Welcome

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Etiam pharetra, tellus sit amet congue vulputate, nisi erat iaculis nibh, vitae feugiat sapien ante eget mauris.

Follow us


Ask a question

Name

Email

Question

Submit

Link Blog

Senarai Blog Saya

Senarai Blog

Sample text


Emel : afraima@yahoo.com..febook : facebook.com/skbangi
.Facebook : facebook.com/skbangi



Blogger

Blogger
Noorhisham Hamzah Sarjana Sosial Islam, Kaunselor SK Bangi, Ijazah Sarjana Muda Indonesia, Ijazah Lanjutan, Drug Abuse, USIM, Emel afraima@yahoo.com

Makam-Makam Nabi

Blogger news

Diri Admin

Noorhisham Hamzah
Emel afraima@yahoo.com
FB facebook.com/skbangi

Blogger templates

Jika terdapat sebarang persoalan untuk dijawab, boleh lah di hantar ke afraima@yahoo.com afraima@yahoo.com

Anda yang Datang

Twitter

Link

Terima Kasih Atas Kunjungan Ilmu dikongsi,ganjaran diharap

ShoutMix chat widget

Pelawat

Halaman

Dikuasakan oleh Blogger.

Twitter

Ads 468x60px

About Me

Teman

Cari Blog Ini

fb komen

Featured Posts

Isnin, 10 Mei 2010

Buletin sempena Hari Ibu

Berita Kosmo bertarikh 21 April 2010 melaporkan seorang ibu dari keturunan Cina bersama suaminya meninggalkan anak di hospital kerana tidak sanggup membawanya pulang. Anak itu dilaporkan dilahirkan dalam keadaan cacat, tidak mempunyai mata, hidung dan mulutnya sumbing.

Sungguh sedih episod awal anak ini, sesungguhnya tiada siapa yang minta dilahirkan, apa lagi dalam keadaan cacat sebegitu.

Masa depannya belum tentu menjanjikan kebahagiaan atau penderitaan. Dapat tak kamu bayangkan, jika kamu lahir tanpa ibu dan bapa? Agak-agaknya dengan siapa kamu tinggal sekarang?

So, kita perlu bersyukur dengan nikmat kehidupan yang Tuhan berikan. Apalagi kita dijadikan insan sempurna, tiada cacat-celanya. sambung...

Dari itu, kita perlu mengucapkan syukur kepada yang telah menjadikan kita yakni Allah SWT dan orang yang telah mendidik kita. Siapa lagi kalau bukan ibu kita? Dia sanggup bangun tengah malam, berjaga kerana kita sakit, sanggup tidak tidur kerana anaknya. Bahkan ada ibu yang sanggup memberi -kan jantung dan buah pinggang kepada anaknya yang sakit jantung.

Yang sedihnya, ada ribuan ibu dan bapa yang kini berada di Pusat Jagaan Orang Tua seluruh Malaysia.

Dr.Fazdilah Kamsah mengatakan itulah anak yang derhaka. Sanggup dia tinggal ibunya di rumah orang tua. Menghabiskan sisa hidup bersama orang lain yang bukan anaknya.

Seorang ibu, ketika ditanya kenapa mak cik berada di sini, dia dengan nada sebab menjawab, saya takut pada anak saya, dia suka pukul-pukul orang. Sampai saya pun dia pukul. Saya tak boleh tinggal di rumah lagi.

Mungkin ibu ini tidak pernah terbayang sepanjang hidupnya, sebelum dia mempunyai anak, akan ada anaknya yang menjadi musuh dan membuat dirinya menderita sepanjang hayat.
Kita dengar juga, kisah-kisah manusia yang menjadi penagih, ada antara mereka sanggup mengugut ibunya sendiri dan mengacukan parang kerana meminta duit untuk membeli dadah.

Padahal, sewaktu kecil, ibu bapanya lah yang telah berjuang dengan keringat dan air mata untuk membesarkannya. Ada yang terpaksa memanjat bangunan yang tinggi, ke laut dalam berhari-hari, di dalam hutan lipur nan sunyi bersama gajah dan harimau, untuk mencari rezeki, semoga anaknya membesar nanti sebagai anak yang soleh dan solehah.

