Welcome

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Etiam pharetra, tellus sit amet congue vulputate, nisi erat iaculis nibh, vitae feugiat sapien ante eget mauris.

Follow us


Ask a question

Name

Email

Question

Submit

Link Blog

Senarai Blog Saya

Senarai Blog

Sample text


Emel : afraima@yahoo.com..febook : facebook.com/skbangi
.Facebook : facebook.com/skbangi



Blogger

Blogger
Noorhisham Hamzah Sarjana Sosial Islam, Kaunselor SK Bangi, Ijazah Sarjana Muda Indonesia, Ijazah Lanjutan, Drug Abuse, USIM, Emel afraima@yahoo.com

Makam-Makam Nabi

Blogger news

Diri Admin

Noorhisham Hamzah
Emel afraima@yahoo.com
FB facebook.com/skbangi

Blogger templates

Jika terdapat sebarang persoalan untuk dijawab, boleh lah di hantar ke afraima@yahoo.com afraima@yahoo.com

Anda yang Datang

Twitter

Link

Terima Kasih Atas Kunjungan Ilmu dikongsi,ganjaran diharap

ShoutMix chat widget

Pelawat

Halaman

Dikuasakan oleh Blogger.

Twitter

Ads 468x60px

About Me

Teman

Archives

Cari Blog Ini

fb komen

Featured Posts

Selasa, 2 Disember 2008

Satu Dah Banyak, Seribu Tak Cukup

01 Disember 2008. KUALA LUMPUR. Satu Operasi melibat pegawai AADK, PRS dan SPADA USIM telah diadakan di sekitar Jalan Chow Kit dan Lorong Haji Taib. Turut serta dalam operasi kali ke 4 ini ialah En.Abd Halim bin Mohd Hussin selaku ketua Program SPADA.

Kami bergerak dalam satu kumpulan menuju ke KL, Singgah di PK AADk Dang Wangi, kami diberi taklimat oleh Puan Husna selaku Ketua Pegawai di situ, setelah mengisi perut, jam 9.00 kami mula bertolak, ops, kami dibekalkan dengan sekarung plastik yang mengandungi air kotak, dan burger, selain itu, sarung tangan, tag nama, dan bisness cad, (mengandungi alamat AADK, nombor telefon dan sebagainya) kumpulan kami dipecahkan dari besar menjadi 2 kumpulan.




Kami menyelinap dalam kegelapam malam yang suram di Lorong Haji Taib, operasi pertama mencari port penagihan, ada satu port yang ditunjukkan pada kami oleh Mr.Tan, saya sempat menyenap, di tepi 2 tong sampah yang besar, bersama tikus-tikus sebesar anak kucing yang sedang galak berlari-lari malu..., kami beredar, nampaknya port ini telah diserbu sebelumnya, kami meneruskan perjalanan ke sekitar panggung wayang jalan Raja Laut, kelibat pelacur berseorangan mula melarikan diri apabila terlihat gerombolan kami 10 orang lebih.

Perjalanan kami diteruskan menelusur ke Lorong Haji Taib, nampak kelibat beberapa orang mak nyah sedang menunggu peluang rezki datang, tak selesa dengan kami, mereka beredar ke tingkat atas bangunan, kami mencari port-port penagihan, ternyata ramai penagih telah di usir beberapa malam sebelumnya oleh pihak polis. Ternampak juga 2 orang polis berbaju preman sedang membuat rondaan dan memeriksa pakaian ratu kutu rayau yang tidur dikaki lima bangunan.

Kami sempat bertemu dan mengadakan temuramah dengan penagih dan bekas penagih, setelah mendapat sedikit penjelasan, perjalanan diteruskan. Kini kami ke tempat pelacuran, namun hanya melewati sahaja.... ...

Kemudian bergerak ke belakang lorong Tunku Abdul Rahman, di belakang Pizza Hut, kami berlari-lari anak setelah mendapat isyarat terdapat penagih yang sedang melakukan aksi suntikan secara live. Penagih perempuan ini dikelilingi oleh puluhan ratu dan rata SPada untuk mendapatkan aksi secara live. Tidak melepaskan peluang berharga ini, video selama 6 minit di ambil. En.Anwar membantu memberi suluhan kepada Wati (bukan nama sebenar) untuk menyedut dadah dan di sumbat ke tubuh melalui lengan kiri. Wati seperti banyak pengalaman, senang mencari urat untuk suntikan. OOO...mudah kau cari urat ye, kata salah seorang dari PRS, aku dulu susah nak dapatkan urat, tak macam kau...

Setelah menyuntik, darah di tarik keluar, suntik lagi, tarik keluar lagi sehingga 3 kali, kemudian di suntik habis. Bengkak nampaknya lengan kiri setelah terkena jeck jarum. Macam mana nak hentikan darah mengalir? Tanya seorang dari kami? Tekan lah.... Wati bercerita pernah dulu dia masuk TV3, juga melakukan aksi suntikan kemudian di bayar RM50.00. Dia orang datang ambil gambar video juga.

Destinasi terakhir kami ialah Rumah Darul Salam. Di sini ialah pusat penjagaan wanita terlanjur yang ingin kembali bertaubat yang di usaha oleh suami isteri iaitu Kak Fidah dan suami, En.Raja. Mereka yang pernah memegang jawatan mantan penagih dadah tegar, berusaha menolong bangsa yang termusnah. Di rumah beliau lah pada setiap hari selasa di adakan ceramah agama, sesi kaunseling dan sebagainya yang dihadiri oleh ramai maknyah, pelacur, lelaki homo, drug addict dan sebagainya. Graf kedatangan tetamu untuk program ini sentiasa meningkat setiap minggu. Saya bertanya, bentuk ceramah bagaimanakah yang mengundang peserta datang dari golongan mak nyah secara bertambah-tambah, hal ini juga sedang rancak terjadi di kota metropolitan besar seperti Jakarta.

Jelas Kak Fidah,"kami mengambil penceramah yang santai, tidak menghukum, sebaliknya relax dan memahami jiwa golongan ini. Syukur setiap minggu tak kurang 10 orang mak nyah (abang nyah) datang untuk mendengar ceramah agama disini".


Taklimat dismapaikan oleh Yanti sebagai permulaan di sini, kemudian En.Raja, menyetuh aspek money dan akhir sekali isteri beliau yang pernah 4 kali masuk pusat serenti dan sekali penjara. Kak Fidah katakan, "saya ingat saya membela dan menjada penagih dewasa, tetapi sebenarnya sekarang saya menjaga penagih kecil. Bayi yang baru lahir 4 dari ibu yang dijangkiti virum HIV, (bukan pengidap), setiap malam menangis meronta-ronta. Kami tak tahu nak buat apa, akhirnya doktor suntik heroin, barulah bayi ini berhenti menangis, hal ini terjadi selama 6 minggu berturut-turut".

Dan hal ini terjadi setiap 6 jam sekali. Jadi.... setiap 6 jam, bayi ini akan diberikan suntikan untuk meredakan tangisan dan tarikan (withdrawal symtom) yang di alami sebagai orang dewasa. Kini bayi itu yang berusia 4 bulan masih berada dalam jagaan beliau.

Operasi berkhir jam 1.20 pagi. Kami pulang...

0 ulasan:

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...