Welcome

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Etiam pharetra, tellus sit amet congue vulputate, nisi erat iaculis nibh, vitae feugiat sapien ante eget mauris.

Follow us


Ask a question

Name

Email

Question

Submit

Link Blog

Senarai Blog Saya

Senarai Blog

Sample text


Emel : afraima@yahoo.com..febook : facebook.com/skbangi
.Facebook : facebook.com/skbangi



Blogger

Blogger
Noorhisham Hamzah Sarjana Sosial Islam, Kaunselor SK Bangi, Ijazah Sarjana Muda Indonesia, Ijazah Lanjutan, Drug Abuse, USIM, Emel afraima@yahoo.com

Makam-Makam Nabi

Blogger news

Diri Admin

Noorhisham Hamzah
Emel afraima@yahoo.com
FB facebook.com/skbangi

Blogger templates

Jika terdapat sebarang persoalan untuk dijawab, boleh lah di hantar ke afraima@yahoo.com afraima@yahoo.com

Anda yang Datang

Twitter

Link

Terima Kasih Atas Kunjungan Ilmu dikongsi,ganjaran diharap

ShoutMix chat widget

Pelawat

Halaman

Dikuasakan oleh Blogger.

Twitter

Ads 468x60px

About Me

Teman

Cari Blog Ini

fb komen

Featured Posts

Jumaat, 11 September 2009

Penyesalan Tuan Sya'ban

Diceritakan oleh guru saya (Drs. Tengku Tarmizi Dahmi) ketika mengikuti kuliah mingguan (Bidayatul Hidayah) di rumah beliau, Kampung Lam Duro, Aceh Besar, Darussalam pada tahun 2001. Bahawa pada zaman Rasulullah, terjadi sebuah kisah.

Pada satu subuh, seperti biasa, suasana agak gelap, manalah ada lampu macam sekarang, ketika bilal qamat untuk sholat subuh, ada satu ruangan yang tidak dipenuhi, padahal menjadi kebiasaan sahabat akan memenuhi saf-saf tersebut. Tempat itu sebenarnya sentiasa diduduki oleh salah seorang sahabat, kebiasaannya, dia tidak pernah tidak datang solat subuh. Maka sahabat membiarkan tempat itu kosong, (mungkin dihujung) kerana menghormati tuannya.

Begitu selesai sholat subuh, Rasulullah dan sahabat bergegas ke rumah sahabat tadi. Dari jauh kedengaran suara perempuan menangis...rupanya rumah itu ialah rumah Tuan Shaban kata guru saya.

Suami Meninggal. Nabi bertanya pada isterinya, ada apa gerangan menyebabkan Tuan Syaban tidak hadir ke masjid pagi ini? Suami saya meninggal ya rasulullah... (Mungkin ada perbualan lain) Nabi lalu bertanya, apakah ada tanda-2 sebelum ini dia akan meninggal? Tiada jawab isterinya. Ada tak (pesanan) atau sesuatu yang dia ucapkan sebelum meninggal.?

Tak ada Ya Rasullulah.Cubalah ingat2, mungkin ada kata Nabi. Oh ya, saya baru teringat, ada kata-kata yang dia ucapkan,tapi saya tidak faham apa maksudnya.(Ada tanda-2 biasanya kalau seseorang hampir dengan ajalnya )

Dia sering mengucapkan 3 kalimat ini. "lau kaana ba i'daa, lau kaa na jadida, lau kaana jamia" Nabi adalah manusia yang boleh berhubung dengan ALLAH, lalu berdoa menanyakan akan Tuhannya apakah maksud kalimat tadi.

Peristiwa yang
datang ketika ajal hampir.

Rupanya ada beberapa peristiwa yang pernah terjadi dalam hidup Syaban sewaktu dia masih hidup. Dan peristiwa ini ditayangkan kembali kepadanya ketika dia hampir2 meninggal dunia, bagaimana balasan Tuhan dengan syurga dan segala kenikmatannya khas untuk Syaban, akibat beberapa amalannya.

1. Peristiwa pertama, dia pernah menolong orang buta melintas jalan. Bayangkan tuan2 jalan di Mekah waktu itu, hanya beberapa langkah, tidaklah sebesar jalanraya kita sekarang ini. Maka Tuhan menayangkan balasannya di syurga kepadanya. Sebab itu dia menyesal dan berkata, "Lau kaa na ba iida " Alangkah bagusnya jika lebh jauh lagi (jaraknya).

