Welcome

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Etiam pharetra, tellus sit amet congue vulputate, nisi erat iaculis nibh, vitae feugiat sapien ante eget mauris.

Follow us


Ask a question

Name

Email

Question

Submit

Link Blog

Senarai Blog Saya

Senarai Blog

Sample text


Emel : afraima@yahoo.com..febook : facebook.com/skbangi
.Facebook : facebook.com/skbangi



Blogger

Blogger
Noorhisham Hamzah Sarjana Sosial Islam, Kaunselor SK Bangi, Ijazah Sarjana Muda Indonesia, Ijazah Lanjutan, Drug Abuse, USIM, Emel afraima@yahoo.com

Makam-Makam Nabi

Blogger news

Diri Admin

Noorhisham Hamzah
Emel afraima@yahoo.com
FB facebook.com/skbangi

Blogger templates

Jika terdapat sebarang persoalan untuk dijawab, boleh lah di hantar ke afraima@yahoo.com afraima@yahoo.com

Anda yang Datang

Twitter

Link

Terima Kasih Atas Kunjungan Ilmu dikongsi,ganjaran diharap

ShoutMix chat widget

Pelawat

Halaman

Dikuasakan oleh Blogger.

Twitter

Ads 468x60px

About Me

Teman

Cari Blog Ini

fb komen

Featured Posts

Ahad, 16 Januari 2011

Sambut Hari Lahir : Pesan Untuk Anak Murid

Salam buat semua anak murid dan pembaca yang bertuah, anda bertuah kerana membaca Pesanan ini, yang mana ianya untuk kebaikan agama anda.

Bila masuk tahun baru, setiap orang akan meraikan hari ulang tahun, di Indonesia lebih gampang disebut (ultah) maknanya ulang tahun, saya pun banyak terima met ultah dua hari yang lalu dari rakan-rakan Fb di Indonesia.

Terima Kasih ya. Ok, berbalik kepada cerita tadi, masuk tahun baru, maknanya umur kita pun bertambah setahun, kalau kita kira dari titik akhir hidup ini, yakni kematian sebenarnya umur kita semakin berkurang.

Ingat tu, semakin berkurang...hehe, So jangan sombong ya...umur kamu semakin singkat. Kalau dulu masih ada peluang untuk hidup 9 tahun, sekarang sudah berkurang menjadi 8 tahun. Kalau dulu 2 tahun? Sekarang tinggal setahun atau 365 hari kan kan kan?

Ok lah, cikgu nak cerita pasal hari jadi, ada orang sebut hari jadi, ada yang sebut hari lahir, suka hati lah, mana-mana. Kalau hari lahir maknanya hari kita dilahirkan, kalau hari jadi pulak? Hari kamu dijadikan... Kamu tahu ke hari apa kamu dijadikan??? Kuang kuang kuang..

Biasanya ada antaranya kita yang sambut dan ada yang terlupa.... eh betul ke hari lahir aku dah terlepas....??

Bagi yang sambut, ada mak ayah belikan kek, betul tak? Bagus lah, kita lahirkan rasa kesyukuran kita pada yang menjadikan diri kita, sebab masih memanjangkan usia kita dengan jantung maish boleh berfungsi. Mata boleh melihat, telinga boleh mendengar dan segala-galanya pendek kata berfungsi dengan baik.

Atas kek tu biasanya ada apa? Lilin kan.... haaaa ini yang nak dijadikan pesanan buat kamu. Sebenarnya, kek yang bulat itu umpama bumi bagi orang Yahudi... sementara lilin-lilin itu ialah cahaya Islam yang bersinar.. Apabila sambut hari lahir, orang pun tiup lilin, menandakan padamnya cahaya Islam...lepas tu.,.tepuk tangan ramai-ramai....

Yang ini jangan kamu amalkan... Tiup lilin dan tepuk tangan tak payah. Cukup je nyanyi diganti dengan acara berdoa, kemudian makan ramai-ramai sebagai tanda syukur dan takut pada Allah. Syukur sebab dipanjang umur. Takut sebab usia semakin pendek, entah bila kita akan meninggal pun kita tak tahu. Betul tak?

