Welcome

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Etiam pharetra, tellus sit amet congue vulputate, nisi erat iaculis nibh, vitae feugiat sapien ante eget mauris.

Follow us


Ask a question

Name

Email

Question

Submit

Link Blog

Senarai Blog Saya

Senarai Blog

Sample text


Emel : afraima@yahoo.com..febook : facebook.com/skbangi
.Facebook : facebook.com/skbangi



Blogger

Blogger
Noorhisham Hamzah Sarjana Sosial Islam, Kaunselor SK Bangi, Ijazah Sarjana Muda Indonesia, Ijazah Lanjutan, Drug Abuse, USIM, Emel afraima@yahoo.com

Makam-Makam Nabi

Blogger news

Diri Admin

Noorhisham Hamzah
Emel afraima@yahoo.com
FB facebook.com/skbangi

Blogger templates

Jika terdapat sebarang persoalan untuk dijawab, boleh lah di hantar ke afraima@yahoo.com afraima@yahoo.com

Anda yang Datang

Twitter

Link

Terima Kasih Atas Kunjungan Ilmu dikongsi,ganjaran diharap

ShoutMix chat widget

Pelawat

Halaman

Dikuasakan oleh Blogger.

Twitter

Ads 468x60px

About Me

Teman

Archives

Cari Blog Ini

fb komen

Featured Posts

Isnin, 17 Januari 2011

Ibu Ayah...Sedarlah

BANGI. Minggu kedua persekolahan, saya diberi kepercayaan untuk menyampai satu slot ceramah kepada ibu bapa murid tahun 6 sekolah ini. Walaupun sudah masuk tahun ke 6 saya disini, inilah kali pertama saya diberi peluang seumpama ini.
Saya memulakan dengan sebuah pertanyaan. Dimana kita berada sekarang, dan untuk apa kita disini? Rupanya kita berada di atas sebuah kerusi, dalam sebuah dewan, dalam sebuah sekolah, dalam sebuah bandar kecil, dalam sebuah daerah, dalam sebuah negeri, dalam sebuah negara, dalam sebuah peta dunia... dan akhirnya...dimana kita?

Lihatlah betapa kecilnya sebuah dunia ini..

Amatlah kecil rupanya dunia ini, dan rupanya dia seperti bola. Pantaslah dalam Quran tuhan menyebut, "dan tidak ada apa-apa dalam dunia ini, melainkan seperti sebuah permainan.." Ya..permainan laksana orang bermain bola...
Penuh dengan penipuan, licik, orang yang berjaya mempunyai skill khusus. Ya..dunia ini seperti sebuah permainan, tidak ada permainan yang terus menerus hingga seminggu lamanya, pada bila-bila masa, pasti akan kedengaran suara tiupan wisel, menanda tamatnya sebuah permainan.

Pun begitulah hidup ini..tak ada yang kekal, bila-bila masa, malaikat peniup wisel akan meniupnya tanda tamat lah riwayat hidup bumi ini."almaalu wal banunn fitnah" nyatalah ayat Quran...bahawasanya...harta dan anak-anak adalah cubaan..dugaan ... cubaan buat yang tidak ada anak...cubaan menanggung malu dan berperang dengan perasaan... cubaan jugak bagi orang yang ada anak, setiap anak beragam macam sakitnya... hingga kan ada yang tak sanggup kita menanggungnya..na 'uzubillah..

Hidup pula tak lama, akhirnya ada kematian, pun kematian bukan menamat sebuah kehidupan, tetapi titik permulaan bagi sebuah kehidupan yang bakal kekal selamanya.

Hidup pula penuh dengan kesusahan, dari semenjak kecil, hingga kini, yang tak kawin, dengan caranya, yang kawin turut dilanda masalah, masalah pasangan, masalah tidak ada anak, masalah ada anak tapi cacat dan seribu satu macam masalah.

So...untuk apa ini semua???? Pertanyaan ini saya ulangi beberapa kali, untuk menguatkan lagi di sanubari agar mau berpikir...

Tuan-tuan, hari ini kita bersama anak, hari ini tuan masih sihat, namun satu hari nanti, anak kita akan bersendirian, bersendirian didalam hidup, sendirian ketika menjawab peperiksaan dan dia akan bersendirian menemui tuhannya ke alam barzakh....!!!

Apakah tuan-tuan sampai hati membiarkan dia di azab, di pukul dan siksa sehingga kiamat yang entah bila akan terjadi? Kejayaan itu bukanlah sekadar didalam ujian dan peperiksaan, tetapi kejayaan itu merangkumi soal hidup dan mati.

Apakah selama ini yang tuan-tuan telah berikan untuk kebahgiaan anak-anak sementara tuan-tuan dan puan-puan tiada lagi dimuka bumi ini.

Catatan : 29 Januari 2011.Sebuah sekolah lagi di Rinching Hilir juga berhasrat memanggil saya untuk, program yang sama. Cikgu-cikgu lain akan berbicara soal mata pelajaran, markah, teknik, skill dan lain sebagainya. Sementara saya, saya akan membawa hadirin ke dunia lain, dunia diluar bumi. melihat dan meneropong di mana sekarang kita berada??

Dan untuk apa keberadaan atau eksistensi kita disini?

2 ulasan:

ahmad humairi berkata...

assalamualaikum,

nanti leh bagi ceramah sama kat sekolah saya plak..

Norish @ Afraima berkata...

boleh3....apa nama sekolah tuan ya?

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...