Bukan Makanan Yang Tak Sedap
Wa maa umiruuu illa li ya'buduLLaha MUkhlisiena lahud dien. Dan tidaklah Aku menyuruh kamu melainkan hanya sanya untuk beribadah kepada Ku dengan penuh IKhlas.
Itulah kerja hakiki manusia seluruhnya, main bisness kata orang. Dan sepatutnya ibadah menjadi sedap bagi jiwanya, sebagaimana ayam sangat sedap bagi sesetengah lidah manusia. Dan apabila manusia yang suka ayam tadi, sebagai contoh terkena demam hingga teruk sangat, maka ayam yang sedap pun dia akan kata tak sedap.
Sesungguhnya bukan ayam yang tak sedap, tapi lidah dia sakit.
Dalam hidup ini, jika manusia sakit, demam, dia akan cepat-cepat pergi ke klinik untuk mendapatkan ubat bagi fizikalnya. Namun sangat ramai manusia yang tidak peduli bila jiwanya, rohaninya sakit. Padahal tubuh badan tadi yang sakit, bukan lama pun tempoh hidupnya, akan tetapi ruhnya, akan terus hidup, ya, akan terus hidup walaupun jasad dimakan bumi.
Maka, sepantasnya lah, manusia yang sedar, bahawa dirinya akan mengadap Ilahi jua dalam keadaan terpaksa atau tidak, dia cepat-cepat dan bersegera mencari tukang ubat yang boleh mengubati hatinya yang lagha, yang tidak sukakan ibadah, tidak suka mengaji.
Bukan Hanya 1 Malaysia
Pendapatannya RM40,000 seminggu. Hanya dia sahaja RM40,000. Dia dan 4 orang lagi kawannya dapat sama rata. Apa kerjanya? Dia ada kerja rasmi sebagai seorang pegawai, tapi dalam masa yang sama dia juga menjalankan kegiatan memalsukan dokumen perjalanan.
Sambil buat kerja tak baik itu, dia juga menjadi penagih dan pengedar kecil-kecilan akibat duit terlalu banyak. Selincah-lincah dia buat kerja licik, akhirnya tertangkap juga. Pernah masuk ISA di Kamunting, akuinya.
Tapi masa dia berbual dengan saya, dia berada pusat... ya pusat serenti. Katanya... "alah encik, kalau saya menangis air mata juga keluar, sama juga encik kan, kalau saya terluka, darah juga keluar, sama encik kan"
Bererti kita ni, semua manusia, bukan sahaja 1 Malaysia, tetapi juga 1 Tuhan. Boleh terima? Katanya lagi, saya suka dengar azan. Cuba azan pinta saya. Allaaaaaahu atbar.. Saya hadiahkan padanya sebuah lagu..dengarkan.... Lagu Azan yang saya belajar di Indonesia... Cukup memanggil hati-hati orang yang mendengarnya.
Ah.....saya belum pernah dengar lagu ini, katanya. Ini bukan lagu saya, tapi lagu yang di ajarkan pada saya. Pun masih belum OK lagi.
Perkembangan Semasa
Terima Kasih TV3 khususnya bersamamu yang telah inisiatif menghubungi saya dan datang sendiri.
Bercita-cita besar
Setiap impian, hasrat, cita-cita dan perlu di susuli dengan tindakan. Tanpa impian, cita-cita akan menjadi angan-angan.
Kesan Rokok
Secara agama, perokok bukanlah seorang yang dekat dengan Tuhan, tidak ada Nabi-nabi dan rasul -rasul yang merokok, tiada ditemui dalam hadis dan Quran.
Secara ekonomi, merokok merugikan kewangan, kerana wang seolah-olah dibakar.
Rokok tu Bahaya ke?
Dari aspek agama, kita di ajar menjaga kebersihan. Ini termasuklah kebersihan mulut. Cuba lihat rumah orang yang merokok, bersih tak? Kadang api debu, abu rokok sana sini. KUrang bersih nampaknya kan. Bila merokok, mereka malas nak bangun untuk ambil bekas buang habuk, terpaksalah buang kat mana-mana atau selit di celah apa-apa.
Dari aspek cantik, memang tak cantik, seorang yang berserban, berjubah, eh tiba-tiba ada rokok di antara bibirnya.
Dari aspek ilmu tasauf, guru saya, tidak lah mengatakan nya haram, tetapi beliau pernah berkata, "Orang yang merokok, usah diterima kata-katanya". Ramai anak murid yang berhenti merokok, walaupun ada yang masih merokok dibelakang-belakang. Bahkan ada yang datang membawa kotak rokok untuk diserahkan pada guru, tanda dan nak bertaubat, sambil berkata, tuan, tolong doakan, saya nak berhenti merokok.
