Welcome
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Etiam pharetra, tellus sit amet congue vulputate, nisi erat iaculis nibh, vitae feugiat sapien ante eget mauris.
Follow us




Latest projects
Ask a question
Link Blog
Senarai Blog Saya
Senarai Blog
Sample text
Blogger
Blogs
Labels
- Desaria
- Famili
- Iklan
- Ilahut
- Internship
- Koleksi Terbaik
- Lagu
- Pendidikan
- Penulisan Saya
- Pesan-pesanan
- Ramadan
- Remaja
- Renungan
- Tazkirah
- Tazkirah Ramadhan
- agama
- berita pilihan
- bimbingan dan kaunseling
- buletin
- ceramah
- ceramahku
- dadah
- fakta
- kaunseling
- kematian
- lawatan
- motivasi
- musibah
- perjalananku
- perjalananku di Aceh
- sahabat
- skb
- spada
- sufi
- taman desaria nilai
- tips
- umum
Alamak
Sami Yusuf
Link Cikgu
Makam-Makam Nabi
Blogger news
Diri Admin
Blogger templates
Anda yang Datang
Link
Halaman
Ads 468x60px
About Me
Teman
Cari Blog Ini
fb komen
Featured Posts
Lawatan ke Klinik Tampin N9
ANGKARA DADAH DURJANA
Dari kajian yang saya pelajari, para penagih dadah akan mengalami perubahan pada dirinya setelah menjadi (dependen) ketergantungan pada ubat-ubatan dan dadah. PERUBAHAN akan berlaku pada sikap dan tingkah laku, kemudian akan membentuk budaya tersendiri dalam dunia penagihan. Dari itu wujudlah Bahasa Dadah, Bangsa Dadah dan Agama Dadah.Dengan itu penagih akan mengenali sesama mereka walau baru ketemu. Saya teringat sebuah kata-kata, lupa, sama ada hadis Nabi atau kalam ulama, Tidak Mengenali Wali (ALLAH) kecuali wali (jua).
Penagih sesama penagih mempunyai ikatan aura dalaman sendiri. Dari jelingan mata, pergerakan (motor) yang sedikit lembut dan perlahan, mereka kenal, ya itu kaum ku. Kajian pakar membuktikan, mereka yang terlibat selama 5 tahun dengan heroin akan membentuk sub-culture mereka sendiri. Justeru, bukan mudah membetulkan kembali penagih yang rusak, pemikirannya, sikapnya, keperrcayaannya dan tingkahlakunya. 15 tahun tenggelam dalam dunia dadah, tak bisa di ubah hanya dengan setahun. Kita bukan ada lampu ajaib, atau kendi ajaib macam Aladin. Juga bukan P.Ramle yang boleh buka dan tutup pintu gua dengan kalimat Ya IN Sun Mata Kajhi Sma Rillum.
kENANGAN BERSAMA
PENGUMUMAN
MURID. Masa Untuk Rasa Indahnya Dunia
Ahli keluarga yang sudah tamat tempoh berada di PS, apabila tiba masa untuk pulang ke pangkuan keluarga (bebas), ada antaranya tidak mahu pulang, mereka mahu terus tinggal di re-entry. Faktor tidak mahu pulang ialah kerana mengatakan mereka tidak kuat.
Sering kali ahli keluarga yang jatuh relapse semula, mengakui mereka tidak kuat. Mereka takut dan khuatir, rakan-rakan lama boleh mempengaruhi mereka. Ada cerita yang saya dengar dari ahli keluarga, waktu dia bebas, kawan sepenagih datang ke rumahnya kerana gembira lantaran dia sudah bebas dari pusat dan bebas dadah, namun malangnya dia pula yang memberikan duit minta kawannya itu membeli ”barang” untuk di guna bersama. Akhirnya dia terjebak semula, saya melihat bukan faktor ajakan kawan sebenarnya, tetapi keinginan dari diri sendiri, dari sinilah mereka mengatakan tidak kuat. Satu persoalan timbul dalam hati saya, dimanakah sebenarnya letak duduk kekuatan itu. Dari persoalan itu, saya membangun sebuah journal penulisan, di harap ada betulnya dan boleh membantu mana-mana pihak sedang mencari jawapan.
