Welcome

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Etiam pharetra, tellus sit amet congue vulputate, nisi erat iaculis nibh, vitae feugiat sapien ante eget mauris.

Follow us


Ask a question

Name

Email

Question

Submit

Link Blog

Senarai Blog Saya

Senarai Blog

Sample text


Emel : afraima@yahoo.com..febook : facebook.com/skbangi
.Facebook : facebook.com/skbangi



Blogger

Blogger
Noorhisham Hamzah Sarjana Sosial Islam, Kaunselor SK Bangi, Ijazah Sarjana Muda Indonesia, Ijazah Lanjutan, Drug Abuse, USIM, Emel afraima@yahoo.com

Makam-Makam Nabi

Blogger news

Diri Admin

Noorhisham Hamzah
Emel afraima@yahoo.com
FB facebook.com/skbangi

Blogger templates

Jika terdapat sebarang persoalan untuk dijawab, boleh lah di hantar ke afraima@yahoo.com afraima@yahoo.com

Anda yang Datang

Twitter

Link

Terima Kasih Atas Kunjungan Ilmu dikongsi,ganjaran diharap

ShoutMix chat widget

Pelawat

Halaman

Dikuasakan oleh Blogger.

Twitter

Ads 468x60px

About Me

Teman

Archives

Cari Blog Ini

fb komen

Featured Posts

Sabtu, 17 September 2011

Tahniah untuk pelajar SPADA angkatan 2011

Pembaca
Assalamualaikum wbt. Terima kasih kerana accept friend request. Saya pn Nurul, guru b&k SK Kilimu Ranau Sabah dan merupakan pelajar baru SPADA UMS bermula pada 23 September 2011 ni. 

Semasa google search tentang SPADA, saya terjumpa blog tuan hisham. Rasanya byk perkara sy nak belajar drp tuan terutama sekali dlm memantapkan lagi perkhidmatan b&k di sekolah dan kalau tak berkeberatan boleh tak saya nak minta bahan2 yang berkaitan sewaktu tuan mengikuti SPADA dahulu? kalau ada mohon jasa baik tuan untuk emailkan di email saya iaitu nurfildza@yahoo.com

Lagi satu saya nak tanya, tuan mengikuti SPADA pada tahun 2008 kan? bukan terus sambung master selama 6 bulan ke selepas tu?

Terima kasih banyak2 di atas jasa baik tuan. Semoga Allah merahmati dan memudahkan segala urusan tuan.


Nurul Fildza bt Kumil Abdullah
Guru Kaunseling
SK Kilimu Ranau

Jawapan


Saya mengucapkan berkalung-kalung Tahniah kepada mungkin 20 pelajar SPADA 2011 dari KPM kerana telah diterima sebagai pelajar.Sesungguhnya ramai yang berminat, tapi apakan daya mereka, tak cukup syarat. Tahniah jugak buat Puan Nurul Fildza dari Sabah yang turut terpilih. Barangkali ini rezeki anda yang paling menguntungkan. Anda sangatlah bertuah. Ini adalah rezeki yang sangat besar, jika anda betul-betul mempunyai minat tentang hal ini. Akan ada urusan berkaitan drug abuse dan prevention dimana akan datang untuk lokaliti anda.


Sekadar Info


Saya dan kawan2 SPADA sudah pun sampai di Pusat Serenti Papar pada awal 2009. Selain berkunjung kami jugak belajar sesuatu di sana. Banyak kes Syabu datang dari sana mungkin dari Philiphine. Pengguna dadah Syabu terdiri dari kaum wanita, akan dihantar ke Pusat Serenti di Bachok.

