Welcome

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Etiam pharetra, tellus sit amet congue vulputate, nisi erat iaculis nibh, vitae feugiat sapien ante eget mauris.

Follow us


Ask a question

Name

Email

Question

Submit

Link Blog

Senarai Blog Saya

Senarai Blog

Sample text


Emel : afraima@yahoo.com..febook : facebook.com/skbangi
.Facebook : facebook.com/skbangi



Blogger

Blogger
Noorhisham Hamzah Sarjana Sosial Islam, Kaunselor SK Bangi, Ijazah Sarjana Muda Indonesia, Ijazah Lanjutan, Drug Abuse, USIM, Emel afraima@yahoo.com

Makam-Makam Nabi

Blogger news

Diri Admin

Noorhisham Hamzah
Emel afraima@yahoo.com
FB facebook.com/skbangi

Blogger templates

Jika terdapat sebarang persoalan untuk dijawab, boleh lah di hantar ke afraima@yahoo.com afraima@yahoo.com

Anda yang Datang

Twitter

Link

Terima Kasih Atas Kunjungan Ilmu dikongsi,ganjaran diharap

ShoutMix chat widget

Pelawat

Halaman

Dikuasakan oleh Blogger.

Twitter

Ads 468x60px

About Me

Teman

Archives

Cari Blog Ini

fb komen

Featured Posts

Sabtu, 6 Ogos 2011

Syaitan dirantai sebulan, tetapi manusia dirantai selamanya

Jikalah syaitan itu tidak ada dari golongan manusia, maka lebih sukar bagi saya untuk menulis artikel pasal syaitan kena "tambat" ini. Namun, kewujudan syaitan dari kalangan manusia membuat kita lebih mudah memecahkan kekusutan, apa itu maknanya "Syaitan kena ikat"  bila menjelma bulan Ramadhan. Perkataan syaitan berasal dari awal kata syathona, ertinya yang jauh. So, mana-mana manusia atau jin yang jauh dari Tuhannya, jauh dari agama, dari ilmu dan amalan keagamaan, dengan kata lain, hidup nya seolah tiada ikutan agama yang khusus, (mengaku je ada agama). Dia boleh lah dikategorikan syaitan.

Tidaklah melampau untuk meletakkan label sedemikian rasanya, kerana hal ini bertunjangkan kepada hadis Nabi syaitan itu ada dikalangan manusia dan jin.

Sukar untuk mendapatkan jawapan yang tepat, bagaimana hakikatnya, syaitan kena ikat. Apakah dengan tali atau gari atau rantai atau ianya mempunyai satu gambaran bersifat abstrak.Yang hanya orang-orang tasauf sahaja yang boleh memberikan jawapan yang pasti, yakni lebih mendekati kebenaran.

Baiklah, maksud yang mudah untuk orang awam fahami. Masuk bulan Ramadhan, kita akan mendengar dimana-mana orang menyebut syaitan dirantai selama sebulan. Ini bertujuan memberi laluan kepada orang yang ingin beribadah untuk beribadah tanpa gangguan sesiapa.Janganlah kamu beralasan untuk tidak berpuasa, solat dan sebagainya, dengan alasan syaitan yang goda dan goncang keimanan kamu.


Dia boleh berzikir, membaca Al-Qur'an, berderma dan sebagainya selama mana masih ada kudrat, peluang dan rezeki untuk itu. Tak ada alasan syaitan menggoda supaya dia tidak buat itu dan ini.

Anak Murid yang Hebat

Pernah seorang murid mencuri, saya bertanya, siapa yang suruh kamu ambil barang itu, "syaitan yang suruh" jawabnya. Hebat nya, dia boleh mendengar suara syaitan membisikkan ditelinganya.Sedang saya, sekalipun belum pernah dengar suara syaitan. Anda pernah dengar? Kalau pernah dengar atau terdengar, atau anda memang pernah ngobrol langsung dengannya, kongsilah sedikit kisah anda itu. Mungkin menarik atau agak sedikit seram....

Baiklah, kalau syaitan dirantai selama sebulan, adakah manusia turut dirantai? 

Selama kita memerhatikan dalam dunia ini, memang ramai manusia yang kena rantai. Lihatlah, waktu orang lain solat, dia tak, time orang berpuasa, dia tak, bukankah dia itu seperti kena rantai jugak? Dia kena rantai oleh kebodohan dan kejahilan dirinya.Gara-gara jahil dan bodoh beragama, dia dirantai sehingga dia tidak boleh solat dan beribadah sebagaimana patutnya.

FirmanNya :

"Dan tidaklah Aku menciptakan Jin dan Manusia, selain untuk beribadah kepadaKu". Selama mana dia jahil, selama itulah dirinya dirantai, bertahun-tahun lamanya, bahkan ada jugak sampai ke mati.Alangkah kesiannya kan.

Untuk membuang rantai yang membelenggu hidup kita, makanya hendaklah belajar dan terus belajar, yakni ilmu agama, tauhid, fekah dan tasauf. ILMU lah yang boleh membuang ikatan itu.Paling mudah, kita boleh beli buku-buku agama, baca sambil bersantai dirumah, jika ada internet, layarilah ceramah-ceramah agama, Ustaz Ismail Kamus, Ustaz AA Gym. Ustaz Azhar Idrus dan lain-lain.

Pertanyaan belum terjawab.

Kenapa hanya sebulan syaitan dirantai? Kenapa bukan selamanya...

0 ulasan:

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...