2. Peristiwa kedua, ketika dia menuju ke masjid untuk solat subuh, ada seorang perempuan bersama anak kecil di luar pintu masjid dalam keadaan kedinginan. Entah dari mana perempuan miskin ini. Tuan Syaban sempat merenung sekejap, bahkan perempuan itupun sempat melihatnya. Syaban seolah-olah terdengar suara bisikan perempuan itu, engkau tidak tahukah, bahawa daku dan anakku ini dalam keadaan kesejukan? Melihat akan keadaan dia kesejukan, lalu tuan Syaban membuka satu baju sejuknya yang dia pakai dan diletak kan di atas perempuan itu, lalu dia memasuki masjid tanpa berkata apa-apa.

Ketika saat hampir sakaratul maut, dia berkata, "Lau kaana Jadiida" Alangkah bagusnya jika (aku bagi baju) yang lebih baru.Rupanya dia menyesal kerana amalnya hanya memberikan baju yang sudah agak usang (almaklum, baju sering dipakai untuk menutup sejuk dan panas).

3. Peristiwa ketiga, ketika dia duduk di rumah, lalu didatangi seorang perempuan membawa seorang anak, "tolooong, saya dan anak lapar... " kata perempuan itu.Lalu Syaban ke dapur dan mengambil seketul roti (arab), lalu dipatahkan 2. Satu bahagian diberikan kepada perempuan itu dan sebahagian lagi disimpannya untuk dia dan keluarganya makan.

Rupanya peristiwa sempat dirakam oleh Malaikat dan ditayang semula sebelum dia meninggal dunia. Alangkah menyesalnya Tuan Syaban sebab memberikan hanya separuh dari roti itu, sebab itu dia berkata "Lau kaana jamian" Jikalah....aku bagi semuanya...(tentu lebih besar pahala dan balasannya)..

Upgrade Amal

Demikianlah secupil kisah untuk pembaca blog saya, Semoga ada manfaatnya. Ingatlah....kalau Syaban yang sudah berbuat baik pun menyesal kerana masih belum maksimum amalnya, inikan kita pula yang beramal acah-acah dan main-main. So, kita mesti serius dan upgradekan amal kita. Sehingga kita menjadi hamba sebagaimana terlukis dalam Al-Quran, "Radiallahu anhum, wa radhu anhu.."Allah Taala redha kepada mereka..dan mereka pun redha terhadap ALLAH.

Marilah teruskan beramal....jangan nanti nyawa di kerongkong, baru kita menyesal tak sudah. Peringatan untuk diri sendiri jugak.
Khamis, 10 September 2009

Dadah di Pusat Serenti

Sering juga soalan ini diajukan pada saya, apa lewat di internet atau dalam siri ceramah-ceramah, termasuk di sebuah Surau (Darul Hidayah) di Hulu Langat, "betulkah di dalam pusat serenti masih ada dadah?" hemmmm.

Jawapan :

Selama 3 bulan saya di Pusat Serenti PERSADA Sungai Besi, dan juga dalam siri lawatan ke mana-mana pusat termasuk Raub, Papar dan Pusat Serenti Wanita di Bachok. DADAH memang dilarang keras disana. Bahkan di PERSADA, (pusat serenti sukarela), penghuninya amat marah jika ada kawan mereka yang kembali terjebak mengambil dadah. Kerana ini melambatkan proses pemulihan mereka.

Tidak dinafikan, seorang penagih berkata, "Jika dicampakkan dadah di dalam pusat ini, semua orang akan berebut-rebutnya". Namun demikian, dalam keadaan begitu, tidak dinafikan, ada juga tembakau, mereka menghisapnya dengan kertas, ketika mencuri -curi keluar ke tandas. Disitulah beberapa orang bergilir-gilir menyedutnya. Pihak pusat tidak berkeras dalam hal ini, kerana mereka ingin berhenti mengambil dadah seperti heroin, dan sekarang mereka hanya melepaskan rindu pada rokok daun.

Bahkan di pusat Pemulihan Pondok Remaja Inabah, Kuala Nerang, yang menerapkan nilai-nilai tasauf dalam pemulihan melalui teknik dzikir, pun membenarkan penghuninya merokok daun. Hal ini saya saksikan sendiri ketika lawatan ke sana tahun 2008.

