Welcome

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Etiam pharetra, tellus sit amet congue vulputate, nisi erat iaculis nibh, vitae feugiat sapien ante eget mauris.

Follow us


Ask a question

Name

Email

Question

Submit

Link Blog

Senarai Blog Saya

Senarai Blog

Sample text


Emel : afraima@yahoo.com..febook : facebook.com/skbangi
.Facebook : facebook.com/skbangi



Blogger

Blogger
Noorhisham Hamzah Sarjana Sosial Islam, Kaunselor SK Bangi, Ijazah Sarjana Muda Indonesia, Ijazah Lanjutan, Drug Abuse, USIM, Emel afraima@yahoo.com

Makam-Makam Nabi

Blogger news

Diri Admin

Noorhisham Hamzah
Emel afraima@yahoo.com
FB facebook.com/skbangi

Blogger templates

Jika terdapat sebarang persoalan untuk dijawab, boleh lah di hantar ke afraima@yahoo.com afraima@yahoo.com

Anda yang Datang

Twitter

Link

Terima Kasih Atas Kunjungan Ilmu dikongsi,ganjaran diharap

ShoutMix chat widget

Pelawat

Halaman

Dikuasakan oleh Blogger.

Twitter

Ads 468x60px

About Me

Teman

Archives

Cari Blog Ini

fb komen

Featured Posts

Khamis, 30 September 2010

Bakal Hajjah dari SK Bangi


Seramai 4 orang guru dari SK Bangi bakal bergelar Hajjah pada tahun ini. Mereka yang bakal berangkat ialah Puan Guru Besar, Puan Zakiah Haji idris, GPK Akademik, Puan Rabitah Jalaluddin, Ustazah Zanariah dan Ustazah Misiah Husin.

Penerbangan mereka yang pertama adalah 12 Oktober 2010. Puan Rabitah dan Puan Misiah adalah bakal hajjah yang awal berangkat. Kita mendoakan agar mereka diberikan kekuatan fizikal dan mental, serta kesihatan yang baik untuk menunaikan kewajipan yang kelima ini.

Seminar Guru Kaunseling Selangor


Hari ini, Khamis, 30 September 2010.Seramai 1200 orang guru bimbingan dan kaunseling dari seluruh jajaran negeri Selangor berhimpun di UNISEL. Kepadatan yang hadir membuat dewan melimpah.Ramai yang terpaksa berada diluar kerana ruang tidak mencukupi. Malah ada yang sampai terlewat sejam dari waktu yang sepatutnya kerana menempuh jarak perjalanan yang jauh, sementara itu ada pula yang tersasar ke tempat lain.

Kenapa lah buat jauh begini, kata seorang dari hadirin.Sebenarnya rasa gembira yang jelas terpancar diwajah masing-masing, kerana sekian lama tidak bertemu, kini tanpa diduga, mereka bertemu semula dengan rakan-rakan lama yang terpisah akibat posting dilokasi yang berbeza.


En.Khairuddin, selaku boss kepada guru kaunseling Negeri Selangor memulakan ucapan alu-aluan, beliau mengingatkan wang PCG yang masih banyak sekolah belum menggunakannya dengan baik.

En.Fadzlie kemudian mengambil alih,beliau menyampaikan cara-cara mengisi L4 kepada semua guru kaunseling.Program L4 ini telah dimuat naik ke sebuah laman web kaunseling, guru kaunseling wajib memuat turun untuk mengaplikasinya selepas ini. Segala pertanyaan boleh diajukan kepada guru bimbingan selaku jawatankuasa teknikal yang terbabit.

Waktu makan tengah hari, ada guru terpaksa berdiri menunggu makanan tambahan dek ketidakcukupan bekalan. Sebelumnya, Prof.Dr.Othman menyampaikan buah fikiran beliau dalam program percambahan minda. Akhirnya sebelum rehat, ruang dan peluang untuk bertanya diberikan kepada semua hadirin dan hadirat. Berikutan itu, ramai merebut peluang keemasan ini untuk mengajukan pertanyaan yang membekam sekian lama.

Guru Bimbingan Daerah Hulu Langat yang sering masuk surat khabar Berita Harian

Antara tenaga penceramah daerah

En.Khairuddin menyampaikan cenderahati kepada Profesor Dr Othman
Lebih banyak foto klik sini http://facebook.com/skbangi
Sabtu, 25 September 2010

Lawatan Guru ke Ladang Cendawan

25 September 2010. SEPANG. Guru-guru SK Bangidan staf sokongan telah mengikuti lawatan ke Ladang Cendawan milik En.Nabil bin Sanusi. Beliau yang baru berusia 39 tahun telah menikmati kehidupan yang agak selesa atas usaha gigih selama ini.

Penulis dan 4 orang rakan membawa DSLR untuk mencuri kesempatan mengambil gambar. Hari ini saya belajar banyak perkara tentang penggunaan kamera DSRL.

Biasanya saya menggunakan mode P untuk mengambil gambar, dan langsung tidak pernah menggunakan mode M, namun hari, atas bantuan dan tunjuk ajar suami Cikgu Afidah, saya berjaya menggunakan mode M dengan baik.

Terima Kasih tuan.. atas ilmunya.. Gambar atas, Cikgu Faizal, GPK Kokurikulum turut membawa D5000 nya.


En.Nabil menyampaikan taklimatnya, di sebelah kanan ialah cendawan yang diambil dari tempat pembiakannya.
Pengerusi BKG En.Firdaus berdiri sebelah kiri bersama En.Nabil
Snap..jangan snake sudah...bahaya

Orang lama SKB

Peluang bergambar tidak dilepaskan... Masa nak balik...

Alamak, kereta yang Cikgu Amin bawa tersangkut...terpaksalah gotong-royong ramai-ramai menolaknya

Rombongan kemudian bergerak menuju ke lokasi penternakan ikan keli bersebelahan Nur Bukit UNggul



Salah seorang guru melihat sambil memikirkan kejadian Tuhan Maha Pencipta


Gambar semasa pulang, bunga raya di tepi jalan
Jumaat, 24 September 2010

Awal Alam Remaja

Menempuh Alam Remaja sememangnya menyeronokkan, namun penuh dengan dugaan. Murid Tahun 6 SK Sg Ramal Dalam ini bergembira, gara-gara UPSR sudah tamat. Ceramah pun disampaikan dalam suasana sedikit santai.

Namun dihujung ceramah, penulis menyelitkan unsur keagamaan, betapa pentingnya seorang manusia menjaga solat, kewajipan ini terletak disetiap pundak orang muslim apabila cukup umur yang ditandai oleh wet dream bagi lelaki.

