Welcome

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Etiam pharetra, tellus sit amet congue vulputate, nisi erat iaculis nibh, vitae feugiat sapien ante eget mauris.

Follow us


Ask a question

Name

Email

Question

Submit

Link Blog

Senarai Blog Saya

Senarai Blog

Sample text


Emel : afraima@yahoo.com..febook : facebook.com/skbangi
.Facebook : facebook.com/skbangi



Blogger

Blogger
Noorhisham Hamzah Sarjana Sosial Islam, Kaunselor SK Bangi, Ijazah Sarjana Muda Indonesia, Ijazah Lanjutan, Drug Abuse, USIM, Emel afraima@yahoo.com

Makam-Makam Nabi

Blogger news

Diri Admin

Noorhisham Hamzah
Emel afraima@yahoo.com
FB facebook.com/skbangi

Blogger templates

Jika terdapat sebarang persoalan untuk dijawab, boleh lah di hantar ke afraima@yahoo.com afraima@yahoo.com

Anda yang Datang

Twitter

Link

Terima Kasih Atas Kunjungan Ilmu dikongsi,ganjaran diharap

ShoutMix chat widget

Pelawat

Halaman

Dikuasakan oleh Blogger.

Twitter

Ads 468x60px

About Me

Teman

Cari Blog Ini

fb komen

Featured Posts

Ahad, 17 Mei 2009

Apa Yang Penting??? Kerjaaasamaa....


Seronok tengok wonderpets ni tau. Walaupun cerita untuk budak-budak tapi kita yang dah menjangkau usia lebih suku abad ni patut ikut contoh teladan dari cerita wonderpets. Sesekali tengok la kartun ni. Pastu boleh selitkan moral story yang ada pada anak-anak murid atau anak-anak didik atau anak-anak bina sekali pun...jangan lupa! Apa yang penting??? Kerjaaasamaaa....
Jumaat, 15 Mei 2009

Ceramah di SK Seafield dan LADAP di SKB

CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANG

Taatkan Allah
Patuh cakap ibu bapa
Duduk didepan dalam kelas
Memberi perhatian penuh ketika guru mengajar
Bertanya bila tak faham
Rajin membaca
Aktif Kokurikulum
Sentiasa Bermotivasi
Sentiasa Bangun Pagi Penuh Semangat
Yakin pada potensi diri sendiri
Menonton rancangan TV yg sesuai.
Sentiasa menghormati guru
Bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar
Menyedia jadual waktu belajar sendiri
Sentiasa Sembahyang dan Berdoa.
Menyediakan keperluan peralatan belajar yang mencukupi









Ceramah di SK Seafield dan LADAP di SKB

CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANG

Taatkan Allah
Patuh cakap ibu bapa
Duduk didepan dalam kelas
Memberi perhatian penuh ketika guru mengajar
Bertanya bila tak faham
Rajin membaca
Aktif Kokurikulum
Sentiasa Bermotivasi
Sentiasa Bangun Pagi Penuh Semangat
Yakin pada potensi diri sendiri
Menonton rancangan TV yg sesuai.
Sentiasa menghormati guru
Bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar
Menyedia jadual waktu belajar sendiri
Sentiasa Sembahyang dan Berdoa.
Menyediakan keperluan peralatan belajar yang mencukupi









SELAMAT HARI GURU

GURU OH GURU...

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;

Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Dialah pemberi paling setia,
Tiap akar ilmu miliknya;

Pelita dan lanpu segala,
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat,
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat;

Pemimpin yang ditauliahkan segala umat,
Seribu tahun, katanya menjadi hikmat.


Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa,
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta;
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara,
Jika hari ini seorang ulama yang mulia;
Jika hari ini seorang peguam menang bicara,
Jika hari ini seorang penulis terkemuka;
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa,
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa;
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya,
Di sebuah sekolah mewah di ibu kota;
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu,
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semak terpencil duduknya di ceruk desa,
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apapun pada akhir kehidupanmu,

Guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu;
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat,
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Usman Awang
1979


SELAMAT HARI GURU DIUCAPKAN KEPADA SEMUA WARGA PENDIDIK
16hb Mei 2009
Isnin, 11 Mei 2009

Anggota polis dihukum gantung



KUANTAN - Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal akhirnya menerima hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam selepas didapati bersalah atas dua tuduhan mengedar dadah jenis ganja seberat 811.91 gram empat tahun lalu.

Hakim Datuk Abdul Halim Aman memutuskan hukuman tersebut terhadap Mohd. Isa Zainal Abidin, 52, setelah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie.

Seramai 10 orang saksi termasuk isteri tertuduh dipanggil dalam perbicaraan yang bermula 26 Mac 2007 dan berakhir pada 21 April lalu bagi memberi keterangan.