Berbalik kepada soalan tadi, adakah di pusat ada dadah?

Saya punya jawapan, Berdasarkan pengalaman saya, Dadah tidak ada. Pihak AADK memang menjadikan dadah sebagai musuh nombor SATU negara. Dan masyarakat diminta bersama-sama membantu negara membanteras musuh nombor satu ini.

Kalau begitu, bagaimana teknik pemulihan yang sebenar?
Rabu, 9 September 2009

Pasport Murah ; Baru

Pasport 2 tahun rm100

ALOR SETAR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memperkenalkan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) alternatif dengan bayaran cuma RM100 untuk tempoh sah laku dua tahun mulai 1 Oktober ini.

Pasport versi murah itu diperkenalkan bertujuan meringankan beban rakyat yang mungkin hanya memerlukan dokumen itu untuk satu perjalanan tertentu atau bagi kadar penggunaan yang tidak kerap.

Sebelum ini, terdapat dua pilihan kategori pasport iaitu RM300 untuk 32 muka surat dan RM600 bagi 64 muka surat dengan kedua-duanya sah laku lima tahun.

Maafkan Cikgu...

Saya sangat mengkagumi kerjaya sebagai guru sekolah. Sebuah kisah yang saya paparkan ini saya ulangi dari kisah benar seorang guru beberapa tahun yang lalu.

Ceritanya:

Saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri.
Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata2 kecuali anggukkan yang seolah2 dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untukdirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.

Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat.

Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.

Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari2 sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.

Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang.

"Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?"Dia terkejut dan wajahnya berubah.

"Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu." Jawabnya
"Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?"
" Mak pesan, jangan meminta2 pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu."

Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, "Maafkan cikgu, ......."
Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.

Emel dari : Dr. Zamri UKM
Selasa, 8 September 2009

8 Type Manusia

"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa, sbg mana telah diwajibkan ke atas orang-2 sebelum kamu, mudah-mudahan jadilah kamu insan bertaqwa [Muttaqin]" 183 - Al-Baqarah

1. Kafir
2. Fasik
3. Musyriq
4. Munafiq
5. Muslim
6. Mukmin
7. Muttaqin
8. Murtad

Ke mana puasa mau bawa kita?

Destinasinya ialah taqwa [Muttaqin], seruan (ayat di atas) ini ditujukan kepada orang-orang mukmin. Kerana orang Mukmin lah yang boleh menuju muttaqin, sedangkan muslim dan munafiq, jarak mereka lebih jauh lagi untuk kesana, bahkan hampir2 ada yang tidak layak.

Insan Muttaqin adalah penghuni syurga, mereka layak dan digambarkan ALLAH Taala berada di syurga akhirat yang penuh kenikmatan, sebagaimana tercatat dalam surah Amma, "Sesungguhnya orang2 muttaqin berada di atas tempat yang tinggi (di dalam syurga)" . Sedangkan sahaja orang-2 yang mencapai taraf mukmin sudah lebih baik berbanding muslim.

Siapa Mukmin ?

Dalam surah Al-Anfal tuhan berbicara, "Sesungguhnya orang2 Mukmin itu, apabila disebut nama ALLAH, gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat2 ALLAh, bertambah2lah keimanan mereka "

Mana Jalan Menuju Muttaqin

Tiada jalan lain, ibarat mahu ke luar negeri melalui pesawat, kita harus ke airportterlebih dahulu, begitulah kalau mahu ke muttaqin, kita harus melalui mukmin dahulu, cepat atau lambat urusan kedua.

Ayuh semua, mari kita meneruskan kembara ini, menuju muttaqin...
Ahad, 6 September 2009

Mohon Derma Surah Yaasin

sSebagaimana lazimnya, setiap hari Jumaat di SK Bangi telah menjadi kebiasaan bacaan surah Yaasin dan tazkirah diselang-seli. Murid SK Bangi kini berjumlah 900 orang lebih.

Untuk masa ini, jumlah Surah Yaasin tidak mencukupi untuk murid-murid, gara-gara tersebut ada murid yang mengambil sikap berdiam diri.

Admin SK Bangi memberi peluang di bulan yang mulia ini kepada semua pembaca untuk menyedekahkan
Surah Yaasin untuk bacaan murid-murid di sekolah ini sebagai sumbangan amal jariah. Boleh diniatkan pahala bacaannya untuk arwah ibu dan bapa yang telah meninggal dunia.