Cikgu, tutup gambar tu dulu, kata seorang murid kerana tidak sanggup melihat wajah mayat yang mati gara-gara merempit. Hujungnya lagi, lebih ramai yang menutup mata, maklum dah lewat malam, (jam 11.00 malam), takut melihat wajah mayat pemuda 17 tahun yang mati dan berubah wajahnya kerana tidak sembahyang.
Khamis, 23 September 2010

Bangunan sekolah ku dulu

Saya pernah menulis dalam blog ini, bahagian biodataku,bagi yg belum baca, boleh rujuk sini, sekolah menengah saya yang pertama, SMU Arab Darul Anuar Pulau Melaka, sekolahnya tiada berpagar, masa mula-mula datang saya disambut dibangunan separuh batu inilah. Tempat bernombor 1 adalah Idarah (pejabat) sekolah, nombor 2 ialah kelas saya.
Bangunannya separuh batu, lapangan yang kelihatan ialah tempat kami berhimpun setiap hari Ahad. Kini sudah di tar.

Waktu mula-mula datang, Ustaz Syafie yang jadi Mudir (Pengetua) di sini, ada Almarhum Ustaz Ali di sini (Batu 2). Bumbung di hujung bangunan (sebelah kanan) ialah kelas PASTI.

Tempat kami menerima pesanan oleh Ustazah Qomariah pun disini. (No 1).

Di atas tapak yang sama kini bangunan ini sudah tiada lagi, disini telah dibangun bangunan Maahad Tahfiz Darul Anuar 3 tingkat. Sebelah kanan ialah Masjid Pulau Melaka. Dari 1990 hingga 1995 saya bersekolah disini, 1996 saya tingkatan enam, walaupun sudah berpindah di SMU (A) Tarbiah Mardhiah Pancor Kemumin, saya masih tinggal di sini, menjaga adik-adik sebagai pengawas pondok.

Kaulah Tuhanku Yang Satu


Kau Yang Satu
Kaulah Yang Maha Esa
Kaulah Yang Maha Pengasih
Kaulah Yang Maha Penyayang
Tiada hidup tanpaMu Kaulah Yang Maha Agung
Kaulah Yang Maha Mengetahui
Tuhan dunia akhirat
Tiada aku tanpaMu Bilaku rasa pilu
Bilaku rasa resah
Bilaku kekosongan Kau tempatku mengadu
OH Tuhan yang satu Engkaulah Tuhan yang satu
Segala puji-pujianku
Tujukan padaMU..padaMU
Dan hidup dan matiku hanyalah
UntukMu..untukMu...untukMU
Rabu, 22 September 2010

Terima Kasih Murid


Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada semua murid tahun 6 di atas kehadiran semua ke peperiksaan UPSR 2010. Kepada murid tahun 4 dan 5,terima kasih juga kerana dapat memberi kerjasama kepada guru-guru dan abang dan kakak kamu untuk menghadapi peperiksaan yang besar ini, terima kasih juga kepada semua ibu dan bapa yang telah memberikan yang terbaik untuk anak-anaknya dan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua guru-guru yang terlibat secara langsung dan tidak, untuk membantu murid-murid dari tahun 1 hingga darjah 6.
Selasa, 21 September 2010

UPSR : Antara Doa dan Debaran



Entah mengapa, debaran tahun ini cukup menggoncangkan, doa juga amat diresapi, air mata hampir berguyur, sembari doa buat anak-anak dibacakan,walau sesingkat cuma. Untuk catatan sejarah, SK Bangi telah merekod pencapaian yang terbaik pada tahun lepas, dengan pungutan 35 orang mencapai 5A...itupun kerana murid masih bergabung antara Bangi Lama dan Seputar Sri Putra.

2010, kami berpisah, hasrat untuk mencatat semula rekod gemilang amat mendebarkan. Mimpi dan impian sering bergulir. Antara perasaan yakin dan kurang sentiasa ada.

Ah..guru-guru sudah buat yang terbaik, semua guru SKB selama ini adalah yang cemerlang. Rekod 35 orang mendapat 5A pun gara-gara tangan dan suara mereka. Moga-moga doa ibubapa tak kurang hebatnya...untuk melihat anak-anak mereka berjaya, sekurang-kurangnya ke menara gading.



Doa dan bacaan Yasin dari sebahagian guru-guru mengiringi anak-anak di dalam dewan peperiksaan 2 hari berturut-turut.

Hari ini, yang ada hanya doa, hari ini, yang boleh dibuat adalah doa, menyiram harapan yang sekian lama di tanam. Semoga benihnya tumbuh, pucuknya mengintai, daunnya kan berkembang dan akhirnya hasil yang dipanen. Zaman mereka kini tak sama zaman kita dulu, apatah zaman ibu ayah dan nenek kita yang sudah tiada, entah apa yang berputar dalam minda mereka, moga hidup ini akan membahgiakan mereka, dan sinaran mentari kan membawa cahaya hidayah, bahawa... hidup ini sementara cuma.... sementara cuma.
Isnin, 20 September 2010

Ugut Mak Di Hari Raya

Ketika saya menemubual seorang penagih di pusat khidmat AADK Kota Bharu, (hari raya keempat) ada satu keluarga datang, tujuan kedatangannya adalah untuk melaporkan anaknya yang berusia 16 tahun.

Kisahnya ketika semua orang pergi beraya, dia duduk dalam rumah. Semasa keluarga pulang hendak masuk ke dalam rumah, dia telah mengunci kesemua pintu dan tingkap. Ibunya pun meminta tolong dia bukakan pintu. Dia bukan mahu buka pintu, malah mengugut ibunya, kalau berani naik, saya akan tikam mak...

Tengok tu, baru usia 16 tahun. Sebab itu, Hafney (Pengerusi Pendamai Malaysia) pernah berkata begini "Kalau kita baru tahu ada seorang antara ahli keluarga kita yang menjadi penagih, kita sebenarnya sudah terlambat" Ya..sudah terlambat, kerana kita sudah tidak boleh menolong dia lagi. Di dalam buku Addiction Counselling mengatakan, seseorang yang ingin menjadi penolong kepada penagih, hendaklah terdiri dari orang yang pakar didalam bidang penagihan, ini termasuklah psikologi, ilmu farmakologi dan kaunseling penagihan.

So, keluarga memang tak punya ilmu itu semua kan. Maknanya betullah kata Hafney tadi, jika kita baru tahu, sebenarnya kita sudah terlewat, usaha yang sepatutnya kita lakukan adalah pencegahan pencegahan peringkat awal lagi, semenjak di bangku sekolah rendah. Malah kawan-kawan saya pernah mengadakan program pencegahan di sekolah tadika.

Inilah masalahnya, bila ada anak menagih, kebiasaan famili tidak sedar dan langsung tidak tahu menahu. So, ada beberapa tips kalau nak cegah dari awal.

1. Anak kita, mesti kita yang uruskan, bukan orang lain, mana dia pergi, dengan siapa dia jumpa, di mana rumah kawannya, semua kena ambil tahu, jangan sampai jiran bagi tau, anak perempuan awak tu berbonceng dengan jantan mana entah... alamak.... dah tersasar jauh tu.