"Pembelaan yang diasaskan kepada penafian hak milik dadah terbabit tidak mencukupi. Malah, tertuduh sendiri memandu arah polis ke tempat dadah di dalam rumahnya menunjukkan tertuduh tahu di mana dadah itu disimpan," katanya.

Mohd. Isa dalam pertuduhan pertama didapati mengedar dadah jenis ganja seberat 390.45 gram kira-kira pukul 5.15 petang di hadapan sebuah kedai nombor ekor di Jalan Tok Muda Haji Idris, Pekan pada 14 Oktober 2005.

Pertuduhan kedua pula, dia didapati mengedar dadah jenis ganja seberat 421.46 gram kira-kira pukul 5.30 petang di kuarters polis Ibu Pejabat Polis Daerah Pekan pada tarikh yang sama.

sumber

Selamat Hari Ibu

Selamat Hari Ibu...

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

Menggali Rahsia 5A di rumah

 DALAM perjuangan mencapai cita-cita untuk mendapat 5A sebagaimana yang di idam-idamkan oleh semua murid, terdapat banyak perkara yang menjadi alat sokong bantu kepada kejayaan tadi.

Tanpa alat sokong bantu, sesuatu perjuangan tersebut sukar untuk menemui kejayaan. Untuk menyempurna tulisan seperti tajuk di atas kali ini, guru bimbingan dan kaunseling SK Bangi, En.Noorhisham bin Hamzah, membuat lawatan ke rumah dan mengatakan perbincangan dengan En.Zamri serta Puan Rosita (isteri) yang terletak di Bukit Mahkota.

Lawatan ini adalah sesi lawatan yang ke-4 tahun ini. Tujuan lawatan ini di adakan adalah untuk membongkar sekali lagi rahsia anaknya Umairah mendapat 5A tahun lepas. Rakaman rahsia kejayaan ini pernah di siarkan dalam laman web skbangi.com dan masih ada hingga ke saat ini.

bacaUmairah pada mulanya ditempatkan di kelas 6 Jupiter, namun keputusan ujian bulanan menolaknya ke kelas Mercury. Dalam beberapa siri peperiksaan bulanan, dia tidak pernah mendapat 5A.

Antara faktor yang sempat saya gali dari keluarga ini ialah :

1. Sokongan dan bantuan Ibu Bapa

Ibunya sentiasa membantu anaknya belajar, kelihatan di dalam gambar, semasa lawatan saya ke sana, ibunya sedang mengajar anaknya menjawab soalan yang tidak difahami. Dari aspek lain, ibu dan bapa membantu menyediakan suasana yang kondusif bagi anak-anak belajar. Adik-adik yang kecil akan diarahkan supaya bermain di lokasi lain supaya tidak menggangu kakaknya belajar.

Anak kita boleh belajar dimana saja, ruang tamu atau dalam bilik. Tergantung kemahuannya. Ada murid mengatakan, cikgu ibu saya tak bagi belajar dalam bilik, katanya membazir elektrik.

Selain itu, kita perlu bantu mereka berkaitan emosi. Sentiasa memberikan galakan dan jangan sesekali men"down"kan perasaan mereka ketika keputusan ujian menyedihkan. Sebaliknya, lihatlah, dan perhatikan apakah masalah yang sedang dia hadapi.

2. Sediakan Buku / Kamus di Ruang Tamu

suasa Kadang-kadang mudah, tetapi jarang di ambil berat. En.Zamri menyediakan buku-buku bahan bacan termasuk kamus di sebelah tempat duduk ruang tamu.

Katanya ketika anak ingin melihat TV, atau sambil menunggu hidangan makanan siap, anak kita akan mencapai buku itu lalu membelek-beleknya.

Jangan letak buku tersusun elok dalam bilik. Kelihatan cantik dan kemas, tetapi berapa kali kah anak kita mencapai buku tersebut?

3. Persediaan Awal

Ini penting, persediaan di awal tahun banyak membantu. Ibu dan bapa hendaklah membeli buku-buku dan soalan-soalan UPSR tahun-tahun lepas dan€ minta anak menjawabnya. Belilah dan buatlah latihan sebanyak-banyaknya.

4. Bergantung harap dengan TUHAN

Selagi kita masih ada Tuhan, jangan lupa bergantung harap denganNya. Lakukan solat hajat sentiasa dan berdoa setiap hari. Orang yang sentiasa mendekati Tuhannya yang Maha Pengasih, Tuhan akan berikan ketenangan padanya. Dengan itu dia boleh belajar dengan baik dan tekun.

Saya ditanya kenapa sekarang ini ramai pelajar yang cemerlang 18A, 20A adalah datangnya dari sekolah aliran agama? Sedangkan bukan sedikit subjek yang mereka bertarung. Nik Nur Madihah memberikan jawapan, kerana sentiasa mendekati Tuhan.

