Welcome

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Etiam pharetra, tellus sit amet congue vulputate, nisi erat iaculis nibh, vitae feugiat sapien ante eget mauris.

Follow us


Ask a question

Name

Email

Question

Submit

Link Blog

Senarai Blog Saya

Senarai Blog

Sample text


Emel : afraima@yahoo.com..febook : facebook.com/skbangi
.Facebook : facebook.com/skbangi



Blogger

Blogger
Noorhisham Hamzah Sarjana Sosial Islam, Kaunselor SK Bangi, Ijazah Sarjana Muda Indonesia, Ijazah Lanjutan, Drug Abuse, USIM, Emel afraima@yahoo.com

Makam-Makam Nabi

Blogger news

Diri Admin

Noorhisham Hamzah
Emel afraima@yahoo.com
FB facebook.com/skbangi

Blogger templates

Jika terdapat sebarang persoalan untuk dijawab, boleh lah di hantar ke afraima@yahoo.com afraima@yahoo.com

Anda yang Datang

Twitter

Link

Terima Kasih Atas Kunjungan Ilmu dikongsi,ganjaran diharap

ShoutMix chat widget

Pelawat

Halaman

Dikuasakan oleh Blogger.

Twitter

Ads 468x60px

About Me

Teman

Archives

Cari Blog Ini

fb komen

Featured Posts

Rabu, 4 Ogos 2010

Apa Beza Pelajar Cemerlang dengan Tidak

Buletin 14 Ogos ini akan dicetak dan diedarkan esok.(Khamis)

Bookmark and Share

Apa Beza Antara Pelajar Cemerlang dan Tidak. Siapa nak jadi pelajar berjaya angkat tangan? Hu…. Ramai yang yang angkat, Siapa nak jadi pelajar yang cemerlang, sila angkat tangan? Ramailah pelajar yang angkat tangan. Bahkan hampir semua angkat. Tetapi… kenyataannya, tidak semua yang angkat tangan tadi, tahu bagaimana caranya nak berjaya. Perbezaan kelas Jupiter dan Neptune jelas menunjukkan cara belajar mereka pun berbeza.

Nak tahu tak apa bezanya? Untuk setakat ini, cikgu jumpa 6 perkara. Mari kita teliti satu-persatu. Mungkin mak ayah kamu pun nak tahu.

6 Faktor ini, cikgu jumpa khususnya di SK Bangi. Mungkin cikgu Hizbullah jumpa banyak lagi, sebab Cikgu Hizbullah guru yang paling veteran di sekolah ini. Haha, gelap-cerah, gelap-cerah, sudah 25 tahun Cikgu Hizbullah dipanggil cikgu. Sehingga anak muridnya pun, sudah dewasa, dah dapat anak, bahkan yang dah mati pun ada. Iyaa..ish ish….tak percaya ke?

Baiklah murid-murid, kita semua kalau boleh nak cemerlang, betul tak? Tapi kenapa tak cemerlang-cemerlang jugak, duduk kelas hujung, dapat nombor hujung, berkawan pun dengan pelajar hujung. Bila lah aku nak cemerlang kalau macam ni, sampai mati pun tak cemerlang. Aik.. kenapa salahkan takdir pulak? Jangan salahkan takdir, kita sebenarnya mesti berubah, ini masalahnya, kita memang nak berubah, tapi tak tahu apa yang perlu kita ubah.

Tiada siapa dalam dunia ini yang boleh mengubah kita. Cikgu tak boleh, mak ayah tak boleh, tok bomoh pun tak boleh, bahkan tuhan pun tak mahu mengubah nasib seseorang manusia sehingga kita sendiri yang mahu berubah. Kalau tuhan ubah perangai manusia, tiada guna lagi otak yang tuhan berikan.

Kalau lah kita malas belajar, malas menulis, sampai bilapun kita akan malas, pada cikgulah, kalau mak ayah dia orang pergi jumpa Dr.Haron Din pun, bawalah balik air penawar satu baldi, dan diberi minum, malas tetap MALAS. Tambahan pula dia dan mak ayah semua tak sembahyang. Boleh makbul doanya? Kalau makbul jugak, itu jarang-jarang.

Biasanya pelajar yang malas, dia tak sedar diri, tapi tubuh dia bergerak ke sekolah. Takut tak? Dalam tubuh dia, masih belum ada ruh, tapi hairannya boleh dia bergerak, kalau cikgu tanya, dia tak faham pun soalan itu, cikgu suruh buat 1 baris karangan, pun dia tak siap-siap. Ha..kan dah kata tadi, dia tak ada ruh.

Mari kita teliti perbezaan antara 2 pelajar cemerlang dan tidak.

1. Tekun Semasa Belajar

Pelajar cemerlang memberi perhatian penuh semasa guru mengajar, dia tidak mengganggu percakapan guru, sebaliknya dia meng-amati sepatah demi sepatah apa yang keluar dari mulut cikgu. Lalu dimasukkan dalam memori kad dia, iaitu minda, kemudian di “save” (simpan) pengetahuan tersebut dengan kemas dan rapi, disamping tangannya bergerak-gerak menulis nota apa yang cikgu cakapkan.

2. Diam Ketika Belajar

Pelajar cemerlang tidak bising ketika sesi pembelajaran. Mereka diam, tetapi kalau tak faham, mereka mesti tanya. Berbeza dengan pelajar Neptune, menjadi amalan mereka dalam kelas, huha-huha, yoya-yoya, cikgu ada atau tidak, bukan dia peduli pun.
Ketahuilah, adab belajar mesti kena patuhi. Jadilah pelajar beradab. Hormat cikgu didepan.