2. Yang kedua, soal sembahyang, jangan pandang remeh, sesungguhnya solat itu boleh mencegah seseorang dari fahsyar dan mungkar, dosa kecil dan besar, bila dibuat dengan betul-betul, So, solat jangan asal di dirikan, tetapi belajarlah apa itu solat, untuk apa solat, dengan siapa kita berdepan, siapa Dia, hayati makna bacaan, kalau tak tahu, wajib belajar...WAJIB...ingat...

3. Sama-samalah kita jaga anak kita dan anak jiran. Kalau anak jiran menagih, dan kita tak kisah, anak kita pun boleh terjangkit sama tau. So, kalimat jangan jaga tepi kain orang kadang-kadang tak boleh pakai, sebab berdasarkan hadis Nabi,"barangsiapa melihat kemungkaran hendaklah dia mengubahnya dengan tangan, kalau tak boleh dengan lisannya dan kalau tak boleh jugak, hendaklah dia merasa benci dalam hatinya"

Kadang-kadang kita tengok ramai budak yang ponteng sekolah duduk dikaki lima, belakang tandas Shell Jalan Reko, di tangga metro Kajang, belakang kedai Chip Lee, tetapi tiada siapa yang peduli...semua orang mungkin berkata, "ah, bukan anak aku, mak bapak dia pun tak peduli, ini pulak aku nak tanya-tanya, sorry..."

Mungkin juga persepsi sedemikian datang kerana bukan kebaikan yang didapat hasil menegur, bahkan kejahatan orang tersebut yang diterima. So, sikap setengah pihak terpaksa mendiamkan diri...juga sebagai antara tanda-tanda dunia ini hampir kiamat.



Manusia kebanyakkan lalai dan alfa..bahawa hidup ini sementara cuma, setiap detik jarum jam bergerak, ertinya semakin singkat perjalanan hidup ini.Orang tidak lalai adalah, orang yang sentiasa memikirkan, kemana dia akan pergi setelah jasadnya berpisah dari ruhnya...

Penagih dadah Terengganu meningkat 1,366.67%

KUALA TERENGGANU - Terengganu merekodkan jumlah penagih dadah yang tinggi sepanjang tujuh bulan pertama tahun ini iaitu sebanyak 1,584 penagih berbanding hanya 108 bagi tempoh yang sama tahun lalu iaitu meningkat kepada 1,366.67 peratus.

Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) negeri Terengganu Wan Addenan Wan Mohd. Noor berkata, daerah Besut mencatatkan bilangan penagih paling tinggi iaitu seramai 445 diikuti daerah Kemaman (351) dan Kuala Terengganu (229) manakala Dungun (188), Hulu Terengganu (128) dan Setiu (91).

"Kita dapati daerah-daerah yang berada di sempadan mencatatkan penagihan yang tinggi seperti Besut dan Kemaman manakala daerah-daerah lain juga turut meningkat,” katanya ketika ditemui pada majlis Hari Raya AADK negeri Terengganu di sini hari ini.

Beliau berkata, mengikut profil penagih, 98.2 peratus adalah lelaki dan 98.5 peratus merupakan keturunan Melayu manakala 78.53 peratus terdiri daripada golongan belia yang berumur antara 19 dan 39 tahun.

Katanya, sebanyak 32.36 peratus penagih pula mengambil methamphetamine, 12.63 peratus morfin manakala 9.72 peratus penagih amphetamine. - Bernama
Ahad, 19 September 2010

Bertemu Penagih di Hari Raya

Dalam minda saya ada satu perkara yang belum beres..iaitu membukukan turning point, ini hasil saranan sahabat baik saya dari pasir puteh, En.Zukurnan yang juga dikenali Cikgu Nan ADK. Beliau turut aktif membantu bekas dan penagih di daerahnya lewat AADK, khabarnya..negeri kami banyak sangat pil kuda...

Untuk itu, saya telah membuat satu temujanji dengan penagih, hari raya keempat adalah waktunya, untuk makluman, dalam dunia penagihan, penagih yang sudah pun berhenti dari penagih, tetap dipanggil penagih, walaupun sudah sekian tahun mereka berhenti.(Foto kecil, Cikgu Nan AADK)

Ini kerana, any time mereka boleh jatuh semula, (relapse), dalam lembah penagihan, kerana rasa triggers..yakni rindu mereka pada heroin, morfin masih melekat di sanubari yang paling dalam...

So, nama mereka masih penagih ya, baiklah, saya cuba menarik sedikit hasil perbualan kami pada hari itu, untuk bacaan tuan-tuan yang ingin mengenali lebih mendalam dunia penagihan ini, seorang klien yang saya temui berasal dari Selangor, sudah 8 kali katanya masuk penjara, dan di usia 42 tahun sekarang ini, dia sudah merasakan tinggal dalam 4 buah pusat serenti.

Pada akhirnya, dia tidak mahu lagi pulang ke negeri asalnya, dia tetap mahu tinggal di Kelantan, padahal kaunselor, memintanya balik dahulu ke negeri nya, bertemulah dulu dengan ibu dan ayah, tak mahu!! Kalau saya balik juga, saya pasti akan jatuh semula. Saya bertanya...kenapa memilih Kelantan..jawabnya "disini tiada dadah pilihan saya". Saya amat gemar pada morfin, kalau dadah jenis lain, bila-bila masa saya boleh tolak katanya, tetapi, kalau morfin...saya tak berdaya.

Saya berkeras dengan kaunselor saya, minta diletakkan di negeri Kelantan,yang mana akhirnya saya berada di sini, (salah sebuah pusat pemulihan). Saya cuba mengorek sedikit rahsia, bagaimana awalnya dia boleh terlibat dalam kancah penagihan.

Dia mengakui, ketika usia masih sekolah rendah, ibu dan bapa bercerai, kerana itu dia tinggal dengan nenek, maklumlah katanya, semua yang saya nak,semua dibagi, kerana cucu kesayangan. Saya bergaul dengan rakan-rakan, hisap rokok sehingga akhirnya saya mencuba ganja. Saya sering tertidur waktu tengok TV....tetapi saya tidak sedar apa itu semua...namun ketika saya hijrah ke KL, baru saya tahu, itulah namanya GIAN.

Sampai di KL, tinggal dengan kawan-kawan, ada antara mereka menawarkan pada saya heroin,mereka tanya kamu nak tak? Saya jawab, eh...banyak ke ada...ambillah, ambillah banyak-banyak, berapa ada, nanti aku bayarkan...masa tu dia duit banyak, kerja sebagai tukang masak.

Mulailah dunia penagihan lebih berat bermula, dari smart menjadi celaru, dari bertanggungjawab menjadi tidak menentu, akhirnya dia dibuang kerja, saya katanya, pernah tinggal dibawah jambatan dekat bus stand Klang selama 3 tahun.

