Welcome

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Etiam pharetra, tellus sit amet congue vulputate, nisi erat iaculis nibh, vitae feugiat sapien ante eget mauris.

Follow us


Ask a question

Name

Email

Question

Submit

Link Blog

Senarai Blog Saya

Senarai Blog

Sample text


Emel : afraima@yahoo.com..febook : facebook.com/skbangi
.Facebook : facebook.com/skbangi



Blogger

Blogger
Noorhisham Hamzah Sarjana Sosial Islam, Kaunselor SK Bangi, Ijazah Sarjana Muda Indonesia, Ijazah Lanjutan, Drug Abuse, USIM, Emel afraima@yahoo.com

Makam-Makam Nabi

Blogger news

Diri Admin

Noorhisham Hamzah
Emel afraima@yahoo.com
FB facebook.com/skbangi

Blogger templates

Jika terdapat sebarang persoalan untuk dijawab, boleh lah di hantar ke afraima@yahoo.com afraima@yahoo.com

Anda yang Datang

Twitter

Link

Terima Kasih Atas Kunjungan Ilmu dikongsi,ganjaran diharap

ShoutMix chat widget

Pelawat

Halaman

Dikuasakan oleh Blogger.

Twitter

Ads 468x60px

About Me

Teman

Cari Blog Ini

fb komen

Featured Posts

Ahad, 12 Jun 2011

Bahasa Kaunseling dengan Budak Nakal

Hari ini 12 Jun 2011, saya berada di Institut Sosial Malaysia (ISM). Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan menjemput Persatuan Pendamai Malaysia (Bekas Penagih Dadah) membantunya mengadakan program untuk remaja yang terlibat kes perintah mahkamah.

Presidennya, En.Hafney Abd Rahim menjemput saya pula untuk menyampaikan satu slot ceramah selama 2 jam. Jumlah remaja seramai 30 orang. Sepatutnya yang hadir adalah 50 orang.

Saya menyentuh soal hidup ini pasti bertemu mati. Kalau kita hidup akhirnya mati dan tiada lagi kehidupan, itu senang cerita, kita buatlah apa sahaja didunia ini, akhirnya mati. Namun apa yang menjadi masalah ialah apabila matinya jasad, kehidupan kedua bermula lagi. Nah...sediakan jawapan untuk berdepan dengan Tuhan.

Hebatkah kamu, boleh melaung kuat-kuat, tetapi apabila sebutir pasir masuk ke dalam mata semasa menunggang motorsikal, kamu sudah menggelabah, pagi makan, tengah hari dah rasa lapar.... hebat kah? Sedikit sahaja tertusuk jarum kulit kamu sudah pun terluka, hebatkah?

Malam tadi, ada seorang antara mereka bersikap kurang, maklum budak terlibat kes polis. Budak nakal dan cerdik. Sama-sama naik. Yang kurang ajar tadi bersikap main-main semasa kuliah dalam surau. Cuit-cuit kawan, lempar barang mengena kepala, sedangkan orang sedang bagi ceramah, apalagi, hangin lah sahabat saya itu. Dalam surau melibatkan hal agama jangan berani nak main-main katanya.

Kau! Pergi masuk bilik aku...Tunggu di sana aku datang!. Jerkahnya. Budak itu masuk masuk bilik sorang-sorang dirinya, ini langkah kaunseling pertama. Bahasa..... Kau!! Pergi masuk bilik... Adalah bersifat arahan... Lain kalau...kamu!!! Ikut aku sekarang...!! Hmmm...boleh cuba praktikkan. Apa kesannya pada psikologi.

Di dalam bilik, En.Hafney mula buat sesi kaunseling, aku datang sini bukan nak pulihkan kau orang. Lantak kau lah nak buat apa, kau nak jadi nakal, bunuh orang, pergi mampuslah. Aku tak peduli... (Ini antara bahasa yang digunakan untuk naikan kesedaran). Aku datang sini adalah dijemput oleh pihak JKM, engkau telah malukan aku didepan orang JKM... Bla bla.....sambungnya lagi.

Engkau kenal aku siapa? Kalau engkau nak tunjuk samseng, aku lagi samseng. Tegas En.Hafney. Aku lebih jahat dari kau!. Tapi aku sudah pun buat pilihan untuk berubah. Aku cuma nak bagi engkau jalan untuk kau buat pilihan, sama ada kau nak ikut atau tidak, terserah engkau. Tapi aku...memang sudah berubah.

Inilah bahasa-bahasa yang mereka gunakan untuk budak samseng. Sebab itulah bahasa mereka pun sehari-hari.

Dalam lif, bayangkan ada pasir bertabur. Dari mana? Angkara geng budak ni lah, dia ambil pasir tempat habuk rokok, buang dalam lif. Kurang ajar betul kan.

Sebelum ceramah, saya berjalan bersama En.Osman, rakan karib En.Hafney, katanya masa muda dahulu, saya pun tak sanggup berkawan dengan dia. Jahat terlampau sangat. Dulu tubuhnya kurus, hitam, tinggi, macam India. Samseng tak tentu pasal. Naik bas ikut tingkap. Tutup ekzos bas dengan kertas. Padahal enjin bas sedang hidup. Rompak, mencuri, ragut..huuu itu biasa bang.
Akhirnya bila dia buat keputusan nak berubah. Wajahnya putih seperti hari ini. Sebelum pulang, En.Hafney bagi tau, ceramah kau tadi memang dah kena, lain kali engkau mesti datang kalau ada program macam ni.

1 ulasan:

nurabadi berkata...

emmm bahasa yg sesuai.... bahasa pedang namanya...

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...