Anda boleh membelinya dengan harga murah "sedikit kot"di Mydin atau mana-mana kedai berhampiran. Jumlah diperlukan sekitar 100 buah lagi.

s

Foto menunjukkan murid-murid di SK Bangi membava Surah Yaasin pada hari Jumaat. Anda boleh menyumbang seberapa yang mampu.

Akhirat Nanti Tempat Pulang Kita



Alangkah singkatnya hidup, antara azan dan sholat, begitulah perumpamaan tempoh manusia hidup. Bukankah hanya sekejap saja antara azan dan sholat? Waktu kita dilahirkan, bapa kita meng-azankan di telinga kita, dan, sewaktu... kita pergi buat selamanya nanti, orang ramai yang membetulkan saf, "Sahaja aku sembahyang sunat ke atas mayat ini, Lillahi Taala".

Oleh itu, sebarkan kasih sayang, ciumlah orang-orang terdekat dengan anda sewaktu anda masih hidup. Adalah, sangat pilu, mengingatkan manusia yang tidak pernah diciumi anaknya, namun ketika mayat berada di atas tikar mengkuang, ketika itu orang memanngil, siapa belum lihat lagi sila datang kemari, sapa belum cium lagi, sila ke mari.

Ketika itu....waduh....apa gunanya lagi bagi si mayat yang akan mengembara ke alam barzakh, apalagi yang pergi tanpa bekalan.




Carilah dunia, seolah-olah engkau akan hidup selamanya, dan beramal-lah untuk akhiratmu, seolah-olah engkau mati esok hari. Carilah akhirat bagi dirimu. Hidup ini kontrak cuma, hanya sementara, setiap jiwa akan diberikan kesempatan sekali sahaja untuk hidup. Ayuh...semua, kita beramal.

"Ku Merintih
Aku Menangis
Ku Meratap
Aku mengharap
Ku meminta dihidupkan semula
Agar dapat kembali ke dunia nyata
Perjalanan ruhku
Melengkapi sebuah kembara
Singgah di rahim bonda sebelum menjejak ke dunia
Menanti di barzakh sebelum berangkat ke mahsyar
Diperhitung amalan
Penentu syurga atau sebaliknya
Tanah yang basah berwarna merah
Semerah mawar dan juga rindu
7 langkah pun baru berlalu
Seusai talqin bernada syahdu
Tenang dan damai di pusaraku
Nisan batu menjadi tugu
Namun tak siapapun tahu Resah penantianku
Terbangkitnya aku dari sebuah kematianku
Seakan kudengari tangis mereka yg kutinggalkan
Kehidupanku di sini bukan suatu khayalan
Tetapi ia sebenar kejadian
Kembali Ruh kembali
Kembalilah ke dalam diri
Sendirian sendiri
Sendiri bertemankan sepi
Hanya kain putih yang membaluti tubuhku
Kewujudan kaku jasad di dalam keranda kayu
Ajal yang datang di muka pintu
Tiada siapa yang memberi tahu
Tiada siapapun dapat hindari
Tiada siapapun yang terkecuali
Lemah jemari nafas terhenti
Tidak tergambar sakitnya mati
Cukup sekali tak sanggup untuk ku mengulangi
Jantung berdegup kencang menantikan malaikat datang
Menggigil ketakutan kelam pekat di pandangan
Selama ini diceritakan kini aku merasakan
Di alam barzakh jasad dikebumikan
Ku merintih
Aku menangis
Ku meratap
Aku mengharap
Ku meminta
Dihidupkan semula
Agar dapat kembali ke dunia nyata

" Far East
Sabtu, 5 September 2009

Memanggil-manggil Tuhan



Akhir zaman, banyak peristiwa ngeri yang terjadi disana sini. Kehancuran dan runtuhnya bangunan besar, rumah, kedai dan tempat tinggal manusia. Semua yang ditimpa ujian ini, akan memanggil-manggil nama Tuhannya jika dia seorang yang bertuhan.

Dalam hadis Qudsi, Tuhan berfirman, Aku suka mendengar suara hambaKu menyebut dan memanggil namaKu. Dalam Surah Al-Baqarah ayat 152, Firman Tuhan lagi ; Fazkuruunii azkurkum, Maka ingatlah akan Daku, nescaya Aku akan ingat pada kamu.