Mudah-mudahan anak itu, akan mendoakannya ketika dia tiada lagi di muka bumi ini.
Namun, alangkah sedih, jika anak itu malas sekolah, kerja sekolah banyak tak siap, suka pergi CC, malah buat tak endah setiap arahan dan nasihat ibu bapanya.

Seolah-olah hanya ibu dan bapanya sahaja yang ingin dia berjaya. Begitu pula di sekolah, seakan-akan hanya guru yang ingin dia berjaya. Dia sendiri? Malas tak sedar diri.

Anak-anak, ingatlah, masa depan kita tergantung pada diri kita sendiri. Ibu kita yang ada hari ini, tidak selamanya dia akan muda dan gagah. Satu masa, dia akan tua, lemah, longlai, dan ketika itu akan datang satu panggilan, yang akan memisahkan ruh dan jasadnya.

Ketika itu kamu akan bergelar anak yatim-piatu. Sementara itu, biasanya bapa kamu akan meninggal lebih dahulu dari ibumu. Itu sunnahnya alam.

Cikgu pernah tanya kepada kawan-kawan kita yang yatim piatu, siapa antara mereka yang meninggal, ibu atau ayah? Ramai menjawab ayah.

Sebab apa bapa mereka meninggal? Majoriti mengatakan sebab sakit jantung.
Hidup ini hanya sementara. Jangan kita susahkan diri kita. Memang semua orang tak ada yang mahu susah, TAPI... kalau malas berusaha, malas belajar, malas buat kerja sekolah, malas buat pembetulan, kita sebenarnya seakan-akan sedang menempah kesusahan di masa depan.

Tahukah kamu ? Kawan-kawan kamu di Sabah dan Sarawak terpaksa bangun awal pagi untuk ke sekolah, naik van beramai-ramai. Ada yang naik bot dan perahu.
Apa kamu fikir, jika cikgu katakan ramai antara mereka yang susah semasa kecil dan susah pula ketika dewasa? Sungguh kesian kan.

Oleh itu, buletin ini berpesan sempena hari ibu, mari kita cari kebahagiaan untuk diri kita, dengan belajar bersungguh-sungguh, dan jangan lupa menabur jasa sebanyak mungkin untuk orang tua kita, sebelum mereka pergi buat selamanya.

Tidak ada manusia yang tidak mempunyai ibu dan bapa, kecuali Nabi Adam, Siti Hawa dan Nabi Isa. Mereka bertiga kekurangan salah seorang. Kita? Kita lengkap, ada ibu dan bapa, siap ada papa dan mama tiri lagi.

Tidakkah kita kasihan melihat mereka yang sudah semakin tua, sedangkan belum ada antara adik-beradik kamu yang masuk ke Universiti. Rata-rata sekolah separuh jalan.
Kerja cukup makan, ada yang dah berkahwin, tetapi sering pula bergaduh, hingga ada yang tidak pulang ke rumah.

Ada antaranya, menjadi murid SK BANGI. Bukan satu, bukan 2, malah ramai.
Anak-anak, dari soal-selidik yang pihak Bimbingan buat, ramai juga ibu bapa yang tidak sembahyang. Ini menurut pengakuan anak mereka sendiri yang sekian lama bersama mereka.
Cukup sedih jika ini berlaku pada keluarga kamu. Tolonglah ibu dan ayah kamu, doakan mereka supaya Tuhan memberikan hidayah padanya. Tidak sanggup kita biarkan mereka di bakar didalam api neraka, kerana bahang panasnya sangat dahsyat.

Sekali lagi, sempena hari ibu, marilah semua berazam untuk menjadi anak yang baik, pelajar yang rajin, hamba Allah yang taat dan masyarakat yang baik.
Mudah-mudahan kamu dan ibu bapa kamu, diberikan kebahagiaan hidup dunia dan akhitat yang kekal abadi.
Amin.

Perjalanan SPADA 2010

Masa kami belajar di SPADA, kami adalah batch yang ke-4, masuk batch ke-5, SPADA masih gagah, tapi masuk tahun 2010. KPM tidak lagi dapat memberi bantuan biasiswa, akibatnya tiada pelajar dari KPM tahun ini. Ada 2 orang yang sanggup belajar dengan biaya sendiri, itupun di tolak oleh pihak KPM. Masalah kewangan meruncing...