Pernah jeck (suntik) tak awalnya...?Tak...saya tak main jek katanya,saya takut...saya selalu tanya kawan, eh sakit tak...eh sakit tak, namun pada satu hari, saya terpaksa minta di suntik oleh kawan, kerana waktu itu bekalan dah hampir berkurangan. Maka bermula lah pula episod pengambilan dadah secara suntikan.

Setelah ditangkap beberapa kali, sehingga 8 kali saya masuk penjara, maka sekarang saya betul-betul nak berhenti. Eh..dulu tak pernah ke nak berhenti? Tanya saya. Soalan ini biasanya mengundang jawapan yang serupa. Encik...kalau ditanya pada semua penagih, mereka semua ingin berhenti sebenarnya, tetapi mereka tidak tahu, bagaimana caranya untuk berhenti.

Saya pernah hisap sebanyak-banyaknya sampai pengsan berkali-kali, kerana geram pada diri sendiri, hah...nak sangat, ambik kau...katanya pada diri sendiri dulu. Hmmm...apakah point yang sebenar-benar point dia nak berhenti? Masih lagi tiada jawapan.

Masih belum menemui jawapan yang pasti, apakah sebab yang menjadi point terbesar anda ingin berhenti ?

Penulis bersama kawan-kawan ketika berada di Sabah, dalam lawatan ke Pusat Serenti Papar

Akuinya, faktor umur lah, saya dah masuk 42 tahun, di usia begini, saya juga ingin keluarga, kereta dan pekerjaan macam orang lain. Setelah mengandun jawapan-jawapan beliau, saya temui satu titik kesimpulan yang sangat bermakna. Ya ....anda fikir semakin lama semakin bertambah usia, yang mana di hujung kehidupan ini ada kematian, bukankah anda memikir bekal untuk pulang masih belum lengkap? Ya...itulah sebenarnya akui dia. Jikalah hidup ini tiada bernokhtah, pasti saya masih tenggelam dalam lautan gian, triggers, relapse, jatuh dan bangun. Namun kerana mengingati kematianlah, saya ingin berhenti.

Kerana itu, saya pernah mengusulkan kepada orang besar di Pusat Serenti Papar, kalau boleh adakan sebuah lubang kubur di sini, tujuannya untuk dijadikan iktibar kepada ahli keluarga di pusat serenti, adakan program masuk kubur, macam di Kuala Kubu Baharu...insya Allah akan ada manfaatnya..kata saya... Hmmm....Timbalan Komandan masa itu bersetuju dengan usulan saya.

Saya mengusul demikian mengingat di Kuala Kubu Bharu, ada program masuk kubur kepada semua pegawai kerajaan di negeri Selangor, termasuk Datuk Seri Khir Toyo pun pernah masuk situ, dan juga berdasarkan amalan wali-wali, lihatlah di Perkampungan Sungai Cincin Gombak Selangor, ada sebuah makam wali disitu, beliau menjadikan kubur jugak sebagai ubat hati bagi anak muridnya yang melanggar perataran.

Dan....Quran dan Hadis yang menjadi pegangan kita umat Islam, sering mengingatkan kita akan kematian, perhatikan ayat, wal asri...innal insaana lafi khusrin... dan lagi, afatak furuuna billahi wa kuntum amwaata...fa ahyakum..., Mengapa kamu sampai boleh menderhakai Allah? padahal kamu dulunya mati..kemudian Kami hidupkan, dan kemudian nya kamu akan mati lagi.... dan akhirnya kamu akan bertemu denganKu... So...apakah kamu tidak berfikir tentang kematian?

Justeru, mati menjadi ubat yang sangat mujarab bagi hati yang keras membeku, saya menyarankan, jadikan mati sebahagian dari tazkirah, pengingatan, kepada siapa sahaja, anak yang degil, boleh menjadi lembut jiwanya, dek kerana ingat mati, Raja yang Zalim, pun akan berubah bila sedar dia akan pergi....kerana.....ribuan manusia yang ditangkap dan disumbat ke pusat serenti dan penjara, berapa kerat yang sedar dan insaf setelah dia keluar dari sel itu?

Mungkin ini satu dari kegagalan usaha kita untuk mendidik masyarakat supaya kembali kepada cara hidup yang harmoni, aman damai bahagia sentosa dibawah payungan rahmat dan kasih sayang Allah Taala. Kita menolak ke tepi pandangan Quran, kita letak didalam rak, saranan yang amat berkesan... so..tidak hairanlah, pelbagai idea, cadangan, saranan semuanya menjadi bahan ujikaji pihak yang tidak mengenal Tuhannya.
Jumaat, 17 September 2010

Kalaulah di Indonesia

Selama, 4 tahun (1998-2002) saya tinggal di Banda Aceh, Indonesia, siaran TV yang paling menarik ialah RCTI. Petang-petang TEPAT jam 5 akan ke udara berita utama, (kalau di Malaysia berita Utamanya jam 8 malam).

Biasanya waktu ini, saya pasti berada di Mess Malaysia atau di warung kopi Yusti (Warkop). Apabila jarum jam tepat pukul 5, suara dari TV akan menggetarkan speaker TV..Lintas....Limo... begitulah bunyinya.

Banyak juga kes jenayah disiarkan di sana. Antaranya aksi rompakan, ragut, pecah rumah, curi, simbah minyak, bakar dan bunuh. Yang menariknya, jika pelaku (suspek) ditangkap, mereka dipaksa oleh pihak berkuasa supaya menunjukkan semula aksi mereka melakukan adegan tersebut. Bagaimana dia meragut, membacok, memukul, atau membakar manusia sang mangsa.

Berita Tv akan menyiarkan semula lakonan tersebut. Jadi, kita boleh saksikan betapa sadis dan ngerinya nyawa sang mangsa dihabisi oleh pelaku. Jikalah TV3 mengikut jejak langkah itu tadi, pastinya jiwa kita lebih meruntun..ya kan...

Begitu juga dengan mangsa kemalangan, kata Mazidul Akmal Sidek, jika berlaku kemalangan, jurukamera akan menyorot tepat pada mangsa, jika kepala pecah sampai keluar otak, itu yang diambil dan ditayang untuk tontonan umum.

Nah, baru anak muda yang suka jadi hero gementar, baru tahu gerun dan baru tahu dia, betapa tidak bergunanya merempit tak tentu arah, yang mana akhirnya, bukan rokok sebungkus yang menjadi hadiah, tetapi sebatang tiang elektrik yang kukuh menjadi mangsa. Akhirnya kepala terkobek, darah mengalir, otak berhamburan, tiada lagi.... gedebe, ganas, tolol....

So, saya punya pendapat, alangkah bagusnya, jika kita dapat saksikan bagaimana lakonan semula 4 mangsa pembunuhan di habisi, untuk menyesapi betapa peritnya kesakitan, walau hanya seketika di dunia....dapat mesej tak? Nah...jika macam tu pun sudah terlalu sakit, apalagi jika berdepan siksaan api neraka yang para malaikatnya tidak tahu kesian belas...dia pun berhati kering ...ops....betul ke..sebenarnya ada kisah pasal hati kering ni..nak tahu baca sini

Masih Mood Raya 2010.