Dimanakah sebenarnya kekuatan itu? Saya bercakap dengan ahli keluarga, bagaimana nak bina kekuatan itu, kalau ada dijual dipasar, memang kita akan membelinya. Namun, kekuatan tidak ada dijual, bahkan kita perlu mencarinya. Mencari kekuatan sebenarnya sangat lama, perlu melalui proses yang lama, dari semenjak kecil, kekuatan itu berada di dalam batin. Melihat ibu solat dan berdoa panjang itu merupakan satu program secara tak langsung membina kekuatan pada seorang anak. Mendengar bapa berzikir, azan dan membaca Al-Quran (bagi Muslim) adalah satu kekuatan awal bagi sang anak.
Kosong dan Perlu Di Isi
Dalam tubuh manusia ada 3 rongga yang kosong dan perlu di isi. Yang pertama ialah perut. Perut perlu di isi, tanpa pengisian, manusia akan merasa lapar seterusnya menjadi kacau, bahkan boleh berlaku perbalahan, malah perang gara-gara perut. Dari itu tuhan menyuruh manusia makanlah dan minumlah dari semua makanan yang disediakannya di muka bumi ini. Kecuali makanan yang haram, kerana hukum itu menanda ada mudarat disebaliknya. Termasuklah ganja, heroin dan ubat-ubatan bikinan manusia dewasa ini.
Lubang kedua ialah otak, otak juga kosong kalau tak di isi, manusia perlu mengisinya, sementara makanan bagi otak ialah ilmu. Jikalau perut penuh tapi otak kosong, macam-macam juga boleh jadi. Manusia tidak berfikir menurut kewarasan, tetapi mengikut hawa nafsu.
Lubang ketiga ialah hati, hati yang kosong perlu di isi dengan zikir, mengingati Tuhan. Dalam agama lain disebut juga meditasi. Hati kosong boleh dimasuki syaitan. Andai perut penuh, otak pun berisi, tapi hati kosong, lupa dan lalaikan Allah, masih belum kuat.
Justeru, ketiga-tiga rongga tadi perlu di isi. Disinilah saya memandang kekuatan seorang manusia.
Norish
Speciality Programme For Alcohol And Drug Abuse
Universiti Sains Islam Malaysia
Memperkecil Kotak Masalah
Tidak ada dosa orang zaman-zaman dahulu yang tidak dikerjakan oleh manusia akhir zaman ini. Semua dosa dari les****, homo****, bunuh, zina, fitnah, dengki, khianat dan semuanya, terkumulasi di zaman ambang kiamat ini.
Tidak pernah hidup ini senang dengan sebenar senang, Wa mal hayatad dunya illa mata ul ghurur, (HAdid : 20) dan tiadalah kesenangan dunia ini, kecuali suatu yang menipu. Mungkin anda pernah tengok, wayang kulit, pelbagai watak dan lakonan kita saksikan, ada yang jadi raja, hamba, pembantu, puteri dan jin. Masing-masing melakonkan watak mereka, namun apabila cerita itu tamat, semua wayang kulit tadi disimpan dalam satu kotak kayu. Tidaklah di asingkan antara raja dan hamba, begitulah perumpamaan manusia yang hidup atas dunia ini.
Sesekali, mari kita perbaharui pertanyaan, untuk apa aku di sini....?????
Reward Pathway
Berikut Journal Saya.
Minggu ini kami diberikan kepercayaan untuk melaksanakan 4 siri seminar, saya dan W.Mohd Anuar, masing-masing menerima 2 tajuk yang diberikan oleh Puan Chan, selaku kaunselor bahagian rawatan dan pemulihan.