Jika kamu ingat Daku waktu senang, waktu susahmu Daku ada bersama, jika kamu ingat Daku waktu di dunia, akhirat nanti Dakulah penolongmu. Justeru, sentiasa lah memanggil nama Tuhanmu, serulah Dia di waktu senang dan susah.
Jumaat, 4 September 2009

Motivasi Terakhir

04 September 2009. Cikgu, terima kasih cikgu kerana mengajar saya selama ini, maafkan kesalahan dan kesilapan saya, halalkan ilmu yang cikgu beri pada saya, doakan saya jadi murid yang berjaya cikgu. Itulah antara ungkapan dari murid-murid yang disampaikan kepada guru-guru tahun enam dalam majlis ringkas pagi ini.

Para guru yang didatangi tidak dapat menahan sebak, lalu menguyurlah air mata kesyukuran, kegembiraan dan harapan yang menggunung. Semoga segala hajat anak murid kami dan kami semua sebagai guru-guru, termakbul jua Ya Rabbi.

Wahai murid, jangan lupa jasa guru, sepandai apapun kita, jasa guru sangat besar, terutama guru tahun 1, mereka lah yang mengajar A,B, C hingga Z, tangan merekalah yang telah membimbing kita memegang pensel, merekalah yang mengajarkan 1,2 dan 3.

Majlis Berbuka Puasa dan Sholat Hajat


SK Bangi hari ini, mengadakan majlis berbuka puasa bersama ibu bapa, murid tahun 6 dan guru-guru. Sebelah malamnya, di ikuti bacaan Yasin, sholat Hajat dan sholat Terawikh.

Murid memenuhi khemah di luar bangunan sekolah
Para hadirin terdiri dari guru-guru
Khamis, 3 September 2009

Anak Yatim di Santuni


Terima kasih tidak terhingga kepada group Usrah Ustazah Saleha dari KUIS yang telah memberikan sumbangan derma kepada anak-anak yatim di SK Bangi. Semoga Tuhan memakbulkan segala hajat dan doa-doa dari tuan-tuan dan puan2 semua.

Kelihatan diwajah2 mereka adalah sayu dan sangat berterima kasih, kerana "masih ada yang mengingati daku"... Daku keseorangan, tiada ibu.....kalian semua tidak menyedari, betapa pilu nya hati ini setiap lebaran, orang lain boleh mengucupi tangan ibunya, tapi kami.... hanya menziarahi maqam.....tiada kata-kata kecuali batu nisan yang berdiri tegak....


Terima Kasih Daud Keladi
Ada Rezki Kita Ulangi Lagi
Semoga Menjadi Amal dan Bakti
Dibawa kembara ke alam Abadi
Rabu, 2 September 2009

Selamat Menduduki UPSR

Hanya tinggal beberapa jam saja lagi, anda di seluruh Malaysia sedang menunggu saat, saat yang akan menentukan siapa anda dalam akademik selama ini. Selama 6 tahun anda di sekolah rendah, dari darjah satu sampai darjah 6, segala ilmu akan terkumpul dalam sekeping kertas keputusan UPSR. Begitulah hidup, bukti kita FAHAM, adalah kita boleh menjawab soalan-soalan yang dikemukakan.

Sebaliknya jika anda GAGAL, bermakna selama ini anda kurang FAHAM, atau tidak berjaya mengingati FAKTA, dan ISI PENTING yang seharusnya anda save dalam minda. Apapun... (seoalah) segalanya tidak dapat membantu kini, yang dapat membantu anda di saat akhir ialah DOA, harapan dan ketenangan jiwa.

Dalam Konteks yang Lebih Luas

Begitulah, dalam mengenderai hidup, kita akan membawa sekeping sijil ke akhirat nanti. Sijil itu akan diterima di padang mahsyar, yang berjaya, dan cemerlang mematuhi perintah ALLAH akan menerimanya dengan tangan kanan.

Adapun yang GAGAL, akan menerima dengan tangan kiri melalui belakangnya. Anda pilih, mana mahumu, dan buatlah KEPUTUSAN, anda sesekali tidak boleh menyalahkan takdir.

Cuti

MULAI 03 hingga 10 September 2009, semua murid tahun satu direhatkan, tidak perlu hadir ke sekolah. Ini untuk memberi laluan kepada persediaan UPSR peringkat akhir. HARAP MAKLUM

Gempa Bumi di Tasik Malaya


Di saat umat Islam lain sedang beribadah puasa, saudara kita di Jawa Barat terpaksa menghadapi detik pilu, apabila gempa bumi sekuat 7.3 skala rither terjadi disana. Kanak-kanak ini menangis kerana ahli keluarganya turut menjadi mangsa gempa. Salam Takziah saudara ku di sana.