Walau bagaimanapun, pelajar dari JPA tetap masih ada.

Bagaimana hasrat mengejar sekolah bebas dadah 2012. Hanya ada 2 tahun saja lagi
Sabtu, 8 Mei 2010

Kelmarin di Indonesia


Alhamdulillah, dalam menyampaikan sebuah syarahan di SMK Bandar Tasik Kesuma, hari ini, dengan judul yang diberi, "Komunikasi Berkesan". Teringat akan saya beberapa perkataan yang menjadi bahan ketawa kami masa dulu-dulu di Indonesia.

Dalam judul tersebut, ada disentuh pasal halangan dalam komunikasi. Antara sebab terjadi halangan adalah kerana salah faham antara penerima mesej dari mesej yang disampaikan oleh si penyampai.

Kelmarin

Orang Indonesia mengatakan kelmarin dia pernah ke Malaysia, kita yang dengarnya amat terkejut, kerana kelmarin kita memang bersua dengannya di warung kopi (warkop), tau-tau dia kata ke Malaysia. Kapan ya?

Orang Indonesia apabila mengatakan kelmarin bermaksud hari yang telah lalu, baik minggu lepas atau pun tahun lepas atau puluhan tahun yang lalu. Bagi mereka, semua itu hari kelmarin yang telah pun berlalu. Asal yang telah berlalu, namanya "kelmarin". Mungkin anda pernah dengar satu bait lagu...Kelmarin...kau masih bersamaku... Guru saya, Drs. Tarmizi Dahmi didalam kuliahnya, mengatakan bahawa hidup ini hanya ada 3 hari. Hari semalam, (kelmarin), esok dan (alyaum) hari ini.

Gempa lagi

Waktu di Airport KLIA, sahabat saya bercakap dengan Ghazali, seorang pelajar dari Pasir Puteh Kelantan yang akan ke Tonto Mesir pada malam itu, dalam berbual itu, kata sahabat saya, kelmarin ada lagi gempa bumi di Padang. Ghazali terkejut, lalu bertanya, aik, kelmarin ada lagi gempa, kenapa tak ada masuk TV (pun)? Saya diam saja, padahal sedang ketawa di dalam hati kecil.

Patak Laut

Waktu kami di Banda Aceh, pernah kami bersama kawan-kawan seangkatan ke pantai bermandi manda. Air pantai nya memang jernih sehingga nampak dasarnya, bahkan pepasir di bawahnya termasuk daun yang tenggelam pun boleh kita lihat.

Fadil, kawan saya dari Kelantan berkata ketika sedang mandi dengan rakan-rakan termasuk Liza, Zura dan Jamilah dari Felda Besout Perak, eh eh nampok patak la..... kata Fadil... Si Jamilah tersipu-sipu malu sambil memegang kainnya dibahagian depan mengatakan, aish..... apalah.... Fadil ni. Buat malu je..

Bagi orang Perak perkataan pant..t sangat tabu. Tidak wajar ringan bermain di bibir. Tetapi patak bagi orang Kelantan maknanya dasar, paling bawah, boleh di guna untuk pantai, kain atau bawah kuali. Bukan pant..t, tetapi patak.

Horn....

Ini secebis halangan dalam komunikasi dan boleh menimbul salah faham dan pergaduhan kecil sehingga prasangka tidak baik.

Bagi orang Vietnam, India dan Indonesia, horn kereta dibunyikan membawa maksud, awas...hati-hati, saya di sini, jangan sampai kamu melanggar saya atau saya terlanggar kamu".

Tapi, bagi orang Malaysia, horn boleh jadi membawa maksud marah. Sebab itu, bila ada orang yang membunyikan horn secara kuat dan panjang, mesti ada mata yang akan melihatnya secara masam muka. Oleh itu, jangan sesekali membunyikan horn jika tidak perlu. Bunyi secara perlahan dan singkat membawa satu makna, dan bunyi horn lama dan kuat, serta berkali-kali membawa makna yang lain, inilah bahasa komunikasi non verbal.

Nanti kita sambung lagi deh
Khamis, 6 Mei 2010

Pelajar bersalin dalam tandas

KUALA TERENGGANU: Seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun yang mengandung anak luar nikah mengejutkan kakitangan Klinik Kesihatan Felda Jerangau, Ajil apabila bersalin bayi lelaki dalam tandas klinik berkenaan, pagi semalam.