Terima kasih kerana telah melawati blog saya ini (norish77.blogspot.com),apa yang boleh anda pelajari dari saya, kebanyakkan ada di laman blog tersebut. Banyak perkara yang saya telah kongsikan, tinggal saja lagi sama ada secara detail atau sepintas lalu. Anda boleh search bahan yang dikehendaki dalam kotak carian, sekiranya bahan yang dikehendaki tidak ada, anda boleh juga melawi blog ini http://spadausim.blogspot.com. Blog ini adalah bahan sepanjang perjalanan saya semasa di SPADA 2008. Sayangnya tak banyak generasi yang berminat sungguh-sungguh untuk memanjangkan hayat blog ini. Hanya ada seorang sahaja. (Batch 2009 yang membuat penambahan) Jika anda dan mana-mana pelajar yang berminat untuk menokok nambah bahan aktual tentang SPADA, silakan.setakat saya tahu,Ianya amat berguna untuk keluarga yang ada ahli keluarga mereka terlibat dengan kes-kes penagihan. Berikan saya emel gmail anda. Jika berminat....

Saya juga akan curahkan maklumat dan pengetahuan pengurusan blog jika anda masih kurang faham untuk me  manage kan nya.


Master Dadah


Untuk makluman puan dan rakan2 yang lain, Master dalam bidang dadah 6 bulan belum pernah wujud sebelum ini. Ianya muncul baru tahun ini sahaja, ia muncul untuk menjadi generasi terawal. Yang ada selama ini adalah Master Dadah dan ianya berbayar, tempoh masa pengajian hampir 2 tahun. 


Master yang dikatakan 6 bulan itu adalah baru diwujudkan dibawah biasiswa KPM, tetapi masih belum seatle sepenuhnya, sebab.... apa yang saya dapat maklumat.... pihak Universiti sebenarnya berhajat mengadakan pengajian master ini selama 1 tahun setengah, bukan hanya 6 bulan. Tetapi hal ini terdapat sedikit salah faham (untuk menafsirkan pengajian master dan spada)  antara pihak yang terbabit. Apa pun... ianya sedang di atasi.


Berikut adalah 2 takrif berbeza dari 2 badan berbeza :


Pihak pembekal program : Pengajian 1 tahun setengah...MASTER, Mantan Pelajar SPADA tidak perlu lagi mengambil  mata pelajaran yang pernah mereka ikuti semasa di SPADA.(dikecualikan)


Pihak pemberi biasiswa : Tawaran ini bukanlah Master, tetapi masih SPADA seperti dulu. Master yg ditawarkan adalah 6 bulan terakhir, setelah tamatnya geng SPADA belajar. Bukannya selama 1 tahun setengah.

Namun apa yang terjadi, pengambilan SPADA diteruskan dan bukan pengambilan MASTER. Saya berdoa, semoga, pengambilan pelajar MAster akan tetap ada selepas ini. Kerana ada antara kami beberapa orang yang masih berkecimpung dengan program DADAH walaupun berprofesi lain.


Bahan SPADA 


Berkaitan bahan SPADA, mohon maaf sebelumnya, saya tidak dapat pos kan via emel, sebelum ini pun ada yang minta, kerana bahan tersebut tersangatlah besar (kuantitinya), ianya terkandung dalam fail power point, bukan kedekut, saya pun dapat melalui rakan juga. Tetapi nak post by emel satu persatu power point tak mungkin. Jika di kumpul, ianya hampir satu CD penuh.Tambahan lagi, kami terima yang baru dan jugak bahan2 yang dibuat oleh rakan2.


Antaranya berkaitan isu-isu penagihan, apa itu dadah dari aspek farmakologi (perubatan), bagaimana drug bertindak kepada pengguna, jenis-jenis drug dan kesan penggunaan jangka panjang, kesan kepada otak, efek pada badan pengguna, pada tingkah-laku, pada agamanya, keluarga, masyarakat dan negara. 


Apa punca mereka menjadi menangih, cara2 menangani gejala penagihan peringkat keluarga, tempat kerja, sekolah, masyarakat dan negara. Bagaimana pemulihan, sistem pemulihan yang bagaimana yang lebih berkesan. Apa cara atau sistem yang mereka gunakan, adakah dengan bantuan obat-obatan (metadon) atau repair tingkah-laku, atau adjust pemikiran penagih, atau mengajak kembali kepada agama fitrah. So.... banyak bahan sebenarnya. Mungkin ada cara lain kalau anda dan kawan2 mahu bahan tersebut.

0 ulasan:

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...