Keadaan rumah yang digoyang gempa, terjadi Rabu 02 September 09 mengakibatkan korban setakat ini 25 orang.

Carilah...

"Carilah Dunia, seolah-olah kamu akan hidup selamanya, dan Beribadahlah kamu seolah-olah kamu akan mati esok hari"

Ramai orang seakan boleh melaksanakan tuntutan yang pertama, yakni mencari (habuan) dunia yang sementara, tinggal isteri dan anak-anak, pergi merantau mencari uang, sampai kekadang solat terbarai, itukah namanya bersungguh-sungguh mencari dunia?

Berbalik tuntutan yang kedua, sukar mencari dimana "dia" itu, walaupun didalam diri kita sendiri. Sukarnya beribadah yang dikatakan seolah-olah kamu akan mati besok hari. Melainkan orang yang benar2 akan mati esok hari, seumpama mereka di penjara, yang akan kena menjalani hukuman gantung sampai mati. Pun dalam keadaan begitu, masih ada yang termangu, buat macam tak kisah, sedangkan tali gantung sedang menunggunya...

Sesungguhnya kita tidak menyedari saat kematian yang akan menjemput kita, masihkah ada yang buat tak tahu, bahawa hidup ini pasti berakhir...ya..hidup ini....akan tetapi hidup lain menyusul, yakni di alam barzakh. setelah kematian seseorang manusia, hanya 4 keadaan kematiannya.

1. Matinya macam haiwan/binatang ; Lantaran hidup seakan haiwan, tak pernah sujud dan sembahyang
2. Mati dalam keadaan kurus kering ; Kurang amalnya
3. Mati laksana tidur ; Wajahnya seperti orang sedang tidur
4. Tidak meninggal ;....{Lihat surah Al-Baqarah, ayat 154}

Anda....mahu mati seperti apa? Sila buat pilihan dari sekarang....sudah? Bagus....Jika sudah, tetapkan betul2 matlamat tadi dan atur jalan menuju matlamat tersebut.

PEMBENTANGAN FARMAKOKINETIK DADAH SIRI 2


2 September 2009 (Rabu):

Pembentangan Tugasan Farmakologi Dadah Kumpulan B telah dijalankan pada hari ini. Para pembentang pada hari ini ialah Ahmad Khazani bin Abd Wahab, Asmawati Muhamad Ali, Alias bin Jasin, Mohd Khusairi b Saidin, Mohd Rodzi bin Md Saud dan Wong Fui Fun. Pembentangan melibatkan Farmakokinetik Syabu, Metadon dan Ecstasy.



Panel Penilai:
Dr Nur Azlina binti Mohd Fahami
Dr Qodriyah Hj Mohd Saad


Mohd Rodzi bin Md Saud:
Pembentang Farmakokinetik Shabu

Ahmad Khazani bin Abd Wahab:
Pembentang Farmakokinetik Metadon


Alias bin Jasin:
Pembentang Farmakokinetik Ecstasy

Asmawati binti Muhamad Ali:
Pembentang Farmakokinetik Metadon

Mohd Khusairi b Saidin: Pembentang Farmakokinetik Ecstasy

Wong Fui Fun: Pembentang Farmakokinetik Syabu

Selasa, 1 September 2009

VIDEO CONFERENCE SESI KAUNSELING

1 September 2009 (Selasa) -

Hari ini merupakan hari yang telah dijadualkan untuk para pelajar SPADA bagi menonton video conference bagi sesi kaunseling individu yang telah dijalankan pada minggu yang lepas. Prof Dr Saedah Ghani memberikan komen bagi memperbaiki cara pengendalian sesi yang telah dijalankan.


Prof Dr Saedah Ghani sedang memberikan komen kepada cara pengendalian sesi oleh para pelajar....