Agama memang mengajar kita bersyukur, yakni berterima kasih. Paling aula untuk yang menjadikan diri kita, kedua untuk orang yang banyak membantu aspek agama kita. Guru kita yang memandu kita ke arah kehidupan bertaqwa dan beribadah, jauh lebih mulia dari ibu bapa kandung yang tidak solat dan tidak pernah mendidik kita ke arah itu.

Tempah Ajal Jual Heroin

Bookmark and ShareKUALA TERENGGANU - Seorang duda anak dua tidak pernah mengambil iktibar dan serik walaupun pernah menjalani hukuman penjara selama 34 tahun enam bulan serta 16 sebatan atas kesalahan dadah dan khalwat sejak 1982.

Khamis lalu mungkin menjadi hari terakhir buat lelaki berusia 55 tahun itu untuk menikmati erti kebebasan apabila hayatnya mungkin berakhir di tali gantung selepas ditahan bersama 19 botol heroin seberat 96.95 gram bernilai RM30,000.

Suspek yang berasal dari Kuala Besut, Besut itu ditahan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Ketika serbuan pada pukul 6 petang di tempat letak kereta depan Masjid Tengku Tengah Zaharah, Kuala Ibai dekat sini, suspek dipercayai sedang menunggu pelanggan untuk menjual dadah tersebut dengan menaiki sebuah kereta Honda Accord miliknya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Supritendan Roslan Abd. Wahid berkata, pemeriksaan menjumpai sembilan botol heroin berada dalam poket seluar manakala bakinya ditemui di dalam kereta.

Katanya, selain itu, polis turut merampas wang berjumlah RM3,100 yang dipercayai diperoleh hasil daripada penjualan dadah.

"Suspek baru dibebaskan dari Penjara Marang pada penghujung bulan Jun tahun lalu dan terus aktif melakukan jenayah sama. Dia juga merupakan seorang penagih heroin dan mula bergiat sejak 1977," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Menurut beliau, pada 1982 suspek telah dipenjara selama 20 tahun dan 6 sebatan atas kesalahan memiliki dadah.

"Dia terus meringkuk dalam penjara selama 10 tahun dan 10 sebatan selepas ditangkap atas kesalahan memiliki dadah 16 tahun kemudian," kata beliau.

Roslan memberitahu, pada 2007, suspek sekali lagi menjalani hukuman penjara selama empat tahun juga atas kesalahan melibatkan dadah sebelum ditambah enam bulan lagi atas kesalahan khalwat.

Kata Roslan, soal siasat mendapati suspek yang direman sehingga Khamis ini mendapatkan bekalan dadah dari negara jiran sejak Julai tahun lalu dan mengedar di Kuala Besut dan di sini. Sumber : KOSMO

Sabtu, 15 Januari 2011

Cikgu.. Mak Saya Tak Sembahyang


Waktu rehat, seorang murid berada dalam bilik kaunseling bersama rakan-rakan yang lain, bila loceng berbunyi, semua bergegas keluar untuk masuk ke kelas.. seorang murid ini tetap tidak berganjak.

Matanya meleret kiri dan kanan, sesudah dia pasti tidak ada lagi rakan-rakannya yang akan mendengar.. lalu dia bersuara....

Klien : Cikgu...hari tu kan,cikgu ada tanya masa perhimpunan, siapa yang tak tahu ngaji dan tulis jawi, cikgu suruh angkat tangan...saya tak angkat..

Cikgu : Kenapa awak tak angkat?
Klien : Malu lah cikgu.... nanti orang tahu

Klien : "Cikgu, ... saya tu adalah menghantar sms, kadang-kadang dia tanya saya, dah solat ke belum, saya jawab belum, dia tanya kenapa... saya jawab ntah....., dalam rumah saya mana ada orang sembahyang cikgu..." katanya.

Cikgu : Hmmm... mak kamu tak sembahyang?
Klien : Tak...
Cikgu : Kakak kamu ?
Klien : Tak...
Cikgu : Abang pun ?
Klien : Semua tak..

Cikgu lalu mencari-cari sekeping gambar didalam laptop, gambar itu ialah semasa mayat diturunkan ke dalam liang lahad.

Cikgu : Awak lihat ni.... awak tau tak suatu hari nanti awak akan berada disini? Siapa yang akan menolong awak waktu ini berdepan dengan segala pertanyaan dari Malaikat ? Awak percaya tak ini semua?