Menurut sumber, kejadian berlaku ketika remaja terbabit yang belajar di sebuah sekolah menengah dalam kawasan Ajil, Hulu Terengganu ke klinik berkenaan, kira-kira jam 10 pagi, bersama guru dan rakan sekolahnya kerana mendakwa sakit perut.

Katanya, sementara menunggu giliran untuk diperiksa, secara tiba-tiba pelajar tingkatan empat itu tergesa-gesa ke tandas klinik berkenaan kononnya mahu membuang air selepas mendakwa perutnya memulas.

“Bagaimanapun, helah pelajar terbabit terbongkar selepas rakannya yang mengesyaki sesuatu berlaku terhadap remaja itu ke tandas berkenaan untuk melihat keadaannya,” katanya.


Menurutnya, ketika memasuki tandas, rakan pelajar terbabit panik selepas mendapati terdapat seorang bayi bersama remaja terbabit yang ketika itu masih lemah selepas bersalin.


“Berikutan itu, rakannya segera memaklumkan kepada guru dan kakitangan klinik yang segera ke tandas berkenaan sebelum bertindak pantas menyelamatkan ibu muda dan bayi berkenaan,” katanya. Katanya, bayi itu dikejarkan ke Hospital Hulu Terengganu (HHT) untuk pemeriksaan lanjut.


Rabu, 5 Mei 2010

Pendidikan Penyalahgunaan Dadah di SK Bdr Rinching

BANDAR RINCHING.06 Mei 2010.Seramai 250 orang pelajar di Sekolah Kebangsaan Bandar Rinching telah mengikuti ceramah Pencegahan Penyalahgunaan Dadah. Ceramah siri pendidikan dan pencegahan ini mensasarkan murid-murid tahun 4 dan 5.

Kebanyakkan sekolah mengambil inisiatif melaksanakan program ini bagi menbendung remaja dan kanak-kanak terdedah kepada bahaya dadah di masa hadapan.

Punca paling besar manusia menjadi penagih ialah rakan sebaya. Walaupun terdiri dari latar belakang dan keturunan yang baik, namun dadah tidak mengenal siapa.

Untuk itu, program ceramah khas untuk memberi kesedaran untuk mengatakan TIDAK kepada dadah patut di adakan, memandangkan tahun 2013 adalah tahun sekolah bebas dadah.

Apalagi Kuala Lumpur merupakan kota paling teratas jumlah penagih paling ramai, di ikuti Melaka dan Shah Alam.

Setiap hari, ada seramai 20 orang penagih dikesan dan setiap jam terdapat seorang pangih di tangkap. Tahun lepas seramai 7,000 lebih penagih baru dan 8,000 lebih penagih berulang. Melihat angka yang begitu besar, peluang untuk menusia yang menagih untuk pulih sangat tipis.

Oleh itu, marilah menjauhi amalan menggunakan dadah sebagai alat untuk menghilangkan tension, kesakitan (tanpa preskripsi doktor) dan sebagainya.

Kerana sekali manusia mencuba, dia akan menjadi penagih hingga akhirnya. Awalnya adalah rokok.

Lirik Lagu PRS


Kunjungi Blog PRS sekolah
Pembimbing Rakan Sebaya
menawar khidmat bakti
menjana kegemilangan
wawasan negara

Kami berdiri megah
dengan tekad dan harapan
membantu dan membimbing
penuh kasih mesra

* PRS pemangkin
masyarakat penyayang
berilmu,beramal
bentuk jati diri

amanah diberi
janji ditepati
amalan mulia
jadikan panduan

Klik Download Lagu PRS

Pembimbing Rakan Sebaya
siap sedia berjasa
membentuk dan membina hidup yang bermakna
Isnin, 3 Mei 2010

Kasih Ibu Bapa


Orang yang baik, dijanjikan Tuhan kebahagiaan hidup didunia dan akhirat.

Dalam Hadis Qudsi Tuhan berfirman :
Aku Malu (kata Allah) untuk menyiksa hambaKu yang berada dalam perut bumi (kubur) yang mana anak-anaknya (dan cucu-cucunya) sentiasa berzikir menyebut namaKu di atas permukaannya...

