan terlepas dari siksa kubur dan azabnya?

Sesombong-sombong manusia kata Nabi ialah, orang yang sesudah sembahyang, dia tidak mahu berdoa, memohon sesuatu dari Tuhan.

Paling tidak, memohon ampun bagi pihak ibu dan bapanya yang sudah sekian lama berada dalam jasad bumi. Juga untuk moyang kita. Yang sekarang entah bagaimana keadaan mereka?

Justeru, wahai saudara, jangan membiarkan tempoh hidup berlalu tanpa berdoa, dalam subuh kita membaca qunut, antara lain ayatnya berbunyi, wa qina birah matika syarrama qodhait, dan jauhilah kami dari takdir buruk yang telah Engkau tentukan Ya Allah. Lihatlah, takdir sahaja bisa berubah ketentuannya dengan kekuatan doa. Mungkin beberapa hari yang lalu kita telah ditakdir jatuh, tetapi disebabkan doa pada subuh hari, kita terlepas tanpa kita sedari.

Norish

Tarikh Tutup Permohonan SPADA

Anda yang berminat menyertai SPADA, Special Programme For Alcohol and Drug Abuse, silakan menghantar borang permohonan secepatnya. Ini berikutan tarikh tutup permohonan adalah pada penghujung bulan ini. Pihak KPM memerlukan masa untuk menyemak maklumat diri pemohon sebelum kelulusan diberikan.

Bahasa pengantar adalah Bahasa Melayu dan Inggeris. Tak Payah, Tak Susah, Jangan Takut, Jangan Malu.
Isnin, 13 April 2009

Tempat Bertugas Terkini

Berikut Adalah Senarai Terbaru Mantan Pelajar SPADA

1.Noorhisham : SK Bangi, Kajang
2.Wan Mohd Izhar : SMK Pandan Indah
3. Norzalifah Bakri : SMK Assunta
4. Zurkurnan : SMK Sri Maharaja
5. Haslinda : SK Taman Megah Petaling Jaya dah tukar ke sekolah lama balik dah...bkn kat sini..
6. Khairunnisa : SMK CYBERJAYA, Selangor
7. Nor Azian : SMK
8. Mohd Faizal :
9. Mohd Farid : AADK PUtra Jaya
10. Mohd Razif : AADK Negeri
11. Asp Nazir : Bukit Aman
12. Muslimah : Rawang
13.Nor Zira : Rawang
14. Lenny Shafinaz : SMK Intan Zaharah, Terengganu
15. Wan Mohd Anuar : SMK Intan Zaharah, Trg
16. Amutha, SMK Malim Melaka
17. Sawandarapandy, SK Sikamat Jaya, Yong Peng, JOhor
18.Vijayalachumy : SMK Seksyen 24 (2)
19. Akasila, Jabatan Mineral dan Galian
20. Zaini : Pusat Latihan Pegawai Penjara, Taiping
21. Wan Azlina : SMK Dengkil

Kawan-kawan :Sila taip pada Shout Box tempat terkini yang betul
Ahad, 12 April 2009

Kenangan III

Bukan Ku PInta Lahir Begini

Tidak ada manusia yang bercita-cita ingin gagal dalam hidup, tidak ada manusia yang ingin gagal dalam hidup, penagih dadah tidak pernah mengisi borang untuk menjadi penagih, juga tidak pernah bermain atau bergurau senda dengan kawan-kawan, jom kita main-main hisap dadah. Tetapi salah siapa, akhirnya dalam hidup ini mereka menjadi penagih jua dan masuklah mereka dalam dunia yang penuh dengan kecelaruan.

Profail Seorang Penagih

Saya bawakan kisah hidup seorang penagih, yang kini berusia 25 tahun, sedang berada di sebuah pusat serenti. Kesempatan menemubual klien ini, saya paparkan, sebagai hadiah buat semua guru di sini.

Mangsa Keadaan

Ateh, bukan nama sebenar, kisah ini pernah saya coretkan dalam blog popular saya, sejak itu, blog saya terus mendapat perhatian pengunjung. Hits bertambah-tambah, sehingga 2 orang pengunjung menyarankan agar saya membukukan segala pengalaman ini. Pernah pula seorang wartawan, berminat untuk membawa kisah-kisah penagihan ini ke dalam majalah mereka.