Para pelajar begitu tekun menyaksikan kendalian sesi oleh rakan-rakan

Beginilah rakaman video yang dipertontonkan untu sesi vedeo conference


Prof Dr Saedah mencatat sesuatu untuk mengulas cara pengendalian sesi kaunseling oleh para pelajar




Budak 3 tahun mati ditikam bapa saudara

GUA MUSANG: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dipercayai mati dibunuh oleh bapa saudaranya ketika sedang menonton televisyen di rumahnya di Kampung Melayu di sini pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gua Musang, DSP Aziz Hassan, berkata kejadian itu berlaku kira-kira 11 pagi apabila mangsa didatangani bapa saudaranya seorang penagih tegar lalu menikam mangsa dengan pisau di bahagian rusuk kanannya.

"Mangsa sedang menonton TV bersama nenek saudaranya manakala bapanya sedang tidur tidak jauh dari situ. Tiba-tiba suspek muncul dengan sebilah pisau dan terus menikamnya.


"Neneknya yang melihat kejadian itu terus memeluknya sebelum memangkunya keluar untuk mendapat pertolongan. Keadaan mangsa ketika itu berlumuran darah.

"Bapa mangsa yang kemudiannya menyedari kejadian tersebut terus membawa mangsa ke Hospital Gua Musang, tetapi mangsa disahkan sudah meninggal dunia," katanya.

Aziz berkata, sejurus selepas polis menerima laporan mengenai kejadian itu, polis bergegas ke rumah mangsa dan menahan suspek berusia 22 tahun. "Kita masih menyiasat motif pembunuhan," katanya. - Bernama

Penghayatan Makna Tujuan Berpuasa

Siri 2 : Edited

"Wahai orang-orang yang beriman, telah ditulis ke atas kamu (kewajiban) berpuasa, sebagaimana orang-orang (umat) sebelum kamu, mudah-mudahan dengan puasa itu, kamu menjadi manusia yang bertaqwa" Al-Baqarah - 183

Dalam ayat di atas ada satu kalimat iaitu "telah ditulis" , perkataan ini membawa makna wajib, sebagai contoh, semasa kita parking kereta salah tempat, tiba-tiba datang polis dan menulis surat saman,tak lama kemudian kita tiba, pada waktu itu polis tersebut sedang meletakkan surat itu pada cermin kereta kita, "encik, encik, ini kereta saya encik....maaf cik"...hmmmm kata dia, dah tulis. Maknanya tiada guna lagi minta maaf (saat itu). Permintaan maaf dari kita tidak lagi boleh menghapus tulisan dikertas saman, kenapa? Kerana telah ditulis.

Dalam Agama ISLAM yang mulia ini, Allah Taala mewajibkan kita berpuasa, puasa maknanya "menahan" . secara falsafahnya, kita adalah hamba abdi, banyak keinginan-keinginan kita yang tidak tertunai dan ada yang tak mungkin akan menjadi kenyataan. So.... Tuhan mengajar kita supaya "menahan" . Puasa mengajar satu aspek dari segi menahan, iaitu dari lapar dan dahaga serta bersabar beribadah, lebih jauh dari itu, agama juga mengajar kita supaya "menahan" dari banyak perkara dalam hidup ini.

Puasa dari kesihatan membawa banyaknya manfaat, kerana itu, beberapa hari lepas, dalam Metro melaporkan para Doktor di India meminta masyarakat agar mengamalkan amalan berpuasa.

Manfaat Puasa Pada Orang yang Berpuasa

Dihujung ayat 183, surah Al-Baqarah ini, tuhan menyatakan tujuan sebenar atau maksud dari berpuasa ialah taqwa, kerana taqwa adalah tiket untuk ke syurga. Segala timbunan harta di dunia dan anak-anak tidak lagi bermanfaat di sana nanti. Firman Tuhan, "Hari (akhirat) ialah hari yang tiada guna lagi harta dan anak-anak, kecuali orang2 yang pulang mengadap Tuhannya dalam keadaan Qalbun Salim "

Bagaimana Puasa Mengantar Muslim Menjadi Bertaqwa ?

Ayat 17 didalam surah Imran memberikan jawapannya, "Orang2 yang sabar, yang benar, yang tetap didalam ketaatan, yang menafkahkan sedikit harta mereka dan orang2 yang bangun minta ampun diwaktu sahur"

1. Sabar

Sabar ketika berpuasa mengajar kita menahan haus dan lapar dari pagi hinggalah terbenamnya matahari. Sabar terhadap menurut keinginan hawa nafsu melulu. Sabar ketika miskin, sabar jugak ketika anda kaya, ingatlah hidup ini penuh dugaan. Semua nya menguji diri anda. Selagi anda hidup, selagi itulah cobaan akan datang pada diri anda terus dan terus menerus.