Terlepas Azab Kubur orang yang mengamalkan dzikir, apalagi anak-anaknya ikut sama berzikir

Sambungan
Ahad, 2 Mei 2010

Apalah Ertinya

Sesungguhnya
Manusia cukup menyedari, bahawa hidup ini pastikan berakhir,
Justeru... apalah ertinya, jika kembalinya jasad mu ke tanah,
membuat ruhmu terbeban dengan siksaan di dalamnya
kerana perbuatan di dunia

Apalah ertinya pangkat, wang, harta dan pengaruh,
Jika akhirnya hidupmu ia tak boleh membantumu
Apalah ertinya sebuah kegembiraan
Jika ianya hanya sementara di dunia nan fana
Apalah ertinya sebuah kemegahan
Andai ianya tak membantumu untuk hidup zuhud


Pak Arab dengan kemewahannya..

Di saat manusia lain tenggelam dalam kemewahan,
ada manusia lain yang hidup menderita,

aa

Mau makan pun susah
Mahu tidur apa lagi..
Akhirnya kematian datang menjemput




Apalah ertinya sebuah kekayaan
Jika akhirnya ia tak boleh membantumu

Latihan Kecemasan Kebakaran

BANGI. 30 April 2010. Murid-murid Sekolah Kebangsaan Bangi hari ini menjalani sesi latihan kecemasan menghadapi kebakaran.

Semua Guru-guru, staf sokongan, pekerja swasta dan pihak JAGA telah memberikan kerjasama yang baik.Tepat jam 11.15 loceng kecemasan dibunyikan sebanyakn 3 kali. Di ikuti bunyi siren kecemasan dari bilik pejabat.

Murid-murid bergegas ke padang perhimpunan bersama dengan guru-guru. Taklimat kemudian disampaikan oleh Cikgu Noorhisham selaku guru sekolah selamat.


Latihan ini perlukan dijalankan untuk mendedahkan kepada murid, apakah langkah-langkah yang perlu mereka ambil ketika berlaku perkara yang tidak di ingini di sekolah.
Sabtu, 1 Mei 2010

Pemerkasaan Pembimbing Rakan Sebaya


PUTRAJAYA.01 MEI 2010. SK Putrajaya Persint 9 (1) hari ini mengadakan program Pemerkasaan untuk Pembimbing Rakan Sebaya atau PRS.


Dalam program ini, pihak sekolah telah menjemput Cikgu Noorhisham Hamzah untuk menyampaikan 2 tajuk ceramah.
1. Asas Komunikasi Berkesan

2. Asas Kaunseling

Dalam Komunikasi, 3 elemen penting yang mesti ada, penyampai mesej, penerima mesej dan mesej yang disampaikan.



Pendedahan sebegini sangat berguna bagi pelajar sekolah rendah.



Walaupun mereka masih kecil, tetapi kelihatannya mereka berminat untuk mendalami ilmu yang disampaikan.



Sebagai permulaan, sekolah ini memulakan PRS tahun ini dengan kekuatan 20 orang murid.

Kepimpinan Pengawas di SK Dusun Tua

HULU LANGAT. 29 April 2010. Sekolah Kebangsaan Dusun Tua, Hulu Langat telah mengadakan Program Kepimpinan Pengawas. Program bermula seawal jam 8.00 pagi hingga 11.30 tengah hari.

Seramai 100 orang pelajar terlibat dalam program ini. 2 sesi ceramah disampaikan oleh Cikgu Noorhisham, Guru Bimbingan dan Kaunseling dari SK Bangi.

Beliau yang pernah belajar di Aceh, Indonesia selama 4 tahun turut menyelitkan unsur-unsur keagamaan didalam ceramahnya diselang seli dengan video klip yang berkaitan.

Antaranya, pemimpin merupakan manusia yang paling awal di panggil untuk duduk di bawah naungan Arasy di akhirat kelak. Yang mana tidak ada lagi tempat berlindung walau sebesar lidi kelapa. Malah panas terik memancar bak matahari sejenggal di kepala.

Namun pemimpin yang dimaksudkan ialah pemimpin yang ADIL. Adil menurut perhitungan TUHAN.