Sementara itu, mari kita baca 1 hadis Nabi "Inna Afwa hakum, turuqul quraan, fathayyi buuha bissiwaak"
Ertinya, " Mulut-mulut kamu adalah jalan keluarnya Al-Quran, maka bersihkan lah ia dengan bersiwak". Bayangkan busuknya bau mulut orang yang merokok, kemudian dia ke sejadah dan bertakbir....ALLaaaahu Akbar. Sambil bertakbir, keluarlah bauan yang kurang menyenangkan. Kemudian dia membaca, bismillah hirrah maanirrahiem... Dengan nama Allah yang Maha Pemurah...sedang di mulutnya keluar bauan rokok. Bukankah bacaan-bacaan itu di catat oleh Malaikat dan akan dibawa ke langit?
Anda pernah merokok? Bohong kalau tak pernah. Saya sendiri pernah mencuba-cuba, sekadar untuk tahu apa rasa apa kah rasanya dan bagaimana kah yang dikatakan macho itu. Ek eleh tak ada apa pun. Hanya perasaan orang-orang yang jauh dengan tuhan sahaja.
Masak, orang yang dekat dan hampir dengan Tuhannya masih ada waktu untuknya menggulung secebis kertas atau daun yang ianya bukanlah menambah dekat dia dengan Tuhannya.
Walhal dalam Hadis Qudsi Tuhan menyatakan, "Tidaklah dekat denganKu hambaKu yang menunaikan amalan yang Aku fardukan ke atasnya, melainkan dengan amalan-amalan sunat" Sehingga ia menjadi dekat denganKu, sehingga Aku menjadi tangannya, Aku menjadi telinganya dan AKu menjadi tangannya".
Bole
Ingat... kelak ketika meninggal, kita akan ditanya, antara pertanyaan ialah, dari mana hartamu....dan kemana kamu habiskan.. Tuan-tuan yang guna wang gaji untuk membeli rokok,sila bersedia untuk menjawab pertanyaan itu. Saya mohon ampun....
Dari aspek Farmakologi, apa lagi. kerana didalam rokok itu terdapat unsur dadah yang namanya nikotin. Benda alah yang nama nikotin inilah membuat perokok menjadi ketagih. Biarpun malam, biar pun sejuk, demi memenuhi keinginan hatinya, seorang perokok akan meredah malam sunyi dan gelap untuk mencari sebatang 2 rokok.


Kembali ke tajuk asal, Bahaya ke Rokok? Setelah penjelasan dari sisi agama, tepatnya dari sudut tasauf saya hidangkan, terserah anda membuat jawapan... dan membuat tindakan susulan. Apakah akan terus menerus merokok, tidak peduli apa pendapat orang
atau
Mula memikirkan jalan untuk berhenti....Kerana..... bukan kerana apa, tetapi cukup kerana agama.
Menu Komen Dalam Makmal
Beberapa orang sahabat pernah menyatakan mereka tidak dapat memberikan komen dan respon kepada setiap artikel yang saya post kan. Saya cuba ubah penetapan dalam setting, harap-harap ianya menjadi.
Cuba Tuan-tuan dan puan-puan tinggalkan pesan.Saya ingin melihatnya sudah jadi ke tidak.
Ubat Hati itu Lima Perkara
Yang Kedua Solat Malam Dirikanlah
Yang Ketiga Berkompollah Dengan Orang Soleh
Yang Keempat Perbanyakkanlah Berpuasa
Yang Kelima Zikir malam Perpanjangkanlah
Salah satunya siapa bisa menjalani
Moga moga Allah Taala mencukupi..
Sesungguhnya (diantara tanda-tanda) orang-orang mukmin itu, apabila disebut nama Allah (kepada mereka) maka bergementarlah hati-hati mereka.
Sukarnya JKM memberi Resp0n
Berhubung masalah yang dihadapi oleh keluarga Puvanisvary, atas nama sekolah kami menghantar surat kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Langat, dan pada hari yang sama, kami s.k (salinan kepada) kan surat tersebut kepada JKM Pusat. Didalam surat untuk itu tercatat, jika tuan ingin berurusan, hubungilah En.Noorhisham di nombor telefon sebagai mana tertera.