Klien : Percaya....

Kelopak matanya mula kemerahan... air mulai bergenang di mata putih. Baiklah... cuba awak baca Fatihah sekali cikgu nak dengar, kalau dah betul awak sembahyang lah.

Klien : Malu la cikgu....
Cikgu : Buat apa malu, nanti kamu ke sekolah menengah, belum tentu kamu jumpa guru yang nak betulkan bacaan kamu..ayuh cepat baca... baca bismillah dulu...

Klien : Bismillah je....?
Cikgu : Ya lah....baca bismillah dulu...

Klien : Bismillah hirrahmaanirrahiem....
Cikgu : Terus.....alhamdulillah....

Klien menghabiskan fatihah.... masih ada yang harus diperbetulkan... syukur..dia datang mengadu masalahnya. Bab bercinta dengan si dia cikgu tak boleh halang, cikgu tau latar belakangnya mak ayah bercerai, pasangannya pun sama-sama kehilangan bapa akibat sakit jantung, dua-dua senasib, dia mencari cinta pengganti atas kehilangan orang tuanya. Kadang-kadang saling bercerita kisah keluarga masing-masing...

Inilah dunia....guru kaunseling..sesi hari direkod dalam buku perkhidmatan. Klien datang secara sukarela.

Sepagi di Putrajaya.Belajar Fotografi


Semasa didalam dewan, sebelumnya, saya mengambil gambar posisi dan lokasi yang sama, tapi warna meja pucat, rupanya ada satu butang yang tidak kita ketahui, jika di tekan butang itu sambil di pusing skroll didepan, warna akan menjadi bertambah terang.. baru lah nampak cantik... ni tidak..kamera je mahal... gambar macam biasa jugak

Salah satu teknik yang dipelajari

Peserta Bergambar beramai-ramai


Imej jelas berlatar belakang kabur

Haha.. Terima Kasih pada Pak Su Manual yang telah menurunkan ilmu yang sangat mahal ini kepada peserta. apalagi secara percuma pulak tuh
Jumaat, 14 Januari 2011

Manusia Adalah Buku Cerita

Setiap orang akan menjadi buku cerita setelah matinya. Maka tuliskan, dan tinggalkan sebuah cerita yang bagus agar memberikan hiburan dan inspirasi yang indah bagi ahli waris dan pembacanya.

Kata seorang pengarang didalam bukunya, "Psikologi Kematian". Ketika pesawat ulang-alik mau melepaskan orbit bumi menuju ke bulan, diperlukan teknologi tinggi dan daya dorong yang sangat besar agar bisa terbebas dari graviti bumi, lalu memasuki ruang angkasa dengan ringan.

Demikianlah katanya lagi, halnya dengan jiwa manusia. Jika hati, pikiran dan nafsu kita masih sangat kuat terikat dengan bagasi dunia,pasti sulit untuk lari dan terbang mendekati ALlah.
Rabu, 12 Januari 2011

Buletin Keluarga


Rasa macam ada benda yang baru dalam buku perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Tahun ni. Ya..sila rujuk muka surat 11, bab keluarga, ada menyatakan salah satu usaha yang perlu dilakukan oleh guru bimbingan ialah mewujud, mencetak dan mengedar buletin keluarga.

Dengan rasa senang hati, hal ini memang ditunggu-tunggu selama ini, tetapi takut untuk bertindak, bukan apa, takut melebihi sepatutnya. Namun jika difikir, buletin ini memang perlu, bagi guru untuk berkongsi dengan ibu bapa, apa yang mereka perlu sampaikan untuk tindakan ibu bapa murid di rumah.

Mohon kepada semua pembaca agar dapat memberikan idea yang dirasakan perlu disampaikan dalam buletin ini.

Mulai Tahun Baru Dengan Semangat Baru

Dengan pakaian dan beg baru, murid-murid datang dengan semangat baru. Namun masih ada yang memakai pakaian lama, tak kisah sebenarnya, pakaian baru atau lama, yang penting semangat kita untuk belajar masih ada.

Gambar ini diambil sewaktu program PMD. Murid-murid dimestikan menyanyikan kembali lagu-lagu wajib di sekolah.

Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah.
Ambik gambar saya cikgu.... kata Danish sewaktu saya membawa kamera meronda kelas-kelas.
Hari pertama minggu kedua, pemberian watikah (Ijazah) pelantikan sebagai pengawas. Zulraihanah terpilih sebagai pengawas PRS yang julung-julung kali di rasmikan.
Selasa, 11 Januari 2011

Anak Darjah 6 Tak Boleh Membaca

Minggu kedua saya terima laporan dari guru kelas murid tahun 6 masih tidak menguasai kemahiran membaca dengan baik. Nak amik UPSR nih. Mak ayah pun tak pernah datang kalau ada perjumpaan. Sabtu lepas, pihak sekolah mengadakan perjumpaan dengan ibu bapa murid tahun 6, pun wajah mak dan bapa dia tak jugak muncul-muncus

Sungguh sayang kalau anak-anak dihantar ke sekolah selama 5 tahun lebih, tetapi masih juga belum dapat membaca.
Isnin, 10 Januari 2011

Buletin Motivasi SK Bangi Jan 2011


Salam Motivasi. Pertemuan 2011 kita mulakan dengan semangat dan motivasi baru, yang lama kita refresh semua supaya lebih segar.

Syabas kepada semua murid yang hadir ke sekolah. Walau ada yang masih memakai baju lama, tidak mengapa, yang penting kita ada semangat baru.

Kasihan mak ayah cari duit, jangan paksa mereka kalau kewangan tidak mencukupi. Redha lah.. dan berazamlah untuk belajar bersungguh-sungguh, sehingga kita berjaya, dan akhirnya menjadi orang kaya.

1. BELAJAR ITU WAJIB

Nabi orang Islam ada menyebut.. “Dekat-dekat orang yang faqir dan miskin itu kepada kekufuran”. Nampaknya disini, harta ada kaitan dengan iman seseorang. Adakalanya orang yang miskin harta boleh jadi turut miskin imannya.

Kerana itu, supaya kita kaya, kaya harta, kaya ilmu dan kaya segala-galanya, Tuhan menyuruh kita belajar. Agama Islam sendiri menjadikan kegiatan belajar adalah wajib fardu ain kepada lelaki dan perempuan. Bila cikgu tanya Kanmalar dan Sree Ganesh, dia pun cakap belajar tu wajib.

Setelah kita ada ilmu, insya Allah kekayaan akan datang, kerana tips, skil dan kemahiran kita sudah ada. Namun tak salah kalau tak kaya, bahkan itu mungkin lebih mulia, kerana Nabi sendiri adalah miskin harta, dan meninggal pun dalam keadaan miskin. Ya kan.

Cuma, ditakutkan kalau tak punya harta, segala keinginan yang kita nak, tak dapat di penuhi. Bila besar nanti, orang lain nak kahwin, kita pun nak kawin jugak kan kan kan, anak orang nak sekolah, anak kita pun nak sekolah, lama-lama makin banyak duit diperlukan. Kalau tak cukup duit, boleh perang besar mak ayah. Bahkan banyak juga kes perceraian terjadi berpunca dari masalah kewangan.

OK, boleh faham kan, yang penting, point pertama adalah BELAJAR ITU WAJIB. Betulkan niat kamu kalau datang sekolah kerana bosan duduk dirumah. Betulkan niat, saya datang ke sekolah kerana ingin belajar menambah ilmu, kerana ini di suruh Nabi dan Tuhan.

Dengan itu, kita akan belajar dengan bersemangat, kerana belajar itu sudah menjadi ibadah. Duduk pun dapat pahala, bangun pun dapat pahala. Bertanya dapat pahala, jawab pun berpahala.

Kalau niat dah kita betulkan, mudah-mudahan tiada lagi yang tidur dalam kelas macam kawan kita tu. Nasib baik air liur basi tak sempat jatuh ke lantai. Eee…….

