Welcome

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Etiam pharetra, tellus sit amet congue vulputate, nisi erat iaculis nibh, vitae feugiat sapien ante eget mauris.

Follow us


Ask a question

Name

Email

Question

Submit

Link Blog

Senarai Blog Saya

Senarai Blog

Sample text


Emel : afraima@yahoo.com..febook : facebook.com/skbangi
.Facebook : facebook.com/skbangi



Blogger

Blogger
Noorhisham Hamzah Sarjana Sosial Islam, Kaunselor SK Bangi, Ijazah Sarjana Muda Indonesia, Ijazah Lanjutan, Drug Abuse, USIM, Emel afraima@yahoo.com

Makam-Makam Nabi

Blogger news

Diri Admin

Noorhisham Hamzah
Emel afraima@yahoo.com
FB facebook.com/skbangi

Blogger templates

Jika terdapat sebarang persoalan untuk dijawab, boleh lah di hantar ke afraima@yahoo.com afraima@yahoo.com

Anda yang Datang

Twitter

Link

Terima Kasih Atas Kunjungan Ilmu dikongsi,ganjaran diharap

ShoutMix chat widget

Pelawat

Halaman

Dikuasakan oleh Blogger.

Twitter

Ads 468x60px

About Me

Teman

Archives

Cari Blog Ini

fb komen

Featured Posts

Jumaat, 28 Januari 2011

Seminar Keibubapaan

29 Jan 2001. SEMENYIH. Sekolah Kebangsaan Bandar Rinching hari ini mengadakan Seminar bertajuk Ketrampilan Keibubapaan. Seminar berdurasi 1 jam setengah itu di sampaikan oleh saya sendiri Cikgu / Ustaz Noorhisham Hamzah, Guru Bimbingan dari SK Bangi.


Sebelum Seminar di mulakan.. kepada Rab yang memegang hati-hati manusia kita memohon, agar dibukakan pintu hati nya untuk menerima dakwah ini...

Memulakan .. dengan nama Tuhan, dengan peringatan dari Tuhan dan kepada Tuhan kita akan kembali.

Untuk rekod, saya baru menyampaikan ceramah khusus untuk ibu bapa baru beberapa kali, pertama kali di SKGV Seremban, kemudian di SK Sungai Buloh, kemudian di SK Taman Teratai , lalu di SK Bangi dan hari ini adalah yang kelima.
Apa yang saya bawa dan sampaikan adalah, kembali mengingati kita ini siapa, dimana kita berada sekarang, untuk apa disini dan hingga bila kita akan di sini?

Rezki kurniaan Allah seperti jasad, keluarga, kerja, rumah, kenderaan adalah perhiasan hidup kita. Lebih-lebih lagi kehadiran anak sebagai cahaya mata. Ramai orang menderita dek ejekan dan pertanyaan jiran-jiran dikeranakan mereka tidak ada anak, atau lambat dapat anak.

Nah, anda... yang sudah dapat anak, alangkah bersyukurnya, syukur kepada yang memberi. Anak bukan boleh dibuat sendiri, ianya tak lepas tergantung kemahuan Tuhan. Kalau lah anak itu boleh kita "buat" sendiri, nescaya manusia akan buat anaknya mengikut seleranya, bagaimana rupa anaknya, bagaimana perkakasan bodi nya, bagaimana rupa warna anaknya, kakinya dari apa dan sebagainya. Tetapi ternyata... ada juga anak yang lahir kurang sifatnya.. Na 'uzubillah.

Seorang kawan saya, pernah berkata begini, "Sam... saya kalau ada jemputan kenduri di taman, isteri saya taubat tak akan pergi".

Kenapa Yus? Tanya Saya.Ya lah... ke mana-mana pun pergi, orang akan bertanya, bila nak dapat anak? Bila nak dapat anak? Itu tak mengapa lagi, sambungnya, ada lagi yang sangat menyakitkan hati dan telinga, kata orang-orang itu, nampaknya engkau ni, dah mandul, nanti lah suami engko cari lain".