Malangnya, hingga hari ini, saya belum menerima apa-apa respon dari mereka. At Least mengatakan surat itu sudah diterima dan sedang diproses atau sudah di ambil tindakan. Apakah surat itu tidak sampai? Ini adalah kes yang kedua kami melihat JKM cukup lambat. Tahun lepas 1 kes. Berhari-hari seorang ibu menunggu pihak JKM di hospital untuk datang membuat temuramah, sampai ibu tersebut dah naik malas menunggu. Ye lah, apa tidaknya, berhari-hari, sedang janji nak datang. Apa masalah? Tak cukup pekerja? Bebanan Kerja terlalu banyak? Atau Apa?
Sebaliknya, pihak Bersamamu TV3, telah pun menghubungi saya dan telah datang berjumpa dengan wakil pihak sekolah. Walau bagaimanapun, kes Puva tidak dapat di ketengahkan ke TV3. Ini berkaitan keluarga PUva tidak cukup layak untuk masuk ke sana, lantaran ada banyak faktor yang perlu diambil kira.
Terima Kasih TV3 kerana memberi respon. Kami cukup berpuas hati.
Pihak Adun Bangi pula sebenarnya telah memberi bantuan kepada keluarga ini, sememangnya kami tidak tahu. Terima kasih juga, sekurangnya ada respon walaupun saya tidak mengenali siapa yang memberi jawapannya. Sebenarnya bukan payah pun nak memberikan respon. Tetapi... itu lah masalahnya...
Ingin Mati Awal
Kira-kira 7 orang sehari di Malaysia didapati berusaha membunuh diri. Data yang saya dapati dari Pakar Psikitri HUKM, kaum India menduduki hieraki paling atas, manakala Cina kedua dan Melayu ketiga.
Apa pasal? Entahlah....
Mati Bersama Impian
Kerana itu, manusia sangat inginkan jika usia mereka dapat dipanjangkan, bahkan Khairil Anuar dalam sajaknya menulis, "Aku ingin hidup seribu tahun lagi". Kerana, mudah-mudahan dengan usia panjang, akan tercapailah segala hajat dan keinginanannya.
Rupanya usia kita bukan panjang. Maka sepatutnya tak layak bagi kita untuk mempunyai impian yang terlalu banyak. Cukup saja beberapa impian yang dapat kita jangkau,nah yang penting sekarang adalah kita menyusun berapa impian kita yang masih tersisa dan yang mana paling utama sebenarnya untuk kita letakkan di pondasi paling atas.
Sebagai rasa syukur terhadap nikmat Allah SWT yang begitu Besar terhadap diri saya, saya menulis tulisan ini untuk anda renungi. Apakah anda termasuk antara manusia yang mempunyai masih terlalu banyak cita-cita dan impian yang belum terlaksana, atau sudah cukup termakbul segala impian anda, atau anda sudah pasrah, lantaran segala permintaan, munajah dan rayuan anda selama ini dihadapan Tuhan tidak mendapat respon?
Seorang guru saya, pernah mengatakan begini, "cuba tulis segala doa-doa anda selama ini, tandakan mana yang belum tercapai lagi". Ops....ada juga hambaNya yang terkeluar kata-kata seperti ini. Dan... kebanyakkan dari kami yang menerima doa ini, mengakui dengan penuh redha segala permintaan kami selama ini memang sudah termakbul semuanya, kecuali keinginan-keinginan yang memang tiada rezkinya untuk kita.
Contoh, Ingin kahwin dengan anak raja yang telah menjadi milik orang. Itu memang bukannya rezki kita. Dan kita seharusnya mengukur baju dibadan sendiri. Kalau sekolah tak tinggi, masak mahu kahwin dengan orang berkelulusan tinggi? Kan gitu. Jarang sangat kalau iapun berlaku.
Bayi mati tercekik bebola ikan
TAMPIN - Seorang bayi berusia sembilan bulan mati selepas tercekik bebola ikan yang menjadi hidangan sarapan pagi di sebuah Taman Asuhan Kanak-Kanak di Jalan Cantik di sini semalam.
Wan Nur Aliff Wan Arif Fadhla menghembuskan nafas terakhir semasa dirawat di Hospital Tampin selepas didapati sukar bernafas oleh kakitangan taman asuhan terbabit.
Bapa mangsa, Wan Arif Fadhla Wan Yusof, 41, berkata, anak bongsu daripada tiga beradik itu dihantar ke pusat asuhan tersebut pada pukul 7.30 pagi semalam kerana dia dan isterinya bekerja.
Katanya, semasa waktu rehat sekitar pukul 9 pagi hingga 10.30 pagi, bayi malang itu dihidangkan bebola ikan bersama-sama kanak-kanak yang lain.
"Anak saya tiba-tiba terjatuh dan ketika itu kami difahamkan, badannya sudah pun lebam dan kebiru-biruan," katanya ketika dihubungi Kosmo! sewaktu dalam perjalanan ke Kampung Pulau Kerengga, Marang, Terengganu bersama jenazah anaknya untuk dikebumikan.