2. AKHLAK MULIA IDAMAN SEMUA

Murid-murid sekalian, cikgu nak tekankan perkara kedua ialah tentang perangai kita. Nak tau tak macam mana manusia ahli syurga? Tentu nak tahu kan? Disebut dalam kitab, bahawa ahli syurga itu semakin hari semakin bertambah cantik dan lawa. Bukan macam kita didunia, semakin hari semakin tua berkedut dan berkeriput. eee… tak nak lah berkedut…

Bila suami di syurga pergi ke kedai di dalam syurga, sang isteri melihat dia hensem, ya lah… ahli syurga katakan, namun sangat mengejutkan, bila suami pulang, didapati suaminya lebih cantik dan hensem dari sebelumnya. Begitu jugak dengan suami, dia terkezut , eh terkezut pulak, dia terkejut melihat isterinya bertambah-tambah cantik.. hebat kan kehidupan di syurga. Begitulah selamanya..kekal abadi. Siapa nak masuk syurga? Angkat tangaannnn!!! Ya Allah, mudahkan murid-murid dan seluruh penghuni SK Bangi masuk ke syurga dengan rahmat Mu. Amin
Begitulah keadaan ahli syurga di akhirat. Boleh faham tak? begitulah juga keadaan ahli syurga semasa dia hidup didunia.

Kata Nabi lagi, orang yang paling dekat denganku di syurga nanti adalah orang yang paling baik akhlaknya. Dalam hadis lain beliau bersabda, “Sesungguhnya daku diutuskan untuk menyempurna akhlak yang mulia”. Tengok tu, tugas Nabi datang semata-mata nak repair perangai manusia, antara manusia sesama manusia dan dengan Tuhannya.

Anak-anak, kita semua tak ada yang sempurna macam Nabi. Semua orang ada salah dan silapnya kan, namun ahli syurga itu, dia sentiasa memperbaiki sikapnya. Semakin hari semakin bagus, kalau dulu tak tau hormat cikgu, sekarang dia dah mula hormat cikgu, kalau dulu sembahyang bila disuruh, sekarang mak dah tak suruh-suruh dan tak marah-marah lagi. Dia
dah tahu sendiri apa yang perlu dia buat saat ini.

3. DESTINASI KITA KAMPUNG 5A

Ulangkaji, salin pakaian, basuh kasut, sidai kain tuala, semuanya dia tahu uruskan. Tak perlu ibu membebel lagi, mudah-mudahan panjang umur mak kamu.

Berbalik ke dunia pembelajaran, kita pun kena buat perubahan ke arah semakin baik dan lebih baik.

Abang kakak tahun 6 akan berdepan dengan UPSR. Inilah result atau satu-satunya sijil yang akan kamu bawa ke sekolah menengah. Biarpun selama 6 tahun kamu bersekolah, biarpun berpuluh sijil yang kamu ada, tapi yang utama ialah Sijil UPSR.
Kalau boleh semua orang nak lulus dengan cemerlang. Kalau boleh semua orang nak kan 5A. Betul tak?

Bagus… kamu sudah ada azam dan matlamat. Maknanya kita sudah ada destinasi kemana kita nak pergi. Nama kampung kita nak tuju namanya Kampung 5A.Ingat… Kampung apa? Kampung 5A…. Bagus.

Kita nak naik kenderaan apa ya nak ke sana? Baik, cikgu nak syorkan kamu naik kenderaan kemahiran, kenderaan skill. Ini kenderaannya. Nama syarikatnya Skil Ekspres. Pemandunya ialah guru-guru SK Bangi yang hebat-hebat.

Paling depan kita letak Cikgu Amin, sebab Cikgu Amin paling besar. Kamu kat tengah-tengah, cikgu-cikgu duduk depan dan belakang, nak kawal kamu takut ada yang nak terjun dari bas ini. Mana tau, seumur hidup dia, ini kali pertama naik bas ekspres katakan. Ya kan.

Cikgu Hisham duduk paling belakang, takut ada yang nak lari ikut pintu belakang. Hehe..
Orang yang tak ada skil, tak ada kemahiran menghafaz, kemahiran membaca, menulis laju, mencatat nota dan sebagainya, dia tak cukup syarat.