Jadual hari ini, walaupun hari bekerja,petangnya sempat beraya di beberapa buah rumah

Rumah paling awal, saudara Razif di Persint 9 Putra Jaya. Dari Bangi Lama lewat Sungai Buah,kemudian ke PICC dan akhirnya ke Persint 9.

Petangnya, beraya di Jalan Enam Kaki, Beranang

Malamnya singgah di klinik 1Malaysia, bukan nak raya, tapi anak sulung mulai panas, raya-raya demam jugak, inilah klinik Satu Malaysia Nilai, letaknya di taman semarak, Terima Kasih Dato Seri Najib.Inilah rakyat didahulukan. Kalau duit dah kurang lepas raya ni, elok lah ke klinik 1Malaysia.

Harapan Semua


Saat-saat cemas, inilah masanya guru dilihat lebih grogi, cemas dan gerun dengan suasana. Pada lubuk hati yang paling dalam berkata, tak usahlah ambil UPSR dulu, sebab kami pun belum yakin kemampuan kamu semua, tapi takdir menentukan... kita di himpit masa, 21 September 2010 pasti akan dilalui.

UPSR adalah penentu selama 6 tahun kamu bersekolah. Jerih payah guru mendidik, hasilnya, sama-sama kita lihat penghujung November nanti.
Rabu, 15 September 2010

Kisah Penagih Sebelum Hari Raya

Sebelum raya saya sempat bertemu seorang penagih yang dalam keadaannya kakinya kudung sebelah. Lantaran kesukaran yang dihadapinya, duduk diatas sebuah kerusi roda, penulis mencari kesempatan untuk mendapat kisah lanjutnya.

Sebelumnya, kaki dia normal, bekerja sebagai penjaga pencawang TNB katanya, namun dia suka mengambil dadah, pil-pil domicom dan beberapa jenis dadah lain yang dicampur. Dia akhirnya mengalami over dos akibat berlebihan dadah yang masuk ke tubuh nya melalui cara suntikan. Walaupun begitu, dia dan kawannya masih menunggang motosikal dalam keadaan high. Ketika dia membonceng motosikal, rakannya yang memandu telah melanggar sebuah lori. Malang nasib kawannya, mati ditempat kejadian, sementara dia dibawa ke hospital Klang, kemudian dipindah ke Hospital Universiti, akhirnya kakinya terpaksa dipotong.

Pulang ke rumah,akibat tekanan yang dihadapi, pun dia masih mencari dadah untuk mengatasi tekanan. Disaat itulah, polis telah menangkapnya dan dia akhirnya berada di salah sebuah pusat serenti dalam keadaan cacat. Penulis bertanya, susah tak kalau dah jadi macam ni? Saja je Tanya, memang susah la encik katanya, nak ke tandas susah, nak berdiri payah. Tunggu kisah penagih selepas raya.

Terima Kasih kerana membaca
Selasa, 14 September 2010

Pengisian Aidil Fitri

Menjadikan Aidil Fitri Penuh Makna

Assalamualaikum, dan salam sejahtera, syukur kepada Tuhan yang menjadikan diri kita, juga telah kerana memanjangkan usia kita, hingga bertemu di saat ini, twit twiit....twit twiiittt... tefelon berbunyi, ketika malam dan hari, saya menerima banyak sms dari rakan-rakan, untuk menambah seri dan memaknai hari raya, jauh dan dekat semua ada, dari Dungun sampai ke Cairo sana, termasuk rakan-rakan non-muslim, thank you so much for Amutha and Vijaya.

Tetap Pergi
Saudara...., ketika kita berada lama diperantauan, banyak berita, kisah dan cerita yang berlaku dikampung tidak kita ketahui, untung hari raya tahun ini masih jadi, kerana hari raya lah, kita bertemu sanak famili, dan dikhabarkan si anu dan si anu telah pun pergi. Pergi menyambut panggilan Ilahi.

Ada yang mungkin sudah layak dipanggil, dan ada yang masih muda, gagah, tengah menginjak kaya, namun dia tetap pergi jua. Itulah kehidupan, ada awal dan akhirnya.

Dalam pada itu, ada di akhbar, berita orang meninggal diperjalanan pulang ke desa untuk beraya. Entah kerana lalainya dia, atau kerana teledurnya orang lain.

Yang jelas, saya tak faham satu hal, kenapa setiap kali ada orang meninggal, pasti ada yang menyebut perkataan ini....saya redha dia pergi, mungkin tuhan lebih sayangkan dirinya. Atau tuhan memang menyayangi dirinya yakni si mati. Sedangkan jelas, adakalanya sampai keluar di akhbar harian, bahawa di mati tadi, jangankan berkerudung, mengamalkan syariat yang lain pun jelas ngawur...(kuca lana).

Lebih Sayang atau Kurang Sayang

Apa betul? Setiap yang mati atau meninggal itu kerana Tuhan LEBIH sayang? Siapa yang berani tampil memberi jaminan, bahawa kesemua kematian itu kerana sayangnya Tuhan? Inilah antara yang berlegar dalam minda saya setiap kali ada yang pergi...

Namun kita yang masih bernafas, elok bersiap-siap, untuk menghadapi saatnya perpisahan..dan apakah orang akan menyebut kita nanti, seperti perkataan di atas...(Tuhan lebih sayangkan anda) Apa hubungan sayang dan mati? Kalau begitu, apakah yang masih hidup, itu maknanya tuhan kurang sayang? Atau langsung tidak sayang? Bukan kah sepatutnya, kalau tuhan sayangkan seseorang, Dia akan memanjangkan umur seseorang itu? Walaupun jasad sudah berkubur didalam tanah, tetapi namanya tetap harum dan mewangi ditaman-taman ruhani, dan tetap disebut-sebut orang, bagaikan dia belum lagi mati. Laksana Muhammad Nabi terpuji.

Kita letak tepi dulu soal sayang atau tidak, itu cuma brainstorming...sebagai buah fikiran untuk anda yang mahu berfikir..

Baiklah, saya mengajak anda semua, sempena lebaran ini, sesuai dengan nama iedul fitri, (kembali ke asal fitrah) ,bila pulang ke kampung setahun atau 2 tahun sekali, anda tentu bertemu dengan orang yang lama anda terputus silaturrahim dengan mereka.

Mungkin itu kawan kita, atau adik, abang dan saudara mara kita. Nah, ada antara mereka yang juga jelas melanggar syariat Ilahi, tidak solat, tidak berkerudung, main judi, toto, nombor ekor, dan sebagainya berupa maksiat, nah, anda sedar itu semua, lewat omongan orang lain bukan? Dan anda sebenarnya layak memberi nasihat kepada mereka, sebagai orang yang tahu, sebagai orang yang lebih dewasa, lebih berjaya dan lebih segalanya.