Murid pengawas lelaki yang mengikuti program kepimpinan

En.Noorhisham sedang menyampaikan ceramah
Selasa, 27 April 2010

Penipuan Licik Atas Nama Public Bank



Tak habis-habis idea untuk menipu, untuk mendapat keuntungan secara mudah tanpa bekerja keras. Dulu atas nama Maybank, sehingga ramai yang terkena, kini atas nama PUblic Bank pula.

Ada 3 hal yang tak kena bila saya membaca emel ini.
1.Yang pertama emel si penghantar, dia menggunakan nama pbebnkk@ppla.com, entah dari mana emel ini.
2. Yang kedua alamat bank. https://wwws.....
3. Dan yang ketiga ayat ketidaknyamanan.... orang Malaysia tak pernah gunakan perkataan ini secara meluas, ini lah ayat, bahasa orang Indonesia, tidak dipastikan siapa pelakunya, tapi berdasarkan ayat itu, itulah bahasa Indonesia.
Ahad, 25 April 2010

Setiap Manusia Akan Di Uji

Saya Rohaiza Bte Ishak. Saya merupakan guru Kemahiran Hidup di MRSM Muar. Tujuan saya menulis email ini ialah untuk memohon belas kasihan dari pembaca kerana anak kedua saya yang bernama NurHannah Bte Mohamed Helmi berusia 3 bulan tidak sihat.


Ketika bersalin, anak saya lemas kerana tali pusat keluar lebih kurang 40 minit sebelum saya bersalin. Ini menyebabkan anak saya lemas kerana tidak mendapat oksigen kerana tali pusat sudah terkeluar.


Apabila doctor scan (MRI) otak anak saya, doctor menyatakan bahawa anak saya terencat akal kerana sel-sel otak telah mati kerana kekurangan oksigen. Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa ketika itu.


Kaki bagaikan tidak jejak ke bumi. Muka saya pucat bagaikan tiada darah lagi. Hampir 3 minggu saya mengambil masa untuk terima hakikat apa yang doctor terangkan mengenai anak saya. Hari-hari saya menangis. Saya rasakan hati saya kosong.


Selepas 3 minggu saya cuba berkongsi masalah dengan teman sekerja. Semangat saya mula datang apabila ada rakan yang mengalami situasi yang sama seperti saya iaitu anak mereka lemas ketika bersalin. Doktor juga menyatakan anak mereka terencat akal. Tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya dan anak mereka alhamdulillah sihat. Tetapi saya akui bahawa saya hanya insan yang lemah. Kadang-kadang saya kuat, kadang-kadang saya lemah sangat.


Rakan menasihati saya agar perbanyakkan solat hajat, baca yassin dan bersedekah. Alhamdulillah. Saya melakukan semua nasihat yang mereka berikan. Perkembangan terbaru tentang anak saya ialah dia masih lagi belum boleh menghisap dan menelan. Minum susu menggunakan tiub yang dimasukkan terus ke perut. Suction machine pula digunakan untuk menyedut air liur kerana anak masih tidak boleh menelan.


2 minggu lepas anak dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman pada paru2. Ketika itu keadaan anak terlalu lemah menyebabkan doctor sukar mencari urat anak. Pilihan kedua ialah masukkan line hingga ke tulang.

Sekali lagi anak saya diduga iaitu selepas 3 hari kaki anak bengkak. Apabila doctor buat x-ray, rupanya kaki anak saya patah kerana dicucuk ketika memasukkan line.Pergerakan anak saya tidak seaktif bayi kerana kesan kurangnya oksigen di otak ..tambahan pula kaki kanan anak bersimen.


Hanya Allah tempat saya mengadu. Jika boleh, biarlah saya yang menanggung semua kesakitan itu, bukan anak saya yang berumur 3 bulan. Minum guna tiub, tak tahu menelan…kaki pula bersimen.


Kalian bayangkanlah bagaimana perasaan seorang ibu yang menjaga janin dalam kandungan bagaikan menatang minyak yang penuh. Tetapi selepas lahir, begitu besar ujian untuk anak saya.Terus terang saya katakan bahawa ini adalah ujian yang maha-maha besar dalam hidup saya. Saya bersyukur kerana Allah menguji saya kerana Dia sayangkan saya dan anak.