5. Hormati Guru

Jangan sesekali menyakiti hati guru, sebab keberkatan ilmu ada ada sikap seorang murid menghormati gurunya.

6. Jaga hubungan dengan Tuhan

Kecemerlangan yang hakiki adalah apabila kita dapat menjalankan tugas kita sebagai hamba terhadapnya. Lihatlah dikalangan orang-orang yang berjaya selama ini. Berapa peratuskan yang berjaya antara yang memutuskan hubungan mereka dengan tuhannya. Memang ya. tetapi bukan kejayaan yang hakiki dan abadi.

7. Beri Penekanan Subjek yang Lemah

Murid hendaklah memberikan penekanan pada mata pelajaran yang dia lemah. Ada orang lemah BI dan ada pula lemah Sains. Jadi corak belajar antara satu sama terdepat sedikit perbezaan.

ki
Cikgu Noorhisham sedang berbual dengan keluarga En.Zamri

Saya akan sambung tulisan ini lagi dengan mengadakan lawatan ke rumah yang lain. Terima Kasih En.Zamri sekeluarga kerana menerima lawatan saya kali ini. Semoga apa yang di tulis ini, dapat dicontoh oleh pembaca semua. demi kejayaan anak-anak. Amin

Sambung di bawah

Lagi Kenangan SPADA 2008/2009


Setelah tiga bulan bertapa di tempat internship masing-masing, kami bertemu kembali pada hari pembentangan kajian kes 7 April 2009. Tengok Pandy dan Vijaya macam pinang dibelah dua...hehe

Malamnya ada jamuan pulak. Katanya untuk rai student SPADA tapi yang dirai kena bertungkus lumus siapkan semua persiapan. Cian...hahaha.. Farid sampai kepenatan bersandar kat dinding tu..

Yang ni pulak, cikgu Jai sedang testing suara untuk jadi pengacara majlis. Memang kelasss la suara cikgu Jai ni. Ada bakat jadi pengacara jemputan...Silap haribulan jadi pengacara majlis tetap dan berpencen...huhuhu...

Nor n Yan ni memang ratu gambar. Pantang nampak lensa kamera...pose spontan jek...

Ni lah perancang utama majlis jamuan malam SPADA 2009, Ida. Dari surat menyurat sampailah ke kain alas meja makan, dia tentukan. Cik Nan tu nak tunjuk muka gak sini...Nampak penat je cik Nan?..

Lenny malam tu tak leh buat apa. Jadi pemerhati PBB je sebab tangannya tinggal 1...hihihihi...1 lagi kena balut..baru lepas operate...Kak Lin biasa la...kontrol ayu...haha

Yang ni pulak, Ketua Program SPADA En Halim dengan En Rajan, Kaunselor Hospital Sg Buloh. Ntah apalah yg dibincangkan tu...

Fuyoooo...Ikan goreng pun sodappp...Tak sabar2 dah si Nuar Ganu nak ratah ikan tu. Eh...ikang la...Izhar kat sebelah tu dah telan air liur dah..tunggu giliran..tu tgn sape plak ye sebelah pandy tu...tengok pandy...tak pandang kiri kanan dah...doa makan pun tak sempat baca dah tu, lapo...hihihihi

Catatan Hati Nik Nur Madihah

Saya pernah membaca buku yang diterbitkan kerana Nur Amalina mendapat 17A. Dan saya juga pernah membaca buku yang dikarang kerana seorang insan miskin, yang sehari-hari pekerjaan bapanya adalah bersama ombak dan laut, Nik Nur Madihah. Tetapi antara keduanya tidak sama isi dan pengisiannya.

Unsur kesufian jelas berada pada insan bernama NNM. Saya mengajak semua ibu dan bapa yang bercita-cita inginkan anaknya berjaya dari dunia sampai akhirat, dari terbuka mata sampai tertutup buat selamanya, miliki lah buku ini. Bacalah, walaupun dinding rumah anda sudah dipenuhi buku-buku bacaan.

Jadikan buku ini sebahagian dari koleksi peribadi anda. Saya mengutip satu perenggan yang terdapa dalam buku ini, katanya :

"Jika dahulu, beberapa bulan sebelum keputusan SPm di umumkan, aku hanya memasang impian untuk banyak kemahuan. Namun hari ini rezki Allah melimpah-ruah hingga aku menjadi malu denganNya. Apa sahaja yang aku mahukan dulu, datang secara percuma, lap top, telefon bimbit, jubah, pakaian baru, novel2 Islam, wang ringgit, jam dan paling mengharukan hadiah dari kumpulan nasyid Hijjaz yang akan menaja kami sekeluarga mengerjakan ibadah umrah. Masya Allah".
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...