Sebenarnya ini adalah peluang. Ya..peluang untuk anda bertindak, jangan biarkan sahaja perbuatan mungkar ahli keluarga itu terus berlaku. Seharusnya anda memberi nasihat. Curilah masa dan peluang untuk menyampaikan nasihat agama. Kalau bukan anda, siapa lagi. Kalau boleh berikan kata-kata pukulan maut, kerana kesempatan ini mungkin tidak berulang kembali.

Mungkin....ketika anda pulang ke kota, sebelum bertemu hari raya tahun hadapan, mereka sudah pun meninggal. Anda mungkin berdosa, maaf, sekali lagi, anda mungkin berdosa, kerana tidak menegur perbuatan, maksiat dan dosa, bahkan membiarkannya, sedangkan ianya dibawah tanggungjawab anda sebagai ahli keluarga.

Jaga Hati

Bawalah mereka kembali di asal fitrah agama. Addienun Nasihah. Agama itu nasihat. Saling nasihat, kadang-kadang tidak perlu lagi nak jaga hati orang. Apa guna kita duk pendam kesalahan seseorang dalam fikiran kita, kononnya nak jaga hati dia supaya tidak terasa, padahal kalau kita sayangkan dia, yang lebih utama ialah menjaga jasadnya dari menjadi bahan bakar api neraka. Jangan sampai berat mulut menegur keluarga sendiri. Yang perempuan entah dimana kerudung, yang lelaki entah bila sembahyangnya, maghrib isya lewat begitu saja.

Kalau Bukan Anda, Siapa Lagi

Saudara, mungkin kita menghadapi masalah yang sama, kerana itu saya berkongsi tulisan ini, supaya anda tidak bertangguh, kerana sesungguhnya, antara amalan hidup orang bertakwa adalah, apabila seseorang diantara kamu melihat kemungkaran, maka ubahlah dengan tangannya, bukan kah dengan tangan ertinya dengan kuasa? Anda adalah seorang abang, kakak, title abang dan kakak itu adalah kuasa, untuk menegur adik-adik sendiri...kalau bukan anda, siapa lagi? Ingat..anda mungkin berdosa..kerana membiarkan dan merelakan maksiat terus berlaku didepan mata anda.

Lebaran Merungkai Erti Keluarga

Lebaran ini penulis mengambil kesempatan untuk bergambar dengan sanak saudara. Berikut adalah beberapa keping foto yang menjadi kenangan lebaran ini. Nikon D90 memang menceriakan suasana.


Pak Su yang membantu saya sebelum ke Aceh kisah lanjut dalam biodataku..sekarang Pak Su sudah tidak dapat berjalan jauh, kerana matanya disahkan ada sejenis penyakit...ketarak..

Al-Hafiz Al-Ustaz Haswadi yang melorongkan saya ke Selayang Pandang 1998..

2 orang buah hati..Syaza dan Syazwiena

Di rumah nenek saudara (baju biru,tudung putih)...hanya inilah satu-satunya nenek saudara sebelah ibu yang tinggal, adik bongsu kepada arwah nenek saya.

Inilah deretan sepupu saya, ummi nya bertudung putih duduk didepan..


(Baju Kuning) Al-Hafiz Ustaz Nazaruddin yang pernah memberi laluan saya bekhidmat di PERMATA..

Masih lagi bersama sepupu...dan bapa saudara

Inilah rumah kelahiran ku..
Kampung Kubang Tuman dimana jasad ini dilahirkan 34 tahun yang lalu

Guru Besar sekolah rendah dahulu, (SK Padang Garong,Komp.Sekolah2) Cikgu Mat..Alhamdulillah, masih sempat ke rumah mantan guru sekolah rendah dahulu, walaupun beliau tidak pernah mengajar saya, tetapi namanya masih dalam ingatan, dan beliau kini sudah mencecah 80 tahun, katanya banyak memori dah terlupa..beliau sebenarnya berasal di Salor, pernah menjadi guru di Sk Padang Garong 30 tahun, sebelum pencen, dilantik menjadi Guru Besar di situ, selepas beliau pergi, Cikgu Amri datang mengantikan tempatnya.
Selasa, 7 September 2010

Faktor Turning Point

Saya sedang berusaha untuk mengumpul 30 orang bekas penagih yang berselerakan di seluruh Malaysia, atas tujuan untuk mengumpul faktor terbesar kenapa mereka ingin pulih (turning point). Untuk itu, saya telah menghubungi Presiden Pendamai Malaysia, dan juga Dr.Halim Hussin (USIM) Pakar Rujuk Berkaitan Dadah Asia dan juga Ketua Penyelidik Dadah Asia. Beliau bersetuju.Langkah kedua mungkin bermula selepas raya.

(Catatan lama
)

Untuk makluman semua pembaca, blog saya dikunjungi oleh para guru, pegawai kerajaan dan juga keluarga kepada penagih. Memang saya sengaja invite mereka datang untuk melihat catatan saya sepanjang perjalanan ini. Ada mutiara yang bertaburan, ada juga batu kerikil, Pilihlah....you get what you want.

Pada anda semua, dari Brunei dan Indonesia, dari Malaysia dan serata alam, saya ucapkan, أهلا و سهلا بكم جميعا , Selamat Datang, Welcome, hana nyang lebih lon rasakan guembira pane nyoe, salain kedatangan dron mandum. Saya lihat sampai ratusan yang datang, namun tidak pula meninggal pesan, entah sengaja mahu berhenti atau singgah sebentar sekadar sejukkan enjin. Terutama dari Brunei. Sering saja ada. Silakan tinggal pesan. Salam ukhuwah fillah, semoga selamanya kita dalam redha ALLAH.

Hari ini, saya membantu 2 orang sahabat di pusat, membuat panggilan terhadap bekas penagih yang sudah keluar, panggilan ini sempena ulang tahun TC yang ke sepuluh. Saya bukan mahu bercerita hal ini sebenarnya, tetapi ada keluarga yang mengharapkan sesuatu apabila menjengah blog ini, untuk panduan mereka sekeluarga, buat melayari bahtera kehidupan sementara masih ada air lautan dan angin yang menolak.

Saya bertanyakan pada sahabat, macam mana mereka semua? Entahlah....jawab mereka, dalam 100 kita call, hanya 10 orang yang keluarganya kata OK. Yang lain, macam-macam jawapan, anak mak cik makin teruk, entah lah, saya pun tak peduli dia lagi, dah puas pegi berubat, anak mak cik dah mati nak......hari-hari habis RM30.00 nak beli benda tu, kerja tak? Tak, tak ada kerja, mak bapak yang tanggung...

Begitulah kebanyakkan jawapan yang kami terima. So, sebagai titik kesimpulan, saya ingin nyatakan, peluang untuk penagih pulih sebenarnya ada, tetapi kadang-kadang terlalu tipis. Masya Allah. Justeru itu, saya bergagah jua, untuk memberikan tips kepada anda yang mungkin hampir kelemasan dalam lautan kehidupan, semoga tips ini boleh menjadi tali kepada anda untuk berpaut, sementara kapal hampir tenggelam. Semoga Anda Selamat.