Dikesempatan ini saya memohon, merayu dan menagih simpati agar kalian dapat meluangkan masa untuk melakukan sembahyang hajat agar kesihatan anak saya pulih dan jauhkanlah anak saya dari sebarang kecacatan.

Andainya terlalu berat permintaan saya, bacakanlah Al-Fatihah. Jika permintaan ini juga berat, cukuplah kalian mengucapkan INSYAALLAH agar anak saya sihat, dijauhkan dari kecacatn dan dipulihkan kerosakan pada otaknya. Mudah-mudahan dengan keikhlasan kalian, doa kalian dimakbulkan. Hanya Allah yang mampu membalas budi kalian.


Saya juga memohon agar kalian dapat forwardkan email ini kepda rakan-rakan kalian agar dapat membantu anak saya. Kesihanilah anak saya kerana dia terlalu kecil untuk memahami erti kesakitan. Jika ada nasihat, pengalaman dan ilmu..emailkanlah kepada saya rozex_3056@yahoo.com.my. Di sini saya sertakan panduan sembahyang hajat. Mudah-mudahan bolehlah kalian amalkan jika ingin memohon sesuatu hajat. Percaya dan yakinlah bahawa Allah maha mendengar doa dari hambaNya.


Solat Hajat

1) Niat Ushalli sunnatal hajati rak’ataini lillaahi ta’aala.

2) Tiap-tiap 2 rakaat sesudah membaca al-fatihah, baca Ayat kursi 1x, dan Kul huallah huahad sebanyak 1x.

3) Sehabis salam yang terakhir, sujud semula. teruslah meminta hajat kepada Allah dengan khusyuk.Insyaallah Allah makbulkan.


Ayat Kursi

Allahu laa ilaaha illaa huwal hayyl qayuum, la tak khu-dzuhuu sinataunw walaa naw-um, lahuu maa fis samawaati wamaa fil-ardhi, man dzal-la-dzii yasy-fa-‘u indahuu illaa bi-idz-nihii, ya’-lamu maa bayna aydiihim, wamaa khal-fahum walaa yuhii-thuuna bi-syai-inm min’ilmihii illa bimaa syaa-a, wasi-‘a kursiy-yuhus samaawaati wal-ar-dha, walaa ya-uu-duhuu hifzhuhumaa wahuwal ‘aliy-yul azhim.




Gambar ini diambil pada hari ke-2 kelahiran Hana. Waktu ini Hana di ICU nursery. Hana bernafas menggunakan mesin kerana ketika lahir, denyutan jantung sudah terhenti. Doktor melakukan CPR untuk mendapatkan semula nyawa Hana. Allah Maha Berkuasa. Alhamdulillah.





Ini gambar 2 minggu lepas ketika di wad knk2 tiba2 pernafasan Hana laju. Doktor memberi saya 2 pilihan. Pilihan pertama untuk mendakap Hana buat saat terakhir kerana Hana terlalu sukar bernafas. Pilihan kedua pula ialah masuk ke ICU dan memasukkan kembali tiub pernafasan. Doktor menerangkan jika tiub sukar di masukkan ke mulut, mereka akan masukkan melalui leher dengan menebuk leher Hana. Dengan kuasa Allah tiub berjaya dimasukkan melalui mulut.




Ini gambar ketika Hana dimasukkan ke ICU selepas tiub pernafasan dimasukkan melalui mulut. Hanya air mata saya yang menemani Hana ketika di ICU kerana saya tidak dibenarkan menjaga Hana ketika di ICU.



Ini gambar selepas kaki Hana disimen. Tiub di mulut Hana digunakan untuk menyusu. Belum lagi pandai menghisap, kaki pula patah. Alhamdulillah atas ujian yang diberikan. Saya redha.

Saya berharap dengan melihat gambar Hana, lahirlah sedikit simpati dari kalian. Cuma doa yang saya pohon dari kalian agar Hana boleh membesar seperti kanak-kanak yang sempurna. Jauhkanlah Hana dari kecacatan.

Mudah-mudahan Allah gantikan sel yang rosak di otak Hana dengan sel yang baru dan dipilih di kalangan sel yang terbaik untuk Hana. Inilah doa yang tiap kali saya baca setiap sujud yang terakhir, setiap kali lepas solat fardu dan solat hajat.