Antara lain, ibu bapa diterangkan bahawa hidup ini sangat singkat, sesingkat laksana antara azan dan solat. Dan yang pastinya, biasa sang ayah, atau suami yang akan "pergi dulu". Justeru, wahai kaum ibu, hormatilah suami, kerana dia akan pergi tak lama lagi.

Wahai kaum bapa, ingatlah yang anda akan pergi tak lama lagi buat selamanya, meninggal anak dan isteri, ingatlah, apakah bekalan yang telah anda tinggalkan untuk mereka? Bagaimana agamanya, bagaimana hidupnya.

Dan anak yang tuhan berikan, sebenarnya tidak lama disisi kita, hari ini dia bersama kita, hari ini dia masih bersama kita, tetapi satu waktu, dia akan pergi meniti usia remaja dan dewasanya, dia akan keseorangan satu hari di dalam dewan peperiksaan di dunia, dan dia akan keseorangan masuk ke kubur apakala tuhan menjemputnya.

Apakah tega anda wahai ayah dan ibu, membiarkan anak anda dipukul dan dipalu oleh malaikat dek kerana dosa-dosa mereka, yang entah sampai bila paluan itu akan berakhir. Tiada siapa yang boleh menolongnya saat itu.

Itu lah antara "tazkirah" penting yang saya sampaikan jika memberi syarahan kepada kaum ibu dan bapa.

Sahabat Lama.... Walaupun ramai orang memanggil saya "cikgu", tetapi beliau tetap memanggil saya "Ustaz". Kami ke Sabak Bernam 2 tahun lepas dalam program PIPP. Program Intervensi Pelajar untuk murid yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah.
Ahirnya, sebelum pulang..pihak sekolah menyampaikan sumbangan tanda terima kasih

Terima Kasih atas respon Cikgu Adilla, respon ini sangat berharga buat saya, izinkan ianya berada di sini.Terima kasih juga buat sahabat, En.Rabuni yang mengenalkan saya pada semua.

2 ulasan:

Adilla Yusof berkata...

Assalamualaikum Ustaz...
ceramah yg ustaz sampaikan kpd kami warga SK Bdr Rinching amat mengesankan hati kak Dilla. Tak tahu begitu murahnya airmata ketika itu... paling tersentuh bila bilangan anak yg ustaz utarakan tu. Walaupun kak Dilla ada seorang anak, tapi realiti yg ustaz utarakan sama yg kak Dilla alami. Mana-mana pergi mesti org bertanya kenapa sorang je. Kali pertama dengar, boleh senyum lagi. tapi jika 17 tahun dengar soalan yg sama, pasti sedikit sebyk hati kita terguris juga.
Sebenarnya tugas kak Dilla sebagai jurufoto je.. tetapi tak semena-mena dek tarikan magnet ustaz kuat, kak Dillapun "terduduk" kat barisan depan plak.. dari mula ustaz ceramah hingga habis. Ceramah yg padat, tepat dan bernas... mudah difahami tapi amat terkesan di hati. Bukan kak Dilla je yg berpendapat sebegini, tapi turut dirasai oleh teman-teman guru yg lain.
Terima kasih ustaz!!!

Norish @ Afraima berkata...

Kak, Dilla,alhamdulillah, kepada tuhan saya hantar rasa syukur, kerana melalui lidah saya,tuhan turunkan kefahaman, kesedaran dan mengenali keindahan hidup bertuhan. justeru ramai antara kita yg alpa.

jikalah, manusia tahu apa yang batin insan-insan spt kak Dilla rasakan, dan mereka rasai sendiri apa yg kita lalui, pasti mereka tidak akan ttanya soalan spt itu..

hanya orang2 yg merasakan diri mrk seakan bkuasa, boleh mlahirkan ramai, bukan kuasa tuhan 100%, lantaran itu tsembur persoalan spt itu..

bersabarlah mengenderai hidup ini, ia pun tak lama, sebentar lagi kita akan di panggil menemui Nya jua..

selamat berkenala..

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...