2. Benar ( Sidiq)

Orang-2 yang berpuasa hendaklah jujur berpuasa, jangan curi-2 makan, jujur perkataannya, jujur tingkah lakunya, jangan sesekali mencuri. Jujur dalam berniaga, jujur dalam semua hal dan bidang. Kata Nabi, "Peniaga yang jujur duduk seperti ini dengan ku di syurga" sambil menunjuk isyarat 2 jari (telunjuk dan jari hantu). Bayangkan betapa dekatnya orang yang jujur dengan Nabi. Mudah ke kan.Walaupun bukanlah alim-ulamak, tetapi hanya pemborong, pekedai runcit, peniaga pasar malam, namun nilai kejujuran ada dalam dirinya.

3. Qonitin. (continue dalam ketaatan)

Ketaatan anda hendaklah berterusan, dari pagi sampai malam, dari buka mata hingga tutup kembali, dari muda hingga tua, dari anda mengenal hidayah, hinggalah meninggal dunia. Ini semua adalah perjuangan, menjaganya bukan mudah. Perlu kekuatan batin dan sokongan dari luar. Anda perlu cipta suasana yang mengantar anda ke arah sukakan ibadah. Rumah tangga yang harmoni, adalah semua ahli keluarganya beribadah bersama-sama. "Iyyaa ka na'budu wa iyyaakanasta iin " Justeru, bentuklah dengan mencari pasangan hidup yang sama-sama sukakan Tuhan, cinta dan sentiasa merindukan kebahagiaan dan ketenangan.

Jika isteri anda seorang yang suka berhias, malas sembahyang, malang bagi anda, dia memperlambatkan langkah anda menuju syurga. Anda perlu berfikir panjang dalam hal ini dan buatlah perubahan, buatlah plan tindakan, demi kebahagian diri anda akhirat kelak.

4. Meng infaqkan Harta

Dalam dunia ini, Tuhan mencipta berpasang-pasangan, ada miskin, pasangannya kaya, sakit sihat, susah senang, maka kemiskinan tidak boleh dihapus dari muka bumi ini, adapun mengurangkannya boleh. Ada manusia yang miskin, lantas dia terpaksa meminta-minta, dan ada yang masakin, (miskin) namun tidak mahu meminta-minta "Lis saa ilin wal mahrum". Kewajipan yang "berada", adalah membantu yang kurang, walau tidak diminta.

5. Mustaghfirin Bil Ashar (Mohon ampun di waktu sahur)

Orang yang berpuasa, sebagai pelengkap kepada puasa, agar benar2 mantap dan terlepas dari dosa, lalu dari azab kubur dan neraka. Mohon maaf lah kesalahan lampau kita dengan Tuhan. Tuhan tahu kita banyak dosa dan kesalahan, dan Tuhan tahu kita tidak ada masa sangat, maka waktu sahur adalah time yang paling hening, saat dinihari, semua manusia sedang enak dibuai mimpi.

Demikian 5 aspek penting yang menyempurnakan puasa seorang hamba, sehingga pada pagi raya Tuhan mengatakan, mereka seolah bayi yang baru lahir. Makna nya suci dan bersih dari dosa. Ya bukan disebabkan berlapar sahaja, malah ada lagi amalan lagi, yakni bersabar dibulan Ramadhan menahan lapar dan dahaga, berperangai baik, mengerjakan solat terawikh pada malamnya, dan menjauhi lagha. Maka complete lah puasa seorang hamba dengan 5 elemen di atas.

Manakala pada hujung malamnya, mereka bangun meminta ampun kepada Tuhan atas segala dosa-dosa mereka. Tuan-tuan, tuhan tahu kita banyak dosa, dan tuhan juga tahu kita sangat miskin waktu untuk bersamaNya, lantaran itu, tuhan menunjukkan kita satu masa yang sangat baik untuk memohon ampun, sebelum jasad kita berpisah dengan nyawa, iaitu waktu sahur, makanya bangunlah untuk bermunajat.

Jika waktu inipun kita kepepet, tidak sempat lantaran enak tidur di tilam 15 inci yang lembut lagi gebu, maka tiadalah lagi saat yang paling baik untuk anda. Dari itu, tanyalah diri.... buatlah keputusan, dan ambillah tindakan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...