Bapaku bekerja sebagai askar, ibuku hanya suri rumah, ketika aku (klien, Ateh) berusia 11 tahun, ibu dan bapa mula bergaduh, bapa ku seorang panas baran, aku tak tahu punca semua itu, tetapi yang aku tahu, ibuku sangat cemburu orangnya. Masa aku di kelas 6, pergaduhan semakin ketara, ibuku menuduh bapaku ada perempuan lain, akhirnya mereka berdua bercerai.

Selepas berlaku perceraian, aku tinggal dengan ibu, malang bapa kahwin lain, aku tak dapat menerima kehadiran ibu tiri yang berpura-pura baik di hadapanku dan lain pula ketika ayahku tiada.

Aku tak tahan dengan dunia sebegini. Aku lari ke rumah ibu, ibu pula tak menerima, kerana tak cukup wang untuk membesarkan aku, aku lari ke rumah atuk, disitu ada abang dan kakakku, mereka pula halau supaya aku ke rumah bapak. Nampaknya semua orang tak sukakan aku.

Sekolah pun aku tak minat, walau begitu aku sempat belajar sampai tingkatan 2. Baru-baru beberapa bulan, akhirnya aku terpaksa lari membawa diri, dengan segalas beg, aku naik keretapi dari Raub menuju ke Melaka, tapi aku sesat di jalan, aku tersalah turun di stesen di Negeri Sembilan.

Seorang India bertanya ku, kemana kamu anak kecil mahu pergi, jawabku yang ketika itu baru 14 tahun, aku lari dari rumah dan tak mahu balik lagi. India itu tunjukkan aku kedai kawannya, dia suruh aku menolong di kedai itu. Di situlah aku bekerja sehingga beberapa tahun.

Aku kemudian pindah kerja dengan seorang tauke Cina, aku dibiaya buat lesen, akhirnya aku berjaya menjadi pemandu lori tauke tersebut. Sejak itu aku semakin jauh dari dunia kecilku. Apa yang Cina makan, itulah makanan ku, apa yang mereka buat, itulah gaya hidupku juga.

Aku tinggal bersama rakan di rumah sewa. Kisah ini membawa kepada aku terjebak dengan penagihan ganja. Aku hairan melihat rakan-rakan serumah denganku, macam mana mereka boleh membakar rokok dalam keadan khayal, sehingga sebatang rokok tersebut habis di jarinya tanpa dihisap.

Lama aku mencuba ganja. Akhirnya ganja sudah tidak memberikanku kepuasan lagi. Aku naik taraf sikit, aku mula berjinak dengan heroin. Heroin memang menjadikan aku seorang hero. Prestasi kerja mula merosot, aku datang tak datang bekerja.

Masuk Pusat

Dan akhirnya ketika dalam perjalanan membeli dadah, aku di tangkap. Mahkamah memutuskan aku dihantar ke pusat serenti di Johor.

Pusat serenti bukan dunia ku, aku sangat tertekan, hanya 4 bulan aku disitu, aku kemudian cabut lari bersama 3 orang rakan yang lain. Malang pula nasib aku, tertangkap lagi, polis menyemak tentang diriku, gara-gara lari dari pusat serenti, aku di campakkan di Penjara Penor, Pekan selama setahun, keluar penjara aku bekerja di car wash, namun dadah tetap makanan rujiku, semasa bekerja di Car Wash inilah, polis datang ke situ dan aku menjalani ujian urin, sah ada dadah dalam tubuhku, kali ini aku dihantar ke Pusat Serenti Sungai Petani, 4 bulan kemudian arahan supaya aku dihantar ke Pusat Serenti ini.

Aku masih belum faham, kenapa harus aku tinggalkan dadah, sedangkan ianya sangat bermakna buatku.

Demikian coretan sedikit dari pengalaman saya bersama saudara Ateh. Saya bertanya Ateh, kemana arah tuju hidup anda selepas keluar pusat nanti? Tiada tempat lain katanya, saya akan mengambil heroin lagi. Bila ditanya apakah bapa anda solat? Memang tak pernah jawabnya, Ateh...tau tak, hidup ini tak lama, di penghujung hidup ini ada kematian, Tuhan akan bertanyakan segala nikmat pemberianNya selama ini, untuk apa kita guna? Semua ini bukan free.. Ateh termenung, entahlah, saya pun tidak tahu apakah betul-betul ada lagi kehidupan selepas kematian...