Begitulah laluan kehidupan penagih, Bukan mudah untuk stop selamanya. Laluannya cukup sukar, apalagi tanpa orang-orang terdekat yang bisa memberi pertolongan yang nyata bagi mereka. Namun bukan mahu meruntuh harapan, cuma bersedialah, untuk kehidupan yang kadang-kalanya kita tidak bersedia langsung untuk itu, tetapi ternyata ia hadir jua dalam hidup kita. Ibarat kata guru saya, tetamu tak di undang. Ya, tetamu.....yang kita tiada undangan...masalah oh masalah.

Untuk berherti, mereka perlukan turning point, kalau dalam agama, namanya HIDAYAH. Anda boleh mencari makna kalimat turning point, dengan menaip kalimat ini pada enjin carian di atas, ada catatan saya jauh hari sebelumnya.

Seorang penagih, Mr.X namanya, saya bertanya berapa lama tuan duduk dalam dunia penagihan? 20 tahun jawabnya. Sekarang memang mahu berhentilah ? Ya, encik..saya dah bosan, duduk dalam keadaan begini, Kenapa boleh ada niat nak berhenti....Oh...satu hari semasa sedang menagih bersama-sama kawan dalam kebun getah. Ada orang datang bagi tau pada member saya, eh...balik mak engkau dah mati lah. Member saya ini tidak peduli, katanya sekejap lagi, yalah tengah gian, mat gian memang tak akan peduli apa kalau tengah gian, lepas tu saya tolong pergi hantar dia balik. Sampai di rumah, semua orang dah tak ada. Mayat sudah siap di timbus dah. Semua acara dah selesai. Orang memang marah, anak tak guna, *!`&8*/|*, macam-macam perkataan orang marah.

Saya rasa sayu, nanti mak saya pun begitu jugak. Dah la, saya insya Allah, bukan kata janji, tapi nak berhenti. Mana yang baik.....pikir-pikir kanlah. Jangan nak mencuba-cuba dadah, sekali hisap, selamanya kau akan ambil. Kecuali orang yang diberikan Hidayah oleh ALLAH. tetapi siapa orang yang tuhan pilih untuk dibagi2 hidayah secara percuma tu....tunggu....

Sebahagian Link Berkaitan Dadah

Dadah : Tambah selera Makan
Masuk Kubur Bersama Dadah
Penulis Bersama Presiden PENDAMAI Malaysia
Kenali Penagih
Penulis berceramah di sekolah rendah
2012 : Hasrat Bebas Dadah
Nenek Pun suka Dadah
Mantan Imam, Terlibat Dadah
Bagaimana Membantu Penagih
Apa Itu Turning Point
Langkah Kaunseling Dengan Murid Menagih
Mengintai Turning Point Dalam Kehidupan
Menunggu Hidayah Dari Langit
Penulis Bersama Staf AADK di Negeri Sembilan
Isnin, 6 September 2010

Anak Saya Tak Curi pun..dia pinjam je

Kriing....Kriiinggg..panggilan dari siapa ini?

Pemanggil : Hello ini siapa? Ada call saya tadi?

Guru : (emmmm..ini bapa murid yang saya call pagi tadi 2 kali)..ya, ini cikgu sekolah, guru bimbingan, ya saya ada call encik tadi pasal anak encik ni, saya nak dapat kepastian, dia kata dia ada pergi Tesco semalam bersama ayah dan mak, dan beli pensel tekan..bila saya cakap saya nak tanya ayah dulu, dia jawab ayah saya cepat lupa cikgu..tak pe kalau gitu cikgu akan tanya mak kamu...sebab mak kamu pun ikut sama kan, tak kan dia lupa, sebab resit pembelian tentu masih ada, emmm....mak saya pun cepat lupa jugak.

Pemanggil
: haah...tak de cikgu cikgu...kami memang tak pergi pun
Guru : hmmm....nampaknya dia dah buat cerita ni.. sebenarnya dia bergaduh semalam dengan kawan sekelas, sampai patah pensel tu akibat berebut, kata kawannya itu pensel dia punya, dia pun cakap dia punya, bila saya tanya bila kamu beli, itulah dia kata semalam, tapi...nampaknya macam dah lama...saya terpijak cikgu dia jawab..

Pemanggil : saya dah tahu dah pasal ni, anak saya ada cerita, saya dah bagi duit tadi..tak nak bising-bising...anak saya cakap, semalam cikgu marah-marah kan dia sebab kes pensel kawannya, dulu-dulu pun dia pernah jugak hilang pensel itu ini lah, tapi tak de pulak saya bising-bising kat cikgu..ini bila budak tu buat laporan,terus cikgu ambil tindakan..

Guru :( hmmmmm...tak pernah saya dapat repot pasal anak encik hilang barang) Tak pe lah encik..(tak mau panjang cerita)...kes tadi dah selesai...jadi encik memang ada bagi duit RM5.00 pada anak untuk ganti pensel dia tu ?

Pemanggil
: Ya saya ada bagi malam tadi..pasal budak tu kedekut sangat, tak nak bagi dia pinjam pensel.
Guru : Kalau begitu terima kasih lah encik..

Moral...Inilah antara tugas cikgu, menghubungi keluarga untuk mendapat pengesahan cerita, kadang-kadang ada murid yang mereka cerita untuk menutup kesalahan dirinya, dan bila saya hubungi, macam saya pula kena sindir dan marah, pasal bersegera menanangi kes murid hilang pensel, walhal selama ni belum pernah laporan sampai pada saya.

Moral yang kedua. Ibubapa cuba menutup kes, anaknya menipu cikgu atas nama keluarga, di tutup, cerita kehilangan pensel yang dulu-dulu diangkit semula.

Moral ketiga, kes hilang pensel ini memang sentiasa berlaku, tapi kes ini ialah pensel tekan itu dicuri, di bawa balik ke rumah...

Moral keempat...serig-sering lah semak barang anak kita, mungkin ada yang hilang, boleh kita ganti, mungkin ada penambahan...kita boleh tanya, dari mana ni?

Moral kelima, buat anak-anak murid cikgu, belajarlah redha dengan apa yang ada, barang kita punya adalah hak kita, selain itu semuanya hak orang, jangan lah kerana tertarik dengan orang yang punya, kita mencuri, buat-buat salah ambil atau sebagainya, kerana ini sikap tidak baik.
Sabtu, 4 September 2010

Akan Lengannya Dunia Ini

Hari ini masjid-masjid dan surau dibandar mulai lengang.Masyarakat mulai balik kampung dek cuti yang panjang. Taman-taman perumahan pun mula sunyi. Balik kampung sesungguhnya satu hal yang menyeronokkan. Walaupun perjalanan beribu batu.Sama hal keadaannya dengan anak-anak di sekolah, bunyi loceng terakhir setiap hari amat dinanti-nantikan. Pokoknya, balik adalah suatu hal yang mengembirakan.