Setiap hari mereka berada di dewan seminar, disinilah berlangsungnya Morning Meeting setiap pagi, disini jugak dewan seminar, General Meeting dan segalanya berlangsung disini, kecuali sembahyang dan terapi agama. Dari semenjak masuk hinggalah keluar nanti.
Apabila mendapat tahu kami perlu buat seminar, saya bercadang membawa mereka ke surau, di situ ada banyak kipas, boleh niat iktikaf sekali,sambil-sambil tukar cara duduk dan pemandangan.
Hasrat saya ini berjaya, namun ada masalah pula timbul, bila mana semua nonmuslim tidak mahu mengikut seminar ini. Bahkan yang duduk dalam surau inipun ramai yang tertidur sewaktu seminar berlangsung pada minit yang 20 ke atas. Padahal kawan saya memberi respon, bahan dan ceramah saya memang tak kurang menariknya, namun apa boleh buat.
Mungkin mereka sakit telinga mendengar atau terlalu keletihan melayan kewajipan program sehari-hari. Di sini saya melihat keperluan kepada seminar ini sentiasa ada, di selang-seli dengan encounter dan peer group. Namun seminar yang lebih power datangnya dari bekas penagih dadah sendiri. Kalau orang luar yang tidak memahami budaya dan bahasa penagihan, nampaknya macam kurang masuk dalam minda mereka.
Tiba giliran rakan saya memberikan seminar, saya melihat kawan saya ini menggunakan ungkapan ahli keluarga, famili, secara berulang-ulang dengan nada yang sedikit tinggi, nampaknya mereka akan terbangun dan memberi respon tindak balas yang cepat apabila bahasa itu digunakan. Rupanya mereka telah disetkan seperti dalam teori pavlov.
Disini, saya melihat kekuatan bahasa yang perlu kita sebagai penceramah kepada bekas penagih dadah menggunakan dengan bahasa mereka sendiri.
Bilik Bimbingan & Kaunseling
Berlaku Jua
Seorang kawan (guru juga) dari Daerah Hulu Langat, dengan rasa senang hati beliau mencipta blog untuk peribadi dan sekolah, alang-alang tak ada berita sangat, supaya orang tak kata tak update lah, beliau masukkan gambar staf sekolah nya yang berkahwin sebagai berita. Pada orang yang kahwin, memang suka sangat berita mengenainya disebarkan.Tetapi didalam mesyuarat, bosnya melarang memasukkan gambar selain pelajar. Di depan guru yang lain, bukan menghargai jasa baik guru ini, tulah orang Melayu kita suka komplen. Akhirnya blog itu tak di updatekan, ya lah, mana ada tiap hari dan tiap minggu gambar tentang kejayaan murid, kadang-kadang ada jugak kegagalan. Yang tu tak kan nak masuk.
Apa lagi, downlah perasaan kawan saya ini. Ketiak ops ketiak pulak, ketika saya membina web untuk sekolah dengan wang saya sendiri, atas inisiatif sendiri, ketika saya masih sambung belajar, ketika banyak kerja yang perlu saya buat dalam masa yang sama, taip laporan sesi, journal, weekly planner dan persiapan malam dinner, saya juga rasa nak masukkan gambar cikgu yang baru dapat anak, berita gembira guru sekolah katakan, itu pun ada yang macam tak suka, so...... saya teringat kawan saya tadi.
Sebenarnya kalau ada yang baik, kita ambillah, mana yang rasa tak elok, kita jangan baca. Banyak lagi benda lain yang boleh kita baca, ikut selera masing-masing lah. Tak kan kita nak kontrol wartawan suratkhabar, itukan kerja dia masukkan gambar orang pakai tudung ke atau separuh bo***, esh, tak baik tapi kita janganlah komplen, kalau tak suka, jangan beli suratkhabar tu kan. Habis cerita, puas hati kita...
Akhirnya, marilah kita bantu orang lain dengan pujian dan dorongan. Bukannya dengan melemaskan perasaan orang. Ye kan, Tak gitu?

