Welcome

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Etiam pharetra, tellus sit amet congue vulputate, nisi erat iaculis nibh, vitae feugiat sapien ante eget mauris.

Follow us


Ask a question

Name

Email

Question

Submit

Link Blog

Senarai Blog Saya

Senarai Blog

Sample text


Emel : afraima@yahoo.com..febook : facebook.com/skbangi
.Facebook : facebook.com/skbangi



Blogger

Blogger
Noorhisham Hamzah Sarjana Sosial Islam, Kaunselor SK Bangi, Ijazah Sarjana Muda Indonesia, Ijazah Lanjutan, Drug Abuse, USIM, Emel afraima@yahoo.com

Makam-Makam Nabi

Blogger news

Diri Admin

Noorhisham Hamzah
Emel afraima@yahoo.com
FB facebook.com/skbangi

Blogger templates

Jika terdapat sebarang persoalan untuk dijawab, boleh lah di hantar ke afraima@yahoo.com afraima@yahoo.com

Anda yang Datang

Twitter

Link

Terima Kasih Atas Kunjungan Ilmu dikongsi,ganjaran diharap

ShoutMix chat widget

Pelawat

Halaman

Dikuasakan oleh Blogger.

Twitter

Ads 468x60px

About Me

Teman

Archives

Cari Blog Ini

fb komen

Featured Posts

Khamis, 27 Oktober 2011

Baik Buruk Dunia Facebook


Baik Buruk Dunia Facebook. Assalamualaikum dan salam sejahtera anak-anak sekalian, apa khabar semua ? Cikgu-cikgu harap semuanya sihat dan tengah bersemangat nak naik tahun baru.Ya kan…
Bagi yang darjah 3 akan naik darjah 4, yang darjah 4 akan pergi ke tahun 5, manakala tahun 5 akan berdepan dengan tahun 6 dan murid tahun 6 akan ucapkan bai baiii….(bye bye).

Beginilah ragam hidup didunia. Tak selamanya kita akan menghuni sekolah ini. Kita tak boleh duduk selamanya, walaupun kita sayangkan sekolah ini. Masa tetap akan membawa kita pergi.

Mak ayah pun begitu, ada masa mereka akan berganjak, dari satu tempat ke tempat yang lain, kerana pekerjaan. Dan akhirnya dari satu alam ke alam yang lain. Inilah pengembaraan hidup namanya.
Orang yang hidup, tak selamanya dia akan hidup, cukup masanya, dia akan pergi. Tiada yang terkecuali.Baik Nabi atau rakyat miskin biasa.

Trend Perubahan Zaman

Zaman dulu orang masak dengan dapur kayu, belum ada yang namanya dapur gas. Rebus air masak nasi, semuanya pakai kayu. Kadang-kadang sampai hangit nasi. Gara-gara terlambat kacau.

Sekarang sudah hadir rice cooker, tak payah lagi kacau-kacau, selepas basuh beras, tunggu saja ia masak. Semuanya automatik. Pintu automatik, dapur automatik, bahkan orang bersalin pun ada yang automatik. Hehe.. Macam mana tu. Automatik lawannya manual lah kan.

Maka, apabila ada orang yang tidak mahu menggunakan teknologi moden ini, dia di anggap ketinggalan.
Bukannya salah, tetapi ketinggalan. Eh, ada ke orang tak mahu gunakan teknologi hari ini? Di Indonesia, para ibu-ibu diberikan tong gas secara percuma oleh kerajaan mereka, setiap rumah dapat satu tong gas. Nak dijadikan cerita, ada rumah yang meletup, gara-gara tak tahu menggunakan tong gas memasak. Bukan satu, bahkan berpuluh, sehingga kaum ibu-ibu melakukan demontrasi di depan pejabat Presiden mereka.

Kononnya protes, kenapa kami diberikan gas, tetapi tidak di ajar cara-cara menggunakannya. Khabarnya ramai yang dapat tong gas itu menjualnya semula. Lebih rela guna dapur kayu dari alat yang moden. Menyusahkan katanya.