Macam orang naik bas tak ada tiket. Mungkin dia boleh duduk dalam bas atau berdiri sahaja.
Haha… padam muka..Biarkan dia berdiri. Kita duduk dan bagi perhatian kat depan, takut Cikgu Amin mengantuk, silap-silap … nantikan bas kita terjun lubang loji tandas. Eee..tak sanggup i….
Cikgu…..!!! Jangan tidur Cikgu….. Teriak budak-budak di belakang. Ya..ya..Cikgu Amin angkat ibu jari, tanda dia masih segar dan tak mengantuk. Tak pe, cikgu Firdaus ada kat sebelah tu.
Pn.Rusni tersenyum melihat budak-budak kat depan sedang mengagihkan keropok twistis.
Siapa mengantuk dia terlepas tengok pemandangan di kiri kanan kampung. Apa yang cikgu ajar dia tak akan ingat punya. Tau-tau dah sampai ke Kampung 5A. Tengah dalam perjalanan, ramai yang ketawa, gembiranya boleh mengembara, ini pengalaman paling baik untuk aku, bisik hati kecil Siti Sarah.

Alamak … ada yang tertidur, terkojut bosar dia, dah sampai rupanya, sampai mengesat peluh dan buang tahi mata. Macam orang kebingungan… kat mana ni hah? Tanyanya.
Adush… tengok dia dah gementar, seram sejuk, nak buang air besar lah, nak terkencing la, semua ada. Inilah akibatnya masa cikgu mengajar dia main-main. Sekarang peperiksaan UPSR dah betul-betul tiba. Mahu tak mahu kita terpaksa menjawabnya.

Cikgu harap pengalaman menaiki bas Skil Ekspress ini sangat berharga buat kamu semua. Adik-adik tahun 4 dan 5 nak naik jugak ke? Sabar…tunggu giliran kamu.
Insya Allah, UPSR tak akan ke mana, dan kamu pun jangan ke mana-mana.

Pada kawan-kawan kaunselor yang ingin salin...dan tukar nama pelakon lain..silakan..untuk edaran kepada murid-murid.
Jumaat, 7 Januari 2011

Syahdunya : Sami Yusuf


Sami Yusuf Mother Arabic
Uploaded by said7242. - See the latest featured music videos.
"Ketahuilah, bahawa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah di antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya menggagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering, dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur; Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras (berat), dan keampunan dari Allah serta keredhaanNya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu."

Hari Ini Ku di Hospital Kajang

Hari ini di hospital Kajang. Menunggu berjam giliran 2057 dipanggil. Dari jam 3.30 hinggalah 5.10.. belum jugak di panggil. Oh..dimana doktor-doktor semua? Teringat kembali tahun 2008, waktu hari kedua mendaftar di SPADA, saya berada di Hospitak Serdang, menjalani pembedahan 3 kali dalam masa sehari. Kawan-kawan sudah pun berkenalan dengan pensyarah semua, khusus En.Halim yang kini bergelar Doktor.

Jam 10.00 saya tiba di Hospital Serdang. Masuk mendaftar untuk menjalani pembedahan mulut. Jam 11.00 nak dimulakan, sejuk... dingin.... ah...rasa nak terkencing... saya minta izin dengan doktor untuk ke tandas.... Boleh katanya, tapi jangan lari...

Sudah sedia? Sudah doktor.... Nah..tandatangan surat ini. Aduh...surat apa ni? Surat menyatakan mereka tidak bertanggungjawab kalau terjadi apa-apa ke atas diri saya.

Teringat sahabat, arwah Fakrul... ketika disuruh menandatangan untuk pembedahan lehernya, daku lari lepas tu katanya...kenapa ko lari... apa tidaknya... sign surat mati katanya... Huh.

Mulut saya perlu dibedah, kerana terdapat nanah dalam pipi, bila ia keluar, keluarlah bersama bau hanyir.... rupanya baru saya tahu.. inilah akibat eksiden 15 tahun yang lalu, sebatang gigi yang patah tidak dibuang, ia terus membusuk dan bernanah didalam gusi, sehinggalah nanah semakin banyak dan keluar secara terpaksa.

Untuk rekod, Doktor Farah sebelum ini hampir 10 kali mengadakan pertemuan dengan saya untuk merawat akar gigi tersebut, lalu akhirnya ditetapkan bahwa saya perlu menjalani pembedahan untuk membuang sisa nanah yang tersumbat.