Kita Hidup Dalam Hati dan Mata Orang Lain
Justeru dari itu, pandangan orang lain perlu diambil kira, dan jika tak dapat, mintalah pandangan orang lain. Saidina Umar r.a, setiap kali usai bercakap di depan khalayak, beliau bertanya kembali pada orang disekelilingnya apa yang beliau ucapkan tadi.
Dalam siri ceramah saya dimana-mana, selepas ceramah, biasanya saya akan memanggil semula kata-kata saya yang keluar tadi, dan pasti hampir setiap kali ceramah, paling tidak satu kesalahan yang saya lakukan. Paling tidak tersalah membaca ayat Quran, yang tiada wal tetapi saya masukkan wal, sebagai contoh, wa mal hayatad dunya.....sebenarnya ayat itu bunyinya, annamal hayata dunya..cuma masih nasib baik, tidak mengubah makna asalnya.
Begitulah saya belajar memperbaiki diri. Semoga Tuhan terus memperbaiki kesilapan saya.
Selamat Menyambut Maulidur Rasul
Tanda Seseorang Di Cintai Tuhan
1. Pengorbanan
2. Ingatan
Ingatan, daya ingatannya kepada yang di cintai (Allah) tak pernah putus, selalu segar dalam hatinya walau kemana pun ia pergi.
3. Perubahan
4. Nikmatnya Derita
Nikmat menghadapi derita, Segala mujahadah dan ibadah itu di rasa ringan dan nikmat bagi dirinya.
5. Rindu
Kini ku akui

Hidup ini memang penuh dengan masalah, bagaikan ombak dan pantai, sesekali ia menghempas perlahan, sesekali ia mengganas, belum pun sempat ombak yang pertama balik ke laut, datang lagi ombak yang kedua. Dari kecil ada manusia sentiasa di rundung malang, hingga dewasa, jatuh dalam gaung yang dalam, jatuh dalam lubang penagihan, jatuhnya dari tempat tinggi, patah kaki, tak boleh berjalan, sudah cuba bangkit sendiri tapi jatuh lagi. Oh. aku perlukan tongkat yang boleh menolongku.
Di Mana Kita
PERSADA. 04 MAC 2009. Di Mana Kita ? Begitulah tajuk Seminar yang diberikan pada saya hari ini. Ada juga yang tertidur setelah 20 minit, kepenatan nampaknya, di campur duduk bawah kipas. Ah..biarlah, mereka penat berbulan-bulan menjalani TC, penat otak rindukan keluarga dan kehidupan normal.
3 perkara dalam tubuh kita yang perlu di isi. Pertama ialah perut, isilah dengan makanan dan minuman, tuhan sudah sediakan terlalu banyak makanan yang boleh dimakan, yang baik lagi halal. Yang haram sikit sahaja, ada mudarat lagi, jauhilah. Firman Tuhan...kuluuu wasy rabuu mir rizkil Lah, makanlah dan minumlah dari rezki pemberian ALLAH. Tak ada disitu (ayat) makanlah, minumlah dan hisaplah. Gara-gara perutlah manusia bergaduh dan berlakunya perang. Sebab perutlah dunia boleh goncang.
Yang kedua ialah otak, otak juga perlu di isi, maka isilah otak dengan ilmu, belajarlah sampai master dan Phd. Tak ada salahnya. Otak makanannya ilmu.
Yang ketiga ialah hati, hati juga kosong, ilmu ada, perut kenyang, tapi hati kosong pun tak boleh. Isilah hati dengan zikrillah. Makanan hati ialah zikir pada Allah. Hati yang kosong akan di isi oleh syaitan.