Tidur Tak Lelap
Alahai Omak...
Ketika menunggu giliran dipanggil semasa berada di depan kaunter Hospital Serdang tadi, saya sempat mencuri beberapa keping foto untuk subjek posting petang ini.
Belum pernah saya lihat, mungkin tuan-tuan sering melihatnya, anak-anak perempuan kecil berpakaian seperti di atas. Seluar pendek diparas lutut, malah berlubang-lubang lagi, di sesuaikan dengan kasut tumit tinggi.
Mungkin mak ayag budak itu tidak tahu akan hadis di atas, pelaksanaan hukum syariat agama adalah menyeluruh, meliputi pakaian, dan bermula... semenjak dini.
Di dalam Quran Tuhan berfirman, "Wahai Nabi, katakan kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuan mu dan seluruh wanita (perempuan) mukmin, hendaklah mereka melabuhkan tudung mereka hingga ke paras dada. Demikian itu adalah lebih baik bagi kamu dan kamu tidak akan diganggu ..."
Pakaian yang anak kita pakai, adalah melepasi tapisan syarikat sirim sendirian berhad. Pemegang syarikat itu adalah kita sendiri selaku mak ayah.
Dari itu wahai ibu-ibu semua, berhati-hatilah didalam memilih pakaian. Kalau boleh biarlah dari usia dini kita mendidiknya..
Satu Masa Untuk Tuhan
Dalam hidup ini, mau tak anda pasti akan pergi jua suatu masa nanti. Dalam sibuk atau lapang, susah atau senang, sakit atau sihat, panggilan itu pasti akan datang menjemput anda pulang.
Justeru, bersedialah untuk menghadapinya...
Dalam kesibukan sehari-hari dengan dunia anda, anda perlu ada masa untuk Tuhan, untuk diri anda sendiri (sebenarnya) berdepan denganNya, dikala tiada yang boleh menolong anda, disaat anda sangat-sangat membutuhkan pertolongan...
Manusia yang menyedari..bahawa hidupnya akan menemui tempo expire-nya, akan membuat persiapan untuk pulang, kerna di sini, bukan tempat kita, dan disini bukan rumah kita yang abadi...
Bergembiralah
Bak lirik sebuah lagu nasyid ...."disini bukan tempat tinggal kita, disini hanya sebentar tidak kekal". Bergembiralah, kerana kematian akan datang menemui anda... dan dia akan menghapuskan segala kesusahan anda di dunia ini. Dia akan menamatkan segala penderitaan anda.. dan bersedialah..untuk menikmati indahnya hidup di alam sana..
Seorang sufi, pernah mengatakan, jikalau ada jual mati dikedai, nescaya aku akan membelinya, lihatlah, betapa rindu dan asyiknya orang-orang Tuhan ini untuk menemuiNya.
Penubuhan JK Penaja Rukun Tetangga
Perjumpaan berlangsung dihalaman luar surau pada jam 2.30 petang dihadiri oleh ramai penduduk dengan cuaca yang begitu baik.
Daun Ketum Penyebab Kentut Busuk

Katanya, "Daun ketum telah menyebabkan bau kentut busuk, baunya sehingga 2 tahun baru hilang" ...
Selama ini, jika anda makan pati soya, atau lebih dikenali tau fufah, ianya juga mengeluarkan gas yang cukup busuk, sehingga 1 kereta akan merasai harumannya. Kalau lah ada penyelidik yang dapat carikan bahan untuk dicampur ke dalam taufufah, maka kuranglah bau busuknya.
.......................
Kesan penagihan daun Ketum
Antara kesan buruk penyalahgunaan melampau daun ketum ialah
- susut berat badan
- insomnia
- anoreksia
- bibir menjadi kering
- sembelit atau kesukaran membuang air besar
- kesan lebam dan terbakar di muka terutamanya di bahagian pipi dan sebagainya
Kesan-kesan penyingkiran (withdrawal)
- Simptom-simptom tarikan seperti mata dan hidung berair
- sengal-sengal sendi
- mudah marah
- lemah untuk bekerja
Masa depan pokok Ketum
Dengan pengistiharkan daun Ketum sebagai bahan larangan mulai Januari 2003, ini bererti pokok Ketum mungkin akan pupus akibat aktiviti penghapusan oleh pihak berkuasa.