Untuk Apa Facebook

Murid sekarang boleh dikatakan hampir semua ada akaun facebook. Menurut kajian, 9/10 pelajar telah pun mempunyai facebook. Rakyat Malaysia pulak tu yang paling ramai menggunakan facebook di Asia ini.Canggih kan.
Seorang menteri pula melaporkan, kira-kira 60,000 orang murid telah menerima impak negatif, (sesuatu yang tidak baik) hasil dari facebook ini.



Laporan juga menyebut, mereka menghabiskan 11 jam seminggu untuk bermain facebook.

Dari segi baiknya, kita boleh berhubung semula dengan rakan-rakan lama yang kita pernah kenal tapi terpisah sekian lama. Berjumpa di alam maya kata orang. Kemudiannya bertemu di alam yang sebenar. Perjumpaan ini kalau ikutkan nabi, ada kebaikannya, dimana pernah Nabi bersabda “Barangsiapa menghubungi silaturrahim, dia akan dipanjangkan umur”.Wah… tak sia-sia kamu ada facebook. Boleh panjang umur.

Tetapi pertemuan yang Nabi maksudkan bukan lah dengan facebook, namun dengan menziarahi teman kita itu. Facebook hanya sebagai batu loncatan untuk kita mengetahui dimana dia berada.


Selain itu, ada orang menjadikan facebook sebagai medan untuk melepaskan segala kekusutan masalahnya. Dengan cara menulis masalah yang dia hadapi, dia rasa seperti dapat melepaskan tekanan tersebut.

Apalagi jika ada orang yang menanda “like” dan memberikan komen mereka terhadap masalah yang kita hadapi.


Keburukannya Facebook

Akibat terlalu suka menayangkan segala-galanya di facebook, ada orang menayangkan apa yang tidak patut dia tayang.

Gambar dia tak pakai baju pun dia sumbat, gambar kaki dia kena gigit semut pun dia nak cerita. Akhir-akhirnya boleh membawa kepada dosa jika tidak kena dengan syariat. Tau apa tu syariat? Syariat ialah hukum-hakam agama kita (Muslim).

Apabila sering bermain facebook, banyak masa dihabiskan. Kadang-kadang kerja wajib kita abaikan. Ini yang tak baiknya. Kerja sekolah tak siap, bantu mak ayah pun tidak. Ada pula yang mengamuk, marah-marah sebab tak sempat buka facebook.

Ada pula yang pergi ke CyberCafe (CC) untuk melayari internet. Selain menghabiskan wang ringgit, kamu juga terdedah dengan benda-benda lain yang tak baik di internet itu.

Kamu sebenarnya boleh melayari internet atau facebook, dengan syarat mak ayah tahu apa yang kamu sedang buat. Jangan tutup pintu. Kemudian had kan masa. 2 hari sekali. Kalau boleh jadikan facebook sebagai hadiah jika kamu dapat menyiapkan kerja sekolah. Selagi tak siap, jangan buka komputer. Faham kan?

Jangan pula ugut mak bapa, kalau tak bagi main facebook, saya tak nak buat kerja sekolah. Ini dah makin gawat.

Selain facebook, ada pula android dan macam-macam. Selepas ini kita pun tidak tahu apa lagi bentuk kecanggihan yang akan muncul.

Manusia pertama yang mencipta telefon wayar ditanya, pada pendapat kamu, untuk masa akan datang, mungkin kah akan wujud telefon tanpa wayar? Apa dia jawab? ”Mana ada” katanya.Hal iu tak akan mungkin berlaku.

Namun masa telah menjawab persoalan tadi. Telefon tanpa wayar telah pun ada, bahkan hadir dengan internet sekali.

Nasihat cikgu, gunakan internet untuk kebaikan. Untuk mencapai kekayaan secara halal. Untuk menambah ilmu pengetahuan. Untuk melonjakkan prestasi diri kamu.

Jangan pula menggunakan internet untuk menonton filem-filem yang merosakkan akhlak dan kedamaian jiwa kita.

Jiwa atau hati kita perlu dijaga, supaya sentiasa bersih. Kerana, hati itu tempat jatuhnya pandangan Allah. Sementara jasad lahir tumpuan manusia. Bila hati sudah gelap, manusia tidak nampak kebesaran Allah, kerana itu dia berani meninggal solat. 

Jangan lupa untuk klik like facebook sekolah di alamat ini http://www.facebook.com/skbangijer.

0 ulasan:

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...