3. Bertanya Angkat Tangan

Pelajar cemerlang, kalau nak bertanya, mereka dengan sopan angkat tangan, apabila diberi peluang, baru mereka bertanya, berbeza dengan pelajar Neptune, mereka bertanya dahulu, secara beramai-ramai pulak tu, mana satu lah cikgu nak respon. Semua nak tanya, tapi pelik bila cikgu tanya, ada apa-apa soalan tak.. semua diam.

4. Solat di Jaga

Yang ini paling kritikal. Pelajar cemerlang kelas pandai (Jupiter), dari tahun satu sampai darjah 6, majoriti antara mereka solat, antara 19 hingga 25 orang. Tapi anda tahu tak, pelajar kelas (lemah)Neptune, hanya 2 orang yang solat (6N), bahkan pernah cikgu dapat jawapan kelas 4N, langsung tiada yang solat.

Ada tak mak ayah kamu suruh kamu solat, cuma kamu saja yang malas? Semua menjawab, ibu bapa mereka memang tak suruh.

Padahal, Nabi pernah berpesan, 7 tahun kena mula sembahyang, 10 tahun kena pukul kalau masih tak sembahyang lagi.Siapa yang pukul? Mestilah ibu atau bapa. Itu pun kerana sudah menjalani latihan solat selama 4 tahun dari darjah 1.

Bukan lama pun sembahyang, 2 hingga 5 minit je. Ada kawan kita tu, 1 minit dah siap katanya, ekspress… cepat lagi, dah terer kan. Orang tak sembahyang masuk api meraka kata murid tahun 1. Apa tu api meraka, api neraka lah.

Kamu tahu tak berapa kedalaman api neraka? Pernah Nabi Muhammad duduk bercakap-cakap dengan sahabatnya, tiba-tiba terdengar bunyi dentuman yang amat kuat, lalu Nabi bertanya kepada sahabatnya, “kamu tahu tak bunyi apa tadi?”. Semua sahabat menjawab tidak tahu. Maka Nabi menjawab, “Itulah bunyi batu yang jatuh ke dasar neraka, yang mana batu tadi dilepaskan semasa 70 ribu tahun yang lalu.

Kamu bayangkanlah betapa dalamnya api neraka. Ada yang nak test ke? Kalau rasa-rasanya macam tubuh badan kamu tak mampu nak duduk dalam api tu, janganlah main-main dengan solat, terutama murid darjah 6. Sebab rata-rata dah cukup umur.

Apa pun alasan,terlewat ke, mak tak suruh ke atau tak minat. Ada tak orang bagi jawapan tak minat solat?

Hukum tuhan ni semua kena patuh, bukan soal minat ke tidak. Kena usaha supaya tidak tertinggal. Kalau tak tahu, kenalah belajar. Jangan malu, ingat azab yang dahsyat lagi hebat menunggu. Ingat tu.

5. Volume Terkawal

Dalam kelas Jupiter, “volume” atau suara murid terkawal, bercakap bila perlu, bermain dan bergurau pun ada batasan. Tapi murid kelas Neptune, dia guna suara sehabis kuat, volume tahap tertinggi, bukan dia sedar orang kelas sebelah pun nak belajar. Apa dia peduli. Inilah sikap pelajar yang menyebabkan mereka selalu ketinggalan.
Dari itu, cubalah kawal suara, gunalah secara berhemat, jimat-jimat sikit, takut nanti tua dah tak larat nak bercakap. Sound system dan rosak.

6. Kerja Rumah Siap di Rumah

Pelajar cemerlang, kerja rumah siap mengikut jadual, sebelum sampai sekolah, mereka dan siapkan. Tapi murid 4 Neptune? Kerja rumah buat dalam kelas, siap meniru lagi tu.
Pernah seorang bapa bertanya pada anaknya, nama anaknya Izzat, yang dapat 5A tahun 2009. Kenapa ayah tak pernah nampak kamu buat kerja rumah? Apa jawab Izat, dia dah buat masa dalam kelas lagi.

Tengok tu, pelajar cemerlang dia gunakan masa sebaik mungkin. Masa cikgu tak ada, kawan lain bermain, bergurau dan bercerita, tetapi dia membuat kerja sekolahnya.
Dia sedar, petang nanti kena pergi sekolah agama pula. Maka dia gunakan masa sepenuhnya untuk belajar. Bermain? Dia tak main ke? Pandai-pandailah atur masa untuk main.
Pelajar sekalian, minggu depan masuk Ramadhan, kita akan belajar dalam bulan puasa, ingat doa orang yang berpuasa itu makbul. Oleh itu, perbanyakkan berdoa, tetapi jangan pula lupa solat. Solat itu tiang agama.

Barangsiapa yang mengerjakannya, dia telah mendirikan agamanya, dan barangsiapa yang meninggalkannya, dia telah meruntuhkan agamanya. Jangan salahkan sesiapa jika nanti kamu terima buku rekod dipadang mahsyar sebelah kiri,kerana manusia akan menerima pembalasan setimpal dengan usahanya.

2 ulasan:

Anonymous berkata...

Baguslah sham banyak menulis, buatlah buku. Tulisan sham sangat menarik bila dibaca, bersahaja & terkesan di hati.

Norish @ Afraima berkata...

Terima kasih lah atas saranan itu, membuat diri ini teruja untuk terus menulis,tapi dari hari ke hari...tak tahu apa nak ditulis..ada cadangan tak more pada apa

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...