MAKLUMAN LAWATAN KE KLINIK METADON
Sekitar aktiviti di PLKN Sembrong
(Lagi gambar sekitar aktiviti di blog kakyong.blogspot.com)
MAKLUMAN : WEB SK BANGI
Minggu Yang Sangat Kecewa
Walaupun cerita relapse (kembali mengambil dadah setelah lama berhenti) dalam penagihan adalah perkara biasa. Namun bagi PERSADA, sebuah pusat serenti sukarela, yang kemasukkannya penghuninya adalah berdasarkan sukarela (secara umumnya), perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku. Dalam keadaan ingin mencapai kepulihan total, dalam masa yang sama sempat dan cepat mengambil kesempatan untuk relapse. Seorang pulang ke kampung untuk bercuti atas kebenaran kaunselor, meminta wang sebanyak RM100.00 dari ibu untuk memperbaharui lesen memandu, manakala 2 orang lagi bekerja sebagai pengawal keselamatan, menggunakan wang gajinya untu membeli benda terlarang.
Saya ingin fokus pada General Meeting yang berlaku, umumnya sangat baik dan memang manfaatnya bukan sekadar kepada ahli keluarga yang relapse, tetapi juga kepada seluruh penghuni untuk membina kekuatan baru (recovery system). 3 orang berdiri dihadapan semua ahli keluarga, pegawai dan staf. Seorang demi seorang bercerita tentang kisah penglibatan mereka ketika saat yang diberikan. Dari awal mereka nak balik, sampai rumah, pagi dan petang hinggalah kembali semula ke PERSADA. Kemudian ahli keluarga menyoal balas, jawapan susulan diberikan. Kemudian ahli keluarga yang kedua dan seterusnya yang ketiga. Sehabis mereka bersoal jawab, seorang demi seorang ahli keluarga keluar ke depan memarahi serta menegur sikap kawan mereka ini yang telah mengecewakan ibu bapa dan semua kawan-kawan di sini, terutama adik-adik (penagih) yang baru.
Pelbagai bahasa yang keluar ketika sesi melepaskan kemarahan, antara yang dapat saya kutip, engkau telah mengecewakan aku, dan kami semua, engkau tak kesian ke pada mak bapak engkau, hei.. engkau dengan aku sama je, sama-sama penagih bangsat!!!, tak usahlah kau tunjuk sombong mentang-mentang kau dapat duduk di Re-Entry (satu tempat bagi penagih yang sudah bebas, tetapi belum ingin kembali pada keluarga, mereka bebas keluar masuk),.Kami sedar sangat tingkah engkau berubah, bila kau orang dapat turun ke re-entry, korang tak tegur lagi aku semua, tengok pun tidak, ke surau pun tidak lagi, dan sebagainya.
Kami yang menyaksikan pun hampir berderai air mata, hancur luluh perasaan bahagia, yang ada adalah kecewa dan kecewa. Bahkan ketua kaunselor turut melahirkan rasa kecewa pada mereka semua, juga pada ahli keluarga, yang mana akhirnya ketua kaunselor menyalahkan semua ahli keluarga sebab tidak membantu mereka bertiga dalam proses kepulihan.
Alangkah bagusnya dalam hati saya, ketika sesi melepaskan kemarahan dan kecewa yang sangat dalam ini, ahli keluarga tidak meninggalkan kalimat-kalimat ini di bibir mereka sebagai peringatan.
a. Hai penagih yang bangsat, (tujuan menyedarkan diri, kalau nak guna juga bahasa itu), kita memang tak ada siapa lagi dalam dunia ini, mak ayah dah benci kita, adik beradik dah tak suka, semua orang tak suka dengan penagih, tetapi kita ada TUHAN....TUHAN sentiasa ada bersama kita dan sednag melihat perbuatan kita....
b. Apakah kau lupa pada ajaran kat surau hari tu, selepas kita mati nanti, siksaan kubur sangat perit menanti kita....aduh...kenapa kau lupa ini semua!!!
c. Apakah kau lupa azab neraka Jahanam yang dijanjikan Tuhan itu sangat pedih dan sengsara? Dimana otak mu waktu itu......
d. Bersyukurlah pada Tuhan yang telah memberikan mu segala-galanya....kalau pun engkau tak tahu berterima kasih pada manusia.