Nasib pokok ketum ternyata berbeza dengan pokok kola yang berasal dari Amerika Syarikat. Air rebusan daun kola telah dijadikan bahan asal Coca-cola. Bagaimanapun setelah didapati daun kola mempunyai bahan ketagihan yang sama, syarikat Coca-cola telah menukar bahan asal dalam daun kola kepada bahan sintatik yang tidak menagihkan. Apakah mungkin anda pengusaha daun Ketum yang mampu menjalankan penyelidikan bagi menyingkirkan bahan mitragynine dari ramuannya untuk dipasarkan? Mungkin akan terhasil Ketum Kola? Hanya masa akan menetukannya.
Bagaimanapun penyelidikan oleh luar negara untuk memajukan pokok Ketum menunjukkan hasil yang menggalakkan. Kajian oleh Ridley 1897 di Malaya dan terbaru di New Zealand mendapati kandungan mitraginin dalam daun ketum dos rendah boleh digunakan sebagai ejen dalam rawatan detoksifikasi dadah (pemulihan penagih dadah). Dengan itu daun Ketum dipercayai boleh membantu dalam rawatan detoksifikasi atau terapi gantian dan khasiat dalam perubatan tradisional tetapi kajian lebih saintifik perlu dilakukan bagi memastikan aspek keselamatan serta keberkesanan daun ketum digunakan dalam rawatan itu.
Oleh itu, jangan terkejut sekiranya suatu hari Malaysia akan mula mengimport daun Ketum dari New Zealand dan Australia sebagai bahan ubatan bagi merawat penagih dadah di Malaysia, sungguhpun ia berasal di sini.
Kepulihan Sepanjang Hayat
10 April 2010. AMPANG. Pihak Agensi Anti Dadah (AADK) Daerah Ampang telah menganjurkan program Metrik. Program ini memberi pengetahuan kepada bekas penagih bagaimana untuk me manage diri mereka sendiri.
Tinjauan mendapati ramai ingin berhenti dari menagih, tetapi mereka tak punya sokongan dan kekuatan untuk itu. Jiwa mereka terlalu lemah. Dalam program setengah hari ini, pihak AADK telah menjemput 2 orang penceramah, mereka ialah Encik Abd Halim Hussain, selaku ketua penyelidik dadah Asia, dan En.Noorhisham Hamzah, kaunselor SK Bangi, lepasan SPADA, USIM.
Dalam program berkaitan, pihak AADK memuji sikap bekas penagih yang sanggup datang, walaupun hari ini ada yang sedang bekerja.
"Kami akan terus bercakap tentang hal ini, walau anda membencinya." Itulah antara ungkapan yang di ucapkan oleh Encik Halim semasa memberi syarahannya pagi ini di Dewan SPADA USIM.
Untuk itu, kerajaan telah mengisytiharkan langkah perang terhadap dadah. Tahun 2012 merupakan tahun sekolah bebas dadah.
Hadirin terdiri dari pelbagai bangsa, lelaki dan wanita turut berada dalam majlis ini.
Lokasi Bangi Lama ini, menjadi laluan bagi penagih melakukan transaksi jual beli dadah
Jika anda berada di sini dalam masa 10 minit, antara sebelum maghrib atau jam 2.30 petang, situasi seperti ini anda pasti akan terlihat.
Perjumpaan Alumni PKPMI-CA
Rentetan Keluarga Puva
Ada seorang India, didalam pusat tersebut, katanya "Encik, kita sama saja... kalau saya menangis air mata yang keluar, sama juga encik kan, kalau tangan saya (India) terluka, yang keluar adalah darah, sama juga encik (Melayu) kan.."
Berarti, kita satu TUHAN. Maka tidaklah berat untuk kita menolong sesama manusia walaupun berlainan agama, apalagi dalam menolong itu, ada satu mesej yang tersembunyi, iaitu... Indahnya Agama Islam dan alangkah baiknya penganut Agama Islam..
Dalam hal membantu keluarga Puva, saya dan PK HEM telah membuat lawatan kali kedua dan menyampaikan sumbangan makanan. Disamping itu, saya juga menghubungi Bersamamu TV3, Faks surat kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Langat (entah diterima atau tidak), disamping surat itu di hantar sebagai salinan (SK) ke JKM Pusat, untuk perhatian YB Dato Shahrizat Abdul Jalil, dan Adun selaku wakil rakyat setempat.
Berita terdengar... keluarga ini begitu dan begini. Kami.. atas nama sekolah, tidak peduli masalah bapa dan ibunya, yang menjadi sasaran ialah PUVA, dia anak murid kami, dia ada semangat untuk belajar, walau kedua orang tuanya langsung tak tahu ABC, mudah-mudahan bila dia besar nanti, tahulah dia menghargai segalanya...