Buku 7 Langkah Kepulihan

Sepanjang 6 bulan berada di SPADA, dan 3 Bulan di PERSADA, saya dan kawan-kawan sempat menghasilkan sebuah buku. Kami perah tenaga, keringat dan buah fikiran, kami tuangkan semuanya dalam 7 Langkah Kepulihan. Buku ini adalah hadiah kami bagi penagih dadah yang ingin pulih.

Sebenarnya jalan untuk pulih ada banyak cara, terserah kepada individu, yang penting hati memang bertekad mahu pulih. Seperti kata Hafney, jangan cuba-cuba mengambil dadah, sekali cuba, tiada jalan keluar".

Semalam saya bercerita tentang insan pilihan, bekas penagih dan pengedar, Hafney Abdul Rahim, beliau pulih sudah 28 tahun dalam penagihan dengan cara mengikat diri dalam sebuah bilik selama 6 hari. Setakat ini saya jumpa 2 orang yang pulih dengan mengikat diri.

Kisahnya, beliau minta kawannya jangan masuk dalam bilik ikat saya kuat-kuat, hanya berikan air ribena dan roti setiap hari, Apa nak jadi, jadilah. Aku benar-benar nak pulih. Tapi Sebelumnya dia mengambil dadah sepuas-puashnya, katanya inilah yang terakhir dalam hidup aku.

Ceritanya lagi, ketika beliau menahan gian selama 6 hari, habis cermin tingkap pecah dan tubuhnya berdarah-darah, semua keadaan ini tidak disedarinya, kawan-kawan mengatakan dia sempat pengsan beberapa kali, kemudian sedar dan pengsan lagi. Hanya setelah 6 hari baru dia sedar. Kenapa habis berdarah tubuh aku? Tanyanya pada kawan, apa tak berdarahnya,bukankah engkau yang hantuk kepala dan menggelupur dalam bilik ini.

Dalam bilik itu busuk penuh dengan muntah dan najis berceceran. (kerana menahan gian) Hari keenam, kawannya tolong siram dari luar, jangan masuk katanya. Begitulah deritanya ketika ingin pulih, apalagi ketika ingin mengekal kepulihan, katanya yang tidak pernah meninggal solat berjamaah.

Baiklah, buku 7 Langkah Kepulihan sebenarnya kami adun dari buku 12 Step dari barat. Kami cantumkan menjadi versi Islamik. Ditambah dengan doa, zikir dan motivasi. Semoga lahirnya buku ini dibawih bimbingan En.Halim bin Hussain, menjadi panduan kepada seluruh kaunselor penagihan di Malaysia.

Tuan-tuan, dari 100 orang penagih yang keluar dari pusat, 80 orang dari mereka kembali terjebak. Persoalan ini diajukan kepada Saudara Hafney, Sdr.Hafney, tolong jawab dengan jujur, jangan pusing-pusing jawapan, mengapa mereka ini kembali terjebak padahal ketika dalam pusat, semua sudah ok, tubuh sudah sihat dan gemuk.. Namun ketika keluar, mereka jatuh semula, kenapa ini terjadi. Soalan ini ditanya oleh puluhan ahli akademik di UKM.

Jawab Hafney, tuan-tuan bayangkan.... dadah bukan sehari dua bersama mereka, sudah sudah puluhan tahun bersama dadah, dadah sudah menjadi bagaikan kekasih mereka, so, macam mana kita nak paksa dia orang tinggalkan dadah? Tidur bangun mimpi dan jaganya selama puluhan tahun adalah dadah. Bagaimana anda boleh memisahkan mereka hanya dengan setahun di pusat? Jiwa mereka rindu pada kekasihnya. Mereka sanggup buat apa saja untuk menemui kekasihnya, hatta berkorban nyawa demi sang kekasih yang dipuja.

Pada kami, untuk pulih perlukan turning point. Tanpa nya, anda tidak akan pulih...yang ada hanyalah wayang. Sandiwara di muka dunia nan sementara menunggu mati.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...