e. Hargailah kehidupan ini......nilai kehidupan ini sangat mahal...tiada sesaat pun boleh kita beli, andai sudah sampai ajal, kenapa kau persiakan nikmat yang sangat mahal ini oh kawan....
f. Ingatlah, derita di sana sangat hebat, tak siapa boleh tolong kau lagi....kami boleh tolong kau di dunia, tetapi semua terpulang padamu untuk memilih yang baik atau yang buruk, Tuhan telah berikan padamu kehendak (Iradat0 dan kuasa (Kudrat).
g. Kenanglah jasa orang tua mu yang sudah tua....hanya menunggu saat-saat saja untuk kembali...dah la engkau bertahun tak pulang ke rumah di zaman penagihan...kini engkau pula menghampakan orang tua mu yang hanya satu-satunya....
Sungguh, sangat rugi detik yang paling bertuah itu tidak di sulami dengan kata-kata yang boleh menusuk perasaan mereka. Pada saya mereka boleh berkata-kata seperti yang telah saya sebutkan itu, tetapi malangnya, jiwa mereka kosong. Tidak ada siapa yang ingin memenuhi kekosongan yang berlaku.
Kesempatan terabai.
Kesempatan yang sangat berharga sebenarnya ada setiap malam, iaitu antara Maghrib dan Isya, Sungguh panjang saat itu, andai dipenuhi oleh seorang motivator agamawan, yang boleh memasukkan nilai-nilai agama, ketakutan pada azab kubur dan neraka....Saya percaya, sekeras manapun jiwa mereka, pasti ada yang luluh. Sebab semuanya telah dijanjikan TUHAN. Sejahat apapun manusia yang bernama penagih, mereka masih percaya adanya Tuhan, mereka masih punya keinginan untuk mati dalam keadaan beriman walau tanpa anak dan isteri, walau pemergian mereka tidak ditangisi dan tiada siapa yang sudi mendoakan mereka didalam lubang kubur nan sempit.
Setahun mereka disini bukan sekejap. Masa yang terlalu lama dan amat menyiksakan kalau di hitung. Banyak ilmu yang boleh kita berikan kepada mereka, hidayah adalah kerja tuhan, namun kerja dari kita mestilah keras, dan bersungguh, tenaga yang ada perlu di upgrade, dan kalau perlu, menggantikan mereka dengan yang lebih baik kalau ada, demi 300 ahli keluarga yang haus siraman agama.
Memanggil Hidayah
Bagaimana Saidina Umar yang sangat bengis dan garang, boleh tunduk pada ajaran tuhan setelah hidayah masuk dalam hatinya. Saya melihat program memanggil kedatangan hidayah masih belum berlaku dalam pusat serenti, dan kalau pun ada, sangat minim. Tuhan sentiasa mengingatkan manusia pada akhirnya kehidupan ini yang namanya mati. Kenapa kita tidak aplikasi sistem ini dalam pusat serenti. Tanah yang ada, kita peruntukan sedikit untuk beberapa lubang kubur. Adakan program keinsafan, mengingat mereka akan mati, letakkan mereka di dalam lubang itu setengah jam. Biar mereka berfikir, nanti aku tiada dibumi, siapa yang mendoakan aku, mana harta dan keluargaku, mana sahabat dan mana TUHAN ku.... mudah-mudah HIDAYAH datang pada hati mereka. Bantuan yang sangat besar dapat kita berikan, kerana mengubah haluan hidup seorang manusia dari kekufuran kepada Hidayah.
Oh....bilakah kenyataan-kenyataan saya ini akan menjadi kenyataan? Saya bercadang untuk membukukan apa yang saya dapat di PERSADA bersama dengan sahabat saya Saudara Wan Mohd Anuar. Tidak untuk saya dan dia, tetapi untuk generasi dan ISLAM yang tercinta.







.jpg)

.jpg)
.jpg)
.jpg)