Mudah-mudahan Allah makbulkan segala doa dan Allah berkati segala usaha saya. Selebihnya saya bertawakal.



Sabtu, 24 April 2010

Bukan Makanan Yang Tak Sedap

Kebiasaannya semua makanan sedap dan menyelerakan, namun apabila seseorang itu deman, dia akan merasakan semuanya tawar dan tak sedap, padahal orang lain boleh makan dengan sedapnya.

Wa maa umiruuu illa li ya'buduLLaha MUkhlisiena lahud dien. Dan tidaklah Aku menyuruh kamu melainkan hanya sanya untuk beribadah kepada Ku dengan penuh IKhlas.

Itulah kerja hakiki manusia seluruhnya, main bisness kata orang. Dan sepatutnya ibadah menjadi sedap bagi jiwanya, sebagaimana ayam sangat sedap bagi sesetengah lidah manusia. Dan apabila manusia yang suka ayam tadi, sebagai contoh terkena demam hingga teruk sangat, maka ayam yang sedap pun dia akan kata tak sedap.

Sesungguhnya bukan ayam yang tak sedap, tapi lidah dia sakit. Pun begitulah soal ibadah, sepatutnya sembahyang, zikir, munajat menjadi sangat sedap pada rohani manusia. Jika ada yang kata ibadah tak sedap, maka sebenarnya jiwanya yang sakiti.

Dalam hidup ini, jika manusia sakit, demam, dia akan cepat-cepat pergi ke klinik untuk mendapatkan ubat bagi fizikalnya. Namun sangat ramai manusia yang tidak peduli bila jiwanya, rohaninya sakit. Padahal tubuh badan tadi yang sakit, bukan lama pun tempoh hidupnya, akan tetapi ruhnya, akan terus hidup, ya, akan terus hidup walaupun jasad dimakan bumi.

Maka, sepantasnya lah, manusia yang sedar, bahawa dirinya akan mengadap Ilahi jua dalam keadaan terpaksa atau tidak, dia cepat-cepat dan bersegera mencari tukang ubat yang boleh mengubati hatinya yang lagha, yang tidak sukakan ibadah, tidak suka mengaji.
Jumaat, 23 April 2010

Bukan Hanya 1 Malaysia

Mungkin saya sudah siarkan, kisah seorang penagih yang berada di salah sebuah Pusat Serenti di Malaysia.

Pendapatannya RM40,000 seminggu. Hanya dia sahaja RM40,000. Dia dan 4 orang lagi kawannya dapat sama rata. Apa kerjanya? Dia ada kerja rasmi sebagai seorang pegawai, tapi dalam masa yang sama dia juga menjalankan kegiatan memalsukan dokumen perjalanan.

Sambil buat kerja tak baik itu, dia juga menjadi penagih dan pengedar kecil-kecilan akibat duit terlalu banyak. Selincah-lincah dia buat kerja licik, akhirnya tertangkap juga. Pernah masuk ISA di Kamunting, akuinya.

Tapi masa dia berbual dengan saya, dia berada pusat... ya pusat serenti. Katanya... "alah encik, kalau saya menangis air mata juga keluar, sama juga encik kan, kalau saya terluka, darah juga keluar, sama encik kan"

Bererti kita ni, semua manusia, bukan sahaja 1 Malaysia, tetapi juga 1 Tuhan. Boleh terima? Katanya lagi, saya suka dengar azan. Cuba azan pinta saya. Allaaaaaahu atbar.. Saya hadiahkan padanya sebuah lagu..dengarkan.... Lagu Azan yang saya belajar di Indonesia... Cukup memanggil hati-hati orang yang mendengarnya.

Ah.....saya belum pernah dengar lagu ini, katanya. Ini bukan lagu saya, tapi lagu yang di ajarkan pada saya. Pun masih belum OK lagi.

Perkembangan Semasa

BersamaMU TV3 telah menghubungi saya dan telah datang berbincang pasal Keluarga Puva yang telah saya siarkan dalam blog ini. Sayangnya kisah kesusahan hidup keluarga ini tidak dapat dimuatkan dalam TV3. Ada syarat tertentu yang belum mencapai tahap yang di gariskan.

Terima Kasih TV3 khususnya bersamamu yang telah inisiatif menghubungi saya dan datang sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...