Bagaimana gembiranya orang balik kampung, macam mana suka nya sang anak pulang ke pangkuan keluarga,sepatutnya begitulah kita pulang ke kampung abadi kita dengan penuh kegembiraan dan dinantik-nantikan saatnya."Wujuu hun yaumaizin musfirah, wujuuhun yauma izin naa imah" wajah-wajah manusia pada hari itu,(kiamat) berseri-seri dan bergembira.Lantaran pertemuaannya dengan Sang Khaliq, pencipta dan penjaga dirinya selama ini.

Ada kisah, seorang askar yang mabuk berjalan-jalan dek sesat didalam hutan, dia mencari dimana letaknya bandar,bertemulah dia dengan Ibrahim Adham, seorang sufi yang sangat agung.Bertanya ia pada sufi itu, sedang dia tidak kenal siapa yang ditanya.Dimana jalan arah ke bandar? Ibrahim menunjuk pada suatu tempat.

Askar itu pun kesana, makin jauh dia berjalan makin tak nampak bandar, yang ada hanyalah kawasan tanah perkuburan.Lalu dia kembali ke tempat tadi dan mencari manusia Ibrahim Adham. Dipukulnya Ibrahim bertalu-talu kerana telah mempermainkannya.Kejadian ini dilihat orang ramai, lalu di tegur, kenapa kamu memukul seorang wali Allah? Dia adalah Ibrahim Adham. Ibrahim lalu menjelaskan, tadi kamu bertanya dimana bandar, bandar ialah dimana tempat manusia bertambah ramai,maka kuburlah tempatnya. Setelah menyedari dia adalah seorang wali yang besar, askar tadi meminta ampun, lalu rasa keinsafan membenam dalam jiwanya.

Tuan-tuan dapat mesej tak? Coretan saya kali ini ingin mengingatkan kita semua, bahawa perkampungan abadi yang akan kita pulang ialah akhirat. "wal akhiratu khairun wa abqo" dan akhirat itu jauh lebih baik dari dunia dan kekal abadi selama-lamanya. Sedangkan kampung dunia hanyalah sementara, semipermanent, tiada kekal akan ia.So, carilah yang kekal, carilah cinta yang abadi. cinta sama suami, dia akan mati, cinta pada isteri, dia akan pergi. Cinta pada pada benda, ia akan sirna, cinta pada dunia, bagaikan fatamorgana.

Noorhisham Hamzah
Entri ke-1422

Masuk Kubur Bersama Dadah di Poket


Malam tadi saya bersama pengarah dan timbalannya ke sebuah pusat serenti di Kuala Lumpur. Ada satu program khas, yang dibuat setahun sekali, hanya didalam bulan Ramadan. Program yang dinamakan PROBE ini adalah khusus untuk para penagih.

Rasa ingin tahu, apakah pengisian PROBE ini, membuat saya meninggalkan rumah sementara, walau terpaksa pulang jam 3.50 pagi. Baiklah, saya ceritakan sedikit, apa yang berlaku, kerana ada sahabat yang kepingin tahu, tetapi tidak berkesempatan untuk masuk ke tempat ini, dalam program ini, para penagih duduk mengelilingi sebuah replika masjid. Lampu dipadam, hanya tinggal lampu replika itu saja, muzik latar dimainkan, lagu-lagu berkaitan sejarah kehidupan, hari raya dan takbir raya.

Seorang penagih keluar ke tengah-tengah, dia bercerita kisah lampaunya, dizaman penagihannya kenapa dia menagih dan apa sebabnya, seorang kaunselor disitu berkata, dengan program ini mereka akan keluarkan segala isi hati, yang selama ini mereka simpan bertahun, tak keluar pun dalam sesi kaunseling individu dan kelompok, malah mereka tak pernah pun menangis. Namun malam ini, mata mereka tak mampu membendung air lagi...

Seorang demi seorang keluar, ini antara kisah yang boleh saya paparkan untuk maklumat anda. Ada seorang penagih, katanya dulu aku tak pernah pun kisah apa nak jadi dengan orang tuaku, mau sakit kah, mau apakah, yang penting aku ada dadah, malah bila suatu pagi speaker di surau mengumumkan mak aku meninggal, aku langsung tidak tau bersedih...dan pada ketika aku menurunkan mayat ibuku ke dalam liang lahad, orang tak tau ada sepeket dadah dalam poket seluarku.

Kisah kedua, replika masjid ini sangat bermakna bagiku, kerana dulu aku tak pernah pun tau apa itu solat yang sebenarnya, aku hanya ikut-ikut, surau lah menjadi port aku dan rakan-rakan menagih, mencuri dan membahagi-bahagikan hasil barang curian. Selama bertahun-tahun aku tak kenal apa itu makna hari raya, kerana setiap kali raya, aku bukan ada dirumah, aku di penjara dan pusat serenti.

Kisah ketiga, seorang bapa menjual tanahnya untuk mendirikan sebuah surau, bertahun-tahun bapanya membina sebuah surau, tetapi dia penagih. Ibunya mengajak bapa ke Mekah, tetapi bapanya menolak sebab minta bawa dia dahulu untuk bertaubat di Mekah, lalu pergilah dia menunaikan umrah tanpa sesen pun modal, sampai ke Mekah dia mencium hajar aswad, dan bertaubat, gembiralah ibunya sehingga sekampung diberitahu dia dan anaknya dapat tawaf bersama, namun....aku adalah penagih yang paling bodoh.....kesempatan itu aku tak hargai, aku kemudiannya, menagih lagi, sehingga bapaku akhirnya menjadi arwah.

Kisah keempat, aku menagih disebabkan oleh bapaku seorang penagih. Dia tidak pernah pedulikan ibuku, wang sekolah adikku pun diabaikan. Semua saudara-mara menyindir aku anak penagih, apa lagi ibu saudaraku... akhirnya untuk membalas dendam...aku pun turut menjadi penagih.

Ada seorang penagih duduk dikerusi roda, kakinya baru dipotong...rasa ingin tahu, kenapa dia cacat? kenapa jadi penagih...saya mendekatinya...sedutan isi temubual akan disiarkan entri berikutnya.

Jumaat, 3 September 2010

Sebuah Apririasi Dari Majalah Pendidik Buat Blog Norish77

k
Terima Kasih kepada sahabat saya En.Fadzli Jusoh yang telah berjaya memuatkan ulasan berkaitan blog saya ini, norish77 di Majalah Pendidik bulan September 2010. Semoga para guru dan kaunselor sudi memiliki atau membacanya. Mari kita tambah semarakkan blog guru, sharing ilmu, sharing is caring kata orang.

Bulan depan, kalau jadi, saya akan menyampaikan sebuah kursus membina laman blog kepada staf sebuah organisasi di Negeri Melaka atas jemputan seorang kenalan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...