Apa yang mengejutkan doktor pakar yang membedah saya waktu itu, fokus utama membuang nanah telah bertukar kepada membuang ketumbuhan didalam gusi sebelah atas. Mula-mula doktor menyuntik dadah penahan sakit, 3 diatas gusi, 2 di lelangit.... aduh.... sakitnya di injek sampai mata tertutup.

5 minint kemudian, bermula lah episod pembedahan secara sedar. Beberapa orang pembantu menutup tubuh dengan kain hijau, muka pun ditutup, hanya ruang mulut sahaja yang dibiarkan.

Saya sedar waktu itu, besi dimasukkan, seluruh bibir diangkat, gusi atas dicungkir, rasanya hanya tinggal gigi sahaja, tanpa melekat dengan gusi. Darah tersembur...aduh....terkena baju doktor Farah..eeee....bau lah katanya... Eh ini apa ni... rupanya di atas gusi ada ketumbuhan, suasana menjadi kalut, doktor Farah memanggil doktor yang lain, macam mana nak buat ni katanya...

Biarlah mereka semua yang buat, daku hanya berzikir didalam kain selimut hijau. Minta semuanya dipercepatkan. Ketika ubat bius mulai berkurangan...terasa sakit bila besi menyentuh lelangit...adeh.,.... kataku...sakit ya..tanya doktor....dengan mulut terbuka, ku menjawab... aaaa...
lalu ditambah lagi beberapa kali suntikan... maaf ya..katanya...

Jam 2 lebih segala selesai... dengan mulut masih rasa kebas... kepala rasa huyung-hayang.. ku bangun untuk mengambil hand phone... nak maklumkan pada orang rumah bahawa pembedahan sudah selesai... tiba-tiba... darah keluar menitik dari mulut... Darah keluar lah doktor.

Eh kenapa ni... mari duduk sini balik katanya sambil menunjuk ke katil pembedahan. Terjadilah sekali lagi pembedahan kali kedua... jahitan dibuka semula. Bius di suntik lagi...aduh... terpaksa ku biarkan mereka membedah... laser yang lama tak diguna mula diambil semula, kedengaran suara mencari-cari orang yang tahu menggunakan mesin laser itu.

Sesudah itu darah mula berhenti doktor suruh pergi ambil ubat di farmasi, semasa menunggu ubat itu darah mengalir semula. Saya masuk semula ke bilik bedah dan bedah sekali lagi. Begitulah hingga waktu asar dah masuk. Zuhur saya pun tertinggal. Inilah kami pertama saya tertinggal solat Zuhur. Doktor tidak benarkan saya pulang, terpaksa tidur di wad, sedang darah terus keluar lagi.
Ahad, 2 Januari 2011

Selamat Datang ke Sekolah

2011 datang tanpa... perginya 2010. Perginya juga seorang guru yang pernah menggurui para muridnya di sekolah ini. Arwah Cikgu Fakrul pergi buat selamanya mengembara ke alam baqo. Al-Fatihah buat insan yang pernah menjadi guru, pernah mengajar, bercanda dan berkongsi kisah duka hidupnya buat kita semua.

Lembara 2011 di buka dengan berita duka. Tetapi kita tetap akan meneruskan perjuangan hidup ini. Anak-anak datang untuk menuntut ilmu, guru datang untuk berbakti pada anak bangsa.
Sabtu, 1 Januari 2011

Kenangan Bersama Arwah Cikgu Fakrul Ramzan

Video ini satu-satunya kenangan bersama arwah.... sebelah kiri Cikgu Tarmizi... Kanan...Cikgu Fakrul.... Al-Fatihah....
Sahabat kami bersemadi dengan harapan-harapan yang belum siap dicapai...
sahabat kami pergi begitu cepat..
ditengah-tengah kealpaan kita semua
bahawa Yang Maha Esa sedang menunggu..
untuk melihat catatan amal kita..

Semoga Allah melapangkan kubur Cikgu Fakrul...
menggantikan isteri yang lebih baik di alam sana
memberikan penempatan yg sejahtera..
sehingga datangnya kiamat..

Ya Allah, Ya Tuhan Kami
Andai Usia kami singkat
matikan kami dalam rahmat
selesakan kami di liang lahad
ceriakan kami dalam penantian akhirat

berkenalana menuju Mu penuh syahdu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...